:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
QORBAN
Isnin, Disember 24, 2007
QORBAN

Hari ini, umat Islam di seluruh dunia menyambut hari raya Adha atau hari raya Qorban. Semuanya melafazkan takbir membesarkan Allah taala dengan suara bersemangat lagi berkumandang. Para jemaah haji pula bertakbir setelah melafazkan talbiyyah menyahut seruan Allah mengabdikan diri hanya kepada Allah sahaja. Alangkah besarnya makna peristiwa ini, sekiranya umat Islam menghayati sejarah dan memahami tujuannya. Tepat dengan maknanya hari raya Qorban, di mana mereka yang mampu, melakukan upacara Qorban. Semuanya memberi makna pengorbanan dan perlunya pengorbanan itu bagi membuktikan keikhlasan kepada Allah taala.

Amalan qorban yang dilakukan bermula pada hari sebaik sahaja selesai solat hari raya dan mendengar khutbahnya, sehingga selesai 3 hari Tasyriq, adalah bertujuan menghampirkan diri kepada Allah taala. Amalan yang pernah dilakukan sejak zaman Nabi Adam alaihi salam, apabila kedua-dua orang puteranya yang bernama Habil dan Qabil mengemukakan qorban mereka kepada Allah taala, dan Allah menerima salah satu daripadanya, iaitu qorban yang dilakukan oleh Habil kerana ikhlas dan taqwanya.

Seterusnya dilanjutkan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim alaihi salam dengan keikhlasan mengorbankan anaknya Nabi Ismail alaihi salam dalam peristiwa yang menyayat hati.

Demikianlah contoh qorban dan pengorbanan yang dilakukan oleh hamba Allah yang beriman, yang berpandukan aqal dan wahyu. Hanya aqal yang berpandukan wahyu, bersedia menunaikan perintah Allah dalam bentuk dan cara apa sahaja untuk mencapai keredhaan. Aqal yang tidak berpandukan wahyu Ilahi, apa lagi yang pendek akal atau yang tidak beraqal, akan menganggap semua perkara itu adalah kerja yang sia-sia.

Hari raya ini mengajar kita supaya benar-benar menjadi hamba Allah yang menghayati Islam di dalam seluruh jurusan hidup dan mati. Begitu juga dengan Islam yang contohnya ditunjukkan oleh manusia pilihan Allah, para anbiya' alaihimussolatu wassalam yang berakhir dengan Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam mengajar kita supaya mengaku bahawa Allah sahaja Tuhan yang tiada sekutu baginya dalam mencipta alam dan mentadbir segala urusannya. Tiada sekutu bagi Allah di dalam ibadat, hukum syariat, undang-undang dan seluruh cara hidup. Semuanya mempunyai perhitungan setelah mati dan dibangkitkan semula sesudah mati, tiada suatupun yang dipisahkan daripada Islam. Maka Islam menolak ajaran sekularisme dalam segala bentuknya, samada yang menolak agama seluruhnya, atau yang meraikan agama dalam perkara-perkara tertentu yang difikirkan munasabah. Segala idealogi yang lahir daripada ajaran sekular itu adalah haram kepada umat Islam menganutnya, percaya dan berjuang untuk menegakkannya. Hanya Islam yang diimani, diyakini dan dihayati, walaupun memerlukan apa sahaja pengorbanan dan menghadapi apa sahaja cabaran.

Alangkah besarnya makna takbir yang diucapkan di hari ini dan selepas tiap-tiap solat di hari Tasyriq, kerana apabila kita menyatakan takbir maka kita telah mengisytiharkan Allah itu paling besar dan Maha Besar. Segala kuasa besar dikalangan kerajaan di dunia, dan semua orang besar dikalangan pemimpin, adalah terlalu kecil dan kerdil di hadapan Allah taala. Oleh itu, di dalam kita menegakkan Islam agama Allah ini, kita tidak boleh menyerah kalah dan merasa hina. Hendaklah diteruskan selagi nyawa dikandung badan, kerana Allah yang mencipta dan Tuhan kepada segala-galanya. Kita hanya bergantung kepada Allah taala, kita tidak bergantung hidup kepada yang lain, tidak menumpang rezeki daripada yang lain dan tiada pelindung dan penyelamat yang sebenar melainkan Allah taala.
posted by Abu Mus'ab @ 4:01 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER