:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

SAFAR
Isnin, Februari 18, 2008

Safar - Bulan Kembali Berperang

Sebahagian para ilmuan berpandangan bahawa nama Safar untuk bulan kedua dalam kalendar Islam ini diambil dari perkataan Sifr atau sifar yang bermakna kosong.

Ini ialah kerana orang-orang Arab di zaman Jahiliyyah yang telah menghentikan aktiviti peperangan dan penumpahan darah selama 3 bulan sejak Zulqa'idah, keluar mengosongkan rumah mereka untuk kembali berada di medan-medan pertempuran.

Mereka bagaikan orang yang yang baru habis tempoh berpantang, kemaruk untuk menumpahkan darah sebagaimana yang terbiasa pada cara hidup Jahiliyyah mereka. Tanpa menunggu lama, mereka menjadikan bulan Safar sebagai masa yang mereka nanti untuk 'mencari fasal' berperang, menuntut bela atau membalas dendam.

Dalam sejarah Islam sepanjang hidupnya Rasulullah s.a.w. juga dapat kita temui beberapa peperangan dan peristiwa penting yang berlaku, antaranya:

1- Perang Abwaa' yang berlaku sebelum Badr al-Kubro pada tahun 2 Hijrah.

2- Perang Dzi Amin pada tahun 3 Hijrah.

3- Tragedi Berdarah Yaumur Raji' / Tragedi Telaga Ma'unah pada tahun 4 Hijrah.

4- Persidangan pemimpin Musyrikin di Darun Nadwah sebelum berhijrahnya Rasulullah s.a.w.

5- Geringnya Rasulullah s.a.w. yang membawa kepada kewafatan Baginda pada tahun 11 Hijrah.

Safar tahun 1429 Hijrah ini juga rakyat Malaysia kembali 'berperang' dan 'bertempur' dalam Pilihan Raya Umum ke 12. Tanyakan diri kita; kita berjuang untuk Allah S.W.T. kah atau untuk thoghut? Kita berperang kerana Islamkah atau untuk Jahiliyyah? Kita bertempur sebagai dakwah dan jihadkah atau semata menunjukkan permusuhan dan untuk menumpaskan musuh?

Dalam Sunan an-Nasa'ie pada hadith no. 4046 didatangkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Siapa yang berjuang di bawah bendera buta (panji kesesatan), berperang kerana 'ashobiyyah, dan marah (atas dorongan) 'ashobiyyah; maka matinya adalah (mati) Jahiliyyah".
posted by Abu Mus'ab @ 11:26 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::