:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
RAMPASAN TANAH DAN RUMAH DI PAKA
Ahad, Julai 29, 2007

Assalamualaikum wbth, para netters yang dihormati:-

Tanah RTB Durian Mentangau, PAKA

Kronologi Kes...

27hb Januari 2003 -

- Kerajaan Islam di bawah pemerintahan PAS telah menganugerahkan tanah RTB sebanyak 68 lot kepada para penduduk Durian Mentangau dan kepada rakyatnya yang layak (termasuklah orang-orang yang dikenal pasti sebagai orang UMNO).


Majlis telah dibuat secara rasmi oleh Pejabat Tanah dan Daerah Dungun. Yang mana pada masa itu, Pegawai Daerahnya ialah bekas S.U.K Terengganu yang dipecat oleh Dato Seri Idris Jusoh - Ybhg Dato Muhatar dan dihadiri oleh anggota exco yg lain dengan dirasmikan / ucaptamanya disampaikan oleh Y.A.B Dato Seri Tuan Guru MB pada masa itu. Rakyat gembira, berterima kasih kepada Kerajaan dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t.

- Penerima RTB melantik juru ukur dan setelah dikenal pasti lot - lot mereka, kerja - kerja mengimarahkan tanah yg dianugerahkan berjalan. Ada yang cepat pembinaan rumahnya, dan ada yang perlahan - bergantung kepada kewangan masing - masing. (Dalam tinjauan yang sempat dibuat ;- ada kalangan mereka menyimpan sedikit demi sedikit wang hasil titik peluh sebagai buruh, hanya untuk belian pasir, simen dll, kemudian diusahakan secara gotong royong dihujung minggu bersama anak beranak untuk disiapkan tempat perlindungan keluarga seadanya.... )

- Usaha mereka berjalan mengikut kemampuan masing - masing sehinggalah kejatuhan kerajaan islam di Terengganu.. ..mereka mula diugut dengan kejadian di RTB lain yg turut menimpa mereka.

- Sesetengah kerangka rumah yang dibina ditolak/dimusnahkan sementah-mentahnya oleh talibarut & pendokong BN. Segala usaha titik peluh mereka hancur - sehancurnya. Menangislah mereka anak beranak, rezeki yang tak seberapa, perut yang diikat, susu anak yang dicatu, beras ibu yang dijimatkan untuk keperluan perlindungan mereka telah dipersiakan oleh Kerajaan BN dan konco-konconya.

- Namun ada sesetangah mereka masih meneruskan pembinaan dengan digagahi surat dari kerajaan terdahulu kerana mereka yakin, yang menganugerahkan tanah itu adalah kerajaan yang sah pilihan rakyat secara berperlembagaan, bukannya individu.

KINI !!!

Mereka "dikejutkan" (taklah terkejut Sangat sebab...dah tahu dah BN zalim! ) dengan satu majlis telah diadakan di kampung mereka oleh YB Paka yang menang baru - baru ini sebagaimana menangnya kaum kerabat UMNO/BN yg lain; tipu. Apa yang mereka buat?... tanah - tanah yg telah diberikan oleh Kerajaan Terengganu terdahulu , diundi semula dan diberikan kepada orang lain tanpa membatalkan LMS yang terdahulu. Bermakna, 1 lot tanah akan ada 2 nama. Ya, memang begitu. Sememangnya, telah dirancang oleh BN, percaturan telah dibuat, bayaran LMS baru turut dibuka.

- Ada kalangan mereka yang baru dapat (Penerima baru yang sudah pasti adalah konco-konco mereka sahaja) dah buat bayaran lesen tumpang....valid sudah pemilikan mereka walaupun sementara..

- Tinggallah berputih mata penduduk kampung Durian Mentangau yang terus-terusan ditindas dan dihina oleh Kerajaan UMNO BN hari ini.

Sebagai rasa membantah tindakan zalim tersebut, ayuh saudara saudara sekelian, hulurkan simpati anda dalam apa cara sekalipun. Secara zahirnya, bertempat di Pejabat tanah dan Daerah Dungun, jam 1.30 petang, 19hb Jul 2007, hari Khamis yang lalu, telah diadakan satu rombongan menghantar memo bantahan dan pembelaan kita bagi mangsa Kezaliman UMNO di Kampung Durian Mentangau.

