:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

BOIKOT : Mampukah Kita Mengatasinya
Ahad, Jun 25, 2006
Kempen boikot produk Yahudi dan Amerika kini bagaikan hampir-hampir berkubur tanpa nisan di kalangan umat Islam khususnya orang Islam di Malaysia. Tidak dinafikan, kesedaran dan sensitiviti ummah cukup tinggi terhadap isu yang melanda saudara seaqidah di seantero dunia, namun adakah cukup dengan laungan beremosi dan pelekat tanda sokongan bisu tanpa istiqamah dalam praktik?

Lihat pula umat Islam sekarang ni. Masih ramai yang tidak segan-segan melangkah masuk dan memesan makanan di rangkaian pembiaya kelengkapan senjata pembunuh muslim Palestin seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan sebagainya. Tangan ringan sahaja membeli air Pepsi, Coca Cola dan yang semupama dengannya. Itu belum lagi disentuh bab pakaian, barangan dapur, alat solek dan sebagainya. Terlupakah kita pada hujaman peluru dan mortar yang membinasakan warga Muslim Palestin, Iraq,Afghanistan tanpa mengira tua, muda, wanita dan anak kecil? Kalau ada pun, tenggelam timbul dan terus lenyap dengan pelbagai ungkapan seperti "...alah, sekali sekala...",atau "...eh, betulkah produk ini tajaan Yahudi atau Amerika? Tidak pernah dengar pun!"

Kita seharusnya memahami bahawa setiap sen duit yang kita belanjakan untuk membeli produk Yahudi dan Amerika adalah ibarat menyediakan butiran-butiran peluru yang bakal membunuh saudara kita di Palestin. Sedarkah kita bahawa tindakan memboikot barangan mereka akan melemahkan sumber biayai kepada kezaliman mereka?Selain merealisasikan tuntutan amal seiring ilmu(tahu) dan iman, kempen yang diuar-uarkan satu ketika dahulu menggesa kepada kemajuan ekonomi ummah. Jelas, pada setiap barangan musuh, ada barang alternatif yang kini boleh dijadikan pilihan. Dan sekian banyak produk-produk baru, semua itu, muncul atas kesedaran pengusaha Muslim demi memenuhi keperluan umat Islam.

Tetapi, mengapa masih ramai di antara kita yang bagaikan tidak menyedari bahkan mereka merasa lebih mudah untuk memberi alasan daripada melaksanakan praktikal boikot. Biasa kita mendengar alasan yang secara nyata menunjukkan lemahnya mujahadah kita seperti ' barang alternative tidak dijumpai ','barang alternative tidak serasi dengan citarasa dan keperluan'.

Kita barangkali tidak mampu memikul senjata atau bersama-sama saudara kita berjihad di bumi mereka yang cabuli musuh Islam. Tetapi malangnya kita juga memberi saham membantu musuh membunuh nyawa mereka.Kita lupa bahawa sokongan dan praktik secara sungguh-sungguh terhadap kempen boikot merupakan salah satu strategi Jihad membantu memenangkan perjuangan Islam sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam, junjungan kita.Benar, melaksanakan suatu kebaikan bukan semudah menulis ABC. Ditambah pula dengan hawa nafsu yang bukan mudah untuk dikekang. Namun kesedaran diri harus dijana agar mujahadah dapat ditingkatkan.
Sememangnya Syurga yang tidak ternilai di akhirat kelak tidak dijual dengan harga yang murah. Ingat setiap sen kita ada CAGARAN darah dan perjuangan ummah!
posted by Abu Mus'ab @ 6:06 PG   0 comments
INGATAN : 9 Jenis Syaitan
Jumaat, Jun 16, 2006
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanjalebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supayabersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakanmuzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam> ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
10. Isetan
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta. Pesanan ; shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
BELILAH BARANGAN BUATAN ORANG ISLAM, BANTULAH EKONOMI ISLAM
posted by Abu Mus'ab @ 7:10 PG   2 comments
SERIKANDI : Zubaidah
Zubaidah,

Keharuman namanya bukan saja krn dia seorang ratu, tapi lebih itu krn amalan atau karyanya.Tak hairanlah jika namanya diabadikan dalan beberapa projek saluran air di Makkah dan Arafah sampai sekarang. Dialah Zubaidah yang nama aslinya Amatul Aziz bt Ja'far, permaisuri Khalifah Harun Ar Rasyid pada pemerintahan Abasiyah.

