:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
ISLAM BUKAN UNTUK BANGSA MELAYU SAHAJA
Jumaat, Ogos 27, 2010

Taqwa Menuntut Beramal Dengan Semua Ayat Allah taala

Hari ini, kita berada di dalam satu tarikh yang amat bersejarah dalam Islam, 17 Ramadhan, kebanyakkan masjid, surau, pusat pendidikan, pusat pentadbiran dan pelbagai premis tempat, meraikan hari yang penuh bersejarah ini. Di dalam bulan Ramadhan, pada tarikh tersebut, Allah taala telah menurunkan al-Quran secara keseluruhan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dan disampaikan melalui beransur-ansur kepada Nabi Muhammad saw dengan perantaraan Malaikat Jibril alaihissalam.

Al-Quran yang diturunkan untuk menjadi panduan, pembimbing dan pembeza serta penentu kepada manusia-manusia ciptaan Allah taala, serta menjadi penjelas daripada panduan tersebut kepada mengenal mana yang betul dan salah, mana yang baik dan buruk, mana yang taat dan maksiat, mana yang halal dan haram. Inilah al-Quran al-Karim.

Hari Nuzul Quran bukan setakat diraikan dengan bermatlamat melepaskan batuk di tangga sahaja, kene buat kalu tak buat memalukan, tengok surau lain buat kita kena buat jugak, dan pelbagai kalam-kalam yang dijelmakan.

Sesungguhnya TAQWA amat menuntut kepada individu Muslim yang berpuasa agar menjadikan ayat-ayat al-Quran, hukum-hakam yang berada di dalamnya, segala peraturan, bimbingan, suruhan, tuntutan, galakan, dorongan, ancaman dan larangan al-Quran tersebut untuk diambil tindakan yang sewajarnya. SeWAJIBnya, yang berbentuk kebaikan, diamalkan dan didekatkan serta diadakan. Adapun yang berbentuk larangan dan ancaman, WAJIBlah dijauhi dan ditinggalkan.

Jika hal demikian yang di atas tidak diletak pada tempat yang sebetulnya, maka zalimlah dia, tak betullah dia, sesatlah dia, susahlah hidupnya, miskinlah jiwa dan hatinya. Walaupun dia berpuasa penuh 30 hari Ramadhan, walaupun dia mengeluarkan sedekah kepada faqir miskin serta anak yatim.

Taqwa menuntut individu Muslim yang merasakan dirinya beriman kepada Allah taala untuk menjadikan al-Quran sebagai satu mekanisma utama yang boleh menyelesaikan pelbagai konflik dalam kehidupan seharian. Bermula bangun dari tidur, sehinggalah tidur semula. Pelbagai permasalahan, persengketaan, perbalahan, pertengkaran, dan percanggahan, WAJIBlah merujuk kepada ayat-ayat Allah di dalam al-Quran, dengan menguatkan lagi ayat Allah tersebut dengan Sunnah Nabi Muhammad saw.

Ini antara tuntutan Taqwa yang mesti dijayakan dalam diri seseorang itu. Jika tidak, bermakna KPI yang Allah taala inginkan kesan daripada 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan, tidak berjaya, tambahan mendapat kemurkaan Allah taala, dek kerana ketiada usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk memperolehi status Taqwa tersebut.

Ingat ! Asas kepada penerimaan segala amal ibadat dan kebajikan dan kebaikan yang dilakukan adalah AQIDAH. Dalam erti kata lain, adalah pemahaman, anutan, pegangan, kebersamaan, keterikatan, pergabungan dan kecenderungan kita mestilah mengikut jalan Allah taala. Jangan sampai hal demikian merujuk kepada jalan yang bercanggah dengan Islam, jalan yang menyimpang, jalan kanan kiri yang Nabi saw sabdakan dengan menyatakan jalan tersebut adalah jalan-jalan Syaitan yang keji. Sudah tentu jalan-jalan Yahudi dan Nasrani, iaitulah segala fahaman mereka yang sesat lagi menyesatkan.

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 137 yang bermaksud: "Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka Sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman Dengan sebenar-benar iman) maka Sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah Engkau khuatir Wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."

Ayat ini sebagai jaminan daripada Allah taala kepada orang-orang yang betul-betul beriman (yakin/ percaya), tidak menduakan agama Allah, tidak menganggap agama yang lebih tinggi melainkan agama Islam, nescaya mereka mendapat PETUNJUK. Tetapi sekiranya mereka berpaling, atau keimanan (kepercayaan dan keyakinan) mereka tidak menepati keimanan yang dikehendaki oleh Islam, maka ini hanya menunjukkan berlakunya PERPECAHAN dan PERBALAHAN. Orang-orang Islam yang mereka tentang itu akan dipeliharakan oleh Allah taala dari kejahatan mereka, kerana Allah taala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

ISLAM adalah untuk semua bangsa dan makhluk Allah taala..
BUKAN untuk bangsa Melayu sahaja...

posted by Abu Mus'ab @ 5:20 PTG   0 comments
RAMADHAN, BULAN MENOLAK NASIONALISME
Selasa, Ogos 24, 2010

Ramadhan Bulan Menolak Semangat Patriotik (Kebangsaan)

Sabtu yang lalu, ketika saya berada di pelantar minyak, terpaparlah berita di dalam Astro Awani yang menyatakan keresahan kerajaan Malaysia hari ini terhadap rakyat Malaysia yang tidak aktif mengibarkan Jalur Gemilang samada di rumah maupun di kenderaan masing-masing. Riuh kerajaan 1 Malaysia. Menyatakan rakyat Malaysia hari ini tidak ada semangat patriotik, semangat kebangsaan. Lepas tu, mulalah, mereka-reka cerita dan keadaan yang menampakkan rakyat dah sedar dan bersedia kibarkan Jalur Gemilang...

Dalam hati saya, alhamdulillah, rakyat Malaysia hari ini, terutamanya orang Melayu Islam, dah mula sedar, akan HARAMnya seseorang muslim berfahaman mementingkan semangat kebangsaan/ semangat perkauman/ semangat nasionalisme. Sedia maklum, bahawa fahaman ini merupakan fahaman yang sesat lagi menyesatkan yang diagendakan oleh Syaitan yang diproksikan oleh Yahudi dan sekutu-sekutunya, terutama UMNO di Malaysia hari ini.

Jika ada orang Islam yang mengibarkan Jalur Gemilang, tu memang berat 6-6. Samada memang tegar UMNO, atau dipaksa, diugut atau diancam atau memang tak reti base sungguh la untuk kibarkan Jalur Gemilang tersebut. Ada juga saya melihat hal yang demikian depan mata ni. Memang jenis pekat la. Actually, tak salah untuk kibarkan Jalur Gemilang. Cuma janganlah taksub dan fanatik terhadapnya. Sehingga merasakan seolah-oleh berdosa pulak jika tak kibarkannya.

Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk membuat perubahan dan pembaikian diri kita sendiri, anak beranak, keluarga dan masyarakat. Kerana amalan di bulan adalah bukan amalan yang berbentuk "Hipokrit". Masing-masing ingin mencari kelebihan dan mendapatkan keistimewaan serta keberkatan Ramadhan ini. Jadi, buanglah semangat perkauman yang ada dalam diri tu. Jangan biarkan ia membarah sehinggalah bertemu Allah taala. Akibatnya sepertimana Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang mati dalam keadaan ia berfahaman 'asobiyyah' iaitu perkauman, maka matinya adalah mati Jahiliyyah".

Nabi Muhammad saw melarang umatnya dan tidak mengaku umat apabila ada umat baginda saw yang berdakwah, berjuang, bekerja, berperang dan mati atas dasar 'asobiyyah' (perkauman). Adakah kita hari ini selaku di antara mereka yang cuba melembutkan hati dan jiwa masyarakat yang keras hatinya, menerangi hati dan jiwa rakyat yang gelap gelita dan menjernihkan hati dan jiwa mereka yang keruh, boleh mempertahankan dan bersama-sama dengan mereka yang perjuangan fahaman yang sesat dan bercanggah dengan syariat Allah ini?

Ramadhan bulan yang amat mulia. Sama-sama kita ambil manfaat daripada kelebihan bulan ini. Rezeki orang beriman, Allah taala akan gandakan dalam bulan ini. Ramadhan adalah 'Madrasah' untuk perbetulkan diri masing-masing.
posted by Abu Mus'ab @ 4:25 PTG   1 comments
PUASA YANG SIA-SIA
Khamis, Ogos 19, 2010

Peluang Memperolehi Keampunan Yang Melimpah Ruah

Alhamdulillah, hari ini kita berada pada malam yang ke-13 Ramadhan, menandakan kita telah berada di dalam fatrah yang ke-dua, iaitulah sepertimana yang Nabi Muhammad saw sebutkan iaitu "Pertengahannya adalah Keampunan". Bermakna, kita telah melalui 12 hari Ramadhan dengan tanpa kita sedari. Sungguh cepat masa berlalu. Inilah antara tanda hari Qiamat, yang pastinya kita akan merasainya, kalu tidak di dunia pun, kita akan merasainya di alam barzakh.

