:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

KAMBING MUDA NAK JADIKAN SERIGALA KEPADA KAMBING
Ahad, Jun 27, 2010

Kambing Muda Nak Jadikan Serigala Kepada Kambing

Isu yang telah berlaku semenjak-menjak hari ini, cukup terpanggil bagi penulis untuk mengeluarkan respon dan pandangan. Terkesan, terkilan dan tercabar dengan penglibatan 39 Ulama Muda yang masih mentah dalam arena dakwah ke dalam Parti Sekular, Parti Kebangsaan iaitu UMNO laknatullah.

Tidak sangka, orang yang berlata belakangkan agama, ada Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan PHD sanggup menjadi ‘Pencuci Tahik’ Di Dalam Tong Tahik (UMNO). Yang bermatlamat untuk menjadi kambing generasi baru yang masuk dalam pagar serigala untuk berdakwah agar jangan memakan kambing dan bertukar menjadi seperti kambing supaya memakan rumput sahaja. Betul apa yang ulama katakan: "Isu sebenar bukan tahap pendidikan, tetapi persoalan hidayat. Orang buta huruf pun, jika dapat hidayat, akan bersama Islam."

Hal ini menjadi satu pengiktibaran dan panduan kepada kita semua. Akan kepentingan berada di dalam Kumpulan Yang Memperjuangan ISLAM dengan bersumberkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias. Wajibnya kita hari ini berada di bawah pemerintahan tersebut. Ini semua untuk mengelakkan diri kita daripada dimakan, dirasuk, dijadikan KUPANG TEMBAGA, dijadikan Batu Pelekong, dan seumpamanya oleh Musuh Islam, terutama UMNO laknatullah.

Jika kita mensoroti perjuangan para Anbiya’, para Sahabat , para Alim Ulama Dulu dan Kini, mereka semua tidak sekali-kali bersama-sama atau berada di dalam perjuangan yang terang-terang menolak hukum-hakam Allah taala melalui kalam-Nya, al-Quran al-Karim, dan sejarah perjuangan Nabi Muhammad saw, walaupun mereka menyedari, mereka akan diancam dan dimalapetakakan oleh musuh Islam tersebut. Ada di kalangan mereka yang sanggup mati digergaji sehingga terbelah dua, ada yang mati dibunuh, ditikam, digantung, dihalau, diancam akan bunuh ahli keluarganya, bahkan ada yang terbunuh, dilontar ke dalam air yang sedang mengelegak, sanggup dicerca dan dihina, ada yang diketepikan haknya, dan pelbagai ujian mehnah dan tribulasi Pejuang, Pendakwah Islam terdahulu.

Kalaulah dengan penyertaan Ulama Muda (Kononya) dalam Parti Sekular, UMNO APCO ini dengan hasrat untuk mendapat ruang yang lebih terbuka dan selesa serta mudah untuk menyebarkan dakwah Islam, ini memang bercanggah dengan Sunnah Perjuangan Islam. Untuk mencapai kemenangan dan kejayaan dalam dakwah, tidak mungkin dengan melaluinya atas hamparan carpet biru, carpet kuning atau merah. Ini adalah bercanggah dengan ketentuan Allah taala di dalam Surah al-Taubah ayat 42 yang bermaksud: “Jika apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka…” Sesungguhnya keberadaan seseorang agamawan di dalam UMNO, akan mengesahkan lagi terbantutnya dan tersekatnya KEBERKATAN, KERAHMATAN dan KEAMPUNAN daripada Allah taala terhadap dirinya, anak isterinya, dan keluarganya. Bahkan mendapat KECELAKAAN, KEHINAAN, dan BALA daripada Allah taala.

Dengan terjadi ini, merupakan sejarah sebenarnya. Kita kembali kepada satu hadis yang menyatakan kejadian yang berlaku di akhir zaman, hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Addi iaitu Daripada Anas r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: "Akan ada di akhir zaman, Ahli Ibadat yang jahil, dan Ulama' yang fasiq."

