:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
MUHASABAH DIRI
Selasa, Januari 22, 2008


MUHASABAH DIRI

Rasulullah s.a.w telah mendedahkan satu hakikat yang wujud dalam perjuangan dakwah supaya umat Islam dapat mengambil sikap yang bijaksana, di mana Baginda mendedahkan bahawa terdapat manusia yang bergelumang dengan maksiat, berjiwa munafiq dan tidak beriman turut serta berjuang menegakkan syiar Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir (jahat)".
(Riwayat Bukhari)

'Fajir' di sini bermaksud orang yang bergelumang dengan maksiat-maksiat dan perbuatan-perbuatan yang haram.

Sesetengah pandangan Ulama' Islam mengatakan orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya sedangkan orang lain mendapat faedah dan beramal dengan ilmu yang diajar olehnya dikira dalam golongan 'fajir'. Golongan pemerintah yang zalim juga dikira golongan manusia yang fajir.

Di dalam sejarah perjuangan Islam sejak zaman dahulu hingga sekarang terdapat banyak contoh-contoh yang menunjukkan betapa manusia yang bersifat 'fajir' ini dapat mengaburi pandangan orang Islam dengan perjuangan mereka yang gigih unuk menegakkan Islam. Mereka ini sering melaungkan kata-kata berbentuk perjuangan tetapi sebaliknya lain pula tindakan yang dilakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Kebanyakan para syahid umatku adalah orang yang mencari nama. Dan betapa banyak yang terbunuh antara dua barisan, Allah sahajalah yang mengetahui dengan niat masing-masing".
(Riwayat Muslim)

Jadi, seharusnya niat seseorang pejuang itu hendaklah berhati-hati dari sifat 'fajir' dan juga bersifat riya' yang membolehkan segala amalan terhapus dan terlepas dari ciuman bau syurga.

Wassalam...
posted by Abu Mus'ab @ 12:10 PTG   52 comments
HAJI : ADAT ATAU IBADAT ?
Selasa, Januari 01, 2008

Haji : Adat atau Ibadat ?

Umat Islam di seluruh dunia berbondong-bondong menyahut panggilan Ka’bah, untuk menunaikan haji. Bagi orang yang mempunyai kemampuan dan terpilih ke Baitullah pernah pergi sahaja memahami kegembiraan tersebut. Untuk mengerjakan haji perlu pengorbanan harta benda, tenaga dan masa. Namun ia tidak menjadikan penghalang bagi umat Islam untuk mengerjakanya bahkan semua orang Islam sanggup bekerja bermati-matian untuk menjadikan hasrat ke Mekah itu suatu kenyataan. Semua orang Islam memasang cita-cita untuk mengerjakan haji tanpa mengira mazhab, semua mengimani bahawa mengerjakan haji itu satu daripada rukun Islam. Ketika mengerjakan haji tiada perbezaan, semua manusia adalah sama tanpa mengira pangkat, keturunan,si kaya atau si miskin semua datang dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah yang maha Esa .

Namun seramai mana yang memahami di sebalik perintah pengerjaan haji tersebut? Seramai mana memahami atau mengambil iktibar di sebalik simbolik-simbolik perbuatan atau perlakuan dalam menyempurnakan kerja-kerja haji tersebut. Cukupkah kita sekadar memahami syarat-syarat sah haji dan rukun-rukun haji, tanpa kita memahami dan menghayati intipati dari perintah dan suruhan Allah pada umat Islam. Adakah pemergian ke Mekah itu sekadar membolehkan kita mendapat gelaran haji dan hajjah, atau sekadar mencukupkan syarat rukun Islam semata-mata. Jika dulu orang menghormati status haji dan hajjah kerana biasanya orang yang sudah mandapat gelaran ini berusaha menjaga gelaran itu dengan adab dan adat yang sepatutnya bagi seorang haji atau hajjah, dengan akhlak dan pakaian yang selayaknya, kini ramai pergi keMekah bukan kerana mereka benar-benar menghayati dan memahami kewajipan menunaikan rukun Islam tersebut, tetapi kerana mereka mampu dan yang lebih mendukacitakan mereka pergi ke Mekah saolah-olah sama seperti mereka melancong ke tempat lain di dunia ini .

Kini orang sudah merendahkan gelaran haji dan hajjah kerana perbuatan segelintir manusia yang sudah bergelaran haji dan hajjah tetapi perbuatan mereka seolah-olah orang yang jahil agama, bahkan mereka boleh berkata “ada apa dengan gelaran ia tidak mengubah apa-apa". Berapa ramai orang yang sudah menunaikan haji tapi masih melakukan maksiat contoh yang paling ketara semenjak akhir-akhir ini artis-artis berlumba-lumba ke Mekah, tapi bila balik masih mengekalkan cara hidup mereka yang lama masih mendedahkan aurat, pergaulan masih bebas, walaupun bukan semua artis yang ke Mekah begitu tetapi mereka golongan yang mudah diambil menjadi contoh kerana kehidupan mereka begitu ketara dan dikenali ramai .

