:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

MUSIBAH AKAN MENIMPA JIKA...(IV)
Rabu, April 29, 2009
Musibah Akan Menimpa Jika...

Assalamulaikum sahabat-sahabat semua. Rasanya anda sekalian masih ingat kan. Satu hadis Nabi SAW yang menjelaskan sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya bala bencana ke atas kita semua. Bagi yang beriman, mendapat pahala. Adapun kepada mereka yang tidak beriman, mendapat celaka.

Saya akan habiskan penjelasan hadis tersebut. Ketika ini, dunia sekarang dilanda dengan penyakit baru. Selepas pelbagai selsema yang dihadapi, kali ini timbul penyakit Selsema Khinzir atau Selsema Babi. Inilah akibatnya apabila kejahatan, kezaliman, kemaksiatan semakin berleluasa. Ajaran al-Quran dan as-Sunnah diketepikan. Celaka sungguh kerajaan UMNO/ BN ni!

Mari kita sama-sama memahami akan golongan kedua yang Nabi SAW sebutkan dalam hadis yang lalu, yang menguatkan lagi benarnya Sabda Nabi SAW berkenaan suasana yang berlaku pada hari ini.

2- Tidaklah mereka mengurangkan timbangan dan ukuran melainkan mereka akan dibalakan dengan tahun-tahun kebuluran dan kepayahan serta kezaliman pemerintahan ke atas mereka.

Firman Allah taala yang bermaksud dalam Surah al-Mutofifin ayat 1-3: "Celakalah kepada mereka yang mengurangkan (timbangan). (Iaitu) orang yang apabila mereka meminta ditimbangkan (sesuatu timbangan) dari orang lain, mereka amat-amat berkira (untuk menepati timbangannya). Tetapi apabila mereka menimbang (untuk orang lain) mereka mengurangkannya".

Masalah harta merupakan masalah yang sensitif kerana setiap daging yang tumbuh dari rezeki yang haram akan dibakari oleh api neraka. Jangan kerana penipuan yang sedikit menjadikan rezeki tidak berkat dan akhirnya adalah mendapat balasan yang amat perit pula di hari akhirat.

Balasannya di dunia pula ialah: Nabi SAW menjanjikan kepada yang melakukan perkara ini bahawa mereka akan ditimpa kesusahan hidup dan kezaliman orang lain ke atas mereka kerana tiadanya keberkatan harta yang mereka dapati dengan cara penipuan itu.

3- Tidaklah juga mereka menahan dari membayar zakat harta mereka melainkan mereka akan ditahan dari menerima hujan dari langit yang mana kalaulah tidak kerana binatang-binatang ternakan, nescaya akan terus tidak diturunkan hujan.

Tunaikanlah hak Allah taala dalam harta kita pasti Allah akan redha dan akan memudahkan rezeki untuk kita. Zakat ertinya penyuburan harta bukannya pengurangan harta. Jika kita murah hati dengan Allah dengan menunaikan zakat, pasti Allah akan 'bermurah hati' dengan melimpahkan kurnia-Nya kepada kita. Begitulah sebaliknya.

Kita mesti berlaku adil dan bertanggungjawab kepada Allah taala, kerana Allah telah mengurniakan rezeki yang tidak terhitung kepada kita yang perlu dan wajib kita mensyukurinya.

Balasan di dunia untuk perbuatan itu ialah: Akan ditahan turunnya hujan dari langit yang mana kalaulah tidak ehsan Allah kepada binatang ternakan, pasti terus tidak akan diturunkan hujan. Ini bermakna rezeki dan hujan yang diturunkan Allah taala pun atas kerana simpati kepada binatang dan kita hanya mendapat tempias hujan dari hak binatang-binatang ternakan.

Persoalan: Adakah kita sudah berpuas hati dengan pemberian secara ehsan dan syafaat binatang-binatang ternakan ini ataupun kita berusaha untuk menjadikan rezeki dan hujan yang diturunkan oleh Allah taala redha kepada kita?
bersambung...
posted by Abu Mus'ab @ 1:07 PG   0 comments
ISU STATUS AGAMA ANAK BAWAH 18 TAHUN
Isnin, April 27, 2009

Draf Cadangan Penyelesaian Isu Saudara Mohd Ridzuan Abdullah Dan Keluarga

1. PENDAHULUAN

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah:

- Status agama tiga orang anak beliau iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun).
- Hak penjagaan anak.
- Status perkahwinan selepas pengislaman.

2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM

2.1 Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.

Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1].

Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi yang bermaksud: Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Pandangan Kedua:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].

Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

2.2 Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].

b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy .[4]

c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

3. HAK PENJAGAAN ANAK

3.1 Pendapat Ulama

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa'ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:

Yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut). Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].

3.2 Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

4.1 Pendapat Para Ulama

Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya).

Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 Hak Pemberian Nafkah[11]

Nafkah kepada anak

Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

Nafkah kepada isteri

Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.

Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Disediakan oleh;
Fellow MANHAL PMRAM 2009

Hasil kajian:
1. Saudara Syed Abdul Qadir Al-Jofree
2. Saudara Abd Rahman Mohd Tharin
3. Saudara Mohd Nazrul Abd Nasir
4. Saudara Hairul Nizam Mat Husain

[1] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.
[2] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.
[3] Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam.
[4] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/271. Para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.
Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.
Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.
[5] Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah
[6] Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh.
[7] Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985
[8] Bada'ie Sana'ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.
[9] Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.
[10] Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.
[11] Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 - 409, jilid 7.
posted by Abu Mus'ab @ 6:18 PTG   0 comments
DAGING ULAMA' BERACUN
Ahad, April 26, 2009

Daging Ulama' Beracun

Telah kita sedia maklum bahawa Ulama' adalah Pewaris Nabi. Semestinya nabi kita Muhammad SAW adalah sebagai panduan di dalam kehidupan kita seharian. Jika hidup tidak berpandukan kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW, maka rugilah hidupnya. Tiada keberkatan, tiada keamanan, tiada pedoman, serba kekurangan. Walaupun pada zahirnya nampak macam tidak ada masalah, tetapi pada batinya, amat celaru.

Ulama' yang dimaksudkan di sini, adalah Ulama yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan sebelum ini oleh Nabi Muhammad SAW, para Sahabat r.a dan para ulama muktabar yang terdahulu iaitulah Ulama' Haraki, ulama' yang paling dekat dengan Nabi SAW. Bukan Ulama dunia, ulama yang hidupnya bermatlamatkan kebendaan, keduniaan, kemewahan, inginkan pangkat dan jawatan, yang ingin menjaga 'Periuk Nasi', takutkan mati dan cintakan dunia. Ulama' macam ni samalah macam binatang ternakan, lembu, kambing, biri-biri, unta, kerbau dan seumpamanya.

Bagi mereka (musuh dalam selimut) yang berani menghina, mencerca, memfitnah, mengata, mengumpat, mengaibkan, menjatuhkan kehormatan Ulama' Haraki ini, nescaya kehidupan mereka akan celaka. Allah taala telah berkata dalam al-Quran, Surah al-Humazah, ayat 1 yang bermaksud : "Celakalah bagi setiap pengumpat lagi pencela".

Tau tak, ayat ini diturunkan kerana ada sebilangan orang di zaman Rasulullah SAW yang menghina, dan mengumpat terhadap Rasulullah SAW. Allah taala mengancam bakal memasukkan ke dalam neraka Wail kepada seseiapa yang suka memburuk-burukkan dengan mengumpat dan mencerca kehormatan orang yang beriman. Semua ini menyebabkan pelakunya akan dicampakkan ke dalam neraka.

Walaupun ayat ini ditujukan kepada tokoh-tokoh kaum Quraisy yang sangat memusuhi Nabi dan terlampau menghina baginda serta para Sahabatnya, namun ia juga ditujukan kepada kita semua, kerana pengajarannya adalah untuk umum secara mutlak bukan khusus kepada yang menjadi sebab.

Ketahuilah, bahawa Islam hanya boleh dibawa oleh pewaris Nabi SAW. Sudah tentunya pada zaman kita sekarang, adalah Para Ulama', Ulama Akhirat. Jangan sekali-kali kita mengubah Sunnatullah ini. Kepada sesiapa yang ada hasrat demikian, lupakanlah, abaikanlah. Jangan ikutkan nafsu yang jahat itu. Fikirkanlah di masa akan datang. Jangan kerana inginkan pangkat, jawatan, nama, sanggup ketepikan kepimpinan Ulama' yang telah diwarisi sejak berkurun lamanya sehinggalah kepimpinan Rasulullah SAW.

Lupakah akan soal KEBERKATAN, KERAHMATAN dan KEAMPUNAN? Allah taala telah menjanjikan ini semua kepada mereka yang BERIMAN dan BERTAQWA. Jangan lupa akan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW. Ini adalah panduan utama. Sama-samalah kita Mendokong Kepimpinan Ulama' yang ada sekarang. Daging para Ulama' itu adalah Beracun...

Abu Mus'ab

posted by Abu Mus'ab @ 1:58 PTG   0 comments
JIKA ADA PERSONAL'S HELICOPTER
Khamis, April 23, 2009


Jika Ada Personal's Helicopter

Salam sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan, kerahmatan dan keampunan dari Allah taala, insyaAllah. Pernah sekali sekala terfikir. Alangkah bestnya jika dapat memiliki sebuah helikopter. Lepas mengajar, terus kembali ke darat. Nak mengajar, pergi ke pelantar minyak. Tempoh perjalanan adalah hanya 1 jam. JIKA ADA ...

Apa ke tidaknya. Jadual saya untuk beri kuliah agama di Pelantar Minyak Petronas Carigali hanya hampir 2 jam satu hari. Banyak masa kosong jika diikutkan. Kan best jika dapat balik selalu. KALAU BOLEH ...

Yang saya fikirkan, macamna nak atasi masalah kurangnya kehadiran saya dalam satu program mingguan Pemuda Dun. Dengan portfolio orang kedua terpenting dalam Pemuda Dun, amat rasa bersalah. Tetapi, Alhamdulillah, sahabat-sahabat ahli jawatankuasa begitu memahami.

Saya berada di Pelantar Minyak hanya 2 malam satu minggu. Selebihnya, duduk rumah jerlah. Begitulah rutin mingguan. Pergi hari Ahad, balik hari Selasa. Pergi hari Sabtu, balik hari Isnin. Pergi kena pergi juga. Kerja ...

Dalam kesempatan ini, saya nak berkongsi satu tips. Kerap orang bertanya dalam satu program tarbiyyah. Ustaz ! Macamna nak ISTIQAMAH dalam perjuangan Islam? Erm... Saya mengambil satu langkah yang diutarakan oleh pimpinan Haraki kita. Ada LIMA cara.

Yang Pertama, IKHLAS. Memang setiap yang dilakukan hendaklah bersifat Ikhlas. Ini dah menjadi syarat utama dalam melakukan setiap amalan jika ingin mendapat redha Allah taala.

Yang Kedua, MENJAUHKAN SEGALA MAKANAN, MINUMAN, BARANGAN YANG SYUBHAH. Ini adalah perlu diambil perhatian. Kadang-kadang saya melihat, ramai juga di kalangan pendokong Islam yang tak tahan lama ni, masa aktifnya kerap sangat melakukan perkara yang syuhbah. Contohnya merokok, makan dan minum di KFC, PIZZA HUT, MAC'D dan seumpamanya. Juga menggunakan produk NESTLE. Ada juga yang memakai cincin Suasa.

Yang Ketiga, SENTIASA MENGHADIRI PROGRAM TARBIYYAH. Ini adalah nadi kepada perjuangan Islam. Terutama Usrah. Paling kurang, dalam satu bulan, mesti menghadiri Usrah. Samada di peringkat Negeri, Kawasan, Dun, Pemuda Dun, Cawangan dan Pemuda Cawangan. Barulah jejak tanah. Adapun program tarbiyyah yang lain seumpama Tamrin, Liqa Fikri, Dourah, Mukhayyam, Pembentangan Kertas Kerja, Iftor Jamai'e, Qiyamullail secara berjemaah dan lain-lain lagi.

Yang Keempat, MELAZIMI KELAS-KELAS PENGAJIAN ISLAM. Ini adalah tunjang kepada perjuangan Islam. Bila ada ilmu, barulah kita akan dapat memahami dengan lebih mendalam terhadap sesuatu yang kita lakukan. Yang berkait rapat dengan Feqah, Aqidah, Tasawuf dan Akhlak. Orang yang Faqir Ilmu, tidak akan dapat memberi.

Yang kelima, SENTIASA BERSAMA DENGAN SAHABAT SEPERJUANGAN. Ini nak memastikan kita tidak tersalah langkah dalam pergerakan kita. Apabila kita membuat sesuatu kesalahan. Sahabat kitalah yang akan menegur kita secara tidak langsung samada melalui perkataan, atau perbuatan. Jika sebaliknya, maka secara tidak disedari, sedikit-sedikit akan ada bibit lari dari perjuangan.

Jadi, begitulah sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan kita sama mempraktikkan tips di atas. Berdasarkan pengalaman. Alhamdulillah berjaya.
posted by Abu Mus'ab @ 7:56 PG   0 comments
PEMUDA TERAS ISLAM
Selasa, April 21, 2009

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Begitulah lumrah alam. Kebiasaan golongan yang berusia muda mudah untuk menyedari akan hal baik buruk. Mudah membezakan yang mana halal dan haram. Keinginanan kepada ketenangan, keberkatan dan kebahagian amat mendalam. Sebab tulah golongan muda ini berdasarkan kepada Sirah Nabi Muhammad SAW, mereka merupakan teras dalam perjuangan Islam. Bahkan golongan muda lah yang banyak mempertahankan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW pada ketika itu. Jadi, ambillah peluang masa muda kita ini untuk terus berbakti dan sama-sama memperjuangkan Islam di tanah air kita ini sebelum datangnya masa tua kita.
posted by Abu Mus'ab @ 1:19 PTG   0 comments
KELEBIHAN AYAT AL-KURSI
Ahad, April 19, 2009

Kelebihan Ayat al-Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwudhuk dan mengerjakan solat Subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari Qiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, adakah perlu dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila selepas mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul.

Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul SAW kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi.

Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan. Akibatnya iaitulah Hilangnya Iman, Tiada Islam yang Sejati, Tiada Keberkatan, Hilang Keizzahan, Nerakalah tempat tinggalnya. Wal Ya'uzubillah...
posted by Abu Mus'ab @ 1:12 PG   22 comments
PENAWAR MENGHILANGKAN KELETIHAN
Sabtu, April 18, 2009


Penawar Menghilangkan Keletihan

Bagi mengatasi keletihan dalam melaksanakan tugas-tugas seharian samada di rumah, di tempat kerja, atau kerja Jemaah, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada puteri kesayangan Baginda, Sayyiditina Fatimah ra sebagai penawarnya.

Suatu hari, Fatimah telah mengadu kepada suaminya, Sayyidina Ali ra tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Sayyidina Ali berkata: "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang, pergilah berjumpa dengannya dan mintalah seorang khadam untuk membantumu".

Lalu Fatimah pun pergi berjumpa dengan ayahnya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah SAW tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda SAW pergi menemui puterinya serta menantunya itu.

Lantas Baginda SAW berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua hendak berbaring untuk tidur, maka bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali, dan bertakbir (Allahu Akbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi SAW ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan dalam kehidupan mereka berdua.

Sayyidina Ali terus mengulang-ulang apa yang Nabi SAW ajarkan kepada dia. Katanya: "Demi Allah aku tidak pernah tinggalkan zikir tadi semenjak ia diajarkan kepadaku."

Justeru itu, saya mencadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami, khusus saya sendiri, para pendokong Islam, atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugasan harian supaya mengamalkan membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali pada setiap malam sebelum melelapkan mata (tidur).

Lakukanlah dengan penuh tekun, ikhlas dan istiqamah. InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan dalam kehidupan seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

posted by Abu Mus'ab @ 9:15 PTG   1 comments
PAS PELAWA TUBUH KERAJAAN BARU
Khamis, April 16, 2009

PAS Pelawa Tubuh Kerajaan Baru

Kuala Terengganu – Rakyat terutamanya ahli PAS dan para penyokongnya telah menghadapi kezaliman dan ketidaksamarataan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dari tahun 2004 hingga Mac tahun 2008.

Oleh itu, kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said diharap dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, kesan dari tindakan yang rakus kerajaan penggal lalu itu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata demikian dalam penggulungannya membahaskan ucapan Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (YDP MPPR) Tengku Badrulzaman Sultan Mahmud.

“Kami (PAS) harap kerajaan baru ini dapat membantu orang-orang kami, kami ada cara tersendiri untuk membebaskan kemiskinan iaitu dengan memberikan tanah kepada para petani,“kami menyediakan tapak-tapak rumah kepada orang-orang miskin, orang yang tidak ada tapak rumah, ada yang sudah dilulus, ada yang sudah dibayar, tetapi tindakan rakus kerajaan negeri 2004 – 2008 telah merampas semua sekali,”katanya pada hari terakhir sidang DUN Terengganu, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, apa salahnya jika Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar dan para Exco serta pegawai tertinggi kerajaan negeri Terengganu, membantu orang-orang miskin itu untuk dikembalikan hak mereka.

“Menyemak semula segala keputusan yang telah lalu, apakah salahnya, itu rakyat kita, inilah sebabnya tiap-tiap tahun (kita) bercakap, basmi kemiskinan, basmi kemiskinan,“kenapa tak dapat (membasmi kemiskinan) kerana tidak sampai kepada sasaran,”tegasnya

Katanya, jika kerajaan negeri mempunyai perancangan yang baik, PAS akan menyokong demi untuk mengembalikan keadilan dan hak kepada yang berhak.“Jika ada sesuatu agenda yang baik, kita harap Yang Amat Berhormat dapat teruskan, terutama sekali untuk mengembalikan dan mengujudkan keadilan,”jelasnya.

Namun begitu, beliau berkata, segala usaha tersebut mestilah dihadapi dengan tenang, gigih dan bersungguh-sungguh.

Justeru, beliau mempelawa Menteri Besar dan para Exconya untuk bersama-sama dengan PAS dan membentuk kerajaan baru yang lebih kuat sekiranya usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan.

“Kalau YAB berasa sulit untuk menghadapi dalam keadaan kerajaan yang macam ini, YAB dan sahabat-sahabat (anggota exco), boleh menyeberang ke sebelah kami,“YAB ada sebelas (wakil rakyat), kami ada lapan, jadi 19, kerajaan yang kukuh, kita tubuh kerajaan baru,”katanya merujuk kepada ketidakyakinan ADUN BN terhadap kepimpinan Dato’ Ahmad. (Lihat Video Clip Ucapan Dato' Ustaz Harun Taib di Sebelah Kiri)

Sehari sebelumnya, 10 ADUN BN telah memboikot sidang DUN Terengganu atas alasan keselamatan setelah tiga daripadanya mendakwa mendapat SMS ugutan bunuh.

ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh yang menerima ugutan itu berkata, ia berkait rapat dengan ura-ura pihak tertentu yang dikatakan akan membawa ‘usul undi tidak percaya’ terhadap Menteri Besar negeri Terengganu.
posted by Abu Mus'ab @ 4:37 PTG   0 comments
SEKALI SEBULAN

Sekali Sebulan

Salam sahabat-sahabat sekalian, mudah-mudahan kita berada di dalam keadaan sihat walafiat, dalam kerahmatan, keberkatan, dan keampunan dari Allah taala. Aamiiinn...

Apa yang sekali sebulan ni. Saya main Futsal. Hehehe.. Kalu ikut jadual, 2 kali sebulan yang melibatkan ajk pemuda dun Paka. Kalu ikutkan, sampai di Platform pun, saya diajak untuk berfutsal tiap-tiap minggu. Tapi biasalah, saya ni bukan jenis yang suka bersukan. Kalu untuk Pemuda PAS, insyaAllah saya akan turut serta.

Sakit bukan main lagi. Malam tadi, main futsal yang melibatkan semua ajk pemuda PAS Dun Paka, dalam sejarah, masuk padang, tak keluar-keluar sehinggalah selesai permainan selama sejam. Lembik rasa, ni rasa sengal-sengal habis urat dalam tubuh badan ni. Biasalah kan. Tahan seminggu. Lepas tu, ok semula kan.

Semasa laksanakan rutin mingguan, Kuliah Zohor di salah satu pusat perindustrian kat Paka, Kuliah Tafsir. Saya tertarik nak berkongsi satu pemahaman tentang Islam. Memandangkan kita mesti menganut agama Islam dengan bersifat SYUMUL, maka dalam ayat akhir, 8, Surah at-Takaasur, Allah taala telah berfirman yang bermaksud: "Kemudian pada hari itu sememangnya kamu akan ditanya tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu)".

Berdasarkan ayat ini, Allah taala mengingatkan kepada kita semua selaku manusia yang memiliki aqal yang waras, berpindidikan agama yang tinggi, luas pengalaman, bahawa manusia nanti di akhirat kelak akan ditanya tanggungjawabnya (amanah) mengenai kurnia yang dinikmatinya di dunia, yang telah dimegah-megahkannya itu samada berupa keamanan, kesihatan, kelazatan dalam makan dan minum, tempat tidur (rumah) mahupun kenderaan, handphone, komputer, dan segala bentuk kenikmatan-kenikmatan lain yang telah dinikmatinya.

Alangkah eloknya, bahagianya, beruntunglah, senanglah kehidupan di dunia ini dan telah mendapat pahala di akhirat kelak bagi mereka yang menggunakan segala kenikmatan yang dimiliki di atas ke arah jalan yang Allah taala redhai. Seperti menggunakannya untuk tujuan menegakkan Islam, menguatkan Islam, memperhebatkan Islam, dan meletakkan Islam hebat di mata dunia sekarang.

Tetapi sebaliknya, rugilah, celakalah, binasalah, musnahlah kehidupan di dunia dan dosalah balasannya bagi mereka yang menggunakan segala nikmat yang diperolehinya seperti yang disebut tadi ke arah jalan yang Allah taala murkai. Seperti menggunakannya bertujuan menjatuhkan Islam, melemahkan Islam, menghilangkan gah Islam, dan meletakkan nilai Islam kecil di mata dunia ini.

Ya Allah... Mudahkanlah bagi kami untuk menyukuri nikmatMu dan menunaikan hak yang dipertanggungjawabkan, agar dapat kami memberikan jawapan ketika dikemukakan pertanyaan kepada kami di akhirat kelak. Aamiinn Ya Rabbal 'Aalamiin...
posted by Abu Mus'ab @ 2:33 PTG   0 comments
YANG KEKAL DAN YANG TIDAK AKAN MATI
Rabu, April 15, 2009

Yang Kekal dan Yang Tidak Akan Mati

Diriwayatkan ada seorang raja berjaya membangunkan kota dengan segala keperluannya dan kekuatannya dengan cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah ada cela dan kekurangan pada kota yang dibinanya itu.

Hampir semua orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada seorang pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Kemudian dengan perintah raja, lalu mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.

"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Adakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"

"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.

"Sila nyatakan apakah itu." Desak raja.

"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.

Mendengar cerita tentang Syurga dan segala keindahannya itu, raja itu tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan Neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan.

Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, dengan ikhlas raja mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.


Begitulah sahabat-sahabat sekalian, segala kemewahan yang kita bina selama ini tidak akan kekal buat selama-lamanya. Sepengetahuan saya, sahabat sekalian amat mengetahui akan hal ini. Rumah, kereta, bank's saving, dan perniagaan, ini semua jika tidak dimanfaatkan mengikut acuan Allah taala, maka pasti akan mengundang kepada bala bencana. Jangan kerana nak tegakkan rumah dan perniagaan, usrah tak mahu hadir, program takda masa nak datang, ajak makan pun tak boleh hadir juga. Sama-samalah kita bermuhasabah khusus untuk diri saya ini.
posted by Abu Mus'ab @ 8:23 PG   0 comments
AZHARIYYUN SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Azhariyyun Sebagai Agen Perubahan

Satu persoalan yang ditanya di penghujung kuliah Maghrib tadi, di Surau Blok 9, Felda Kertih Satu. Masalah kafir-mengkafirkan orang yang menyokong UMNO, sedangkan UMNO ni orang Islam, dia solat, puasa, zakat, kerjakan Haji. Orang PAS buat silap jugak. Camna Ustaz?

Perlu diteliti balik. Rukun agama ialah Islam, Iman dan Ihsan. Ketiga-tiga ini merupakan teras yang utama dan mesti disebatikan dalam seseorang individu. Tidak boleh dijuzu'-juzu'kan mengikut hawa nafsu. Sehingga ketepikan soal hukum halal dan haram. Sehingga hilang keyakinan terhadap janji Allah taala. Sehingga timbul bibit-bibit menganggap bahawa rugi berjuang di masa muda ini. Akibatnya terus hanyut, merasakan diri dah sempurna, betul, dan tepat.

Kalimah 'Kaafir', asal daripada kalimah 'kafaro', ni dalam bahasa Arab yang bermaksud dalam Melayu ialah 'ingkar'. Jadi tak salah jika kita katakan kepada seseorang Islam itu 'Kaafir' dengan makna 'dia telah ingkar'. Bukan bermaksud kaafir keluar Islam, tapi dengan sebab dia telah ingkar akan ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad SAW.

Saya menambah, zaman sekarang, khusus di Malaysia, ramai orang Melayu yang anut agama Islam. Tapi yang masalahnya, masih ramai lagi dari sudut keimanan, tidak ada. Mereka tidak beriman kepada Allah taala secara keseluruhan, tidak beriman kepada Malaikat secara keseluruhan, tidak beriman kepada Kitab (al-Quran) secara keseluruhan, tidak beriman kepada ajaran Rasul (Muhammad SAW) secara keseluruhan, tidak beriman kepada Hari Qiamat secara keseluruhan dan tidak beriman kepada Qada' dan Qadar secara keseluruhan.

"Sesiapa yang kufur selepas beriman, maka terhapuslah segala amalannya, dan dia di akhirat kelak tergolong di dalam kalangan mereka yang rugi". (Surah al-Maidah:Ayat 05)

Jadi, saya mengharapkan kepada para sahabat seperjuangan, kitalah agen perubahan dalam masyarakat Islam di Malaysia, kitalah perintis kepada penjelasan-penjelasan yang berkait dengan istilah-istilah yang sengaja disempitkan pemahamannya dalam Islam seperti kalimah Kaafir tadi dan sebagainya oleh musuh-musuh Islam terutama UMNO sekarang ini. Ini adalah tugas kita semua. Harapan ini adalah bukan harapan peribadi saya. Tetapi ini adalah harapan Presiden ILMAM Pusat.
posted by Abu Mus'ab @ 2:04 PG   0 comments
MESYUARAT AGUNG UUKD KALI KE-9
Jumaat, April 10, 2009

Mesyuarat Agung UUKD

Hari ini, 14 Rabiul Akhir 1430H bersamaan 10 April 2009, Jumaat, bertempat di Bangunan PASTI Gong Pasir, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Urusan Ulama PAS Kawasan Dungun (UUKD) kali ke-9. Program Muhasabah Sanawi ini selamat dirasmikan oleh YBhg Ustaz Ismail bin Dagang, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu (DUPNT).

Mesyuarat Agung yang telah mencatat pelbagai kenangan dalam sejarah, inilah yang diharapkan iaitulah realisasikan "MengUlama'kan Profesional dan MengIntelektualkan Ulama". Sememang inilah yang kena dimuhasabahkan dan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman.

Saya telah diamanahkan untuk menampuk portfolio Setiausaha Ulama Kawasan Dungun bagi sesi 2008/09. Dan tahun ini merupakan tahun pemilihan. Sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan tersebut bagi sesi 2009/2011. InsyaAllah dengan amanah yang diberi, akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan "will be responsibility".

Kepimpinan Ulama PAS Kawasan sesi baru ini, tidaklah banyak perubahan. Hanya seorang perwakilan yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa baru. Mesyuarat agung kali ini benar-benar menyentuh tentang Apa Peranan Ulama dalam suasana sekarang. Orang bukan Islam seperti Cina dan India, sudah mula tertarik dengan Islam. Bagaimana Ulama hendak mempastikan mereka semakin sukakan Islam dan akhirnya menganut Islam?

Di samping itu, yang dibangkitkan adalah Ulama yang berada di Dungun tidaklah sedikit. Tetapi sejauh mana Urusan Ulama Dungun memanipulasikan mereka dalam usaha memantapkan lagi kepimpinan Ulama dalam PAS di Dungun khasnya dan Malaysia amnya?

Actually, saya benar-benar mengharapkan sahabat-sahabat yang telah tamat pengajian agama di Universiti al-Azhar khususnya, dan institusi tempatan amnya, agar dapat sama-sama berganding bahu, bersatu-padu, bekerjasama dalam memantapkan Islam di kalangan masyarakat yang ada sekarang yang sememangnya mereka amat dahagakan ilmu agama terutama kepada golongan pemuda/di. Tidak lupa agar dapat memberi komitmen yang tidak berbelah-bagi untuk memastikan kepimpinan PAS di masa akan datang adalah di kalangan Ulama'.

Mesyuarat agung tersebut berakhir jam 6.15 petang. Diakhiri dengan bacaan doa dan tasbih kaffarah serta surah al-Asr.

posted by Abu Mus'ab @ 11:02 PTG   0 comments
BOIKOT MOTOROLA !

Boikot Motorola Kerana Membekalkan Fius Bom Kepada Israel !


Motorola telah menjual satu unit kontroversial yang menghasilkan fius-fius bom dan peralatan lain untuk tentera Israel, menurut laporan sebuah akhbar kewangan Israel , Globes . Tidak penjelasan yang telah ditawarkan dalam laporan media tentang jualan oleh Motorola Israel — sebuah anak syarikat milik penuh Motorola — bagi unitnya yang dipanggil Government Electronics Department (GED) untuk syarikat Israel , Aeronautics Defense Systems Ltd.

Jualan itu datang sehari selepas bantahan 30 Mac kempen boikot Isarel di Brooklyn anjuran The New York Campaign untuk Boycott Israel (NYCBI) memulau Motorola kerana sokongannya terhadap dasar aparteid Israel.

Ryvka Bar Zohar daripada NYCBI berkata , “Kita akan lebih bersemangat sekiranya Motorola menyingkirkan sekurang-kurangnya pengeluaran fius-fius bom bom-bom yang Israel gunakan kepada penduduk Palestin dan rakyat Lebanon. Tetapi kita akan terus berkempen untuk memulau Motorola sehingga mereka menyingkirkan pengeluaran dan jualan bagi semua produk yang menyokong dasar aparteid Israel.”

penterjemah : gunx
posted by Abu Mus'ab @ 2:01 PG   0 comments
MUSIBAH AKAN MENIMPA APABILA ...(III)

Musibah Akan Menimpa Apabila ...

Pengajaran dari Hadis

1- Tidaklah zahirnya perkara keji dalam sesuatu kaum itu sehinggakan mereka terang-terang melakukannya melainkan mereka akan ditimpa penyakit taun dan penyakit yang tidak pernah berlaku sebelum mereka.

Bala bencana adalah sebagai ujian kepada orang yang beriman untuk memantapkan keimanan dan membetulkan keadaan akibat kecuaian yang berlaku. Namun ia adalah ancaman Allah kepada orang yang tidak beriman walaupun dia orang Islam.

Kegawatan sosial yang berlaku seperti pelacuran, penzinaan, pencabulan, rompakan bersenjata, sumbang mahram, penagihan dadah dan arak adalah dimurkai Allah yang mungkin menyebabkan sesuatu bala menimpa masyarakat. Apabila bala menimpa ia akan menimpa umum samada orang berdosa atau orang yang tidak berdosa, janji Allah telah menjadi kenyataan. Banyak penyakit yang timbul sekarang ini hasil daripada perbuatan jenayah tersebut. Yang paling menakutkan ialah HIV dan AIDS yang sehingga kini masih tidak ada ubat yang dapat merawatnya.

Masalah kegawatan sosial ini tidak mungkin diatasi melainkan dengan kembali kepada penyelesaian dan hukuman yang telah ditetapkan Allah kerana Pencipta manusia ini sememangnyalah yang lebih mengetahui masalah dan penyelesaian kepada masalah yang menimpa manusia itu. Hukuman kepada jenayah-jenayah ini seperti Hudud, Qisas dan Ta'zir adalah sebaik-baik rawatan dan pencegahan kepada manusia.

Tanggungjawab mencegah maksiat adalah tanggungjawab bersama hasil dari arahan Allah dan RasulNya dalam banyak al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

Bersambung ...

posted by Abu Mus'ab @ 1:20 PG   0 comments
DETIK KEMENANGAN
Selasa, April 07, 2009

Detik-detik Mencapai Kemenangan


Jam 6.50 petang tadi, saya dijadualkan untuk memberi kuliah mingguan di Surau Blok 9, Felda Kertih 1. Asalnya keberatan juga. Tetapi memandangkan minggu lepas, saya tak dapat hadir, jadi minggu ni saya kuatkan semangat untuk bersama-sama dengan masyarakat felda.

Dalam meniti untuk mengetahui detik-detik kemenangan, saya letakkan handphone saya di atas meja. Sebelum ini saya tak pernah berbuat demikian. Ini kerana saya nak memaklumkan keputusan terkini majoriti kemenangan PAS di Bukit Gantang dan PKR di Bukit Selambau. Saya memaklumkan hal demikian kepada ahli jemaah surau tersebut.

Dalam sedap-sedap membentangkan tafsir dari Surah al-Imran, jam 8.11 malam, saya dimaklumkan oleh sahabat saya melalui SMS bahawa :"leading 2400 di gantang daripada kira separuh jumlah undi.. 400 di Selambau". Saya bersyukur dan memaklumkan kepada ahli jemaah surau dan disambut dengan laungan TAKBIR !

Kemudian saya teruskan kuliah saya sehinggalah sampai satu lagi SMS jam 8.28 malam yang berbunyi:"leading 2500 di gantang daripada 32 ribu jumlah undi..900 di selambau, doa2kan". Saya pun memaklumkan kepada ahli jemaah surau dan disambut dengan laungan TAKBIR sekali lagi. Alhamdulillah...

Jam 8.30 malam saya hentikan kuliah saya, dan seterusnya menunaikan Solat Isyak berjemaah, dan akhirnya selesai solat dimaklumkan bahawa PAS Menang di Bukit Gantang dengan majoriti 3022, Selambau Menang. Alhamdulillah...

Bila sampai di rumah, saya melihat berita rasmi daripada lamanweb malaysiakini menyatakan bahawa PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit. Alhamdulillah...

Saya tanya isteri saya apa kata TV (TV1, TV2, TV3) ? Tak tunjuk pun...Bangsat punya TV UMNO ni. Dia tunjuk yang BN Menang kat Batang Ai...Melonjak-lonjak sambut kemenangan hasil undi daripada pengundi yang kebanyakkannya gelap dari sudut Ilmu Agama, Isu Semasa dan Kejahatan UMNO. Takpalah..Memang UMNO camtu...

Ala kulli hal, Alhamdulillah..setinggi kesyukuran kepada Allah taala dengan kemenangan PAS di Bukit Gantang. Kemenangan HETRIK selepas kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, diikuti di Kuala Terengganu dan malam ini di Bukit Gantang. TAKBIR ! TAKBIR ! TAKBIR !
posted by Abu Mus'ab @ 10:37 PTG   0 comments
TAHNIAH BUKIT GANTANG

Tahniah ... Alhamdulillah ... Allahu Akbar


PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan pengjumlahan undi.
posted by Abu Mus'ab @ 10:21 PTG   0 comments
MUNAJAT MENENTANG MUSUH ISLAM

Munajat Melumpuhkan Musuh Islam


بسم الله الرحمن الرحيم

شاهت الوجوه وعميت الأبصار

صم بكم عمي فهم لا يرجعون

اللهم فرق جمعهم وشتت شملهم وخالف بين كلامهم

ولا يزالون مختلفين

سيهزم الجمع ويولون الدبر

فهزموهم بإذن الله

لا حولا ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

اللهم كما ألنت الحديد لداوود ألنت قلوبنا لطاعتك ولمعاونة حزبك وجماعة المسلمين



Kelebihannya:

1- Musuh akan mengalami tekanan
2- Musuh akan mengalami kelesuan dan berkecamuk fikirannya
3- Musuh akan mengalami ketiadaan petugas, akan lengang
4- Musuh akan takut dan gerun kepada pembacanya dan tentera Islam
5- InsyaAllah akan mencapai kemenangan yang cemerlang


Sepertimana yang telah berlaku pada PRK Kuala Terengganu terhadap jentera BN/ UMNO. Keadaan di atas lah yang telah mereka alami.


Cara Membaca :

Pembaca itu mestilah berada dekat dengan tentera musuh Islam itu, Baca dan hembuskan ke arah mereka semua sekali. Marilah kita sama-sama bermunajat dengan munajat tersebut demi mencapai kemenangan yang besar di PRK 059 Bukit Gantang, InsyaAllah...

posted by Abu Mus'ab @ 12:51 PTG   0 comments
MUSIBAH AKAN MENIMPA APABILA ...(II)
Sabtu, April 04, 2009


Musibah Akan Menimpa Apabila ...


Renungilah sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud: "Dari Abdullah bin Umar r.a berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami dan berkata: "Wahai kalangan Muhajirin, 5 perkara (golongan), kamu akan binasa jika kamu dibalakan dengannya dan aku berlindung daripada ianya berlaku ke atas kamu ;

1- Tidaklah zahirnya perkara keji dalam sesuatu kaum itu sehinggakan mereka terang-terang melakukannya melainkan mereka akan ditimpa penyakit taun dan penyakit yang tidak pernah berlaku sebelum mereka.

2- Tidaklah mereka mengurangkan timbangan dan ukuran melainkan mereka akan dibalakan dengan tahun-tahun kebuluran dan kepayahan serta kezaliman pemerintahan ke atas mereka.

3- Tidaklah juga mereka menahan dari membayar zakat harta mereka melainkan mereka akan ditahan dari menerima hujan dari langit yang mana kalaulah tidak kerana binatang-binatang ternakan, nescaya akan terus tidak diturunkan hujan.

4- Tidaklah mereka membatalkan perjanjian (amanah) dengan Allah taala dan RasulNya melainkan Allah akan menjadikan musuh mereka berkuasa ke atas mereka lalu mereka akan merampas apa yang sebelumnya berada dalam tangan mereka.

5- Dan juga tidaklah pemimpin mereka menghukum dengan bukan kitab Allah (al-Quran) dan memilih-milih apa yang diturunkan Allah melainkan Allah akan menjadikan berlakunya penindasan antara sesama mereka sendiri".

Bersambung ...

posted by Abu Mus'ab @ 10:09 PG   0 comments
PERALIHAN KUASA
Jumaat, April 03, 2009

Peralihan Kuasa Mestilah Berteraskan Islam

Saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Di antara tanda-tanda taqwa seseorang kepada Allah taala ialah Istiqamah dengan ajaran Islam. Iaitu ajaran yang benar daripada Allah taala dengan beriltizam terhadap segala perintah dan ajaranNya. Kita perlu yakin dan percaya bahawa Islam adalah ajaran kebaikkan serta menjamin keselamatan manusia di dunia dan akhirat.

Marilah kita pada hari ini, menunjukkan Izzah atau kehebatan dan kekuatan kita dengan Islam ketika manusia di seluruh dunia dalam keadaan terumbang-ambing dilanda kemusnahan agama-agama yang lain daripada Islam serta Idealogi-idealogi ciptaan manusia. Mereka mengharapkan perubahan dan menyangka bahawa perubahan boleh berlaku dengan bertukarnya kerajaan serta pemimpin. Mereka mengharapkan keadaan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Namun bagi umat Islam yang beriman, kita telah diajar bahawa perubahan yang membawa kebaikan hanyalah perubahan yang mengikut acuan dan ajaran Allah taala sahaja. Tidakkah kita telah diajar supaya mengulang-ulangkan wirid atau bacaan pada setiap kali selepas solat? Firman Allah taala dalam Surah al-Imran ayat 26:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ini menunjukkan bahawa sebarang perubahan yang berlaku daripada seseorang pemimpin kepada seorang pemimpin yang lain, daripada satu kerajaan kepada satu kerajaan yang lain tidak berupaya membawa perubahan selagi mana tidak berpandukan petunjuk Allah taala, kerana yang menyelamatkan manusia adalah Islam bukannya pemimpin yang dipuja sedangkan Islam dipermainkan dan tidak diamalkan.

Di tangan kekuasaan Allah taala sahajalah kebaikkan, maka hanya Islam sahaja yang membawa kebaikkan. Sejarah dunia telah menunjukkan kepada kita pertukaran pemimpin yang silih berganti, samada di negara-negara besar atau kecil, tetapi ianya terus berada dalam kemusnahan dan kejahilan selagi mana mereka tidak menunjuk petunjuk Allah taala.

Oleh kerana itulah, kita mesti bergantung dengan Islam iaitu petunjuk Allah taala yang merupakan jaminan yang sebenar daripada Allah taala. Firman Allah taala di dalam al-Quran surah as-Soff ayat 9:

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci.

Saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah taala sekalian,

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, dunia dilanda oleh Jahiliyyah dan kesesatan, walaupun silih berganti kuasa-kuasa besar yang memerintah dan berkuasa tetapi semua kuasa-kuasa itu berjalan di atas nama Jahiliyyah yang menolak petunjuk daripada Allah taala yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul alahimussolatu wassalam.

Walaupun dinamakan kuasa-kuasa besar dunia, tetapi selagi tidak mengikut petunjuk Allah taala maka ianya pasti membawa kesesatan dan kemusnahan dalam kehidupan. Walaupun mereka dapat membangun negara dengan segala kemewahan hidup dan kebendaan, mampu membina tamadun yang hebat, namun semuanya itu akan merosok dan memusnahkan diri mereka sendiri. Itulah panduan yang dibawa oleh al-Quran al-Karim.

Oleh kerana itu sebagai seorang yang beriman, kita tidak boleh terikut-ikut dengan manusia yang tidak beramal dengan Islam yang mengharapkan kebaikan boleh berlaku dengan berlakunya perubahan kuasa besar dunia ataupun perubahan tampuk pemerintahan negara selagi mana Islam ditinggalkan. Sebaliknya kita hendaklah menyatakan keyakinan, bahawa hanya Islam yang dapat menyelamatkan kita, membawa kebaikkan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

بسم الله الرحمن الرحيم

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ


Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Surah al-Imran ayat 85)
posted by Abu Mus'ab @ 3:22 PTG   0 comments
MUSIBAH AKAN MENIMPA APABILA ...

Musibah Akan Menimpa Apabila ...


Malapetaka dan musibah yang sedang menimpa manusia di dunia sekarang samada orang Islam atau orang Kafir adalah kerana disebabkan angkara kejahatan dan maksiat yang dilakukan oleh sesetengah manusia. Ini telah dinyatakan dalam al-Quran dalam ayat 41 Surah ar-Ruum yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Sekarang, dengan peralihan kuasa baru Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ke tangan seorang manusia yang saya sendiri berpandangan bahawa manusia yang tak layak untuk memikul amanah besar ini. Seluruh rakyat jelata yang berada di Malaysia samada di pedalaman ataupun bandar adalah berada dalam tanggungjawab Perdana Menteri yang ke-6 ini. Saya nak tanya, adakah YAB mampu menjawab persoalan Malaikat Munkar dan Nakir semasa di alam Barzakh nanti ketika ditanya tentang pelaksanaan amanah terhadap masyarakat Malaysia? Dalam keadaan YAB berada dalam situasi peribadi yang amat menjijikkan sekarang ini, dengan kes pembunuhan Altantunya dan pembelian kapal selam yang belum selesai, Patutkah?

Saya sengaja bertanya demikian walaupun saya dah tahu Perdana Menteri ke-6 memang kehidupannya mirip kepada kehidupan orang bukan Islam walaupun dia mengaku dia orang Islam. Mudah-mudahan kepimpinan Malaysia yang baru akan menunaikan amanah dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah walaupun saya tahu mereka ini tidak akan berbuat demikian. Inilah akibat kepada orang Islam di Malaysia apabila ajaran Islam tidak dijadikan panduan yang utama. Mendapat pemimpin yang cerdik tapi jahil Islam. Bergembira Yahudi laknatullah. Celaka sungguh ! Bersambung ...
posted by Abu Mus'ab @ 11:38 PG   0 comments
NABI ILYAS A.S DAN MALAIKAT
Khamis, April 02, 2009

Nabi Ilyas a.s dan Malaikat


Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.

"Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut.

"Tidak tahulah." Jawab Ilyas.

"Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat.

"Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah," jawab Ilyas.

Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya.

Nabi Ilyas ingin terus hidup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya. "Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah.

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, setiap di antara kita mengetahui bahawa dengan mengingati Allah akan menenangkan hati dan jiwa kita. Tetapi, sesungguhnya untuk berjihad fi sabilillah memerlukan kemantapan rohani dan jasmani. Dari sini, keperluan zikrullah adalah amat penting. Jangan lupa untuk berzikir kepada Allah taala.
posted by Abu Mus'ab @ 10:52 PTG   0 comments
FOTO PENAMAAN CALON P059
Rabu, April 01, 2009
Buat Tontonan Sahabat Seperjuangan








































posted by Abu Mus'ab @ 11:57 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::