Jadikan ini momentum kearah menguburkan kezaliman di bumi Terengganu. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! !
posted by Abu Mus'ab @ 5:02 PTG   2 comments
MENAHAN MARAH

Assalamualaikum wrt.....

MENAHAN MARAH

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Larangan Jangan Marah

Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.

Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)

2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)

3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)
posted by Abu Mus'ab @ 4:54 PTG   0 comments
27 REJAB

Israk Mikraj (27 Rejab)

Assalamualaikum w.b.t.

Saat ketika Nabi Muhammad SAW di Mi'rajkan oleh Allah taala, beberapa Peristiwa yang berlaku di sana telah ditunjukkan khusus kepada Nabi SAW oleh Allah taala :

i) Menyaksikan sekelompok manusia yang bercucuk tanam dan mengetam pada hari itu juga. Ini adalah bagi orang-orang yang melakukan amal soleh.

ii) Mencium bau haruman yang sangat harum ketika melintasi kubur Masyitah (tukang sikat keluarga Firaun)

iii) Menyaksikan sekelompok manusia yang menghempas-hempaskan kepalanya ke batu. Ini adalah bagi mereka yang malas mengerjakan solat.

iv) Menyaksikan sekelompok manusia yang memakai cawat, memakan buah berduri dan ada pula yang menelan bara api. Ini adalah bagi mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

v) Menyaksikan sekelompok manusia yang memakan daging mentah lagi busuk sedangkan daging masak dan segar ada di sisinya. Ini adalah bagi mereka yang punya isteri tapi masih melakukan zina juga.

vi) Menyaksikan sekelompok manusia yang berenang di dalam sungai yang penuh dengan darah sedangkan orang yang duduk di tebing sungai itu melemparkan batu ke arahnya. Ini adalah bagi mereka yang suka memakan riba dan duit haram.

Jadi, buat muslimin dan muslimat sekalian, sama-samalah kita menginsafi, menyedari dan memperbaiki segala amalan ibadat kita seharian. Janganlah kerana alasan dunia, kita dihanyutkan dan lemas dalam arus dunia ini yang serba serbi berunsurkan Fitnah. Hati-hatilah dengan dunia ini. Jangan kita terpedaya dengannya...
posted by Abu Mus'ab @ 4:50 PTG   0 comments
PAKU DI TIANG
Isnin, Julai 23, 2007

PAKU DI TIANG

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.

Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita.

Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini." Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut

Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang. Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim rebut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.

Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari,semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada." Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut- parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."

Muslimin dan muslimat yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan (habit), kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya, tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedari diri ini melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta.

Kerana setiap kali kita bergelumang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut....
posted by Abu Mus'ab @ 3:37 PTG   0 comments
TANGISAN YANG DITUNTUT

Menangis yang dituntut syariat

Kata ahli Hikmah, Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.

Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. 'Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.

Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya di akhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha.Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal di akhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang SEBENARNYA...jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah."(Riwayat Attirmizi).


posted by Abu Mus'ab @ 3:30 PTG   0 comments
BN BUNUH KEMAKMURAN MASJID

BN 'bunuh' kemakmuran masjid dan penceramah agama mogok

Satu perubahan ketara sejak BN memerintah Terengganu tiga tahun lalu ialah kepupusan mendadak majlis-majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negeri.

Hal itu dikenalpasti berpunca daripada beberapa tindakan BN, termasuk menamatkan khidmat pagawai Unit Pembangunan Insan (UPI) dan mubaligh-mubaligh yang merupakan tenaga pengajar utama majlis-majlis ilmu di kampung-kampung.

BN juga memansuhkan Jawatankuasa Masjid yang dilantik oleh kerajaan dahulu. Lantikan Jawatankuasa Masjid Mukim (JMM) baru dibuat semata-mata melalui pilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), bukan lagi mengambilkira pandangan ahli qaryah. Tindakan itu dipercayai turut menghilangkan 'sense of belonging' di kalangan anggota qaryah terhadap masjid mereka.

Manakala kehilangan wakil-wakil rakyat PAS turut mengurangkan jumlah tenaga pengajar di kawasan masing-masing (nak harapkan wakil rakyat Umno memberikan kuliah, berapa kerat yang mampu?).

Masjid yang sejak beberapa tahun lalu begitu makmur dan meriah, kini kembali lengang. Manakala program-program tazkirah dan kuliah yang cuba dianjurkan JMM dan JKKK sering mendapat sambutan hambar.

Kes para penceramah agama di surau-surau di negeri ini 'mogok' selepas kerajaan BN gagal melunaskan elaun mereka juga amat memalukan. Difahamkan, keadaan itu berlarutan sejak Januari 2006 lalu. Berikutan itu, semakin kurang kedengaran ceramah agama di surau selepas solat fardhu.

Rakyat Terengganu sudah maklum kesediaan BN membelanjakan ratusan juta ringgit untuk pelbagai tujuan lain, termasuk menghias negeri, menganjurkan pesta hiburan dan membayar kepada penyanyi.

Kegagalan BN melunaskan elaun penceramah agama membuktikan ia sebenarnya tidak begitu cakna terhadap orang yang mahu menyebarkan agama Islam.
posted by Abu Mus'ab @ 3:22 PTG   0 comments
AL-QURAN ITU KEKASIH
Sabtu, Julai 14, 2007

Al-Quran itu KeKasih

Al- Quran itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tamsilan mudah untuk menerangkan perkaitan Al-Quran dalam kehidupan kita seharian. Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa bentuk dan cara sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan! Dari itu, marilah kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai Al-Quran… kalam Allah Yang Maha Agung.

1. Kekasih yang terlalu istimewa

Sekeping warkah daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak. Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistemewaan?

Berbanding Al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya.

Allah berfirman ; "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu , tenang tenteramlah hati manusia"
(Surah Ar-Rad:28)

Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah.Dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikrullah yang paling afdal (terbaik) itu ialah membaca Al-Quran.

Seterusnya Allah SWT juga menyatakan keistemewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengan sebaik-baiknya perkataan sebagai firman-Nya dalam surah az-Zumar, ayat 23 ; "Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandugannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara);yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya);dan(ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya".

2. Kekasih yang perlu dimuliakan

Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Allah telah menyeru kita agar mematuhi kandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatan daripada-Nya,Firman Allah bermaksud: "Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya), Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat."
( Surah Al-An'am :155 )

Malah Allah juga menggariskan adab-adab bagaimana memuliakan kekasih kita ini. Antaranya ialah apabila kita mendengar bacaan al-Quran, maka kita perlu mendengar dan berdiam diri, sebagaimana ingatan Allah dalam surah al-A'raf, ayat 204,maksudnya: "Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat".

3. Kekasih yang setia

Kesetiaan dalam percintaan adalah jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama al-Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran. Lalu apakah ukurannya? Bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan? Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan.

Maksud firman Allah : "Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Antaranya ada golongan yang telah (memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada Agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat. Segala pekara yang baik, dan melarang daripada segala pekara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh".
( Surah Ali Imran, ayat 113-114 )

Malah at-Tabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Sa'ad r.a daripada Rasulullah s.a.w, sabda baginda ; "Kemuliaan seorang Mukmin ialah qiamullail (bangun pada waktu malam untuk beribadat)"

Baginda juga menceritakan tentang kelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran. Sabda Baginda: "Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca sepuluh ayat, dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang beribadat.Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seribu ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang berlaku adil."
( Riwayat Abu Daud )

4. Kekasih yang perlu dibelai sentiasa

Kekasih yang perlukan belaian bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya. Dari itu, Rasulullah s.a.w sering memberi amaran dan memerintahkan agar umatnya menjaga al-Quran dan tidak melupakannya.

Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Dibentangkan kepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuang kotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku tidak dapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yang dikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakan".
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Selain itu, kita membelai kekasih ini dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa iri hati dengan "kegilaan" orang lain membaca Kalamullah itu. Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Hasad (iri hati) itu tidak dibenarkan melainkan dua pekara, seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seorang lagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam".

Hasad dan iri hati semestinya dilarang oleh Allah. Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini sebagai 'ghitbah' yang dimaksudkan sifat ingin berlumba-lumba. Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu sama seperti orang itu dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal.

Semoga kita akan terus konsisten atau beramal secara berterusan untuk menjaga hubungan baik kita bersama al-Quran. Bukankah dia kekasih yang membahagiakan?

Keutamaan Membaca Al-Quran

( Petikan dari 'Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya' oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh)

1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan

2.Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali

3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga

4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga

5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-

Dalam sembahyang - 100 kebajikan
Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan
Tanpa wudhuk - 10 kebajikan

6.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.

7.Untuk selamat daripada api neraka

8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat

9.Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela

10.Pembaca akan memperolehi keamanan

11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat

12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin

Wassalam.
posted by Abu Mus'ab @ 12:42 PTG   0 comments
KHUTBAH DARI RUSILA

Majoriti Umat Manusia Alpa Persoalan Akhirat

Oleh: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri supaya bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa. Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan itu ialah bertakwa kepada Allah. Seterusnya marilah kita melihat betapa Allah Taala telah menunjukkan di hadapan manusia di seluruh dunia tanda-tanda kemusnahan alam akibat daripada perbuatan manusia.

Berlakunya beberapa bencana yang menenggelamkan bumi, menghancurkan bukit dan gunung-ganang serta bencana yang mengorbankan jiwa manusia yang ramai, menghilangkan harta benda, ia tidak mampu ditolak oleh kemajuan sains dan teknologi sehingga akhirnya ahli-ahli sains dan termasuk mereka yang tidak percaya kepada berlakunya hari kiamat, percaya bahawa dunia ini akan musnah.

Mereka percaya suatu masa bahawa bumi ini akan kiamat, namun mereka tidak membincangkan apakah persediaan untuk kiamat tersebut. Inilah persoalan yang tidak diberikan perhatian oleh kebanyakan manusia.

Allah Taala telah mengingatkan kita dalam al-Quran, antara firman-Nya (yang bermaksud): “(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya.Ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah ingin kalau ada jarak yang jauh antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu ingat beringat terhadap kekuasaan dirinya dan Allah amat belas kasihan kepada hamba-hamba-Nya. (Surah Ali Imran: ayat 30)

Ayat ini adalah peringatan daripada Allah SWT kepada seluruh manusia bahawa Allah akan memperlihatkan semua amalan mereka, akan dihisab sama ada amalan yang baik mahupun jahat. Bukan sahaja diketahui oleh Allah bahkan ia dicatat oleh para malaikat dan disaksikan oleh anggota badan manusia sendiri.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Pada waktu itu, Kami mengunci mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Yaasin: ayat 65)

Pada hari itu, setelah dibuka segala amalan mereka, mereka hanya mahu amalan-amalan yang baik sahaja. Kalau boleh amalan jahat yang dilakukan oleh mereka dijauhkan dengan sejauh-jauhnya. Padahal amalan jahatlah yng sangat diingati oleh mereka dalam kehidupan di dunia ini.

Itulah peringatan Allah Taala tetapi kebanyakan manusia melupai perkara ini, bahkan mereka dilalaikan oleh kehidupan yang menggoda. Allah Taala memperingtakan dalam al-Quran yang menyatakan bahawa amalan mereka akan diperhitungkan dengan penuh teliti.

Antara lainnya, firman Allah Taala yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya amalnya dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya.” (Surah Al-Zalzalah: ayat 7-8)

Tetapi apa yang malangnya ialah semua hal yang seumpama ini tidak diberikan perhatian oleh kebanyakan manusia. Maka seolah-olah manusia tenggelam dalam kehidupan dunia selama-lamanya. Pada mereka, tidak ada kematian yang akan berlaku, lantas mereka lari daripada petunjuk Allah Taala.

Mereka lari daripada agama Allah Taala dan membuat ajaran-ajaran sendiri, kemudian beramal mengikut kemahuan diri sendiri. Tindakan itu menyebabkan mereka hanyut dalam kehidupan yang menyusahkan di dunia serta di akhirat akan mengalami keadaan yang lebih susah dan lebih menyulitkan.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, oleh itu, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.” (Surah Ali Imran: ayat 31-32) "
posted by Abu Mus'ab @ 12:26 PTG   1 comments
TEKTIK JAHAT PECAT IMAM MASJID

Tektik jahat JHEAT untuk pecat Imam

Ambe dengar cerita dari seorang kenalan yang boleh dipercayai di Besut dan disokong pula cerita yang sama dari seorang kawan lain dari Marang mengenai usaha-usaha jahat yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk memecat imam dan bilal yang dianggap menyokong pembangkang.

Tektik kotor dan jahat yan telah dan sedang dilakukan oleh JHEAT di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) ialah menggantung elaun bulanan mereka yang terlibat.

Apabila imam/bilal berkenaan hadir dalam majlis penyampaian elaun, mereka diberitahu nama mereka tidak ada dalam senarai, sedangkan mereka tidak pernah menerima surat rasmi berkait dengan pemecatan atau penggantungan elaun mereka.

Kemudian mereka dipanggil ke Pejabat JHEAT untuk disampaikan elaun mereka. Sebelum elaun diberikan, mereka diminta menandatangani satu surat yang telah siap dibuat. Bagi yang tidak usul periksa akan terus tandatangan surat berkenaan dan menerima tunggakan elaun mereka.

Rupanya surat itu ialah ialah surat perletakan jawatan secara sukarela. Ada yang bertegas tidak menandatangani surat itu dan mereka tidak diberi elaun itu. Inilah tektik mereka untuk memecat imam/bilal berkenaan.

Secara rasminya, mereka tidak memecat imam/bilal berkenaan, tetapi imam/bilal itu yang memohon meletak jawatan. Inilah antara kezaliman bersiri yang dilakukan oleh Kerajaan Hadhari Terengganu Bestari sekarang.

Ambe : Agaknya apa lagi yang sedang difikirkan oleh BN untuk menghapuskan pembangkang di negeri ini.
posted by Abu Mus'ab @ 11:47 PG   0 comments
NILAI TUDUNG WANITA ISLAM
Isnin, Julai 09, 2007
Nilai Tudung Wanita

Di sini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat,nama, harta dan kemewahan dunia.


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.


Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.


Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhrimnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.


Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak danbangga dalam diri.


Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.


Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.


Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam.Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.


Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan.Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.


Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.


Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.


Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodohmasing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.


Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain.jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yangmenghiasi peribadi wanita muslimah.


Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bilaindividu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agamamelalui pakaian.
posted by Abu Mus'ab @ 1:03 PTG   0 comments
PERANG SIBER


Perlantikan Datuk Seri Azalina Othman Said oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mengetuai Gerakkan memerangi Bloggers terutamanya yang tidak sehaluan dengan Kerajaan merupakan ancaman terkini kepada para Bloggers.

Peristiharan yang dibuat oleh Azalina semalam juga merupakan gendang perang yang seharusnya diambil serius oleh semua bloggers.

Para blogger selama ini bergerak secara independent dan masing-masing punyai hala tuju serta matlamat yang berbeza. Sama ada mereka bekerja untuk parti pembangkang atau tidak itu bukanlah persoalannya. Dunia bloggers menjemput semua individu yang punyai capaian internet untuk tampil mewajahkan pemikiran mereka di alam siber ini secara bebas.

Namun kecenderungan rakyat masakini mendapat tentangan hebat dari pihak Kerajaan Barisan Nasional yang amat terasa dengan usik-usik berbisa para bloggers.

Nampaknya, Kerajaan BN semakin tidak rasional dan pengistiharan perang siber ini membuktikan bahawa mereka amat terdesak dalam menangani limpahan fikiran dari segenap pelusuk minda bloggers.

Kerajaan BN juga akhirnya mempersembahkan taring ditaktornya kepada para bloggers yang mana pada hari ini jumlah bloggers semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘fitnah oleh blogger’ dalam ucapan Azalina. Tidak cukupkah dengan penggunaan jentera media RTM dan Media Prima yang dimiliki oleh UMNO-BN untuk menyesatkan rakyat. Minggu Kini mereka melihat jalan alternatif bloggers di alam maya ini sebagai ancaman pula.

