:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
AL-QURAN ITU KEKASIH
Ahad, Oktober 28, 2007

Al-Quran itu KeKasih…

Al- Quran itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tamsilan mudah untuk menerangkan perkaitan Al-Quran dalam kehidupan kita seharian. Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa bentuk dan cara sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan! Dari itu, marilah kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai Al-Quran… kalam Allah Yang Maha Agung.

1. Kekasih yang terlalu istimewa

Sekeping warkah daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak. Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistemewaan?

Berbanding Al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya.

Allah berfirman ; "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu , tenang tenteramlah hati manusia"
(Surah Ar-Rad:28 )

Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah. Dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikrullah yang paling afdal (terbaik) itu ialah membaca Al-Quran. Seterusnya Allah SWT juga menyatakan keistemewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengan sebaik-baiknya perkataan sebagai firman-Nya dalam surah az-Zumar, ayat 23 ; "Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandugannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara);yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.

Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya);dan(ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya".

2. Kekasih yang perlu dimuliakan

Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Allah telah menyeru kita agar mematuhi kandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatan daripada-Nya,Firman Allah bermaksud: "Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya), Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat."
( Surah Al-An'am :155 )

Malah Allah juga menggariskan adab-adab bagaimana memuliakan kekasih kita ini. Antaranya ialah apabila kita mendengar bacaan al-Quran, maka kita perlu mendengar dan berdiam diri, sebagaimana ingatan Allah dalam surah al-A'raf, ayat 204,maksudnya: "Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat".

3. Kekasih yang setia

Kesetiaan dalam percintaan adalah jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama al-Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran. Lalu apakah ukurannya? Bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan? Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan.

Maksud firman Allah : "Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Antaranya ada golongan yang telah (memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada Agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat. Segala pekara yang baik, dan melarang daripada segala pekara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh".( Surah Ali Imran, ayat 113-114 )

Malah at-Tabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Sa'ad r.a daripada Rasulullah s.a.w, sabda baginda ; "Kemuliaan seorang Mukmin ialah qiamullail (bangun pada waktu malam untuk beribadat)"

Baginda juga menceritakan tentang kelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran. Sabda Baginda: "Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca sepuluh ayat, dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang beribadat.Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seribu ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang berlaku adil." ( Riwayat Abu Daud )

4. Kekasih yang perlu sentiasa dibelai

Kekasih yang perlukan belaian bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya. Dari itu, Rasulullah s.a.w sering memberi amaran dan memerintahkan agar umatnya menjaga al-Quran dan tidak melupakannya.

Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Dibentangkan kepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuang kotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku tidak dapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yang dikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakan". (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Selain itu, kita membelai kekasih ini dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa iri hati dengan "kegilaan" orang lain membaca Kalamullah itu. Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Hasad (iri hati) itu tidak dibenarkan melainkan dua pekara, seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seorang lagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam".

Hasad dan iri hati semestinya dilarang oleh Allah. Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini sebagai 'ghitbah' yang dimaksudkan sifat ingin berlumba-lumba. Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu sama seperti orang itu dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal.

Semoga kita akan terus konsisten atau beramal secara berterusan untuk menjaga hubungan baik kita bersama al-Quran. Bukankah dia kekasih yang membahagiakan?

Keutamaan Membaca Al-Quran

( Petikan dari 'Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya' oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh).

1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.

2.Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali

3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga

4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga

5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-

Dalam sembahyang - 100 kebajikan
Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan
Tanpa wudhuk - 10 kebajikan

6.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.

7.Untuk selamat daripada api neraka

8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat

9.Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela

10.Pembaca akan memperolehi keamanan

11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.

12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.

Wassalam.
posted by Abu Mus'ab @ 11:57 PG   0 comments
MUHASABAH SYAWAL

SYAWAL Masih Ada

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada 2 hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah 2 hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa 2 hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan 2 hari raya yang kamu raikan itu dengan 2 hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan malah lebih daripada itu. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita meraikan kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememang nya bersih daripada dosa dan noda. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”

HARI MULIA DICEMARI HIBURAN MELAMPAU

Setahun dua yang lepas Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria telah berkata Aidilfitri tidak boleh dikaitkan dengan hiburan yang berunsur maksiat seperti konsert atau joget. Beliau berkata memang tidak dibenarkan menggunakan nama Aidilfitri untuk digabungkan dengan hiburan yang melalaikan kerana ia mencemar hari yang merupakan puncak kepada ibadat berpuasa selama sebulan. Perbuatan menyambut Aidilfitri dengan pengisian hiburan yang keterlaluan sehingga menjadikan umat Islam lalai "boleh jatuh kepada haram", katanya. "Menyambut Aidilfitri dengan sogokan rancangan bercorak hiburan yang terlalu banyak sehingga melalaikan amatlah tidak sesuai seolah-olah menidakkan hari raya itu sebagai hari kemenangan umat Islam. Islam tidak menghalang hiburan tetapi bukan yang keterlaluan sehingga umatnya lalai semata-mata kerana ingin memuaskan nafsu. Sebenarnya perayaan dalam Islam adalah ibadat tetapi Aidilfitri hilang hikmah dan tujuannya apabila umat Islam terlalu menumpukan kepada hiburan sehingga sehari suntuk, malah ada rancangan hiburan yang bermula pada awal malam menjelang raya.Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

PUASA ENAM

Abu Ayyub Al-Anshari ra meriwayatkan, Nabi saw bersabda :

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi saw bersabda:

"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Shahih" mereka.)

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:

"Barangsiapa berpuasa Ramadham lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. " (HR. Al-Bazzar) (Al Mundziri berkata: "Salah satu sanad yang befiau miliki adalah shahih.")

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan dengan puasa enam hari di bulan Syawal menyamai pahala puasa satu tahun penuh, karena setiap hasanah (tebaikan) diganjar sepuluh kali lipatnya, sebagaimana telah disinggung dalam hadits Tsauban di muka.

Semoga apa yang diperkata mendapat pengajaran untuk kita semua. Wallahuallam
posted by Abu Mus'ab @ 11:42 PG   0 comments
APA ITU MUSLIM

Apa Itu MUSLIM

Sudah menjadi suatu perkara biasa di dalam perbualan kita seharian, tua muda seringkali menyebut-nyebut kalimah “Muslim” tetapi amat sedikit pula dikalangan mereka yang benar-benar mengerti dasar maknanya… Disebabkan kerap sangat disebut-sebut orang, hinggakan yang memperkatakan tentang “Muslim” sendiri pun masih mengenalinya secara samar-samar sahaja, apahal pula yang mendengar …Akan tetapi, pengertian “Muslim” secara detail lagi mendalam, golongan cerdik pandai pun tidak kesemuanya yang memahami, apatah lagi orang-orang yang masih jahil.

Sebagai contoh, cuba kita lihat kalimah “al-Islam” dan “al-Muslim”. Kita sering menyebut-nyebut dua kalimah ini, bak kata pepatah sudah menjadi buah mulut kita semua. Akan tetapi ada pula dikalangan orang-orang yang selalu melaung-laungkan dua kalimah ini, mereka sendiri pun nampaknya masih samar-samar di dalam memahami konsep makna keduanya. Apatah lagi yang mendengar, bagaikan jauh panggang dari api ! Andainya angka bilangan orang-orang Islam 95% atau lebih dan semuanya mendakwa bahawa diri mereka Muslimin dan menganggap “al-Islam” sebagai agama mereka namun tidak pula keseluruhannya benar-benar faham apa itu “Muslim”dan apakah dia “Islam”.Maka marilah sekarang kita cuba luangkan masa untuk menyelidiki akan makna dua kalimah tadi.

Apabila kamu lihat kepada akidah dan amalan manusia semua, maka bolehlah kamu kategorikan keadaan mereka itu kepada tiga golongan mengikut kebiasaan :

Golongan pertama :

Iaitu golongan yang menyuarakan dengan lantang bahawa mereka bebas berideologi dengan sebarang ideologi dan bebas membuat sebarang tindakan. Semua amalan dan perbuatan kumpulan ini bersandarkan kepada pemikiran mereka sendiri. Apa yang lahir hasil dari perahan otak mereka,maka itulah merupakan jalan untuk mereka bertindak. Golongan ini jangankan hendak mengikut mana-mana agama, malahan beriman dengan sebarang agama pun tidak …..!

Golongan kedua :

Golongan inilah yang dikatakan beragama secara zahir. Hakikat sebenar mereka ini juga masih berpedomankan idea mereka sendiri. Golongan ini jangankan hendak menjadikan akidah dan syariat sebagai perundangan hidup mereka, malahan mereka mengeksploitasi pula untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka lakukan sekehendak hati mereka, selepas itu mereka cuba mendakwa bahawa apa yang telah mereka lakukan itu sesuai dengan suruhan agama, malahan agamalah yang mengikut telunjuk dan hawa nafsu mereka…!

Golongan ketiga :

Golongan ini termasuklah orang-orang yang tidak lagi mahu menggunakan fikiran, seolah-olah otak mereka sudah beku, tidak lagi dapat berfikir. Golongan ini semata-mata menjadi Pak Turut. Tidak menjadi soal lah samada datuk nenek mereka kah yang mereka ikuti ataupun orang-orang yang semasa dengan mereka.

Golongan pertama tadi bermati-matian memperjuangkan kebebasan, hinggakan tidak tahu lagi landasan yang sebenar. Memang boleh seseorang itu berfikir dengan bebas dengan mengikut landasan atau garisan yang dibolehkan tetapi sekiranya kebebasan yang sampai melewati batasan sudah pasti kebebasan itu bertukar dan membawa kepada kesesatan.

Bagi golongan yang kedua, situasi mereka ini lebih buruk jika dibandingkan dengan golongan yang pertama. Andai tadi golongan yang pertama semata-mata sesat, tetapi golongan kedua bukan sekadar mereka sahaja yang sesat, malahan merekalah yang bersikap pembohong munafik pula. Umpama kata pepatah ‘Pepat di luar rencong di dalam’.

Golongan ketiga ialah golongan yang teralu promitif dan pasif dari segi pemikirannya berbanding dengan dua golongan tadi.Kesalahan dua golongan diatas adalah disebabkan mereka membebankan pemikiran mereka melebihi dari kemampuan otak mereka sendiri. Akan tetapi kesalahan golongan ketiga ini pula ialah mereka tidak mahu langsung menggunakan pemikiran mereka, malahan kumpulan ini berfikir atau tidak berfikir adalah sama sahaja.

“Al-Islam” ertinya – tunduk dan taat setia dengan rela. Orang yang dengan rela hati percaya segala suruhan dan larangan Allah swt dialah yang dikatakan seorang muslim.

Dengan pengertian ini, bererti manusia diutuskan ke atas muka bumi ini hanyalah untuk mengikuti segala suruhan Allah dan Rasul-Nya. Manusia tidak boleh hanya berpandukan akal fikiran semata-mata. Semua undang-undang Allah swt tidak boleh diabai-abaikan, umpanya diambil hukum-hakam yang sesuai dengan tuntutan hawa nafsu sahaja dan ditinggalkan mana-mana yang tidak disenangi. Manusia-manusia yang seiring dengan mereka ataupun yag sudah berkubur mereka ikuti,sedangkan Al-Quran dan sunnah Nabi saw mereka ketepikan.
posted by Abu Mus'ab @ 11:29 PG   0 comments
KISAH PEMUDA BER IBU BAPAKAN BABI
Ahad, Oktober 07, 2007

KISAH PEMUDA BER IBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
posted by Abu Mus'ab @ 11:04 PTG   2 comments
SUASANA DALAM QUBUR
Rabu, Oktober 03, 2007


Setelah segala urusan dunia selesai, mayat akan dikebumikankan dan setelah setelah selesai dikebumikan maka rohnya akan dikembalikan ke jasadnya untuk MENJAWAB SOALAN dari malaikat


Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam ra, sebelum malaikat Munkar dan Nakir masuk, ada seorang malaikat lain masuk dahulu yang mukanya bersinar bagai matahari, namanya Roman. Dia masuk kepada mayat dan berkata :


"Tulislah apa yang kamu perbuat dari kebaikan dan keburukan semasa hidup di dunia dahulu."
Mayat menjawab:


"Dengan apa aku menulis? Mana penaku, mana dakwatku dan kertasku?"


Sahut malaikat Roman:


"LUDAHmu sebagai DAKWAT, JARImu sebagai PENA."


Mayat bertanya:


"Di atas apa aku menulis?"


Sabda Rasulullah saw:


"Maka malaikat itu memotong tali kapan dan dicarikkan kain kapan dan diberikan kepada mayat dan katanya: inilah bukumu dan tulislah sekarang"


Maka MAYAT itu MENULIS apa yang telah dilakukan semasa hidupnya dengan KEBAIKAN. Maka bila sampai pula untuk menulis kejahatan, mayat itu merasa malu untuk menulisnya. Kata malaikat:


"Wahai orang salah, sekarang ENGKAU merasa MALU untuk MENULIS KESALAHAN yang kamu lakukan dahulu. Kenapa kamu tidak malu terhadap Tuhan yang menciptakan akan kamu waktu kamu melakukan kesalahan dahulu, hingga kamu merasa malu kepada aku?"


Maka malaikat itu mengangkat tongkat hendak memukulnya. Lalu berkata si hamba tadi:


"Angkatlah saya dan saya akan menulisnya."


Diapun menulis semua sekali kejahatan hingga habis, lalu malaikat itu memerintahkan supaya dia melipat catitannya itu dan memberinya cop mohor.


Tanya si mayat:


"Dengan apa cop?"


Jawab malaikat:


"Kamu COP dengan KUKUmu itu."


Lalu diberikan cop kuku dan DIKALUNG di lehernya HINGGA ke hari QIAMAT. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 13 bermaksud:


"Dan tiap-tiap manusia itu kami telah tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetap kalong) pada lehernya dan kami keluarkan baginya pada hari qiamat sebuah kitab yang dijumpai dalam keadaan terbuka."


Lalu masuklah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Jika yang mati ahli maksiat, maka pada hari qiamat diwaktu Allah memerintahkan untuk membaca kitabnya sendiri, maka dia pun membaca sehingga habislah kebaikan yang dilakukan. Tetapi bila sampai kepada keburukan dia pun berhenti. Maka firman Allah:


"Mengapa kamu tidak baca?"


Maka jawab si hamba:


"Aku malu kepada Mu ya Allah."


Firman Tuhan lagi:


"Mengapa kamu tidak malu di dunia dahulu? Mengapa sekarang baru malu?"


Akhirnya hamba tadi merasa sungguh menyesal tetapi sesalan yang tidak berguna lagi.


Kemudian datang firman Tuhan lagi dalam surah Al-Haqqah ayat 30 dan 31 bermaksud:


"Peganglah dia dan belenggulah dia, belenggu tangan ke lehernya. Kemudian masukkan dia ke dalam api neraka yang bernyala-nyala"
posted by Abu Mus'ab @ 5:10 PTG   0 comments
MASA DEPANMU TERJAMIN
Assalamualaikum wbt...

Erkk. Apa nak cakap kalu ini filem baru DJ? Apapun aku lebih suka kalu babi itu disusun beratur elok je. Biar nampak babi-babi ini dengar kata dan sopan. Hahahah. Sopan ada ke istilah pada babi? Menyondol macam buldozer langgar Masjid Bujal ada la kot..



Apapun, rakyat dapat faham dari poster di atas adalah, Babi tidak ditembak, tetapi orang ditembak. Patutlah masa depan babi lebih terjamin.
posted by Abu Mus'ab @ 3:11 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER