:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

BILA NAK LETAK JAWATAN ???
Ahad, Mac 30, 2008

BILA NAK LETAK JAWATAN?

Dalam Buletin TV3suku.. sebentar tadi keluar wajah Rosol Wahid, hero 23 ADUN yang membantah perlantikan MB Terengganu tempohari. Tapi dengan nada berbeza beliau menyatakan akan menghadari majlis angkat sumpah yang bakal diadakan esok.

Apa sudah jadi??? Bukan kah kesemua 23 ADUN telah berjanji dan menandatangani surat sokongan untuk terus menyokong Deris Jusoh walau apa pun yang terjadi.Mereka juga telah membuat pengakuan terbuka untuk meletak jawatan sebagai ADUN jika deris Jusoh tidak dilantik menjadi MB.

Kita sebagai rakyat melihat kemelut ini menjadi semakin celaru.Macamana pendirian kesemua ADUN Terengganu dengan sekelip mata berubah? Sebelum ini masing-masing mengaku menyokong Deris tanpa sebarang desakan atau paksaan dari mana-mana pihak.Selepas itu kita diberitahu mereka menyokong Deris sebab Pak Lah yang suruh sokong.

Apa sebenarnya pendirian kesemua 23 ADUN Terengganu tersebut? Apakah ini sikap seorang ADUN yang dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka menyuarakan masalah mereka nanti?Wahai rakyat Terengganu yang memilih 23 ADUN ini....beginikah sikap wakil rakyat anda?Cakap tidak serupa bikin?

Mungkin kita lihat kemelut ini telah berakhir,tetapi jika dilihat dari kronologi peristiwa ini dapat lah kita simpulkan bahawa 23 ADUN ini hanya setia kepada Pak Lah dan UMNO sahaja.Mereka sanggup menjadi penderhaka kerana kesetiaan kepada Pak Lah.

Kini kita ternanti-nanti bilakah 23 ADUN ini akan dengan megahnya mengistiharkan "kami dengan ini meletakkan jawatan,kerana ketua kami Deris Jusoh tidak dilantik menjadi MB".Beranikah Rosol membuat kenyataan tersebut?

Yang kita dengar tadi ialah "kami akur dengan keputusan pucuk pimpinan dan akan menghadiri majlis angkat sumpah EXCO esok". Apakah mereka hanya akur dengan pucuk pimpinan UMNO sahaja?

Apakah mereka akur dengan terpaksa?Ini bermakna mereka masih membantah tetapi "terpaksa" akur dengan arahan pucuk pimpinan parti.Bagaimana mereka dengan terang-terangan membantah pilihan Istana tetapi akur dengan pilihan parti??

Pilihan istana terang-terangan dibantah dan diboikot.Dan sekarang rakyat inginkan mereka mengotakan janji yang telah di laungkan bersama kesetiaan membela Deris Jusoh untuk meletak jawatan.Bukan rakyat minta mereka letak jawatan,tetapi mereka telah berjanji akan meletak jawatan jika Deris Jusoh tidak dilantik sebagai MB.

Wahai Rosol dan geng-geng kamu,kotakan janji kamu semua.Kalau kamu tak kotakan janji kamu sudah terbukti lah yang kamu tidak layak untuk menjadi wakit rakyat.Bagaimana kamu nak mewakili rakyat yang memilih kamu sedangkan telah terbukti kamu semua jenis PENIPU BESAR..

Kepada rakyat Terengganu,tahniah anda semua adalah rakyat yang prihatin dan Setia kepada Tuanku Sultan..Jangan biarkan 23 orang ini melahap khazanah anugerah Allah swt yang dianugerahkan kepada kamu.
posted by Abu Mus'ab @ 10:15 PG   0 comments
SAMBUTAN LUAR BIASA

Sambutan Luar Biasa – Tuanku Terharu!

Kuala Terengganu, 29 Mac – Keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Agong dan Sultan Terengganu ke negeri Terengganu diberikan sambutan luar biasa oleh rakyat jelata yang datang dari segenap pelusuk. Pesawat khas yang membawa Tuanku mendarat sekitar jam 10.00 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Semua orang kenamaan dan VIP kelihatan telah memasuki terminal eksklusif yang belum dinamakan lagi, kerana seluruh terminal masih dalam pembinaan.

Diantara mereka adalah pemimpin PAS termasuk Dato’ Wan Mutalib Embong, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Rakyat berdiri di kiri kanan jalan sejauh tidak kurang dari 5km, telah menunggu seawal jam 7.00 pagi, berasa lega apabila pintu terminal ekskusif di buka dan Tuan Ku Mizan muncul disambut dengan laungan takbir dan Daulat Tuanku.

Rakyat Terengganu hari ini benar-benar telah mencipta sejarah, berduyun-duyun menyambut keberangkatan pulang Tuanku, setelah Tuanku menggunakan kebijaksanaan melalui wakilnya Majlis Penasihat Pemangku Raja(MPPR), menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu.

Pelantikan Ahmad Said pada 22hb Mac sekaligus mengenepikan Idris Jusoh, mendapat sokongan rakyat. walaupun Ahmad sendiri tidak mendapat sokongan dari rakan-rakan seperjuangannya didalam UMNO.

Majlis penerimaan watikah pelantikan Ahmad pada pagi 23hb Mac telah diboikot dan dibantah oleh Geng 23 ADUN UMNO/BN Terengganu yang diketuai oleh Rosol Wahid, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.

Tidak cukup dengan menghantar nota bantahan yang ditandatangani oleh Geng 23, penyokong-penyokong taksub Idris Jusoh dan UMNO Terengganu telah mengadakan perhimpunan haram dan menaikkan kain rentang yang telah menghina Institusi Beraja.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru awal-awal lagi menegaskan melalui kenyataannya kepada media, PAS menyokong keputusan MPPR melantik sesiapa saja sebagai MB Terengganu, namun bukan menyokong individu yang dilantik secara peribadi.

Kenyataan Presiden disokong oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali yang mengajak rakyat berdiri teguh dibelakang Tuanku dan MPPR, mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan.

Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi yang telah mengeluarkan watikah pelantikan kepada Idris Jusoh membuat kenyataan mengatakan pelantikan Ahmad Said adalah bertentangan dengan perlembagaan, sekaligus menolak titah Tuanku dan istana Terengganu.

Namun akhirnya Perdana Menteri itu tunduk dan meyedari bahawa kuasa UMNO tidak berupaya melampaui kuasa Sultan dan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 27hb Mac, akhirnya memperakui pelantikan Ahmad Said.

Kemelut pelantikan MB Terengganu telah berlanjutan sejak pembatalan majlis angkat sumpah MB pada 10hb Mac disebabkan oleh kemurkaan Tuanku dan pihak istana Terengganu yang tidak perkenan kepada Idris Jusoh.

Dianggarkan lebih 10,000 orang telah menyambut keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan hasil usaha kesedaran rakyat yang dibangkitkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO), MAMPAT disokong oleh beberapa Alumni sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu serta beberapa pertubuhan lain termasuk Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyung(Pekeduy).

Lensa Buletin Online sempat merakamkan wajah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, berubah kerana terharu menerima sambutan luar biasa yang tidak pernah berlaku sejak Tuanku ditabalkan menjadi Sultan Terengganu pada 4hab Mac,1999.
posted by Abu Mus'ab @ 9:55 PG   0 comments
SEBAB SULTAN MURKA IDRIS ?
Khamis, Mac 27, 2008

Sebab sebenar kenapa DYMM tak suka kat Deris

Kita selama ini telah ditipu hidup-hidup oleh PakLah dan Idris Jusoh. Idris dikatakan telah mendapat sokongan hampir kesemua rakyat Terengganu melalui 22 ADUN mereka. Sebab yang sama juga diwar-warkan oleh pak Lah kenapa beliau memilih Idris Jusoh sebagai MB Terengganu kedua. benarkah begitu?

Ternyatalah ini semua adalah pembohongan besar kedua-kedua manusia yang berkepentingan ini. Kekayaan Terengganu dalam bentuk petroleum dan royaltinya masih belum puas dihirup dan diagih-agihkan bersama-sama kroni seperti Patrick Badawi.

Walaupun pendapatan terengganu adalah kedua terbesar selepas Selangor yang berhampiran dengan ibukota KL, jumlah rakyat termiskin Terengganu adalah kedua terbesar selepas Sabah.

Selain itu, 22 ADUN tersebut telah dipanggil ke kediaman rasmi Idris Jusoh dan sesampainya di sana, mereka yang kebanyakannya muka-muka baru 'dipaksa menyatakan dengan sebulat suara' oleh idris Jusoh, Rosol Wahid dan lain-lain yang mereka menyokong kepimpinan Idris Jusoh menjadi MB penggal kedua.

Padahal, sekurang-kurangnya 12 ADUN secara senyap-senyap menyatakan sokongan kepada MB baru mereka. Nah, Saudara Mat Said sudah menjadi MB. Mereka-mereka sebelum ini mengugut akan meletakkan jawatan dan memaksa pilihanraya Terengganu semula jika Idris tidak jadi MB.

Beranikah mereka melakukan perkara itu sekarang? Samaada menjadi orang yang munafik dan menipu, ataupun mengambil risiko hilang kuasa jika Barisan Rakyat menang di terengganu, yang ada peluang cerah kerena rakyat Terengganu sudah mula benci penyokong BN yang menderhakai sultan kesayangan mereka.

Ini adalah satu lagi bukti rakyat terengganu menolak kepimpinan Idris Jusoh.
posted by Abu Mus'ab @ 3:57 PTG   0 comments
SULTAN MIZAN MURKA KERANA TRAGEDI BATU BUROK?

Sultan Mizan murka pada Idris Jusoh kerana Tragedi Batu Burok?

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Selain penggunaan Wang Ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini.

Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato' Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam.

Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram.

Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar.

Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.

Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi.

Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda.
Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris.

Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah.
Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar.

Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar.

Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang".

Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris. - Harakahdaily

"Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau
posted by Abu Mus'ab @ 3:38 PTG   0 comments
JADI MB TRG : ISTIDRAJ ATAU HIDAYAH ?
Selasa, Mac 25, 2008

Jadi MB Terengganu: Istidraj atau hidayah?

"Ahmad bin Said mungkin tak pernah terfikir akan menjadi MB Terengganu. Namanya hampir terpadam dari senarai calon UMNO/BN dalam PRU12 baru-baru ini. Tetapi siapa yang tak kenal Ahmad bin Said? Pantang maut sebelum ajal. Pantang menyerah kalah sebelum berlawan.

Dari seramai 24 ADUN BN, beliaulah yang berani terang-terangan tidak menyokong Idris Jusoh menjadi calon MB.Tup-tup, dalam kekalutan BN Terengganu 'menabalkan' balik Idris Jusoh menjadi MB, nama Ahmad bin Said pula yang diilhamkan Allah kepada pihak istana untuk dipilih menjadi MB Terengganu.

Pagi Selasa 25.3.2008 sejarah baru akan dipahat apabila Ahmad Said melangkah masuk ke pejabat MB Terengganu.Tetapi dalam masa yang sama beliau tidak akan menghadapi hari muka yang begitu mudah. Beliau telah menyanggah Pak Lah, UMNO Terengganu dan sebahagian penyokong UMNO/BN Terengganu.

Sekali lagi berpantang maut sebelum ajal.Kisah hitam lampaunya pula tidak mudah dilupakan rakyat khususnya di Kemaman dalam kes perobohan Masjid Bujal dan rumah rakyat. Beliau pernah menendang bakul di pasar Cukai, menyebut perkataan semi lucah dan kesat dalam DUN terhadap wakil rakyat PAS.

Apakah ada di kalangan mereka yang telah dizalimi itu berdoa kepada Allah lalu diperkenankan doa mereka yang dizalimi?Adakah menjadi MB Terengganu itu menjadi istidraj kepada Ahmad Said supaya dirasakan nikmat sementara waktu tetapi kemudiannya ditarik oleh Allah dengan cara mengejut dan menyayatkan, hasil dari kezalimannya terhadap rumah Allah dan rumah rakyat?

Atau menjadi MB Terengganu itu menjadi sebab kepadanya untuk menyesali perbuatannya yang lepas, memohon maaf kepada mereka yang dizalimi, dan kemudiannya mendapat hidayah dari Allah untuk memperjuangkan Islam bersama PAS pula kerana UMNO/BN sudah menolaknya jauh-jauh?

Sukar untuk diramal, tetapi keputusannya sekarang berada di tangan Datuk Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu yang baru untuk berfikir dan membuat tindakan yang menyelamatkan bukan sahaja dirinya di atas dunia bahkan di Akhirat nanti.
posted by Abu Mus'ab @ 11:31 PG   0 comments
SIAPA DITUDUH BINATANG ? SULTAN ?

Siapa dituduh binatang? Sultan?

Kuala Terengganu, 24 Mac - Buletin Online menerima hantaran e-mel minta di jelaskan berkaitan perbuatan penyokong Idris dalam himpunan haram menyokong beliau yang mengangkat Sepanduk itu tertulis "Kami nak Idris, natang".

Isu tulisan diatas sepanduk yang diangkat di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu menjadi panas apabila ia disiarkan oleh beberapa stesen TV tempatan.

Harakahdaily melaporkan kenyataan Tuan Hj Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat, yang menyifatkan perbuatan itu lebih buruk dari kebiadaban dan sifat kurang ajar
Beliau mendesak Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu menjelaskan siapakah yang dimaksudkan binatang dalam sepanduk yang diangkat oleh penyokong-penyokong Idris Jusoh kelmarin.

"Siapa dituduh binatang? Sultan (Terengganu)?" tanya beliau.

"Tunjuk perasaan itu menyokong Idris. Idris adalah kehendak PM (untuk menjadi MB). TPM pula hanya ikut sahaja kehendak PM sebab beliau kini didakwa terlalu takut kepada PM.

"Sebab itulah saya diberitahu sudah bertebaran SMS di sana sini yang menuduh PM, TPM, Idris serta 23 Adun tersebut yang 'buat' sepanduk itu," kata beliau.

Sehubungan dengan itu satu laporan polis akan di buat oleh Angkatan Muda Keadilan(AMK) Negeri Terengganu berkaitan perkara diatas.

Tinjauan sebuah akhbar perdana di sekitar Kuala Terengganu mendapati, rakyat berpendapat, keputusan yang dibuat oleh MPPR perlu diterima bagi mengelak dituduh menderhaka kepada istana.

"Kita sebagai rakyat Terengganu perlu menerima keputusan yang dibuat oleh MPPR kerana jika tidak ikut, kita seperti menderhaka kepada sultan," akhbar itu memetik seorang peniaga buah, Zainal Abidin, sebagai berkata.
posted by Abu Mus'ab @ 11:01 PG   0 comments
MB TRG : CALON LAIN ATAU PR LAGI ?
Isnin, Mac 24, 2008

MB Terengganu: Calon lain atau pilihanraya lagi?

