:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

SALAM EIDUL FITRI DARI PENULIS
Isnin, September 29, 2008

Salam Eidul Fitri Dari Penulis


Alhamdulillah, hari ini kita orang Islam telah melalui hari yang 29 berpuasa dalam bulan Ramadhan ini. Tinggal hanya 1 hari sahaja untuk kita berlumba-lumba mengambil kesempatan mencari keredhaan Allah taala.

Tiada apa perkara yang lebih bermakna dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam melainkan Redha Allah taala yang dituntut. Kasih Allah, Redha Allah, Sayang Allah, Mesra Allah...Inilah matlamat yang dicari oleh Para Nabi, Para Sahabat, Para Taabi'in, Para Ulama, dan Para Salafussoleh.

Orang kata, "Buat apa kita menzahirkan secara jelas identiti PAS kita, cukup sekadar dalam hati, Allah kan Maha Mengetahui"... Bagi pandangan saya, pandangan sedemikian adalah silap. Kerana Hati lah yang akan menentukan segala gerak langkah, perwatakan, tingkah laku, ucapan, pakaian, makanan, minuman, penggunaan barangan harian dan seumpamanya.

Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah, memandangkan Bulan Ramadhan ini adalah juga Bulan Muhasabah, mengambil peluang yang masih berbaki ini dengan mempergiatkan lagi amalan dan ibadat dengan sebaiknya. Jadikanlah kesan Ramadhan yang akan kita lalui sebagai kesan yang semaksima dari Ramadhan yang baru sahaja kita lalui, bersungguh-sungguh dalam memartabatkan Islam di Terengganu ini.

Ucapan ini ditujukan khas kepada diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat seperjuangan serta muslimin dan muslimat di serantau dunia.

SALAM EIDUL FITRI

Kullu 'Aamun Wa Antum Bikhair


Ustaz Azizul, Kak Matun, Mus'ab, Mu'az dan Suhaib
Paka, Dungun, Terengganu
posted by Abu Mus'ab @ 10:50 PG   0 comments
PERUTUSAN EIDUL FITRI PJ PAS TRG

Perutusan Eidul Fitri Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya, mewakili semua pimpinan PAS Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh umat Islam, terutamanya kepada semua ahli-ahli dan penyokong PAS dan rakyat Terengganu amnya.

Marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah pada hari gembira dan penuh keberkatan kerana telah berjaya menunaikan ibadat puasa Ramadhan 1429 dan berdoa semoga ianya diterima oleh Allah SWT serta berjaya meningkatkan sifat taqwa kepada kita dalam menempuh perjuangan yang masih panjang.

Ketaqwaan kepada Allah ada ‘aset spiritual’ yang penting kepada kita semua dalam menempuh cabaran siyasi dan dunia yang penuh dengan tipu helah, dalam usaha kita menegakkan yang makruf dan menentang kemungkaran.

Latihan selama sebulan dalam bulan Ramadhan pastinya dapat meningkatkan ketajaman pemikiran dan ketahanan fizikal kita dalam melaksanakan semua tugas-tugas kita, samada peribadi ataupun jamaah.

Saya juga mengajak kita semua untuk bermuhasabah sejenak, berfikir dan mengingati saudara-saudari kita di Palestine, Iraq, Afghanistan dan lain-lain Negara umat Islam yang masih dalam keadaan ‘tidak tenang’ menyambut kedatangan Syawal akibat tindakan musuh-musuh Islam.

InsyaAllah, dengan muafakat dan kesungguhan, bersama-sama kita menyeru seluruh rakyat supaya kembali kepada Islam, menyokong PAS dan Pakatan Rakyat untuk membawa satu perubahan politik, sosial dan ekonomi bagi menggantikan UMNO dan Barisan Nasional yang penuh dengan skandal, rasuah dan penyelewengan.