Dalam liku-liku meredah 12 hari Ramadhan yang lalu, banyak kenangan dan peristiwa serta pelbagai kesulitan dan ujian dilalui dan ditempuhi. Pelbagai ragam dilihat. Bermacam-macam jenis orang dipandang. Ramai orang yang masih meraba-raba mencari hakikat kebenaran yang Allah taala redhai. Berbetulan dengan doa yang selalu dimunajatkan di dalam solat terawih: Ya Allah, aku mohon padamu Keredhaan Mu untuk memperolehi Syurga, dan jauhkan kami dari azab api neraka Mu Ya Allah". Doa yang diaminkan oleh setiap orang Islam dan orang yang beriman. Turut diaminkan oleh orang yang fasiq dan munafik. Apa-apapun, kita mengharapkan dengan baki 17 hari yang akan mendatang ni, mudah-mudahan mendapat pengampunan dari Allah taala serta pembebasan dari azab api neraka Allah.

Memandang kepada sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Memberi makna yang cukup luas untuk kita sama-sama renungi dan muhasabahkan. Ramadhan adalah bulan Tarbiyyah, yang merupakan 'Madrasah' ataupun 'Universiti' yang berfungsi untuk membentuk, membimbing dan mendidik umat Islam agar memperbetulkan keadaan dan sifat serta sikap seseorang. Bulan yang membuka peluang yang amat terbuka kepada mereka yang menyedari akan keistimewaannya serta kemuliaannya dan keberkatannya, untuk dipestakan serta diperhebatkan segala amalan kebajikan di dalamnya.

Perlu kita sedari, di samping kita berpuasa iaitu kita menahan hawa nafsu lapar dan dahaga serta hawa nafsu bersenggama di siang hari, perlu diingatkan juga, berpuasalah dengan menahan hawa nafsu yang melibatkan mata, telinga, lidah, tangan, kaki, diri sendiri, hati dan pemikiran kita sendiri. Senario hari ini, ramai umat Islam, yang diperlihatkan oleh Allah taala berada di dalam keadaan taraf puasa setakat menahan lapar dan dahaga sahaja. Amat malang orang macam ini. Apa tidaknya, dengan pelbagai maksiat dan kemungkaran serta kejahatan yang dijelmakan, seolah-olah tindak tanduk dan tingkah laku, sama sahaja sebelum Ramadhan. Dianggapnya Puasa Ramadhan hanya setakat menahan lapar dan dahaga serta bersenggama di siang hari. Yang tidak berpuasa langsung pun apa kurangnya. Bermaharaja lela. Sungguh malang orang macam ini...

Apabila menyentuh hal berpuasa yang melibatkan pemikiran, iaitulah pemahaman, pegangan, idealogi, kebersamaan dan penyatuan. Perlu diingat, Allah taala adalah Tuhan kita semesta alam, Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah taala, al-Quran merupakan panduan yang UTAMA dalam sebarang urusan keduniaan dan keakhiratan, Jihad adalah jalan yang sebetulnya, dan mati Syahid adalah cita-cita utama.

Hari ini, pemahaman yang sesat lagi menyesatkan orang lain sedang dipraktikkan dan digilakan oleh parti sekular, yang juga parti liberal, parti kebangsaan, iaitulah parti UMNO kebiruan kegilaan. Macam-macam perancangan bodoh dan jahanam diusahakan oleh mereka, yang semata-mata untuk meraih sokongan undi orang Melayu dalam pilihanraya umum yang ke-13 yang sudah tidak lama lagi. Kononnya, parti yang memperjuangakan keadilan, membela bangsa Melayu dan membela Islam. Kononnya...Hakikatnya, jauh sama sekali. Hanya orang yang bodoh, buta hati, serta jahil sahaja yang berpandangan UMNO itu betul..

Suasana yang menampakkan UMNO bersama dengan masyarakat, sedang dilaksanakan. Tambahan, mengambil peluang di Bulan Ramadhan ini, untuk mereka mengaburkan mata masyarakat dengan agenda kebajikan mereka, yang sememangnya, pembahagiannya adalah berdasarkan bulu dan warna. Ini berlaku di Terengganu la.. Mungkin di luar Terengganu tidak berlaku akan hal ini. Tapi boleh percaya ker???