Sepeninggal suaminya, khalifah Harun Ar Rasyid, yg menggantikan takhta adalah Al Ma'mun. Tapi krisis kekhalifahan ini ditandai peristiwa terbunuhnya Al Amin juga anak lelakinya. Sejak itu Zubaidah tenggelam dlm kedukaan yg dalam, namun baru terubati setelah dia berulang kali melakukan ibadah haji ke Makkah tempat turunnya wahyu dan kelahiran Rasulullah s.a.w.

Dlm perjalanan ibadah hajinya, ia terkesan dgn para jamaah haji yg kesulitan memperoleh air di Makkah. Harga setitis air rasanya lebih mahal dari setitis keringat utk memperolehnya. Zubaidah sedih dan menangis dlm hati. Ia bersumpah dgn tulus akan menyerahkan segala harta miliknya utk projek pengadaan air bagi penduduk Ummul Qura dan para jemaah haji tahun mendatang. Kpd Allah ia berdoa agar niatnya terkabul.

Ketika kembali ke Iraq, Zubaidah mengundang para arkitek dan pekerja serta menceritakan rencananya. Dgn rancangan matang dikirimlah arkitek dan para pekerja itu ke Makkah atas anggaran peribadi Zubaidah membantu saluran air di antara bebatuan cadas. Suatu pekerjaan yg sangat berat di waktu itu sebelum adanya peralatan canggih spt sekarang.

Projek kemanusiaan itu akhirnya terkabul. Mengalirlah mataair dari Hunain ke Makkah Al Mukarramah membasahi bumi Makkah dan penduduknya. Begitu juga mata air Nu'man yg dialirkan ke Arafah. Suatu projek raksasa yg dibangunkan secara peribadi utk kemaslahatan umat manusia tanpa mengharap balasan. Nama Zubaidah kemudian diabadikan dalam projek saluran air itu sampai sekarang utk mengenang jasa dan karyanya.

Berkata Ibnu Jubair tentang ibadah haji itu. "Kilang-kilang, kolam, sumur dan rumah-rumah dari Baghdad ke Makkah ini adalah hasil harta Zubaidah puteri Ja'far. Semua it merupakan manfaat dan kelengkapan yg dinikmati oleh tamu-tamu Allah setiap tahun. Kalau bukan kerana hasil karya yg mulia ini, tidaklah Zubaidah menempuh alam ini". Wanita mulia ini selalu dimanjakan dgn curahan kasih sayang sejak kecilnya. Neneknya Abu Ja'far Al Mansur dan bapa saudaranya Al Mahdi membesarkannya penuh kecintaan. Neneknya sangat mengagumi sang cucu dgn sebutan buih yg putih atau Zubaidah, sebuah panggilan manis dr nama aslinya amatul Aziz bt Ja'far.

Ia dikahwinkan dgn pemuda Harun Ar Rasyid tahun 165H, dgn pesta yg meriah. Ternyata Zubaidah sang ratu ini memiliki cukup kelebihan iaitu; cerdas, bijak, setia dan penyayang. Tak hairanlah jika Khalifah Harun Ar Rasyid sering menerima nasihat Zubaidah ketika menjadi Khalifah yang termasyhur dlm sejarah Arab. Kebahagiaan suami-isteri ini pernah terasa terusik dgn datangnya hamba sahaya perempuan baik yg dihadiahkan maupun yg dibeli. Di antara mereka ada yg gadis cantik dari Kisra and Kaisar yg merasa senang dgn kemurahan dan kemewahan khalifah. Hal ini sempat membuat hati Zubaidah kecewa, tapi dia tetap sabar dlm kecemburuan seorang wanita. Kecemburuannya itu dibatasi dgn kesabarannya membimbing para hamba sahaya itu mengkaji Al Quranul Karim. Dgn begitu, Zubaidah merasakan ketenangan dan keamanan hati sewaktu mendengarkan ayat-ayat Al Quran itu.

Sayangnya tak lama setelah itu Khalifah Harun Ar Rasyid wafat yg digantikan puteranya Al Amin sebagai Khalifah. Yang menyedihkan, tampilnya Al Amin ditandai perang saudara dgn Al Ma'mun adiknya krn hasutan dan fitnahan dari luar. Boleh digambarkan betapa sedihnya hati Zubaidah. Ia berpendapat Al Amin-lah yg berhak menjadi khalifah, tapi dia tidak menginginkan Al Ma'mun tewas didlm peperangan itu. Kepada Ali bin Isa panglima perang yg memerangi Al Ma'mun dipesankan agar memerangi dan menasihati puteranya. Harapan Zubaidah sia sia, Allah mentaqdirkan anak Zubaidah yg terbunuh dlm peperangan itu ialah Al Amin. Bukan panah Al Ma'mun yg menewaskan tetapi panah seorang prajuritnya.Melihat peristiwa itu, Al Ma'mun datang menemui ibunya dgn menghiburnya, "Wahai ibu, janganlah bersedih kerana akulah pengganti Al Amin". Mendengar itu Zubaidah menjawab dgn cerdiknya, "Bagaimana aku tidak bersedih atas seorang anak yg meninggalkan saudaranya seperti engkau?" Zubaidah terus larut dlm tangsinya hingga Al Ma'mun ikut menangis kerananya. Sejak itu Zubaidah tenggelam dlm duka yg dalam. Kesedihannya terubati setelah ia berhasil mewujudkan karyanya berupa projek saluran air di Makkah dan Arafah.
Semoga Allah memberkati kehidupannya.
posted by Abu Mus'ab @ 6:51 PG   0 comments
Boikot Satu Senjata Masa Kini
Rabu, Jun 14, 2006
Tindakan biadap Israil terhadap bumi Palestin telah mendapat pelbagai respon daripada kalangan umat Islam terutamanya ulama-ulama dan tokoh-tokoh Islam yang terkenal.

Mereka mendukung kemestian pemboikotan barangan dan produk-produk Israil dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa atas sebab kejahatan yang mereka lakukan di bumi Palestin antaranya Dr. Abdul satar Fathullah Said, Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Nasir Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan juga ditandatangani tidak kurang dari 70 ulama Sudan dan Negara-Negara Islam lainnya, sebulat suara mewajibkan pemboikotan barangan dan produk Imperialis Israil dan Amerika Syarikat.

Boikot bermakna berhalatuju kepada pemulauan atau enggan mengadakan sebarang bentuk perhubungan dengan orang, Negara atau sesebuah pertubuhan. Spesifiknya pada kali ini pemboikotan terhadap ekonomi Israil.

Setiap muslim perlu berperanan teguh supaya dapat menahan daripada membeli apa saja keperluan harian terutama jenis makanan yang boleh menyumbangkan sumber ekonomi kepada Israil. Bentuk gerakan yang paling sederhana sebegini adalah dengan tidak membeli barangan dan produk buatan Amerika dan Yahudi atau sekutunya yang memang dikenali dari jaringan kedua Negara itu.

Mengapa Amerika dan sekutunya juga perlu diboikot sama? Ini kerana, Negara-Negara ini secara ‘istiqamah’ menjalankan aktiviti yang bijak bagi membantu Israil secara bermati-matian. Baik dari segi kewangan, ketenteraan dan juga politik.

Misalnya, pemboikotan terhadap barangan jualan runcit Syarikat Nestle, yang mempunyai syer sebanyak 50.1% dari saham pembuatan makanan Israil, Osem Investment. Pada Disember 2000, syarikat ini telah mengumumkan akan melabur bermilion-milion dolar untuk membina pusat R&D baru di Israil.

Tambahan pula penganugerahan tertinggi akan diberikan kepada mana-mana perusahaan dari Negara Israil dalam ‘Jubilee Awards’. Tujuannya adalah untuk menghargai tokoh-tokoh dan perusahaan atas usaha terbaik dalam menyumbangkan kepada ekonomi Israil, melalui penanaman modal dan hubungan dagang.

Pembaca yang dikasihi Allah, tidak tersembunyi daripada kalian apa yang menimpa umat kita kebelakangan ini. Konspirasi Negara zalim Amerika dengan rejim Imperialis Yahudi-Israil telah merampas tanah suci kita, membantai anak-anak orang Islam di bumi Palestin, mengepung rakyatnya dan mengisytiharkan perang kepada mereka di setiap media visual ataupun audio melalui legalitasi antarabangsa yang mereka kuasai.
Lantaran itu, wajib bagi umat Islam tampil mengambil peranan menghadapi persoalan umat ini dengan menggunakan pelbagai saranan dan usaha yang termampu mungkin, terutama aksi pemboikotan barangan dan produk-produk Amerika dan Israil.
posted by Abu Mus'ab @ 1:53 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::