Saya juga bersama kepimpinan PAS seluruhnya menyusun jari memohon maaf zahir batin. Penuhilah sambutan Eidul Fitri al-Mubarak dengan kita bertakbir mengagung dan membesarkan Allah SWT.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Sekian, Wassalam

Ybhg. Dato’ Haji Mustafa Ali
Pesuruhjaya PAS
Negeri Terengganu
posted by Abu Mus'ab @ 10:19 PG   0 comments
LAILATUL QADAR
Ahad, September 21, 2008

LAILATUL QADAR


Mencari Kemuliaan Taqarrub

Firman Allah swt :

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )


Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah saw :[1]

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )


Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”


Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”

( Riwayat Imam Bukhari )

Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ
“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )


Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.

Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .

“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”

( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )


[1] Imam Bukhari di dalam sohihnya : 253 / 2 dan Imam Muslim di dalam sohihnya 524 /1
[2] Raudhah at Tolibin 389 / 2 dan Fathul Baari 267 / 4
[3] Sohih Bukhari : 254 / 2
[4] Sohih Imam Bukhari : 255 / 2 dan Sohih Imam Muslim : 832 / 2
posted by Abu Mus'ab @ 11:34 PG   0 comments
AQIDAH LEMAH KERANA AL-QURAN DIABAIKAN

AQIDAH UMAT ISLAM SUDAH LEMAH
DISEBABKAN AL QURAN TIDAK DIJADIKAN PEDOMAN HIDUP


"Sejak kebelakangan ini, umat Islam di bumi Malaysia ini sudah kelam kabut disebabkan politik yang tidak berlandaskan Al Quran dan Al Hadis.

Lantaran itu, berdasarkan kata-kata Prof Dr Abdulmalik Abdulkarim Amrullah di dalam tafsir Al Azhar :-" Engkau berikan kekuasaan kepada barangsiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari barangsiapa Engkau kehendaki"

Walaupun bagaimana besarnya kekuasaan seseorang pemerintah diberi oleh ALLAH, mudah saja bagiNya mencabut. Berapa kita lihat raja-raja, sultan-sultan, yang dahulu nenek moyangnya berkuasa besar, sampai pada anak atau cucu; habis kekuasaan tinggallah gelar, habis tanah tinggallah istana.

Beberapa pula kita lihat orang yang tadinya bukan asal raja, naik memimpin bangsanya, mencapai puncak kekuasaan tertinggi , padahal mungkin dianya hanya bekas budak saja daripada raja yang berkuasa tadi.

Sebab seluruh manusia itu hanyalah dari satu keturunan, sama darahnya dan sama dagingnya, sama asal dari tanah kemudian menjadi mani, kemudian kembali menjadi tanah lagi. Tidak ada darah bangsawaan di dunia ini yang keturunannya bukan dari Adam atau asal usul manusia. Timbulnya kekuasaan hanyalah pinjaman sementara dari ALLAH.

" Dan Engkau muliakan barangsiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan barangsiapa yang Engkaun kehendaki"
posted by Abu Mus'ab @ 11:19 PG   0 comments
DOA UTAMA DALAM RAMADHAN

Apakah Doa Yang Paling Utama Di Bulan Ramadan?


Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah


اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنى


“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).


Marilah kita sama-sama manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya.
posted by Abu Mus'ab @ 10:49 PG   7 comments
HARI AFDHOL POTONG KUKU
Isnin, September 15, 2008

Waktu Memotong Kuku


Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa mengerat/ memotong kuku pada hari-hari berikut:

Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepapaan

Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya, dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah taala".
posted by Abu Mus'ab @ 5:16 PTG   1 comments
TAZKIRAH RAMADHAN


Tazkirah Ramadhan al-Mubaarak


Pertama

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Ulasan :

Puasa seseorang itu akan sia-sia apabila :

- Solat Wajib ditinggalkan

- Lelaki yang menampakkan auratnya

- Lelaki yang memakai rantai, gelang atau anting-anting ( walaupun daripada perak )

