:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

MUG ADA MATA DAN HIDUNG
Rabu, Februari 03, 2010

Di Mana Keyakinan Kita

Saya teringat sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang ke-19 dalam kitab Hadis 40, satu pesanan Nabi SAW kepada Ibnu Abbas, yang bermaksud: "Peliharalah Allah taala, nescaya Allah akan memelihara kamu. Peliharalah Allah taala, nescaya Allah taala akan memelihara kamu di masa jua kamu berada...hingga akhir hadis.

Jika kita meneliti dalam al-Quran dalam Surah Muhammad, ayat yang ke-7 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sekiranya kamu 'menolong' Allah taala, nescaya Allah taala akan 'menolong' kamu, dan akan menetapkan kedua-dua kaki kamu".

Sebenarnya banyak lagi nas-nas yang bersangkutan dengan dua nas di atas. Menggambarkan betapa peri pentingnya menjaga hak Allah taala, iaitu memperjuangkan Islam. Kata 'peliharalah Allah' dalam hadis di atas bermaksud memelihara hak-hak Allah taala, memelihara hukum-hakam Allah, undang-undang Allah, ayat-ayat Allah taala, arahan dan suruhan Allah dan larangan-larangan Allah taala.

Balasannya, ganjarannya, Allah taala akan 'memelihara kamu'. Di sini, Imam Nawawi rahimahullahu taala membahagikan maksud 'memelihara kamu' kepada 2 bentuk pemeliharaan. Yang pertama, adalah Allah taala akan memudahkan, menolong, membantu dan memberi keamanan, kesihatan, kemudahan dalam segala urusan keduniaan, samada kehidupan, kerjaya, ekonomi, sihat tubuh badan, kekeluargaan, harta benda dan seumpamanya.

Manakala yang kedua pula adalah, Allah taala akan memelihara Islam dan Iman seseorang itu. Dengan kata lain, inilah pemeliharaan yang amat diinginkan oleh mereka yang memiliki jiwa yang dekat dengan Allah taala. Pemeliharaan yang terbaik di sisi Allah taala. Pemeliharaan yang menjamin akan kesejahteraan dan keselamatan dunia dan akhirat.

Suasana hari ini, yang terkadang memainkan Islam dan Iman kita. Terkadang mencubit, adakalanya rasa sakit, dan adakalanya rasa semacam dibelai. Inilah dunia hari ini. Berdasarkan nas-nas di atas, itu adalah antara bentuk dorongan dan galakan serta janji Allah taala kepada hamba-Nya yang betul-betul meyakini, memiliki keyakinan yang mantap terhadap segala arahan dan larangan Allah taala melalui kalam-Nya yang agung.

Hari ini, yang menyebabkan ada di kalangan kita yang mengalami musibah, yang dianggap sebagai UJIAN, tetapi hakikatnya adalah BALA. Kenapa berlaku demikian? Apabila seseorang itu mewujudkan alasan untuk tidak mahu hadir Usrah, Tamrin, Mukhayyam atau sebarang program Tarbiyyah, juga program Jemaah. Sehinggakan adakan alasan untuk tidak mahu aktif lagi buat masa ini dalam Jemaah (PAS), tidak mahu terlibat dengan PAS. Menunggu masa yang sesuai untuk aktif. Pelbagai lagi alasan yang diwujudkan dengan sebab ketiada keyakinan terhadap janji Allah taala di dalam al-Quran al-Karim dan Hadis Nabi SAW. Yang akhirnya, mengakibatkan mereka futur dalam perjuangan Islam. Mereka lalai, alpa dibuai oleh dunia yang sementara. Yang menyedihkan, mendapat hinaan dan cercaan oleh mahkluk Allah yang lain. Kita nak ker berlaku hal ini kepada diri kita?

Bagi saya, segala kesempitan dan musibah yang menimpa saya, ketika saya sengaja melarikan diri dari kerja-kerja Jemaah (PAS), ini merupakan BALA Allah taala, dan sewajibnya saya mesti menjadikannya sebagai pengajaran, panduan dan pengiktibaran. Banyakkan berfikir, kembali kepada diri sendiri, makanan minuman kita, penggunaan harian kita.

Saya menyatakan hal ini, sebagai peringatan dan nasihat kepada sahabat-sahabat semua, KHUSUS kepada diri saya sendiri. Bahkan kepada mereka yang bergelar Haamilul Quran. Agar kita semua tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi samada di dunia dan akhirat.

posted by Abu Mus'ab @ 10:47 PTG  
1 Comments:
  • At 3:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    artikel yang menarik, yg perlu dimuhasabahkan oleh sahabat-sahabat yang pernah ditarbiyyah di mana jua, khusus org yg hafal quran.

     
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::