Hadis ini menerangkan bagaimana Nabi Muhammad saw telah menyatakan bahawa di akhir zaman nanti akan ada 2 golongan . Ada orang yang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Orang yang jahil, disuruh oleh syaitan agar rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang jahil itu tidak sah dan tidak diterima Allah taala. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji dan belajar kerana apabila ia belajar dan mengaji, ia akan memperbaiki ibadatnya, yang akan menyebabkan kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya, dengan orang alim yang sudah banyak ilmunya, syaitan akan menyuruhnya malas berbuat ibadat dengan mengemukakan pelbagai alasan, sehingga orang alim tadi meninggalkan kewajipan. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya itu tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari Qiamat nanti. Maka itu menjadi kejayaan bagi syaitan.

Ibadat dalam keterangan di atas, bukan setakat mengerjakan solat, berpuasa Ramadhan, tunaikan Zakat dan Kerjakan Haji, ini antaranya. Antara lainnya, yang menjadi KEWAJIPAN pada hari ini adalah Menegakkan Kebaikan, dan Mencegah Kemungkaran. Mana mungkin untuk melaksanakan Ibadat ini hanya dapat dilakukan dengan sendirian, tak lain tak bukan, WAJIB Berjemaah ISLAM. Sepertimana Firman Allah taala di dalam Surah al-Imran ayat 104 yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang yang menyeru (berdakwah) kepad akebajikan (menegakkan Negara Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya.”

Akhirnya, ingatlah bahawa Rasulullah Saw melarang menjadi kambing yang berkeseorangan, kerana dibimbangi akan dibaham makan serigala. Tetapi 16 ulama muda ini lagi canggih. Mereka berazam untuk berdakwah. Semoga ustaz muda ini berjaya menjadi kambing generasi baru, yang masuk dalam pagar serigala untuk berdakwah, agar jangan memakan kambing, dan bertukar menjadi seperti kambing, supaya memakan rumput sahaja. Mampukah sifat serigala UMNO yang haiwan maging itu ditukar menjadi haiwan maun? Diharap anak-anak kambing muda ini bertanyalah dahulu nasihat kambing-kambing tua seperti Hamid Osman, Nakhaei, dan juga kambing dewasa seperti Firdaus dan Masyitah yang pernah berdakwah lebih dahulu daripada mereka tentang petua-petuanya. Jangan tertipu dah la..
posted by Abu Mus'ab @ 10:46 PG   0 comments
ANCAMAN BAGI MEREKA YANG KEDEKUT
Rabu, Jun 23, 2010

Ancaman Bagi Mereka Yang Kedekut

Firman Allah taala di dalam Surah al-'Imran ayat 180 yang bermaksud:

"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka, bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari Qiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan."

Pada ayat-ayat yang terdahulu, ada dijelaskan galakkan agar berjihad dengan mengorbankan nyawa atau berperang pada jalan Allah taala, dan setiap mujahid atau pejuangnya diberi upah dengan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah taala serta dapat memasuki Syurga-Nya.

Maka pada ayat ini, disarankan pula oleh Allah supaya seseorang itu suka berjihad dengan mengorbankan harta bendanya, yang mana kesayangannya terhadap harta itu hampir setaraf dengan kesayangannya terhadap nyawa. Lalu diterangkan di sini ancaman-ancaman Allah kepada orang yang kedekut atau bakhil terhadap hartanya.

Allah taala memperingatkan kepada orang-orang yang telah dikurnikan dengan harta kekayaan janganlah bersikap bakhil iaitu kedekut. Mereka dituntut mengeluarkan zakat hartanya / bersedeqah sebagai tanda mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Keengganan mereka mengeluarkan zakat/ bersedekah inilah yang dimaksudkan "bakhil" dalam ayat ini, bererti tidak mahu berterima kasih kepada Allah, iaitu sikap yang tidak selayaknya dilakukan oleh orang-orang yang berakal.

Allah taala menggelarkan mereka "bakhil" kerana mereka tidak mahu mengeluarkan zakat yang diwajibkan dan tidak mahu mengorbankan harta kekayaannya kepada mereka yang berkenaan dan keadaan yang tertentu. Berjuang dengan mengorbankan harta benda adalah sama juga dengan berjuang yang mengorbankan nyawa. Dan sikap kebakhilan mereka kerana enggan mengeluarkan zakat harta/ bersedeqah, janganlah disangka dapat mendatangkan kebaikan atau keuntungan. Tidak sekali-kali.

Allah taala telah menafikan keadaan tersebut dengan firman-Nya yang bermaksud: "Bahkan ianya adalah kejahatan bagi mereka." Kemudian Allah taala mengancam mereka dengan firman-Nya yang bermaksud: "Nanti akan digantungkan di leher mereka, apa yang mereka bakhilkan, pada hari Qiamat."

Allah taala akan menjadikan harta benda yang mereka bakhilkan itu dengan satu kalung atau belenggu atau rantai yang terlilit di lehernya untuk dipikulnya sebagai seksa yang mesti diterimanya dengan tidak dapat sekali-kali untuk menolaknya. Ini membuktikan bahawa seksa ke atas orang yang bakhil, kedekut pasti berlaku yang tidak dapat disangkalkan lagi.

Imam Mujahid berkata: "Maksud ayat tersebut ialah, orang-orang yang bakhil itu akan dipaksa memikul jenis harta yang dibakhilkannya pada hari Qiamat sebagai balasan mereka sehingga mereka tidak berdaya memikulnya."

Setengah Ulama ada menyatakan: "Balasan memikul itu benar-benar berlaku yang mendatangkan penyeksaan kepada mereka yang bakhil, iaitu harta mereka dijadikan ular yang membelit di leher mereka."

Imam Bukhari dan an-Nasa'i telah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang dikurniakan Allah taala dengan harta kepadanya tetapi tidak dikeluarkan zakatnya (bersedeqah), dijadikan-Nya harta itu seekor ular bernama Syuja' Aqro' yang mempunyai dua titik hitam di atas mata melingkari di lehernya pada hari Qiamat. Ular itu mematuk kedua-dua rahangnya (pipinya) seraya berkata: Akulah hartamu, akulah simpananmu, kemudian dibaca oleh Nabi saw akan ayat ini."

Akhirnya, Allah taala menegaskan bahawa isi langit dan bumi itu hanya Allah jua yang punya, maka segala harta yang ada di sana akan berpindah-pindah tidak akan berkekalan dipegang oleh tangan seseorang, bahkan berganti-ganti pemiliknya dari seorang waris kepada seorang waris yang lain, akhirnya waris tersebut akan mati juga, hanya Allah taala jualah yang berkekalan mewariskannya.

Oleh sebab itu, apalah perlunya mereka bersifat bakhil, tidak mahu membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah taala. Setiap kurnia dan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, baik yang merupakan harta, mahupun yang merupakan pangkat, atau kekuatan, tidaklah patut ditahan, dipeti sejukkan atau didiamkan begitu sahaja, kerana lama-kelamaan semuanya itu akan fana' dan akan fana' pula orang-orang yang memilikinya, maka hendaklah kita pergunakan nikmat yang kita miliki itu ke tempat yang selayaknya.
posted by Abu Mus'ab @ 12:30 PTG   0 comments
PEMBACA AL-QURAN YANG KHIANAT
Jumaat, Jun 18, 2010

Akibat Meninggalkan Pengamalan Isi Al-Quran

Saudara Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah sekalian,

Marilah pada hari ini, kita mendengar suatu pertanyaan daripada Allah taala kepada kita melalui firmannya di dalam Surah al-Maaidah ayat 50 yang bermaksud:

"Adakah mereka itu masih mahu kepada hukum dan peraturan Jahiliyyah, dan siapakah yang lebih baik undang-undang dan peraturannya selain daripada Allah taala bagi orang-orang yang yakin."

Perkara yang berlaku di dalam masyarakat hari ini menjadi jawapan yang mencabar kehidupan orang-orang yang beriman dengan berlakunya kemungkaran dan maksiat yang berleluasa, jenayah yang banyak, pembunuhan, pencabulan dan sebagainya. Ianya berlaku di merata negeri dan tempat. Semua perkara ini menandakan kegagalan undang-undang ciptaan manusia, padahnya akibat mereka yang meninggalkan hukum Allah taala. Itu adalah bencana dunia yang menimpa sebelum datangnya bencana yang besar di hari akhirat.

Allah taala pernah memberi amaran kepada ahli kitab di zaman dahulu yang meninggalkan hukum Allah taala, dengan firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah ayat 85-86 yang bermaksud:

"85. ... sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. 86. Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan."

Apa yang berlaku ialah seksa dunia, sebelum seksa di hari akhirat. Itulah balasan mereka yang mengaku beriman kepada Allah taala, tetapi meninggalkan hukum-hukum Allah dalam cara hidup mereka.

Walaupun ayat ini ditujukan kepada ahli kitab, tetapi menjadi pengajarannya kepada orang-orang yang beriman. Ahli-ahli tafsir menegaskan " العبرة بعموم الفظ لا بخصوص السبب " : iaitu Pengajaran itu diambil daripada lafaz yang umum bukannya dari sebab yang khusus.

Saudara Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Yang membaca al-Quran ialah mereka yang beriman, sedangkan kaum Yahudi tidak membaca al-Quran. Maka apakah tujuannya kita menjadi al-Quran itu? Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengambil pengajaran daripada apa yang ada di dalam al-Quran.

Di antaranya ialah bencana yang menimpa umat yang terdahulu, walaupun mereka dari keturunan para Nabi dan Rasul. Apabila mereka meninggalkan kitab Allah taala, mereka menerima kehinaan di dunia, kehidupan yang tidak aman, kehidupan yang dipenuhi oleh penyakit sebelum menerima seksa di hari Qiamat.

Begitulah halnya keadaan umat Islam hari ini, sekiranya mereka berperangai seperti ahli kitab, menjadikan al-Quran hanya sebagai kitab yang dibaca sahaja dengan tidak mengambilnya sebagai panduan dan petunjuk, meninggalkan hukum-hukumnya, dan mempermain-mainkan Allah taala serta menghina Nabi Muhammad saw yang telah meninggalkan amanah terhadap mereka supaya beramal dengan al-Quran.

Allah taala telah menurunkan al-Quran sebagai kitab yang mesti diambil pengajaran serta menjadi penghukum di antara manusia. Firman Allah taala di dalam Surah an-Nisa' ayat 105 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat."

Pada hari ini, terlalu ramai mereka yang membaca al-Quran dengan suara yang baik tetapi menjadi penolong dan pembantu kepada orang-orang yang khianat. Khianat terhadap amanah Allah taala supaya menjadikan al-Quran sebagai petunjuk di dalam perjalanan hidup di dunia ini.

Saudara Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita jadikan gejala sosial, maksiat, jenayah yang sudah tenat ini sebagai CABARAN untuk kita bersungguh-sungguh dalam menegakkan hukum-hukum Allah taala ini. Firman Allah taala di dalam Surah an-Nuur ayat 21 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha mengetahui."
posted by Abu Mus'ab @ 10:46 PG   0 comments
SIAPAKAH ORANG YANG BENAR DI SISI ALLAH TAALA
Selasa, Jun 15, 2010

Standard Kita, Sekadar Penyokong Ker?

Menjadi satu kelebihan yang besar bagi mereka yang mengikuti siri tarbiyyah Islam yang diwajibkan kepada pendokong PAS, iaitu USRAH. Dengan mengikutinya, seolah-olah telah membaca banyak kitab (buku) agama. Sememangnya, bagi pendokong Gerakan Islam Yang Utama di Malaysia ini adalah Parti Islam Se Malaysia (PAS), WAJIB hukumnya menghadiri Usrah ini. Sekiranya tidak hadir tanpa alasan yang Syar'ie, hukumnya adalah berdosa besar. Hanya mereka yang mendapat hidayat dan taufik, akan memahami akan hal ini.

Semalam, tersentuh perasaan dan jiwa, terasa tercabar dalam diri ini, terasa malu dibuatnya, terharu apabila kembali ke belakang menyoroti pengorbanan pejuang-pejuang Islam terdahulu, di kalangan para Sahabat r.anhum, bagaimana Iman dan Aqidah yang Nabi Muhammad saw terapkan dan mantapkan dalam jiwa mereka, sehingga mereka sanggup berkorban demi mendapat Keredhaan Allah taala, sekaligus merealisasikan sifat 'as-Sam'u, at-To'at, dan al-Wala', untuk memberi pengajaran dan pedoman untuk umat di masa mendatang.

Hari ini, ada segelintir golongan yang merasakan dirinya adalah orang yang ada keimanan, merasakan dirinya betul dan benar, merasakan dirinya yang terhebat, merasakan dirinya adalah terbaik, merasakan dirinya adalah suci, dan merasakan apa yang dibuatnya, difahaminya adalah tidak bercanggah dengan Syari'at. Mereka menganggap bahawa dengan penglibatan dalam Gerakan Islam, iaitu PAS, adalah Tidak Wajib. Mereka beralasan, PAS adalah parti politik semata-mata.

Saya tegaskan di sini, penglibatan seseorang yang mukallaf, yang memiliki aqal yang waras dalam Gerakan Islam PAS ini adalah hukumnya WAJIB ! PAS adalah Parti Yang Menekankan Soal Dakwah, Parti Yang Menekankan Soal Tarbiyyah, dan Parti Yang Tidak Menolak Politik. Ini adalah sejajar dengan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Rasulullah saw, dengan melibatkan 3 elemen tadi dalam mencapai kemenangan Islam di Madinah dan Makkah yang akhirnya Islam telah bertapak, menguasai lebih 2 per 3 dunia. Itulah RAHSIA nya.

Hanya mereka yang 'Futur' dan 'Jahil' serta 'Tidak Faham' yang beranggapan PAS adalah sekadar parti politik, ditambah pula mereka bukan 'Pemain', tetapi mereka setakat 'Penyokong'. Amat malang bagi mereka yang berlata belakangkan pengajian Islam, bahkan Huffazul Quran, memiliki sikap ini, dan menyesatkan pemikiran anak didik mereka, sehingga anak didik mereka turut sesat dan terpesong daripada antara kewajipan yang disisihkan pada hari ini.

Berbalik kepada sikap orang-orang Muhajirin yang berhijrah bersama-sama Nabi Muhammad saw untuk mencari keredhaan Allah taala, sepertimana firman Allah taala di dalam Surah al-Hasyr ayat 8 yang bermaksud:

"(juga) bagi orang-orang faqir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari keredhaan Allah dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya."

Walaupun ayat ini menjelaskan kepada kita mengenai pembahagian harta rampasan perang, selain daripada harta rampasan itu diberikan kepada Allah dan Rasul-Nya serta kaum kerabat baginda, juga diberikan kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan juga kepada anak-anak yang berjihad di jalan Allah taala, orang-orang muhajirin juga berhak menerima harta rampasan ini.

Orang-orang Muhajirin telah berhijrah dari kampung halaman mereka ke Madinah dengan meninggalkan tanahair yang tercinta, serta segala harta bendanya dan sanak saudara yang dikasihinya demi untuk mencari keredhaan Allah taala semata-mata.

Mereka ini berjuang untuk menegakkan agama Allah, mereka rela berkorban dan dibuang daerah, mereka keluar negeri dan semua harta benda mereka itu tidak penting baginya, kerana yang lebih penting dan utama bagi mereka ialah kelebihan anugerah dan keredhaan Allah taala.

Mereka bukan sahaja meninggalkan tanahair yang tercinta, malah mereka meninggalkan anak, isteri dan keluarga demi menyahut perintah Allah taala. Ada diriwayatkan di dalam Hadis ketika para sahabat yang hendak berhijrah itu, mereka telah didatangi oleh iblis dan syaitan. Iblis dan syaitan datang dan berkata: "Mengapakah kamu sanggup meninggalkan harta benda kamu, tanahair kamu, anak serta isteri kamu?" Namun semua godaan iblis dan syaitan itu diketepikan dan mereka tetap berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan harta benda yang mereka sayangi. Maka dengan sebab itulah, mereka layak menerima sebahagian daripada harta rampasan itu.

Mereka disebut oleh Allah taala, sebagai orang-orang benar, dek kerana pengorbanan mereka meninggalkan kampung halaman, rumah tangga, sanak saudara dan harta benda, adalah kerana IMAN yang benar serta keyakinan dan kepercayaan dengan perbuatan. Mereka tidak peduli, biar jatuh melarat menjadi miskin sebab yakin bahawa apa yang dilakukan oleh mereka adalah BENAR.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, sekadar muhasabah bersama. Sejauh manakah kita mengaplikasikan ilmu agama yang kita miliki selama ini? Sejauh manakah ayat-ayat Allah yang telah hafaz selama ini, kita realisasikan di dalam kehidupan kita? Sejauh manakah kita menyoroti perjuangan para Anbiya' alaihumussolatu wassalam, dan para sahabat, serta para pejuang Islam terdahulu dan terkini dalam menegakkan Islam secara praktikalnya?

Adakah standard kita pada hari ini hanya layak untuk berada di barisan PENYOKONG sahaja tidak PENDOKONG Gerakan Islam?
Adakah kita layak dianggap orang yang beriman sedangkan kita sering mencipta pelbagai alasan untuk tidak melibatkan diri dalam Gerakan Islam? Tidak berdosakah kita apabila membiarkan masyarakat Islam yang Jahil pada hari ini terus dalam kejahilan yang semakin hari semakin jahil dan sesat dek kerana keterbatasan sebaran dakwah kita di kalangan orang tertentu sahaja? Di mana IMAN kita? Di mana KEYAKINAN kita? Di mana KEPERCAYAN kita? Kepada Siapa Tempat PERGANTUNGAN kita?


Al-Quran, as-Sunnah Nabi Muhammad saw adalah untuk DIAMALKAN dengan segala pancaindera kita. Bukan di bibir sahaja!

posted by Abu Mus'ab @ 12:55 PTG   0 comments
SANGKAAN PALSU ORANG UMNO
Rabu, Jun 09, 2010

Sangkaan Orang Kufur

Kadang-kadang, apabila melihat pelbagai kerenah puak-puak yang menentang Islam, terutama penyokong dan pendokong tegar UMNO ni, cukup menggeramkan perasaan, sehinggakan nak pulas-pulas telinga mereka ini. Sehingga akhirnya kesedihan melanda apabila melihat gelagat mereka yang terus berkekalan dengan kekufuran. Tetapi inilah Sunnah Perjuangan Islam sebenarnya. Kalaulah para Anbiya' alaihimussolatu wassalam yang terdahulu boleh bersabar dengan kerenah umat mereka, takkan lah kita hari ini tak boleh bersabar yer.

Benarlah apa yang telah Allah taala nukilkan dalam 'Kertas Kerja-Nya' iaitu al-Quran al-Karim, di dalam Surah al-Imran ayat 176 yang bermaksud: "Dan janganlah Engkau berdukacita (Wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar."

Ayat ini Allah taala tujukan kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad saw, untuk menghiburkan hati Baginda saw, supaya jangan berdukacita ketika melihat akhlak kumpulan orang-orang Munafik, ketua-ketua Yahudi, orang-orang Musyrikin dan golongan orang-orang Murtad yang bersegera dan berterusan di dalam kekufuran (keingkaran). Mereka berkumpul untuk memerangimu dan membantu orang-orang yang memusuhimu. Jadi, janganlah berdukacita melihat akhlak mereka, kerana Allah taala menjadi sebaik-baik penolong.

Sesungguhnya mereka sedikit pun tidak akan menyusahkan Allah. Ayat ini memberi maksud bahawa mereka yang kufur itu tidak akan dapat mendatangkan bencana dan bahaya apa-apa pun kepada Rasulullah saw dan para Sahabat r.anhum.

Malah mereka sendiri yang akan menerima bencana dan bahaya, sebab Allah taala mengkehendaki supaya mereka tiada mendapat apa-apa pahala di akhirat kelak, bahkan mereka akan mendapat seksa yang pedih.

Kesan dari ayat ini, dapat dijadikan bukti atau dalil bahawa nasib yang baik dan nasib buruk itu, kedua-duanya adalah datangnya dengan kehendak Allah taala jua dengan berdasarkan kepada sejauh mana keterikatan atau kebersamaan seseorang itu terhadap segala ketentuan Allah taala.

Ada juga satu keadaan yang menjadikan orang yang kufur merasakan dirinya betul dan benar, kesan daripada luas dan membiaknya kekayaan yang dimilikinya, kemenangan yang senantiasa berpihak kepadanya dan lamanya hidup di dunia ini.

Ini bertepatan dengan 'Kalam Allah taala' di dalam Surah al-Imran ayat 178 yang bermaksud: "Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak)."

Janganlah orang-orang yang kufur itu menyangka dan berpendapat bahawasanya mereka itu telah dilanjutkan usianya oleh Allah, merupakan satu kebaikan bagi diri mereka, atau menyangkakan yang demikian itu satu keuntungan dan bernasib baik bagi mereka.

Persangkaan dan pendangan yang demikian itu adalah salah sama sekali, yang nyata menunjukkan kurangnya aqal fikiran mereka, dengan sebab didorong oleh rasa kekufuran dan berbangga-bangga. Ini kerana peluang yang diberikan kepada mereka dengan umur yang panjang, sudah tidak mereka gunakan untuk menambahkan berbuat kebaikan, tidak dipergunakan untuk mensucikan dirinya dari SYIRIK dan membersihkannya daripada kejahatan dan kemaksiatan, tidak dipergunakan untuk beramal dengan amalan yang mendatangkan manfaat kepada dirinya dan faedah kepada orang lain.

Tetapi malangnya peluang itu telah dipersia-siakannya, dan dipergunakan untuk menambahkan banyaknya maksiat dan dosa serta kemungkaran. Maka akibatnya, mereka akan merasai seksa kehinaan di hari akhirat kelak.

Imam al-Baghawi telah meriwayatkan dari sanadnya menerusi Abdurrahman bin Abu Bakar dari ayahnya, katanya: Ketika Rasulullah saw ditanya orang: "Siapakah orang yang paling baik?" Dijawab Rasulullah saw: "Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya." Dan ketika ditanya pula: "Siapakah orang yang paling jahat?" Baginda saw menjawab: "Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya."

Maka, berdasarkan penjelasan dari alim ulama' di atas tentang ayat Allah di atas, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa orang yang berkekalan dalam kekufuran, kemaksiatan, kejahatan, kezaliman, keburukan, kemunafikannya, walaupun dia memiliki harta kekayaan yang banyak, pangkat dan darjat yang tinggi, umurnya lanjut, ditambah dengan memiliki kemenangan yang sengaja Allah taala memberi kemenangan, orang semacam tidak akan selamat di dunia apatahlagi di akhirat kelak. Hanya menantikan saat dan masanya sahaja untuk Allah taala menjatuhkan bala yang setimpal ke atas mereka.

Bagi penyokong dan pendokong tegar UMNO, anda semua masih ada masa lagi untuk bertaubat, membetulkan kesalahan anda, pintu taubat senantiasa terbuka, kecualilah nyawa anda di hujung halkum. Jangan ingat Allah taala memberi peluang anda memerintah, itu menandakan anda berada di pihak yang benar. Salah! Jauh sama sekali. Itu semua hanyalah celaan dan hinaan Allah taala ke atas anda semua.

Manfaatkan lagi usia yang ada untuk mencari jalan yang Allah taala redhai, dan amalkan segala ilmu agama yang telah dipelajari. Jangan kerana hendak menjaga "RICE COOKER", anda sanggup menggadaikan maruah diri dan harga diri anda, dengan bersama-sama orang yang menentang pelaksanaan segala syari'at Islam di muka bumi Allah ini.
posted by Abu Mus'ab @ 11:19 PG   0 comments
ANAK BUAH SYAITAN
Rabu, Jun 02, 2010

Anak Buah Syaitan

Kehebatan ayat-ayat Allah taala yang terkandung di dalam al-Quran al-Karim tiada bandingannya dengan mana-mana keterangan atau ungkapan. Apatahlagi keterangan dan ungkapan tersebut lahir daripada lidah-lidah manusia yang sedia maklum memiliki aqal yang amat terhad dan terbatas.

Perbincangan tentang 'Anak Buah Syaitan' amat menarik perhatian saya dan ingin sekali saya nak kongsikan perkara ini kepada sahabat-sahabat yang memiliki aqal fikiran yang waras, yang diamanahkan oleh Allah taala untuk memikirkan segala ketentuan-Nya.

Merujuk kepada Firman Allah taala di dalam Surah al-Imran, ayat 175 yang bermaksud: "Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah Syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman."

Mengenai huraian ayat ini adalah segala apa yang dikatakan orang kepada kamu, bahawa orang-orang Kafir ( juga orang yang menentang Islam) itu telah berkumpul untuk memerangi kamu, maka takutlah kamu kepada mereka! Ini sebenarnya adalah kata-kata Syaitan untuk memomok-momokkan dan menakut-nakutkan kamu, yang disampaikan oleh anak-anak buahnya dan penyokong-penyokongnya daripada golongan kaum musyrikin.

Mereka telah meragu-ragukan kamu dengan dakyah mereka yang palsu, kononnya jumlah musuh tersangat ramai, kekuatan mereka hebat yang tersangat dahsyat, tidak lain tujuannya supaya orang Islam yang beriman lemah semangat, lalu membatalkan rancangan yang telah kamu atur untuk menemui mereka.

Oleh sebab itu, janganlah kamu takut kepada mereka dan janganlah hiraukan kata-kata mereka, bahkan yang selayaknya kamu takuti adalah Allah taala jua, kerana kamu adalah anak buah-Nya dan Allah taala itu adalah pemimpin kamu. Hanya dengan sebab kamu takutkan Allah taala iaitu tidak berani menyalahi segala arahan dan larangan-Nya, itulah tandanya kamu orang beriman.

Tuntasnya di sini, bolehlah kita mengambil panduan dan pedoman, janganlah kita menjadi di antara mereka yang melemahkan perjuangan Islam, membantutkan kerja-kerja Islam, dan menghalang orang yang berjuang Islam daripada menegakkan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Kerana dengan berbuat demikian, menstatuskan diri sebagai 'Anak Buah Syaitan'.

Sesungguhnya mereka yang berkeadaan meragu-ragukan orang Islam apatahlagi orang yang beriman, dengan ucapan yang berbaur melemahkan Islam, contohnya: "Islam tidak akan menang ... Sekiranya Islam menang, akan berlakunya peperangan... Jika hukum Islam ditegakkan, kita tidak akan maju... Kalu hukum hudud dilaksanakan, negara akan huru-hara dan tidak akan aman dan selamat macam hari ini..." , ungkapan ini sebenarnya lahir dari Syaitan Iblis laknatullah, maka sahlah mereka adalah 'Anak Buah Syaitan'.

Persoalan sekarang, realitinya, hakikatnya. Siapa dia 'Anak Buah Syaitan' ni. Tentunya bagi pandangan saya tak lain tak bukan, adalah kerajaan UMNO yang memerintah Malaysia hari ini. Yang dipimpin oleh pendokong-pendokong tegar yang terang-terang menolak ayat-ayat Allah taala, undang-undang Allah taala, pelaksanaan Syariat Allah taala, dan menjadikan Yahudi dan Amerika, iaitu musuh utama Islam, sebagai rujukan dan tempat meminta bantuan, pertolongan dan tunjuk ajar.

Kita dilarang sama sekali bersama-sama dengan mereka, bersekongkol dengan mereka, menyokong mereka, bahkan dilarang sama sekali cenderung kepada mereka. Ini terbukti dengan firman Allah taala di dalam Surah Hud ayat 113 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang membuat kezaliman, kelak kamu akan dikenakan api Neraka". Larangan cenderung, apatahlagi menyokong dan mendokong!

Al-Quran dan as-Sunnah saw adalah panduan dan pedoman dalam semua aspek kehidupan seharian. Akhirnya jangan jadikan anda yang berstatuskan 'Anak Buah Syaitan'.
posted by Abu Mus'ab @ 3:50 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::