:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA
Selasa, Disember 30, 2008

RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."
posted by Abu Mus'ab @ 2:50 PG   2 comments
AKIBAT LEMAHNYA IMAN
Jumaat, Disember 26, 2008

Akibat Lemahnya Iman


Rasanya sahabat dan sohabiah telah melihat blog Adibah laknatullah itu. Ini menggambarkan sesuatu yang perlu kita sama-sama muhasabahkan. Sikap acuh tak acuh di kalangan pimpinan negara kita terhadap perkara yang bersangkutan dengan agama Islam, menyebabkan musuh Islam dengan tidak ada rasa takut dan gerun, berani mempersendakan Nabi kita Muhammad Sollallu 'alaihi wasallam. Menghina Nabi SAW. Macam-macam dibuat oleh mereka laknatullah.

Dengan demikian, saya berharap sahabat-sahabat sekalian, ketahuilah, sekiranya anda tidak gunakan Ilmu yang anda miliki untuk memberi kefahaman kepada masyarakat sekarang yang amat dahagakan ilmu agama, maka saya bimbang, takut anda akan tergolong dalam kalangan orang yang rugi lagi merugikan di dunia dan akhirat.

Buatlah pertimbangan yang sewajarnya, dekatilah masyarakat, janganlah kita berada di kalangan sesama kita, usrah di kalangan kita sahaja, sedangkan di cawangan takda, bak kata berada di zon selesa. Masih ada masa untuk diperbetulkan. Fikir-fikirkanlah...



Kuat

Besi itu kuat tetapi api mampu melelehkannya.api itu kuat tetapi air mampu memadamkannya.air itu kuat tetapi matahari mampu mengeringkannya.matahari itu kuat tetapi awan mampu menutupinya.awan itu kuat tetapi angin mampu memindahkannya.angin itu kuat tetapi manusia mampu menahannya.manusia itu kuat tetapi marah dapat menguasainya.marah itu kuat tetapi tidur dapat mengatasinya.tidur itu kuat namun mati ternyata lebih kuat.yang paling kuat adalah kebaikan, walau ia sudah mati..
posted by Abu Mus'ab @ 9:42 PTG   2 comments
HATI MANUSIA MILIK ALLAH TAALA
Khamis, Disember 25, 2008

Hati Manusia Adalah Milik Allah Taala

“ Hati itu berada pada dua celah jari ar-Rahman, Dia membolak-balikkannya mengikut yang Dia kehendaki ”

Siapa dalam kalangan kita yang mampu menyangka orang yang paling lantang berpidato mempertahankan perjuangan Islam akan meninggalkan Islam? -Na’uzubillah- .

Siapa mampu mengagak orang yang paling kuat menentang perjuangan Islam akan bersama Islam suatu hari nanti? Semuanya telah berlaku..

Orang yang berjawatan tinggi dalam saf kepimpinan jemaah Islam di bumi Malaysia pernah meninggalkan saf perjuangan itu. Musuh pula yang selama ini menentang akhirnya bertukar menjadi insan yang paling mencintai perjuangan mulia ini.

Allah Taala mengajar kita dengannya supaya kita menyedari bahawa nikmat berada dalam agama Islam dan berada dalam saf jemaah Islam ini adalah kurniaan serta anugerah dariNya semata-mata. Sekiranya Allah menghendaki, Dia boleh menariknya daripada kita.

Tidakkah sebelum ini kita pernah membincangkan bahawa:-

"Islam bukan mulia kerana kita, tetapi kita mulia kerana kita memilih Islam sebagai jalan hidup"

“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya sekiranya kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan kepada Kamu (nikmat itu). Sekiranya kamu ingkar sesungguhnya azabKu amat pedih”
(Ibrahim: 7)

Label:

posted by Abu Mus'ab @ 6:37 PTG   0 comments
SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S
Selasa, Disember 23, 2008

KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?" Sebaik saja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.

Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. Maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
posted by Abu Mus'ab @ 2:46 PTG   0 comments
APA SUMBANGAN KITA ?
Jumaat, Disember 19, 2008

Apa Sumbangan Kita ?

Sekarang kita semua berada dalam arena Jihad Fi Sabilillah. Pilihanraya Kecil di Parlimen Kuala Terengganu bakal menyaksikan pelbagai polimik dan bakal memberikan kita peluang untuk menambah baik amalan kita terutama dalam bentuk Jihad.

Kewajipan kita sekarang adalah memastikan agar kerusi Parlimen ini berada di bawah kekuasaan PAS. Walaupun pada hakikatnya Kemenangan dan Kekalahan adalah urusan Allah taala. Tetapi kita selaku hambaNya, lebih-lebih lagi selaku pendokong Islam, yang telah ditarbiyah dengan pelbagai modul sistem pentarbiyahan sama macam orang terdahulu, maka sewajibnya kita berjuang habis-habisan.

Jihad banyak seginya. Bagi mereka yang tidak mampu mengorbankan diri dan masanya untuk berada di medan tersebut, maka harta bendanya menjadi tukaran. Tetapi alangkah baiknya jika kita sama-sama berada di sana. Biar musuh gerun dengan sebabnya ramainya penyokong dan pendokong Islam. Gerun dengan sebab dekatnya hubungan kita dengan Allah taala.

Ingatlah, Allah taala di akhirat kelak, tidak bertanya kepada kita Menang atau Kalah? Yang ditanya adalah Apakah Sumbangan Kita terhadap AgamaNya?

Jadi, sama-samalah kita ambil peluang dengan kesempatan yang ada sekarang dengan perbanyakkan doa kepada Allah taala, kerja yang sistematik, patuh dan wala'nya kita kepada arahan kepimpinan kita dan tsabatnya perjuangan kita terhadap perjuangan Islam yang Mulia ini.

Takbir ! Takbir ! Takbir !
posted by Abu Mus'ab @ 10:42 PTG   0 comments
GURINDAM MURSYIDUL AM PAS


Gurindam Mursyidul Am PAS

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengemukakan gurindam untuk bakal pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu sebagai panduan sebelum mengundi.

Gurindam itu antara lain berbunyi:

Nak beri rasuah salah,
tak beri rasuah kalah,
akhirnya jadi serba salah,
kerana itu jom pakat undi PAS.


Sebelum ini beliau pernah mengemukakan gurindam politiknya untuk dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihan raya umum 1990 yang mahsyur sehingga kini.

Gurindam berkenaan antara lain berbunyi:
Beri duit ambil,
beri kain pakai,
beri gula kacau,
bila mengundi pangkah bulan.
posted by Abu Mus'ab @ 9:57 PTG   0 comments
KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD SAW
Isnin, Disember 15, 2008

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S


Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam Syurga dan aku dikeluarkan dari Syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam Syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.



Jika kita meneliti akan kelebihan yang diberikan kepada kita selaku umat Nabi Muhammad SAW, maka jelaslah bahawa kita adalah hamba Allah yang dipilih untuk sama-sama memperjuangkan apa yang Nabi Muhammad SAW perjuangkan semasa dalam hayat Baginda SAW.

Dengan keistimewaan yang diberikankan kepada kita, sama-sama bersyukur dan manfaatkannya. Jangan sekali-kali mensia-siakannya. Buktilah bahawa kita adalah umat yang terbaik. Umat yang terbaik berbanding dengan umat-umat para Nabi Alaihi Solatu Wasalam yang terdahulu.

Sekarang ni, menjelang peperangan yang akan berlaku di Parlimen Kuala Terengganu nanti, jom sama-sama kita korbankan apa yang ada pada diri kita, samada tenaga, masa, harta benda, dan seumpamanya. Demi melihat PAS menguasai Parlimen tersebut. Ini adalah satu kewajipan kita selaku umat Nabi Muhammad SAW. Jika kita lari atau tidak berbuat apa-apa, nak berdoa pun malas, maka jangan salahkan Allah taala jika tiba-tiba kita ditimpa sebarang musibah.

Wassalam...
posted by Abu Mus'ab @ 11:25 PTG   21 comments
ADAKAH KITA MANJA?
Jumaat, Disember 12, 2008

Adakah Kita Manja?


Marilah kita telusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Imam Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun.

Dialah yang disebutkan Hasan Al Banna orang yang sepulang dari tempatnya bekerja sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari waktu ke waktu secara maraton. Ia selalu berpindah-pindah dari satu kota ke kota lain untuk menunaikan amanah dakwah.

Sesudah menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, ia merupakan orang yang pertama kali datang ke tempatnya bekerja. Malah, ia yang membukakan pintu gerbangnya. Pernah ia mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat keadaan tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tamunya tertidur sampai bangun.

Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail bangkit untuk ke kota lainnya. Karena keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali memberikan tambang untuk naik taksi.

Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikannya sambil mengatakan, “Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.” Zainab pun menjawab, “Saya sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah.

Kerana itu, gunalah wang ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirahat sejenak.” Ia pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berhasil menghadapi ujian Allah swt. berupa kenikmatan-kenikmatan itu.

Namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam saja.”


Alangkah sukanya apabila melihat atau menyaksikan perihal demikian yang di atas berlaku ke atas kita semua selaku para pendokong gerakan Islam. Tidak MANJA ! Tidak Mahu Dipujuk ! Tidak Mahu Dirayu ! Tidak Mahu Dipohon ! Tidak Mahu Diminta ! Tidak Mahu Diturut ! Tidak Mahu Dibelai ! Tidak Mahu Dicari !

Mudah-mudahan semua sahabat dapat mengadaptasikan pengertian KORBAN dalam kehidupan seharian kita. Jangan sekadar merayakannya sahaja. Jangan sekadar mengorbankan lembu, kerbau, kambing, unta dan seumpamanya sahaja. Yakinlah ! Allah taala bersama dengan pendokong gerakan Islam.
posted by Abu Mus'ab @ 9:01 PTG   0 comments
BILIK SYURGA
Khamis, Disember 11, 2008

Bilik-bilik di Syurga


Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam Syurga itu terbahagi dalam bilik-bilik. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam.

Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa.

Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
posted by Abu Mus'ab @ 10:53 PTG   1 comments
ALHAMDULILLAH SELAMAT

Alhamdulillah


Syukur kehadrat Allah taala, lebih kurang seminggu saya tak melihat blog dan update blog ni. Bukan taknak, tapi takda masa. Ini kerana sedia maklum bahawa pada 08 Disember berlangsungnya Sambutan Edul Adha di Malaysia ni. Kemudian pada 09 Disember, saya dijadualkan untuk menghantar anak saya iaitu Abdurrahman Mus'ab ke Hospital Besar Kuala Terengganu untuk dibuat pembedahan.

Pembedahan tersebut adalah namanya Hidrocel. Alhamdulillah pada 10 Disember, hampir jam 10 pagi, pembedahan selesai. Ingatkan boleh balik selalu petang hari yang sama. Rupanya tidak. Kena balik keesokan harinya. Semuanya selamat. Dan hari ini, jam 6.50 petang, alhamdulillah semuanya selamat sampai ke rumah di Paka ini. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang bersusah-payah berdoa untuk keselamatan kami sekeluarga.

Wassalam.
posted by Abu Mus'ab @ 9:12 PTG   1 comments
DI MANA ULAMA' MUDA
Sabtu, Disember 06, 2008

Di Mana Ulama' Muda


Alhamdulillah, petang tadi berjayanya satu Program Mega Urusan Ulama' PAS Kawasan Dungun. Saya ditugaskan sebagai Setiausaha program ini. Nadwah Kepimpinan Ulama' PAS Kawasan Dungun. Inilah program yang dinantikan oleh para pendokong PAS yang melibatkan kepimpinan di semua peringkat.

Nadwah ini membincangkan tentang hala tuju para ulama' dan pendokong PAS selepas berlalunya Mu'tamar Tahunan PAS Pusat dan Mu'tamar Ulama' PAS Pusat yang diadakan di Perak baru-baru ini.

Program ini dibentangkan oleh al-fadhil Ustaz Nik Muhamad Zawawi bin Salleh. Beliau merupakan AJK Dewan Ulama' PAS Pusat. Apa yang difokuskan di sini adalah dalam pembentangan beliau ada menyebut tentang DI MANA ULAMA' MUDA? ULAMA PELAPIS? Dengar kata, ramai yang telah pulang dari belajar timur tengah, khusus Mesir. Tapi hakikatnya, beliau menyebut : TIDAK ADA !

Tidak ada graduate from Azhar yang balik sanggup berjuang untuk PAS. Kalau adapun hanya sebilangan kecil. Amat sedikit jika hendak dibandingkan yang sepatutnya boleh bekorban untuk PAS.

Jadi, kesempatan ini, ana merayu kepada sahabat-sahabat, kerja-kerja jugak, tapi jangalah kerana kerjaya, keluarga, dan anak-anak, menjadi batu penghalang untuk sama-sama memperjuangkan PAS di mata masyarakat.

Ana sebut di sini bahawa : "al-Waziifatul Laisat Hadafat, wa laakin al-Waziifatul hiya al-Wasiilah" ... Tak perlu ana uraikan maknanya. Kalu tak faham, tanyalah... Ana sebut hanya sekadar nak menyatakan yang ana tak nak sahabat-sahabat menyesal di kemudian hari. Kerana MATI tak tau bila masanya.

InsyaAllah Allah taala bersama dengan hambaNya yang ISTIQAMAH dan yang berjuang untuk agamaNya.
posted by Abu Mus'ab @ 12:56 PG   0 comments
PETUA IMAM AS-SYAFI'E
Jumaat, Disember 05, 2008
Petua Imam as-Syafei'e

4 PERKARA UNTUK SIHAT


4 Perkara Menguatkan Badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

4 Perkara Melemahkan Badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

4 Perkara Menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

4 Perkara Merosakkan Mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

4 Perkara Menajamkan Fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
posted by Abu Mus'ab @ 10:13 PTG   0 comments
SAJAK KEMATIAN
Khamis, Disember 04, 2008

Sajak Kematian Untuk Semua Yang Masih Hidup


Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!


Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan
Dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit


Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku


Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal

Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke Genting Highland? Geleng kepala
Melancong ke Eropah? Geleng kepala
Ke Mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..Panjangkan umurku..
Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun?
Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang

Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku
Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah

Keluhan dan rintihan..
Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!

Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!
Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!! !
Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!! !!!!
Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!

Ucaplah!Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!Apa ini?!
Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku
Hai!!!
Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!

Rohku berselerak ke seluruh tubuhkulalu..
Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan!
Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya
Siapa engkau?
Akulah amalanmu yang kejiiii…

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur

Menunggu..

Menunggu doa anak yang soleh
Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?
Manaaaa?!

Manaaaaaaaaaaaa? !
Maaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !
posted by Abu Mus'ab @ 1:42 PG   0 comments
10 MAYAT YANG TIDAK BUSUK DAN REPUT
Rabu, Disember 03, 2008

Sepuluh Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk Dan Tidak Reput Di Hari Qiamat Kelak


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat? 'Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.

'Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal di waktu mati :-

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.

'Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.

'Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237
posted by Abu Mus'ab @ 9:02 PTG   0 comments
HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA
Selasa, Disember 02, 2008

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA


Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.

"Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.

"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.

"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi.

Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.

"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.

"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.

"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."

"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?" "Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbezaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan. "Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya.

Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya.

Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.
posted by Abu Mus'ab @ 10:54 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::