Sesungguhnya, seseorang yang melakukan kesalahan dalam keadaan dia bersama dengan perjuangan PAS adalah LEBIH BAIK daripada seseorang yang melakukan kebaikan sedangkan dia bersama dengan perjuangan UMNO.

Jadi, apa yang boleh kita simpulkan di sini, adalah walaupun Allah taala telah menetapkan bahawa ganjaran bagi hamba-Nya yang berpuasa adalah ditentukan sendiri oleh-Nya, tetapi perlu diingat bahawa Nabi Muhammad saw telah mendatangkan amaran dengan ternyatakan hadis di atas. Janganlah dek kerana keduniaan, kebendaan, kemewahan, pangkat dan darjat, kita rela mensia-siakan ibadat puasa kita selama ini.

Selamat Berpuasa...
posted by Abu Mus'ab @ 6:32 PTG   0 comments
RENUNGAN RAMADHAN AL-MUBAARAK

Renungan Ramadhan al-Mubaarak

Pertama

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Ulasan :

Puasa seseorang itu akan sia-sia apabila :

- Solat Wajib ditinggalkan

- Lelaki yang menampakkan auratnya

- Lelaki yang memakai rantai, gelang atau anting-anting ( walaupun daripada perak atau seumpamanya )

- Mengeluarkan kata-kata yang kesat, lucah dan seumpamanya

- Makan, minum serta menggunakan produk atau barangan mana-mana syarikat yang jelas menentang Islam dengan sengaja

- Mendengar dan menyanyi nyanyian yang melalaikan dengan sengaja

- Fahaman Nasionalisme, Sekularisme dan Liberalisme masih menjadi pegangan utama

- Seseorang itu masih menyokong kezaliman, kemaksiatan dan kemungkaran dalam kehidupannya

- Perempuan yang mendedahkan auratnya ( nampak rambut, lengan tangan, perhiasan tubuhnya dan kakinya )


Kedua

Salman r.a meriwayatkan bahawa pada akhir bulan Syaaban Rasulullah SAW memberikan khutbah kepada kami dan bersabda: "Wahai manusia, telah datang sekarang satu bulan yang mulia (agung), bulan yang paling diberkati yang mana terdapat di dalamnya satu malam yang tersangat besar kelebihannya daripada 1000 bulan. Inilah bulan yang mana Allah mewajibkan pada siang harinya untuk berpuasa. Dan Dia telah menjadikan Solat Terawih sebagai sunnah di malam itu. Barangsiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah dengan melakukan satu amalan fardhu, kepadanya akan diganjari sebanyak amalan fardhu yang dilakukannya pada masa-masa yang lain. Dan barangsiapa yang melakukan satu amalan Fardhu, kepadanya akan diganjari sebanyak 70 amalan fardhu yang dilakukannya di masa-masa yang lain. Sesungguhnya ini adalah sebuah bulan kesabaran, dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati ialah Jannah (Syurga). Ini juga adalah bulan simpati terhadap saudara-saudaramu. Ini adalah bulan di mana rezeki bagi orang yang benar-benar beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, sebagai pembuka puasanya (pada masa matahari terbenam), kepadanya adalah keampunan terhadap dosa-dosanya dan pembebasan daripada api Jahannam (Neraka), dan untuknya ganjaran yang sama (dengan orang yang diberinya makan) tanpa mengurangkan pahala orang itu sedikitpun."

Maka kamu pun berkata: "Wahai Rasulullah, tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa itu bagi membuka puasanya." Rasulullah SAW menjawab: "Allah mengurniakan ganjaran yang sama ini kepada sesiapa yang telah memberikan kepada orang yang berpuasa bagi membuka puasanya walaupun hanya dengan sebiji tamar atau seteguk air ataupun sekali sisipan susu."

"Inilah bulan yang pada permulaannya membawakan kerahmatan Allah, pada pertengahannya memperolehi keampunanNya dan di akhirnya mendapat kebebasan daripada api Neraka Jahannam."

"Dan di dalam bulan ini kita hendaklah melakukam terus sebanyak-banyaknya akan 4 perkara, 2 daripadanya untuk mendapat keredhaan Allah taala sementara yang 2 lagi yang mana tanpanya kamu tidak dapat melakukannya."

"2 yang dapat menyukakan Allah ialah dengan kamu membaca kalimah Tahlil (Laa ilaaha illallah), dan perbanyakkan bacaan Istighfar. Dan 2 lagi yang tanpanya kamu tidak melakukannya ialah memohon pengharapan kepada Allah untuk memasuki Syurga dan meminta perlindungan kepadaNya daripada api Neraka Jahannam."

"Dan barangsiapa memberikan seseorang yang berpuasa akan air sebagai minuman, Allah akan membenarkannya untuk meminum daripada telagaKu, sekali minum yang selepas meminumnya dia tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam Syurga (Jannah)."

Ketiga

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, " Ummatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada selain daripada mereka..Kepada mereka bau daripada mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau harumnya kasturi. Bagi pihak mereka ikan- ikan di laut memohonkan keampunan sehinggalah mereka membuka puasa mereka, Allah menyediakan dan menghiasai sebuah taman yang istimewa di dalam Syurga setiap hari dan berkata kepadanya: "Masanya telah hampir bila mana hamba-hambaKu yang setia mengenepikan ujian- ujian yang besar (di dalam dunia) dan datang kepada kamu." Pada bulan ini syaitan yang jahat dirantaikan supaya tidak dapat mendatangi perbuatan-perbuatan maksiat yang selalu mereka hampiri di bulan- bulan selain ramadhan. Dan pada malam yang akhir Ramadhan mereka diampunkan.

Maka para sahabat r.a bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w adakah itu malam Lailatul Qadar? Rasulullah s.a.w menjawab: "Tidak. Tetapi adalah selayaknya bahawa seorang hamba diberikan upahannya setelah menyempurnakan khidmatnya." (Riwayat Ahmad)

Keempat

Ka'ab bin Ujra r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hampirlah ke mimbar." Maka kami pun datang menghampiri mimbar. Bila Baginda SAW melangkah naik tangga pertama mimbar itu Baginda SAW berkata 'Amin'. Bila Baginda SAW melangkah naik ke tangga mimbar yang kedua, Baginda SAW berkata 'Amin'. Apabila Baginda SAW melangkah naik ke tangga mimbar yang ketiga, Baginda SAW juga berkata 'Amin'. Apabila Baginda SAW turun, kami pun bertanya: "Ya Rasulullah, kami telah mendengar daripadamu pada hari ini sesuatu yang belum pernah kami dengari sebelum ini." Baginda SAW lalu menjawab: "(Apabila daku melangkah naik ke tangga pertama) Jibril a.s muncul di hadapanku dan berkata: "Celakalah dia yang mendapati bulan Ramadhan yang dirahmati, tetapi membiarkannya berlalu tanpa mendapat keampunan." Dengannya aku berkata 'Amin'. Apabila aku melangkah naik ke tangga kedua, Jibril berkata: "Celakalah ke atasnya yang apabila mendapati namamu disebutkan, tetapi dia tidak memohon Daruud (Solawat) ke atasmu. Aku pun berkata 'Amin. Dan apabila aku melangkah naik ke tangga ketiga, Jibril berkata: "Celakalah ke atas orang yang masa hidupnya mendapati kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripada keduanya mencapai umur tua, tetapi tidak dibenarkan memasuki Syurga (kerana gagal memberikan khidmat kepada kedua ibubapa mereka)." Aku pun berkata 'Amin'. (Riwayat Hakim)
posted by Abu Mus'ab @ 12:50 PTG   0 comments
PESTA IBADAT SEDANG BERLANSUNG
Khamis, Ogos 12, 2010

Ramadhan Karim : Pesta IBADAT

Hari ini, kita masih lagi berada di awal Ramadhan, hari yang kedua, satu pesta yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan dari Allah taala sedang diraikan. Bukan pesta arak, bukan pesta maksiat, bukan pesta zina, TETAPI iaitulah PESTA IBADAT. Suatu pesta yang amat ditunggu-tunggu oleh Para Anbiya' alaihimussolatu wassalam, Para Sahabat Radhiallu 'anhu, Para Alim Ulama, Para Salafus Soleh, serta semua makhluk ciptaan Allah.

Ramadhan, itulah bulan yang diawalnya adalah Rahmat, pertengahannya adalah Keampunan dan akhirnya adalah pelepasan dari Azab Neraka Allah taala. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya, pintu Neraka ditutup, Syaitan dan Iblis dirantai, seksa kepada ahli Neraka diringankan. Bulan yang menjanjikan pahala yang cukup banyak kepada mereka yang beramal dengan tekun dan gigih, bulan yang membuka pintu rezeki yang tidak terhitung banyaknya, bulan yang memberi pembelaan kepada mereka yang berada dalam kesusahan dalam kehidupan, serta bulan yang membimbing dan mendidik (mentarbiyyah) orang Islam di dunia ini.

Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini menjadi 'postmortem' kepada segala amalan yang telah kita lakukan sebelum ini dan yang sedang kita lakukan. Sama-samalah kita memeriahkan Ramadhan kali ini dengan melipat kali gandakan ibadat kita sebelum ini. Bermula dengan menjaga ibadat yang Fardhu sehinggalah kepada ibadat yang sunat. Jauhkan diri daripada melakukan perkara yang Haram sehinggalah menjaga diri daripada melakukan perkara yang Syubhah.

Kesan daripada penelitian dan pencaknaan di atas, maka insyaAllah harapan Allah taala kepada hambaNya yang berpuasa itu, mudah-mudahan menjadi hamba yang bertaqwa, akan terlaksana. Marilah sama-sama kita merenung akan satu hadis ini yang menerangkan betapa besarnya ganjaran pahala bagi mereka yang beribadat dalam bulan Ramadhan ini.

Dari Anas bin Malek r.a dari Nabi SAW, ia berkata (yang bermaksud) : "Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy, barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala, barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua orang tuanya di bulan Ramadhan, maka akan memperolehi perhatian Allah dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga, dan seorang perempuan yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah, dan barangsiapa yang menolong keperluan saudaranya yang Muslim di bulan Ramadhan, maka Allah akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat." (Zakhiiratul Abidin)
posted by Abu Mus'ab @ 1:57 PTG   1 comments
PERUTUSAN KHAS RAMADHAN 1431 H
Selasa, Ogos 10, 2010

Ramadhan al-Mubarak Madrasah Jihad dan Tarbiyyah

Ya Allah Ya Tuhanku, Berkatilah kami di dalam Bulan Rejab dan Syaaban ini, dan pertemukanlah kami dengan Bulan Ramadhan. Amin...

Alhamdulillah..Syukur dan teramat syukur kepada Allah taala, kerana telah diberi peluang oleh-Nya sekali lagi, pada tahun ini, bertemu dengan Bulan Kerahmatan, Keampunan dan Bulan Yang Membebaskan Seseorang daripada Azab Api Neraka, iaitu Ramadhan al-Mubarak. Seterusnya dapat melakukan ibadat iaitu amalan-amalan kebaikan yang sememangnya dijanjikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda daripada bulan yang lain.

Terlebih dahulu, saya selaku Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Se Malaysia, yang mewakili seluruh saf kepimpinan ILMAM Pusat, mengucapkan salam Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini kepada semua muslimin, muslimat, ikhwah, akhawat, sahabah dan sohabiyah, baik yang berada di dalam Malaysia ataupun di Bumi Mesir. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini, menjadi pemangkin yang kuat kepada kebersamaan dan kethabatan kita di dalam perjuangan Islam pada hari ini dan di masa yang akan mendatang. InsyaAllah.

Sedia maklum, Ramadhan adalah satu bulan yang Allah taala telah wajibkan kepada hamba-Nya yang menganut agama Islam yang mukallaf, supaya melaksanakan ibadat puasa, dengan menahan hawa nafsu makan, minum, dan senggama serta nafsu daripada melakukan sebarang perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa, bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

Apabila Allah taala menyebutkan : "Diwajibkan ke atas kamu berpuasa." Ini memberi makna bahawa puasa itu wajib ke atas setiap bahagian anggota tubuh badan individu muslim yang mukallaf. Iaitulah, puasa bagi telinga itu ialah tidak mendengar sebarang perkara yang maksiat. Puasa bagi mata itu pula adalah bermaksud tidak melihat apa sahaja bentuk maksiat dan dosa. Puasa bagi lidah pula, bermaksud tidak menutur sebarang percakapan yang sia-sia dan yang mendatangkan dosa. Begitu jugalah puasa bagi diri itu bermaksud membebaskan diri daripada sebarang kehendak hawa nafsu. Puasa bagi hati pula ialah bermaksud dengan mengeluarkan daripadanya kecintaan terhadap kebendaan-kebendaan duniawi ini. Dan puasa bagi fikiran pula ialah dengan menjauhkan pemikiran dari mengingati selain dari Allah taala.

Bercakap tentang Ramadhan al-Mubarak, Madrasah Jihad dan Tarbiyyah. Mudah-mudahan dengan Ramadhan kali ini, akan dapat meningkatkan lagi semangat juang dan jihad dalam diri kita. Sesungguhnya Jihad itu adalah kekal dan tidak akan hilang, sehinggalah ke hari Qiamat. Janganlah kerana disebabkan Ramadhan yang mewajibkan individu Islam berpuasa, maka ia menjadi alasan utama untuk merehatkan diri daripada berjihad fi sabilillah, iaitulah bekerja untuk pembangunan Islam, terutama kerja yang melibatkan masa dan tenaga.

Dalam masa yang sama, perlu diingatkan bahawa Tarbiyyah adalah amat penting dalam mengekalkan semangat juang jihad tersebut. Tarbiyyah yang dimaksudkan adalah Tarbiyyah Jasadiyyah dan Tarbiyyah Ruhiyyah. Kedua-dua bentuk tarbiyyah ini mestilah dipraktikkan oleh seseorang yang inginkan momentum Jihad dalam dirinya berkekalan dan melonjak ke hadapan. Tidak dinafikan bahawa Tarbiyyah Ruhiyyah wajib dilaksanakan kerana ia melibatkan dalaman dan jiwa seseorang iaitu yang melibatkan hati. Kerana itulah, puasa yang disyariatkan oleh Allah taala di bulan Ramadhan, mengajar, mendidik dan membimbing hati seseorang supaya bersifat pemurah, teguh dan lebih yakin akan Kebesaran Allah taala.

Dari itu, marilah kita sama-sama, menjadikan Ramadhan kali ini, madrasah untuk mendidik, menyegarkan jiwa kita dengan tidak merehatkan jihad dan tarbiyyah dalam kehidupan kita seharian. Jadikan jiwa dan hati kita di kalangan mereka yang boleh ditarbiyyah, boleh dididik dan dibimbing, dengan bukan setakat mentarbiyyah, mendidik dan membimbing orang lain. Marilah kita sama-sama manfaatkan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya, dengan mendapatkan keberkatan, kerahmatan, dan keampunan dari-Nya dengan semaksima mungkin.

Penghujungnya, saya sekali lagi, selaku Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Se Malaysia (ILMAM), mewakili saf kempimpinan ILMAM Pusat mengucapkan salam Ramadhan al-Mubarak kepada muslimin dan muslimat sekalian.

Wassalam.

Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Se Malaysia (ILMAM)
posted by Abu Mus'ab @ 9:22 PG   0 comments
DI AMBANG RAMADHAN
Rabu, Ogos 04, 2010
Di Ambang Ramadhan


Untuk Paparan Yang Lebih Jelas, Sila Klik Di Sini
posted by Abu Mus'ab @ 5:57 PTG   0 comments
SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN BUBARKAN PARTI UMNO
Ahad, Ogos 01, 2010

Selamatkan Rakyat Malaysia, UMNO MESTI Dibubarkan

Hari ini, awal Ogos, saya selamat sampai ke rumah. Setelah seminggu bermusafir ke Ardul Kinanah, Kaherah, Mesir untuk membentangkan kertas kerja dalam program Seminar Politik Islam anjuran Badan Kebajikan Anak-anak Selangor Malaysia. Alhamdulillah, seminar tersebut berjalan lancar bermula jam 08.30 pagi 25 Julai sehinggalah ke acara kemuncaknya di waktu malam pada 26 Julai, iaitu Forum Perdana yang bertajuk "Oh Malaysia Ku" yang diadakan di Dataran Hayyu Asyir.

Memandang kepada gejala sosial yang berlaku pada hari ini semakin hari semakin meningkat, seumpama gejala membuang anak. Yang terkini, seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditinggalkan berbalut dengan kain dan surat khabar di hadapan sebuah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di Nibong Tebal pada 31 Julai, kelmarin. Astaghfirullah al-'Azim...Sehinggakan antara cadangan untuk mengatasi gejala buang anak ini adalah dengan mengadakan Sekolah Murid Mengandung yang dicadangkan oleh Ketua Menteri Melaka. Alangkah dangkalnya pemikiran puak-puak UMNO APCO ni...

Banyak lagi gejala lain yang berlaku pada hari ini. Kelmarin, ketika saya keluar dari ruangan Imegresen KLIA, betul-betul di depan saya, kelihatan pelbagai jenis minuman arak dipertontonkan dan diperkenalkan. Yang paling malang, adalah jurujual minuman arak tersebut adalah seorang wanita yang memakai baju kurung, dan tidak syak lagi wanita tersebut adalah berbangsa Melayu. Persoalannya, adakah jurujual itu Islam atau tidak Islam? Jika berdasarkan apa yang UMNO perkatakan sebelum ini: "Melayu itu Islam, Islam itu Melayu". Maka saya mengira memang UMNO telah sesat dan menyesatkan orang lain.

Hari ini, orang Melayu sibuk meraih inginkan perpaduan dan kesatupaduan sesama Melayu. Bahkan inginkan perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Terutama apabila UMNO hari ini merujuk semula kepada PAS supaya menjayakan agenda perpaduan yang pernah dicetuskan sebelum ini. Ketahuilah, Nabi Muhammad saw melarang umatnya masuk lubang biawak kali kedua. Sedia maklum, UMNO adalah BIAWAK HIDUP yang PAS takkan sekali-kali memikulnya.

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 137 yang bermaksud: "Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka Sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman Dengan sebenar-benar iman) maka Sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah Engkau khuatir Wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."

Ayat ini sebagai jaminan daripada Allah taala kepada orang-orang yang betul-betul beriman (yakin/ percaya), tidak menduakan agama Allah, tidak menganggap agama yang lebih tinggi melainkan agama Islam, nescaya mereka mendapat petunjuk. Tetapi sekiranya mereka berpaling, atau keimanan (kepercayaan dan keyakinan) mereka tidak menepati keimanan yang dikehendaki oleh Islam, maka ini hanya menunjukkan berlakunya perpecahannya dan perbalahannya. Orang-orang Islam yang mereka tentang itu akan dipeliharakan oleh Allah taala dari kejahatan mereka, kerana Allah taala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sesungguhnya, segala musibah yang menimpa kita pada hari ini, terutama kebanjiran gejala sosial yang kian membarah, yang melibatkan para remaja lelaki dan perempuan, tak lupa kepada pemuda pemudi yang jelas menjadi sasaran utama UMNO APCO, agen kepada Yahudi dan Amerika, untuk memusnahkan akhlak, pemikiran dan kreadibiliti mereka dalam masyarakat awam Malaysia, ini semua adalah merupakan antara AZAB yang diturunkan oleh Allah, tidak lain tidak bukan kerana isi al-Quran yang sebenar telah mereka salahi, mereka cabulkan, mereka pinda, mereka ubah, mereka selewengkan, mereka diamkan, sehinggalah membawa kepada pengertian, pemahaman dan penerimaan yang salah dan tidak menepati kehendak sebenar Allah taala. Maka orang yang berbuat demikian, mereka sebenarnya telah mengundang dan mendatangkan perpecahan, yang akhirnya mereka jauh terpesong dari kebenaran dan mereka sesat lagi menyesatkan orang lain.

Benarlah firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 176 yang bermaksud: "Demikian itu kerana Allah telah menurunkan kitab dengan sebenarnya. Sesungguhnya orang orang-orang yang menyalahi (pada memahamkan) isu kitab, adalah dalam perpecahan yang jauh."

Nabi Muhammad saw pernah menyatakan sabdanya yang mahsyur yang bermaksud: "Aku tinggalkan kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh kedua-duanya, nescaya kamu sekali-kali tidak akan sesat buat selama-lamanya selepas aku, iaitulah al-Quran dan Sunnahku."

Jadi, hari ini, sememangnya, sekiranya seseorang itu inginkan perpaduan, bersatu-padu, tiada perpecahan dan perbalahan di kalangan manusia, syarat utama adalah BERIMAN kepada-Nya dengan sesungguh-sungguhnya. Beriman dengan kata lain, adalah percaya dan yakin dengan sebenar-benarnya. Jika syarat ini tidak ditunaikan, maka lihatlah apa yang berlaku pada kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini dan para Menterinya? Mereka adalah pemimpin... Perpaduan dan Perpecahan adalah bergantung kepada mereka ...

Jika UMNO inginkan PAS bersama dengannya, pastikan dulu UMNO bersih dari kekotoran najis-najis penjajah barat terutama najis yang ditinggalkan dan dibiarkan membusuk oleh Yahudi dan Amerika selama ini. Gantikan dengan wangian-wangian yang sedia ada yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw, yang pada hari dibiarkan tanpa digunakan dengan semaksima mungkin, yang merangkumi semua aspek dan keadaan.

Ataupun UMNO dibubarkan begitu sahaja. Sertailah PAS, kerana PAS adalah parti yang syumul, pemerintahan, pemikiran, pemahaman dan seummpamanya adalah berdasarkan kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama' dan Qias. UMNO tak perlulah sibuk untuk memikirkan dan melakarkan perlembagaan terbaru, kerana PAS dan sedia ada perkara tersebut. Bahkan PAS adalah sebuah parti yang mendapat pengiktirafan TERHEBAT dan TERBAIK di medan antarabangsa se dunia...
posted by Abu Mus'ab @ 5:36 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER