:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

KELIRU LAGI : TA'SUB
Khamis, Januari 29, 2009

Keliru Lagi

Ta'sub


Sering saya mendengar dari orang UMNO, mengatakan bahawa orang PAS terlalu Ta'sub. Sehinggakan fenomena ini termakan sama oleh kebanyakkan pelajar agama. Hinggalah perjuangan mereka terbantuk disebabkan fahaman ini.

Baik, saya nak jelaskan kepada semua pembaca sekalian, samada PAS, UMNO, JIM, PKR, TABLIGH, jua muslimin dan muslimat sekalian.

Telah berkata Imam as-Syafe'i r.a dalam satu karangannya yang ringkas, berkait dengan satu tuduhan terhadap beliau yang berbunyi: "Mereka berkata: "Engkau ta'sub". Imam as-Syafe'i berkata dengan tegas: "Tidak. Tidak ada ta'sub dalam beragama (Islam) dan beraqidah. Tanpa ragu-ragu aku telah setia kepada sebaik-baik imam dan sebaik-baik petunjuk. Apabila cintaku pada wali dikategorikan sebagai ta'sub, maka sebenarnya sesungguhnya sikap ta'sub itu pada hakikatnya ku tunjukkan hanya kepada hamba (orang yang berbuat kemungkaran)".

Baik, jelas di sini. Sikap fanatik atau ta'sub hanya berada di kalangan mereka yang menyokong dan mendokong kejahatan, kezaliman, kehancuran dan kerosakan. Tiada istilah ta'sub atau fanatik kepada sesiapa yang hendakkan Islam, menyokong kepimpinan Islam dan Jemaah Islam. Bahkan WAJIB kita orang Islam menyokong dan mendokong Jemaah Islam dan kepimpinannya.

Hati yang bersih ibarat nur yang memancar dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, malaikat di kiri dan kanan serta matlamat Islam di sekelilingnya...Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalam beragama- SAIDINA ALI
posted by Abu Mus'ab @ 11:18 PG   4 comments
RAMAI YANG KELIRU
Rabu, Januari 28, 2009


Ramai Yang Keliru


Sahabat-sahabat sekalian. Ramai lagi di kalangan kita yang masih keliru dengan permasalahan-permasalahan yang sengaja dilontarkan oleh orang jahil, khusus UMNO sehinggakan kita sendiri termakan dengan pandangan mereka dengan fikiran " Betul Juga", "Yer Jugok", "Betul Jugok Apa UMNO Kata".

Hah, saya nak perbetulkan keadaan ini selaku kita semua adalah orang yang tahu agama, ngaji agama dan selaku pendokong Islam.

Kadang-kadang UMNO kata kita orang PAS suka "mengumpat", kan dosa besar kan? Memang hukum asal mengumpat adalah dosa besar. Tetapi, adakalanya mengumpat dibolehkan dan dibenarkan dalam Islam. Iaitu ketika seseorang itu dizalimi, dianiyai, diperlakukan dengan sejahatnya oleh musuh, maka pada ketika itu, Islam membenarkan kita mengumpat dan mengaibkan dia yang jahat lagi zalim itu. Ini untuk mengelakkan orang lain terikut-ikut dengan perangai dia.

Kemudian, pergi kepada persoalan "Maksiat". Kadang-kadang orang Melayu Islam menganggap maksiat adalah berdua-duaan lelaki dan perempuan, berpegangan tangan, melihat benda lucah, zina dan seumpamanya. Hakikatnya adalah, maksiat berasal daripada kata dasar "Aso" bermakna derhaka. Jadi di sini, maksiat bermaksud segala perkara, pekerjaan dan amalan yang mengakibatkan Allah taala marah. Dengan kata lain, perkara, amalan dan pekerjaan yang menunjukkan derhakanya seseorang itu kepada Allah taala, Itulah "maksiat" namanya.

And then, "Ibadat". Ramai di kalangan orang Melayu Islam berpandangan ibadat di sini adalah sekadar Solat 5 waktu, Berpuasa di bulan Ramadhan, Tunaikan Zakat dan Kerjakan Haji. Pandangan inilah yang menyebabkan kehidupan orang Melayu Islam tidak sempurna. Sedangkan "Ibadat" sebenarnya bermaksud segala perkara, amalan dan pekerjaan yang mendatangkan pahala. Yang membuahkan pahala, keberkatan dan kerahmatan jua keampunan.

Akhirnya, banyak lagi, akan menyusul di lain masa. Pesanan kepada semua sahabat sekalian, janganlah kita termasuk di kalangan mereka yang telah disempitkan pemikiran disebabkan oleh aliran pemikiran Yahudi, dan sekutunya yang semata-mata hendak melihat orang Melayu Islam lemah selemahnya dan sesat-sesesatnya. Berubahlah..Berfikirlah...

posted by Abu Mus'ab @ 12:04 PG   5 comments
PAHALA MEMBANTU JIRAN DAN ANAK YATIM
Selasa, Januari 27, 2009

PAHALA MEMBANTU JIRAN DAN ANAK YATIM


Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"

Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, "Muwaffaq."

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi tiba-tiba aku mendapat wang 300 dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang 300 dirham dan kuserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahwa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila ku amalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?" Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada jiranmu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."
posted by Abu Mus'ab @ 1:12 PTG   3 comments
KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH
Rabu, Januari 21, 2009

Kisah Pemalas Dengan Abu Hanifah


Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ihsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."

Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.
posted by Abu Mus'ab @ 3:01 PTG   4 comments
SUASANA PRK UPU CHENDERING
Ahad, Januari 18, 2009








posted by Abu Mus'ab @ 3:28 PTG   4 comments
JAMBATAN KECIL UNTUK HANTU DI CHENDERING



Alhamdulillah PAS Menang

Setelah hampir sebulan, jentera PAS Kawasan Dungun berkampung di Dun Batu Buruk. Saya bekerja atas stand Urusan Ulama Kawasan Dungun, Pemuda PAS Dun Paka dan PAS Cawangan Cacar Baru. Alhamdulillah, saya kuatkan semangat juang dan realisasikan segala bentuk bantuan kesan daripada tarbiyyah yang saya telah perolehi samada di Malaysia ataupun di mana-mana sahaja.

Tidaklah saya duduk diam, bimbang azab menimpa. Kerana telah wujud pelbagai ancaman dan balasan bagi mereka yang meninggalkan dan mencipta pelbagai alasan untuk tidak mahu memberi sumbangan kepada PRK Parlimen Kuala Terengganu ini. Bukan hendak mendabik dada, tapi inilah kewajipan kita semua selaku mereka yang telah banyak memperolehi pelbagai bentuk tarbiyyah.

Cerita yang berlaku di Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Menengah Chendering, memang saya ditugaskan di sini. Pelbagai kerenah dialami sepanjang jam 08 pagi hingga 05 petang. Mendabik dada berdepan dengan musuh utama, UMNO laknatullah.

Kebetulan di situ, wakil PAS takda. Secara tak langsung, aku mengepalai keadaan di situ. Alhamdulillah berkat doa-doa dan amalan Rasulullah SAW ketika berdepan dengan tentera Ahzab di Peperangan Badar, saya bacakan doa-doa tersebut, sehingga jelas kelihatan UMNO kat situ dalam tekanan dan ketandusan petugas. Ditambah para petugas UMNO cukup takut dan gerun dengan suasana yang berlaku pada masa itu. Sehingga meminta bantuan daripada FRU dan Polis.

Di situ, ada satu jambatan kecil " Titi" telah dibina oleh UMNO pada malam pembuangan undi berdekatan Bansal Panas mereka. Tujuannya adalah tak lain tak bukan, ingin memudahkan "Hantu-hantu" memasuki ke pos mereka. Alhamdulillah, saya kuatkan semangat berdepan dengan Jentera UMNO dengan meminta beberapa orang petugas PAS agar menjadi "guard" di jambatan tersebut. Tidak kira, PAS atau UMNO atau PKR atau sape-sape, tidak dibenarkan keluar masuk jambatan tersebut. Demi KEADILAN dan menyelamatkan PAS daripada ditipu oleh UMNO laknatullah.

