:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

MENGUMPAT TERHADAP PEMIMPIN UMNO APCO YANG ZALIM : TIDAK BERDOSA
Sabtu, Julai 24, 2010

Umpatan Yang Dibenarkan Dalam ISLAM

Seringkali, saya mendengar ketidak puasan hati orang-orang Islam di Malaysia hari ini, terutama bagi mereka yang tidak aktif dan tidak mengikuti serta tidak mahu mempelajari kefardhuan yang lain, selain hal Solat, Puasa, Zakat dan Haji. Mereka merasakan bahawa Islam hanyalah setakat hal tadi sahaja. Bahkan ada yang menganggap bahawa Kefardhuan lain seperti Ekonomi, Pemerintahan, Kebajikan, Sosial, Pendidikan dan seumpamanya tidak ada kaitan dengan Islam. Jahil sungguh mereka ini.

Yang lebih malang, penyokong dan pendokong tegar UMNO APCO, menjadikan kefahaman ini adalah suatu perkara yang mesti dianuti dan dipegang sungguh-sungguh. Amat malang mereka ini. Ialah, saya menganggap mereka ini tidak berdosa sekiranya mereka benar-benar tidak tahu akan hakikat yang sebenarnya. Yang berdosa adalah pemerintah yang memerintah mereka, yang menjadikan mereka jahil, sesat dan berpaling dari ajaran Allah taala yang berpandukan kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.

Hari ini, kebanyakkan orang Islam tidak mengetahui akan hal yang berkait dengan Umpatan, Cacian, Makian, Hinaan, Aiban, Kutukan serta Laknatan yang DIBENARKAN oleh Islam. Terutama kepada penyokong dan pendokong tegar UMNO APCO. Kadang-kadang, ada juga golongan agamawan yang tidak mengetahui akan hal ini. Aib sungguh! Orang yang berpendidikan agama, tidak mengatahui akan hal ini. Mereka menyatakan bahawa: “Orang PAS suka sangat mengumpat, mengata ke orang, menyebut kejahatan orang lain. Kan mengumpat itu dosa besar.” Inilah antara idealogi-ideologi yang telah merasuk dalam pemikiran orang UMNO ini. Kesan dari penjajahan pemikiran British, Amerika dan Yahudi laknatullah.

Dalam hal, atas dasar tanggungjawab dan amanah dalam ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah taala, maka saya nak menegaskan bahawa terdapat ENAM keadaan yang membolehkan mengumpat, menyebut keaiban orang lain, menyebut kemungkaran orang lain, mencela dan memaki hamun dan menghina orang lain.

UMNO APCO hari ini telah menselewengkan kehendak sebenar ayat Allah taala di dalam Surah al-Hujurat ayat 11 dan 12. Walaupun dalam ayat tersebut, Allah taala menegah hamba-Nya mengumpat, mengaibkan, mencela, dan menghina orang lain, sesungguhnya Nabi Muhammad saw telah mentafsirkan ayat tersebut dengan apa yang akan saya nukilkan di bawah nanti, dengan Nabi saw mengecualikan iaitu membolehkannya dengan berdasarkan 6 keadaan yang tertentu.

Jika kita meneliti akan ayat 148 Surah an-Nisa’, Allah taala menyatakan dengan firman-Nya yang bermaksud: “Allah tidak menyukai Ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi atau dianiayai. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.”


Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Sebutlah kejahatan orang yang jahat, agar orang lain berjaga-jaga dengannya dan tidak terikut-ikut dengan pegangan dan fahamannya itu.”

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwasanya ada sesorang lelaki meminta izin kepada Nabi s.a.w untuk menemuinya, lalu beliau s.a.w bersabda untuk menemuinya, lalu beliau s.a.w bersabda – kepada sahabat-sahabat: "Izinkanlah ia, ia adalah seburuk-buruknya orang dari seluruh keluarganya.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Hindun yaitu isterinya Abu Sufyan berkata kepada Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Abu Sufyan itu seorang lelaki yang kikir, ia tidak memberikan nafkah yang dapat mencukupi kehendakku serta untuk keperluan anakku, melainkan dengan cara saya mengambil sesuatu daripadanya, sedang ia tidak mengetahuinya. "Beliau s.a.w. lalu bersabda:" Ambil sajalah yang sekiranya dapat mencukupi kehendakmu dan untuk kepentingan anakmu dengan baik-baik - yakni jangan berlebih-lebihan." (Muttafaq 'alaih)

Imam Jamaluddin al-Afghani pernah menyebut bahawa: “Menyebut keburukan orang lain iaitu mengumpat terhadap orang yang BERIMAN adalah BERDOSA BESAR, manakala menyebut keburukan tersebut terhadap orang yang membuat kefasiqan serta kezaliman adalah TIDAK BERDOSA.”

Ketahuilah bahawasanya mengumpat itu DIBOLEHKAN karena adanya tujuan yang dianggap benar menurut pandangan Syara' Agama Islam, yang tidak akan mungkin dapat sampai kepada tujuan tadi, melainkan dengan cara mengumpat itu. Dalam hal ini adalah ENAM keadaannya:

Pertama: Dalam mengajukan pengaduan PENZALIMAN, maka bolehlah seseorang yang merasa dirinya dizalimi apabila mengajukan pengaduan penganiayaan itu kepada sultan, hakim ataupun lain-lainnya dari golongan orang yang mempunyai jabatan atau kekuasaan untuk menolong orang yang dianiaya itu dari orang yang menganiayanya. Orang yang dianiaya tadi bolehlah mengucapkan: "Si Fulan itu menganiaya saya dengan cara demikian."

Kedua: Dalam meminta pertolongan untuk menghilangkan sesuatu kemungkaran dan mengembalikan orang yang melakukan kemaksiatan kepada jalan yang benar. Orang itu bolehlah mengucapkan kepada orang yang ia harapkan dapat menggunakan kekuasaannya untuk menghilangkan kemungkaran tadi: "Si Fulan itu mengerjakan demikian, maka itu cegahlah ia dari perbuatannya itu," atau Iain-Iain sebagainya. Maksudnya iaiah untuk dapat sampai guna kelenyapannya kemungkaran tadi. Jadi apabila tidak mempunyai maksud sedemikian, maka pengumpatan itu adalah haram hukumnya.

Ketiga: Dalam meminta fatwa - yakni penerangan keagamaan. Orang yang hendak meminta fatwa itu bolehlah mengucapkan kepada orang yang dapat memberi fatwa yakni mufti: "Saya dizalimi oleh ayahku atau saudaraku atau suamiku atau si Fulan dengan perbuatan demikian, adakah ia berhak berbuat sedemikian itu padaku? Dan bagaimana jalan untuk menyelamatkan diri dari kezalimannya itu? Bagaimana untuk memperoleh hak ku itu serta bagaimanakah caranya menolak kezalimannya itu?" dan sebagainya. Pengumpatan semacam ini adalah boleh karena adanya keperluan.

Tetapi yang lebih berhati-hati dan pula lebih utama ialah apabila ia mengucapkan: "Bagaimanakah pendapat anda mengenai seseorang atau manusia atau suami yang berkeadaan sedemikian ini?" Dengan begitu, maka tujuan meminta fatwanya dapat dihasilkan tanpa menentukan atau menyebutkan nama seseorang. Sekalipun demikian, menentukan yakni menyebutkan nama seseorang itu dalam hal ini adalah boleh atau jaiz.

Keempat: Dalam hal menakut-nakuti kaum Muslimin dari sesuatu kejelekan atau kemungkaran serta menasihati mereka - jangan terjerumus dalam kesesatan karenanya. Yang sedemikian dapat diambil dari beberapa sudut. Di antaranya ialah memburukkan kepada para perawi Hadis yang memang buruk ataupun para saksi - dalam sesuatu perkara. Hal ini boleh dilakukan dengan berdasarkan ijma'nya seluruh kaum Muslimin, tetapi bahkan wajib karena adanya kepentingan.

Kelima: Di antaranya lagi ialah di waktu bermusyawarah untuk mengambil seseorang sebagai menantu, atau hendak berserikat dagang dengannya, atau akan menitipkan sesuatu padanya ataupun hendak bermuamalat dalam perdagangan dan Iain-Iain sebagainya, ataupun hendak mengambil seseorang sebagai jiran. Orang yang dimintai musyawarahnya itu wajib tidak menyembunyikan hal keadaan orang yang ditanyakan oleh orang yang meminta pertimbangan tadi, tetapi bolehlah ia menyebutkan beberapa cela yang benar-benar ada dalam dirinya orang yang ditanyakan itu dengan tujuan dan niat untuk menasihati dan berhati-hati.

Keenam: Di antaranya lagi ialah apabila seseorang melihat seorang ahli agama iaitu yang pandai dalam selok-belok keagamaan -yang mundar-mandir ke tempat orang yang ahli kebid'ahan atau orang fasik yang mengambil ilmu pengetahuan dari orang ahli agama tadi dan dikhuatirkan kalau-kalau orang ahli agama itu terkena bencana dengan pergaulannya bersama kedua macam orang tersebut di atas. Maka orang yang melihatnya itu bolehlah menasihatinya - yakni orang ahli agama itu - tentang hal-ehwal dari orang yang dihubungi itu, dengan syarat benar-benar berniat untuk menasihati.

Persoalannya hari ini, adakah pemimpin UMNO APCO yang sedia maklum bahawa mereka adalah pemimpin yang zalim, yang menentang Islam, yang menolak hokum hakam Allah taala, yang tidak melaksanakan hukum Jenayah yang telah Allah taala syariatkan, yang menghalalkan riba, yang menghalalkan judi, yang menggalakkan penzinaan, yang merampas hak rakyat, yang membiarkan rakyat dalam keadaan kemiskinan, dan kejahilan dalam agama, yang merobohkan masjid dan surau, yang menyekat para pendakwah dalam menyebarkan kebenaran, yang mengugut dan mengancam dengan kekerasan penyebar kebenaran, yang menyebabkan remaja membuang anak kesan dari zina yang telah dilakukan, yang isteri mereka tidak menutup aurat dan mendedahkan aurat mereka kepada lelaki yang bukan mahramnya, ADAKAH MEREKA INI ADALAH ORANG YANG BERIMAN ???
posted by Abu Mus'ab @ 4:00 PTG   0 comments
PAS PARTI ISLAM TERBESAR DI MALAYSIA
Jumaat, Julai 23, 2010

PAS Parti Islam Terbesar Di Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1951 kini mengorak langkah lebih jauh sebagai parti yang berteraskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam yang terbesar dinegara ini.

Kita tidak menafikan sumbangan rakan-rakan NGO lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah di negara ini dan dari semasa ke semasa PAS turut menjalinkan hubungan yang akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.

PAS memilih untuk menyertai politik dan pilihanraya sebagai satu wadah bagi menyumbang kepada penyebaran dakwah serta mengangkat martabat umat Islam di negara ini di samping kekal menjalankan tanggungjawab mengharmonikan hubungan antara kaum dan agama lain.

PAS parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.

PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.

PAS juga jelas berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain. PAS prihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar.

PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati. Perpaduan umat Melayu atas nama Islam adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh Umno, kerana dalam Islam kita tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal.

PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir ke dunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, di mana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini.

Pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama. Tidak cukup dengan itu, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat jelas memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Dan PAS dari semasa ke semasa akan terus menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan yang harus difahami bahawa sesuatu perkara yang ingin dilakukan haruslah bermula dari tangga pertama hingga tangga terakhir secara bijaksana.

Oleh itu, PAS terus menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyertai parti ini, menyokong parti ini dan memberikan kepercayaan untuk parti ini menjadi alternatif kepada Umno menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
posted by Abu Mus'ab @ 1:27 PG   1 comments
ERTI BERSYUKUR DI SISI ALLAH TAALA
Jumaat, Julai 16, 2010

Erti Bersyukur Di Sisi Allah taala

Semalam, sedang saya pulang dari program Usrah Dewan Pemuda PAS Kawasan di Dun Bukit Besi, tiba-tiba zaujah saya menghantar sms dengan bertanyakan: "Abang dah isi minyak kereta ker, harga minyak dah naik."...Dalam hati saya tercetus kebimbangan yang akan berlaku ke atas masyarakat Malaysia mendatang, terutama orang Melayu yang bertaraf hidup miskin: "Lepas ni, semakin ramailah orang yang akan Bunuh Diri, Mencuri, Merompak, Berzina, Membunuh Orang, Rasuah, Seleweng, Tidak Amanah dan pelbagai gejala sosial lain..Kesan daripada Kenaikan Harga Petrol, Gula dan Gas...CELAKA UMNO APCO laknatullah..."

Sesetengah penyokong dan pendokong UMNO APCO tegar menganggap ini adalah cara nak selesaikan masalah ekonomi yang telah DEFESIT yang sedang melanda kerajaan Malaysia hari ini. Lagi satu, tanggapan mereka adalah selama ini dah berpuluh tahun Kerajaan Malaysia menyara hidup rakyat Malaysia sebelum ini, jadi sudah sampai masanya, apabila kerajaan menghadapi kesusahan, rakyat pula yang kene bantu. Begitu bodoh pemikiran dan tanggapan mereka ini. Betullah "Buta Mata".

Ada setengah tu pula ada yang mengatakan orang PAS kenalah 'Bersyukur' kepada kerajaan UMNO APCO selama ini, yang telah banyak memberi kesenangan dan kenikmatan serta keamanan dan keselesaan seperti yang ada hari ini. Jika takda UMNO APCO pada hari ini, Malaysia akan mengalami kemunduran dan tidak maju serta berlaku kehuru-haraan. Bangang betul UMNO APCO laknatullah ini.

Sampai tahap ada yang menempelak saya, kata mereka: "mu ni Zizul memang tak kenang budi, selama ini, kerajaan Malaysia membenarkan mu belajar dengan selesa sehingga ke Mesir, memberi kesenangan yang ada sekarang." Saya nak jawab pernyataan ini: "Nabi Musa alaihis salam sendiri, sejak masih bayi dibela dan dijaga serta diberi kesenangan dan keselamatan Diraja oleh Fir'aun laknatullah. Apabila Nabi Musa alaihissalam meningkat dewasa, dan ditaklifkan oleh Allah taala sebagai Rasul, menentang Fir'aun laknatullah. Baginda Nabi Musa alaihissalam akur dengan arahan tersebut dan menentang kemungkaran, kekufuran, dan kejahatan Fir'aun laknatullah."

Dari itu, saya nak mengajak para sahabat sekalian, mari kita meneliti dan memahami akan tafsiran ayat Allah taala di dalam al-Quran yang selama ini kita membaca dan ada yang menghafaz, berkenaan dengan 'Erti Bersyukur Di Sisi Allah taala.' Dan dikuatkan pula dengan sabda Nabi Muhammad saw yang diperjelaskan oleh Ijma' Ulama'. Ingat al-Quran, as-Sunnah saw, Ijma' Ulama dan Qias merupakan sumber dalam kehidupan kita seharian.

Firman Allah taala di dalam Surah al-Imran ayat 144 yang bermaksud:

"Dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang berterima kasih."

Orang-orang yang berterima kasih itu ialah orang yang teguh memegang agamanya, dengan tidak berpaling tadah, bahkan mensyukuri Allah yang telah memberikannya petunjuk dan hidayah. Allah berjanji akan menolong orang yang telah menolong-Nya iaitu orang yang mempertinggikan agama-Nya dan meletakkan kalimah Allah paling tinggi dari yang lain, pasti Allah laksanakan janji-Nya.

Kemudian Allah taala nyatakan makna "Bersyukur" di sisi-Nya, di dalam Surah al-Imran ayat 145 yang bermaksud:

"Dan Kami beri balasan orang-orang yang bersyukur."

Mereka itu ialah orang-orang yang beriman yang taat tidak terpesong dan seleweng pun arahnya dari BERJIHAD FI SABILILLAH, dan tidak beramal kecuali kerana Allah taala dan hari akhirat.

Mari kita kuatkan maksud "Bersyukur" di sisi Allah taala di atas dengan kenyataan daripada Nabi kita Muhammad saw, di dalam hadis yang ke-26, dalam kitab Syarah Hadis 40, susunan Iman Nawawi rahimahullah taala.

Hadis tersebut menunjukkan kepada kita bahawa pada anggota seorang manusia ada sedeqahnya, iaitu ada pahalanya setiap hari sejak dari paginya. Itupun kiranya dia gunakannya pada jalan yang diperintah atau yang dianjurkan oleh Islam. Penggunaan ini dinamakan 'Syukur' atau 'Terima Kasih' dalam ertikata yang sebenarnya.

Sebab 'Syukur' menurut istilah Islam ialah menggunakan anggota dan ni'mat ke arah jalan yang baik. Syukur juga bererti menjauhi maksiat dengan mencegah anggota zahir dan batin dari melakukan kemaksiatan dan kemungkaran tersebut. Inilah yang pernah dikatakan oleh Ulama' Salaf: "Syukur itu adalah meninggalkan segala perbuatan yang maksiat."

Inilah 'Erti Bersyukur Di Sisi Allah Taala'. Rupa-rupanya selama ini, rakyat Malaysia sekian lama telah dipesongkan dan diselewengkan pemahaman tentang 'BERSYUKUR' oleh UMNO APCO. Sebenarnya banyak lagi istilah-istilah lain yang UMNO APCO jahilkan terhadap bangsa Melayu yang kononnya mereka perjuangankan bangsa Melayu. Dusta semata-mata..Hipokrit! Sebenarnya UMNO APCO selama inilah yang sedang menjayakan pelbagai agenda Yahudi laknatullah, yang diantaranya adalah 'Menjahilkan' Orang Melayu Islam tentang istilah-istilah yang berkaitan dengan Islam.

Berkata al-Marhum as-Syahid al-Hasan al-Banna: "Tingkatan Ukhuwah yang paling tinggi adalah 'Iithar', dan tingkatan Ukhuwah yang paling rendah adalah 'Salaamatul Sodri'."

posted by Abu Mus'ab @ 10:55 PG   1 comments
ORANG PAKOH UMNO TU BAIK KER?
Isnin, Julai 12, 2010

'Kebaikan' Menurut Pandangan ISLAM

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud:

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabilillah. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.”

Seringkali kita mendengar, merasai, dicuba fahamkan dan dimengertikan dengan perkataan “Kebaikan” dalam kehidupan seseorang. Setelah dicari, dikaji dan difahami, jelas, kebanyakkan orang Islam hari telah terseleweng fahaman akan perkataan ini. Disebabkan kerana selama ini, selepas penjajahan British di Tanah Melayu, yang akhirnya Malaysia mencapai kemerdekaan, yang terpaksa berulang-alik ke London sebanyak 3 kali, dengan sekaligus mengorbankan maruah agama, serta mengenepikan undang-undang Islam, dengan berjanji menjadikan Undang Perlembagaan Lord Reid sebagai Sumber Perlembagaan Utama/ Teratas. Menjadikan sebarang undang-undang yang mendatang, akan diketepikan walaupun undang-undang Islam daripada al-Quran dan as-Sunnah, terhasut dan dirasuk, serta diselewengkan oleh Yahudi laknatullah dengan melalui proksinya iaitu UMNO laknatullah.

Kebanyakkan orang Islam hari ini, terutama mereka yang memiliki kelulusan yang tinggi samada PHD, MA, Sarjana Muda bahkan yang memiliki Diploma sekalipun masih lagi keliru dengan pemahaman sebenar tentang perkataan “Kebaikan” ini menurut pandangan Islam, iaitu di sisi Allah taala.

Ialah, apabila ilmu pengetahuan tidak disandarkan kepada Nas-nas al-Quran, as-Sunnah saw dan Ijma’ Ulama, maka sememangnya akan kabur dan terpesong dari kehendak maksud yang sebenarnya. Ayat-ayat Al-Quran tidak difahami dan dipraktikkan, akibatnya, menjadi TAKUT dan PENGECUT untuk menegakkan kebenaran, kerana tidak meyakini akan segala janji-janji Allah taala kepada hamba-Nya yang memperjuangkan kebenaran agama-Nya iaitu ISLAM.

Seringkali, saya cuba menyelami pemahaman di kalangan orang tertentu. Apabila saya bertanyakan tentang permasalahan ini, ada di kalangan mereka yang menjawab: “Walaupun saya pangkah UMNO, tapi hati saya baik”.. "Walaupun saya sokong UMNO, tapi hati saya baik".. “Walaupun saya tidak memakai tudung, tapi hati saya baik”.. “Walaupun saya mendedahkan aurat, hati saya baik”…walaupun pemakaian saya macam orang Yahudi dan Kristian, tapi hati saya baik”.. Inilah suasana hari ini yang berlaku ke atas kebanyakkan masyarakat Islam hari ini, baik di Malaysia mahupun di luar Negara.

Jadi, saya nak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat yang ingin membaca, mendengar, memahami dan beramal, serta menyebarkan ilmu ini kepada para pendengar kuliah sahabat-sahabat di luar sana. Kerana ini adalah perkara yang wajib yang mesti disebarkan, dek kerana ramai masyarakat Islam hari ini telah songsang dan sesat dalam memahami maksud "Kebaikan" menurut kacamata Islam.

Kebaikan atau kebajikan menurut istilah agama, digunakan dalam dua pengertian, iaitu:

Pertama: Kebaikan atau kebajikan digunakan untuk sesama manusia, dan dikhusus pengertian kepada kedua ibu bapa, dan banyak juga digunakan untuk semua makhluk secara umum. Jadi yang dinamakan kebaikan atau kebajikan itu ialah berbuat suatu yang baik kepada semua makhluk.

Kedua: Keelokkan atau kebajikan atau kebaikan dalam ertikata melaksanakan segala amal taat samada yang zahirnya mahupun yang batinnya sejajar, selari dan sesuai dengan petunjuk dari ayat al-Quran yang telah diutarakan di atas, iaitu:

1- Taat pada zahir, ialah membelanjakan harta menurut yang diredhai Allah taala, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyempurnakan janji, sabar apabila menghadapi segala dugaan, seperti kesakitan dan kesusahan.

2- Taat pada batin, ialah Keimanan, Kepercayaan dan Keyakinan kepada Allah taala, para malaikat-Nya, segala kitab dan rasul-rasul-Nya.

Kedua-dua jenis ketaatan ini adalah kebaikan. Kebaikan menurut Rasulullah saw ialah keelokkan budi pekerti. Keelokkan budi pekerti tiada lain dari mengerjakan suatu yang ditentu atau disukai, atau yang sesuai dengan ibadat dan fikiran TETAPI tidak bertentangan dengan petunjuk dan panduan agama, iaitu Syariat Islam.

Keelokkan akhlak adalah satu-satunya penilaian kebaikan. Tetapi kebaikan ini menurut falsafah Islam tidaklah terletak pada keseluruhannya atau pandangan manusia. Kerana ada yang baik bagi manusia, ia tidak baik bagi Islam, tetapi ada yang baik bagi agama (Islam), sudah tentu baik bagi manusia. Hanya manusia itu sendiri yang tidak mengerti hakikatnya atau tidak mahu menilai kebenaran yang sebenar.

Mari kita kembali kepada pentafsiran ayat al-Quran di atas, yang merupakan dalil dan bukti kepada maksud Kebaikan di sisi Allah taala. Ayat di atas diturunkan adalah untuk menolak pemahaman ahli-ahli Kitab yang mereka telah mengikut pemahaman orang Yahudi dan Kristian dengan tanggapan bahawa pekerjaan yang baik hanya merupakan dengan mendirikan solat semata-mata. Jadi tanggapan mereka ini adalah salah dan tidak betul, dan telah disangkal oleh Allah taala dengan turunnya ayat di atas.

Jadi, segala apa yang telah Imam Nawawi rahimahullah taala nyatakan di atas, tentang huraian Kebaikan menurut Syariat Islam, berpandukan daripada ayat Allah taala di atas, dan juga satu hadis Nabi saw berkenaan tentang Kebaikan (rujuk hadis 27, Kitab Hadis 40), maka segala apa yang telah dinyatakan itulah yang dimaksudkan dengan KEBAIKAN. Barangsiapa berbuat demikian, maka dialah orang yang menepati Imannya. Dan orang berbuat demikianlah yang digelarkan oleh Allah taala orang yang BERTAQWA.

Pernah tak kita terfikir, kenapa Allah taala mendahulukan menyebut orang yang berbuat kebaikan adalah orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab dan para anbiya’? Kenapa tidak mendahulukan orang yang mengerjakan Solat, Zakat dan lain-lainnya? Kenapa dalam Rukun Islam yang 5 perkara, Nabi saw meletakkan ucapan Tauhid, mengucap 2 kalimah syahadah yang mula-mula. Kenapa tidak diletakkan Solat, Puasa, Zakat, Haji terlebih dahulu?

Ini menunjukkan bahawa penekanan dalam keaslian pemahaman tentang AQIDAH adalah yang utama. Aqidah yang salim, baik, itulah yang akan menjamin akan penerimaan segala amal kebajikan yang lain, termasuk perkara Solat, Puasa, Zakat dan Haji tadi. Jika aqidah tidak tepat, terpesong dan terseleweng dari yang sebenarnya, mengikut ketetapan Syariat Islam, maka segala amal kebaikan yang tadi, hanya sia-sia sahaja.

Al-Quran al-Karim bukan setakat dibaca dan dihafal…Ia mesti dikoreksi, difahami dan dipraktikalkan dalam kehidupan seharian. Jangan jadi di kalangan mereka yang merosakkan identity Haamilul Quran yang satu ketika dulu dipandang hebat dan teragung di arena perjuangan Islam. Masih ada masa lagi untuk sama-sama kita bertaubat dan bermuhasabah...
posted by Abu Mus'ab @ 8:54 PG   0 comments
RUPANYA BN/ UMNO MENDERITA
Isnin, Julai 05, 2010

Rupanya BN/ UMNO Menderita

Umno lahir dalam rumah penjajah. Bermula dengan kekuasaan memerintah. Pemimpin Umno lahir dengan kemewahan dan mendapat pendidikan di England. Anak, cucu hatta cicit mendapat warisan yang sama. Apa mereka tahu tentang perit getir perjuangan dan penderitaan. Mereka menerima kemerdekaan dan seterusnya memerintah dengan sekadar basuh kaki sahaja. Dipersiapkan oleh penjajah sebelum menganugerahkan kemerdekaan.

Pemimpin Pas semenjak awal dari Hizbul Muslimin sehingga bernama Pas telah membilang jeriji besi. Merengkok dalam penjara. Pejuang dan pendokongnya sentiasa berkorban membanting tulang, memeras keringat dan mengikis harta untuk infaq dan berkhidmat kepada rakyat. Separuh abad tidak mengenal erti kuasa dan pemerintahan tetapi jiwa mantap mengharungi apa sahaja demi agama, bangsa dan tanah-air.

Kalah dalam pilihanraya itu biasa. Menang itu luar biasa. Hari ini Allah memberi kemenangan kepada sebahagian negeri mengecapi kemanangan khususnya di Kedah dan Selangor termasuk Wilayah Persekutuan. Maka bermadahlah pemimpin UMNO selaku Menteri Wilayah Persekutuan : “Sukarnya bila hilang kuasa” kata Nong Chik.

BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka."Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia.

Benarlah firman Allah dalam surah al-Nisa : 104 bahawa musuh pun rasa sakit yang sama. Dok ingat mereka kuasa banyak, duit banyak relax je.

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاس وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Jika kamu mendapat luka, Maka Sesungguhnya kaum itupun mendapat luka yang serupa. dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada' dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, Surah al-Imran : 140

Kini setelah mereka hilang sebahagian kuasa yang membuat mereka rasa sombong dan angkuh selama ini lalu mereka mungungkitkan penderitaan. Dan derita itu seolah-olah derita rakyat. Sebenarnya ia bukan derita rakyat tetapi derita UMNO-BN.

Perkara yang sama pernah diungkapkan oleh pemimpin Umno Terengganu sehingga dibawa ke dalam Perhimpunan Agung Umno di PWTC yang akhirnya mencadangkan dirampas royalti minyak di Terengganu dan menjadi wang ehsan lalu diurus oleh Umno Terengganu tanpa melalui akaun wang yang disatukan Kerajaan Negeri. Bermulalah episode pengkhianatan, kezaliman, diskriminasi, rasuah, kroni dan seribu macam kejahatan bernama UMNO-BN. Dengan duit mereka merencanakan untuk merampas kembali Terengganu dari tangan Pas. Rakyat Terengganu yang kebanyakannya masih lagi miskin dan ketinggalan terpedaya dengan umpan dan ugutan Umno-BN. Dengan perancangan kotor pilihanraya serta kerjasama SPR dan pihak kerajaan Pusat beserta kementerian termasuklah polis dan tentera menyebabkan kerajaan Pas tumbang di Terengganu.

Kerana itu sebagai ingatan khususnya PR di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Umno umpama harimau yang cedera. Bukan sekadar mengaum bahkan akan melakukan apa saja tindakan demi menyelamatkan survival politik serta tali hayat politik mereka. Dalam keadaan sisa-sisa baki harta yang mereka ada meskipun tiada royalti serta kekuasaan kerajaan pusat bersama dengan mereka dan dalam keadaan banyak masa rehat di kalangan pimpinan Umno kerana tidak sibuk memerintah negeri nescaya mereka akan merancang dan melakukan apa saja tindakan untuk merampas kembali kuasa khususnya di Selangor yang merupakan pusat menjana pemerintahan dan pentadbiran Negara.

Tidak mustahil strategi daftar pemilih dan pengundi yang mengundi beberapa kali yang dipraktikkan pada tahun 2004 akan diguna pakai di Terengganu juga akan dipraktikkan di Selangor. Dengan kerjasama SPR, Jabatan Pendaftaran, polis maupun tentera akan diguna-pakai. Demi menyelamatkan nyawa Umno-BN nescaya mereka sanggup melakukan meskipun bertentangan dengan agenda demokrasi itu sendiri. Apatah negeri Selangor dengan pengundi Bandar yang sukar dicula dan dikenali lebih mudah untuk dipraktikkan. Negeri Sabah juga pernah mengalami nasib yang sama.

Cuma sehingga kini, apa yang diperhatikan di sebalik tangan-tangan durjana yang mengkhianati dan menipu rakyat yang membawa kemenangan palsu kepada UMNO-BN itu tidak kekal lama. Mereka semua dibalakan oleh Tuhan dengan kehilangan dan ditarik pangkat dan kuasa. InsyaAllah, pengkhianatan mereka itu kini telah membarahkan penyakit keseluruhan akar umbi parti mereka.

Kini mereka hanya sekadar menunggu saat kematian meskipun mereka berusaha menyambung nyawa mereka. Terlalu banyak dosa dan kezaliman yang mereka lakukan. Cukuplah separuh abad diberi kuasa dan Pru kali ke-13 nanti insyaAllah kuasa rakyat akan dikembalikan kepada yang lebih berhak. Dan ajal kekuasaan Umno-BN sudah tamat dan mereka akan bertanggungjawab di hadapan Allah segala kerosakan yang dilakukan sepanjang pemerintahan mereka itu.

Ihsan Dari : http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
posted by Abu Mus'ab @ 9:43 PG   0 comments
ANAK KUCING JADI HARIMAU
Sabtu, Julai 03, 2010

Orang Islam Yang Jahil

Saya teringat akan satu seminar yang saya hadiri. Seminar yang dihadiri oleh kebanyakkan para ulama', bukan ulama' dunia, para intelektual, turut sama adalah mereka di kalangan yang tidak berpendidikan tinggi. Apa yang manarik dalam ucapan panelis yang berhujjah dengan ketinggian ilmu masing-masing, saya tertarik akan ucapan seorang Ulama' yang menyatakan bahawa "Musuh ISLAM ada 2 golongan, yang pertama adalah Orang Bukan Islam, iaitu Kafir Harbi. Adapun yang kedua adalah Orang Islam Yang Jahil Dalam Hal Agama."

Tersentak pemikiran saya ketika itu. Cuba menyelami dan mendasari kata-kata tersebut. Bagi saya, jelaslah betul kata-kata tersebut. Betul apa yang diutarakan oleh al-Marhum as-Syeikh Sya'rawi rahimahullahu taala dengan katanya: "Orang ISLAM hari ini begitu berbangga dengan Anutan Islam dan Keturunannya, Tetapi mereka MURTAD dari sudut pengamalannya." Walaupun dia memiliki sijil Sarjana Muda, Sarjana dan PHD dalam bidang al-Quran, Syariah, Usuluddin dan sebagainya. Dengan kejahilan dan ketidak fahamannya sehingga menyebabkan ramai orang yang mengikutnya turut jahil dan sesat.

Perkara sedemikian rupa berlaku dalam arena kehidupan kita seharian pada hari ini. Bagaimana orang Islam hari ini menganggap bahawa Syariat Islam hari ini dijadikan sebahagian daripada cara hidup. Bukan Syariat Islam yang menguasai dan mengawasi seterusnya menjadi sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan manusia seharian, bermula bangun tidur sehinggalah urusan pemerintahan negara.

Seumpama hari ini, peristiwa bersejarah Islam dalam bulan Rejab ini adalah Kisah Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw. Sekian lama saya melihat, peristiwa ini hanyalah menjadi setakat Perayaan dan Sambutan semata-mata. Tidak yang sepatutnya, untuk dijadikan sebagai panduan dan pengiktibaran di sebalik pelbagai kejadian yang Nabi Muhamad saw lalui bersama Malaikat Allah Jibril a.s. Untuk umat Nabi saw terdahulu, terkini dan akan datang, mudah-mudahan mengambil dan menjadikannya sebagai galakkan dan ancaman dalam kehidupan seharian. Hari ini, peristiwa ini hanya menjadi sebagai pelepas syarat, agenda tahunan pusat agensi dan jabatan kerajaan negeri dan pusat, khususnya kerajaan BN/ UMNO laknatullah ini.

Tak terkecuali juga, mereka yang ahli agama tetapi penakut, pengecut, dan bisu untuk menyatakan kebenaran. Mereka hanyalah menjadi batu pelekong, yang tak ubah, seumpama lembu yang dicucuk hidungnya dan ditarik ke sana dan ke sini, mengikut hala dan tunjuan yang menariknya. Bodohnya ahli agama ini. Dengan alasan yang dikemukakan, sedikit pun tidak menunjukkan yang dirinya tidak bersalah dan berdosa, bahkan merasakan dirinya berada di pihak yang benar dan betul, yang akhirnya Allah taal mencabut sifat keyakinan, kepercayaan dan keimanan dalam dirinya terhadap Kebesaran dan Kekuatan Allah taala.

Jahil lah sebab utamanya. Penyebab berlakunya Jahil itu, amat banyak. Mudah-mudahan Allah taala memelihara Iman, Keyakinan dan Kepercayaan kita terhadap Kekuasaan dan Kebesaran Allah taala ke atas segala sesuatu ciptaan-Nya.

Akhirnya, saya nak mengajak teman-teman sekalian, memahami dan mendalami serta beramal dengan ketentuan dan ancaman ayat Allah taala ini di dalam Surah al-Imran ayat 185 yang bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Allah taala menegaskan bahawa setiap makhluk yang bernyawa ciptaan-Nya akan merasai mati. Tidak ketinggalan kita juga. Persoalannya, yang pernah dibangkitkan oleh Sayyidina Ali r.a, apakah bentuk persiapan dan pembekalan kita untuk menghadapi kematian tersebut, dan juga mampukah bekalan yang kita ada sekarang, mampu mensejahterakan dan menyelamatkan kita daripada mendapat azab di alam Barzakh (kubur) dan alam akhirat.

Allah taala ada menyebut "dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu" yang membawa kepada penjelasannya iaitu setiap amal samada baik atau buruk, bakal diberikan upahnya masing-masing pada hari Akhirat kelak. Malahan kengkadang di dunia ini pun ada mereka yang telah mendapat upahnya dengan tanpa penangguhan, samada upah yang baik atau yang buruk, dengan tempoh yang cepat ataupun lambat.

Kemudian Allah taala menerangkan keadaan orang yang berjaya dan selamat, dengan tafsiran firman-Nya menyatakan orang yang dapat menghindarkan dirinya dari terkena seksa lalu berusaha untuk memperoleh pahala, berjayalah ia. Makna di sini, sebelum dapat mengalahkan nafsu kebinatangan manusia yang sentiasa mengajak manusia ke neraka, maka selama itu sukarlah bagi manusia itu untuk memasuki Syurga, dan dengan demikian sukarlah baginya selamat dan memperoleh kejayaan.

Akhirnya, Allah taala menyatakan bahawa "Tidak lain kehidupan dalam dunia ini hanyalah merupakan mata benda yang memperdayakan." Sesungguhnyan kelazatan hidup yang lahir (zahir) seperti makan minum, dan bergembira, begitu pula kelazatan hidup yang batin seperti kekuasaan, ketinggian pangkat dan kekuasaan, semuanya itu dapat memperdayakan manusia.

Manusia yang sedang menikmati kelazatan-kelazatan hidup yang sedemikian itu biasanya akan terlena, hanyut dibawa oleh arus kelazatannya, asyik dengan menuruti hawa nafsu dan seleranya. Kita, umat Islam mesti menyedari bahawa semua kelazatan dan kemewahan hidup itu tidak dapat dijamin boleh memberikan kepuasan sepenuhnya. Jika diturutkan kemahuan nafsu, sememangnya nafsu itu tidak mengenal puas selama-lamanya. Kerana setiap kali ia merasakan kelazatan dan kemewahan, dicarinya lagi dan tambahannya. Dan setiap kali ia mengecapi kemewahan, dicarinya lagi hingga tidak ada kesudahan.

Ayat ini mengingatkan kita, selaku orang Islam, apatah lagi berlata belakangkan agama, berpendidikan tinggi, tikamana menikmati kelazatan hidup dan kemewahannya janganlah lalai dari kewajipannya, jangan lupa akan kedudukannya sebagai manusia yang mesti memperlengkap dirinya dengan serba-serbi ilmu pengetahuan, bukan hanya satu ilmu sahaja, dan menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia serta budi pekerti yang tinggi. Kerana manusia itu bukanlah jenis haiwan ataupun binatang yang mudah diperdayakan oleh kelazatan atau dikalahkan oleh sebarang kemewahan dunia, melainkan dia di kalangan mereka yang tidak beriman, yakin dan percaya kepada ketentuan, kebesaran dan kekuasaan Allah taala, khusus Pembela, Penyokong, Pendokong Tegar UMNO APCO laknatullah..
posted by Abu Mus'ab @ 2:50 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::