Jika inilah yang diidamkan oleh Kerajaan UMNO-BN, para blogger telah lama bersiap sedia. Kita tahu, dengan kuasa yang mereka ada pelbagai cara akan dilakukan. Cuma kita mahu agar juak-juak UMNO-BN yang ingin turut berpencak di medan Blog ini agar tidak cepat melatah dan letih.

Strategi kotor juga pastinya akan digunakan oleh mereka demi memenangi peperangan ini. Kita bersedia jika mereka ingin bermain ‘games’ ini tapi ingatlah bahawa kebenaran dan hak bersuara setiap rakyat itu adalah sesuatu yang harus dihormati.

Jangan kerana agenda segelintir pemimpin, juak-juak UMNO-BN ini menjadi seperti ‘Harimau dalam Zoo’. Muka sahaja garang tapi lehernya diikat dengan rantai ringgit UMNO-BN.

Dan ingatlah!!! Tiada jalan mudah untuk UMNO-BN menumbangkan Bloggers kerana setiap bloggers tidak memerlukan kawasan Parlimen atau sempadan geografi untuk bertindak. Kami juga tidak memerlukan undi untuk menang di alam siber ini.Oleh itu, jangan memandang rendah pada bloggers kerana tidak mustahil satu hari nanti UMNO-BN akan tumbang kerana gigitan bloggers ini.
posted by Abu Mus'ab @ 12:21 PTG   0 comments
KERESAHAN PELAJAR GANU
Jumaat, Julai 06, 2007

Keresahan Pelajar Terengganu Mesir : ZAKAT Dilewatkan

Rata-rata pelajar Terengganu di bumi Mesir merungut dan meluahkan rasa tak puas hati di atas kelewatan pembayaran Zakat oleh MAIDAM pada tahun 2007 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pelbagai persoalan timbul apabila zakat tahun 2007 masih tidak diberikan kepada pelajar-pelajar Terengganu di Universiti Al-Azhar walaupun peperiksaan akhir sesi pengajian sudah pun berakhir dan cuti akhir tahun sudah pun bermula, manakala sesi baru pengajian 2007/2008 akan bermula pada 15 september 2007.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini di mana zakat diberikan kepada pelajar pada bulan Jun setiap tahun, tetapi pada tahun ini dikhabarkan zakat akan diberikan pada bulan September 2007 kerana semata-mata menunggu Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh yang akan datang sendiri ke Mesir untuk menyampaikan zakat kepada pelajar-pelajar di sana.tindakan itu menunjukkan bahawa pihak kerajaan negeri tidak begitu peka dengan permasalahan anak-anak Terengganu di Perantauan.

Masalah yang timbul ialah jika benar Zakat akan diberikan pada bulan September maka ia adalah satu tempoh yang terlalu lambat dan membebankan pelajar-pelajar yang bergantung kepada zakat untuk perbelanjaan mereka di sana, bahkan ada sebahagian daripada pelajar akan pulang ke tanah air sebelum bulan September, dan mereka yang sudah pulang ke tanah air tidak lagi berhak untuk mengambil zakat memandangkan mereka tidak lagi pelajar yang berhak menerima zakat.

Soalnya sekarang ialah kenapakah dilewatkan pembayaran tersebut sehingga sesi pengajian berikutnya hampir bermula? Yang peliknya ialah zakat untuk pelajar-pelajar yang memohon secara persendirian sudah pun diberikan semenjak beberapa bulan yang lalu. Kenapakah zakat yang diurus melalui pegawai lebih sukar daripada permohonan secara persendirian? Apakah betul pegawai yang datang ke Mesir untuk memudahkan urusan pelajar di sana? Atau ia adalah sebaliknya!
posted by Abu Mus'ab @ 5:28 PG   0 comments
ALAM BARZAKH DAN ALAM AKHIRAT
Khamis, Julai 05, 2007

Renungan

LALUAN MENUJU KE KUBUR

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan iri hati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak
d. Sucikan Hadas Kecil dengan Sempurna

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha' yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR

a.Mengucap dua kalimah syahadat
b.Suka memberi sedekah
c.Berkata benar
d.Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan musibah yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepda ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM

a.Kasihilah Aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD SAW

a. Kasihilah NAbi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
posted by Abu Mus'ab @ 3:58 PTG   0 comments
PEGAWAI DI MESIR


Salam..kembali lagi untuk entry edisi siasat yang terkini.

