:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

KESAN PRODUK SYUBHAH
Selasa, Jun 30, 2009

Kesan Penggunaan Produk Syubhah


Salam Perjuangan dan Salam Ukhuwah...

Jam 09.30 pagi, ana selamat sampai di Epot Kertih, Alhamdulillah. Setelah 3 minggu ana takda kesempatan untuk mencari rezeki di Offshoare sehinggalah hari Ahad baru-baru ini, barulah dapat naik semula. Sekarang, dah selesai Shutdown.

Dikesempatan kali ini, suka ana mengingatkan diri ana khususnya dan kepada sahabat-sahabat seperjuangan, menyentuh soal pentingnya menjaga diri daripada memakan, meminum, dan menggunakan serta memiliki produk-produk yang Syubhah iaitulah Produk Israil Yahudi, Amerika dan Sekutunya.

Sama-sama kita berfikir dan mengkaji. Apakah kesannya jika kita melakukan hal yang demikian tadi? Pernah tak kita mengkajinya? Menelitinya? Apakah benar apa yang telah Allah taala nyatakan dalam al-Quran berkenaan supaya menjaga hal ini? Benar tak apa yang telah Nabi SAW sabdakan akan hal ini?

Ana nak bermuhasabah. Setakat pemerhatian ana dalam masalah ini, walaupun kesan yang berlaku akibat memakan, meminum, menggunakan dan memiliki produk Syubhah ini tidaklah dapat dikesan dengan jangka masa yang singkat, harus diingatkan ia akan memakan jangka masa yang panjang.

Pelbagai alasan dicipta untuk mengharuskan penggunaan barangan tersebut. Kadang-kadang kerana sebab 'anak-anak', meraikan kawan-kawan, meraikan kawan sekerja, kerana keluarga, dan pelbagai lagi. Acctually, ini semua hanya pengaruh dari syaitan. Kesan daripada berterusan seseorang itu dalam menggunakan produk Syubhah ini. Ini kesannya...

Juga, menyebabkan diri seseorang itu merasa diri sendiri tidak yakin akan tanggungjawab yang diamanahkan. Walaupun pelbagai teguran dan nasihat telah diberikan oleh orang yang berpengalaman dan berilmu, namun tetap juga mempertahankan dan mengikut hawa nafsu dari Syaitan tersebut. Sehinggakan hendak melaksanakan sesuatu amanah TIDAK MAMPU. Merasakan tidak akan ada orang yang sanggup bekerjasama dengannya. Akhirnya menyebabkan sesuatu organisasi itu lemah dan kuyu.

Sebabnya kerana merasakan diri sendiri betul, dan angkuh dengan segala apa yang ada. Sebab itulah, apa yang disebutkan oleh Allah taala dalam al-Quran, apa yang Nabi SAW sebutkan dalam hadisnya, dan apa yang para alim ulama sebutkan dalam fatwanya, merupakan panduan utama dalam kehidupan kita. Walaupun kita rasa hukum tersebut tidak sehati sejiwa dengan kita. Kita WAJIB menerimanya dengan niat: "InsyaAllah Allah taala akan memberkati diri aku, isteri aku, anak-anak aku, keluarga aku, kerjaya aku dan kehidupan aku".

Ana pernah sebutkan perkara ini kepada sahabat-sahabat seperjuangan. Agar dapat menjaga diri dan keluarga dari memakan, meminum dan menggunakan serta memiliki produk Israil Yahudi, Amerika dan sekutunya. Ini penting untuk Thabat dan Istiqamah dalam perjuangan Islam ini. Khusus dalam PAS ! Produk Alternatif telah banyak sekarang. Atas diri masing-masing sahaja.

Kalau tak percaya, cubalah yer...
posted by Abu Mus'ab @ 1:28 PTG   0 comments
'AUJ DIBINASAKAN OLEH BURUNG HUD-HUD

'Auj Dibinasakan Hud-hud


'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya.

Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di Kebun Teh, maka 'Auj berhasrat untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.

Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.

Berdasarkan kepada kisah di atas, jelas menunjukkan bahawa Allah taala Maha Berkuasa. Hebat setara manapun musuh Allah itu, dia tetap antara salah satu ciptaan Allah taala. Allah taala yang memiliki segala kekuasaan terhadapnya.

Dalam hal ini, kita sama-sama telah melihat bagaimana perihal musuh Allah sekarang ini, terutama Amerika dan sekutunya, dengan angkuh dan sombongnya, merasakan bahawa dia lah yang memerintah dunia ini, dialah yang mengawal ekonomi dunia ini, merasakan dialah yang memiliki kuasa pemerintahan mutlak ke atas negara-negara kekuasaannya.

Ingatlah, ingatlah kepada proksi-proksi Yahudi dan Amerika. Allah taala lah yang Maha Berkehendak, Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Agung. Dia tetap akan membantu hamba-Nya yang beriman. Dan seterusnya akan menghancurkan musuh-musuh-Nya yang cuba hendak menjatuhkan Islam. Jangan sekali-kali mencabar Allah taala !
posted by Abu Mus'ab @ 1:10 PTG   0 comments
CALON PAS MANEK URAI
Sabtu, Jun 27, 2009



Haji Fauzi, Calon PAS di Manek Urai


Bendahari PAS Kuala Krai, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi. Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu ceramah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam tadi yang sendat dengan ribuan manusia.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga dan merupakan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga diamanahkan sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

posted by Abu Mus'ab @ 12:16 PTG   0 comments
PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI

PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI SELEPAS PENJAJAHAN BANGSA ASING

Yang terakhir…….

Apa yang dicapai oleh negeri-negeri Islam di bawah pimpinan golongan ini dan hasil dari jasa perjuangan Islam adalah kemerdekaan di bidang politik sahaja. Yang berbeza antara penjajahan bangsa asing yang telah hilang dengan kemerdekaan sekarang ialah penguasaan bangsa asing yang lalu kini dapat dinikmati oleh anak-anak tempatan.

Dari segi kecenderungan aliran pemikiran, falsafah moral, sosial dan ekonomi, kedua-dua golongan ini ( penjajahan asing dan anak tempatan) tidak banyak berbeza. Begitu juga sikap kedua golongan itu terhadap Islam adalah hampir-hampir sama sahaja, sehingga dasar-dasar sistem pelajaran dan pendidikan yang dibuat oleh penjajah asing masih diamalkan oleh penjajah baru.

Undang-undang yang dibawa oleh penjajah asing digunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi dasar, pemikiran dan sistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di zaman penjajah asing.

Lebih dari itu lagi undang-undang keluarga (Personal Laws) yang tidak diusik oleh penjajah asing, kini kita lihat ada usaha untuk dihapuskan atau diubah supaya dikatakan lebih maju, sesuai dengan peredaran zaman, era zaman kemerdekaan dll.. Pada hakikatnya ini adalah zaman penjajahan baru.

Kemajuan barat dan asas moral yang bersifat kebendaan yang ditinggalkan oleh penjajah-penjajah barat, bukan sahaja dipegang teguh oleh mereka yang kagum dengan barat, bahkan mereka telah berusaha pula supaya orang ramai akan bertambah kuat pegangannya daripada mereka di zaman penjajah. Sayangnya orang ramai Islam yang lemah ini tidak mampu melihat bentuk sistem hidup Islam yang syumul. Mereka telah hanya nampak sistem cara hidup yang dibina di atas dasar perkauman, pemikiran otak manusia dan sistem rekaan manusia.

Akhir sekali penjajah telah dapat merosakkan perpaduan umat Islam sedunia atas nama perkauman-nasionalis. Mereka mengoyak perpaduan ini dan memecah belahkan kesatuan ummat Islam atas nama perkauman. Menjadikan mereka itu bunuh membunuh antara satu sama lain, semua itu dilakukan atas nama perkauman.

Mereka kemudiannya memasukkan fahaman sekular (fahaman yang memisahkan agama dari urusan pentadbiran negeri) ke dalam jiwa mereka. Mereka sering menggunakan kesempatan yang ada untuk merosakkan generasi baru ummat Islam.

Mereka berusaha mengeruhkan kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya dan menyelewengkan dari landasan Islam. Mereka menggalakkan supaya mempersendasendakan akidah Islam seperti kepercayaan kepada hari akhirat, syurga, neraka, pahala dan siksa.

Mereka bergiat cergas dalam menabur fahaman mengharuskan maksiat dan meninggalkan perintah Allah. Kesemua itu di bawah dakwaan kemajuan, pembaharuan, kebebasan individu, pembangunan dan bersama orang ramai.
posted by Abu Mus'ab @ 11:50 PG   0 comments
KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA
Rabu, Jun 24, 2009

Kejujuran Seorang Saudagar Permata


Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.

Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi.

Di tengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya.

Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu: "Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab: "Empat ratus dirham."

"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham saja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.

"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."

Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya: "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar.

Kata saudagar Yunus lagi: "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

Jika kita merujuk satu hadis yang saya utarakan sebelum ini berkenaan 5 golongan atau keadaan yang menyebabkan turunnya bala Allah, antaranya ialah peniaga yang menjalankan perniagaan dengan cara penipuan. Sehingga menyebabkan peniaga itu merasakan kesusahan dan kesempitan dalam kehidupan dan pemerintah akan menzaliminya.
posted by Abu Mus'ab @ 12:17 PTG   0 comments
UNTA MENJADI HAKIM
Ahad, Jun 21, 2009

Unta Menjadi Hakim


Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.

Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya ke langit seraya berkata: "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w: "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu: "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang: "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu: "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu: "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula ia boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.
posted by Abu Mus'ab @ 4:16 PTG   0 comments
TAUTAN UKHUWAH DPPNT & DPPKD
Sabtu, Jun 20, 2009
Tautan Ukhuwah DPPNT Bersama DPPKD

18 Jun, Khamis, bertempat di Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin, berlangsungnya satu program yang dinamakan dengan Tautan Ukhuwah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bersama dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun.

Program tersebut dihadiri oleh semua kepimpinan DPPNT dengan bermulanya sukan bola sepak pantai, diikuti dengan kuliah Maghrib dan akhirnya Dialog dengan Pemuda PAS Dungun.

Alhamdulillah, program tersebut berjaya dilaksanakan dengan pelbagai persoalan dan penjelasan tentang isu yang ada sekarang. Walau bagaimanapun, apa yang menarik sekali di akhir pergulungan oleh Ketua Dewan PAS Negeri Terengganu :"Nasi sebelum masak, akan menggelegak dahulu, sehinggakan tudung periuk terangkat sedikit dengan beberapa kali, bila dah masak, gelegak akan hilang, air akan kering"...












posted by Abu Mus'ab @ 6:42 PTG   0 comments
AULAWIYATNYA DI MANA?
Jumaat, Jun 19, 2009


Aulawiyatnya Di Mana?


Dalam keadaan sibuk sekarang dengan isu Kerajaan Perpaduan sekarang, ditambah dengan teguran ayahanda kepada anakanda yang menjadi isu panas juga, biasalah ini merupakan ujian Allah kepada kita semua selaku pendokong PAS, satu-satunya jemaah Islam di Malaysia ini.

Sedangkan lidah lagi tergigit, suami isteri pun ada kalanya bertikam lidah, inikan pula kita semua. Cuma dalam keadaan sekarang, kita mesti menyedari bahawa musuh kita BN/ UMNO sedang memanipulasikan isu ini di mata masyarakat sehinggakan isu rasuah yang besar di kalangan mereka, kes pembunuhan kejam yang melibatkan pimpinan UMNO disenyapkan, isu-isu gejala sosial (akhlak) di kalangan mereka disembunyikan, isu-isu kemasyakatan disenyapkan dan pelbagai isu lain disimpan dalam peti sejuk dan lain-lain lagi. Media-media yang dimiliki oleh kerajaan UMNO sekarang ini adalah begitu jahat dan kejam.

Kita memerhatikan disebabkan kurangnya didikan agama yang berterusan dan tarbiyyah dalaman, kita amat mudah melatah terikut-ikut dengan keadaan yang ada sekarang, media-media yang dikuasai oleh UMNO.

Isu yang berlaku dalam jemaah kita, buat apa kita perbesarkan? Kita jajakan di mata-mata orang UMNO? Yang sepatutnya ! Kita kena bangkitkan dan teruskan dalam web-web kita, blog-blog kita dengan mendedahkan segala bentuk rasuah dan penyelewengan, kejahatan dan kezaliman serta ketidakbetulan kerajaan UMNO ini dan jua kepimpinannya. Biarkan sahaja media-media yang dikuasai mereka sahaja. Saya yakin mereka yang berada dalam media-media yang memporak-perandakan PAS ini, pasti mereka akan mendapat balasan yang setimpalnya daripada Allah taala, samada terhadap dirinya atau kepada keluarganya.

Jangan pula kita menjadi di kalangan mereka yang memanaskan lagi keadaan. Ibarat 'batu api'. Api yang dipanaskan, jika disimbah dengan minyak, maka semakin bertambah panaslah ia. Hal ini adalah amat dilarang dalam Islam. Bahkan hukumnya adalah Haram.

Berkata Huzaifah r.a. katanya: "Rasulullah SAW bersabda: " Tidak dapat masuk Syurga seseorang yang gemar mengadu domba" (muttafaqun ilaihi)

Kita sama-sama pasakkan perjuangan, perkasakan tarbiyyah, dengar dan taat terhadap arahan kepimpinan, istiqamah dalam menuntut ilmu agama, sahut cabaran pimpinan kita, menjaga hubungan antara kita dengan Allah taala dan menjaga akhlak kita. InsyaAllah PAS akan Memerintah Malaysia !
posted by Abu Mus'ab @ 10:18 PG   0 comments
ASAL USUL HAJARUL ASWAD
Khamis, Jun 18, 2009

Asal Usul Hajarul Aswad


Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata: "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata: "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
posted by Abu Mus'ab @ 8:21 PTG   0 comments
KUBUR FATIMAH RA BERKATA
Selasa, Jun 16, 2009

Kubur Fatimah Berkata


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur: "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."

Maka berkata kubur: "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab: "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran.

Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
posted by Abu Mus'ab @ 12:09 PTG   0 comments
KEHIDUPAN UMAR BIN ABDUL AZIZ

Kehidupan Umar bin Abdul Aziz Penuh Kesederhanaan:
Bandingannya Dengan Pemimpin Sekarang


1. Yunus bin Abi Syabib berkata: “Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling Ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerana gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya , pasti aku boleh melakukannya.”

Komen: Ini kerana kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar-benar dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus. Bukannya seperti kebanyakan pimpinan sekarang yang menyebabkan jawatan pimpinan menjadi rebutan dan jambatan untuk menuju kemewahan.

Kita lihat bagaimana putera raja yang hidupnya semakin lama semakin mewah. Berikut potongan berita tersebut:"Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia."

2. Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz: “Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?” Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).” Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”Anaknya menjawab “ 4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.” Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit. Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya. Firman Allah swt:

ألهاكم التكاثر . حتى زرتم المقابر

"Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk ke akhirat. Sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur."(1-2 at-Takasur)

Kita lihat bagaimana pemimpin di zaman sekarang, walaupun gaji sudah banyak tetapi ia tidak membuatkan pemimpin itu puas. Lihat sahaja seorang menteri di Britain yang meminta perbelanjaan yang melampau dengan mengorbankan duit rakyat.

Menteri Kehakiman, Shahid Malik digantung tugas kerana membuat tuntutan perumahan lebih AS$98,000 (RM347,841) dalam tempoh tiga tahun.

3. Maslamah bin Malik berkata: "Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”

Komen: Beliau hanya mempunyai sehelai baju. Namun pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju. Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan tetapi mereka sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan. Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah. Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama.

Kurang sibuk tentang hukum Allah yang diabaikan, kemaksiatan berleluasa, kejahilan rakyat terhadap agama dan perkara yang berkait dengan pembangunan ruh.

4. Amru bin Muhajir telah menyebut: “Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”

Komen: Penyalahgunaan wang rakyat terjadi di mana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yang sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah. Lihat orang yang yang telah mati dalam peperangan. Para sahabat menyatakan dia syahid. Namun Rasulullah saw bersabda:

كلا إني رأيته في النار في بردة غلها

"Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.” (Hr Muslim)

5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya “Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham (perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya , seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab:

هذا أهون علينا معالجة الأغلال غدا في جهنم

"Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak."

Komen: Umar tidak ada elaun makanan dan sebagainya. Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai 250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia. Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit. Pemimpin sekarang segala-galanya ada elaun. Ini adalah penyalah gunaan wang rakyat. Wang inilah yang boleh menghancurkan bangsa disebabkan perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya. Semuanya berpunca dari wang. Nabi saw bersabda:

لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال

Setiap ummatku mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.” Hr Tirmizi

Ya Allah selamatkan kami dari fitnah harta...

Kesimpulan: Di zaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, bagaimana tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka.

Rujukan: al-Malul Am wa Ahkamuhu Fil Feqhil Islam oleh Muhammad Said al-Baghdadi dan laman akbar di internet.
posted by Abu Mus'ab @ 11:47 PG   0 comments
LEPAS MERDEKA, BARU BERAMAL ISLAM ?
Sabtu, Jun 13, 2009


BENARKAH DA’YAH “NANTI SETELAH MERDEKA BARU MAHU BERAMAL DENGAN ISLAM” ??


Sesungguhnya sepedih-pedih dan sesedih-sedih kejadian ialah ketika matlamat mereka ini telah tercapai. Apabila negeri telah merdeka, mereka mengkhianati janji mereka.

Mereka pura-pura lupa apa yang mereka laung-laungkan di masa perjuangan kemerdekaan. Dan jadilah Islam sebagai mangsa pertama pengkhianatan sesudah negara merdeka. Mereka memperalatkan Islam untuk membangunkan istana kemewahan dunia dan mendiami di dalamnya. Kerana kelebihan Islamlah perjuangan mereka berkobar dan hingga akhirnya mereka berjaya.

Saudara-saudara sekelian…….

Tidakkah ini termasuk sebesar-besar jenayah yang dapat disaksikan dalam sejarah Islam. Bukankah ianya sebesar-besar pendustaan yang timbul dalam dunia politik? Diatas pengkhianatan seumpama inilah hati-hati akan hancur luluh kerana terlalu duka - sekiranya dalam hati itu masih ada saki-baki roh Islam dan iman.

Abul A’la Al-Maududi
posted by Abu Mus'ab @ 11:56 PTG   0 comments
SAHABAT NABI SAW YANG BERANI

Sahabat Nabi SAW Yang Berani


Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam.

Namun tanpa curiga sedikit pun Rasulullah SAW memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu mereka meminta para jurudakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu.

Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf bahawa mereka tengah dijebak.

Para pedagang yang licik tadi berteriak: "Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas.

Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlahnya jauh lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin Addutsunah dan Khubaib bin Adi.

Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan mereka, menghadapi begitu banyak musuh yang tangguh ? Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar di Makkah.

Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada khadam-khadamnya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah terik matahari dengan badan ditindih batu. Untung Bilal ditebus oleh Sayyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazzin, tukang azan.

Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam.

Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. Di sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang tukang tetak hendak menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya denagn garang: "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?"

"Tidaklah demikian" bantah Zaid dengan keras. "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah tertusuk duri kecil di rumahnya."

Abu Sufyan menjadi marah. "Bunuh dia," teriaknya kepada tukang tetak. Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni Syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, "Aku tidak pernah menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad."

Setelah selesai pembunuhan terhadap Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib.

Pendakwah yang bijak ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sehingga selesai.

Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata: "Demi Allah, andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang." Khubaib disalib dahulu lalu diakhiri sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah.

Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan seruan Allah taala menuju keselamatan dunia dan akhirat.

Mudah-mudahan kita semua mengambil pengiktibaran dan panduan daripada kisah yang berlaku ke atas para Sahabat r.'anhum yang telah mati Syahid tadi...
posted by Abu Mus'ab @ 10:48 PTG   0 comments
KENAPA BERLAKU PERCANGGAHAN ?
Khamis, Jun 11, 2009

Kenapa Berlaku Percanggahan?


Salam sahabat-sahabat sekalian. Malam semalam, sempat saya membelek kitab Hadis 40 yang kebetulan saya mendiskusikan hadis yang ke-10. Hadis ini berkait dengan Antara Makanan, Minuman Yang Baik dan Doa.

Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah ra. Hadis ini menyentuh kuat betapa pentingnya makanan yang halal lagi berkat bagi orang yang beriman dalam menjalinkan hubungannya dengan ibadat dan doanya. Kerana untuk mencapai kepada penerimaan dalam ibadat dan doa, memerlukan kepada halalnya dan berkatnya makanan, minuman, dan penggunaan barangan harian yang digunakan pada setiap hari.

Saya berpandangan, dan saya mengharapkan apa yang saya utarakan jika ada kesalahan dan kecacatan, bolehlah sahabat-sahabat perbetulkan dengan cara yang sopan lagi beradab. Dalam kita mengharungi perjuangan Islam ini, bergerak dalam perjuangan ini, mendokongi perjuangan ini, ini semua merupakan Ibadat. Tak kiralah, dalam konteks apa-apapun, segala perkara yang mendatangkan pahala dan menjanjikan pahala merupakan ibadat.

Jadi, semestinya soal pemakanan, minuman dan penggunaan barangan harian adalah berkait rapat dalam hal ini. Kerana orang yang beriman, khususnya pendokong Islam, dikehendaki supaya amalnya bersih, dan dikehendaki juga supaya jiwanya atau hatinya digerakkan oleh kekuatan darah yang bersih dari makanan yang syubhah lagi haram serta dihiasi badannya oleh barangan yang syubhah lagi haram.

Memandangakan suasana pencanggahan yang berlaku sekarang, ketidak patuhan pada kepimpinan parti, di samping pengolahan maklumat berdasarkan jiwa yang sepi dari zikrullah, maka itulah kesan akibat berlarutan memakan, meminum dan menggunakan barangan yang syubhah lagi makruh.

Ramai lagi kita saya lihat di kalangan pendokong PAS yang tidak mengendahkan barangan Yahudi dan Amerika. Menggunakan produk mereka sebagai penggunaan barangan harian. Dengan pelbagai alasan yang dicipta untuk menghalalkan dan mengharuskan barangan tersebut. Sebab itulah Nabi SAW menyebut awal-awal akan hal ini dalam Hadis yang ke-6 dalam kitab Hadis 40. Pentingnya menjaga hati dari perkara-perkara yang Syubhah.

Nah ! Lihatlah sekarang apa yang berlaku. Kegoyahan, keperitan, bermasam muka, perbalahan, pergaduhan telah berlaku. Untuk perbetulkan keadaan ini, jika ada di kalangan kita yang memakan, meminum dan menggunakan produk Yahudi dan Amerika ini, haruslah berasa bersalah, ditambah pula melawan dan tidak patuh kepada kenyataan Presiden dan Timbalan Presiden, haruslah menyalahkan diri sendiri.

Bagi saya, jagalah makanan, minuman dan barangan penggunaan harian dari yang syubhah, khusus produk Yahudi dan Amerika laknatullah serta proksi-proksinya. Sama-sama kita bermuhasabah.

posted by Abu Mus'ab @ 4:16 PTG   0 comments
DATO' PA SETIAUSAHA PAS BARU

Datuk Mustafa Ali Setiausaha Agung PAS Yang Baru


Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru, manakala Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan. Dr Hatta Ramli pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Buat sementara sehingga perlantikan baru dibuat, Datuk Mustafa akan kekal sebagai Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah manakala Datuk Kamarudin Jaffar kekal sebagai Pengarah Urusan Harakah.

Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud,
Wan Ubaidah Wan Omar
Asmuni Awi
Ahmad Dollah

Senarai pesuruhjaya PAS Negeri

Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Penang)
Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
Datuk Harun Taib (Terengganu ) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)
posted by Abu Mus'ab @ 3:29 PTG   0 comments
KESAN-KESAN PENJAJAH
Rabu, Jun 10, 2009

Kesan-kesan Penjajah


2. MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN MASYARAKAT DAN TERAJU POLITIK

Para ulama dalam negara-negara Islam dulunya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan orang Islam secara berterusan, di waktu senang dan susah . Mereka tidak pernah bercakap atau membayangkan kecuali apa yang diyakini bahawa perkara itu daripada agama.

Malangnya alim ulama itu akhirnya menjauhkan diri dari teraju pemerintahan negara dan tidak mencebur diri dalam masalah politik dan sosial, hingga lama kelamaan mereka tidak lagi mampu dan layak untuk membimbing umat dalam bidang politik.

Dengan sebab inilah mereka tidak mampu memimpin gerakan perjuangan dan pembebasan yang telah bangkit diakhir-akhir ini di negara Islam yang jatuh dibawah penjajah.

Begitu juga mereka tidak dibenarkan menyertai secara langsung di dalam pentadbiran negara di zaman selepas kemerdekaan. Tugas mereka dari sudut sosial hari ini tidak lebih dari tugas brek pada enjin kereta. Mereka hanya dapat mempertahankan sedikit sebanyak kelajuan perjalanan hidup sosial.

Dalam hal itu pun brek ini telah pecah berkecai di setengah negara Islam. Ada pun pemandu kereta, iaitu golongan pemerintah yang terpengaruh dengan barat terus terjun dengan keretanya itu ke jurang yang dalam dengan dahsyatnya. Mereka menyangka sedang mendaki kemuncak yang tinggi dan sedang menuju kehebatan.

3. MEMBENTUK SERTA MENYOKONG GERAKAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN YANG PALSU

Gerakan-gerakan kemerdekaan yang lahir di negara-negara Islam yang dipimpin oleh golongan barat tahu bahawa mereka tidak dapat menggerakkan orang-orang Islam dan berhujjah untuk membangkit semangat orang ramai untuk menyokong gerakan mereka tanpa digerakkan di atas nama Agama. Ianya perlu mempergunakan slogan 'mengembalikan keagungan Islam' dll. Mereka menyeru orang ramai dengan nama Allah dan Rasulnya.

Untuk lebih meyakinkan, mereka mempertentangkan antara Islam dengan kufur. Ini membuat hati orang ramai bertambah cenderung kepada seruan dan laungan mereka dan dapat menggerakkan supaya rakyat mencurahkan tenaga dan jiwa untuk tujuan ini.

Mereka bertindak demikian bukan agar orang-orang Islam mengikut jejak langkah mereka dan bergabung dibawah panji dan parti mereka.


Abul A’la Al-Maududi
posted by Abu Mus'ab @ 9:29 PG   0 comments
KEM WAJA SEMUT '09
Kem Waja SEMUT '09



posted by Abu Mus'ab @ 8:49 PG   0 comments
ANTARA CIRI-CIRI ORANG FASIQ

Antara Ciri-ciri Orang Fasiq


Maka barangsiapa berpaling selepas itu, mereka itulah orang-orang yang fasiq. ( Surah al-Imran: Ayat 82)

Berdasarkan kepada ayat ini, jelas kepada kita selaku yang mendokong Islam dan menyokong Islam, Allah taala memberi ancaman barangsiapa yang ingkar dengan janjinya iaitu tidak mahu beriman dengan Muhammad SAW sebagai Nabi, sebagai Role Model, sebagai rujukan, sebagai panduan, dan tidak pula mahu menolong baginda atau membantu baginda di dalam melaksanakan penyiaran agama Allah taala, memperjuangkan agama Allah taala, memudahkan urusan kerja Islam, maka adalah orang itu dikira sebagai orang yang fasiq, iaitu orang yang telah keluar dari garis keimanan dan ketaatan.

Kadang-kadang kita melihat, pelbagai alasan yang dicipta untuk melepaskan diri atau menghadirkan diri dalam sesuatu program parti khusus dalam PAS. Tak tahulah kenapa? Soalnya kita semua adalah generasi pelapis. Lebih-lebih lagi jika ini di kalangan mereka yang berkelulusan agama di luar negara. Memang sepatutnya tidak menjadikan diri kita sebagai pencetus kepada kefasikan. Kerana akhirnya kita yang akan dijadikan sebagai bahan rujukan orang bawahan kita.

Saya kira, kita semua selaku pendokong Islam, samada kita kepimpinan atau ahli, perlu memahami akan ayat ini dengan sebaik-baiknya dan dengan hati yang terbuka. Terus-terang saya katakan, apabila saya membaca penafsiran ayat ini, rasa tersentak di dalam diri ini dengan tugasan dan taklifan yang ada sekarang.

Sudah menjadi satu kewajipan saya untuk menyebarkan ilmu Allah taala ini kepada sesiapa yang dekat dengan saya. Mudah-mudahan kita semua mengambil panduan dan pengiktibaran daripada ayat ini. Dan harapan kepada Allah taala menthabatkan dan mengIstiqamahkan kita semua dalam perjuangan Islam, khusus dalam PAS.

Wallahu A'lam.
posted by Abu Mus'ab @ 8:39 PG   0 comments
UNGKAPAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
Isnin, Jun 08, 2009

Ungkapan Yang Perlu Diberi Perhatian


Gandingan 3 Tungku iaitu Ulama, Profesional dan Aktivis adalah sangat penting. Masing-masing saling berkait dan saling memerlukan. Tanpa salah satu, maka binasalah ia.

Tergerak dalam hati saya nak mengungkap kembali apa yang dikatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat, Ust Harun Din. Mudah-mudahan dengan ungkapan beliau, kita selaku pendokong dan penyokong PAS boleh bermuhasabah dan mengambil pertimbangan yang sewajarnya.

Antaranya iaitulah:

1- "Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain. "Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti," katanya, seperti dalam satu teks ucapan di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak."

(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

2- "Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."

3- "Saya ingat, tidak ada saya sebut ("musuh dalam selimut"). Saya tidak kata dalam PAS ada musang berbulu ayam. Dan saya tidak kata ada musuh dalam selimut. "Tetapi saya sebut, musuh sentiasa ada, mungkin sebutan itu orang mengulas dan menambah," jelasnya.

4- Dr Haron hari ini berkata, dengan keahlian parti mencecah jutaan orang, sudah tentu musuh besar seperti Amerika Syarikat dan Israel merancang menggendalakan agenda Islam yang ingin dibawa PAS.

5- Dr Haron sebelumnya mengkritik sikap tidak patuh kepada pemimpin dan "lawan taukeh" yang disifatkannya sebagai "penyakit parti politik tidak Islam" agar tidak berjangkit ke dalam PAS.

"Penyakit ini susah dan beza yang paling nyata sekali bahawa jemaah atau pengikut hukumnya adalah wajib untuk mentaati dan mengikuti arahan kepimpinan lebih-lebih lagi oleh presiden."

Penyakit ini masih belum berjangkit, oleh itu hendaklah kita kembali dan mengikut petunjuk Rasulullah. Ketaatan itu hukumnya wajib, melawan taukeh hukumnya mendapat dosa kalau tidak menunaikan yang wajib," katanya.

6- "Kalau presiden membuat idea atau gagasan jika disokong oleh kepimpinan serta ulama dalam syura dan dibuat keputusan, bagaimana mungkin kita boleh menyanggahinya melainkan kita bawa balik untuk berbincang dalam keadaan yang beradab dan bersopan."

Saya berpandangan berdasarkan ilmu yang saya ada, ini memberi satu ketegasan dalam keberadaan kita dalam organisasi ISLAM. Cukuplah dengan ucapan penangguhan Dato' Presiden PAS dalam Muktamar Pusat 55 untuk menguatkan lagi apa yang telah diutarakan oleh Ust Harun Din dan dijadikan sebagai iktibar dan panduan kita bersama dalam meneruskan agenda perjuangan Islam di bumi Malaysia ini.
posted by Abu Mus'ab @ 3:16 PTG   0 comments
SABAR MENGAJAK MANUSIA KE ARAH KEBAIKAN
Ahad, Jun 07, 2009

Sabar Mengajak Manusia Ke Arah Kebaikan


Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di dalam ucapan penutupnya mengumpamakan PAS sebagai sebuah bahtera yang kukuh dan selamat walau dilanda pelbagai ombak dugaaan. Islam yang memimpin perubahan kerana hanya Islam yang sempurna dan lengkap.

Hanya Islam yang berjaya membina tamadun manusia walaupun pada masa kedatangan Islam, telah wujud pelbagai tamadun lain seperti Rom dan Parsi.

Tugas utama pejuang agama Allah ialah menyelamatkan manusia keseluruhannya. Oleh itu hanya melalui pemerintahan usaha ini dapat dilakukan. Pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan dan dibenarkan oleh Islam. Allah mengharamkan umat Islam daripada menyerah kalah, sehingga dibenarkan peperangan dalam usaha mempertahankan Islam.

Namun begitu, pendekatan yang paling utama ialah perdamaian kerana matlamat utama adalah untuk menyelamatkan manusia seluruhnya. Kerana itu, tidak boleh menutup pintu perbincangan dengan mana-mana pihak. Perbezaan yang wujud mestilah ditolak dengan cara yang baik.

Dalam mengajak manusia ke arah kebaikan, pelbagai ujian yang dihadapi. Hanya orang-orang yang bersabar sahaja yang dapat menghayati usaha dalam mengajak manusia ke arah kebaikan.

Beliau mengingatkan ahli-ahli akan konsep penting dalam jemaah Islam iaitu:

1. Menyuburkan sifat takwa. Ini kerana takwa adalah asas bagi mendapat kemenangan dan pertolongan daripada Allah.

2. Ketakwaan dan wala’. Islam mengajar kita agar taat kepada pemimpin dalam perkara yang tidak melibatkan maksiat.

3. Ukhuwah atau persaudaraan Islam penting dalam membentuk persatuan tidak kira dalam perkara yang dipersetujui atau dalam perkara yang tidak dipersetujui.

Akhir sekali, Tuan Guru merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang hadir, termasuklah pihak media dan bloggers.
posted by Abu Mus'ab @ 8:23 PTG   0 comments
SARANAN DALAMI FIQHU SIYASAH

Saranan Dalami Ilmu Siyasah


Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan pergulungan beliau menyatakan setiap muslim sewajarnya mendalami imu-ilmu feqah yang ada dalam agama.

Beliau yang berpendapat bahawa mejoriti umat Islam hari ini mempelajari ilmu Feqah hanya berlegar di sekitar ilmu feqah, ibadat, muamalat dan munakahat.

'Jarang sekali mereka mendalami ilmu feqah dakwah, apatah lagi feqah Siyasah. Iaitu ilmu feqah yang berkaitan politik Islam yang pernah dilaksanakan oleh nabi s.a.w. dan khalifah-khalifah Islam yang lain selama pemerintahan mereka," luahnya.

Tambah beliau yang menyarankan agar Ilmu siyasah seperti ini perlu didalami oleh umat Islam supaya mereka mengetahui cara untuk memerintah sejajar dengan acuan Islam.
posted by Abu Mus'ab @ 7:28 PTG   0 comments
UCAPAN PENANGGUHAN PRESIDEN PAS

Antara Isi Ucapan Penangguhan Presiden PAS


Beliau memulakan ucapan dengan membaca Surah Al Maidah Ayat 2: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamaKu dan aku cukupkan nikmatKu dan aku redha Islam menjadi agamamu".

Kata beliau dalam muktamar ada manis tapi jangan terlampau banyak nanti jadi kencing manis; ada pahit tetapi jangan banyak takut sembelit; Ada tawar tetapi jangan banyak takut banjir, disambut dengan gelak ketawa perwakilan dan pemerhati.

Ucapan terima kasih kepada pimpinan dan seluruh ahli serta tuan rumah. Mereka yang terjun dari bahtera PAS, mereka akan tenggelam. "Islam Memimpin Perubahan Islam: yang berjaya membina dan mengislahkan tamadun manusia. Islam bina tamadun baru mengambil nilai-nilai dari tamadun lain dan mengislahkan nilai-nilai tersebut.

Keruntuhan ekonomi kerana halalkan yang haram, semuanya kerana sekularisme memisahkan agama tiada perhitungan dosa dan pahala. Islam mesti jadi penyelesai kepada semua masalah samada ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.

Hikmah cara Islam yang dikawal oleh Islam menjadi pengawal kepada apa juga isu dan tindakan. Islam terima apa juga kebijaksanaan tentang apa saja kepakaran untuk menyelesaikan masalah dan urusan dunia asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam.

PAS tidak perlu menumpang bahtera orang lain samada BN dan sesiapa sahaja. Wakil-wakil rakyat PAS tidak tumbang dengan politik wang kerana Islam menjadi tempat berpijak kita. Tidak seperti wakil-wakil rakyat yang lain yang tewas dengan politik wang.

Berjuang mesti bertemu dengan semua pihak, mengajak semua manusia (jahat dan baik) kepada Islam. Mesti kenal musuh sebenar dan musuh yang direka (tiupan-tiupan syaitan) - musuh yang tidak faham.

Allah memerintah kita utamakan perdamaian - pendekatan muwajahah silmiyah bagi menarik ahli seberapa ramai yang boleh. Jangan tutup pintu langsung kepada sesiapa sahaja kerana kerja kita adalah kerja baik dan mesti orang lain ke arah kebaikan.

Berbuat baik kepada musuh bagaikan pokok yang dilontar batu oleh kanak-kanak, pokok membalas dengan memberi buah atau lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Bersabar dengan kezaliman tetapi jangan sampai dipijak kepala. PAS tetap membuka ruang kepada media supaya masyarakat dapat menilai apa yang baik dan buruk. PAS tetap telus dan professional.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyeru selepas muktamar kita bersama-sama :-Suburkan sifat taqwa. Musuh hanya dapat ditewaskan dengan sifat taqwa.

Ketaatan dan Wala' mesti ada pada ahli selagi pemimpin taat kepada Allah. Jika pemimpin tidak taat kepada Allah maka jangan taat kepada pemimpin. Sahabat bukan sahaja taat kepada perkara yang mereka faham malah yang mereka tidak faham selepas itu mereka tanya jika tidak faham.

Ukhuwwah dan bai'ah mesti dipertingkatkan dan diperkemaskan. Ianya telah dilaksanakan kepada calon-calon pilihanraya dan di kalangan pimpinan pusat.

Kesatuan Ummah (Wehdatul Fikr), perjuangan kita bukannya Wawasan 2020. Hanya Islam sahaja yang boleh menyatukan ummah bukannya slogan-slogan seperti bersih, cekap, amanah, Islam Hadhari dan OneMalaysia.

Bangunkan manusia dahulu dari perkara lain. Dermakan untuk membina kompleks bukan sahaja untuk pilihanraya. Tuan Guru mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak.
posted by Abu Mus'ab @ 7:11 PTG   0 comments
JK PAS PUSAT 2009/11

Senarai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2009/11


PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji

PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji(480)

NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)

AHLI JAWATANKUASA KERJA
Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman
posted by Abu Mus'ab @ 10:53 PG   0 comments
AKIBAT TERLALU CINTA KEPADA DUNIA

Akibat Terlalu Cinta Terhadap Dunia


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata: "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s: "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." Berkata pemuda itu lagi: "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa: "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T: "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata: "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi: "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Sahabat-sahabat Sekalian. Saya pernah menyebut bahawa: "Pekerjaan Bukanlah Satu Matlamat, Tetapi Pekerjaan Adalah Wasilah Untuk Mencapai Matlamat". Kesedaran dan Tanggungjawab yang bersungguh-sungguh adalah keutamaan yang perlu diberi sekarang ini. Jangan kerana inginkan keselesaan hidup dan mengumpul kekayaan dunia, sehingga mengenepikan soal taklifan dan responsibilty dalam Islam.

Orang kata: "Dalam menegakkan Islam, tak semestinya mesti berada dalam PAS. Memadai dah berada dalam satu NGO atau pertubuhan yang menyebarkan Islam". Bagi saya, ini adalah satu fahaman yang terpesong dan menyeleweng dari syariat Islam. Dan boleh menyebabkan generasi baru akan terpedaya dan terpesong jua.

Sepatutnya dan sebenarnya adalah Pertubuhan atau NGO itu hanyalah sebagai platform untuk bergerak aktif dalam PAS. PAS adalah satu gerakan Islam yang WAJIB didokongi dan disertai. Bukan dijadikan sebagai penyertaan part time atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Ramai saya melihat, kerjaya dijadikan matlamat utama, sedangkan keberadaan dalam Jemaah Islam khususnya dalam PAS dikemudiankan. Betul ker fahaman ini? Sama-sama kita bermuhasabah...
posted by Abu Mus'ab @ 8:49 PG   0 comments
DALAM KENANGAN
Selasa, Jun 02, 2009

Dalam Kenangan

Baru sahaja saya sekeluarga lalu-lalang di Stadium yang runtuh pagi tadi. Hari Khamis minggu lepas saya sekeluarga balik kampung. Dah lama tak balik. Petang Jumaat, seperti biasa, bawa anak-anak jalan kat stadium tu. Tengok Drift, Motocross, Keta Mainan Kawalan Jauh dan Go-Kart. Kiranya baguslah, pemuda-pemuda dapat berkumpul di situ dengan tidak terjebak dengan gejala lain yang merosakkan.

Sehingga anak-anakku, Mus'ab dan Mu'az meminta-minta Kereta Mainan Kawalan Jauh tu. Saya kata itu bukan hak kita. Hak orang... Besalah, ragam budak-budak.

Sesampai dari Airport Kertih jam 09.30 pagi tadi. Kemudian, dalam perjalanan ke Dungun untuk servis kereta untuk ke Kuala Lumpur esok, bersempena Muktamar Pemuda, Ulama dan PAS Pusat di Shah Alam, tiba-tiba dapat makluman yang Stadium Baru Gong Badak telah RUNTUH. Geli hati saya apabila mendengarnya. Memang dah dijangka sebelum ini. Tak tahan lama stadium ini apabila melihat rekahan-rekahan pada atap stadium sebelum ini. Rupanya ianya berlaku pada pagi tadi.



Orang kata ni projek mee segera. Nak kejar jugak untuk siapkan sebab Sukan Malaysia (SUKMA) dah hampir. Siang malam keje, nak buat gane. Pulak atap stadium ni belok pulak. Betul-betul lah projek makan duit ni. Sape yang dapat? Semua dah tahu kan...

Lihat foto runtuhan atap stadium tersebut di bawah...

posted by Abu Mus'ab @ 2:16 PTG   0 comments
STADIUM BARU RUNTUH
Stadium Sultan Mizan, Gong Badak RUNTUH !















Apa Nak Dikata?...

posted by Abu Mus'ab @ 2:05 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::