Keadaan demikian berlarutan sehinggalah adanya pelbagai usaha oleh puak-puak UMNO dan semua pihak ingin melalui jambatan itu. Akhirnya UMNO terpaksa akur dengan tindakan saya itu. Lagipun perkara ini telah diwartakan Tidak Dibenarkan melaluinya oleh SPR dan Ketua Polis sendiri. Sepatutnya polis yang jaga, bukan PAS. Ini tandanya Polis adalah senjata UMNO.

Akhirnya, masa pembuangan undi semakin tamat. Saya diminta oleh pimpinan PAS negeri agar bergerak ke tepi Bangsal Panas mereka. Apa nak jadi, jadilah kali ini. Pelbagai cacian dan maki hamun didengari oleh UMNO laknatullah ini.

Kami tabahkan keadaan sehinggalah jam 5 petang, saya akhiri dengan TAKBIR ! TAKBIR ! TAKBIR !. InsyaAllah mendapat mendapat KEMENANGAN.
posted by Abu Mus'ab @ 3:08 PTG   2 comments
KEPADA PENGUNDI PRK KTRG
Khamis, Januari 15, 2009

PENGUNDI-PENGUNDI PRK KUALA TERENGGANU !!


Sikap pemimpin-pemimpin UMNO adalah amat buruk, ada yang kate natang ke Sultan, ada yang kaki perempuan, ada yang bersikap macam Abu Jahal, ada yang buat alim, ada yang kaki arak, ada yang kaki rasuah, ada yang kaki penipu dan macam-macam jenis lagi.

Mahukah lagi anda menyokong mereka? Sokong anda akan membawa rebah.

Jika Allah mentakdirkan 15 orang lagi ADUN atau MP meninggal dunia, negara kita akan bangkrap dibuat oleh UMNO. Apa tidaknya, tiap-tiap kali pilihan raya kecil duit yang ditaburkan ratusan juta ringgit !!!

Hal ini mesti dihentikan.

UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!!

ALLAHU AKBAR!!!
posted by Abu Mus'ab @ 7:13 PTG   2 comments
WAJIB MENYOKONG PAS

Wajib Menyokong Pemimpin Islam

من ولى من أمر المسلمين شيئا فأمر عليهم أحدا محاباة فعليه لعنة الله لا يقبل الله منه صدقا ولا عدلا

Sesiapa yang dipertanggungjawabkan mengurus orang Islam, lalu dia melantik seseorang itu kerana kasihnya (kebendaan dan keduniaan), maka Allah taala melaknat ke atasnya, seterusnya Allah taala tidak menerima kebenarannya dan amalan kebaikannya.

من استعمل رجلا من عصابة ومنهم من أرضى لله منه فقد خان الله وخان رسوله والمؤمنين

Barangsiapa yang melantik seseorang lelaki kerana disebabkan taksub (kebendaan dan keduniaan), sedangkan ketika itu, masih ada lagi seseorang yang lebih Allah taala redhai, maka dia telah mengkhianati Allah taala, Rasulullah SAW dan orang yang beriman.

ومن مات وهو مفارق للجماعة فإنه يموت ميتة جاهلية

Dan sesiapa yang mati dalam keadaan dia tidak bersama dengan Jemaah Islam, maka dia mati dalam keadaan mati orang Jahiliyyah.


Maka, jelaslah berdasarkan nas-nas di atas. Menunjukkan kepada kita semua orang Melayu yang Islam, melantik, menyokong, mendokong dan seterusnya memangkah kepimpinan Islam. Dalam ketika ini, bukan atas sebab fahaman parti, tetapi kerana berdasarkan sumber-sumber Islam, maka kita orang Melayu Islam WAJIB memangkah Parti Islam Semalaysia (PAS).

Ini bukan main-main, bukan cubaan, tapi inilah reality kehidupan kita selaku seorang Melayu Islam.
posted by Abu Mus'ab @ 6:24 PTG   2 comments
WAJIB SOKONG PAS
Rabu, Januari 14, 2009

Wajib Bersama Jemaah Islam


Telah menyebut Huzaifah al-Yamani dalam satu hadis soheh daripada Imam al-Bukhari, beliau menyebut bahawa : " Adalah semua sahabat ketika itu bertanyakan kepada Rasulullah SAW tentang Kebaikan. Sedangkan aku sendiri bertanyakan kepada Rasulullah SAW tentang Keburukan kerana takut keburukan tersebut terkena kepada diriku. Maka aku berkata kepada Rasulullah SAW : Sesungguhnya kami ini berada di dalam Jahiliyyah dan kejahatan, maka kemudian datanglah engkau membawa kebaikan (Islam). Adakah selepas ini akan datangnya keburukan? Nabi SAW menjawab: Ya. Dan aku bertanya lagi: Adakah selepas keburukan ini akan datangnya kebaikan? Nabi SAW menjawab: Ya, tapi padanya ada cacat-cela. Aku bertanya: Apakah cacat-cela itu? Nabi SAW menjawab: Satu kaum yang mendapat petunjuk bukan daripada petunjukku, dan mengamalkan ajaran bukan daripada ajaranku, yang mana kamu mengenali mereka dan mengingkari mereka. Aku bertanya lagi: Maka adakah selepas kebaikan ini adanya keburukan? Nabi SAW menjawab: Ya, Wujudnya pendakwah-pendakwah yang mengajak manusia ke pintu Neraka, Sesiapa yang ikut mereka, maka mereka akan masuk ke Neraka juga. Aku pun bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah SAW, sifatkanlah kepada kami siapa mereka itu? Nabi SAW menjawab: Mereka adalah daripada kulit (bangsa) kita dan percakapan mereka sama dengan kita. Aku bertanya lagi: Jadi, apa yang patut aku lakukan untuk menjauhkan diriku daripada mereka? Nabi SAW menjawab: Bersamalah kamu dengan Jemaah Islam dan Kepimpinan Islam. Aku bertanya lagi: Maka apa yang patut aku lakukan sekiranya Jemaah dan Kepimpinan Islam tiada? Nabi SAW menjawab: Jauhkan dirimu daripada kaum yang sesat itu sekalipun kamu terpaksa memakan akar kayu atau kamu mati di dalam Islam (Syahid)".


Muslimin / muslimat sekalian, jelas dalam hadis di atas menyebut bahawa kita orang Islam diarahkan oleh Nabi SAW agar bersama, menyokong, mendokong, memangkah Jemaah Islam dan Kepimpinan Islam. Maka dalam konteks kita berada di Malaysia, sudah tentunya Parti Islam Semalaysia (PAS) yang WAJIB kita sokong, bersama, dokong dan memangkah.
posted by Abu Mus'ab @ 10:30 PG   3 comments
SENSITIVE KE KITE NI
Selasa, Januari 13, 2009

SENSETIVE KE KITE NI

Salam Sahabat seperjuangan semua. Semoga sahabat sekalian diberkati, dirahmati dan diampuni dosa-dosa yang lalu, insyaAllah.

Dikesempatan yang terbatas ini, ni baru sahaja pulang dari Offshoare. Kebiasaannya, sebelum naik offshoare, saya akan updatekan dulu artikel baru dalam blog saya ni. Tetapi memandangkan masa yang terlalu sempit, tak dapat nak postkan yang baru. Walaubagaimanapun, dengan masa ni, saya cuba kuatkan azam postkan yang baru, bagi melihat blog saya tidaklah begitu usang ditelan artikel yang lama.

Baiklah, sekarang ini adalah musim Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu. Di samping itu, berlakunya keganasan yang amat zalim oleh rejim Zionis Israil laknatullah dan jua Amerika laknatullah yang menyerang habis-habisan sahabat-sahabat Islam di Palestin.
Daripada 2 kejadian ini, saya berharap kita sama-sama berdoa pada Allah taala, agar memberi kemenangan kepada Parti Islam PAS dalam pilihanraya kecil ini. Dan seterusnya Allah taala memberi pertolongan kepada orang Islam dan pejuang-pejuang Islam di Palestin, khususnya Hamas bagi melenyapkan tentera rejim zionis Israil dari muka bumi Allah taala ini.

Di samping kita berdoa untuk keselamatan dan kemenangan Islam di Palestin dan di Kuala Terengganu, perkara yang perlu kita lakukan adalah WAJIB kita memBOIKOT barangan mereka. Antaranya KFC, PIZZA HUT, MACDONALD, NESTLE, COLGATE, PANTENE, HUGGIES, DRYPERS, KOTEX, MAGGIE, NESCAGE, MILO, JOHNSON & JOHNSON, NOKIA, LADY CHOICE, ORAL-B, AMBI PURE, DOVE, PALMOLIVE, DETTOL, HEAD & SHOULDER, MOTOROLA, GARNIER, KLEENEX, DOWNY, KIT-KAT, ESSO, MOBIL, SHELL, A&W, ENERGIZER, POWER, NIKE, SUNQUICK, PEPSI, COCA-COLA, HACKS, HALL, WALLS dan banyak lagi.


Rasanya jika kita semua memboikot produk di atas, cukuplah untuk melumpuhkan ekonomi Israil laknatullah. Hukumnya WAJIB boikot produk di atas. Dan produk-produk di atas adalah tergolong di dalam perkara yang SHUBHAH.

Akhirnya, sama-samalah kita bermuhasabah. Lihat kesan yang berlaku ke atas sahabat-sahabat kita di Palestin. Kemungkinan mereka yang telah mati dibunuh, dibom, di kerat kepala dan ditembak adalah hasil dari duit poket kita sendiri. Astaghfirullah al- 'Azim...
posted by Abu Mus'ab @ 12:03 PTG   2 comments
KISAH PENDITA YANG INSAF
Rabu, Januari 07, 2009

KISAH PENDITA YANG INSAF


Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)."

Bila dia melihat aku dia pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"

Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu."

Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahwa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu."

Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru engkau ini."

Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali.

"Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu."

Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku."

Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."

"Maka sucitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah." Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persaudaraanku denganmu."

Sebaik saja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah."

Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?"

Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana aku bersangka baik (zonku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat."

Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan mengalami ajaran-ajarannya."
posted by Abu Mus'ab @ 1:04 PTG   3 comments
PRK P.036 KUALA TERENGGANU

Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu


posted by Abu Mus'ab @ 12:57 PTG   2 comments
TAZKIRAH


Tazkirah



Sayidina Umar berpesan:

– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.

– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak
posted by Abu Mus'ab @ 12:41 PTG   2 comments
TANDA BENCI KEPADA ISRAIL
Ahad, Januari 04, 2009

URGENT ! PERHATIAN ! TINDAKAN SEGERA


" Boikot barangan Amerika bererti membunuh ekonomi Israil laknatullah, maka laksanakanlah."

" 1 Riyal (1 RM) untuk produk Amerika dan Israil samalah dengan satu peluru di tubuh saudaramu di Palestin." Kata Syeikh Yusof Qardawi dalam fatwanya.

posted by Abu Mus'ab @ 3:32 PTG   3 comments
AMANAT PRESIDEN SEMPENA PRK

Amanat Sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"

Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Mereka yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedera. Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dengan mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.

Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke ceramah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.

Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Di mana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.

Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini, mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

Ia bukan kemenangan percuma tapi bersyarat

Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu."

Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.

Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, di masa malas.

Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di Madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."

Ucapan ini bukan hanya catitan sejarah semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Pertama : Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua : Sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.

Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat di mana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.

Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.

Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.

Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain.
posted by Abu Mus'ab @ 3:15 PTG   3 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::