:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

10 ORANG SOLAT TIDAK DITERIMA
Khamis, Oktober 30, 2008

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
posted by Abu Mus'ab @ 11:25 PG   0 comments
BINATANG HURAISY

KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY


Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari Qiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara Langit dan Bumi dan lebarnya pula dari Timur hingga ke Barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang menderhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.



Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Cuba kita fikir adakah mesej di atas sampai ke pengetahuan muslimin dan muslimat di Malaysia ini? Apa peranan kerajaan BN dalam memastikan orang Islam di Malaysia tidak termasuk di kalangan Binatang Huraisy kehendaki? Rasanya para Menteri sendiri yang Huraisy inginkan.

Jadi, saya menyeru kepada orang Islam seMalaysia agar mengambil kesempatan dengan nyawa yang ada sekarang termasuklah para Menteri agar dapat membetulkan keadaan dengan menunaikan Amanah dengan sebaiknya. Ditambah pula mempergiatkan Kempen Mencegah Maksiat, Kempen Solat, Kempen Tutup Aurat, Kempen Haram Arak dan Kempen Cintakan Akhirat. Jangan duk asyik sibuk kempen Jaga Alam Sekitar, Kempen Bertani dan kempen-kempen lain yang tidak ada pentingnya.

Sama-samalah kita orang Islam membuat perubahan...
posted by Abu Mus'ab @ 11:04 PG   0 comments
HIMPIT ' 08
Selasa, Oktober 21, 2008
Himpunan Pemuda Islam Terengganu
HIMPIT '08



posted by Abu Mus'ab @ 12:01 PTG   0 comments
AKIBAT KESALAHAN DIRI SENDIRI

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak) ."


Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Jika kita merujuk kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah Nabi SAW, dalam Quran menyebut yang bermaksud: "Katakanlah, setiap apa yang berlaku disebabkan dirimu sendiri ". Kemudian dalam Hadis, Nabi SAW menyebut yang bermaksud: "Ratakanlah/ perbetulkanlah/ Luruskanlah saf sembahyangmu, jika tidak, nescaya Allah taala akan memisahkan hati-hati kamu semua".

Daripada panduan di atas, jelaslah apa yang berlaku sekarang ini adalah puncanya kerana kebanyakkan orang Islam sekarang ini hidup dalam keadaan tidak menjadikan Quran dan Sunnah sebagai panduan.

Kalau betullah kerajaan Malaysia sekarang ini mengishytiharkan negara ini Negara Islam, kenapa tiada satu channel pun dalam television mengadakan " Kempen Mari Solat "?. Mana ada " Kempen Mari Menutup Aurat " ?. Ini adalah asas.

Tidak hairanlah sekarang ini, Malaysia dilanda pelbagai masalah, yang besarnya sekarang ini, masalah perebutan kuasa dalam UMNO. Ini kerana pemerintahan Malaysia sekarang ini tidak menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai dasar utama dalam pemerintahannya.

Akhirnya, saya menyeru kepada muslimin/ muslimat sekalian, terutama kepada pemimpin negara dan negeri, kembalilah kepada Quran dan Sunnah SAW. Setiap kepimpinan akan ditanya. Dan kita semua pasti inginkan kebahagian di dunia dan akhirat...Insaflah...

Wassalam...
posted by Abu Mus'ab @ 11:05 PG   0 comments
KESAN PENDIDIKAN SEKULAR
Sabtu, Oktober 18, 2008

Kesan Pendidikan Sekular


17 Syawal 1429 H, kiranya hari raya yang ke-17, kita dikejutkan dengan satu kes yang melibatkan seorang pelajar perempuan yang didakwa menendang dan memukul seorang gurunya. Seorang pelajar perempuan yang berusia 14 tahun menendang dan memukul seorang guru perempuan yang berusia 27 tahun. Akhir Zaman ...

Pengalaman saya sebagai seorang pendidik, memang tak dinafikan wujudnya masalah-masalah yang berlaku antara saya dan pelajar. Lebih-lebih lagi ketika menghadapi pelajar yang bermasalah dari sudut akhlaknya. Tetapi setakat tak pernah lagi seorang pelajar pun mengeluarkan perkataan atau tulisan yang kesat macam "Gila Babi" apatah lagi memukul atau menendang saya.

Daripada isu yang berlaku sekarang, sudah sah, apabila pendidikan Islam tidak diterapkan secara sebaiknya ke dalam seseorang pelajar, dan apabila sistem pendidikan yang asasnya sekular akan menyebabkan seseorang pelajar itu akan bersikap seperti bukan manusia.

Sekarang ini, kebanyakkan ibubapa inginkan anaknya berjaya dalam peperiksaan. Hampir setiap kali menjelang peperiksaan, akan menjemput ustaz, orang kampung, tetamu kehormat dan kaum kerabat semata-mata untuk melakukan solat hajat dan tahlil perdana untuk memastikan anaknya berjaya dalam peperiksaan. Pelajar itu akan berjaya, tetapi berjaya dalam pelajaran sahaja. Yang tidak berjaya adalah tidak berjaya dalam akhlaknya, moralnya, tingkah lakunya dan peribadinya.

Daripada itulah, saya berpendapat bahawa sistem pendidikan yang ada di Malaysia sekarang MESTI ditukar kepada sistem pendidikan Islam yang sempurna. Perkara ini takkan berlaku melainkan kerajaan yang ada sekarang MESTI ditukar kepada kerajaan ISLAM.

Kepada ibubapa yang dihormati sekalian, jika kita inginkan kebahagian, ketenangan, keberkatan dan kesejahteraan berlaku ke atas anak-anak kita di masa akan datang samada di dunia dan akhirat, kita bertanggungjawab sepenuhnya agar memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan ISLAM yang sempurna sejak dari kecil lagi. Jangan di akhirat nanti, kita akan dipersoalkan oleh anak-anak kita disebabkan kita tidak mempedulikan kehidupan mereka di dunia yang akan musnah ini. Anak-anak ini diibaratkan sebagai "Kain Putih". Kita yang akan mencorakkannya. Samada kita inginkan kebaikkan atau keburukan ke atas mereka.

Akhirnya, marilah kita sama-sama memastikan sistem pendidikan yang ada sekarang ini DITUKAR kepada sistem pendidikan ISLAM yang sempurna dengan cara MENUKAR kerajaan sekarang kepada kerajaan ISLAM.

Wassalam.

Abu Mus'ab sekeluarga.
posted by Abu Mus'ab @ 10:51 PTG   21 comments
KASIH SAYANG ALLAH SWT

KASIH SAYANG ALLAH S.W.T


Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.

Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah.

"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan. "Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.
posted by Abu Mus'ab @ 10:34 PTG   0 comments
SEBAGAI RENUNGAN
Isnin, Oktober 13, 2008

Mari Berfikir

Salam kepada semua muslimin, muslimat dan semua pembaca-pembaca yang dirahmati Allah taala selalu.

Alhamdulillah, kita sekarang telah berada di dalam hari yang 13 dalam bulan Syawal, bulan Kemenangan kepada umat Islam yang telah dapat menghabiskan puasa 30 hari di bulan Ramadhan yang lalu.

Apa yang nak difikirkan bersama dalam sejenak pemikiran kita, sambil-sambil menelan lamb steak, atau roti bakar, iaitulah adakah kita layak untuk meraikan kemenangan dalam bulan Syawal ini? Adakah kita telah menghabiskan satu tuntutan khusus dalam bulan ini iaitulah Puasa 6 hari dalam bulan Syawal? Adakah isteri-isteri kita menutup auratnya dengan mengikut pandangan Islam yang diajar oleh Baginda Nabi Muhammad SAW? Adakah JIHAD kita selaku para pendokong Islam semakin mantap atau sebaliknya? Adakah ILMU kita semakin meningkat atau apa?

Jadi, persoalan di atas sama-samalah kita menjawab dengan hati yang terbuka, tidak mengikut orang, atau menjawab dengan jelmakan ia ke dalam bentuk perilaku kita. Ini yang sebaiknya.

Akhirnya, marilah kita sama-sama bermuhasabah, masa masih ada, umur masih ada, nyawa masih ada, harta masih ada, yang ada sekarang pada diri kita masih ada, BUATLAH perubahan. InsyaAllah sama-sama kita berdoa kepada Allah mudahan kita diselamatkan oleh Nya dari segala musibah di dunia dan akhirat dan seterunya dipermudahkan segala urusan dalam mencari keredhaanNya di akhirat nanti.

Fasiiruu 'ala Barakatillah...Wassalam.


Abu Mus'ab
mohdazizulhisham@yahoo.com.my
posted by Abu Mus'ab @ 3:43 PTG   0 comments
TAZKIRAH EIDUL FITRI

Adab Memotong Kuku


Cara memotong kuku di bahagian tangan mengikut Syeikh Baijuri adalah dengan memulakan jari telunjuk tangan kanan, diikuti dengan jari tengah, jari manis, jari kelingking seterusnya ibu jari. Kemudian diikuti dengan jari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri.


Manakala cara memotong kuku di bahagian kaki mengikut Ibnu Rifa'ah adalah dengan memulakan jari kelingking kaki kanan, diikuti dengan jari manis, jari tengah, jari telunjuk, ibu jari kanan, ibu jari kaki kiri, jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan akhirnya jari kelingking.



Doa Ketika Memotong Kuku


Sayyidina Jaafar r.a berkata: " Barangsiapa mengerat kuku atau memotong kuku dan misainya pada setiap hari Jumaat dan berkata ketika mengeratnya:-


بسم الله وبالله وعلى ملة محمد وآل محمد


Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang hamba dan tiada sakit melainkan sakit mati ".



Hari Yang Disunatkan Memotong Kuku


Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: " Barangsiapa yang memotong atau mengerat kuku pada :-


Sabtu : akan mempusakai penyakit akilah (akibat banyak makan)


Ahad : akan hilang keberkatan


Isnin : akan menjadi orang alim yang mempunyai banyak kelebihan


Selasa : akan mempusakai kebinasaan


Rabu : akan mempusakai perangai yang jahat


Khamis : akan mempusakai kekayaan


Jumaat : akan mempusakai banyaknya Ilmu dan menjadi orang yang pemurah, lembut hati ".


Rujukan : Kitab al-Jauharotul Mauhub wa Munabbahatul Quluub – Juzu' Pertama
posted by Abu Mus'ab @ 3:15 PTG   0 comments
UMNO MEMBURU KEHANCURAN
Ahad, Oktober 12, 2008

Umno Memburu Kehancuran

Umno ni dah cukup syarat untuk hancur . Tapi tak hancur hancur lagi . Seperti kehancuran itu belum nampak syarat yang telah lengkap ada pada UMNO dan BN .

Namun kelihatan UMNO dan BN ni tak sabar sabar pula untuk menghancurkan diri . Oleh kerana menunggu kehancuran terlalu lama untuk hadhir , kini UMNO aktif mengatur strategi untuk mencari dan memburu kehancuran tersebut.

UMNO seperti orang yang putus asa dan kecewa dengan hidup . Menunggu sesiapa sahaja datang untuk menamatkan riwayatnya , tapi sering saja tersasar . Akhirnya terpaksa cari jalan untuk membunuh diri . Terjun sungai dari atas jambatan dengan harapan selepas ini akan mati lemas, tapi malangnya air sungai tu hanya di paras betis sahaja .

UMNO panjat pokok lalu terjun ke bawah dengan harapan pecah kepala , tapi malang hanya mengalami kecederaan kecil sahaja iaitu patah tangan dan betis , masih juga bernafas .

Hai , nak hidup susah , nak mati pun susah .

Ada orang cuba selamatkan UMNO lalu mencadangkan UMNO segera menubuhkan Majlis Syura Ulama' UMNO . Sekali dengar macam nak tiru PAS pulak . Kalau cadangan itu bermaksud selepas ini UMNO akan dipandu oleh ulama' , saya sangatlah setuju dengan cadangan itu .

Tetapi ..... apa yang saya musykilnya ialah UMNO mana yang nak dengar cakap ulama' tuh nanti ? sejak bila pula UMNO ni pandai menghormati ulama' ?

Namun untuk saya berlaku adil dalam tanggapan , kalau UMNO benar - benar ingin berubah dan benar - benar ingin menjadikan ulama' sebagai pemandu arah tuju perjuangan bahkan sedia pula menggubal undang - undang tubuh UMNO supaya menepati apa yang bakal diajar oleh ulama' itu kelak , maka saya setuju sangat lah .

Tapi , nak kena tengok jugak lah ulama' fesyen mana yang akan membentuk majlis syura ulama' UMNO tu , kalau ulama' rice cooker , ulama' terompah kayu atau ulama' kuda kepang maknanya makin dekatlah UMNO kepada kehancuran yang diburu olehnya selama ini .

Ertinya UMNO memang tidak boleh diselamatkan lagi . Bukan kerana orang tidak mahu cuba atau tidak boleh selamatkan UMNO , tapi UMNO tu sendiri yang tidak mahu dirinya diselamatkan . Setiap detik UMNO mencari jalan menuju kehancuran.

Tengoklah dalam keadaan kenderaan UMNO ni usang dan sukar untuk dibaiki lagi , mereka dok kira nak tukar driver . Dah berapa orang dah driver yang bertukar ganti . Daripada driver yang rakus dan suka membuli di jalanraya kepada driver yang slow dan lembab memandu dengan 30 km sejam di laluan 110 km sejam , habis jem kereta kat belakang dan semua orang maki hamun dia.

Tok Guru Hj. Hadi dah cadang supaya tukar jer kenderaan tuh , kalau tak mampu nak beli yang baru , hah ! mari naik kenderaan PAS punya. ala tambangnya setakat ni hanya RM 3 sahaja setahun . Tak kan tak mampu bayar.

Tok Guru Nik Abdul Aziz jelas bagi tahu , kalau UMNO sedia laksanakan Islam , maka tak ada sebab lagi PAS ini wujud . Boleh bubar dan sama - sama berjuang Islam .

Tapi UMNO ni boleh tahan jugak degilnya . Hah sekarang mereka plan untuk tukar pulak driver dan khabarnya mula nak bertugas selepas mac tahun depan . Driver ni pun saya tengok sengkek jugak nih . Banyak saman .... erm entahlah ! UMNO .... UMNO
posted by Abu Mus'ab @ 11:13 PTG   0 comments
TAZKIRAH EIDUL FITRI
Rabu, Oktober 08, 2008

Tazkirah Eidul Fitri

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

" Barangsiapa Yang Berpuasa Ramadhan Kemudian Diikuti Dengan 6 Hari Berpuasa Dalam Bulan Syawal, Maka Seolah-oleh Dia Telah Berpuasa Selama Setahun "

Riwayat Muslim
posted by Abu Mus'ab @ 10:59 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::