Kuala Terengganu, 23 Mac – Dato’ Ahmad Said, yang mendapat perkenan istana untuk jawatan menteri besar baru Terengganu, mempunyai masa sehingga 90 hari untuk menjalan tugasnya sebelum memanggil persidangan Dewan Undangan Negeri(DUN), kata pakar-pakar perlembagaan

Beliau, yang bakal dilucutkan secara rasmi keanggotaan Umno, boleh juga memanggil pilihanraya negeri untuk mengesahkan mandat baru, kata pensyarah undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) profesor Dr Shad Saleem Faruqi dalam beberapa laporan media.

Sementara Dr Aziz Bari, profesor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pilihanraya negeri masih boleh dibuat oleh istana walaupun negeri itu kini tiada kerajaan. “Kuasa ini boleh digunakan dalam keadaan-keadaan luar biasa dan tidak terelakkan bagi menghalang suasana tidak menenetu di negeri itu," katanya kepada Malaysiakini hari ini."

Saya fikir keadaan sukar di Terengganu sekarang termasuk dalam satu daripada keadaan-keadaan luar biasa yang melayakkan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) membubarkan Dewan Undangan Negeri." Jika pilihan ini tidak diambil, kedua-dua ahli akademik itu bersetuju MPPR harus melantik seseorang yang mendapat sokongan majotiti wakil-wakil rakyat.

Dr Shad Saleem menyatakan, walaupun Sultan mempunyai budi bicara untuk melantik seseorang wakil rakyat tetapi keputusannya melantik Ahmad, yang tidak mendapat dukungan sesiapa, boleh dipertikaikan. “Sultan mempunyai kuasa menggunakan budi bicaranya tetapi kuasa ini tidak mutlak. Sultan tidak tertakluk untuk mendapat nasihat daripada bahagian-bahagian Umno negeri itu atau kerajaan Persekutuan, tetapi Baginda harus mendengar nasihat Dewan Undangan Negeri,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Star Online hari ini.

Dr Aziz bagaimanapun berhujah, pelantikan Ahmad masih lagi sah dan menganggap majlis mengangkat sumpah sekadar upacara rasmi sahaja.“Majlis angkat sumpah dan acara-acara berkaitan, pada pandangan saya, hanya untuk menunjukkan keputusan istana,” katanya. “Semua tindakan termasuk bantahan dan niat memulaukan majlis itu nanti (ada laporan menyebut diadakan Rabu ini) dan pemecatan Ahmad daripada Umno tidak akan membawa kesan terhadap keputusan istana. “Dari segi perundangan keputusan istana masih mengikat. Tetapi istana tentunya boleh juga menarik balik pelantikan tersebut," tambahnya.
posted by Abu Mus'ab @ 10:17 PG   0 comments
ANTARA UNDI DAN DOSA
Ahad, Mac 23, 2008

Antara Undi dan Dosa

Muslimin sidang jemaah sekalian,

Sabda Nabi SAW :

Sesiapa yang melantik seseorang dari puaknya/kumpulannya kerana Taasub sedangkan ada di kalangan mereka orang yang lebih diredhai Allah taala daripadanya, maka dia telah mengkhianati Allah taala, RasulNya dan orang-orang yang beriman.

Memilih pemimpin adalah satu tugas yang amat berat. Oleh itu, orang Islam perlu sedar bahawa kesilapan memilih pemimpin akan menyebabkannya menderita di hari akhirat. Ini disebabkan pemilihan pemimpin ada kaitan dengan Allah taala, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Memilih pemimpin yang tidak layak dianggap menderhakai Allah dan RasulNya. Orang yang menjadi pemimpin akhirnya akan mencorakkan masa depan masyarakat dan Negara.

Mari kita renung sabda Nabi SAW :

Pemimpin yang lemah untuk melaksanakan kebenaran (Islam) akan dilaknat Allah taala.

Pemimpin yang tidak dapat memandu kehidupan rakyat menurut Islam pastinya dilaknat. Apatah lagi kalau pemimpin itu tidak mahu Islam, sudah pasti seksaan Allah akan berganda. Namun, siapakah yang melantik mereka? Bagaimanakah dengan orang ramai yang menentukan kepimpinan tadi?

Sabda Nabi SAW :

Sesiapa yang dipertanggungjawabkan mengurus urusan orang Islam, lalu dia melantik seseorang kerana kasihnya, maka dia mendapat laknat Allah. Allah tidak akan terima segala kebajikan dan amalannya.

Sidang jemaah sekalian,

Betapa bahayanya kita di hari akhirat kelak sekiranya kita memilih pemimpin berdasarkan hubungan keluarga atau kebendaan dan perasaan ta'sub dengan mengenepikan tujuan pelantikan tersebut. Hadis di atas dan hadis permulaan tadi menjelaskan kepada kita bahawa perlantikan yang tidak tepat, akan memusnahkan kita. Kita dianggap mengkhianati Allah taala, Rasulullah SAW dan semua orang yang beriman, di samping segala amalan yang kita lakukan tidak diterima Allah taala. Natijah daripada itu pastinya neraka sebagai tempat kembali.

Kehidupan masa depan ditentukan dalam pemilihan pemimpin. Pemimpin yang ingin melaksanakan Islam itulah yang mesti dipilih dan dilantik supaya Negara jadi aman, makmur, serta mendapat keberkatan Ilahi. Pemimpin yang tidak suka kepada Islam, kita sokong dia kerana hubungan baik, keluarga atau ingin mendapat habuan kebendaan, pasti Negara akan rosak dengan maksiat dan pelbagai jenis kemungkaran yang berlaku dan kesannya kita akan diazab oleh Allah taala.

Kepimpinan amat penting. Sebab itu kita diarah mematuhi arahan kepimpinan. Nabi SAW memberikan panduan dalam mentaati mereka dengan sabdanya:

Mendengar dan mematuhi arahan adalah wajib kepada setiap individu muslim dalam perkara yang disukai dan dibenci, kecuali dia diarah melakukan maksiat. Apabila dia diarah melakukan maksiat, maka ketika itu dia tidak boleh dengar dan tidak boleh patuh.

Allah taala telah berfirman dalam Surah al-Syuara': 150-152, yang bermaksud :

150. Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku;
151. Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melewati batas,
152. Yang membuat kerusakan di muka bumi dan tidak mengadakan perbaikan".

Pesanan Allah taala dan Rasul SAW ini perlu kita hayati betul-betul, kerana kepimpinan manusia bukanlah mutlak yang mesti diikuti. Kita kena lihat apakah mereka mengikut ajaran Islam atau menyimpang dari Islam. Kalau mengikut syariat, perlu disokong dan kalau bercanggah, hendaklah dijauhi dan disingkirkan.

Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya akan wujud selepas aku ini, pemimpin-pemimpin yang melakukan amalan bukan tujuan ketaatan kepada Allah taala. Sesiapa yang bersama mereka melakukan kezaliman (derhaka kepada Allah), maka dia bukan dari golongan ku dan aku bukan daripadanya. Sesiapa yang tidak bersama dengan mereka dan tidak menolong Bantu kezaliman yang dilakukan mereka, dia dari golongan ku dan aku daripadanya.

Muslimin sidang jemaah sekalian,

Bayangkanlah kalau kita menyokong kumpulan tersebut yang tidak mahu menegakkan Negara Islam, Nabi SAW tidak mengaku sebagai umatnya. Oleh itu, urusan pemilihan atau dalam dunia demokrasi disebut pilihanraya, kita tidak boleh mengundi mana-mana calon dari golongan yang terang-terang tidak mahu meletakkan al-Quran sebagai sumber rujukan hidup.

Kita wajib memilih golongan yang ingin menegakkan Negara Islam dan sudah semestinya golongan ini berpandukan al-Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qias. Lebih daripada itu, kita perlu melihat bahawa kepimpinan mereka diterajui oleh ulama' yang benar-benar faham syariat Islam dan berusaha menjadikan Islam sebagai agama yang mentadbir kerajaan.

