:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

RAGU-RAGU ADALAH SIFAT ORANG MUNAFIK
Selasa, April 27, 2010

Ragu-ragu Adalah Sifat Orang Munafik

Firman Allah taala dalam Surah al-Maaidah, ayat 52 yang bermaksud: "Dalam pada itu, Engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya."

Dalam ayat ini Allah taala menerangkan sifat-sifat orang munafik, seperti Abdullah bin Ubai dan kawan-kawannya yang berpenyakit di dalam hatinya, iaitu penyakit syak dan ragu-ragu terhadap agama Islam serta bermuka-muka di hadapan orang mukmin. Mereka cepat benar berpaling tadah kepada musuh, lekas menghubungi orang-orang Yahudi dan bermesra-mesra dengan mereka, kerana terpengaruh oleh harta kekayaan mereka, sebaliknya pula kurang yakin kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Itulah sebabnya mereka berkata: "Kami takut akan kena bahaya." Yang bertujuan, apabila mereka ditimpa bencana alam seperti peperangan atau kekurangan makanan, mudahlah pada anggapan mereka untuk mendapat bantuan daripada orang-orang Yahudi.

Demikianlah gambaran orang-orang munafik di setiap zaman dan tempat, hampir sama belaka. Banyak contoh dalam sejarah mengenai kerajaan-kerajaan yang telah menjadi lemah kerana didapati sebahagian menteri-menterinya bersifat munafik, rela menjadi alat bagi sebuah kerajaan lain yang lebih kuat, sehingga kerajaan itu menjadi mangsanya, lalu hilanglah 'kemerdekaannya'.

Ketika kerajaan Islam PAS jatuh pada tahun 2004, keesokkannya, saya didatangi oleh seorang tabligh. Dia berkata kepada saya bahawa: "Selepas ini ISLAM takkan menang dah lepas ni." Dalam fikiran saya, tergamak dia bercakap macam tu. Dengan perpandangan demikian, jelas dia telah menolak akan jaminan Nabi SAW bahawa suatu hari nanti Islam akan menang.

Ada juga suara-suara di kedai kopi, di masjid dan surau-surau, yang menyatakan bahawa jikalau PAS memerintah di Malaysia ini, pasti berlakunya peperangan demi peperangan. Amerika dan Yahudi akan menyerang Malaysia. Jadinya, Malaysia tidak lagi seperti hari ini, hidup dalam keadaan 'aman dan selamat', kononnya...Rosak aqidah umat Islam di Malaysia pada hari ini. Sesungguhnya pemikiran dan pemahaman yang menyeleweng ini adalah daripada Yahudi dan Nasrani, semata-mata untuk memastikan orang Islam yang lemah Imannya berada di bawah kekuasaan mereka.

Pada pengakhiran ayat ini, Allah menyatakan bahawa ISLAM pasti akan menang, dan pada masa itu puak-puak munafik akan merasa menyesal di atas kelakuan yang mereka telah lakukan dengan sesalan yang amat sangat.
posted by Abu Mus'ab @ 5:26 PTG   0 comments
LARANGAN BERSEKUTU DENGAN YAHUDI DAN NASRANI
Khamis, April 22, 2010

Larangan Bersekutu Dengan Yahudi dan Nasrani

Firman Allah taala dalam Surah al-Maaidah, ayat 51 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."

Setengah ulama' mengatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada 'Ubbadah bin Assomit r.a dan Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua orang-orang munafik. Kedua-dua orang ini telah bertengkar di hadapan Nabi SAW tentang persahabatan mereka dengan orang-orang Yahudi.

Kata 'Ubbadah: "Saya mempunyai sahabat-sahabat daripada orang-orang Yahudi yang sangat ramai dan sangat kuat. Sekarang saya melepaskan diri kepada Allah dan Rasul-Nya dari terikat dengan mereka. Saya yakin tidak ada penolong bagi saya melainkan Allah dan Rasul-Nya jua." Kata Abdullah bin Ubai pula: "Tetapi saya tidak mahu melepaskan diri terikat dengan orang-orang Yahudi itu. Saya takut akan terkena bahaya. Dan bagi saya tak ada pengganti mereka itu."

Maka Nabi SAW pun berkata: "Hai Abal Habbab (gelaran Abdullah bin Ubai)! Tahukah engkau bahawa apa yang engkau pertahankan di hadapan 'Ubbadah mengenai perikatan mu dengan orang-orang Yahudi itu memang telah menjadi sebahagianmu?" Dijawab oleh Abdullah bin Ubai: "Jadi terima ketetapan itu." Lalu kemudiannya Allah turunkan ayat 51 ini.

As-Suddi pula meriwayatkan, katanya: "Tatkala berlaku 'Perang Uhud', ada sekumpulan orang-orang yang terlampau cemas dan mereka takut dibahayakan oleh orang-orang kafir. Oleh sebab itu, salah seorang yang beragama Islam telah berkata: "Saya akan mendapatkan si fulan orang Yahudi dan minta perlindungannya, kerana saya takut dibahayakan oleh orang-orang Yahudi." Seorang yang lain pula berkata: "Saya akan mendapatkan si fulan orang Nasrani dari penduduk negeri Syam, dan saya akan meminta perlindungannya." Maka Allah turunkan ayat ini.

Ahli-ahli sejarah mengatakan: Bahawasanya Nabi Muhammad SAW setibanya di Madinah, Baginda SAW telah menghadapi 3 golongan orang-orang yang kufur:

1- Satu golongan diajaknya berdamai, tidak perang-memerangi, tidak boleh berikat dengan sebarang golongan yang bakal memusuhi mereka. Termetrailah sudah perjanjian itu dengan mereka. Sekalipun golongan ini tetap dalam kekufurannya, namun darah dan harta benda mereka terletak dalam keamanan di bawah perjanjian tersebut. Mereka itulah orang-orang Yahudi di sekitar Madinah.

2- Satu golongan pula telah memerangi Baginda SAW dan terang-terang memusuhinya, sehingga berlaku beberapa banyak pertempuran dengan mereka. Mereka itulah golongan kaum musyrikin negeri Makkah dan suku-suku Arab di pelbagai negeri semenanjung tanah Arab.

3- Golongan yang ketiga, iaitu sekumpulan orang yang tidak mahu bersahabat dengan Nabi SAW dan tidak pula mahu memeranginya, hanya menunggu-nunggu di mana ada peluang yang baik, ke sanalah dia akan memihak, tetapi walau ke mana mereka memihak, pada lahirnya sahaja mereka bersahabat, sedang pada batinnya mereka memusuhi. Mereka itulah golongan yang dinamakan orang-orang munafik daripada orang-orang Arab suku Aus dan Khazraj yang tinggal di Madinah.

Ketiga- tiga golongan ini telah dihadapi dan dilayani oleh Nabi SAW mengikut petunjuk yang diperintahkan oleh Allah Taala kepada Baginda SAW. Adapun golongan yang mempunyai perjanjian damai dengan Nabi SAW itu ialah: orang-orang Yahudi suku Bani Qainuqa' yang tinggal di Madinah, suku Bani An-Nadhir yang tinggal di bandar Fadak (di sebelah Utara Madinah), suku Bani Quraidzah yang tinggal di dekat Fadak dan orang- orang Yahudi di abndar Khaibar (yang terlatak di antara Fadak dengan Madinah). Malangnya mereka telah melanggar perjanjian tersebut disebabkan kedengkian mereka dan hasutan orang- orang munafiq yang memperdayakan mereka, sehingga terpaksalah Nabi SAW memerangi mereka satu persatu, akibatnya ada yang terbunuh, ada yang ditawan dan ada pula yang dihalau ke negeri Syam.

Berbalik kita pada menghuraikan ayat 51 ini iaitu : Allah Taala menegah orang- orang mukmin semuanya, janganlah menjadikan orang- orang Yahudi dan Nasrani penolong dan pembantu kepada orang- orang yang betul- betul beriman dengan Allah dan Rasul- Nya. Larangan tersebut disebabkan orang- orang Yahudi tentulah akan bertolong- tolongan sesama Yahudi, begitu pula orang- orang Nasrani akan bertolong- tolongan sesama mereka, sebagaimana yang diterangkan oleh Allah Taala yang ertinya: "Sebahagian mereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain."

Maka tidaklah mungkin orang- orang mukmin akan mendapat bantuan dan pertolongan dari mereka,terutama setelah jelas bahawa orang- orang Yahudi melanggar perjanjian yang dibuat antara mereka dengan Nabi SAW walhal tidak ada sebarang peperangan dimulakan ke atas mereka sebelum itu.

Tegahan ini dikuatkan pula oleh Allah dengan menyatakan: "Barangsiapa di antara orang- orang Islam menjadikan orang- orang Yahudi dan Nasrani itu pemimpin, yakni penolong, pembantu atau berikat dengan mereka selain dengan Allah, Rasul-Nya dan orang- orang mukmin sendiri, maka orang itulah termasuk di dalam golongan mereka."

Kerana tiap- tiap orang yang menjadikan seseorang itu penolong dan pembantu baginya, tak dapat tidak dia telah redha dengannya dan dengan agamanya. Maka sekiranya telah meredhainya dan juga agamanya, termasuklah ia dalam golongannya. Ketetapan ini merupakan peringatan kepada orang- orang mukmin supaya tidak mempunyai ikatan dengan orang- orang Yahudi, Nasrani dan sesiapa sahaja yang menentang Islam.

Dengan ini jelaslah pula bahawa berhubung, berikat, bekerjasama dan bantu membantu di antara dua golongan yang berlainan agama, sekiranya untuk menjaga maslahah keduniaan, dengan tiada niat atau usaha untuk menjatuhkan agama Islam, tidak termasuk dalam tegahan yang disebutkan oleh ayat ini.

Bererti jika orang- orang Islam membuat hubungan dengan orang- orang yang bukan Islam untuk tujuan yang mempunyai persamaan maslahah antara orang- orang Islam dengan mereka, dengan tidak ketepikan dasar dan matlamat Islam, tiadalah ditegah. Contohnya bersama menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

Akhirnya Allah taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat (petunjuk) kepada kaum yang zalim." Orang- orang yang mempertuankan musuh- musuh orang mukmin adalah menzalimi dirinya sendiri, kerana dia telah meletakkan tanggungjawab bukan pada tempatnya. Oleh sebab itu dia tidak akan terpimpin ke jalan yang hak dan benar.
posted by Abu Mus'ab @ 11:26 PTG   0 comments
10 GOLONGAN SOLAT DITOLAK

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DITOLAK SOLATNYA OLEH ALLAH

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya''.

Rasullullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud: ''10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (bertaubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/ menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiyai.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perubatan keji dan mungkar.


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud: ''Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesunggunya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT ".
posted by Abu Mus'ab @ 6:21 PTG   0 comments
KEJAHILAN HARI INI
Selasa, April 20, 2010

Kejahilan Hari Ini

Penulis bukanlah orang serba tahu, mengaku bahawa diri penuh dengan ketidak tahuan dalam masih banyak perkara dalam kehidupan seharian. Tetapi tak bermakna, penulis tidak berhak nak melafazkan kata-kata yang dia sendiri yakin bahawa kata-katanya itu adalah berdasarkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan kalam Ulama'.

Teringat ketika berada di PAS Cawangan Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam, Hulu Selangor, minggu lepas. Diarahkan ke sana. Alhamdulillah selamat sampai dan pulang ke rumah. Terharu melihat 1 orang pemuda yang sekitar umurnya 25 tahun, yang berlatar belakangkan bukan pengajian agama, pekerjaanya tidak seberapa. Dirinya sanggup menghabiskan masa pemudanya dengan kerja-kerja Islam.

Dalam hati, malu saya dibuatnya. Jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan saya yang berstatuskan Ustaz dan Ustazah serta Pensyarah, jauh sekali. Hebatnya Imannya. Kuatnya keyakinannya. Benar apa yang telah Allah nyatakan dalam Surah al-Hujurat, Ayat 13 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah taala adalah orang paling bertaqwa di kalangan kamu".

Hari ini, Iman Islam Ihsan, ramai orang yang keliru, bahkan ramai yang tersalah anggap. Mungkin silap diri sendiri kerana tidak berusaha untuk hadir ke kelas pengajian agama, mungkin silap kerajaan yang memerintah kerana tidak memberi pendedahan akan hal ini. Nak kata disebabkan oleh suasana persekitaran, mungkin, tetapi perlu ingat, bahawa kerajaan lah yang bertanggungjawab mencorakkan suasana persekitaran.

Ada yang menganggap bahawa cukup sekadar menjaga akhlak. Berakhlak mulia dan baik hati. Tanggapan ini, saya anggap orang bukan Islam pada hari ini mendahului daripada orang Islam. Perlu sedari, bahawa apa yang mula-mula Malaikat Jibril alaihissalam tanyakan kepada Nabi Muhammad SAW adalah berkenaan dengan Islam, padanya rukun yang pertama iaitu Syahadah. Yang menekankan akan konsep Tauhid Uluhiyyah menjadi yang terutama dalam kehidupan seseorang.

Jadi... Islam, Iman dan Ihsan mestilah disebatikan dalam kehidupan seseorang yang bergelar Muslim. Tidak guna sekiranya akhlaknya bagus, tapi tiada keimanan dan Islam dalam dirinya. Syariat Islam, Aqidah dan Akhlak adalah merupakan tiga elemen yang penting dalam peneguhan seseorang dalam Agama Allah taala. Yang menjadi jawapan di alam barzakh nanti. Menjadi pelepas apabila di akhirat nanti, insyaAllah...

posted by Abu Mus'ab @ 3:39 PTG   0 comments
HIMPUNAN AMAN BANTAHAN APCO
Jumaat, April 16, 2010

Jom Sertai ...

posted by Abu Mus'ab @ 1:49 PG   0 comments
SEBAB BERLAKUNYA PERPECAHAN
Selasa, April 13, 2010

Sebab Berlaku Perpecahan

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 137 yang bermaksud: "Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka Sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman Dengan sebenar-benar iman) maka Sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah Engkau khuatir Wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."

Ayat ini sebagai jaminan daripada Allah taala kepada orang-orang yang betul-betul beriman (yakin/ percaya), tidak menduakan agama Allah, tidak menganggap agama yang lebih tinggi melainkan agama Islam, nescaya mereka mendapat petunjuk. Tetapi sekiranya mereka berpaling, atau keimanan (kepercayaan dan keyakinan) mereka tidak menepati keimanan yang dikehendaki oleh Islam, maka ini hanya menunjukkan berlakunya perpecahannya dan perbalahannya. Orang-orang Islam yang mereka tentang itu akan dipeliharakan oleh Allah taala dari kejahatan mereka, kerana Allah taala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Hari ini, orang Melayu sibuk meraih inginkan perpaduan dan kesatupaduan sesama sendiri. Bahkan inginkan perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Tapi, inilah realiti pada hari ini, kenapa masih tidak ada kata sepakat, masih bermusuhan, berlakunya perbalahan serta pertengkaran.

Perlu diketahui, sesungguhnya sudah menjadi Sunnah Alam, apabila adanya Islam, pasti ada kekufuran. Ada kebaikan, pasti adanya kejahatan. Ada Halal, adanya Haram. Ada Lelaki, adanya Perempuan dan seumpamanya. Ini semua adalah ketentuan Allah taala sejak azali lagi.

Sebab itulah Allah taala menurunkan utusan-Nya sebagai pemberi khabar gembira dan ancaman kepada kaumnya. Bermula zaman Nabi Adam alaihissalam sehinggalah penutup segala Nabi iaitu Nabi Muhammad SAW, utusan Allah sepanjang zaman sehingga ke hari Qiamat.

Kita merupakan umat Nabi Muhammad SAW, maka al-Quran dan Sunnahnya merupakan panduan utama yang mesti dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Termasuk perkara yang melibatkan ekonomi, pendidikan, kerjaya, jenayah, sosial, pakaian dan seumpamanya mestilah mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh Allah taala iaitu al-Quran dan as-Sunnah utusan-Nya.

Jadi, hari ini, sememangnya, sekiranya seseorang itu inginkan perpaduan, bersatu-padu, tiada perpecahan dan perbalahan di kalangan manusia, maka berdasarkan ayat Allah taala dia atas, syarat utama adalah BERIMAN kepada-Nya dengan sesungguh-sungguhnya. Beriman dengan kata lain, adalah percaya dan yakin dengan sebenar-benarnya. Jika syarat ini tidak ditunaikan, maka lihatlah apa yang berlaku pada kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini dan para Menterinya? Mereka adalah pemimpin... Perpaduan dan Perpecahan adalah bergantung kepada mereka ...
posted by Abu Mus'ab @ 3:45 PTG   0 comments
XPDC EDARAN RISALAH ANTI-ZINA
Sabtu, April 10, 2010




Pantai Telok Gadong; PAKA: Jumaat Petang; Edaran Risalah Anti Zina telah dilaksanakan dengan penerimaan yang baik di kalangan pelajar-pelajar yang belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM), Cawangan Dungun, yang berada di kawasan DUN Paka oleh Pemuda PAS Dun Paka.

Mau tidak mau, perkara ini mesti diambil berat oleh Pemuda PAS Dungun, khusus Pemuda PAS Dun Paka. Dan inilah antara peranan PAS, bukan setakat terlibat dalam Politik dan Tarbiyyah, jua mesti libatkan ke medan Dakwah. Turut serta dalam edaran tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ust Jamaluddin Jusoh.

Budaya couple di kalangan pelajar UITM, sudah menjadi kebiasaan. Walaupun foto budaya mereka tidak dapat nak diambil, kerana pemuda-pemuda PAS sibuk menyebarkan risalah tersebut. Tetapi kegerimasan pihak kami amat terasa, dengan pelbagai gelagat yang dipersembahkan oleh mereka sejurus menerima kedatangan risalah tersebut.

Apa-apa pun, insyaAllah, edaran ini akan diadakan secara berkala, untuk memastikan bahawa gejala 'buang anak' kesan zina yang dilakukan tanpa rasa malu, dan terlalu ikutkan hawa nafsu dapat dielakkan di atas muka bumi Allah ini. Jua masalah sosial yang menyebabkan runtuhnya akhlak di kalangan remaja dapat dikurangkan.


posted by Abu Mus'ab @ 10:19 PTG   0 comments
MESYUARAT AGUNG DPPKD KE-33
Rabu, April 07, 2010

SELAMAT DATANG


SEMUA PERWAKILAN DAN PEMERHATI DIJEMPUT HADIR
posted by Abu Mus'ab @ 4:56 PTG   0 comments
TAASUB YANG SEBENAR

Makna Taasub Yang Sebenar

Sering saya mendengar dari orang UMNO, mengatakan bahawa orang PAS terlalu Ta'sub dan Fanatik. Sehinggakan fenomena ini termakan sama oleh kebanyakkan pendakwah-pendakwah agama yang kurang pendedahan tentang hal ini ditambah dengan kebebalan serta kejahilan mereka. Hinggalah perjuangan mereka dalam Islam terbantut disebabkan terpengaruh dengan fahaman ini.

Saya ingat, saya dah jelaskan hal ini dahulu. Baik, kali ini saya nak jelaskan sekali lagi kepada semua pembaca sekalian, samada PAS, UMNO, JIM, PKR, TABLIGH, jua muslimin dan muslimat sekalian.

Telah berkata Imam as-Syafe'i r.a dalam satu karangannya yang ringkas dalam Kitab Tazkirah as-Syafe'i, berkait dengan satu tuduhan terhadap beliau yang berbunyi: "Mereka berkata: "Engkau ta'sub". Imam as-Syafe'i berkata dengan tegas: "Tidak. Tidak ada ta'sub dalam beragama Islam dan beraqidah. Tanpa ragu-ragu aku telah setia kepada sebaik-baik imam dan sebaik-baik petunjuk. Apabila cintaku pada wali dikategorikan sebagai ta'sub, maka sebenarnya sesungguhnya sikap ta'sub itu pada hakikatnya ku tunjukkan hanya kepada hamba, orang yang berbuat kemungkaran".

Baik, jelas di sini. Sikap fanatik atau ta'sub hanya berada di kalangan mereka yang menyokong dan mendokong kejahatan, kezaliman, kehancuran dan kerosakan. Tiada istilah ta'sub atau fanatik kepada sesiapa yang hendakkan Islam, menyokong kepimpinan Islam dan Jemaah Islam. Bahkan WAJIB kita orang Islam menyokong dan mendokong Jemaah Islam dan kepimpinannya.

Dalam hal ini, jelas, menyokong dan mendokong PAS adalah WAJIB, manakala menyokong dan mendokong UMNO adalah TAASUB / FANATIK. Di Malaysia, parti PAS adalah parti yang memperjuang ISLAM secara keseluruhan. Memang, jika di masa akan datang, ada parti yang memperjuangkan ISLAM macam yang Nabi SAW perjuangkan, maka WAJIB kita bersama-sama dengan parti tersebut.

Siapa Kita Jika Nak Dibandingkan Dengan Imam as-Syafe'i Rahimahu Taala ??? Kalau yang bercakap itu, setakat hidupnya, makan dan minumnya dengan menggunakan produk Yahudi dan Amerika, dinasihatkan JANGAN memperlekeh, mengata dan mengeji para alim ulama. Kita sama-sama baiki diri sendiri. Permantapkan ilmu agama kita. Jaga makan minum terlebih dahulu...

Jangan ingat, bila dah jumpa satu ayat, tanpa kita meneliti tafsirannya, maka dah boleh nak menjadikan ayat tersebut sebagai "defender" kita. Sedangkan ayat al-Quran ada yang Muhkamat (Jelas) dan Mutasyaabihat (Samar-samar). Yang mana kedua-duanya hendaklah dirujuk kepada as-Sunnah dan Ijma' Ulama untuk memantapkan lagi pemahaman tentang isi al-Quran.
posted by Abu Mus'ab @ 4:56 PTG   0 comments
WASIAT DALAM ISLAM
Isnin, April 05, 2010

Wasiat Dalam Islam

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 132 yang bermaksud: "Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat Dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu Dalam keadaan Islam."

Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob alaihimassalam itu, masing-masing telah memberi wasiat sebagai amanah yang disampaikan kepada anak-anaknya sebelum ia menutup mata. Iaitu wasiat supaya berpegang teguh dengan agama Islam, selama hidupnya sehingga membawa kepada matinya, janganlah sampai bertukar agama, kerana Islam itulah agama yang telah dipilih oleh Allah untuk dianut oleh seluruh manusia.

Kesan dari ayat ini adalah anjuran berwasiat. Wasiat yang seperti ini adalah penting dan perlu setiap ayah memberikannya kepada anak-anaknya, kerana hubungan di antara anaknya adalah sangat rapat dan sangat erat, dan ia memberi kesan yang kuat di dalam jiwa anak-anaknya. Maka anak itu akan lebih mengambil berat dalam usaha menjalankan wasiat itu berbanding dengan orang lain. Dalam pada itu, anak itu adalah satu-satunya tempat meletakkan harapan ayah itu. Anaknyalah yang diharap untuk menyambung usaha yang telah terputus, dan melanjutkan tugas yang telah terhenti, supaya menjadi sebutan yang baik hingga turun menurun di belakang hari.

Sesungguhnya semahal-mahal pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang itu, ialah wasiat-wasiatnya yang baik, sehingga dapat pula mengekalkan nama baiknya. Di dalam ayat tadi dinyatakan Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob alaihimassalam, masing-masing berwasiat kepada anak-anaknya agar berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Ayat ini adalah rentetan daripada ayat yang sebelumnya, iaitu ayat 131 yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhan berfirman kepadanya: "Islamlah engkau !" Jawabnya: "Saya telah menjadi orang Islam dengan mengikut perintah Tuhan seru sekalian alam."
posted by Abu Mus'ab @ 3:28 PTG   60 comments
AMALAN TAUHID DAN SYIRIK
Khamis, April 01, 2010

posted by Abu Mus'ab @ 9:26 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::