- Mengeluarkan kata-kata yang kesat, lucah dan seumpamanya

- Makan, minum serta menggunakan produk atau barangan mana-mana syarikat yang jelas menentang Islam dengan sengaja

- Mendengar dan menyanyi nyanyian yang melalaikan dengan sengaja

- Fahaman Nasionalisme, Sekularisme dan Liberalisme masih menjadi pegangan utama

- Seseorang itu masih menyokong kezaliman, kemaksiatan dan kemungkaran dalam kehidupannya

- Perempuan yang mendedahkan auratnya ( nampak rambut, lengan tangan, perhiasan tubuhnya dan kakinya )


Kedua

Dari Abi Musa, Abdullah bin Qis al-Asyari r.a dari Nabi SAW sabdanya: " Sesungguhnya Allah taala menghulurkan tanganNya di waktu malam kepada orang-orang yang melakukan dosa di waktu siang supaya bertaubat kepadaNya, dan Allah taala menghulurkan tanganNya di waktu siang supaya bertaubat kepadaNya orang-orang yang melakukan dosa di waktu malam, sehingga matahari naik dari arah Barat".

Hadis Riwayat Muslim
posted by Abu Mus'ab @ 5:01 PTG   0 comments
TAZKIRAH RAMADHAN
Ahad, September 14, 2008

Tazkirah Ramadhan


Telah berkata sufyan assauri rahimahullah: "Sesungguhnya Allah tabaraka wa taala telah mencipta angin di waktu sahur membawa zikir-zikir serta pengampunan kepada Allah malikul jabbar."

Telah diriwayatkan di dalam wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya. Sesungguhnya dia telah berkata:"Wahai anakku, janganlah engkau jadikan ayam lebih bijak daripada engkau. Dia memanggil dengan berkokok di waktu sahur sedangkan engkau pula dalam keadaan tidur." Telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Tiga suara yang di sukai oleh Allah taala: 1- suara ayam berkokok, 2- dan suara orang yang membaca al-Quran, 3- dan suara orang yang meminta pengampunan di waktu sahur." SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA...:)

Dari Tsuban r.a berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: “hampir tiba suatu masa di mana bangsa bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka .” Maka salah seorang sahabat bertanya : “Apakah kerana kami sedikit ketika itu?” Nabi S.A.W menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir.” “Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan .” Seorang sahabat bertanya : “Apakah wahan itu ya Rasulullah?” Nabi lalu menjawab: “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” Hadis riwayat Abu Daud.
posted by Abu Mus'ab @ 4:54 PTG   0 comments
KONGSIKAN RAMADHAN MU
Rabu, September 10, 2008

Kongsikan Ramadhan Mu

Ramadhan – sebuah isolasi dan penyendirian? Atau satu peluang pemasaran Islam? Memang Ramadhan adalah bulan bekalan untuk warga Mukmin.

Dalam sebuah masyarakat pelbagai budaya dan agama kerana keragaman kaumnya, di mana Ramadhan? Adakah masyarakat di luar sana tahu keindahan Ramadhan?

Sahur, udara segar dengan oksigen yang paling tepu, bangun awal untuk minda dan jasmani sihat. Puasa, pembakaran lemak-lemak dan pelepasan semula kolestrol yang terperangkap.

Kurma untuk berbuka, kandungan vitamin dan mineral yang kaya, serta kemampuannya memberikan tenaga segera dan khasiat semula jadinya yang begitu tinggi – semuanya bukan kebetulan melainkan ciri-ciri kehebatan Ramadhan itu sendiri.

Kita mukmin menjadi lebih prihatin, di bulan yang memang satu dari kesan asuhannya adalah mengambil berat tentang orang lain.

Bolehkah kita hulurkan semangkuk kuih atau gulai atau lauk kepada jiran bukan Islam kita? Mereka bertanya dalam hati, kenapa? Kerana kita berpuasa dan kita dengan sendirinya menjadi prihatin, pemurah dan baik hati.

Bukan nilai ringgitnya tetapi nilai ingatan sebuah keluarga Islam untuk tetangganya kerana memuliakan Ramadhan.

Bolehkan kita belikan Al Qur’an terjemahan dalam bahasa yang paling selesa untuk mereka dan hadiahkan kepada rakan kita bukan Islam? Kenapa? Kerana Ramadhan adalah bulan Al Qur’an.

Bolehkan kita berikan risalah tentang Ramadhan, puasa dan Islam untuk mereka? Kenapa? Kerana Islam yang indah ini tidak layak disekat dari dikongsi dengan Hamba Allah yang belum mengenalinya.

Bolehkah kita mengajak mereka berbuka bersama? Kenapa? Biarkan ruh dan semangat Ramadhan sedikit sebanyak menyentuh hati mereka.


Satu dari kelebihan Ramadhan kepada kesihatan badan adalah seperti dipetik di bawah;

Due to the lack of incoming energy, the body must turn to its own resources, a function called autolysis. (2) Autolysis is the breaking down of fat stores in the body in order to produce energy. The liver is in charge of converting the fats into a chemical called a ketone body, "the metabolic substances acetoacetic acid and beta-hydroxybutyric acid" (3), and then distributing these bodies throughout the body via the blood stream. "When this fat utilization occurs, free fatty acids are released into the blood stream and are used by the liver for energy." (3) The less one eats, the more the body turns to these stored fats and creates these ketone bodies, the accumulation of which is referred to as ketosis. (4)Detoxification is the foremost argument presented by advocates of fasting.

"Detoxification is a normal body process of eliminating or neutralizing toxins through the colon, liver, kidneys, lungs, lymph glands, and skin." (5). This process is precipitated by fasting because when food is no longer entering the body, the body turns to fat reserves for energy.


Mengenai kurma atau tamar pula;

They are rich in minerals such as calcium, iron and potassium, and full of vitamins like vitamin A, B and C, they are also Cholesterol free.
Dates are used to cure lots of digestive illnesses; they are good for fighting constipation and heart-burns. They are also a great cancer fighter.

The phosphorus in Dates helps keep the mind awake and working.
The sugar in Dates gives the body all the energy it needs to keep going, and at the same time, these sugars are easily digested and absorbed by the body, so the stomach doesn’t need so many complicated procedures to break them down and make use of them.
posted by Abu Mus'ab @ 1:01 PTG   0 comments
TAZKIRAH RAMADHAN
Ahad, September 07, 2008

Tazkirah Ramadhan


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).

SAHABAT SEKALIAN,RAMADHAN IALAH BULAN AL-QURAN- Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya, "Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi- nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat(HR Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap amal kebaikan Bani Adam pahalanya (ditulis oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)
posted by Abu Mus'ab @ 2:07 PTG   0 comments
TALIAN HAYAT UMNO : ULAMA'

Talian Hayat Umno: Ulama Pula Hendak Diperalat


Utusan Malaysia, 3 September 2008 melaporkan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu golongan umara (pentadbir) dan ulama menjalinkan kerjasama lebih rapat supaya segala isu berkaitan Islam dapat diselesaikan secara lebih menyeluruh.

"Pendapat ulama tidak boleh diketepikan kerana merupakan pihak yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam manakala umara merupakan golongan yang diberi kepercayaan untuk memimpin. Kita amat memerlukan gabungan kedua-dua pihak ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis 'Perjumpaan dan Dialog Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara' di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Betulkah Dato' Seri Abdullah Badwi hendak pakai pandangan ulama? Apa yang kita lihat Umno tidak pernah menghormati ulama. Mana ada ulama yang berjuang dalam Umno disanjung dan dijadikan rujukan dan diterima pakai pandangan mereka. Sebab itu ulama dalam Umno, walau alim macam mana sekalipun izzahnya tidak kelihatan.