Sehubungan dengan itu juga, kita hendaklah bersama dengan Jemaah Islam yang berusaha mendaulatkan Islam. Kegagalan kita bersama Jemaah ini akan membahayakan kita di hari akhirat kelak.

Sabda Nabi SAW:

Sesiapa yang mati dalam keadaan terasing/terkeluar dari Jemaah Islam, maka sesungguhnya dia mati dengan kematian jahiliyah (tidak Islam).

Oleh itu, ambillah iktibar dari nas-nas yang dibentangkan di atas untuk menyedarkan kita betapa pentingnya urusan mengundi yang kemudiannya akan menentukan siapakan yang berhak membentuk kerajaan. Nantinya kerajaan inilah yang akan mencorakkan masa depan Negara. Kesilapan kita memilih mereka, bermakna merosakkan Negara dan mengundang kemurkaan Allah taala.

Marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah taala dengan memberikan undi kepada golongan yang beriman yang mahu mendaulatkan Islam. InsyaAllah Negara akan selamat dengan terlaksananya Islam dan kita akan mendapat keredhaan Allah taala dan selamat di dunia dan akhirat.
posted by Abu Mus'ab @ 4:06 PTG   0 comments
MAULIDUR RASUL SAW

Maulidur Rasul

Marilah kita mendengar firman Allah taala dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud :

"Adalah sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu ikutan contoh yang baik, bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat, dan mengingati Allah taala banyak-banyak."

Di dalam bulan Rabiul Awal ini, menjadi satu adat di kalangan umat Islam menyambut dan mengadakan majlis mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Allah taala tidak memerintah umat Islam di dalam mana-mana ayat al-Quran supaya mengadakan sambutan mengingati tarikh kelahiran Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW sendiri pun tidak meminta umatnya supaya menyambut dan mengingati hari kelahiran baginda. Demikian juga para Sahabat, mereka tidak pernah mengadakan sambutan hari kelahiran Rasulullah SAW samada semasa hidup baginda atau selepas kewafatan baginda SAW.

Apa yang diperintahkan oleh Allah taala dan RasulNya SAW, itulah yang dilakukan oleh para Sahabat, iaitu mereka beramal dan menurut ajaran Rasulullah SAW dengan berpandukan kepada petunjuk yang dibawanya.

Sekiranya kita menyambut dan mengingati kelahiran Rasulullah SAW untuk memberi semangat kepada perjuangan menegakkan Islam dan memperingatkan kepada kita betapa pentingnya berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, maka sambutan seperti ini tidak salah dan ada juga manfaatnya.

Namun, sekiranya sambutan seperti ini dirayakan sekadar sambutan semata-mata, untuk menunjuk-nunjuk sahaja bahawa kita sayang kepada Rasulullah SAW, sedangkan ajaran yang dibawa dan diajar oleh Baginda SAW tidak diikuti, petunjuknya tidak dijalani bahkan ada sesetengahnya dipermain-mainkan, maka sambutan seperti ini sia-sia sahaja.

Sambutan seperti ini samalah dengan sambutan yang dilakukan oleh orang-orang Kristian terhadap tarikh kelahiran Nabi Isa as, sedangkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa itu sendiri mereka tentang dan tinggalkan. Sambutan seperti ini hanya lebih membawa kepada mempersedakan Rasulullah SAW.

Kita hendaklah sedar betapa penting dan besarnya peristiwa kelahiran Rasulullah SAW. Kelahiran Rasulullah SAW diceritakan oleh Allah taala kepada seluruh Nabi dan Rasul alaihimussolatu wassalam bermula daripada Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Isa alaihissalam.

Betapa pentingnya kelahiran Rasulullah SAW sehingga Allah taala memerintahkan Nabi Ibrahim alaihissalam supaya membuka negeri Mekah, tempat lahirnya Rasulullah SAW. Selepas Nabi Ibrahim as mendirikan kaabah yang menjadi qiblat umat Nabi akhir zaman Muhammad SAW, Nabi Ibrahim as berdoa supaya Allah taala membangkitkan daripada zuriat keturunannya seorang Rasul sebagaimana yang difirmankan oleh Allah taala dalam surah al-Baqarah ayat 129 yang bermaksud:


"Wahai Tuhan kami, utuskanlah kepada mereka seorang Rasul daripada mereka, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat engkau, dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, dan membersihkan mereka ( daripada Syirik dan dosa ), sesungguhnya engkau Maha Perkasa lagi Bijaksana."

Demikianlah Allah taala membuat persedian yang cukup untuk melahirkan Rasul akhir zaman yang akan menjadi contoh dan ikutan kepada manusia sehingga hari Qiamat. Apabila Rasulullah SAW dilahirkan, Baginda menjadi yatim piatu, tidak mendapat didikan daripada kedua ibu-bapa Baginda kerana Allah taala hendak menjadikan Baginda mendapat pendidikan secara langsung daripada Allah taala.

Baginda Rasulullah SAW dilahir dan dibesarkan di negeri yang mundur, bukan di negeri yang telah mencapai kemajuan kebendaan seperti negeri Rom dan Parsi. Ini untuk menunjukkan kepada manusia bahawa Islam bukannya satu ajaran yang boleh direka-reka oleh manusia.

Walaupun Islam bermula di Mekah, sebuah negeri yang mundur dan dikatakan tidak bertamadun pada masa itu, tetapi Allah taala hendak membuktikan bahawa dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam, umat Islam boleh maju di dalam semua bidang, di dunia dan di akhirat. Bermula di Mekah, Islam berkembang dan menjadi satu kuasa yang memimpin dunia untuk menuju ke akhirat.

Adapun kemajuan dunia, ia suatu perkara yang boleh direka oleh manusia menurut perkembangan semasa dan zaman. Untuk memudahkan hidup, manusia mencipta pelbagai alat, tetapi ajaran yang memberi kebahagian di dunia dan keselamatan di akhirat bukannya boleh dicipta oleh sesiapa, bukan juga oleh mana-mana kuasa besar dunia dahulu dan sekarang.

Maka tidak hairanlah jika Rasulullah SAW sejak dilahirkan sehingga dewasa di dalam keadaan ummiyyi (buta huruf) tidak tahu menulis dan membaca. Baginda tidak belajar daripada sesiapa bahkan Rasulullah SAW mendapat ilmu secara langsung daripada Allah taala melalui wahyu.


Rasulullah SAW menerima sahaja wahyu yang disampaikan oleh Jibril alaihissalam kepadanya, dan terus membaca dan mengajar kepada umatnya tanpa banyak soal dan bertanya kepada Allah taala apakah hiikmahnya. Oleh itu, wajiblah kita beriman dan beramal dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW tanpa ragu-ragu lagi.

Allah taala menjadikan Rasulullah SAW contoh kepada umatnya bagaimana beramal dengan al-Quran kerana Baginda adalah orang yang paling sempurna beramal dengan ajaran al-Quran. Maka Rasulullah SAW mengajar umatnya bagaimana mengerjakan solat.

Oleh itu, marilah kita mengambil semua contoh yang dibawa oleh Rasulullah SAW di dalam semua perkara, di dalam ibadat, akhlak, berrumahtangga, bermuamalat, berekonomi, berpolitik dan lain-lain lagi. Jangan sekali-kali kita hanya mengikut cara Rasulullah SAW di dalam megerjakan solat dan mengerjakan haji sahaja, sedangkan di dalam perkara-perkara lain kita mengikut hawa nafsu dan kemahuan kita.

Marilah kita menurut ajaran Rasulullah SAW, kerana tanda kecintaan kepada Allah taala ialah apabila kita patuh kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Imran ayat 31)
posted by Abu Mus'ab @ 3:31 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::