:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI
Jumaat, Mei 30, 2008
KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di Syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".


Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.


Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.


Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.


"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami."


Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."


Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke Syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.


Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.


Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL
posted by Abu Mus'ab @ 8:32 PTG   1 comments
SUKMA 2008
Suasana 2 Hari Sebelum SUKMA 2008





posted by Abu Mus'ab @ 8:22 PTG   0 comments
ANJING-ANJING NERAKA
Selasa, Mei 27, 2008
ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
posted by Abu Mus'ab @ 12:15 PTG   0 comments
BOIKOT UTUSAN DAN MINGGUAN MALAYSIA !
Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia Bermula Hari Ini !

Terkini! KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.

Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.

Menurut Dr Wan Azizah yang membacakan kenyataan bersama itu,selepas pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana sudah mula menunjukkan keterbukaan terhadap laporan mereka sedikit.

Namun, ada juga akhbar sebaliknya membuat laporan berat sebelah dan berbaur perkauman selain laporan yang tidak tepat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan KeADILan), ujar wan Azizah.

"Yang paling teruk sekali ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, mereka masih terus memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dalam pakatan secara tidak adil seolah-olah mereka masih jalankan kempen pilihan raya walaupun pilihan raya telah tamat lebih tiga bulan lalu," dakwanya.

Selain itu dakwanya, Utusan juga mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dengan tujuan jelas menimpulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

"Kami sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan, dan kami ingin membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum agama dan gender.

"Kami tidak mahu melihat kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin berkuasa dan kroni yang kaya," katanya.

"Justeru kami (Pakatan rakyat) menyeru Utusan dan Mingguan Malaysia diboikot mulai hari ini. Pengiklan-pengiklan juga digesa berhenti dari melanggan iklan di akhbar tersebut," katanya.
posted by Abu Mus'ab @ 12:02 PTG   0 comments
5 PERKARA ANEH
Isnin, Mei 26, 2008
Kisah 5 Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu.

Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.

Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dalam Islam, kita diwajibkan menyebut keburukan seseorang semata-mata untuk menyedarkan orang lain betapa jahatnya dia, dan untuk mengelakkan seseorang daripada mengikuti jejak langkah dia agar tidak tergolong sama dengan kejahatannya atau kezalimannya. Janganlah kita selewengkan akan maksud-maksud ayat dalam al-Quran semata-mata untuk kepentingan peribadi.

Imam Jalaluddin rahimahullahu taala pernah menyebut: "Mengaibkan orang yang beriman adalah berdosa manakala mengaibkan orang yang jahat adalah tidak berdosa".
posted by Abu Mus'ab @ 10:02 PG   0 comments
SENTUHAN JIWA

Sentuhan Jiwa

ABU HURAIRAH telah berkata: Betapa kasihnya aku pada kau teman bukan kerana anugerah rupamu yang cantik... keranaku tahu itu akan hilang darimu, sayangnya aku padamu teman bukan kerana harta yang kau miliki.. keranaku tahu suatu masa nanti harta tiada erti buatmu.. tapi sayang dan kasihnya aku padamu adalah kerana HATIMU.. hati yang sentiasa takutkan ALLAH, hati yang sentiasa mendamba kasihNYA, hati yang merindui ALLAH sebagai kekasih hatinya.. Aku mahu kau menjadi temanku dunia akhirat.. yang sentiasa mengingatkanku.. yang dapat mencambahkan cinta aku pada DIA RABBUL IZZATI.. ... itulah teman yang dicari...

"Beruntunglah orang yang mengendalikan lidahnya, yang rumahnya sentiasa terbuka untuk sanak-saudara dan tetamu, dan yang suka menangis atas dosa-dosa serta kesalahan-kesalahannya."
posted by Abu Mus'ab @ 9:54 PG   0 comments
ANTARA KEJAYAAN KERAJAAN TERENGGANU

Aksi Panas di Siang Hari, Semakin Berani

Tindakan muda mudi rakyat Terengganu kini sudah menjadi semakin berani. Mereka tanpa segan silu ‘bergurau senda’ dan mempamerkan ‘aksi panas’ walaupun di khalayak ramai.

Biarpun terik panas matahari di waktu tengahari, beberapa tempat ‘spot’ di sekitar bandaraya Kuala Terengganu pasti akan dapat dilihat muda-mudi berdua-duaan dan memadu kasih.

Fenomena ini dilihat semakin menjadi-jadi sejak kerajaan memakai slogan ‘Islam Hadhari, Terengganu Bestari’ bermula pada tahun 2004 sehinggalah kini. Kalau dahulunya, tumpuan muda-mudi untuk bertemu janji hanya di pantai-pantai dan taman rekreasi, kini ia semakin menular dan cukup berani ber ‘dating’ di sekitar Hypermarket, tempat lalu lalang orang ramai.

Mungkin mereka yang melakukan ‘amalan songsang’ ini tidak merasa segan dan silu kerana tidak ada siapa yang menegur perbuatan mereka.

Maka timbul persoalan, adakah masyarakat kita sudah menjadi begitu ‘moden’ setelah Kuala Terengganu diisytihar sebagai bandaraya?Atau kemungkinan masyarakat muda mudi yang begitu bebas kerana mereka mengetahui bahawa tidak ada petugas ber ‘otoriti’ dari pejabat agama yang akan menegur mereka?

Kegiatan sumbang ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan membawa kepada masalah yang lebih ‘kronik’ sekiranya masyarakat kita menjadi sebuah masyarakat yang sudah benar-benar tidak peduli !
posted by Abu Mus'ab @ 9:07 PG   0 comments
PANAS ! PELAJAR AGAMA DIANAK TIRI
Khamis, Mei 22, 2008

PANAS!! AL-AZHAR BATAL MOU. PELAJAR AGAMA DIANAK TIRI

Soalan Tambahan Yang Berhormat Bachok Ust Nasharuddin Mat Isa kepada Timbalan Menteri Pelajaran telah membongkar sebab mengapa MOU antara Kerajaan Mesir dan kolej-kolej yang menghantar pelajar ke tahun tiga dibatalkan.

Banyak kolej yang terlibat langsung menghantar pelajarnya menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar selepas belajar di dalam negara dua atau tiga tahun. Kolej yang terlibat termasuklah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kelantan.

Pelajar-pelajar ini akan melalui proses temuduga semula semasa tiba di Mesir untuk menentukan tahun mereka sepatutnya sambung berdasarkan keputusan yang mereka perolehi.

Timbalan Menteri Datuk Haji Idris Harun yang merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu memberitahu parlimen dalam jawapannya kepada Ust Nasharuddin mengatakan permintaan pasaran terhadap graduan agama adalah minima.

Sebab itu telah mendorong kerajaan menghadkan penghantaran pelajar ke al-Azhar. Keputusan tersebut jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan lebih mengutamakan pembangunan fizikal berbanding pembangunan insan yang bersepadu.

Kerajaan masih belum belajar tetang msalah sosial dalam negara kita yang hanya boleh diselesaikan dengan agama.

Banyak persoalan yang timbul dalam persoalan pembatalan MOU ini. Adakah pembatalan al-Azhar dalam isu MOU ini adalah dengan campurtangan kerajaan Malaysia?

Apakah nasib yang akan dihadapi oleh pelajar yang berada di kolej-kolej ini?

Adakah pihak kerajaan akan membayar pampasan kepada ibubapa pelajar yang sudahpun mengeluarkan perbelanjaan yang begitu banyak dari poket sendiri untuk menanggung anak-anak mereka semasa belajar di kolej-kolej ini?

Apakah pelaburan kerajaan negeri sebelum ini dalam membina prasarana yang bernilai puluhan juta akan lebur begitu sahaja?

Adakah ini satu lagi diskriminasi terhadap kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat yang mana kebanyakan kolej-kolej ini berada di negeri-negeri terbabit.

Jawapan kerajaan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan penghinaan kepada graduan agama khususnya graduan al-Azhar yang cukup berjasa terhadap perkembangan Islam di Negara kita.
posted by Abu Mus'ab @ 11:27 PG   0 comments
AL-QURAN PEMBELA DI AKHIRAT
Rabu, Mei 21, 2008

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca al-Qur'an itu : "Adakah kamu al-Qur'an?" Lalu al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari al-Qur'an."

Pengajaran : Ibubapa janganlah memandang rendah terhadap anaknya yang belajar ilmu al-Quran, kelak anak itulah yang akan memberi syafaat kepadanya melalui al-Quran. Sedangkan ilmu keduniaan seperti Sains dan seumpamanya sekali-kali tidak dapat menandingi ilmu al-Quran ini.
posted by Abu Mus'ab @ 10:39 PG   1 comments
BERSEDIA UNTUK PRU
Selasa, Mei 20, 2008
Husam Minta Jentera PAS Sedia Hadapi PRU

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menggesa pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum berikutan kemelut besar yang dihadapi Barisan Nasional.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Husam menegaskan, pengumuman bekasn Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid keluar dari parti itu serta merta menunjukkan Umno sedang menghadapi krisis kepimpinan yang besar.

Husam berkata, beliau menjangkakan lebih ramai ahli Umno yang tidak boleh menerima Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin parti dan kerajaan akan keluar beramai-ramai.
"Selama ini pun mereka tidak bersetuju dengan Abdullah dalam banyak perkara, tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri kerana tiada yang berani menentang beliau.

"Krisis ini akan menyebabkan Umno kucar kacir dan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Umno dan BN sebagai teraju pemerintahan," ujarnya.

Katanya, jika dalam keadaan yang terdesak dan tidak mempunyai pilihan, tidak mustahil Abdullah membubarkan Parlimen untuk mendapatkan mandat baru.

Sehubungan itu beliau meminta ahli-ahli PAS, khususnya jentera pilihan raya bersiap sedia menghadapi PRU bila-bila masa.
posted by Abu Mus'ab @ 10:16 PG   0 comments
KENYATAAN PRESIDEN PAS


Tindakan Mahathir Bukti Umno Tidak Layak Dipercayai

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.

PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.

PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Presiden PAS
posted by Abu Mus'ab @ 9:11 PG   0 comments
WAFATNYA NABI ISA ALAIHISSALAM
Ahad, Mei 18, 2008

Wafatnya Nabi Isa alaihissalam

Amat beruntung kepada sesiapa yang dapat hidup di zaman selepas kemusnahan Ya'juj dan Ma'juj, kerana di antara keistimewaan zaman ini adalah sepertimana sabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:

"Maka hilanglah segala sifat permusuhan dan benci-membenci di kalangan manusia dan hilanglah segala bisa dari semua binatang yang berbisa sehingga anak kecil memasukkan tangannya ke dalam mulut ular, maka ulat tersebut tidak menggigitnya dan tidak ada apa-apa kemudharatan. Anak kecil boleh bermain dengan singa, bahkan serigala yang biasanya menerkam kambing akan terbalik seakan-akan menjadi anjing peliharaannya. Bumi ini akan dipenuhi dengan keamanan dan keselamatan sepertimana dipenuhkan sebuah bejana dengan air. Segala pendapat akan menjadi satu (tidak akan ada perselisihan pendapat) dan tidak disembah kecuali Allah dan segala peperangan akan berhenti dan orang Quraisy kembali memegang tampuk kepimpinan (kepimpinan Imam Mahdi).

Mengikut Imam al-Barzanji, besar kemungkinan zaman kemakmuran yang akan berlaku pada masa pemerintahan Nabi Isa a.s ini adalah juga zaman kemakmuran yang diriwayatkan akan berlaku pada masa zaman pemerintahan Imam Mahdi kerana kedua-dua mereka akan hidup bersama pada zaman tersebut.

Maka kemakmuran dan keadilan itu kadang-kadang dikatakan akan berlaku pada zaman Nabi Isa dan masa yang lain dikatakan berlaku pada zaman Imam Mahdi, padahal zamannya hanya satu sahaja, iaitu 7 tahun terakhir dari kehidupan Imam Mahdi, bersamaan dengan 7 tahun pertama dari awal turunnya Nabi Isa a.s. Ertinya Imam Mahdi lebih dahulu dari Nabi Isa a.s memimpin ummat ini lebih kurang 30 tahun manakala Nabi Isa a.s akan hidup selepas kematian Imam Mahdi selama lebih kurang 30 tahun lagi.

Adalah juga diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s akan berkahwin dengan perempuan dari keturunan kabilah "Judzam" seperti sabdaan Rasulullah SAW ketika Baginda SAW menerima delegasi yang datang dari kabilah Judzam yang diriwayatkan oleh al-Muqrizy yang bermaksud:
"Selamat datang, kaum Nabi Syuaib bapa mertua Nabi Musa. Sesungguhnya tidak berlaku qiamat sehingga Nabi Isa a.s akan berkahwin dengan keturunan kamu dan akan lahirlah anaknya pula".

Peristiwa perkahwinan Nabi Isa a.s ini ialah pada tahun yang ke-21 setelah baginda turun ke muka bumi ini, jadi umur baginda selepas berkahwin ini masih tinggal lagi 19 tahun, kerana keseluruhan masa hidup Nabi Isa a.s setelah baginda turun nanti ialah 40 tahun seperti apa yang telah disebutkan dalam beberapa buah hadis yang sahih.

Setelah cukup 40 tahun dari masa turunnya Nabi Isa a.s, baginda akan wafat di Madinah dan dimaqamkan bersama dengan Rasulullah SAW. Jadi baginda adalah orang yang ke-4 di Hujrah Syarifah (bilik yang mulia) itu.

Setelah Nabi Isa a.s meninggal dunia, kepimpinan dunia Islam akan diteruskan buat sementara waktu oleh seorang khalifah yang bergelar al-Muq'ad yang berasal dari Bani Tamim. Apabila al-Muq'ad meninggal dunia, maka 3 tahu kemudian al-Quran pun diangkat ke langit. Ini bermakna qiamat sudah hampir tiba.

Ada suatu perkara yang elok kita ketahui di sini, iaitu jika kita merujuk kepada semua hadis yang disebutkan berkenaan dengan turunnya Nabi Isa a.s sehingga baginda wafat, maka nampaknya segala kejadian ini berlaku di sekitar Asia Barat sahaja, tidak lebih dari itu. Jadi negara-negara lain boleh jadi masih dihuni oleh orang-orang Kafir kecualilah Nabi Isa a.s akan sampai ke mana-mana negara maka penghuni Negara itu samada akan terus masuk Islam ataupun mereka akan mati kerana mencium angin penafasan Nabi Isa a.s di mana angin nafas baginda akan sampai sejauh mata baginda dapat memandang.

Dan tidak ada riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan mengililingi bumi ini atau akan pergi ke mana-mana tempat selain dari Asia Barat. Lain halnya dengan Dajjal yang telah disebutkan dalam banyak riwayat bahawa ia akan pergi ke seluruh pelusuk dunia kecuali Makkah dan Madinah yang tidak dapat dimasukinya.

Rasanya susahlah kita hendak perkatakan bagaimana keadaaan dunia luar dari Asia Barat. Apakah masih ada di sana orang Islam atau tidak. Wallahua'alam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui dengan apa yang akan terjadi nanti.

posted by Abu Mus'ab @ 3:44 PTG   0 comments
SECEBIS PERINGATAN


Secebis Peringatan

"...Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT..."


Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
posted by Abu Mus'ab @ 3:26 PTG   0 comments
RM 7.364 BILION
Khamis, Mei 15, 2008

Terengganu dapat RM 7.364 bilion Bayaran royalti Petronas

Terengganu mendapat RM 7.364 bilion bayaran royalti oleh Petronas dari jumlah keseluruhan bayaran royalti oleh Petronas kepada kerajaan Persekutuan, bagi tahun kewangan berakhir Mac 2004 hingga Mac 2007, yang berjumlah RM26.839 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Amirsham A.Aziz berkata jumlah royalti yang dibayar untuk kerajaan persekutuan berjumlah RM13.420 bilion, Terengganu RM7.364 bilion, Sabah RM1.234 bilion dan Sawarak RM4.821 bilion.

Agensi Bernama memetik beliau berkata rizab minyak mentah dan kondensat negara dijangka bertahan selama 22 tahun manakala rizab gas selama 39 tahun."Walaupun pada zahirnya tempoh hayat rizab masih panjang, hakikatnya negara juga telah mengimport minyak dan gas untuk menampung sebahagian daripada keperluan tempatan.

"Oleh itu negara dijangka menjadi pengimport bersih tenaga dalam tempoh terdekat iaitu dianggarkan pada tahun 2014," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Mengenai sumbangan Petronas atau royalti yang telah dibayar oleh Petronas kepada negeri-negeri berkenaan, beliau berkata ia adalah mengikut formula yang telah ditetapkan iaitu lima peratus atau setengah daripada royalti yang diperoleh kerajaan persekutuan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Wan Azizah Wan Islam (PKR-Permatang Pauh). Amirsham berkata produk petroleum dan gas yang dieksport oleh anak-anak syarikat Petronas adalah berdasarkan harga pasaran dunia manakala harga produk petroleum dan gas yang dijual di pasaran domestik sebahagiannya ditetapkan oleh kerajaan seperti harga jualan gas kepada sektor elektrik dan bukan elektrik.

Hasil keseluruhan jualan produk petroleum dan gas oleh Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007 ialah sebanyak RM165.3 bilion.Mengenai sama ada kerajaan bersetuju memberi Sarawak kadar royalti sebanyak 20 peratus atas keluaran minyak dari medan minyak yang baru, Amirsham berkata kerajaan belum ada rancangan untuk menyemak semula kadar royalti.
posted by Abu Mus'ab @ 11:49 PG   0 comments
BOIKOT DALAM PANDANGAN ISLAM
Rabu, Mei 14, 2008
Boikot Dalam Pandangan Islam

Kempen boikot produk Yahudi dan Amerika kini bagaikan hampir-hampir berkubur tanpa nisan di kalangan umat Islam khususnya orang Islam di Malaysia. Tidak dinafikan, kesedaran dan sensitiviti ummah cukup tinggi terhadap isu yang melanda saudara seaqidah di seantero dunia, namun adakah cukup dengan laungan beremosi dan pelekat tanda sokongan bisu tanpa istiqamah dalam praktik?

Lihat pula umat Islam sekarang ni. Masih ramai yang tidak segan-segan melangkah masuk dan memesan makanan di rangkaian pembiaya kelengkapan senjata pembunuh muslim Palestin seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan sebagainya. Tangan ringan sahaja membeli air Pepsi, Coca Cola dan yang seumpama dengannya. Itu belum lagi disentuh bab pakaian, barangan dapur, alat solek dan sebagainya. Terlupakah kita pada hujaman peluru dan mortar yang membinasakan warga Muslim Palestin, Iraq, Afghanistan tanpa mengira tua, muda, wanita dan anak kecil? Kalau ada pun, tenggelam timbul dan terus lenyap dengan pelbagai ungkapan dan alasan.

Kita seharusnya memahami bahawa setiap sen duit yang kita belanjakan untuk membeli produk Yahudi dan Amerika adalah ibarat menyediakan butiran-butiran peluru yang bakal membunuh saudara kita di Palestin. Sedarkah kita bahawa tindakan memboikot barangan mereka akan melemahkan sumber biayai kepada kezaliman mereka? Selain merealisasikan tuntutan amal seiring ilmu(tahu) dan iman, kempen yang diuar-uarkan satu ketika dahulu menggesa kepada kemajuan ekonomi ummah. Jelas, pada setiap barangan musuh, ada barang alternatif yang kini boleh dijadikan pilihan. Dan sekian banyak produk-produk baru, semua itu, muncul atas kesedaran pengusaha Muslim demi memenuhi keperluan umat Islam.

Kita barangkali tidak mampu memikul senjata atau bersama-sama saudara kita berjihad di bumi mereka yang cabuli musuh Islam. Tetapi malangnya kita juga memberi saham membantu musuh membunuh nyawa mereka.Kita lupa bahawa sokongan dan praktik secara sungguh-sungguh terhadap kempen boikot merupakan salah satu strategi Jihad membantu memenangkan perjuangan Islam sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam, junjungan kita.

Memboikot barangan Yahudi tersenarai di antara usaha yang disifatkan sebagai "maka hendaklah dia mencegah dengan tangan" dan membantu melemahkan kuasa ekonomi Yahudi. Walaupun nampak mudah namun ianya merupakan satu sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Ia bertepatan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi yang menyatakan : " 1 rial(ringgit) untuk produk Amerika Syarikat (Yahudi), sama dengan 1 peluru untuk tubuh saudaramu di Palestin ". Beliau menggesa umat Islam di serata dunia agar tidak membeli barangan Yahudi dan sekutunya.


Antara dalil kewajipan memboikot barangan mereka ialah :

Pertama : Firman Allah Taala yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah Hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu Karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim.

Kedua : Persetujuan Rasulullah Solallahu `Alaihi Wasallam pada Thumamah ketika dia berkata kepada orang-orang Quraisy : " Demi Allah Taala, tidak akan sampai kepada kalian sebiji gandum pun sehingga Rasulullah Sollalahu `Alaihi Wasallam mengizinkannya ".

Apabila Thumamah bin Athal al-Hanafi telah memeluk Islam, beliau pergi menunaikan Umrah. Ketika beliau sampai di Mekah, orang-orang Mekah berkata: "Adakah anda telah memeluk agama yang sesat?

Thumamah menjawab: "Tidak, saya hanya mengikut agama yang terbaik iaitu agama Muhammad. Dan demi Allah kalian tidak akan dapat selepas ini apa-apa barangan daripada Yamamah sehinggalah Rasulullah Solallahu `Alaihi Wasallam mengizinkannya".

Kemudian beliau kembali ke Yamamah. Di Yamamah beliau melarang barang dagangan dihantar ke Mekah (beliau melaksanakan sekatan ekonomi). Akhirnya penduduk Mekah menulis surat kepada Rasulullah Solallahu `Alaihi Wasallam.
Antara lain mereka menyatakan kepada Rasulullah Solallahu `Alaihi Wasallam :"anda menyuruh kami menyambung silaturrahim akan tetapi anda sendiri memutuskan silaturrahim tersebut. Anda bunuh orang tua kami dengan pedang, anak-anak kami dengan kelaparan".

Akibat daripada itu, Rasulullah Solallahu `Alaihi Wasallam mengutus surat kepada Thumamah meminta beliau agar menghentikan sekatan ekonomi tersebut.

Ketiga : Ijmak para Ulama` yang mengharamkan pemberian manfaat buat orang-orang Kafir Harbi(yang memerangi umat Islam).

Jelas kewajipan untuk memboikot barangan musuh-musuh Islam adalah menjadi prioriti setiap umat Islam. Umat Islam wajib bangun menentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan setiap masa. Musuh-musuh Islam semakin berani menghina Islam dan umat Islam kerana mereka menganggap umat Islam masa kini seolah-olah mayat yang tidak bernyawa.

BOIKOT adalah satu simbol kesedaran. Mereka yang tidak sedar, tidak mahu sedar, pura-pura tidak sedar, akan terus menyumbang kepada Yahudi, Amerika, Denmark dan sekutu-sekutunya. Barangkali sebahagian daripada kita tidak segan-segan masuk ke KFC demi menikmati ayam goreng.

BOIKOT tugas kita. Kalau menyandang senjata belum tentu persiapan cukup dan jiwa bersedia, tetapi usaha ini tidak wajar disambut dengan pelbagai ALASAN pula.

posted by Abu Mus'ab @ 12:34 PTG   0 comments
AURAT PEREMPUAN
Isnin, Mei 12, 2008

Cara Menutup Aurat Yang Betul Dalam Islam







posted by Abu Mus'ab @ 10:14 PG   11 comments
KEDEKUTNYA KERAJAAN UMNO

Rakyat Masih Hidup Dalam Era Pelita

Walaupun kerajaan UMNO/BN berbangga dengan segala macam projek mega ratusan juta ringgit namun rumah Mamat Abdullah, 61, di Kampung Banggol Nyamuk, masih tiada bekalan elektrik.

Mamat telah bercerai dua kali dan kedu-dua bekas isterinya, Temah Yusof, 56, dan Kiah Jusoh, 53, mengakui bercerai kerana tidak tahan tinggal di situ.Dalam zaman serba moden sekarang ini, tiada wanita yang sanggup hidup dibayangi anjing liar dan babi hutan, serta tinggal dalam rumah yang gelap dan dikelilingi pokok getah.

Isteri pertama, Temah Yusof, 56, berkata, dia sering kali bimbang apabila malam menjelma kerana kawasan rumah akan menjadi sunyi dan hanya bunyi-bunyian di dalam hutan yang kedengaran.

"Pernah beberapa kali saya terserempak dengan kumpulan babi hutan di bawah rumah menyebabkan saya takut untuk turun ke tandas di luar rumah pada waktu malam.

"Suasana amat menakutkan apatah lagi semuanya gelap kerana tak ada lampu macam di rumah orang lain. Saya tidak sanggup lagi tinggal di situ," katanya Menurut Temah, keadaan semakin sukar untuk anak tunggal mereka yang semakin membesar, Mohd. Ikmal Iskandar Mamat, 13, untuk menelaah pelajaran dengan hanya bercahayakan lilin.

Kata Temah, perkahwinan yang dibina selama 12 tahun terpaksa berakhir pada penghujung 2007 apabila masalah itu menjadi semakin rumit buat mereka.

Bagi isteri kedua, Kiah Jusoh, 53, pula, dia menangis ketakutan apabila ditinggalkan Mamat walaupun seketika pada waktu malam.

"Pada waktu itu, kami baru tiga hari berkahwin dan segala macam bunyi yang kedengaran memang menakutkan," katanya

Kini Isteri Mamat yang ketiga Midah Hitam, 60, telah memberi syarat supaya masalah berkenaan diatasi sebelum beliau sanggup menetap di rumah berkenaan.

Kg Banggol Nyamuk, Sungai Ikan, Kuala Nerus terletak hanyalah kira-kira 30 kilometer dari Kuala Terengganu dan lebih kurang 25 kilometer dari dari pusat pembangunan hebat Pulau Duyong dan Pulau Wan Man Man.

Kerajaan membelanjakan RM 250 juta untuk membina Chalet mewah Kelab Teluk Warisan dan menghabiskan setiap tahun RM 250 juta lagi untuk menganjurkan Monsoon Cup.Manakala cahaya terang benderang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin juga, hanyalah kira-kira 15 kilometer dari Kampung Mamat.

Namun, untuk kemudahan rakyat, kerajaan ‘kedekut’ untuk membelanjakan beberapa ribu ringgit bagi menyediakaan tiang-tiang elektrik yang membolehkan bekalan elektrik disambung untuk masuk ke rumah Mamat.
posted by Abu Mus'ab @ 9:57 PG   0 comments
SEHARI SELEPAS DIRASMIKAN


Sehari Selepas Dirasmikan

Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya di majlis perasmian Stadium Utama Negeri Terengganu (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin) semalam menyifatkan ianya sebuah stadium termoden dan tercanggih di Pantai Timur itu.

Tinjauan Buletin Online pagi keesokannya mendapati para pekerja (yang pastinya bukan pekerja tempatan) masih mengangkat atap di atas bumbung stadium ‘termoden dan tercanggih’ itu.

Ramai yang masih hairan dan tertanya-tanya dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri di dalam Sidang Dun baru-baru ini apabila ditanya berkaitan pembinaan Stadium Utama Negeri ini.

YB Yahya Khatib Mohamad menjawab kerajaan memang mengambil kira keselamatan para pengunjung majlis perasmian dan penggunakan stadium, walaupun belum dikeluarkan 'certificate of fitness' (CF) ataupun (sijil layak menduduki)

Sebelum ini heboh diperkatakan kecacatan struktur pada bumbung atap stadium. Kecacatan pada struktur bumbung stadium utama yang amat kelihatan di bahagian tengah lengkukan (curve) bumbung yang besar di bahagian belakang stadium, dikatakan adalah kesan daripada struktur tersebut yang pernah runtuh.

Sekitar April - Mei, tahun lalu, struktur bumbung stadium utama ini pernah runtuh. Selepas struktur tersebut runtuh, seluruh pekerja dipanggil berhimpun dan diberikan penerangan serta amaran supaya tidak membawa berita (cerita) struktur yang runtuh tersebut keluar dari kawasan pembinaan.


Akibat dari struktur runtuh, menyebabkan 'alignment' struktur dan bumbung 'telah lari' dan tidak lagi sesuai dengan atap stadium. Atap stadium yang unik itu, di tempah dari pengeluar atap stadium yang terkenal dari Korea.

Beberapa tenaga kerja mahir dari Korea tidak sanggup untuk memasang bumbung kerana 'alignment' struktur telah mengalami perubahan akibat runtuh. Mereka telah meninggalkan tapak pembinaan dan balik ke Korea.

Itulah sebabnya pemasangan atap tersebut mengalami kelewatan, yang telah menjadikan salah satu sebab projek stadium mengalami kelewatan.

Lensa Buletin Online merakam kecacatan jelas pada struktur.
posted by Abu Mus'ab @ 9:44 PG   1 comments
DUN Terengganu
Rabu, Mei 07, 2008
DUN Terengganu - Sidang Sebenar Bermula Hari Ini



Sidang sebenar Mesyuarat Yang Pertama, Penggal Persidangan Yang Pertama, Dewan Undangan Negeri Terengganu (Sidang DUN) Yang Kedua Belas akan bermula hari ini (7 Mei).

Bermula jam 9.30 pagi, sebanyak tujuh kertas-kertas kerja dan laporan akan dibentangkan sebaik sahaja ucapan Yang DiPertua Dewan dan Ucapan Terima Kasih ditangguhkan.

Kertas dan laporan yang akan dibentang tersebut adalah;

1. Penyata Kewangan Lembaga Tabung Amanah Warisan 2005,
2. Penyata Kewangan MBKT 2006,
3. Penyata Kewangan Yayasan Terengganu 2006,
4. Penyata Kewangan Yayasan Islam 2006,
5. Laporan dan Penyata Lembaga Muzium 2006,
6. Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Jabatan/Agensi Kerajaan 2006 dan
7. Laporan Ketua Audit Negera berkaitan Penyata Kewangan Terengganu 2006.

Lapan orang ADUN akan menerima jawapan dari soalan-soalan bertulis yang telah mereka kemukakan. Dari jumlah lapan ADUN tersebut, lima daripadanya adalah ADUN PAS.

Sesi soal jawab soalan lisan dijangka akan mengambil masa yang panjang sehingga 8 Mei. Ia adalah kerana 11 ADUN yang telah disahkan akan membentangkan soalan-soalan mereka dan pihak kerajaan hendaklah menjawab soalan-soalan tersebut secara spontan.

PAS yang mempunyai kekuatan dua kali ganda di Dewan Undangan Negeri Terengganu sesi ini (berbanding sesi lalu) telah menyusun langkah bagi memastikan rakyat akan mendapat maklumat yang jelas, telus dan bertanggungjawab daripada pihak kerajaan.

Selain meletakkan tanggungjawab setiap ADUN PAS mengikut portfolio (Exco bayangan), Ketua Whip PAS bagi penggal ini, Dato’ Usaz Harun Taib dijangka akan memainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan.

Sebagai orang lama dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, bekas Exco Kerajaan dan bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu memang cukup dikenali mempunyai kepetahan berhujjah. Pasti akan mengasak pihak kerajaan dan akan membuatkan barisan anggota Exco baru Mad Said perlu membuat ‘kerja rumah tambahan’.

Lebih-lebih lagi tindakan pihak kerajaan negeri yang menyiarkan perjalanan sidang DUN secara langsung melalui internet dilihat akan memberi impak secara langsung kepada rakyat negeri Terengganu.

Rakyat umumnya mahu melihat satu perubahan yang jelas dari segi mutu perbahasan dan jawapan yang diberikan dipihak kerajaan, bukan hanya menghambur jeritan dengan perkataan-perkataan yang jelek dan hodoh.

Wakil-wakil rakyat kini perlu benar-benar menjadi penghubung kepada suara dan hasrat rakyat untuk membawa rakyat kepada kehidupan yang lebih baik.

Sidang Dewan Udangan Negeri adalah wadah muhasabah yang paling baik bagi pihak kerajaan untuk menghasilkan dasar-dasar kerajaan negeri yang lebih baik, bukan dasar yang tempang, berat sebelah dan penuh prejudis
posted by Abu Mus'ab @ 10:01 PG   0 comments
HUBUNGAN ISTANA DAN MB PERAK BAIK

Hubungan Istana Perak dan MB baik, media cuba polemikkan

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekali lagi diuji dengan 'asakan' dan 'cabaran' pihak tertentu yang dilihat cuba menghebahkan kepada rakyat.


Kini kerajaan pakatan sengaja dipertontonkan kepada rakyat seolah-olah wujud ketegangan antara pihak Istana dengan Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Walhal isu itu berkaitan formaliti dan prosedur yang sepatutnya dipatuhi oleh Nizar dalam perkara membabitkan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Dato' Jamry Sury.

Mengulas lanjut hal itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata isu 'kesilapan' teknikal itu cuba diperbesar-besarkan dan dipolemikkan oleh sesetengah media milik kerajaan yang mahu mempamerkan seolah-olah Nizar membelakangi kuasa Istana.

Sedangkan pertukaran Jamry telah dimaklumkan Menteri Besar Perak kepada Sultan Perak sewaktu perasmian Mahkamah Syariah Ipoh pada 30 Mac lalu.

"Cuma Tuanku minta rujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Perak iaitu Raja Muda Raja Nazrin Shah.

"Dan Raja Muda menegur Nizar dari sudut formaliti dan perlu mengikut prosedur yang betul. Itu sahaja dan hubungan Istana amat baik sama ada dari segi tugasan mahupun peribadi tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak," katanya yang juga seorang peguam.

Beliau turut mendakwa bahawa pertukaran Jamry iaitu merupakan proses pertukaran biasa yang dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri kepada para pegawainya.

Ianya tidak melibatkan soal turun pangkat mahupun pemecatan daripada jawatan, katanya.

"Pada awal penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak memang berlaku beberapa pegawai yang enggan bekerjasama dengan Menteri Besar malah mahu meletakkan jawatan ataupun ditukar ke tempat lain.

"Justeru kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik menangani masalah-masalah individu yang tidak mahu memberikan komitmen kepada kerajaan yang baru," katanya.

Berhubung dengan kenyataan ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, beliau sekadar menyatakan bahawa itu merupakan hak beliau untuk memberi pendapat dan enggan mengulas lanjut.

"Kita tidak mahu melatah setiap isu yang dimainkan oleh pihak media atau pihak-pihak tertentu kerana ianya akan mensensasi perkara yang tidak pun seperti yang digambarkan," katanya yang juga merupakan AJK PAS Pusat.
posted by Abu Mus'ab @ 9:50 PG   0 comments
PERHATIAN !!!
Ahad, Mei 04, 2008

PERHATIAN !!!

SEKARANG NIE KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN ..1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR.

BERHATI- HATI DENGAN JENAMA (AIR MINERAL):-

1. AL -BARAMKAH

2. AL-MANSORI

3. AL-BISTARIA

P/S SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA @DIBELI@MENCURI... SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN "HOLY WATER"

TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM /SAHABAT/SAHABIAH &DLL.

SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA (ISLAM), AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE ...

SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..
posted by Abu Mus'ab @ 10:43 PG   0 comments
HIKMAHNYA BOICOTT

JAKIM Announcement : Starbucks HARAM

ISO 9002 JABATAN IMEGRESEN HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuckcontains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip in alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends.

Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.Thank you

INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKANKEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN...
posted by Abu Mus'ab @ 9:25 PG   1 comments
HAMPIRNYA HARI QIAMAT


Pasti HANGAT sampai HANGIT...

Beliau dianugerahkan dengan TOKOH MAAL HIJRAH & TOKOH MAULIDUR RASUL tahun ini... kerana dia seorang ANGKASAWAN NEGARA"..

"PENGANUGERAHAN Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan adalah satu penghormatan yang begitu besar buat diri ini.


Saya berasa begitu terharu dan berbangga menerima anugerah itu memandangkan ia adalah satu tanggungjawab yang begitu besar.

Ia sudah pasti membuat saya berusaha dengan lebih gigih menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan harapan dapat mengembalikan keagungan Islam khususnya bidang astronomi dan sains. "

"Bagi saya, "Islam is a way of life" dan amat penting ibadat dilakukan baik di bumi mahupun di angkasa"

posted by Abu Mus'ab @ 9:13 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER