:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

TAKUTLAH DOA MANGSA KEZALIMAN
Ahad, November 29, 2009

Takutlah Doa Mangsa Kezaliman


Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya turut menyokong penjelasan yang diwartakan oleh Ust Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berkait dengan Isu Doa ke atas Najib One Malaysia.

Insyaallah, kita sama-sama mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .

Sabda Rasulullah saw :

اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب

Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - (Ibnu Hibban)

Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan. Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .

Belum pun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون

Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya.

Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanfaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka. Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut. Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini, nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .

Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang teraniaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi .

[ الدعاء سلاح المؤمن ]

Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama-nama mereka yang menentang dan menzalimi Baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud di hadapan Kaabah, sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba-tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut. Lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada di dalam genggamanNya , ke semua nama yang disebut itu terbunuh di dalam peperangan Badar . Sirah Ibnu Ishaq

Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab. Mungkin Zambry juga tidak membaca al-Quran Surah al-Lahab. Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . Kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .

Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman. Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya di sepanjang zaman.

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib One Malaysia dan Timbalannya , jelas melambangkan ketidaktahuan beliau dalam soal agama dan sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Itulah apabila al-Quran, Hadis SAW, kata Ulama' tidak dijadikan sebagai sember rujukan dalam pemerintahan Islam ! Jangan nak berceloteh jika tak tahu !

Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt. Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .

posted by Abu Mus'ab @ 5:37 PTG   2 comments
BERLAPAR KERANA MENGHORMATI TETAMU

Berlapar Kerana Menghormati Tetamu

Seseorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat: "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut: "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata: "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."

Lalu isterinya menjawab: "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata: "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami hendak makan, engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.

Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud: "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasry : 9)
posted by Abu Mus'ab @ 3:50 PTG   0 comments
SALAM EIDUL ADHA 1430 H
Khamis, November 26, 2009

Salam Eidul Adha 1430 H


Sungguh cepat masa berlalu. Semestinya dengan berlalunya masa dalam kehidupan kita, seharusnya amalan kebajikan dan kebaikan pastilah dari masa ke semasa semakin meningkat. Taqarrub kepada Allah taala semakin hari semakin dekat, kena dengan status kita selaku graduate from al-Azhar.

Hari Raya Aidil Adha, atau lebih dikenali dengan Hari Raya Qorban, dikenang sempena peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Allah Ibrahim dan anak baginda Nabi Ismail alaihimassalam, di atas sifat kehambaan mereka berdua terhadap perintah Allah taala.

Semestinya kita pada hari ini, yang amat memahami tentang situasi yang berlaku ke atas baginda berdua, dengan mengambil pengajaran dan panduan bersama, menjadikan kepraktikalan pengorbanan yang dilaksanakan oleh baginda berdua alaihimassalam itu sebagai antara salah satu sifat yang kita mesti ada, wujud dalam diri kita.

Perjuangan dalam menegakkan Islam memerlukan pengorbanan. Di masa kini, tidak boleh disama-ertikan pengorbanan dengan sumbangan. Kedua-dua istilah ini adalah berbeza pengertiannya. Dan saya yakin, bahawa para sahabat sekalian, graduate from al-Azhar amat memahami kedua-dua istilah ini dengan sedalam-dalamnya.

Justeru itu, sempena Eidul Adha 1430 H ini, saya selaku Presiden Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia, mewakili seluruh saf kepimpinan ILMAM Pusat, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qorban (Eidul Adha) kepada semua graduate from Mesir, termasuk lepasan al-Azhar, samada pengajian Islam dan selainnya.

Mudah-mudahan roh pengorbanan yang dimiliki oleh para Anbiya' alahimussolatu wassalam, para sahabat radhiallau 'anhum yang berjihad fi sabilillah, para syuhada', para solehin dapat sama-sama kecapi dan realisasikan dalam kehidupan kita seharian demi melihat Islam yang berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias tertegak di bumi Malaysia ini. InsyaAllah...

Wassalam.

Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden,
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia.

09 Zulhijjah 1430 H / 26 November 2009
posted by Abu Mus'ab @ 11:59 PG   0 comments
SALAAMATUL SODRI


Salaamatul Sodri


"Apabila kau ditegur tentang kebaikan oleh rakan sebayamu, anggaplah mereka ini kasihkan kamu, bukannya tunjuk baik. Apabila kau ditergur oleh orang muda dari kamu, anggaplah itu kata-kata orang yang masih sedikit dosanya berbanding kamu. Apabila kau ditegur oleh orang yang lebih tua dari kamu, anggaplah mereka ini telah banyak beramal daripada kamu."

Kata-kata di atas merupakan kalam daripada salah seorang daripada ulama' tasawwuf lagi bijaksana. Perlu ingat, ilmu Tasawwuf dan Feqah hendaklah disekalikan, sama sekali tidak boleh ditinggalkan salah satu daripadanya. Kiranya ditinggalkan, maka binasalah badan, sesatlah amalan, punahlah kehidupan, sempitlah pemahaman, tercetuslah perbalahan.

Inilah reality pada hari ini. Setiap orang beriman lagi bertaqwa mestilah memiliki sifat berlapang dada, 'Salaamatul Sodri' dalam menerima apa jua kritikan yang membina, muhasabah yang mementingkan soal masa akan datang. Ini adalah keperluan asas dalam membina kekuatan pasukan/ jemaah/ organisasi/ kumpulan, agar mencapai kejayaan yang cemerlang dan dilihat hebat di mata masyarakat, bahkan di sisi Allah memperolehi kerahmatan dan keberkatan.

Yer ... Walaupun yang ditegur itu merupakan orang atasan, bos, ketua, amir, dan seumpamanya. Jika apa yang ditegur itu memberi manfaat yang besar, apatah lagi demi kebaikan jemaah, maka Wajib dia kena mendengar dan menerima teguran tersebut. Tidaklah boleh mereka cepat melatah dan menjawab balik. Kadang-kadang apabila cepat melatah dan menjawab, menandakan seseorang itu tidak memiliki sifat 'Salaamatul Sodri' yang akhirnya akan menghilangkan keizzahan dirinya disebabkan sifat ego dan sombongnya itu.

Nabi Muhammad SAW pernah menyebut yang mafhumnya, sesungguhnya orang yang sombong itu adalah orang yang menolak segala kebenaran dan kebaikan yang diucapkan oleh seseorang yang menegurnya.

Jadi, tak kiralah, sehebat mana seseorang itu, dengan kekayaan yang ada padanya, dengan ketinggian status yang dimilikinya, dengan kecerdikan akal yang ada padanya, dengan pengalaman dalam memimpin yang dikuasainya, apabila didapati sebarang bentuk kesalahan, penyelewengan, salah guna, kekurangan yang ada, maka apabila seseorang menegurnya dan menasihatinya, mestilah yang ditegur itu menerima dengan hati yang terbuka serta 'Salaamatul Sodri'. Inilah antara asas untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu jemaah.

Perlu diingatkan, sifat 'Salaamatul Sodri' ini digunakan apabila berhadapan dengan situasi yang berpihak kepada perkara yang betul dan benar, tidak bercanggah dengan hukum Syara', mengikut kepada keadaan semasa dan matlamatnya adalah untuk mencapai kebaikan dan mendapat keredhaan Allah taala.

Wallahu a'lam.
posted by Abu Mus'ab @ 7:04 PG   1 comments
PERBEZAAN ANTARA PAS DAN UMNO
Selasa, November 24, 2009
Perbezaan Antara PAS dan UMNO

Oleh Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib

ImageMasalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung di dalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH di dalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku di negara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menghayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran Islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin di negara Barat dan Timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO di Malaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang Islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah di dalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulama' PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Meneruskan Perjuangan Para Nabi

Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat
posted by Abu Mus'ab @ 6:12 PTG   0 comments
TIGA JENIS MANUSIA
Isnin, November 23, 2009

Tiga Jenis Manusia Yang Perlu Didakwahkan

Dalam kehidupan ini manusia dapat diklasifikasi dalam tiga kategori, yaitu:

Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Islamiah

Ia adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke masjid. Orang yang seperti ini harus dinomborsatukan, kerana mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehingga tidak membutuhkan tenaga yang banyak dan untuk mengajak mereka pun tidak banyak kesulitan.

Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Asasiyah

Ia adalah orang yang tidak taat beragama, tetapi tidak mahu terang-terangan dalam berbuat maksiat kerana ia masih menghormati harga dirinya. Orang-orang semacam ini menempati urutan kedua.

Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Jahiliah

Ia adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau kedua. Dialah orang yang

tidak peduli terhadap orang lain, sedang orang lain mencibirnya kerana perbuatan dan perangainya yang jelek. Rasulullah saw. bersabda,

"Sesungguhnya sejelek-jelek tempat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang yang ditinggalkan (dijauhi) masyarakatnya kerana takut dengan kejelekannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Golongan inilah yang disebut dalam sabda Rasulullah saw. sebagai:

"Sejelek-jelek teman bergaul". (Riwayat Muslim)

Orang-orang semacam ini menempati urutan terakhir dalam keutamaan dakwah fardiyah.

Ada seseorang berdiri di bawah pohon epal yang sedang berbuah lebat. Jika ia ingin memetik, ia terlebih dulu memetik buah yang dapat dijangkau dengan tangannya. Jika sudah habis, dan tinggal yang paling atas, maka jika dapat dijangkau buah itu akan dipetik dan kalau tidak, buah tersebut tidak akan terpetik.

Bukan bererti seorang da'i harus tetap berpegang dan terikat dengan urutan ini, kerana kadangkala keadaan boleh mengubah pandangannya dalam hal ini —dengan izin Allah— seperti yang terjadi pada Umar bin Khathab ra., Khalid bin Wahd ra., Amr bin Ash ra., dan yang lain.

Ada seseorang yang pergi ke pantai untuk memancing ikan dengan membawa peralatan pancing. Menurut pengalamannya, dengan peralatan yang ia bawa itu hanya akan mendapatkan ikan-ikan kecil. Tetapi pada saat itu ia terkejut kerana mendapatkan ikan yang besar.

Ada beberapa pemuda dari daerah Bulaq, Kaherah, yang mencari tanah yang kosong untuk digunakan sebagai tempat peringatan Maulid Nabi Muhammad saw., yang akan dihadiri oleh Imam Hasan Al-Banna sebagai penceramah. Di sebelah warung makan, mereka menjumpai tanah lapang, lalu mereka bertanya kepada pemilik warung makan tersebut. Pemilik warung itu adalah Ustaz Ibrahim Karrum, seorang tokoh dari daerah Bulaq yang disegani oleh pemerintah yang berkuasa pada waktu itu dan disegani pula oleh kawan sendiri. Setelah mengetahui maksud dan tujuan pemuda-pemuda itu, beliau menyambutnya dengan sambutan yang luar biasa dan menyatakan kesediaannya. Setelah mereka kembali, mereka menceritakan kejadian yang baru saja mereka alami kepada Ustaz Hasan Al-Banna.

bersambung ....

posted by Abu Mus'ab @ 12:36 PTG   0 comments
KHUTBAH KHAS EIDUL ADHA 1430 H
Ahad, November 22, 2009



Khutbah KHAS Eidul Adha 1430 H


Salam Muslimin/ Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk mendapatkan Khutbah Khas ini,

Sila Dapatkannya Di Laman Blog Dewan Ulama' Terengganu

Klik DI SINI ;

Syukran Jazilan

Wassalam.
posted by Abu Mus'ab @ 7:00 PTG   0 comments
SYAHID SELEPAS MENGUCAP SYAHADAH
Sabtu, November 21, 2009


Suatu ketika tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui baginda. Dia rupanya ingin masuk Islam dan ingin mengikut perang bersama Rasulullah S.A.W. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab: "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.


Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap untuk ke medan perang, dia segera menemui Nabi S.A.W, menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Nabi S.A.W. Pedangnya yang tajam turut dibawanya.


Nabi S.A.W menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, ditambah sanggup bersama Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.


"Untuk apa engkau ke mari ya Amar!" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab mereka menyangka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalu sengaja mengikut mereka. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata: "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan memberikan syahid padaku dalam waktu yang tidak lama lagi."


Akhirnya Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Ketika perkara ini diketahui Rasul S.A.W, maka baginda pun bersabda: "Amar itu nanti akan berada dalam Syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Nabi S.A.W berkata kaum Muslimin: "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk Syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah."


"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya: "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."


Demikianlah kisah seorang yang hebat, masuk Syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W . Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Nabi S.A.W menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Sahabat-sahabat semua..sama-samalah kita berfikir yer...

posted by Abu Mus'ab @ 11:37 PTG   0 comments
LAMA TAK MENULIS
Khamis, November 12, 2009

Musuh Islam


Lama tak menulis. Tak kesempatan masa. Banyak hal yang nak diselesaikan. Lepas ni, nampak gaya kene cari 'Assistent' untuk tolong update Blog Shamatun ini. Jangan salah anggap pulak pasal assistent tu, kan tak pasal-pasal Ummu Mus'ab melatah kan. Hehehe...

Baik, dengan kesempatan masa yang ada pada malam Jumaat ni, sejak akhir-akhir ni, serangan, tujahan, lontaran, panahan, serapan dakyah-dakyah yang keji telah dimainkan dengan bermaksud untuk melemahkan kepimpinan Islam di kalangan Ulama' yang ada sekarang. Khusus dalam Parti Islam Semalaysia (PAS). Budaya menghina ulama PAS sekarang dah semakin membuak-buak di kalangan mereka yang jahil, bodoh, bebal dan bengong. Khusus puak UMNO yang bercakap tanpa sekatan.

Saya nak mengajak sahabat-sahabat sekalian, serta khususnya buat penyokong dan pendokong UMNO yang jahil atau sengaja buat-buat jahil dalam hal agama, merenung sejenak dengan Firman Allah taala dalam Surah al-Ahzab, ayat 58 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menyakiti lelaki-lelaki beriman dan perempuan-perempuan yang beriman tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka memikul kesalahan menuduh dan membuat dosa yang amat nyata."

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: “Diriwayatkan dari Nabi saw: Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman: ’Sesiapa yang mengganggu wali-Ku, maka Aku telah menyatakan perang kepadanya.” (Riwayat Bukhari)

Imam Al-Hafiz Abu Qasim Ibnu Asakir rahimahullah berkata: “Ketahuilah wahai saudaraku - mudah-mudahan Allah swt memberikan keredhaan-Nya kepada kita dan menjadikan kita termasuk di kalangan orang yang takut dan bertaqwa kepada-Nya dengan taqwa yang sebenarnya. Sesungguhnya daging para ulama itu beracun. Kebiasaan yang Allah swt lakukan terhadap sesiapa yang memperkecil-kecilkan para ulama' adalah satu perkara yang dimaklumi, iaitu dengan mencarik-carikkan tempat pergantungan mereka. Sesiapa yang melepaskan lidahnya untuk mencela para ulama, maka Allah akan mematikan hatinya sebelum kematian (jasad) nya.

Oleh itu, orang-orang yang menyalahi perintah-perintah Allah hendaklah merasa gerun terhadap fitnah dan azab pedih yang akan menimpa mereka.

Saya nak memberi nasihat kepada penyokong, pendokong UMNO, dan juga orang yang jahil dalam urusan agama terutama kepada saya sendiri, Jadikanlah peringatan di atas sebagai panduan. Jangan disebabkan kerana mengejar kemewahan, keselesaan dan kekayaan dunia, sanggup anda ketepikan, menghina, mencerca Ulama'. Terutama Tuan Guru Dato' Nik Aziz dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi. Ingat pesanan ini.

Apa guna hidup atas muka bumi ini jika tiada keberkatan dan kerahmatan. Kehidupan macam ini samalah kehidupan binatang ternakan yang melata di atas muka bumi ini. Tiada aqal, dan tiada pegangan agama. Sanggup mengikut telunjuk tali barut Yahudi laknatullah dengan menjadikan 'Persepsi' sebagai kata utama yang mesti dipercayai. Pandangan tidak semestinya betul ! Tetapi al-Quran dan al-Hadis sememangnya Benar dan Betul...

Masih ada masa untuk sama-sama beristighfar dan bertaubat. Mana kita hendak, samada hidup dengan keberkatan atau tanpa keberkatan? Fikir-fikirkanlah...
posted by Abu Mus'ab @ 11:19 PTG   0 comments
KHUTBAH KHAS INTIFADA


Khutbah KHAS Intifada Palestin

Salam Muslimin/ Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk mendapatkan Khutbah Khas ini, anda bolehlah teruslah membuka di url ini ;

Syukran Jazilan

Wassalam.

Sisipan Dari Blog DUPNT
posted by Abu Mus'ab @ 7:52 PTG   0 comments
PERBUATAN TINGKAH LAKU LEBIH BERKESAN
Selasa, November 10, 2009


Perbuatan Tingkah Laku Lebih Berkesan


Perilaku dan keteladanan seorang da'i yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada tulisan dan ceramah. Ibarat remote control yang dapat digunakan untuk memindahkan acara TV dari jarak yang jauh tanpa harus memakai kabel, begitu juga dengan seorang da'i yang ikhlas dan penuh kasih sayang.

la tidak akan kesulitan memasukkan apa yang ada dalam hatinya ke dalam hati orang lain. Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa iri dan dengki itu dapat memberikan mudharat, maka tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

Dari sini kita dapat mengetahui betapa berharganya indra yang diberikan oleh Allah swt. kepada manusia. Indra adalah bahagian penting dari tubuh manusia, sedangkan jasad secara keseluruhan adalah sebagai tempat tinggal bagi indra tersebut. Allah swt. berfirman yang bermaksud:

"Katakanlah, 'Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu?' Perhatikanlah bagaimana berkali-kali Kami perlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga)." (Al-An'am: 46)

"Katakanlah, 'Dialah Yang menciptakan kalian dan menjadikan bagi kalian pendengaran, penglihatan, dan hati.'" (Al-Mulk: 23)

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) lidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raf: 179)

Orang yang tidak mengetahui dan mensyukuri nikmat Allah swt. berupa indra adalah orang yang tidak mengetahui sumber kehidupan yang amat besar. Allah swt. berfirman:

"Ataukah seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya lagi awan; gelap gelita yang tindih-menindih, apabila ia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, tidaklah dia mempunyai cahaya sedikitpun." (An-Nur: 40)

Dengan kehilangan indra, manusia akan menjadi seolah-olah makhluk yang tidak hidup dan tidak mati. Ia menjadi makhluk yang tidak berguna. Kalau sudah begitu, maka ia tidak akan dapat memberikan pengaruh kepada orang lain, kerana alat penerima dan pengirim sudah lidak lagi berfungsi, seperti orang yang tidur di atas ranjang etnas tetapi ia tidak menyedarinya, kerana indra-nya sedang tidak berfungsi. Manusia yang demikian itu mengharapkan ada orang yang akan membangunkan dari tidur-nya yang lelap.

Allah swt. berfirman yang bermaksud:

"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan itu ia dapat berjalan di tengah-tengah manusia, serupa dengan orang yang keadaanya dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (Al An'am: 122)

Marilah kita perhatikan gambaran-gambaran berikut:

"Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Bagi mereka siksa yang amat berat." (Al-Baqarah: 7)

"Dan Kami adakan tutup di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Apabila kalian menyebut Rabb dalam Al- Qur'an, niscaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya." (Al-Isra': 46)

Orang yang tidak menggunakan indranya adalah orang yang hidup dalam "dunia yang tidak nyata", sehingga alam sekitarnya tidak akan melihat dan merasakan keberadaannya, serta tidak akan sedih jika ditinggal pergi.

Mereka tidak memahami makna hidup yang sebenarnya, tujuan penciptaan, dan tanggungjawab yang dibebankan. Adapun da'i, dia ibarat qalbu (hati), maka barangsiapa yang tidak menghidupkan hatinya, ia tidak mendapatkan sambutan dari masyarakatnya.

Allah swt. berfirman yang bermaksud:

"Maka disebabkan rahmat Allah-lah kamu berlaku Iemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu berlaku keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauh dari sekelilingmu." (Ali Imran: 159)

Hati yang beriman adalah sumber penggerak, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan seizin Allah. Barangsiapa beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." (At-Taghabun: 11)

Perasaan dan kasih sayang adalah "bahasa" internasional yang dipergunakan oleh da'ie dalam menghadapi seluruh penduduk bumi, hingga kepada orang bisu sekalipun.

Kerana rahmat Allah-lah anda berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu berlaku keras lagi kasar, tentulah mereka akan menjauhimu, wahai para da'i: "Bahasa" ini ibarat mata wang yang ditetapkan untuk dipakai oleh setiap negara secara internasional. Dengan "bahasa" inilah, generasi pertama umat ini dapat menaklukkan dunia. Mereka adalah penerus kehidupan."

"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau mempergunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya." (Qaaf: 37)

Oleh kerana itu, barangsiapa tidak mengingat, merasakan, dan terpengaruh oleh keburukan atau keindahan, ia adalah orang yang tidak mempunyai hati.

Abbas As-Siisi
posted by Abu Mus'ab @ 3:18 PTG   0 comments
JANGAN MENYIKSA DIRI

Jangan Menyiksa Diri


Allah S.W.T menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.

Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah S.A.W melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki.

Apabila melihat keadan itu maka baginda bertanya: "Mengapa dengan orang ini?"

Dua anak itu berkata: "Dia bernazar hendak menunaikan haji dengan berjalan kaki."

Rasulullah berkata: "Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memerlukan orang yang menyiksakan dirinya."

Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya: "Kamu datang dengan apa?"

Anak murid itu berkata: "Saya berjalan kaki."

Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata : "Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya."
posted by Abu Mus'ab @ 2:30 PTG   0 comments
RINTANGAN DAKWAH
Rabu, November 04, 2009

Rintangan Dakwah


Permasalahan yang menghadang seorang da'ie di tengah medan dakwah adalah permasalahan yang muncul dari dalam dirinya, padahal orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan dapat memberikan sesuatu tersebut. Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sulit baginya untuk masuk. Manusia yang hatinya terkunci sehingga sulit dimasuki oleh dakwah, bagaikan brankas besar yang sebenarnya dapat dibuka hanya dengan kunci yang kecil.

Demikianlah persoalannya, yang sesungguhnya kembali kepada diri sang da'i itu sendiri, yakni berkaitan dengan potensi dirinya secara ruhiyah, di samping kecekapannya untuk membuat program, serta ketahanan dalam mewujudkannya.

Jika kita telah faham bahawa syaitan juga membuat program untuk para pengikutnya dengan langkah-langkah yang bertahap sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan." (Al-Baqarah: 168),

maka sudah selayaknya seorang da'ie juga membuat program dan langkah-langkah dalam mengambil simpati mad'u. Sungguh sangat jauh berbeza antara tujuan syaitan dengan tujuan orang-orang yang beriman. Allah swt. berfirman yang bermaksud:

"Dan janganlah kalian berhati lemah dalam mengejar mereka (musuh kalian). Jika kalian menderita kesakitan (kekalahan), maka mereka sesungguhnya juga menderita kesakitan (pula), sebagaimana kalian menderitanya. Sedangkan kalian mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui lagi Mahabijaksana." (An-Nisa': 104)

Oleh kerana itu, seorang da'ie hendaklah memperhatikan celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain kemudian memupuknya, sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mahu bangkit berdiri melangkah di jalan Islam.

Tugas seorang da'i seperti tugas seorang pengajar dan doktor yang akan memberikan ubat sesuai dengan penyakit yang diderita oleh pesakitnya. Tidak masuk akal kalau semua pesakit diberi ubat yang sama, kerana penyakit mereka tentu berbeza-beza satu sama lain.

Pengajar dan doktor adalah da'ie yang paling berjaya, jika mereka bersedia melakukan pekerjaan itu dengan didasari keimanan kepada Allah dan untuk menegakkan agama-Nya. Didasari oleh alasan inilah, para misionaris dalam memerangi dunia Islam memusatkan perhatian mereka pada universiti-universiti dan hospital-hospital, serta menyalurkan pelbagai bentuk bantuan.

Tugas pengajar adalah menghayati hati dan pola pemikiran siswa, lalu membimbing mereka sedikit demi sedikit, sehingga tujuan yang hendak dicapai dapat dilaksanakan, sedangkan tugas doktor adalah menghapus penderitaan pesakit dengan kata-kata yang dipenuhi keimanan dan memberikan ubat yang sesuai.

Mungkinkah seorang da'i mengajak orang lain untuk kembali kepada ajaran-ajaran Islam tanpa memberikan kasih sayang kepadanya?

Bersambung ...
posted by Abu Mus'ab @ 10:18 PTG   0 comments
KEBERKATAN SEDEQAH
Selasa, November 03, 2009

Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedeqah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata: "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut.

Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata: "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu: "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin. Apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu keberkatan dan seribu kerahmatan."
posted by Abu Mus'ab @ 5:52 PTG   0 comments
PEMUDA ADALAH OBOR PERJUANGAN
Isnin, November 02, 2009

HIMPIT 10K

GELIGA : Suatu suasana yang amat merangsangkan kepada para pemuda Islam yang berada di Terengganu ini, dengan himpunan sejumlah hampir 10 000 orang, memperhebatkan lagi serta mengizzahkan lagi PAS, gerakan Islam yang selari dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, Kontijen Dungun dengan jumlah pemuda hampir 800 orang, telah menempah nama sebagai Kontijen Terbaik dalam HIMPIT 10K ini. Pemuda Paka dengan jumlah pemuda yang menyertai HIMPIT ini seramai 210 orang, membuktikan pemuda Islam di Paka ini bersama dengan perjuangan Islam PAS.


Walaupun berada di bawah payungan hujan yang turun renyai-renyai, tidak mematahkan semangat perjuangan Islam yang ada dalam pemuda Paka khususnya dan semua pemuda Terengganu amnya. Sanggup bernaung di bawah hujan, yang sedikitpun tidak memudaratkan diri selaku seorang pemuda Islam yang gagah berani, kental, bahkan sanggup menyahut cabaran untuk menentang pemuda dan putera UMNO.

Islam mengharapkan pengorbanan, bukan setakat sumbangan. Pengorbanan dalam memperjuangkan Islam dibayar dengan keberkatan, kerahmatan dan pahala Allah taala. Inilah janji yang dijanjikan oleh Allah taala kepada hamba-Nya yang memperjuangkan agamaNya.


[“Kita (Pemuda PAS) kena sedar bahawa pemuda sebagai obor perjuangan ini telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama di medan perjuangan Islam.

“Kita (Pemuda) berjihad menentang ‘musuh’ Allah SWT, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan mempertahankan syakhsiah ummah,”

“Saya harap semoga Himpit 10K yang diadakan ini menjadi medan buat generasi pemuda menyahut seruan “Pemuda Adalah Obor Perjuangan” untuk memperlihatkan Islam terus berdaulat di atas muka bumi Allah SWT.

Pemuda PAS tidak pernah takut dan gentar dengan sebarang bentuk cabaran demi menegakkan daulah Islamiah di negara tercinta ini... Tegas Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.]

Untuk Melihat Foto HIMPIT 10K, Sila Ke Laman Blog Pemuda PAS Paka
posted by Abu Mus'ab @ 4:30 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::