:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

MENUTUP AURAT BUKAN SUNAT HUKUMNYA
Rabu, September 16, 2009


Menutup Aurat Bukan Sunat Hukumnya


Firman Allah SWT yang bermaksud;

”Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. ( Al A’raf : 27 )

Menutup aurat adalah fitrah ( sifat semulajadi ) manusia. Mendedahkan aurat merupakan usaha yang dijalankan oleh syaitan, bukan sahaja di dunia malah berlaku dari dalam syurga.

Di zaman moden ini syaitan memperdaya anak adam dengan mengatakan pakaian merupakan perkara / sifat lahiriah yang tidak ada hubungkait dengan hati dan jiwa manusia. Sedangkan sedia difahami bahawa rupa lahiriah sesuatu benda itu terjemahan kepada isi kandungannya. Begitulah juga penampilan manusia berkait rapat terhadap sikap dan mempengaruhi jiwa dan rohnya. Firman Allah SWT yang bermaksud;

“ Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( al Ahzab: 59 )

Dan firmanNya lagi yang bermaksud;

“…dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu… ( Al Azhab : 33 )

Mendedahkan aurat adalah budaya Jahiliyah. Ibn Kathir menyatakan : “ Wanita di zaman Jahiliyah, apabila mereka lalu dalam kalangan lelaki membuka dan mendedahkan dada tanpa dilindungi. Mungkin mahu memperlihatkan tengkok mereka dan alunan rambut-rambut dan juga subang telinga, lalu Allah SWT memerintahkan wanita yang beriman menutup susut tubuh mereka.”

Allah SWT menganggap perbuatan sebegitu sebagai jahiliyah. Hendaklah kita faham bahawa jahiliyah bukanlah ukuran masa. Jahiliyah ialah nilai budaya dan persepsi yang bercanggah dengan ketetapan Allah SWT.

Mohamad Ali As-Shobuni menegaskan hukum Hijab ( tutup aurat ) sama seperti hukum sembahyang iaitu Wajib / Fardhu. Sekiranya wanita tidak mahu menutup aurat dengan sikap mengingkari sebagai hukum Allah SWT, hukumnya adalah Kufur dan Murtad. Sebaliknya tidak mahu menutup aurat kerana terikut trend masyarakat yang musnah, tetapi masih percaya ianya wajib maka wanita tersebut adalah melakukan maksiat / derhaka kepada Allah SWT dan menyanggahi ajaran al Quran.

Oleh itu pakaian menutup aurat adalah kewajipan dan tanggungjawab semua pihak. Wanita bertanggungjawab terhadap dirinya, suami bertanggungjawab terhadap isterinya dan ibubapa bertanggungjawab terhadap anak gadisnya. Semuanya bertanggungjawab melindungi mereka supaya tidak terjebak dengan ribut beracun yang melanda masyarakat sekarang ini.

Ingatlah kita adalah manusia dan tidak mahu bertukar menjadi haiwan. Kita memiliki Islam dan tidak rela bertukar iman. Kita pengikut nabi, bukan pengikut syaitan. Kita juga sedar ini adalah suatu peringatan yang berat dan sakit, tetapi itulah hakikat Iman dan Islam. Apalah guna jika seseorang itu berpuasa dalam keadaan dia mendedahkan auratnya, memperlihatkan auratnya dan menzahirkan perhiasan dirinya...
posted by Abu Mus'ab @ 5:17 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::