Dalam buku bimbingan mukmin ada disebutkan “Apabila sampai ke negerinya hendaklah ia menuju masjid untuk sembahyang dua rakaat, setelah sampai ke rumah jangan sampai melupakan nikmat-nikmat yang telah di kurniakan Allah kepadanya daripada menziarahi haramnya (Mekah dan Madinah dan menziarahi makamnya Nabi besar Muhammad s.w.s.). Tanda mengkufuri nikmat ini atau melupakanya ialah dengan kembali semula kepada kelalaian dan mengikut hawa nafsu serta semakin suka membuat maksiat-maksiat kerana itu bukanlah tanda haji yang mabrur. Tanda haji mabrur ialah dengan semakin cenderung hatinya dan gerak gerinya kepada amalan-amalan akhirat serta menyiapkan diri untuk menemui Tuhan yang memiliki rumah Allah iaitu ka’bah .”

Apakah ketika di dalam ihram yang hanya terdiri dua helai kain tidak mampu menginsafkan kita, tidak ada yang lebih istimewa dan mulia di sisi Allah melainkan orang yang bertakwa. Ketika di Arafah dengan lautan manusia yang seragam dan sewarna tidakkah kita terasa bahawa bagaimana hebatnya hari pembalasan dengan seluruh kehidupan manusia dari Adam hingga ke akhir kehidupan makhluk di muka bumi ini dihimpunkan seluruhnya di sana.

Kesimpulanya ketika kita menunaikan haji kita bukan sesiapa kita hanya hamba Allah yang lemah dan sentiasa mengharap kasihan belas dari Allah yang maha kuasa, sayugialah selepas kita balik pun kita kena mengingatkan diri kita bahawa kita hanyalah hamba Allah, kita tidak layak menzalimi, kita tidak layak menolak atau mengubah hukum Allah, kuasa, harta, pangkat tidak kekal dan tidak mampu menyelamatkan kita dari azab Allah. Dalam suatu kisah ketika Ali melakukan Tawaf bersama Rasulullah, Ali bertanya “Ya Rasululla apakah kelebihan Baitullah ini ? , Jawab Nabi “Allah telah mendirikan rumah ini di dunia untuk penebus dosa-dosa umatku”.

Mohonlah keampunan Allah, mudah-mudahan mereka-mereka yang menunaikan haji mendapat haji yang mabrur.
posted by Abu Mus'ab @ 11:51 PG   0 comments
UNTUK APA ADA ANAK ?

Untuk Apa Mempunyai Anak?

Mempunyai anak sendiri adalah salah satu kurnia terindah dalam kehidupan berumah tangga. Rasa bahagia itu akan lebih terasa lagi apabila menunggu saat kelahiran anak tersebut itu sudah terlalu lama.

Anak adalah anugerah Ilahi. Semua pasangan secara fitrahnya sangat mendambakan anugerah dan kurnia ini. Kerana itu, orang tua seharusnya tahu dan menyedari nilai kurnia Allah yang besar ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Mereka yang tidak memahami hakikat nilai ini, mereka akan meremehkan dan mengabaikan kewajiban mereka untuk menjaga dan mendidik anak tersebut.

Tidak semua orang yang berkeluarga mudah dan cepat dapat menimang anak. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini kepada siapa yang Dia inginkan. Kerana itu, pasangan yang telah diizinkan Allah mendapat anak, hendaklah dia menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang paling baik menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (QS. asy-Syura: 49-50).

Kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh syukur dan kasih sayang, kerana ini adalah nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagiakan dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (QS. al-Furqan: 74).

Allah SWT juga ada mengabadikan doa hamba-hamba-Nya yang mampu mewariskan perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (QS. Maryam: 5-6). Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada orang tua apabila kembali kepada Allah.

Seorang ulama pernah mengungkapkan, “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itu terjadi jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang benar. Hanya anak soleh yang mampu menjadi amalan abadi yang terus mengalir pahalanya untuk kedua orang tua.

Kita sedar bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (QS. Ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang Rabbani. Satu tanggung jawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak. Rasulullah SAW bersabda, “....dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengawinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an.” (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami). Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).

Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu juga harus diperhatikan. Itu hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan yang tunduk kepada tuntunan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Berbaktilah kamu kepada kedua ibu bapamu, nescaya anak-anakmu akan berbakti kepadamu.”

Mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah mengingatkan masalah ini dalam firman-Nya, “Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu dari api neraka”. (QS. At-Tahrim : 6).

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus cita-cita ibu dan ayah. Mereka harus dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai.

Mari tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik mereka? Betulkah cara yang kita gunakan untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurnia Allah ini akan kita sia-siakan hingga kelak bukannya menjadi tabungan pahala di akhirat, malah sebaliknya?
posted by Abu Mus'ab @ 11:38 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER