:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

SAMBUTAN HARI IBU, HARAM ?
Selasa, Ogos 26, 2008

Sambutan Hari Lahir dan Hari Ibu Haram?


RIYADH - Sambutan ulang tahun perkahwinan, hari lahir atau hari ibu adalah haram iaitu bertentangan dengan Islam, kata seorang ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian bagi mematahkan beberapa cadangan oleh satu pihak yang menyatakan Islam membenarkan sambutan-sambutan peribadi.

Seorang ulama, Salman al-Awdah memberitahu para penonton ketika dihubungi dalam satu rancangan televisyen minggu lalu bahawa menyambut ulang tahun kelahiran dan perkahwinan tidak salah di sisi Islam.

Akhbar al-Madina melaporkan bahawa Sheikh Abdul-Azizi berkata, sambutan seperti berparti tidak akan membezakan penganut Islam dengan agama lain.

Wanita turut diharamkan daripada memandu dan bergaul dengan lelaki bukan muhrim di Arab Saudi di mana beberapa ulama mengeluarkan larangan tidak membeli bunga ros merah pada Hari Kekasih.

"Seorang Muslim perlu bersyukur jika anak-anak mereka sihat dan jika kehidupan perkahwinan mereka stabil," katanya.

Sheikh Abdul-Azizi berkata, dua perayaan yang diminta untuk mengadakan sambutan di negara Islam adalah Hari Raya Aidilfitri sebagai berakhirnya bulan Ramadan dan Hari Raya Korban sebagai berakhirnya musim haji.
posted by Abu Mus'ab @ 3:11 PTG   2 comments
MINUM ARAK PUNCA KEJAHATAN

MINUM ARAK PUNCA SEGALA KEJAHATAN


Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.

Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.

Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa.

Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."
posted by Abu Mus'ab @ 2:55 PTG   1 comments
ISLAM LARANG KEMPEN MALUKAN ORANG
Khamis, Ogos 21, 2008

Islam Larang Kempen Memalukan Orang – Tok Guru Nik Aziz


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, berkempen dengan memalukan orang lain tidak dibenarkan dalam Islam.

"Orang tidak boleh menggunakan masalah peribadi untuk berkempen tetapi kena lawan dasar antara PAS dan Umno.

"Yang bawa cerita sumpah pada hari penamaan calon, apa dia? Tidak ada cara lain lagi untuk berkempen?" katanya dalam sidang media di muktamar ke 54 PAS di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.

Menteri besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya tindakan pihak tertentu yang dikatakan berkempen secara tidak sihat dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di masjid Wilayah Persekutuan, Jumaat lalu, mendakwa beliau telah diliwat secara tidak rela oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz berkata, sumpah orang Islam dengan meletakkan Quran di atas kepala dan bukannya di atas tangan."Sumpah seperti itu (letak kitab atas tangan) adalah meniru amalan orang Kristian. Ini karut.

"Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi, " katanya.

Muzakarah dengan UmnoSerentak itu, beliau mendakwa sumpah yang dibuat oleh Saiful itu dilakukan oleh pihak Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berharap Anwar menang dalam pilihanraya kecil nanti. Ketika ditanya pandangannya mengenai muzakarah dengan Umno, Nik Aziz berkata, PAS akan memberitahu pemimpin parti itu mengapa menerima Islam separuh, terima kufur separuh.

"Saya nak jumpa supaya Umno tidak terus menerima Islam separuh sahaja kerana jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS."

Kerana muzakarah bukan hendak membincangkan mengenai kerusi atau kementerian tetapi bagaimana hendak berdepan Allah di hari akhirat kelak," katanya.

Mengenai golongan ulama dan profesional dalam PAS, menteri besar Kelantan itu, berkata, kerana dalam Islam, kedua-dua mereka adalah sama.

Sementara itu dalam ucapannya di muktamar hari ini, Nik Aziz berkata, beliau mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan supaya dapat membuka pintu hati orang bukan Islam menerima pemerintahan Islam.

"Kalau kita sayang Umno kita tarik orang Melayu yang muda-muda dalam Umno supaya masuk PAS tetapi orang tua, orang kaya dan menteri biarlah di situ," katanya
posted by Abu Mus'ab @ 11:01 PG   0 comments
SUMPAH SAIFUL IKUT KRISTIAN !
Rabu, Ogos 20, 2008

Sumpah Saiful Ikut Kristian


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz berkata cara bersumpah mengangkat al-Quran sebagaimana yang dibuat oleh Saiful disifatkannya meniru cara orang Kristian.

''Apa yang membimbangkan kita ketika ini, ramai beranggapan bahawa apabila mengangkat sumpah, mesti kena pegang al-Quran sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam."

''Pegang-pegang al-Quran ini sama seperti orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang Bible. Ini semua pengaruh yang tidak baik dan ditiru oleh orang Islam," katanya.

Beliau berkata, untuk melakukan mubahalah dalam Islam cukup dengan hanya melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Beliau turut menarik perhatian bahawa dalam sejarah Tanah Melayu terdapat dua orang pernah melakukan mubahalah iaitu bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Asri Muda di Masjid Kota Bharu dan bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman di Masjid Alor Star.

Manakala Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bersumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi.

Sehubungan itu, kata bekas menteri besar Terengganu itu, kes yang membabitkan zina dan liwat hendaklah dirujuk kepada undang-undang qazaf."

Jika undang-undang qazaf tidak ada, kerajaan perlu membuat pindaan di Parlimen supaya ia boleh diadili melalui undang-undang Islam"Rujuk kepada mahkamah syariah mengikut Akta 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan iaitu kes untuk zina dan liwat," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan mendakwa beliau telah diliwat secara paksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, dalam Islam hanya ada lian iaitu sumpah antara pasangan suami isteri."Anwar dan Saiful bukan suami isteri dan dalam kes ini ia bukan sahaja tidak kena tetapi telah menunjukkan kebodohan umat Islam sendiri."

Beliau (Saiful) menggunakan agama Islam jenama apa kerana ia tidak merupakan hak dalam Islam."Bagaimana Saiful bersumpah menggunakan Quran sedangkan dia tidak tahu isu kandungan kitab suci itu."Dia (Saiful) boleh buat apa sahaja tetapi kita tidak boleh dengar sebelah pihak sahaja," katanya.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi kes tersebut merupakan satu agenda politik yang kotor. Beliau juga menegaskan PAS akan tetap membantu Anwar untuk memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Katanya, dalam Islam seseorang tidak dianggap bersalah selagi ia tidak didapati bersalah."Oleh itu kita tidak mahu membuat hukuman awal seolah-olah Anwar telah bersalah."Apabila membenarkan Anwar bertanding dalam pilihanraya ia merupakan satu kaedah yang beliau tidak bersalah," katanya.

Abdul Hadi juga berkata, Anwar tidak perlu untuk melakukan sumpah laknat sepertimana yang dilakukan oleh Mohd Saiful untuk membersihkan namanya.

"Biarlah ia diputuskan oleh Mahkmah Syariah," katanya
posted by Abu Mus'ab @ 4:00 PTG   0 comments
NABI MUSA a.s DENGAN ALLAH TAALA

PERCAKAPAN MUSA A.S DENGAN TUHAN


Musa A.S: Oh Tuhan, ajarilah kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk berzikir dan berdo'a kepada Engkau.

Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha Illlallaah ha Musa.

Musa A.S: Oh Tuhan, semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.

Tuhan: Hai Musa, andaikan langit yang tujuh berserta seluruh penghuninya selain Aku, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan Laa Ilaaha Illallaah, nescaya masih berat Laa Ilaaha Illallaah.


Kata Hikmah :

1. Kisah ini diambil dari hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim dari Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a.

2. Nilai Laa Ilaaha Illallaah lebih hebat daripada langit, bumi dan seluruh penghuninya.

3. Langit itu berpenghuni.

4. Bumi itu tujuh lapis sebagaimana langit.

5. Seutama-utama zikir adalah Laa Ilaaha Illallaah.
posted by Abu Mus'ab @ 3:51 PTG   0 comments
JENAZAH BERUBAH JADI BABI HUTAN
Khamis, Ogos 07, 2008

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN


Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memaqamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."
posted by Abu Mus'ab @ 10:03 PG   0 comments
UJIAN MEMATANGKAN KEIMANAN
Ujian Menguji Kematangan

Resah, sedih, pilu, serabut dan tidak tenang. Begitulah keadaan diriku seminggu dua ini memikirkan hal keadaan Parti Islam yang ku sayangi dan kepimpinannya yang telah diserang bertali arus.

Serangan bukan sahaja daripada musuh jelas (BN) bahkan juga daripada rakan Pakatan Rakyatnya. Bukan setakat itu sahaja, sebahagian ahli-ahlinya pun turut menyerang kepimpinannya dengan tuduhan-tuduhan yang boleh merosakkan parti.

Aku cinta parti ini bukan kerana ianya parti PAS semata-mata tetapi kerana landasan perjuangannya yang berdasarkan kepada al Quran dan Sunnah. Aku menyokong kepimpinannya bukan kerana dia Tok Guru Nik Aziz ataupun Tok Guru Haji Hadi atau Ustaz Nasa atau Husam Musa atau Ustaz Ahmad Awang atau Mat Sabu atau lain-lain tetapi aku menyokong mereka kerana mereka berjuang di bawah payung parti yang didasarkan kepada al Quran dan Sunnah.

Selagi mana mereka berakhlak dengan akhlak Islam, melangkah menyusun kepimpinan dan keahlian serta mengatur tindakan siyasi mengikut telunjuk al Quran dan Sunnah maka selagi itu aku memberi sokongan kepada mereka.

Isu muzakarah dan muqabalah yang berpanjangan hingga kini bukanlah satu isu besarpun. Ia juga bukan isu sensasi. Ia hanyalah satu isu kecil tetapi telah diperbesarkan oleh BN, rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, sebahagian daripada ahli PAS yang tidak memahami kaedah berjemaah dan mungkin juga sebahagian yang ingin menangguk di air keruh memburuk-buruk imej kepimpinan tertentu dalam PAS.

Kalau sayang kepada PAS, bukanlah caranya dengan menghentam pimpinan sebegitu rupa. Pimpinan mengakui mereka berjumpa dengan pimpinan UMNO dan mereka sudah menjelaskan sejelas-jelasnya tujuan dan kaifiyat perjumpaan tersebut.

Bukannya nak masuk UMNO. Bukan juga nak masuk BN. Cuma berbincang tentang beberapa perkara yang berkaitan Islam dan Melayu. Itupun kerana jemputan UMNO Majlis Syura pun sudah menyetujui.

Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi sudah sepakat. Apa lagi yang hendak dibisingkan. Berilah kepercayaan kepada kepimpinan PAS untuk mengatur langkah mengikut kebijaksanaan mereka dalam usaha memastikan Islam terus terjaga dan terpelihara serta tidak dipermain-mainkan. Bukankah asas kepada perjuangan PAS ialah Islam.

Sekiranya timbul rasa ragu-ragu dan syak wasangka berbincanglah dengan beradab mengikut saluran yang betul. Tidak semestinya apa yang kita rasa betul mengikut pendapat kita itu sebenarnya betul. Itulah pentingnya perbincangan dan itulah peranan besar yang dimainkan oleh Majlis Syura. Itulah kelebihan PAS.

Sebenarnya inilah ujian. Ujian kepada pemimpin dan juga ahli. Ujian untuk mematang dan memperteguhkan lagi kekuatan parti. InsyaAllah natijah dari ujian ini akan lahir sebuah parti yang lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai suasana dalam negara yang bermasyarakat majmuk ini.

Pemimpin menjadi lebih bijaksana dan ahli lebih memahami kaedah pergerakan sebuah jemaah Islam yang secara langsung terlibat dalam siasah negara. Semoga PAS terus maju dan menjadi sebuah parti yang berwibawa dan disegani oleh kawan dan lawan demi kepentingan Islam dan masyarakat seluruh negara.
posted by Abu Mus'ab @ 9:56 PG   0 comments
JIKA PAS-UMNO BERSATU
Jumaat, Ogos 01, 2008

Hudud Dan Qisas Akan Dilaksanakan Jika PAS-UMNO Bersatu

Mursyidul Am PAS berkata pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan bagi PAS jika pergabungan antara parti itu dan UMNO menjadi satu kenyataan.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.

Agensi Bernama melaporkan ia adalah sejajar dengan semangat muqabalah yang akan membincangkan masa depan umat Islam di negara ini. Beliau berkata perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kerjasama Umno-PAS dalam membentuk parti baru perlu berlandaskan kepada Islam, termasuk melaksanakan hukum Hudud sebagaimana ditetapkan oleh agama.

"Yang membimbangkan saya bila kerjasama itu berlaku, ada pihak yang cuba mensabotajkan parti (gabungan PAS-Umno) dengan menganjurkan calon bebas yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Islam mengikut syariatnya bagi melawan calon kita," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan kempen derma bagi kerja-kerja mengubahsuai masjid Baraah di pusat bandar ini di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata berlandaskan semangat demokrasi di negara ini, semua pihak termasuk Umno, kaum Cina dan India boleh mengadakan perbincangan serta mengeluarkan hujah mereka untuk lebih memahami Islam dan syariatnya.

"Saya hendak benar kalau orang Cina dan India kata dia tidak mahu kepada Islam, di mana tidak kena dengan Islam, boleh tolong beritahu, kita boleh berbincang" katanya.

Namun, katanya, bagi beliau perkara yang paling penting adalah memastikan muqabalah antara PAS dan Umno dapat dijayakan terlebih dahulu untuk membincangkan masa depan umat Islam.
posted by Abu Mus'ab @ 8:05 PTG   2 comments
AWAN DAN TAUBAT

AWAN MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT


Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Ia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahwa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut.

Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat peristiwa itu. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."
posted by Abu Mus'ab @ 7:55 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::