:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

KESAN-KESAN PENJAJAH
Sabtu, Mei 30, 2009

Kesan-kesan Penjajah


Di antara kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah ialah;

1. MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT

Para penjajah tidak berjaya memesongkan majoriti orang Islam dari Islam sepanjang penaklukan mereka ke atas negara-negara itu. Walaupun mereka mereka mencurahkan tenaga mereka habisaan untuk tujuan ini, ianya tetap tidak berjaya.

Oleh kerana itu penjajah telah mengekalkan mereka (anak2 negeri yang dijajah) supaya mereka tetap hidup dalam kejahilan dan dengan merosakkan akhlak mereka. Penjajah menguatkuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat Islam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam. Seterusnya mereka membiasakan anak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam.

Walaupun begitu penjajah masih tidak mampu menarik ummat Islam untuk menentang Islam dan tradisi Islam. Buktinya ialah umat Islam masih tetap cinta kepada Islam hingga sekarang ini, sama dengan umat Islam di zaman silam. Saudara-saudara akan dapati mereka itu beriman dengan Islam dari lubuk hati mereka. Niat mereka jujur, azam mereka benar, mereka tidak akan redha menganut sistem hidup yang bukan Islam, walaupun mereka tidak memahami Islam secara mendalam dan tidak terdidik dalam perundangan dan pengetahuan Islam. Tidak diragukan lagi bahawa akhlak mereka telah runtuh, adat resam mereka telah musnah dan perasaan-perasaan mereka telah rosak, tetapi pengukuran atau neraca nilai-nilai akhlak tetap tidak berubah.

Ya, kemungkinan mereka akan bermuamalat dengan riba, melakukan zina, meminum arak bahkan memang itu telah berlaku, tetapi saudara-saudara tidak dapati di kalangan mereka ada yang menyatakan halal sesuatu yang diharam oleh Allah kecuali sedikit dari mereka. Ada yang memang benar-benar berhaluan barat yang menghalalkan perkara yang diharam oleh Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah.

Orang-orang Islam secara umumnya tidak mengangap tarian, nyanyian, permainan sia-sia dan pelbagai maksiat yang memenuhi malam itu adalah kebudayaan dan dasar cara hidup mereka, sekalipun mereka sendiri terlibat dan berat kaki tangan ketika diajak beribadat untuk menyuci jiwa mereka.

Walaupun mereka masih mewarisi cara hidup di bawah undang-undang barat, namun fikiran mereka belum diresapi oleh fahaman yang menyatakan bahawa undang-undang barat ini adalah lebih betul dan lebih sesuai. Mereka masih tidak dapat menerima kata-kata undang-undang Islam telah ditelan zaman atau tidak sesuai lagi dengan peredaran zaman sekarang. Hanya segolongan kecil sahaja yang benar-benar terperdaya dengan tamaddun barat tertarik dengan lahiriah tamaddun ini yakin dengan perundangan dan sistem rekaan barat itu. Kebanyakan orang Islam umumnya masih beriman teguh dengan perundangan Islam. Mereka menuntut supaya undang-undang Islam dikuat kuasakan di dalam negeri mereka.

Bersambung...
posted by Abu Mus'ab @ 8:30 PTG   0 comments
ORANG YANG PALING BERANI


Orang Yang Paling Berani


Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Musnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya: "Pada suatu hari Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata: "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?"

Jawab mereka: "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."

Kata Ali: "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa saja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."

"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau baginda SAW dan menyakiti baginda SAW dan mereka berkata: "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata: "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah ?" Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya.

Kemudian Ali berkata: "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam saja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya: "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menzahirkan imannya."

Begitulah sahabat-sahabat sekalian. Keberanian para Sahabat terdahulu jelas lagi nyata. Mereka sanggup pertahankan Islam. Ilmu yang mereka miliki adalah untuk perjuangkan, martabatkan dan muliakan ISLAM. Terutama Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Tentu sahabat-sahabat tau kan. Bahawa mereka yang terdahulu tidak memiliki status hidup semacam yang kita miliki sekarang. Mereka tidak berpelajaran tinggi, ada PHD atau MA, dan seumpamanya dengannya.

Berbeza diri kita dengan mereka, takuttt... Eh..Eh.. Mana ada takut? Mana mu tau aku takut? Ingat mu berani sangat? Mu cakap sedap sokmo ...Tetapi inilah hakikatnya. Tipisnya iman kita sekarang yer. Takut kepada proksi-proksi Yahudi. Terutama kerajaan BN/ UMNO untuk menzahirkan dan berada dalam program-program PAS. Dengan alasan, maslahah...
posted by Abu Mus'ab @ 6:46 PTG   0 comments
PENYEMPITAN PEMAHAMAN
Khamis, Mei 28, 2009

Penyempitan Pemahaman


Kelmarin, jam 12.01 tengahari, ketika dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, selepas semua bil dibayar di Telekom Malaysia Dungun, aku membuka radio channel IKIM.FM. Aku tertarik dan terkejut terhadap satu ulasan mengenai Kemestian Menjaga Akhlak oleh seorang jurucakap dalam radio itu. Maybe dia tu Ustazah, atau Ustazah Celup.

Apa yang dikatakan olehnya berdasarkan kepada pemahaman saya yang mafhumnya lebih kurang adalah "Orang perempuan yang memakai tudung itu, apabila dia menunjukkan akhlak yang tidak baik adalah LEBIH MALANG berbanding dengan orang perempuan yang tidak memakai tudung, tetapi dia mempunyai akhlak yang baik".

Saya berpandangan ustazah ini adalah graduate from University Tempatan. Bukan luar negara. Biasalah, sape-sape boleh bercakap hal agama sekarang kan. Orang yang jahil lagi Turkir boleh bercakap. Bahkan JKKK dan Menteri UMNO yang tidak ada basic agama pun, Mufti boleh tunduk dengan arahan dan percakapan mereka.

Jadi, saya nak membetulkan keadaan ini. Jika saya silap, sahabat-sahabat saya yang lain boleh membetulkannya yer. Masalah tudung iaitu menutup aurat adalah perkara yang WAJIB ke atas orang perempuan Islam yang thabit dengan dalil-dalil yang Qot'ie (putus) dari al-Quran dan as-Sunnah SAW. Jika ketepikannya, maka dosa besar ke atas orang itu, bahkan berdosa besar lah dia.

Adapun memastikan akhlak seseorang itu baik tidak ditentukan kepada mana-mana anutan samada Islam, Budha, Hindu, Yahudi, Kristian dan lain-lain. Tetapi kita orang Islam dituntut amat sangat untuk menjaga akhlak ini kerana ini adalah antara ciri-ciri orang Islam. Ia juga dikira sebagai satu asas rukun agama iaitulah Islam (Feqah), Iman (Tauhid) dan Ihsan (akhlak).

Dalam hal ini, yang sebenarnya. Perempuan yang tidak menutup aurat walaupun dia berahklak baik adalah LEBIH MALANG berbanding dengan perempuan yang menutup aurat walaupun dia berakhlak kurang baik.

Ini kerana perempuan yang tidak menutup aurat samalah keadaan dia dengan perempuan Kafir. Mana ada orang perempuan yang kafir memakai tudung. Dalam satu hadis Nabi SAW melarang orang Islam menyerupai sebarang cara kehidupan orang-orang bukan Islam. Bahkan yang membezakan perempuan Islam dengan bukan Islam adalah dengan menutup aurat.

Akhirnya, saya berharap kepada Ustazah Celup tadi membetulkan keadaan ini, kerana ia adalah pemahaman yang boleh menyesatkan perempuan Islam di Malaysia ini terutama kepada pemudi-pemudi, remaja perempuan, para selebriti dan juga warga bangsawan dalam negara kita ini. Ini adalah satu perkara yang menyesatkan lagi menyesatkan.

Wallahu a'lam
posted by Abu Mus'ab @ 8:14 PG   0 comments
FAHAMAN DAN TAKTIK BARAT

Keimanan Orang Yang Terpengaruh Dengan Barat


Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa "..segala sesuatu yang datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara barat adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan, padahal sebenarnya mereka itu adalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.


Teknik Mengangkat Taraf Orang Yang Jahil Tentang Islam

Wahai pemuda-pemuda yang dicintai sekalian,

Di antara taktik penjajah yang licik dalam usaha mereka memerangi ummat Islam ialah dengan cara; setiap orang Islam yang mula mendapat menerima celupan barat dan menjauhi ciri-ciri Islam akan segera diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Mereka akan diberi kedudukan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai pegawai awam atau tentera. Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial. Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen. Pendek kata mereka inilah yang mendapat keistimewaan dalam masyarakat.

Apabila gerakan kemerdekaan mula bangkit, dan kemerdekaanpun tercapai, maka biasanya tampok pimpinan pasti kembali ke tangan mereka ini. Oleh kerana mereka adalah orang-orang yang menguasai bahasa dan tabiat penjajah, maka mereka itu merupakan manusia yang paling dekat dengan penjajah.

Oleh yang demikian, takkala bayang penjajah mulai hilang dari negeri-negeri ummat Islam, bila belenggu-belenggu penjajahan dapat disingkirkan, negara-negara Islam mencapai kemerdekaan, maka tampok pemerintahan dan kuasa memutuskan undang-undang (kekuasaan mesyuarat tertinggi ) berpindah kepada golongan ini. Ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

Bermula dari kekuasaan penjajah bertapak di negeri-negeri Islam sehingga mereka mengangkat kaki meninggalkan bumi itu, sejarah penjajahan ini mengandungi beberapa perkara yang perlu diketengahkan, terutama ketika kita sedang mengkaji tentang suasana dan masalah yang sedang berlaku di negara-negara Islam. Kita tidak boleh memahami dan menyelesaikan permasalahan ini secara meyeluruh sekiranya kita tidak mengkaji terlebih dahulu tentang kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah.

"Abul A’la Al-Maududi"
posted by Abu Mus'ab @ 7:49 PG   0 comments
ULAMA' PAS PERLUKAN PERUBAHAN
Selasa, Mei 26, 2009

Ulama PAS Perlukan Perubahan


DUNGUN, Gagasan "Kepimpinan Ulama" yang dimulakan sejak tahun 1982 berjaya meletakkan PAS ke tahap sekarang namun di waktu yang sama perubahan ke arah kepimpinan yang lebih baik dan mantap adalah perlu.

Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Dato' Husin Awang berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Terengganu ke-44, di Dewan Darul Bayan Pinang Merah, Paka, Dungun, baru-baru ini.

"Kita (Dewan Ulama) juga mengharapkan perubahan dalam kepimpinan ini ke arah yang lebih agresif, maju dan mantap," tegasnya.

Katanya, ulama dan profesional bukan lagi menjadi isu dalam kepimpinan PAS kerana golongan ulama yang profesional boleh memimpin masyarakat serta mentadbir urus negeri dengan baik.

Kata Dato' Husin lagi, kepimpinan ulama wajar memimpin parti dan masyarakat bagi mengekang bencana akidah dan politik yang semakin membarah.

"Ulama harus memimpin masyarakat kerana golongan ini menjadi pengawal kepada agama, menegakkan yang hak dan mencegah kemungkaran," ujarnya.

Tambahnya, iklim politik negara semakin berubah dari tahun ke tahun dan memerlukan pendekatan serta interaksi yang menyakinkan rakyat.

Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS negeri itu telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohammad Daud Iraqi.
posted by Abu Mus'ab @ 6:21 PTG   0 comments
MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM

Meniru Gaya Hidup Bukan Islam


Pemuda-pemuda sekalian,

Sesungguhnya kemerosotan pemikiran generasi pemuda dan pemudi sekarang ini telah sampai kemuncaknya :

PERTAMA : Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya. Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untuk menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.

KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam. Mereka tidak pernah mengikut tingkah laku kehidupan orang Islam walaupun hanya sekejap, sekalipun mereka hidup dalam negara ummat Islam seumur hidup mereka.

KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah. Golongan yang berhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orang barat dalam semua aspek - kecil dan besar. Bermula dari cara makan dan minum mereka sehinggalah kepada adat istiadat seperti cara berdiri dan duduk. Akhirnya mereka masuk ke dalam setiap lubang yang dimasuki oleh orang-orang barat, sekalipun ketika mereka berada di negeri-negeri mereka sendiri (negeri-negeri Islam). Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma), idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah, pergaulan bebas, berbogel (mendedahkan aurat) dan mabuk.

"Abul A’la Al-Maududi"
posted by Abu Mus'ab @ 10:00 PG   0 comments
PELIK JUGA TAPI BENAR
Isnin, Mei 25, 2009

Pelik Juga Tapi Benar


Jam 6 pagi, 23 Mei yang lalu, saya kena berada di Airport Lapangan Terbang Kertih. Jadi saya kena turun dari rumah jam paling lewat jam 05.45 pagi. Alkisahnya selepas khidmat diri, apabila nak solat Subuh, tiba-tiba saya terhidu satu bauan yang amat busuk. Saya maklumkan kepada isteri saya. Dia pun ada terhidu juga. Ingatkan bau itu datang dari dapur, tapi tidak. Bau itu berlegar-legar di sekitar tempat solat.

Saya pun tanpa hiraukan bau itu, masa pun dah semakin suntuk, jadi saya terus lakukan solat. Yang ajaibnya. Apabila solat dilakukan, bau itu pun hilang. Sampailah saya selesai solat. Dalam fikiran saya bau apa itu. Kot-kot bau sesuatu dari alam ghaib.

Hari ini, 25 Mei, saya bertanyakan kejadian itu kepada isteri saya. Adakah dia masih terhidu bau busuk yang pelik itu. Selepas saya keluar ke airport itu, bau itu datang semula, tapi ia semakin beransur hilang, kerana hari dah semakin siang.

Ala Kulli Hal, harap-harapnya Allah taala melindungi segala isi rumah saya, terutama kepada saya dan seluruh keluarga saya daripada segala kejahatan manusia dan jin-jin di dunia ini. Aamiiin... InsyaAllah takda apa-apa. Saje nak kongsi pengalaman...
posted by Abu Mus'ab @ 6:09 PTG   0 comments
ONE MALAYSIA KENE LAKSANAKAN HUKUM ISLAM
Jumaat, Mei 22, 2009
"One Malaysia" Kene Laksanakan Hukum Islam

Dengan keadaan sosial dan jenayah yang semakin berleluasa dan meningkat sekarang ini, maka sudah sampai masanya One Malaysia mesti melaksanakan Hukum Islam iaitulah Hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir.

Walaupun pagi tadi saya telah satu kenyataan bahawa kes jenayah telah berkurangan, tapi saya masih lagi berpegang bahawa jenayah semakin kritikal dan semakin tegang. Telah dinyatakan oleh Allah taala dalam al-Quran yang menyebut: "Apabila telah berlaku percanggahan dan masalah dalam urusan kehidupan maka hendaklah kamu merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah Nabi SAW".

Dengan kes yang terbaru iaitulah suasana sedih yang menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh, semalam, apabila mangsa pembunuhan kejam, Wah Yah Matzi, 42, dan anak lelakinya berusia lima tahun, Ermin Denish dikebumikan dalam satu liang lahad.

Kedua-dua beranak itu dan pembantu rumahnya warga Indonesia, Dani Miasih, 21, mati dibunuh oleh seorang perompak yang dipercayai penagih dadah di Taman Pinji Seni, kelmarin.

Kes yang sebelum ini adalah berlakunya rompakan secara profesional berjumlah RM8 juta. Sebelum tu lagi, kes ragut yang menyebabkan kematian seorang perempuan yang sedang hamil dan pelbagai kes lain yang amat teruk, yang akhirnya menyebabkan kematian.

Saya setuju sangat apa yang telah diutarakan dalam blog Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Apa keje Polis ni? Duk dalam bilik yang berhawa dingin jer ker? Saya tengok kat kawasan saya ni, Polis duk menghabiskan minyak dengan kononya meronda-ronda dengan kereta rondanya. Padahal kes mencuri semakin berleluasa, pemuda minum arak sana-sini.

Dalam masalah Jabatan Agama Islam benarlah apa yang diperkatakan oleh Ust Din dalam blognya. Saya tak nak menghuraikannya. Cukup nak menguatkan memang betul. Dasar makan gaji buta. Syubhah pulak tu. Banyak lagi Jabatan dan Agensi lagi yang bertanggungjawab dalam hal ini. Masing-masing pakat jaga 'Periuk Nasi'. Akibatnya anak isteri menjadi mangsa, rakyat yang berdosa menjadi mangsa. Bukan kah ini dosa besar namanya. Ker guane para Ustaz/ zah sekalian?

Sebab tu lah. Kalau kerajaan "One Malaysia" sekarang nak menyelesaikan masalah ini, caranya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah dengan melaksanakan hukum Islam ini; Hudud, Qisas dan Ta'zir. Jika masih berdegil, memang sah kerajaan "One Malaysia" yang ada hari ini adalah kerajaan Sekular bukan Kerajaan Islam. Dan memang sah kerajaan hari ini adalah kerajaan yang memerintah dengan mengikut telunjuk Yahudi dan Amerika laknatullah. Dan sesungguhnya gejala sosial dan jenayah ini tidak akan pulih bahkan semakin teruk dan parah.

Saya amat berharap kepada semua sahabat-sahabat yang inginkan masyarakat yang aman, berkat, selamat dan sentosa, sama-sama kita berganding bahu, sama-sama menyatakan hal kebenaran ini, sama-sama menegur kerajaan yang corrupted ini. Jangan takut. Sesungguhnya Allah taala bersama dengan orang yang memperjuangkan, membenarkan dan meninggikan agamaNya.

Akhirnya saya berminat nak akhiri kalam ini juga walaupun secara peribadinya rasa tak selesa juga, tapi kerana kerajaan "One Malaysia" ni mengamalkan Sistem Sekular, dalam blog Ust Din, beliau mengakhiri dengan segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala yang buruk itu dari Kerajaan UMNO dan BN. Tapi saya dengan segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala yang buruk itu dari Kerajaan "One Malaysia" ini .

posted by Abu Mus'ab @ 9:40 PG   0 comments
ADUN MANIK URAI MENINGGAL DUNIA

ADUN Manik Urai Meninggal Dunia

PRK ke 7 bakal mendatang. ADUN Manik Urai, Kelantan diberitakan telah meniggal dunia pagi tadi.

YB Ismail Yaacob,60 (PAS) telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan. Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan. Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah.....
posted by Abu Mus'ab @ 9:17 PG   0 comments
SAKIT TAPI SEDAP
Khamis, Mei 21, 2009

Sakit Tapi Sedap

Semalam, jam 10 malam berlangsungnya satu perlawanan Futsal antara Lajnah-lajnah Pemuda PAS Kawasan Dungun. Saya dipihak Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan. Game pertama Kalah dengan Lajnah Sukan. Game kedua Menang dengan Jabatan Pasti. Dan game ketika Kalah pulak dengan JPR.

Game pertama memang letih sebab hampir 2 bulan tak pegang bola. Main kali kedua dalam game ketiga, alhamdulillah rasa lain sikit, gagah. Tapi apakan daya masa amat mencemburui kami. Rasa sekejap jer bermain. Wisel ditiup perlawanan pun habis. Akan disambung semula after 2 weeks, insyaAllah.

Walaupun tidak ada pemenang dalam pertandingan ini, kerana kesuntukan masa, Takpalah..Kurang-kurang boleh bertemu mata dengan pemuda-pemuda sekawasan. Mungkin lusa atau tulat, kesakitan dalam badan akan berlegar-legar dalam tubuh saya ini. Biasalah tu. Futsal merupakan satu elemen sukan yang penting sekarang ini. Demi mencapai keberkatan dan kerahmatan, sayugia sesuatu perkara tidak boleh bercanggah dengan hukum syara'. Hatta dalam bersukan.

Syabas diucapkan kepada Lajnah Sukan dan Rekreasi kerana berjaya menganjurkan perlawanan futsal ini. Semoga di masa akan datang, akan lebih mematangkan dan memajukan elemen yang terpenting dalam kalangan pemuda ini. TAHNIAH !

posted by Abu Mus'ab @ 11:05 PG   2 comments
2 JAM DI CHEMERONG
Rabu, Mei 20, 2009
2 Jam di Chemerong

Ingatkan dekat hutan lipur Chemerong ni ada tempat menginap. Jaraknya dari Paka hampir 70 km. Masa lebih kurang 1 jam. Rupa-rupanya takda tempat untuk menginap. Jadi terpaksalah pemuda dun mencari tempat lain untuk diadakan Family Day Pemuda Dun Paka bagi tahun ini. Ini adalah foto sekitarnya. Tak ambik airnya...







posted by Abu Mus'ab @ 10:33 PG   3 comments
SAUDARA, HARTA DAN AMAL

Saudara, Harta dan Amal

Kata Kumail: "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata: "Ya ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."

Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata: "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi: "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."

Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya.

Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith: "Hanya tiga benda saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; Harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja."

Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya: "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?" Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata: "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya.

Apabila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata: "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab: "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akan menjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya.

Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini: "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya.

Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab: "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebajikan yang telah diperbuatkan.

Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat: "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."


Dalam satu hadis yang lain pernah Abu Hurairah r.a mendengar Nabi Muhammad SAW menyebut bahawa: "Apabila matinya anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya, kecuali 3 amalan: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Doa anak yang soleh". (Riwayat Muslim)

Sahabat-sahabat semua... Macamna kita sekarang? Dah bersediakah kite? Adakah sumbangan dan pengorbanan kita untuk Islam selama adalah semaksima mungkin?
posted by Abu Mus'ab @ 10:15 PG   0 comments
CALON DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
Selasa, Mei 19, 2009

Calon Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Pusat


Pengerusi Tetap (2)
Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap (4)
Aris Awang
Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki
Norazli Musa

Ketua Pemuda (2)
Nasrudin Hassan
Zaki Ibrahim

Timbalan Ketua Pemuda (5)
Ahmad Sabki Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
Musoddak Ahmad
Nasrudin Hassan
Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua Pemuda (5)
Ahmad Sabki Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
Firdaus Jaafar
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan (45)
Abdul Rahman Sidek
Abdullah Abdul Karim
Adly Zahari
Ahmad Baihaki Atiqullah
Ahmad Izzat Mohd Shauki
Ahmad Sabri Yusof
Ahmad Yahya
Aminuddin Zulkepli
Ariffin Deraman
Anuar Ali
Azman Shapawi Abd Rani
Firdaus Jaafar
Firdaus Masod
Hasbullah Ridwan
Helman Sanudin
Kamal Ashaari
Kamaruddin Sidek
Kamaruzaman Mohamad
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Khairul Fahmi Md Som
Khairul Anuar Wafa
Khalil Abdul Hadi
Mohd Adram Musa
Mohd Ashraf Mukhlis
Mohd Nazri Chik
Mohd Noor Hamzah
Mohd Sani Hamzah
Mohd Sufian Ibrahim
Nasir Zakaria
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Norazli Musa
Raja Ahmad Iskandar
Ramadhan Fitri Elias
Riduan Mohd Nor
Ridwan Hashim
Dr Rosli Allani Abd Kadir
Sanusi Mohd Noor
Suhaimi saad
Suhaizan Kaiat
Taufek Abdul Ghani
Wan Sukairi Wan Abdullah
Yaakob Abu Seman
Yusni Mad Piah
Zulkifli Ahmad
Zuraidin Abdullah

Pemeriksa Kira-kira (6)
Jamil Saring
Mohd Adib Abd Jalil
Mohd Azman Yunus
Mohd Munzir Hamzah
Muzammil Hafiz
Zaki Ibrahim
posted by Abu Mus'ab @ 2:56 PTG   0 comments
CALON DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

Calon Kepimpinan
Dewan Muslimat PAS Pusat


Pengerusi Tetap (3)
Noraini Hussin
Nor Hashimah Deraman
Wan Hamidani Wan Ahmad

Timbalan Pengerusi Tetap (6)
Faizah Ismail
Norhafizah Musa
Wan Hamidani Wan Ahmad
Rosnah Abdullah
Nor Hashimah Deraman
Aida Yusof Rawa

Ketua Muslimat (4)
Dr Asiah Ali
Azizah Khatib Mat
Nuridah Salleh
Siti Mariah Mahmud

Timbalan Ketua Muslimat (4)
Azizah Khatib Mat
Siti Mariah Mahmud
Siti Zailah Yusof
Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua Muslimat (3)
Mumtaz Md Nawi
Siti Zailah Yusof
Wan Ubaidah Omar

Ahli Jawatankuasa Kerja (39)
Salamiah Mohd Nor
Dr Rosni Adam
Salbiah Wahab
Dr Najihatus Soleha Ahmad
Mumtaz Md Nawi
Siti Zailah Yusof
Khadijah Mahmud
Maznah Taib
Toh Puah Fatimah Zainab
Wan Fatimah Wan Teh
Siti Mariam Othman
Munirah Atirah Hassan Adli
Wan Maseri
Dr Khatijah Jumangat
Wan Ubaidah Omar
Aishah Ghazali
Dr Halimah Ali
Azizah Khatib Mat
Sapinah Jusoh
Mastura Mohamad
Teh Izanuri Jamaludin
Aiman Atirah al Jundi
Nuridah Salleh
Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali
Kintan Osman
Wan Hasrina Wan Hassan
Zaroni Othman
Dr Siti Mariah Mahmud
Rosiah Salleh
Norlia Abdul
Norazliza Abd Laitf
Dr Asiah Ali
Nurul Huda Yusof Rawa
Norhayati Bachok
Amizan Baharuddin
Rosnah Abdullah
Nor Wani Ahmad
Norhanim Ismail

Pemeriksa Kira-kira (8)
Basmatul Uyun Yusuf
Wan Hasna Wan Ismail
Fauziah Yaacob
Farah Ahmad
Asmah Sarojee
Hasmah Durani
Norliza Abd Latif.
posted by Abu Mus'ab @ 2:32 PTG   0 comments
CALON DEWAN ULAMA PAS PUSAT

Calon Kepimpinan
Dewan Ulama PAS Pusat


Pengerusi Tetap
1. Hamdan Mohamad

Timbalan Pengerusi Tetap (4)
Abd Manaf Othman
Ismail Noh
Kassim Ahmad
Mohd Nazir Zakaria

Ketua
Dato' Harun Taib

Timbalan Ketua (2)
Hashim Jasin
Dato' Ahmad Yaakob

Naib Ketua
Dato' Mahfodz Mohamed

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama (40)
Abdullah Abdul Razak
Abd Rashid Abd Rahman
Abdullah Husin
Abdul Ghani Samsuddin
Abu Bakar Abdullah
Ahmad Awang
Dato' Ahmad Yaakob
Azizan Md Desa
Dr Badruzzaman Yusuf
Hassan Mohamood
Hashim Jasin
Dato' Husin Awang
Ismail Osman
Jaliluddin Abdul Wahid
Yahya Othman
Soied Din
Mohd Zain Abdul Rahman
Taib Azamuddin Md Taib
Nik Mohd Zawawi Salleh
Shuib Mad Amin
Salleh Sani Harun
Zulkifli Ismail
Khirul Muntanazar Ismail
Yussainee Yahya
Zulkarnain Abidin
Salehen Mukhyi
Nik Razi Nik Mat
Mohd Zainul Asri Mohd Ramli
Mohd Amir Omar
Dato' Muhammad Daud
Yaakob Husin
Hassan Alias
Nurul Khalil Rosli
Dato' Hassan Mohamad
Ismail Noh
Dr Osman Sabran
Mokhtar Sarip
Muhammad Mustafa
Zulkarnain Hassan
Mokhtar Senik

Pemeriksa kira-kira (6)
Abdul Rashid Dail
Ibrahim Omar
Isa Jantan
Khairil Saad
Mohd Noor Md Zain
Nordin Ayob
posted by Abu Mus'ab @ 2:20 PTG   0 comments
LEMBUT DAN KERAS
Isnin, Mei 18, 2009

Perlunya Watak Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Omar

Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.

Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.

Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'Jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.

Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.

Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.

Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.

Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.

Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.

Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'Jemaah Islam'.

Maka dalam PAS, samada peringkat Pusat, Ulama', Pemuda, dan Muslimat, sudah tentu tidak boleh membebaskan dirinya daripada kedua-dua elemen penting itu yang mampu melonjakkan sebagai sebuah gerakan Islam, ia tidak berkecuali apa yang pernah terjadi kepada pimpinan Gerakan Ikhwan Muslimun dalam menentukan sikap mereka terhadap perjuangan Syiah, ada yang berlembut dan ada yang tegas menolak untuk berbaik dengan Syiah.
posted by Abu Mus'ab @ 11:16 PG   0 comments
SYUBHAH VIRUS BAHAYA

Jauhkan Perkara Syuhbah

Seringkali saya terdengar, dan melihat kerenah sahabat-sahabat saya semacam tidak perihatin kepada produk-produk yang syubhah ini. Pelbagai alasan dicipta semata-mata hendak memakan, meminum, mengguna, dan memiliki produk yang syubhah ini.

Kita mesti memahami dan menerima terhadap segala ketetapan yang telah ditentukan oleh Jumhur Ulama berkenaan hal ini. Apatah lagi ketetapan ini ada disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Dalam melaksanakan kerja Islam, meninggalkan atau menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang syubhah merupakan satu cara bagaimana untuk Sastain dalam perjuangan Islam. Saya pernah menyebut hal ini sebelum ini. Bukan untuk menghalang, tetapi sebagai tanda sayangkan sahabat-sahabat sekalian. Mudahan di masa akan datang, tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi. Jua tidak menyesal dan tidak mengundang pelbagai masalah dan jiwa akan tenteram. Mudah untuk menyelesaikan sebarang masalah dan senang untuk mengevolusikan kegiatan yang baru dalam gerakan Islam.

Al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias merupakan panduan utama dalam kehidupan kita. Baik dalam ibadat, ekonomi, pendidikan, budaya hidup, jenayah, politik, berkeluarga dan lain-lain. Jadi sekiranya apa yang kita lakukan ini berdasarkan kepada kehendak nafsu kita yang cenderung kepada hilangnya keberkatan dan kerahmatan, maka amat malanglah kehidupan bagi seseorang itu.

Marilah kita sama-sama menerima dan beramal dengan segala panduan, arahan, larangan dan tunjuk ajar samada dari al-Quran, as-Sunnah, dan alim ulama serta orang yang alim akan hal tersebut. Jika inginkan KEBERKATAN dan KERAHMATAN dalam kehidupan kita, samada dalam ibadat, berkeluarga, berjuang Islam, berpolitik, berkerjaya, berpendidikan, bermasyarakat, berekonomi dan lain-lainnya, maka hendaklah menjauhkan diri daripada memakan, meminum, dan menggunakan produk yang Syubhah ini, apatah lagi yang haram.

Berfikirlah, Berlapang Dadalah, Elakkan Perkara Yang Syubhah demi kebaikan diri, keluarga dan Jemaah ISLAM.. PAS !
posted by Abu Mus'ab @ 9:07 PG   0 comments
MUKTAMAR ULAMA' NEGERI TERENGGANU
Sabtu, Mei 16, 2009
Suasana Sekitar
Mu'tamar Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu Kali ke-44
Di Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan






















posted by Abu Mus'ab @ 8:07 PTG   0 comments
KEDUDUKAN WARA' DALAM JEMAAH ISLAM

Penderitaan Abu Hurairah

Pada suatu hari Abu Hurairah sedang membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Kemudian dia bercakap seorang diri. "Ah, lihat akan Abu Hurairah, dia membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Teringat aku semasa aku biasanya berbaring di antara mimbar dengan rumah Nabi. Orang menyangka aku menghidap penyakit sawan. Tetapi sebenarnya aku sedang menderita kelaparan."

Abu Hurairah mengalami kelaparan selama beberapa hari. Kadang-kadang kelaparan yang dihadapinya begitu dahsyat hingga ia jatuh pengsan. Orang yang melihat keadaannya menyangka ia terkena penyakit sawan.

Pada masa itu penderita-penderita penyakit sawan diubati dengan meletakkan kaki di lehernya. Penderitaan Abu Hurairah ini berlaku semasa Islam mula bertapak di Tanah Arab. Apabila Islam telah tersebar dengan luasnya, keadaan hidupnya agak mewah sedikit. Dia merupakan seorang yang sangat warak dan suka menunaikan sembahyang-sembahyang nafilah.

Dia mempunyai sebuah uncang yang penuh dengan biji-biji buah tamar yang digunakan untuk berzikir. Di rumahnya sentiasa terdapat orang yang sibuk menunaikan solat kepada Allah taala.

Lihatlah sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yang terdahulu. Berbeza dengan zaman kita sekarang ia. Di zaman kita sekarang, terdapat ramai yang wara' dan tawadu' dalam menerima jawatan dan amanah dalam Jemaah, khusus dalam PAS. Masing-masing pakat tolak.

Sepatutnya dalam taklifan jawatan dalam Jemaah Islam, tidak boleh bersifat demikian. Ia akan mengakibatkan sesuatu jemaah itu mengalami kerugian dan permasalah di masa akan datang. Sememangnya kedudukan wara' dan tawadu' adalah di tempat yang telah ditunjukkan oleh Abu Hurairah r.a. Kita macamna?
posted by Abu Mus'ab @ 7:54 PTG   0 comments
MINYAK NAIK LAGI !
Khamis, Mei 14, 2009


Minyak Naik ! Kerajaan UMNO/ BN Tidak Berhati Perut

Petrol akan naik minima RM0.05 sen seliter. Namun kerajaan 'One Malaysia' cuba membuat muslihat dengan menaikkan harga petrol seolah-olah dalam keadaan rakyat tidak sedar.

Media melaporkan bahawa 2 stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya mula menjual minyak petrol RON95 hari ini. Manakala di negeri-negeri lain minyak jenis ini akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.

Kerajaan memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari semalam - yang dijual pada harga RM1.75 seliter. Apa muslihat kerajaan sehingga mengambil keputusan ini cuba tuan-puan selediki.

Minyak jenis ini dilancarkan oleh Ismail Sabri Yaakob, Menteri Umno yang menggantikan Shahrir Samad.

Media tersebut juga menyebut bahawa apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber nanti, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.

Manakala mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.

Dalam keadaan minyak dunia yang harganya semakin rendah kerajaan 'One Malaysia' sanggup mendera rakyat menaikkan pula harga minyak.

Terbukti bahawa kerajaan BN tidak pernah memikirkan kesusahan dan kesengsaraan rakyat sehingga sanggup menaikkan harga minyak dalam keadaan ekonomi seteruk ini di mana ramai rakyat yang dibuang kerja, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Saya yakin selepas ini para peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan pula harga barangan yang sudah tentu akan menambahkan kesengsaraan rakyat.

Celaka Sungguh Kerajaan 'ONE MALAYSIA' ni !

posted by Abu Mus'ab @ 9:46 PG   0 comments
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Balasan Meninggalkan Solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata: "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu: "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu: "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu: "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangnya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut: "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya: "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular itu: "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya.


Sahabat-sahabat seperjuangan. Amat berat bebanan kita sekarang yer. Selaku yang tahu akan hal ini. Dalam keadaan kebanyakkan orang Islam di tempat kita masih lagi tidak mahu kerjakan solat 5 waktu dan solat secara berjemaah. Terutama kepada para pemuda, pemudi, dan para remaja sekarang.

Saya pernah berhadapan dengan seorang pemuda yang telah insaf. Berjumpa dengan saya. Menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukannya. Termasuklah hal solat. Dia menyatakan bahawa dia dan kawan-kawannya hanya solat 1 kali dalam 1 minggu, iaitulah solat Jumaat. Bayangkan sahabat-sahabat sekalian. Kepada para pemuda, remaja yang masih lagi tak kerjakan solat ini, How we want to manage this problem?
posted by Abu Mus'ab @ 6:55 PG   0 comments
REVOLUSI USRAH
Rabu, Mei 13, 2009

Usrah adalah WAJIB

Salam sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan kita semua dilimpahi rahmat dan berkat Allah taala yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sekarang ini, suasana yang melihat kepada pentingnya tarbiyyah dalam diri selaku pendokong Islam. Tanpanya, rosak binasa segala amalan kebaikan yang dilakukan sebelum ini.

Apa tidaknya. Segala-galanya diungkit semula. "Jika takda aku, tak berjalan program. Dok kenang jasa sungguh. Selama ni apa yang aku lakukan, hargailah". Inilah antara slogan-slogan yang diungkit kerana ketidak puas hati terhadap kepimpinan. Haram hukumnya. Dosa besar. Secara automatik, amalan yang dilakukan segalanya terhapus pahalanya.

Sebenarnya, ini berlaku kerana tarbiyyah tidak diutamakan. Khususnya Usrah. Sebut hal usrah, ada pula kata-kata sumbang, seolah-olah memperlekehkan elemen tarbiyyah ini. "Usrah kuat sangat, tapi time gotong-royong, dok nampok batang hidung pun. Dok guna tarbiyyah, time buat keje, dok leh nak minta tolong"...bla..bla...bla...

Saya suka nak menyebut. Dalam usaha nak menghasilkan "Nasi Goreng" yang sedap, ia memerlukan kepada ramuan-ramuan yang tertentu. Antaranya nasi, ayam, pisau, gula, garam, lada, kuali, minyak masak, api, dapur gas, perencah tambahan dan lain-lain. Setiap satu ramuan ini memainkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan nasi goreng yang lazat. Fungsinya berlainan. Tak bleh satu ramuan itu fungsinya merangkumi semua keje...

Jadi, samalah dalam organisasi. Kena faham akan kepentingan berorganisasi. Kefahaman ini sebenarnya, berdasarkan kepada pengalaman saya, banyak saya perolehi dalam USRAH. Jika tak hadir usrah, maka gelap gambor lah jawabnya. Masing-masing merasakan aku dah hebat, aku dah berjuang, padahal Allah taala amat memberkati kepada pendokong agamaNya yang berada dalam saf yang tersusun rapi, dilengkapi dengan sistem tarbiyyah samada Ruuhiyyah dan Jasadiyyah.

Jika program Usrah tak hadir. Berlaku acap kali. Kerap sangat. Akibatnya seseorang itu akan futur dalam perjuangan Islam. Ini adalah nukilan pengalaman ulama-ulama haraki yang terdahulu dan terkini. Realitinya, sekarang kita dah dapat melihat akan kebenaran perkara ini sama-sama kan? Siapa dia? Sahabat-sahabat boleh lah membuat penilaian sendiri. Melihat sendiri.

Satu jawapan yang pernah dilontarkan oleh tokoh ulama haraki yang tak asing dalam PAS ini adalah Tuan Guru Hj Harun Taib. Beliau menyebut bahawa: "Usrah hukumnya adalah WAJIB". Ini memberi makna jika ada di kalangan pendokong Islam yang tidak hadir Usrah tanpa uzur yang dibenarkan maka dosa besar ke atasnya.

Saya suka mencabar, menyindir, dan mengherdik diri saya sendiri. Siapa diri saya jika nak dibandingkan dengan Ust Harun Taib? Siapa diri saya jika nak dibandingkan dengan Tuan Guru Ayah Chik? Siapa diri saya jika nak dibandingkan dengan Ust Yahya Othman? Siapa diri kita jika nak dibandingkan dengan mereka semua? Saya ni orang alim ker? Berapa umur saya? Sudah berapa lama saya terlibat dalam gerakan Islam? Amal ibadat saya adakah sehebat mereka?

Sahabat-sahabat sekalian. Dengan masa yang ada sekarang, masih ada masa lagi untuk kita sama-sama lakukan perubahan. Sama-sama berhijrah yer. Sama-sama hadir Usrah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Jangan ikut orang. Untuk capai kejayaan dunia akhirat, jua Istiqamah dalam perjuangan Islam sampai ke akhir hayat: Dengar, Taat dan Wala' kepada arahan kepimpinan itulah KUNCInya...
posted by Abu Mus'ab @ 11:48 PG   0 comments
MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN
Selasa, Mei 12, 2009
Suasana Sekitar
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun Kali ke-50

















posted by Abu Mus'ab @ 7:40 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::