Kerana mereka tidak diberi peranan untuk menentukan dasar, peranan terbesar ulama Umno untuk baca doa, jadi khalifah tahlil, baca yasin, talqin, imam sembahyang mayat dan doa buka pejabat baru.

Yang menentukan dasar ialah golongan jahil dalam agama. Ia berbeza dengan PAS, kita merujuk ulama dalam semua perkara untuk membuat satu keputusan.Tiba-tiba kita dikejutkan supaya ulama bekerjasama dengan umara. Maklumlah orang lemas, semua tali dia hulur untuk dapat talian hayat.

Bukankah selama ini padangan mengenai hukum agama yang tidak pernah diikut malahan ditong sampah sahaja. Ada beberapa perkara yang membuktikan bahawa Umno memang tidak suka dengan golongan agama. Golongan agama hanya menjadi alat sahaja untuk melawan PAS dan ulama PAS.

Dalil yang menunjukkan bahawa Umno tidak mendengar ulama dalam tindakan mereka.

1. Apabila Majlis Mufti megatakan konsert Sure (Jom) Heboh haram Umno tidak ikut

2. Apabila Majlis Mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut.

3. Apabila Majlis Mufti kata bertafakkur di depan Tugu Negara haram, PM Abdullah sendiri tidak ikut.

4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak Aids, Umno tidak ikut.

5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh Jakim, Umno tidak ikut.

6. Orang agama dalam Umno yang sepatutnya menjadi Menteri tidak diberi tempat. Mana pergi Dato' Dr Abdullah Mohd Zin kelulusan MA Madinah dan PhD sebuah universiti di United Kingdom? Mana Hamid Zainal Abidin? Mana dia Dr Yusuf Nor kelulusan PhD tasawuf Mesir, hanya dberi amanah untuk jaga pokok kelapa sawit sahaja.

7. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno ang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama.

Kalau pandangan ulama rasmi yang terdiri daripada kalangan para mufti Umno tidak ikut, macam mana pula PM hendak ajak ulama bekerjasama.

Kalau hanya hendak mengajak ulama multaqa, bentang kertas kerja, kemudian makan kambing bakar, tetapi tidak ada kemahuan untuk melaksanakannya ini buat habis masa dan membazir wang sahaja.
posted by Abu Mus'ab @ 1:55 PTG   0 comments
PUNCA SEGALA BENCANA
Khamis, September 04, 2008

Punca Segala Bencana

Hadith

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata: " Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata: " Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:" Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”(Muslim)

Huraian

Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim.

Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.

Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)


Ulasan Penulis

Jadi, dikesempatan dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita menginsafi dan menyedari betapa pentingnya Amal Sedekah dalam menentukan ke mana harta kita akan pergi. Tok guru saya pernah menyebut : " Jika ada seseorang meminta sedekah dalam bulan Ramadhan ini, hendaklah kamu memberinya, kerana dibimbangi yang meminta itu adalah Malaikat yang menyamar sebagai manusia biasa. Mudah-mudahan Malaikat tersebut mendoakan keampunan, kerahmatan dan keberkatan ke atas kamu".
posted by Abu Mus'ab @ 3:28 PTG   0 comments
TAZKIRAH RAMADHAN
Isnin, September 01, 2008

TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK


Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga

Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.
posted by Abu Mus'ab @ 6:07 PTG   3 comments
PERUTUSAN KHAS MURSYIDUL AM PAS

Perutusan Mursyidul Am PAS Sempena Ramadan


Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.

Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.

Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.

Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.

Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka. Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala.
posted by Abu Mus'ab @ 6:02 PTG   0 comments
PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS


Perutusan Khas Sempena Ramadan al-Mubarak


Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Presiden PAS
posted by Abu Mus'ab @ 5:52 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::