:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

GUITAR HERO III
Khamis, Februari 26, 2009

GUITAR HERO III : MENGHINA KALIMAH ALLAH?


Aku tidak pasti dengan perkara ini kerana aku tidak pernah bermain games Guitar Hero. Tetapi kepada mereka yang memiliki games Guitar Hero III: Legends of Rock cuba perhatikan betul-betul pada games tersebut, dan sekiranya benar ia menghina kalimah Allah, aku cadangkan bakar sahaja games itu.

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.

Yang paling merisaukan sekarang ini, game ini merupakan yang paling top & terlaris di dunia, khusus di tempat kita. Bagi mereka yang meminati game, pasti akan membeli game ini.



Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak oleh makhluk yang berupa "syaitan" bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara (Kristian) untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer terutamanya kepada kanak-kanak sekarang.
posted by Abu Mus'ab @ 5:23 PTG   1 comments
RELA DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA

Rela Dimasukkan ke Dalam Neraka


Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun.

Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Kemudian Nabi Musa AS menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?

Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam".

Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan.

Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku, jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya".

Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi".


Alangkah hebat umat-umat terdahulu kerana dapat beribadat kepada Allah beratus-ratus tahun lamanya. Mana mungkin kita umat akhir zaman dapat melakukannya. Cuma kita umat perlu tahu bahawa kita adalah umat Nabi Muhammad SAW, umat yang Allah taala beri keistimewaan. Marilah kita sama-sama manfaatkan keistimewaan kita ini. Jangan kita biarkan diri kita melakukan amalan-amalan yang merugikan diri sendiri. Ingat akan kewajipan kita semua kepada Islam.
posted by Abu Mus'ab @ 10:02 PG   3 comments
GELANG MAGNETIK
Selasa, Februari 24, 2009

LELAKI HARAM MEMAKAI GELANG



Kerap-kali, bila saya membuka ruangan persoalan kepada staf-staf Petronas atau Kontraktor di Offshoare, pasti ada bertanya tentang apa hukumnya lelaki yang memakai Gelang Magnetik. Saya pun menjawab HARAM hukumnya.

Sekarang ini, bukan setakat gelang berubat, Rantai Berubat dah ada di dalam pasaran. Yang pakai tu, orang yang ada pengaruh jugak. Sehinggakan para pemuda memakainya tanpa segan silu dengan beralasan "Orang itu Pun Pakai Jugak". Nak penjelasan, bacalah penjelasan yang dijelaskan oleh Ulama kita.


Antara perkara yang telah dilupakan orang Islam hari ini bagi memperkasakan jati diri mereka adalah belajar dan mendalami ilmu-ilmu Fardhu 'Ain dan mengetahui perancangan musuh Islam yang setiap masa mencari jalan bagi menghancurkan pegangan dan hubungan mereka kepada Allah taala.

Permusuhan mereka telah disebut oleh Allah taala dalam al-Quran, antaranya menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu (sebagai orang Islam) sehinggalah kamu mengikut agama mereka".

Menerusi ayat 82 dalam surah al-Maidah pula, Allah taala telah menegaskan dengan firmanNya yang bermaksud: "Kamu akan dapati bahawa orang paling dahsyat menimpakan permusuhan ke atas orang-orang Islam adalah di kalangan Yahudi dan yang sekutu dengan mereka".

Justeru itu, kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu-ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan dan cara hidup orang Kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh, mereka mencipta alat bagi mengurangkan tekanan darah dan sebagainya dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara atau kaedah lain yang boleh dilakukan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh Islam agar orang Islam tersebut dilaknat oleh Allah taala. Apabila dilaknat sudah tentu mereka tidak akan mendapat rahmat dan berkat dan akhirnya tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan perubatan telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadisnya daripada Imran bin Hussain r.a, bahawa Rasulullah saw telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, lalu Baginda saw bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini?" (Iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), lelaki itu berkata: "Ia adalah gelangan perubatan". Tegas baginda Rasulullah saw berkata: "Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri kamu, jika sekiranya kamu mati sedangkan benda itu ada pada diri kamu, nescaya kamu tidak akan selamat buat selama-lamanya". Hadis Sohih yang ke-19 885, riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya.

Pemakaian gelang pada hari ini, bukan sahaja melibatkan golongan remaja, tetapi pegawai-pegawai masjid dan surau, tukang mandi jenazah yang bergelar ustaz dan sebagainya, sesungguhnya mereka telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan mereka dari sudut pegangan aqidah.

Pakai gelang tangan menjadi satu trend dan budaya baru. Di Malaysia ia bermula pada zaman dahulu kala di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah kepada kaum keluarga terdekat dan para sahabat oleh orang yang baru pulang dari Makkah.

Sekarang ini pula, ia dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di tanah suci kerana faktor untuk dikenali sekiranya berlaku apa-apa kemalangan di sana atau sebarang kes kehilangan, maka dengan adanya gelang tersebut mudahlah untuk dikenal. Ohh… ini jemaah haji Malaysia, sebab ada gelang.

Yang peliknya pak-pak haji yang lelaki ini balik ke Malaysia tak mahu cabut dan buang gelang itu. Dipakainya ke mana-mana termasuk ke surau dan masjid. Kalau orang tua berkelakuan sedemikian, maka dengan tiada perasaan bersalah, golongan muda akan turut memakainya.

Jenis-jenis gelang yang haram dipakai bagi lelaki:

1- Gelang kayu koka
2- Gelang kristal
3- Gelang tasbih
4- Gelang getah plastic
5- Gelang besi magnetic
6- Gelang besi Tabung Haji (apabila telah balik haji) dan segala jenis gelang yang apabila dilihat orang, orang akan kata ia adalah gelang. Sehinggakan budak kecil juga mengatakan ia adalah gelang.

Jenis-jenis gelang yang diharuskan:

1- Gelang pesakit semasa berada di hospital. Ia ditanda dengan nama pesakit dan wad apa.
2- Gelang penjenayah/ pesalah. Ianya dipakai oleh pihak polis apabila tangkapan dibuat.
3- Gelang kaki bagi pesakit gila

Sekiranya ada yang hendak memakai gelang ini juga, maka dia hendaklah berusaha jadikan dirinya salah seorang daripada 3 golongan di atas !
posted by Abu Mus'ab @ 10:59 PTG   1 comments
MANGKUK, MADU DAN RAMBUT

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut


Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan 'Ali r.a., berada di rumah Sayyidina Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayyidatina Fatimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut berada di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta semua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Sayyidina Abu Bakar r.a. berkata: "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina Umar r.a. berkata: "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina Usman r.a. berkata: "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina 'Ali r.a. berkata: "Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina Fatimah r.ha.berkata: "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata: "Seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata: "Menegakkan ciri-ciri agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Begitulah ucapan-ucapan yang diutarakan oleh Allah taala, Malaikat Jibril alaihissalam, Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat r.anhum yang menggambarkan bahawa matlamat hidup seseorang ciptaan Allah taala, khususnya manusia adalah semata-mata penghujungnya untuk menegakkan Agama Islam di atas bumi ini.

Amat malang bagi seorang manusia yang berlatar belakangkan agama meminggirkan matlamat ini, seolah-olah tidak memahami matlamat ilmu yang dipelajarinya. Mudah-mudahan kita semua bermuhasabah selagi umur masih ada ni, khusus ana sendiri...
posted by Abu Mus'ab @ 10:26 PTG   1 comments
ANTARA DURHAKA DAN TAAT
Sabtu, Februari 21, 2009

Antara Durhaka dan Taat


Merujuk kepada kenyataan Mufti Wilayah, Dato' Wan Zahidi Wan Teh itu dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama baru-baru ini berkata, perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Terkejut juga saya. Malu saya, setara Mufti boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian semata-mata kerana hendak menjaga "Periuk Nasi". Betul apa yang Nabi Muhammad SAW pernah katakan yang bermaksud: "Dua golongan yang akan masuk Neraka, Pemimpin-pemimpin yang zalim dan Ulama-ulama Dunia".


Durhaka lawannya adalah Taat. Dalam Islam, ketaatan adalah merupakan antara ciri-ciri keimanan yang sebenar kepada Allah taala. Ketaatan yang wajib adalah kepada Allah (wajibnya secara mutlak), kepada Rasulullah SAW (secara mutlak) dan kepada pemimpin umat Islam (dengan syarat tidak menderhakai Allah taala).

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Dengar dan taat adalah Wajib kepada setiap muslim dalam perkara yang disukai atau dibenci selagi dia tidak diarahkan untuk melakukan maksiat. Jika diarahkan membuat maksiat, maka ketika itu tidak wajib dengar dan taat lagi (kepada yang menyuruhnya berbuat demikian)".

Kesilapan memberikan ketaatan dan al-wala' kepada selain dari yang layak mengikut syariat Allah akan mendapat janji buruk dari Allah taala. Dan apabila seseorang itu menyeleweng ataupun berniat untuk menjatuhkan Islam, ketika itu ketaatan akan menjadi perkara yang dilarang sama sekali.


Jadi, adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan rakyat yang menyokong kerajaan tersebut DURHAKA dalam konteks Islam yang sebenarnya?
posted by Abu Mus'ab @ 11:24 PTG   2 comments
JAGA MARUAH DIRI ANDA

Jaga Maruah Diri Anda


Bagi manusia yang berakal, semestinya melihat fenomena yang berlaku sekarang macam pening-pening lalat. Apa tidaknya, media yang ada sekarang ini memang nampak melampau. Ialah kan, mereka ni penakut dengan UMNO.

UMNO pula, kerana terlampau takut kepada Pakatan Rakyat, sekarang ni UMNO sanggup mengheret istana ke kancah politik demi kepentingan politik mereka. Memang UMNO ni PENAKUT. Kalau betul UMNO ni betul, benar, adil, bagus, baik, mesra rakyat, kenapa mesti melibatkan Istana dalam berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Tak MALU sungguh.

Kepada mereka yang menyokong UMNO, khususnya mereka di kalangan pelajar agama atau lepasan pelajar agama, jangan jadi bodo sangat. Buat apa kamu semua belajar tinggi-tinggi sehinggakan ibubapa kamu sanggup menggadaikan tanah, harta benda, dan cita-citanya semata-mata hendak melihat kamu ni menjadi manusia yang bermanfaat untuk semua masyarakat samada dunia dan akhirat. Saya amat malu dengan keluhan orang kampung yang mengatakan bahawa: "Belajar Mesir saje, tapi sokong UMNO, dasar Ilmu letak di lutut".

Saya tahu, bahawa hidayat ini adalah kehendak Allah taala. Tapi selaku senior lepasan Azhar, Mesir, rasa bertanggungjawab pula untuk menegur sahabat-sahabat dan adik-adik yang masih baru dalam mengharungi cubaan pembelajaran di bumi Mesir. Jangan ikut telunjuk UMNO, UMNO ni parti yang menjahanamkan kamu semua. Kalau nak selamat dunia dan akhirat, jangan sekali-kali menyokong UMNO.

Imam Muslim pernah meriwayatkan satu hadis Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang mati dalam keadaan dia itu berpisah daripada Jemaah Islam, maka matinya adalah mati Jahiliyyah". Mati anda siapa tahu bila ???
posted by Abu Mus'ab @ 10:52 PTG   5 comments
CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Cakap Tak Serupa Bikin...Bikin Tak Serupa Cakap !!


"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" -Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980-.
posted by Abu Mus'ab @ 10:42 PTG   4 comments
PAHALA SEBANYAK BINTANG DI LANGIT

Pahala Sebanyak Bintang di Langit


Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayyidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu?

Di dalam hatinya sayyidatina Aisyah r.ha. menyangka pahala sebanyak ini pasti pahala bapanya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. Sayyidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya: "Ya Rasulullah SAW bagaimana dengan bapaku?".

Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Beliau SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sehinggalah hari kiamat.


Sahabat sohabiyah sekalian, alangkah bahagianya jika kita dapat bersama dalam peristiwa penghijrahan Nabi SAW dari Makkah ke Madinah. Tetapi, ini adalah ketentuan Allah taala. Allah taala Maha Mengetahui atas segala mahkluk ciptaan-Nya.

Dalam masalah ikutan atau panduan, WAJIB lah atas kita menjadikan Rasulullah SAW dan para Sahabat r.anhum sebagai ikutan dan panduan kehidupan kita. Satu pepatah ulama pernah menyebut : "Jadilah kamu seperti mereka (para Nabi, para Sahabat, Para Tabiin dan Ulama' Sufi), jika kamu tak dapat nak jadikan kamu seperti mereka, maka buat-buatlah ikut seperti mereka, nescaya kamu akan berjaya di dunia dan akhirat".

Fikir-fikirkanlah...
posted by Abu Mus'ab @ 9:29 PG   3 comments
KENYATAAN MEDIA
Khamis, Februari 19, 2009

Kenyataan Media

IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR (ILMAM)


IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR atau dengan nama ringkasnya ILMAM secara rasmi membantah satu program yang telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang bernama Sisters In Islam (SIS) di Hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari baru-baru ini.

Difahamkan program tersebut membincangkan beberapa isu yang berkaitan Agama Islam yang sepatunya diberikan kepada pakar-pakar tertentu yang berkelayakkan sahaja. Antara isu tersebut ialah Isu Faraid, Poligami, Kesamarataan antara Gender dalam Islam dan lain-lain.

Pengerusi ILMAM, Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli menegaskan, SIS tidak layak dan tidak sepatutnya dibenarkan mengadakan program tersebut kerana mereka tidak mempunyai asas dan pengatahuan yang kukuh berkenaan isu-isu tersebut dan dibimbangi akan menyebabkan salah tafsir dan keraguan pada agama Islam itu sendiri.

Ditambah lagi, ahli ahli panel dalam program tersebut merupakan antara tokoh-tokoh yang amat diragui hujah dan pendapat mereka seperti Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd.

Beliau juga mempersoalkan kenapa program yang diberik nama MUSAWAH itu diluluskan oleh kerajaan bahkan dirasmikan pula oleh Penasihat Khas Perdana Menteri, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.

Selain itu kandungan perbincangan mereka berkaitan Perkara Moral yang tidak boleh diperundangkan dan Perkara Dosa-Dosa peribadi bukanlah satu jenayah amat-amat mengelirukan masyarakat dan umat Islam itu sendiri.

"Ini antara tunjang pemikiran Islam liberal yang kita lihat di negara umat Islam dan telah tersebar di Indonesia dan Pakistan," tegasnya.

Saya berharap pihak JAKIM atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi perlu sedar dan bertanggungjawab serta mengambil tindakan dan perlu melihat bahawa Islam Liberal sebagai sebahagian ajaran sesat di negara ini dan seluruh dunia dari terus merebak kepada masyarakat kita Malaysia ini.

Sekian

Presiden ILMAM
posted by Abu Mus'ab @ 2:42 PTG   4 comments
BINATANG PUN BERSYUKUR

Jibril AS, Kerbau, Kelawar, dan Cacing


Suatu hari Allah SWT memerintahkan Malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau adakah dia senang hati telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Wahai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS pergi berjumpa dengan seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "Wahai kelelawar ! Apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar.

Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil ! Apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia.

Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal solih semasa hidup di dunia, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

MasyaAllah, begitu hebat dengan pendirian dan prinsip yang ada pada makhluk-makhluk Allah taala di atas. Kerbau, Kelelawar dan Cacing adalah makhluk Allah taala yang tidak ada aqal, tapi mereka masih ada pendirian. Bahkan bukan mereka sahaja, bahkan semua makhluk ciptaan Allah taala di atas bumi ini kecuali manusia, mereka mempunyai prinsip dan pendirian yang teguh dengan Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah taala.

Bagi manusia yang beriman, tidaklah bermasalah. Cuma manusia yang tidak beriman ini, walaupun dia Islam, ini yang bermasalah. Tidak bermaruah, tidak ada pendirian... Tak malu ker kepada kerbau, kelelawar dan cacing?
posted by Abu Mus'ab @ 9:23 PG   1 comments
KURMA MADINAH
Khamis, Februari 12, 2009

Kurma Madinah


Ketika Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk menghadapi kaum kafir, mereka semua bersegera menyambutnya. Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, selain orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik.

Musim buah kurma hampir tiba dan masa itu musim panas yang terik sedang melanda, sementara perbekalan dan persenjataan yang dimiliki sangat berkurangan, akan tetapi Rasulullah SAW dan para sahabatnya r.anhum tetap berangkat untuk berperang.

Di waktu itulah keimanan dan pengorbanan para sahabat diuji. Orang-orang munafik mulai menyebarkan desas-desus dan menghasut para sahabat r.anhum agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut.

Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat r.anhum, tetapi kepada isteri para sahabat r.huma pun tidak lepas dari hasutan mereka. Mereka para munafiqin itu berkata, "Suami-suami kamu semua pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun anda tak lama lagi akan masak, maka siapakah yang akan mengurusnya. Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu sahaja".

Isteri-isteri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka: "Pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang". Pada masa itu Rasulullah SAW dan para sahabat r.anhum dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat.

Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satupun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, hasil mereka berlipat ganda hasilnya dan walaupun demikian harga kurma Madinah saat itu mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat r.ahum tidak mendapat kerugian sedikit pun. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.


Jadi, jika kita sama-sama meneliti akan kisah di atas, jelas menunjukkan apabila seseorang itu lebih mementingkan urusan Allah taala, nescaya Allah taala akan menjaga urusan kehidupannya. Ini bertepatan apa yang Allah taala nyatakan dalam al-Quran dalam Surah Muhammad ayat yang ke-7 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu menolong menegakkan urusan Agama Allah taala (Islam), nescaya Allah taala akan menolong kamu dalam memudahkan dan menjayakan urusan kehidupan kamu". Kita macam mana???
posted by Abu Mus'ab @ 10:47 PTG   1 comments
VALENTINE DAY
Rabu, Februari 11, 2009

Hari Valentine


HARI VALENTINE mengikut sejarah datang dari zaman pemerintah Ratu Isabella di Sepanyol. Perkataan VALENTINE diambil sempena nama pederi besar Kristian Saint Valentine, beliau amat disayangi oleh Ratu Isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Feb (tarikh Hari Valentine) tahun 270 masihi.

Kejayaan beliau begitu bermakna bagi Ratu Isabella oleh itu, 14 Feb disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan Hari Valentine.

Hari ini, Hari Valentine dinamakan juga dengan Hari Kekasih, yang dirayakan oleh kebanyakkan remaja-remaja yang berada di alam Cinta Monyet. Oleh itu, jika anda (umat Islam) menyambut Hari VALENTINE sama seperti anda gembira dengan menumpaskan kerajaan Islam di Cordova. Dan sememang orang yang menganut agama Islam adalah HARAM merayakannya kerana ia merupakan dosa yang amat besar. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH...
posted by Abu Mus'ab @ 4:05 PTG   5 comments
TIADA PR di BUKIT GUNTANG

Tiada Pilihanraya di Bukit Guntang


"Setelah bermesyuarat 4 hari 4 malam, Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR) telah memutuskan tiada pilihanraya di Bukit Guntang (tak jauh dari Bukit Gantang). Pengerusi SPR menyatakan kematian adalah tidak sah.

Dengan itu SPR membatalkan kematian yang ditentukan oleh Allah swt. SPR juga sanggup dibicarakan di Mahkamah Padang Mashyar kelak. SPR rasa sangat yakin akan menang dalam perbicaraan itu dan peluang memasuki Neraka adalah cerah.

Dalam satu perkembangan lain, rakyat merasa bangga kerana Malaysia bakal mempunyai Perosak Moral (PM) yang diiktiraf dan sebulat suara ditaati oleh semua institusi. Instutusi tersebut adalah Pengugut Dera Rakyat Marhain (PDRM), Suruhanjaya Penculik Rakyat Malaysia (SPRM) (sebelum ini dikenali Badan Pengugut Rakyat(BPR) dan beberapa badan badah KERAjaan yang lain."
posted by Abu Mus'ab @ 3:59 PTG   5 comments
APA MAKSUD "PATIK MOHON DERHAKA"

Apa Maksud Sebenar "Patik Mohon Derhaka"


"Sahabat semua...sedar tak sedar satu lagi kebodohan UMNO yang ramai tak tahu..mereka tidak faham bahasa berkaitan makna ayat tersebut itu...risik merisik..hambe rakyat jelata dapat tahu maksud akan perkataan itu...

"Patik Mohon Derhaka" merupakan satu istilah khusus yang digunakan dalam Istana dan mesti digunakan oleh rakyat jelata termasuk MB ( x termasuk Najib) jika mereka ada pandangan lain di atas pandangan yang telah diberikan oleh Tuanku.

Contoh : Raja bertitah : "Beta ingin sebuah lagi jambatan di kampung B", makan wakil rakyat jelata iaitu MB setuju, makan akan berkata: "Titah tuanku dijungjung". Tetapi jika MB merasai titah itu ade kelemahan atau ade cadangan lebih penting dari titah tersebut.

Seperti contoh: MB mendapat maklumat kampung B tidak memerlukan jambatan lagi, sebaliknya kampung C yg memerlukan jambatan terlebih dahulu maka MB akan berkata: "Ampun tuanku patik mohon derhaka pada titah tuanku, dan patik selaku wakil ratyat jelata ingin mencadangakan kampung C patut diberi jambatan terlebih dahulu..

Itulah kehebatan raja-raja- mana mana titah yang tidak dipersetujui kene menggunkan bahasa patik mohon derhaka...

Oleh itu terbukti YAB MB Nizar tidak sama sekali berniat untuk meruntuhkan institusi diraja tetapi telah menobatkan institusi diraja di kelasnya tersendiri dan mesti dihormati walaupun sudah tahu kalimah itu akan digunakan oleh perompak BN untuk agenda politik kotor mereka..

Tahniah YAB MB Nizar..........keberanianmu menjadi salah satu titik kebangkitan kuasa raja...maka kalimah ini terus dijaja oleh UMNO untuk menghalalkan tindakan mereka...

UMNO : menggunakan ISU DERHAKA SULTAN untuk menutup kejahatan mereka merompak di PERAK..Marilah kita jatuhkan UMNO yg terbukti mempergunakan kuasa sultan demi politik mereka......jatuhkan UMNO dalam PRK nanti....Allahu Akhbar...
posted by Abu Mus'ab @ 3:38 PTG   9 comments
WAJAH PEJUANG MATI SYAHID
Selasa, Februari 10, 2009
Wajah-wajah Pejuang Palestin Yang Mati Syahid







Seorang budak lelaki yang sebelah kakinya telah kehilangan akibat diserang oleh tentera Israil telah memberi tindak balas apabila ditanya bagaimana perasaan anda sekarang? Dengan tegas dia menjawab: " Saya bersyukur kerana sebelah kaki saya telah berada di Syurga, saya hanya menunggu tubuh badan saya pula untuk korbankan dalam menentang tentera Israil untuk berada di Syurga Allah". Kita ....???
posted by Abu Mus'ab @ 12:27 PTG   7 comments
KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR


Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Pelbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"

Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."

Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"

Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"

Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Uwais Al-Qarni."

Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."

Wali Allah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"

Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.

Wallahu a'alam.
posted by Abu Mus'ab @ 12:06 PTG   1 comments
KUATKAN SEMANGAT YAB MB NIZAR
Sabtu, Februari 07, 2009

Kuatkan Semangat YAB MB Nizar


Sabarlah YB Nizar...Kuatkan Semangat...Istiqamahlah...Kalau YB rasa YB dah kena hina teruk..Ingatlah Nabi Muhammad SAW lagi kena teruk..bukan setakat kena hina, kena baling batu, kena baling najis dan sebagainya...Sesungguhnya ini ujian Allah taala kepada kita...Sebenarnya lagi tinggi Iman kita lagi besar ujian Allah taala kepada kita...Rasanya saya ni Iman tak kuat mana..Sebab tu ujian yang Saya dapat semuanya kecik-kecik aje...bukan macam YB...wassalam!
posted by Abu Mus'ab @ 9:27 PTG   6 comments
KELEBIHAN BISMILLAH
Jumaat, Februari 06, 2009

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah Barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan kepada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga Neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas'ud berkata:'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7. Setiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga setiap huruf berkata, 'Sesiapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.'

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di Syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sama-samalah kita mengamalkannya. Eloklah sangat. Kita sama-sama membaca BISMILLAH di depan puak UMNO/BN, terutama di depan Najib laknatullah. Biar mereka takut dan gentar, dan mudahan kita semua diberi kekuatan dan kemenangan untuk kekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak...Aamiin..
posted by Abu Mus'ab @ 9:36 PG   5 comments
ASKAR-ASKAR IBLIS
Selasa, Februari 03, 2009


Askar-askar Iblis



Tajuk kali ini rasanya sensitif sedikit. Apa tidaknya ia menyentuh kepada hal kehidupan seseorang perempuan/ wanita. Khusus kepada perempuan Islam.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda dengan maksudnya: "Perempuan itu Aurat, maka apabila dia keluar rumah maka syaitan bergegas menumpukan perhatiannya (untuk memperdayakannya)". Hadis ini riwayat at-Turmizi.

Realiti sekarang. Iblis dan Syaitan amat berpuas hati kerana telah berjaya mempengaruhi perempuan-perempuan untuk dijadikan sebagai askarnya. Dan saya bimbang, takut-takut Isteri anda, anak-anak perempuan anda, mak anda dan seumpamanya tergolong di antara salah seorang askar-askar Iblis tadi.

Ini terjadi disebabkan kerana faktor pemakaian perempuan tersebut. Sekarang, ramai kita melihat perempuan yang tidak menutup kakinya dengan cara memakai stokin apabila keluar dari rumah. Sedangkan kaki itu adalah AURAT. Tidak pun, ada yang memakai baju, seluar, tudung tetapi NIPIS, KETAT sehingga menampakkan susuk badan dan warna badannya. Ini adalah HARAM hukumnya.

Tidak kurang pula bagi perempuan yang memakai wangi-wangian yang semerbak ketika keluar rumah walaupun bersama dengan suaminya. Ini akan menyebabkan bauan tersebut dapat dihidu oleh lelaki lain dan seterusnya ini akan menyebabkan perempuan tersebut berdosa yang dosanya menyamai dosa berzina.

Kemudian, bagi mereka yang berpakaian ala barat, juga Islam tidak membenarkan. Sekarang timbul pelbagai fesyen dari barat yang asasnya adalah Yahudi laknatullah, yang ramai perempuan sekarang terpedaya dengan pakaian tersebut dan hukumnya adalah HARAM sama sekali apabila diperagakan di khalayak ramai. Juga Kasut Tumit Tinggi, tak bolehhhh... Juga pakai gincu, tak bolehhhh...

Jika isteri kita, anak perempuan kita, mak kita atau saudara-saudara perempuan kita yang lain berbuat demikian, nescaya mereka telah tergolong di kalangan askar-askar Iblis.

Penting ! Hal demikian tadi, jika untuk Suami diSUNATkan. Nak pakai wangi-wangian, nak pakai pakaian yang seksi, nak pakai gincu, tak nak pakai pakaian takpa. Ulang ! Just for Husband (SUAMI).

Masih ada masa lagi untuk sedar, buat perubahan, insaf. Buktilah tanda sayang dan kasih kita kepada Nabi Muhammad SAW.

posted by Abu Mus'ab @ 11:15 PG   6 comments
MAKANAN DARI HASIL TILIK
Isnin, Februari 02, 2009

MAKANAN DARI HASIL TILIK


Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata, "Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?"

Abu Bakar menjawab, "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku di mana kamu mendapat makanan ini ?"

Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka berjanji membayarnya apabila saja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."

Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku." Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar.

Kata seorang pemerhati, "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang sedikit." "Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata, "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."


Muslimin dan muslimat sekalian. Ketahuilah di sini bahawa pentingnya hasil makanan yang halal lagi berkat. Kerana dalam satu tafsiran hadis lain bahawa Nabi Muhammad SAW pernah berkata kepada kaum muhajirin, akan datang akan adanya satu golongan yang mencari sumber makanan untuk keperluan hidupnya dengan hasil yang haram. Antaranya dengan cara menipu.

Maka, ana berpesan kepada muslimin/ mat sekalian terutama diri ana sendiri, sama-samalah kita mencari pendapatan yang halal dan berkat. Jangan sekali-kali menipu. Kadang-kadang bagi mereka yang bekerja yang ada OVERTIME, hati-hatilah dalam menuntutnya (claim). Tuntutlah dengan sebaik-baiknya.

Bagi mereka yang berada dalam parti Sekular dan Kebangsaan, iaitu UMNO/BN. Buatlah perubahan. Jika anda sayangkan diri, isteri, anak-anak dan keluarga anda, jauhkanlah dari memakan hasil dari sokongan dan dokongan terhadap parti UMNO/BN. Kerana ia adalah Syubhah, Syubhah dekat kepada yang Haram. Akhirnya merana hidup sengsara samada di dunia dan akhirat.
posted by Abu Mus'ab @ 4:52 PTG   4 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::