:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

TAZKIRAH PRU : BAHAYA ISLAM LIBERAL
Selasa, Disember 21, 2010

Bahaya Islam Liberal

Pendahuluan

Sabda Nabi SAW :

أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Maksudnya:

“Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah Taa’la dan dengar dan patuh (pada pemimpin) walaupun dia seorang hamba berketurunan Habsyi. Sesungguhnya barangsiapa yang hidup selepasku dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham kamu. Dan jauhilah perkara-perkara baru dalam agama, sesungguhnya setiap perkara yang baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan.

Umat Islam hari ini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan serangan pemikiran yang menggugat akidah dan pegangan mereka. Usaha ini telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk memurtadkan orang Islam daripada Din yang suci ini

Anuar Al Jundi seorang ahli fikir dan pengarang Islam dalam sebuah tulisannya di dalam kitabnya ندوة الحضارة (Seminar Peradaban) antara lain telah mengulas tentang perang salib, peperangan tersebut telah berakhir dengan kemenangan di pihak Islam dari sudut ketenteraan.

Akan tetapi pihak barat telah mendapat pengajaran yang amat berharga dari peperangan yang memakan masa hampir dua ratus tahun itu. Barat telah mempelajari sebab-sebab kemenangan umat Islam lalu mengatur strategi jangka panjang untuk mengalahkan umat Islam pada masa akan datang. Serangan yang dirancang itu tidak lagi dalam bentuk ketenteraan sebaliknya dalam bentuk yang dinamakan "Serangan Pemikiran".

Dalam perkembangan mutakhir ini masyarakat awamlah yang akan menjadi mangsa. Mereka menjadi bingung melihat di hadapan mereka berbagai wajah dan bentuk ajaran Islam yang membawa jenama yang sama iaitu jenama Islam. Pelbagai istilah yang diperkenalkan oleh musuh-musuh Islam untuk mengelirukan umat Islam, antaranya Islam Liberal.

Perkataan liberal bermaksud pandangan yang terbuka dan tidak terkongkong. Dalam laman Jaringan Islam Liberal ada dijelaskan bahawa: Nama Islam Liberal menggambarkan prinsip yang kami anuti iaitu Islam yang menekankan kebebasan peribadi dan pembebasan daripada struktur sosial-politik yang menindas.

Walaupun pelbagai takrif cuba diberikan dalam mendefinisikan Islam liberal, namun aliran ini seolah-olah menganggap ajaran Islam yang bersandarkan nas-nas al Quran dan al Sunnah adalah Islam yang terbelenggu, terikat dan tidak bebas. Maka mereka cuba untuk membebaskan Islam dari sebarang keterikatan dengan nas-nas syarak.

Caranya adalah dengan mentafsirkan, mengolah atau menafikan apa saja dalil syara' agar bersesuaian dengan kehendak aliran pemikiran mereka. Sementara itu pemikiran mereka pula berteraskan falsafah yang menjadi pegangan dunia barat yang pada anggapan mereka sangat bertamadun.

Akibat daripada usaha meliberalkan agama, kita melihat berbagai-bagai pentafsiran dan penyelewengan atas nama agama hinggakan tokoh aliran ini Irshad Manji. Umpamanya menyokong perkahwinan sejenis.

Contoh Pentafsiran Golongan Islam Liberal

Golongan ini sering mempergunakan ayat-ayat al Quran menurut kepentingan mereka. Sebagai contoh, ketika membela kebenaran agama-agama lain, mereka mendalilkan ayat 22 dalam Surah al-Mujadilah yang bermaksud:

"Kamu tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat mereka itu mengasihi mereka yang menentang Allah dan RasulNya walaupun mereka itu terdiri daripada bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara mara mereka ataupun ahli keluarga mereka.Golongan inilah yang telah ditetapkan iman di dalam hati mereka dan Allah menguatkan mereka dengan roh daripadaNya dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sngai-sungai dan mereka kekal di dalamnya.Allah meredhai mereka dan mereka redha terhadap Allah.Mereka itulah golongan Allah, ketahuilah hanya golongan Allah sahajalah yang mendapat kejayaan".

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah, ayat 62 yang bermksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yahudi dan orang-orang sobiun dan orang-orang nasrani yang beriman dengan Allah dan hari akhirat dan beramal soleh maka tiada kebimbangan untuk mereka dan mereka tidak akan berdukacita".
Dengan bersandarkan kepada dua ayat ini, mereka mengatakan bahawa golongan Yahudi, al Sobiun dan Nasrani adalah ahli-ahli syurga walaupun mereka tidak beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Kesimpulannya Islam Liberal dan para pendokongnya berfikiran dan berfahaman bebas yang melepasi batas had dan hukum Allah taala yang jelas menunjukkan bahawa Islam Liberal menyimpang jauh dari anutan Islam yang sebenarnya. Yang akhirnya, menyebabkan pengamalnya membolehkan judi, arak, makan riba dan membiarkan orang Islam murtad tanpa dijatuhkan hukuman ke atas mereka.

Akibat daripada pemahaman ini, soal aqidah diketepikan. Pemahaman yang menekankan aspek pembangunan, ekonomi dan teknologi. Golongan yang memperjuangkannya lebih suka melihat pembangunan dunia yang berteraskan kebendaan dan tidak mementingkan soal aqidah sebagaimana keadaannya dengan dunia barat yang maju dari sudut material tetapi hancur aqidahnya.

Hari ini kita melihat pelbagai gejala sosial menimpa umat Islam akibat mengabaikan aqidah seperti keruntuhan akhlak, rasuah, pemujaan artis, murtad dan yang terkini adalah kes pembuangan bayi yang amat kritikal.

Perkara ini telah pun diperingatkan kepada kita oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:

إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء.قيل وما هي يا رسول الله؟ قال: إذا كان المغنم دولا والأمانة مغنما والزكاة مغرما وأطاع الرجل زوجته وعق أمه وبر صديقه وجفا أباه وارتفعت الأصوات في المساجد وكان زعيم القوم أرذلهم وأكرم الرجل مخافة شره وشربت الخمر ولبس الحرير واتخذت القينات والمعازف ولعن آخر هذه الأمة أولها. فليرتقبوا عند ذلك ريحا حراء أو خسفا أو مسخا

Maksudnya: Apabila umat ku melakukan 15 perkara ini nescaya mereka akan ditimpa bala. Para sahabat bertanya: Apakah ianya wahai Rasulullah? Jawab Baginda:

1-apabila harta rampasan perang itu dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja.

2-apabila amanah itu dianggap harta yang menguntungkan.

3-apabila zakat itu dianggap suatu denda.(terpaksa dikeluarkan.)

4-apabila suami mentaati isteri.

5-apabila anak menderhakai ibunya.

6-apabila anak patuh kepada kawannya

7-apabila anak tidak endah kepada ayahnya dan mengasarinya.

8-apabila diangkat suara di dalam masjid.

9-apabila ketua sesuatu kaum itu orang yang paling hina di kalangan mereka.

10-apabila dimuliakan seseorang itu kerana ditakuti akan kejahatannya.
posted by Abu Mus'ab @ 8:19 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::