Kes berlaku pada awal tahun ini, bila mana datang satu rombongan perniagaan dari Malaysia. Turut menyertai rombongan tersebut seorang janda yang boleh dikatakan menariklah, walaupun sudah berumur, tetapi masih mempunyai paras rupa yang menarik, dia dikatakan menjual produk kecantikan, jadi tidak mustahillah janda nih mempunyai perwatakan yang menarik.

Yang nak dijadikan kisahnya, bila ada janda ni, seorang pegawai ni pun mulalah memulakan langkahnya. Pegawai ini, dah berumah tangga, dah ada anak, dan yang kelakar nya, pegawai nih siap mengaku pada janda nih, yang dia ni masih bujang. Benda ini, didengar sendiri oleh budak-budak mesir yang kebetulan berada semasa proses mengorat ni.

Pegawai ini, berkali-kali nak mengajak janda ni keluar, namun oleh sebab rombongan perniagaan ini kebanyakkan program mereka diuruskan oleh budak-budak mesir. Jadi, budak-budak mesir yang boleh mencium niat pegawai ni pun buatlah bermacam-macam alasan untuk menghalang.

Namun, disebabkan kelicikan pegawai ni, akhirnya dia berjaya juga membawa keluar janda ni. Yang memalukannya masa pegawai ni keluar, dia turut membawa pembantu peribadi yang dipercayainya yang juga budak mesir.

Dikatakan pegawai ini membawa janda ini keluar ke hotel, yang ada tarian gelek dan tidak ketinggalan pembantu peribadinya tadi. Mereka juga dikatakan keluar sampai ke lewat pagi. namun,yang amat dikesalkan, pembantu peribadi pegawai ini tak buat apa-apa untuk menghalang pegawai ini, tapi turut menyertai.

Tapi tak tahulah, kalau dia nak betulkan dari dalam, cuma edisisiasat tak nampak bagaimana cara untuk menegur mereka ini. Itulah kisah pegawai di mesir ini, pegawai mana yg buat tu, biarlah disimpan menjadi rahsia. Yang penting jadikan tauladan untuk mereka yang bergelar pegawai untuk menjaga nama baik pegawai itu sendiri.

Sekian entry untuk kali ini..layari blog http://edisisiasatmesir.blogspot.com/

p/s : Apa yang bermain di benak fikiran ambe lah, Pegawai mana satu yer ? Cuba Teke ...
posted by Abu Mus'ab @ 3:08 PTG   0 comments
UMNO PERALAT PELAJAR

UMNO Perlu Hentikan Peralat Pelajar

KUALA TERENGGANU: Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Mustafa Ali menggesa kerajaan menghentikan perbuatan memperalatkan pelajar untuk kepentingan politik Umno/BN negeri.Katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama pihak-pihak tertentu memperalatkan pelajar-pelajar universiti untuk tujuan itu.

Menurutnya, sehingga kini PAS dapat mengesan dua program yang telah dilaksanakan. Program pertama, katanya membabitkan para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berlangsung pada 16 hingga 19 Mei lalu di Parlimen Kuala Terengganu yang melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, Ladang, Wakaf Mempelam dan Bandar termasuk DUN Seberang Takir (Parlimen Kuala Nerus) yang bertempat di Masjid Hiliran.

Katanya lagi, program kedua pula di DUN Rhu Rendang yang diadakan di Kampung Gong Beris, Marang dari 14 hingga 18 Jun lalu yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat Projek Baktisiswa Terengganu 2007 itu dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains &Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Dr Abdul Latiff Awang.

“Caranya ialah mereka menjadi anak angkat kepada penduduk setempat. Ini ada matlamat politik dan pengendalinya ialah JKKK, jabatan belia dan jabatan berkenaan, menanamkan politik kepartian Umno/BN kepada para peserta.

“Kemudian, pelajar itu sendiri ditugaskan antara lain ziarah rumah dalam kampung itu dan buat culaan untuk menentukan PAS atau Umno,” ujarnya pada persidangan media di Pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, culaan itu sepatutnya dilakukan oleh orang politik, bukannya peserta program baktisiswa itu.

Beliau yang kesal dengan tindakan itu berkata, dalam suasana kerajaan kata pelajar tidak boleh terlibat dengan politik kepartian tetapi pemimpin kerajaan sendiri telah melanggar etika dan memperalatkan pelajar-pelajar untuk kepentingan politik Umno dan BN.

“Saya salah seorang pimpinan politik tertinggi PAS dan menyedari perkara ini. Ini suatu benda yang sangat dikesalkan, sikap double standard yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dalam perkara ini,” ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau kerajaan BN perlu bertindak secara gentleman, bukannya dengan cara yang tidak beretika.

Menurutnya, pada 2004, mereka memanipulasikan berhubung dengan daftar pemilih dan PAS sudah mengesan tindakan mempergunakan pelajar yang masuk ke kampung-kampung untuk tujuan itu.

“Saya setuju pelajar harus didedahkan dengan pengetahuan ilmu politik tetapi bukan dengan politik kepartian dan dalam masa yang sama di universiti pula tidak dibenarkan sama sekali forum politik, dan khasnya, Akujanji yang dibuat oleh pelajar tersebut untuk mengekang minda pelajar dari memahami politik yang sebenar,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan jika pelajar hendak didedahkan dengan politik, kerajaan perlu buka semula kebebasan pemahaman politik yang dibuat oleh semua pihak sebagaimana tahun-tahun 60-an, 70-an sehingga akhir 90-an.

“Kita hendak membina pelajar-pelajar yang mempunyai kesedaran politik, kematangan politik, tetapi sekarang Umno/BN memperalatkan pelajar terbabit,” ujarnya.
p/s : Tak Mustahil Agenda UMNO ini akan dilaksanakan ke atas pelajar lepasan Al-Azhar juga... Apa tidaknya, kita lihat sekarang ini, Realiti, ada dikalangan guru J-Qaf yang lulusan Al-Azhar menjadi batu pelekong UMNO, dibayar untuk ceramah Islam Hadhari, Islam Hadhari ini Sesat, dah lah sesat, Menyesatkan orang lain pulak... sedarlah wahai Orang Islam khususnya warga Azhari, jangan kamu cenderung kepada kezaliman ...
posted by Abu Mus'ab @ 2:51 PTG   0 comments
METER AIR PUN KENE SEWA !
Ahad, Julai 01, 2007

Meter Air Pun Kene Sewa

Satu lagi projek Barisan Nasional!

Mulai bulan Jun yang lepas, seluruh rakyat negeri Terengganu yang menjadi pengguna air yang diuruskan oleh Syarikat Air Terengganu (SATU) dikenakan caj baru sebanyak 80 sen sebulan sebagai sewa meter air.

Antara alasan yang diberikan oleh pihak SATU ialah bagi menangani masalah kecurian meter air yang sangat menjadi-jadi di negeri ini sejak diperintah semula oleh Kerajaan Hadhari ini.

Pihak SATU katanya terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi menggantikan meter yang dicuri. Difahamkan, pihak mereka akan menggantikan dengan meter plastik yang berharga RM70 seunit.

Pencuri dah kebas meter, pengguna pula yang terpaksa tanggung kos. Walaupun hanya 80 sen sebulan, tetapi cuba bayangkan, kalau kita anggarkan 200,000 pengguna di seluruh negeri ini, sudah tentu sebanyak RM160,000 sebulan berjaya dikutip oleh SATU.

Sementara itu, dengar juga pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenakan caj sebanyak RM32 sebulan bagi lampu jalan yang dipasang di kawasan rumah pengguna. Kadar sebelum ini hanya RM10 sahaja.

Mus'ab: Jangan biarkan terus BN memerintah, kerana semuanya naik dan membebankan rakyat.
posted by Abu Mus'ab @ 4:06 PTG   1 comments
MALAIKAT MENANGIS

Malaikat Menangis

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."

Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."

Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka."

(Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."
posted by Abu Mus'ab @ 3:52 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER