:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

ORANG YANG SAFIH
Rabu, Mac 31, 2010

Orang Yang Safih

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 130 yang bermaksud: "Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya)."

Pada ayat yang bermaksud: "Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri". Sebabnya ayat ini diturunkan ialah kerana ada seorang pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam bernama Abdullah bin Salam menyuruh 2 anak saudaranya, yang bernama Salamah dan Muhajir, supaya keduanya mengikutnya masuk Islam, seraya berkata: "Kita telah tahu bahawa Allah ada menyatakan di dalam Kitab Taurat: "Bahawasanya Allah membangkitkan seorang Nabi, bernama Ahmad, dari keturunan Nabi Allah Ismail alaihissalam. Siapa yang beriman dengannya, akan mendapat hidayat (petunjuk) dan yang ingkar, ia dikutuk."

Seruan ini telah disambut baik oleh Salamah, lalu ia pun masuk Islam. Sedang Muhajir pula sebaliknya. Dia tidak mahu menurut. Maka turunlah ayat ini tadi, yang mengatakan tujuannya iaitu: "Barangsiapa benci kepada Syariat Nabi Ibrahim, adalah 'safih' orangnya."

Orang Safih itu, ialah orang yang menganggap sepi sahaja terhadap kebenaran, atau juga disebut orang yang jahil, atau orang yang menunjukkan kelemahan akal fikirannya. Ayat ini mencela bukan hanya khas ditujukan kepada orang yang menjadi sebab turunnya ayat ini, seperti Muhajir tadi, tetapi ditujukan juga secara umum kepada orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, juga kepada orang-orang Musyrik Arab. Mereka itu dicela, kerana mereka hanya pandai berbangga, masing-masing mendakwakan dirinya ada mempunyai hubungan keturunan dengan Nabi Ibrahim alaihissalam, ada berbaka konon dengan Nabi yang membawa Syariat (Agama) yang benar, tetapi tidak ditunjukkannya hubungan itu secara keimanan dan secara amalan yang sebenar-benarnya, malah membenci dan menjauhinya.

Dengan ayat ini, bolehlah kita mengambil, serupa halnya dengan kita umat Islam sekarang ini, di antaranya ada yang mengaku dirinya berasal Islam, berbaka Islam, kerana ibubapanya dan nenek moyangnya beragama Islam, tetapi dia sendiri tidak melakukan kewajipan-kewajipan yang diperintahkan oleh Islam, bahkan ia menganggap sepi dan meringan-ringankan, sehingga akhirnya menjadi liar dari Agama Islam. Maka orang sedemikian ini sifatnya Allah taala telah mencelanya sebagai orang yang Safih (bodoh dan kurang akal fikirannya).

Kemudian pada akhir ayat tadi, Allah taala telah menguatkan kebenaran Syariat Nabi Ibrahim alaihissalam itu dengan firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan Sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya)."

Justeru itu, janganlah kita menjadikan diri kita di kalangan mereka yang 'Safih'. Sekalipun kita telah ada PHD, MA, Sarjana Muda, Menteri, Wakil Rakyat, atau seumpamanya. Yang dilihat adalah Keimanan dan Ketaqwaan seseorang.
posted by Abu Mus'ab @ 9:37 PG   1 comments
AJAL ; ANYTIME, ANYWHERE
Selasa, Mac 23, 2010

Ajal : Anytime, Anywhere

Firman Allah taala di dalam Surah al-Imran ayat 156 yang bermaksud : "Allah itulah yang menghidupkan dan mematikan. Dan Allah melihat akan apa-apa yang kamu kerjakan."

Demikian Allah menjelaskan, iaitu Dia sahajalah yang memegang tampuk hidup atau matinya makhluk, baik belayar ataupun menetap, bertempur di medan perang atau duduk di rumah bersenang lenang, adakah siapa-siapa dapat melindungi dari kematian? Ketahuilah, setiap ajal yang telah ditetapkan oleh Allah pantang berselisih dari waktunya.

Dalam hubungan ini, saya bawakan semua kisah yang diriwayatkan oleh Abu Sa'ud seperti di bawah ini: "Bahawasanya Malakulmaut (malaikat yang kerjanya mencabut nyawa) telah menghadiri suatu majlis di balai penghadapan raja Nabi Sulaiman alaihissalam, di mana rakyatkan sedang menghadap baginda a.s. Maka Malakulmaut itupun memandang kepada salah seorang yang hadir dengan pandangan yang menggerunkan.

Apabila Malakulmaut itu berdiri, tanyalah orang itu kepada Nabi Sulaiman a.s : "Siapakah gerangan orang itu tuanku?" Dijawab oleh Nabi Sulaiman a.s :"Dia itu Malakulmaut." Orang itupun memohon: "Tuanku, hantarkanlah hamba dengan perantaraan angin ke alam yang lain, kerana saya lihat dia amat menggerunkan saya." Maka Nabi Sulaiman a.s memerintahkan angin menerbangkannya jauh-jauh di alam lain.

Selang tidak berapa lama kemudian, datanglah balik Malakulmaut menemui Nabi Sulaiman a.s untuk menceritakan kisahnya begini: "Saya telah diperintahkan mencabut nyawa orang itu di saat saya menghadiri majlis tuan, tetapi tempatnya bukan di sini, nun jauh di alam lain. Apabila saya mendapati dia berada di sini, saya kehairanan kenapa dia masih di sini, bilakah agaknya dia sampai ke tempat yang ditentukan untuk mencabut nyawanya, sedangkan tempat itu tersangat jauh?

Dengan tidak semena-mena dia telah diterbangkan angin seketika itu juga ke tempat di mana nyawanya telah saya cabut, tepat tidak berselisih walau sedikitpun dari waktu yang ditentukan ajalnya.

Demikian Allah taala mengakhiri ayat ini dengan menjelaskan bahawa baik orang yang mukmin atau yang kafir, yang terbit dari perkataan atau perbuatan mereka, dari jenis yang baik dan yang buruk, semuanya diketahui oleh Allah untuk diperhitungkan dan diberi pembalasan yang sewajarnya. Sama-samalah kita fikirkannya ...
posted by Abu Mus'ab @ 5:00 PTG   0 comments
BELI KETA MINI UNTUK JADIKAN BECA







posted by Abu Mus'ab @ 1:34 PTG   0 comments
PENGECUT, PENAKUT DAN KUFUR
Khamis, Mac 18, 2010

Antara Jenis Hasutan Syaitan

Firman Allah taala di dalam Surah al-Imran ayat 156 yang bermaksud: "Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) Yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa Yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) Yang demikian itu: penyesalan Dalam hati mereka."

Di dalam ayat ini, Allah taala menjelaskan antara bentuk hasutan yang menggongcangkan serta menggelincirkan orang-orang yang kufur, dengan peringatan sebagai berikut:

Jangan hendaknya orang-orang Mukmin itu berkeadaan seperti orang yang kufur. Dimaksudkan orang-orang kufur di sini ialah, orang-orang munafik seperti Abdullah bin Ubai dan kawan-kawannya. Orang-orang yang kufur itu bilamana mendapati di antara rakan-rakan mereka ada yang berjalan di muka bumi (kerana belayar berniaga) lalu mati di tengah jalan atau ada yang berperang (baik di tanah airnya atau di negeri orang) lalu terbunuh, mereka pun berkatalah kepada kawan-kawan mereka yang sealiran nifak dan kufurnya dengan kata-kata begini: "Kalaulah mereka itu menetap saja bersama-sama kami, tiadalah mereka mati atau terbunuh."

Kata-kata demikian tidak layak dikeluarkan oleh orang-orang yang benar-benar beriman. Hanya orang-orang yang kufur jualah yang layak menyebutkannya. Maka kerana itu, pulalah mereka (orang munafik itu) digelarkan oleh Allah di dalam ayat ini sebagai orang yang kufur iaitu orang yang tidak percaya serta tidak yakin.

Kemudian Allah menjelaskan bahawa kata-kata tersebut adalah kata-kata yang bersifat kufur, akibatnya Allah menjadikan ianya sesalan dan kedukaan. Sesalan dan kedukaan inilah yang melemahkan mereka daripada berjihad dan berperang. Akhlak demikian janganlah dicontohi oleh orang-orang yang beriman supaya tidak pula melemahkan semangat masing-masing.

Dewasa ini, setengah golongan takut untuk berjuang dalam PAS, menampakkan diri dalam PAS, bersama-sama dengan perjuangan PAS, hasil daripada kata-kata daripada Iblis yang bertopengkan manusia yang sekiranya aktif, bersama-sama, berjuang dalam PAS, nescaya samada akan dipecat, akan ditukar, akan diancam, akan dicela, akan diugut dan akan...akan..akan lagi. Walaupun hakikatnya tidaklah semua, tetapi hampir kepada majoriti. Mudah-mudahan kita tidak termasuk di kalangan mereka yang pengecut dan penakut serta kufur kepada Allah.
posted by Abu Mus'ab @ 11:47 PG   0 comments
BALASAN ORANG YANG MENYEKAT AJARAN ISLAM
Ahad, Mac 14, 2010

Orang Yang Menyekat/ Menghalang Ajaran Islam

Firman Allah taala dalam Surah al-Baqarah ayat 114 yang bermaksud: "Dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang-orang Yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? orang-orang Yang demikian, tidak sepatunya masuk ke Dalam masjid-masjid itu melainkan Dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara Yang mereka lakukan itu). mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa Yang amat besar."

Daripada Firman Allah taala di atas, menyatakan dengan jelasnya bahawa tidak ada orang paling zalim daripada orang-orang yang menghalang-halangi rumah Allah, tempat berbuat ibadat kepada Allah yang disebut nama Allah di dalamnya, diletakkan di dalamnya sekatan dan halangan, iaitu usaha yang menjadikan kerosakan dan keruntuhannya. Samada orang melakukannya itu Nasrani mahupun Majusi atau sesiapa sahaja, walaupun dia padangan mata kasar, menganut agama Islam, maka orang inilah yang terlebih zalim dan menzalimi.

Juga diperkatakan dalam ayat ini, jaminan daripada Allah taala kepada orang-orang yang beriman, bahawa orang-orang yang menjadi penghalang yang disebutkan tadi, tiada akan berani memasuki rumah Allah itu, kerana Allah akan mengurniakan daya kekuatan iman kepada orang-orang Mu'min, sehingga bilamana kekuatan iman yang sebenarnya telah lahir dari orang-orang yang beriman, nescaya mereka semua akan gentar, timbul rasa takut, untuk hendak memasuki rumah Allah itu ketika melihat keras dan kukuhnya iman orang-orang yang beriman itu.

Akhirnya, orang yang menjadi penghalang itu kelak di dunia ini akan mendapat kehinaan yang akibatnya mendapat malu, kerendahan, terbunuh, tertawan, membayar cukai, dan seumpama dengannya, sedang di akhirat pula, akan menanti azab yang besar.

Jadi, ingatlah mereka yang cuba hendak menyekat dan menghalang tersebarnya ajaran Islam di dunia ini. Jangan menyesal di kemudian hari. Masih ada masa lagi untuk sama-sama membetulkan keadaan. Jadilah mereka yang benar-benar takut kepada Allah taala.
posted by Abu Mus'ab @ 12:49 PG   3 comments
MATI DI JALAN ALLAH VS MATI DUDUK SAJE
Rabu, Mac 10, 2010

Mati Di Jalan Allah VS Mati Duduk Saje

Firman Allah taala di dalam Surah al-Imran Ayat 157 yang bermaksud: "Dan jika kamu terbunuh pada jalan Allah ataupun mati, sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmat-Nya itulah yang lebih baik daripada barang-barang yang mereka kumpulkan."

Ayat di atas memberi maksud bahawa Mati pada jalan Allah taala itu ialah kematian kesan daripada seseorang yang telah beramal dengan kebaktian dan kebajikan, yang kebajikan dan kebaktian di sini adalah suatu amalan yang tidak bertentangan dengan hukum syara'.

Orang yang berperang ada kalanya mati waktu dia sedang berjuang, atau mati waktu dia sedang dalam kepayahan dan kepenatan, atau mati sedang dia bertugas di dalam apa jua pun urusan peperangan. Kematian demikian adalah semuanya pada jalan Allah taala.

Adapun keampunan dari Allah taala yang dapat menghapuskan dosa, dan rahmat yang dikurniakan-Nya pula sesungguhnya lebih baik daripada segala jenis kemewahan harta yang dikumpulkan dan dinikmati oleh orang-orang Kafir. Kemewahan tersebut tiada akan kekal di dunia yang fana' ini, sedang keampunan dan rahmat Allah itu akan berkekalan selama-lamanya.

Al-Quran diturunkan bukan sekadar untuk dibaca dan dihafaz sahaja, bahkan untuk diperhatikan maksudnya dan seterusnya diamalkan dalam setiap urusan kehidupan seharian kita. Berapa ramai orang yang membaca al-Quran, tetapi al-Quran melaknat ke atasnya, dengan sebab tidak beramal dengannya. Menjadikannya sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan.

Sesungguhnya mati di jalan Allah taala adalah lebih baik, lebih utama, lebih afdhal, lebih mulia, berbanding mereka yang mati dalam keadaan asyik mengumpul kekayaan, asyik bersenda guraun dengan anak isteri, asyik memikirkan design terkini untuk mencantikkan rumah kediaman, asyik dengan kerjaya siang malam, asyik memikirkan bagaimana untuk mendapat kenaikan pangkat dan pendapatan.

Saya kurang kisah jika fenomena berlaku atau terjadi ke atas orang yang berlata belakangkan bukan agama. Yang saya kisahkan, amat terkilan, sekiranya hal ini berlaku ke atas teman-teman sependidikan dengan saya, teman sekelas dengan saya, teman seasrama dengan saya, teman yang dahulunya satu usrah dengan saya, teman seperjuangan tika masa dahulu.

Dari itu, Saya amat mengharapkan kepada teman-teman sekalian agar sama-sama kita menginfaqkan harta benda (hasil pendapatan yang kita perolehi), tenaga, masa, kemahiran yang ada dan diri sendiri untuk berusaha memastikan PAS menang dalam Pilihanraya Umum akan datang di Negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya. Keampunan dan Keberkatan yang kita cari selama ini kan?
posted by Abu Mus'ab @ 4:16 PTG   0 comments
IMAN WAJIB DIPELIHARA DAN DIPERTAHANKAN
Isnin, Mac 08, 2010

Iman Wajib Dipelihara dan Dipertahankan

Oleh kerana Iman sahajalah yang menjamin kesejahteraan dan keselamatan manusia samada di dunia dan akhirat, di mana segala kepentingan yang lain itu adalah "tempelan" semata-mata. Justeru itu, pergantungan hanyalah kepada Iman dan Islam. Maka ianya hendaklah diletakkan lebih penting dari segala yang lainnya.

Jadi kerana itulah, Rasulullah SAW dan sahabat Baginda r.a telah meletakkan Iman dan Islam itu mengatasi kepentingan nyawa, keluarga, bangsa, tanahair, harta dan lain-lainya. Walaupun tidak dinafikan bahawa kepentingan tersebut juga mesti dipertahankan, tetapi Iman dan Islam lah yang menyelamatkan itu semua. Sesungguhnya sirah Rasulullah SAW membawa peristiwa pengajaran betapa mulianya Iman itu kepada hidup dan matinya manusia.

Firman Allah taala dalam Surah al-Imran ayat 102 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwanya, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan menjadi orang-orang Islam."

Firman Allah taala dalam Surah an-Nisa' ayat 136 yang bermaksud: "Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh."

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Telah bertanya Sufyan bin Abdullah kepada Rasulullah SAW yang sabda baginda yang bermaksud: "Wahai Rasulullah,"Ajarkanlah kepada saya mengenai agama Islam akan pengajaran yang saya tidak payah bertanyakan kepada orang lain". Rasulullah SAW pun menjawab: "Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian Istiqamah (menurut jalan yang betul)".

Mudah-mudahan Allah taala menjauhkan kita daripada apa jua yang merosakkan Iman di hati, perkataan dan perbuatan ...

Firman Allah taala dalam Surah al-Imran ayat 8 yang bermaksud: "(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
posted by Abu Mus'ab @ 3:44 PTG   0 comments
SALAM MAULIDUR RASUL
Khamis, Mac 04, 2010

Salam Maulidur Rasul

Hari ini 19 Rabiul Awal 1430 H, malam Jumaat, walaupun telah seminggu berlalunya ulangtahun kelahiran Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW, tetapi sepatutnya tidak seharusnya kita orang Islam hanya meraikannya pada hari tersebut sahaja. Patut meraikannya setiap masa, setiap tika, setiap zaman.

Meraikannya bukan setakat mengadakan perarakan secara berkumpulan, dengan memegang sepanduk, bersolawat di atas jalanan, mengelilingi bangunan-bangunan kerajaan, berjalan sepanjang kampung, bersongkak tinggi dan rendah, ada juga yang memakai kopiah, perempuan turut sama menyertainya, dalam keadaan kadang-kadang aurat tak terjaga, bahkan aurat memang tak dijaga, berkasut tumit tinggi, berwangi-wangian yang semerbak, turut dicelahi dengan gurau senda yang membangkitkan ghairah di antara lelaki dan perempuan. Inikah cara meraikannya?

Sepatutnya, raikanlah sambutan tersebut dengan beramal dengan segala tuntutan Nabi SAW, segala hukum-hakam yang telah dijelaskan oleh Baginda SAW, undang-undang Allah taala yang diutarakan melalui Nabi SAW, menjadikan penampilan, perwatakan, pengamalan, pemerintahan Nabi SAW sebagai ikutan, panduan, role model, sumber rujukan dalam kehidupan seharian, kehidupan sekeluarga, dalam semua aspek, semua segi, semua kegiatan, termasuklah dalam urusan pemerintahan negara.

Melihat keadaan masyarakat hari ini, pengamalan amalan Sunnah adalah bertempat. Tidak menyeluruh. Mengikut keinginan hawa nafsu. Ambil yang menyenangkan diri sendiri sahaja. Bahkan yang fardhu pun masih ada lagi yang meninggalkannya. Kadang-kadang masih ada lagi yang tidak memahami kewajipan-kewajipan yang lain, selain dari Solat Fardhu, berpuasa Ramadhan, mengerjakan Zakat dan Haji di Makkah. Inilah realitinya.

Jadi, marilah kita sama-sama menjadikan Nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai panduan, role model dari semua sudut, semua aspek. Kerana sesungguhnya pernah Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud: "Sesiapa yang berpegang teguh (menghidupkan) SunnahKu, ketika umatku berada di dalam kerosakan (kehancuran), maka baginya pahala menyamai 100 orang yang mati Syahid".

posted by Abu Mus'ab @ 10:39 PTG   0 comments
JANGAN IKUT ORANG KAYA
Selasa, Mac 02, 2010

Buat Kenduri Ikut Kemampuan

Sesiapa yang mampu nak buat kenduri kahwin secara besar-besaran buatlah. Kalau banyak simpanan , apa salahnya.

Tapi kalau tak ada duit , buatlah sekadar yang mampu.

Yang wajib akad nikah, kenduri kendara ni tak wajib. Nak buat kenduri boleh, tak buat pun boleh. Islam kan mudah, adat Melayu je yang kadang-kadang disalah tafsir jadi susah.

Salah satu sebab remaja kita susah fikir hal kahwin ialah ingat yang akad nikah sunat, kenduri kahwin wajib, pelamin wajib, hantaran wajib, renjis air mawar wajib, bersanding wajib.

Tak perlulah nak buat pinjaman untuk uruskan kenduri kahwin. Alangkah baiknya selepas perkahwinan tak pening kepala fikir duit kenduri, duit hantaran, duit pelamin dan sebagainya.

Alangkah eloknya selepas kahwin sahaja pasangan pengantin dah ada rumah sendiri.

Lagi elok dalam keadaan ekonomi yang gawat sekarang ini, buat majlis kenduri kahwin beramai-ramai, macam di Johor ada pihak yang membantu mengendalikan program sebegini pada kos RM 500 sahaja untuk satu pasangan pengantin.

Siapa yang mampu buat, siapa yang tak mampu, akad nikah dah cukup. Ini dapat mengelakkan salah satu sebab kes gejala buang bayi berleluasa.
posted by Abu Mus'ab @ 3:19 PTG   0 comments
UMNO YANG SESAT


Dunia Akan Kembali Ke Zaman Jahiliyyah

Lama juga tak menulis ni, dengan tiada kesempatan, masa yang terbatas, tetapi, teringat satu keadaan yang berlaku atas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, yang lebih dikenali dengan panggilan bagi ke semua anak didiknya, dengan panggilan "Ayah Chik", dalam keadaan sesibuk beliau melebarkan roh perjuangan ke semua peringkat, sempat lagi mengarang dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "Allah : Kalimah Yang Benar Tujuan Yang Salah", diterbitkan sempena menjawab Isu yang sengaja dipolitikkan oleh UMNO and The Geng secara ilmiyyah. Jadi sebenarnya tiada alasan kan...

Suasana sekarang ini, yang semakin hari, jelas kenampakan pelbagai rupa Syaitan yang berbentuk manusia, dikatakan dia adalah manusia, dikatakan dia menganut agama Islam, dikatakan dialah pembela agama, dikatakan dialah yang memperjuangkan Islam. Hakikatnya jauh sekali pengamalannya, sekadar bercakap sahaja. Orang Asli yang berada kat Hutan Amazon pun boleh cakap camtu...

Keadaan sekarang, segelintir manusia, khusus puak UMNO yang berkekalan kejahilan dan kebebalan mereka dalam urusan agama Islam, terbawa-bawa dengan sikap, amalan, fahaman, dan pemikiran orang-orang Jahiliyyah terdahulu dan orang Kafir Quraisy. Betul apa yang Allah nyatakan dalam al-Quran yang ditafsirkan oleh para alim ulama', sesungguhnya jalan cerita, pemikiran orang terdahulu, walaupun telah berlalu zamannya, yang dahulunya, orang terdahulu yang memegang watak, yang melakonkan, dan masa kini, jalan ceritanya sama, cuma berlainan yang memegang watak tersebut, pelakonnya berubah...Tentulah geng-geng UMNO yang diketuai oleh Presidennya...

Hari ini, yang menjiwai, memiliki segala sifat kejahatan dan keburukan orang Kafir Quraisy adalah puak-puak, manusia-manusia yang saya kira, dia berilmu, tapi dia sengaja mendiamkan diri semata-mata mengejar keduniaan dan ingin mengekalkan segala kenikmatan yang dimiliki sekarang ini. Terus terang saya katakan, puak-puak UMNO, pendokong-pendokongnya yang buta hati, tidak buta mata, hati mati ...

Astaghfirullah al-'Azim ... Hari ini, dah timbul golongan yang menyatakan bahawa PAS adalah parti yang sesat, dan macam-macam lagi, seolah-olah, dia telah menghina perjuangan Nabi Muhammad SAW. Yang hakikatnya, PAS adalah parti yang memperjuangkan Agama Allah taala. Parti yang bersumber dasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Yang memiliki segala ciri-ciri Jemaah yang diperjuangkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Begitulah keadaannya, apabila bercakap dengan tiada ilmu, berhukum dengan tiada ilmu, menulis dengan tiada ilmu, tidak merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Yang menjadi rujukannya adalah skrip-skrip yang dikarang oleh Zionis, Yahudi dan Amerika laknatullahu alaihim ...

Yang bercakap ni, bukan orang Cina, India atau bangsa lain, yang menyedihkan adalah orang Melayu yang dikatakan ia adalah orang Islam. Memang melampau sungguh orang macam ini. Saya berani kata, orang yang berpendirian semacam ini, takkan hidup selamat atas dunia ini, bahkan di akhirat kelak, selagi mana dia tidak bertaubat dan insaf atas segala tindakannya...

Sesungguhnya, selagi mana UMNO tidak memerintah, berjuang atas dasar bersumberkan al-Quran, al-Hadis, Ijma' Ulama' dan Qias, UMNO tetap parti yang SESAT, dan menyesatkan orang lain. Bercakaplah dan berhujahlah dengan ILMU, bukan dengan hawa nafsu ...
posted by Abu Mus'ab @ 12:05 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::