:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

MAULIDUR RASUL SAW
Ahad, Mac 23, 2008

Maulidur Rasul

Marilah kita mendengar firman Allah taala dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud :

"Adalah sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu ikutan contoh yang baik, bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat, dan mengingati Allah taala banyak-banyak."

Di dalam bulan Rabiul Awal ini, menjadi satu adat di kalangan umat Islam menyambut dan mengadakan majlis mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Allah taala tidak memerintah umat Islam di dalam mana-mana ayat al-Quran supaya mengadakan sambutan mengingati tarikh kelahiran Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW sendiri pun tidak meminta umatnya supaya menyambut dan mengingati hari kelahiran baginda. Demikian juga para Sahabat, mereka tidak pernah mengadakan sambutan hari kelahiran Rasulullah SAW samada semasa hidup baginda atau selepas kewafatan baginda SAW.

Apa yang diperintahkan oleh Allah taala dan RasulNya SAW, itulah yang dilakukan oleh para Sahabat, iaitu mereka beramal dan menurut ajaran Rasulullah SAW dengan berpandukan kepada petunjuk yang dibawanya.

Sekiranya kita menyambut dan mengingati kelahiran Rasulullah SAW untuk memberi semangat kepada perjuangan menegakkan Islam dan memperingatkan kepada kita betapa pentingnya berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, maka sambutan seperti ini tidak salah dan ada juga manfaatnya.

Namun, sekiranya sambutan seperti ini dirayakan sekadar sambutan semata-mata, untuk menunjuk-nunjuk sahaja bahawa kita sayang kepada Rasulullah SAW, sedangkan ajaran yang dibawa dan diajar oleh Baginda SAW tidak diikuti, petunjuknya tidak dijalani bahkan ada sesetengahnya dipermain-mainkan, maka sambutan seperti ini sia-sia sahaja.

Sambutan seperti ini samalah dengan sambutan yang dilakukan oleh orang-orang Kristian terhadap tarikh kelahiran Nabi Isa as, sedangkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa itu sendiri mereka tentang dan tinggalkan. Sambutan seperti ini hanya lebih membawa kepada mempersedakan Rasulullah SAW.

Kita hendaklah sedar betapa penting dan besarnya peristiwa kelahiran Rasulullah SAW. Kelahiran Rasulullah SAW diceritakan oleh Allah taala kepada seluruh Nabi dan Rasul alaihimussolatu wassalam bermula daripada Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Isa alaihissalam.

Betapa pentingnya kelahiran Rasulullah SAW sehingga Allah taala memerintahkan Nabi Ibrahim alaihissalam supaya membuka negeri Mekah, tempat lahirnya Rasulullah SAW. Selepas Nabi Ibrahim as mendirikan kaabah yang menjadi qiblat umat Nabi akhir zaman Muhammad SAW, Nabi Ibrahim as berdoa supaya Allah taala membangkitkan daripada zuriat keturunannya seorang Rasul sebagaimana yang difirmankan oleh Allah taala dalam surah al-Baqarah ayat 129 yang bermaksud:


"Wahai Tuhan kami, utuskanlah kepada mereka seorang Rasul daripada mereka, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat engkau, dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, dan membersihkan mereka ( daripada Syirik dan dosa ), sesungguhnya engkau Maha Perkasa lagi Bijaksana."

Demikianlah Allah taala membuat persedian yang cukup untuk melahirkan Rasul akhir zaman yang akan menjadi contoh dan ikutan kepada manusia sehingga hari Qiamat. Apabila Rasulullah SAW dilahirkan, Baginda menjadi yatim piatu, tidak mendapat didikan daripada kedua ibu-bapa Baginda kerana Allah taala hendak menjadikan Baginda mendapat pendidikan secara langsung daripada Allah taala.

Baginda Rasulullah SAW dilahir dan dibesarkan di negeri yang mundur, bukan di negeri yang telah mencapai kemajuan kebendaan seperti negeri Rom dan Parsi. Ini untuk menunjukkan kepada manusia bahawa Islam bukannya satu ajaran yang boleh direka-reka oleh manusia.

Walaupun Islam bermula di Mekah, sebuah negeri yang mundur dan dikatakan tidak bertamadun pada masa itu, tetapi Allah taala hendak membuktikan bahawa dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam, umat Islam boleh maju di dalam semua bidang, di dunia dan di akhirat. Bermula di Mekah, Islam berkembang dan menjadi satu kuasa yang memimpin dunia untuk menuju ke akhirat.

Adapun kemajuan dunia, ia suatu perkara yang boleh direka oleh manusia menurut perkembangan semasa dan zaman. Untuk memudahkan hidup, manusia mencipta pelbagai alat, tetapi ajaran yang memberi kebahagian di dunia dan keselamatan di akhirat bukannya boleh dicipta oleh sesiapa, bukan juga oleh mana-mana kuasa besar dunia dahulu dan sekarang.

Maka tidak hairanlah jika Rasulullah SAW sejak dilahirkan sehingga dewasa di dalam keadaan ummiyyi (buta huruf) tidak tahu menulis dan membaca. Baginda tidak belajar daripada sesiapa bahkan Rasulullah SAW mendapat ilmu secara langsung daripada Allah taala melalui wahyu.


Rasulullah SAW menerima sahaja wahyu yang disampaikan oleh Jibril alaihissalam kepadanya, dan terus membaca dan mengajar kepada umatnya tanpa banyak soal dan bertanya kepada Allah taala apakah hiikmahnya. Oleh itu, wajiblah kita beriman dan beramal dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW tanpa ragu-ragu lagi.

Allah taala menjadikan Rasulullah SAW contoh kepada umatnya bagaimana beramal dengan al-Quran kerana Baginda adalah orang yang paling sempurna beramal dengan ajaran al-Quran. Maka Rasulullah SAW mengajar umatnya bagaimana mengerjakan solat.

Oleh itu, marilah kita mengambil semua contoh yang dibawa oleh Rasulullah SAW di dalam semua perkara, di dalam ibadat, akhlak, berrumahtangga, bermuamalat, berekonomi, berpolitik dan lain-lain lagi. Jangan sekali-kali kita hanya mengikut cara Rasulullah SAW di dalam megerjakan solat dan mengerjakan haji sahaja, sedangkan di dalam perkara-perkara lain kita mengikut hawa nafsu dan kemahuan kita.

Marilah kita menurut ajaran Rasulullah SAW, kerana tanda kecintaan kepada Allah taala ialah apabila kita patuh kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Imran ayat 31)
posted by Abu Mus'ab @ 3:31 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::