:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
MEREKA YANG TIDAK ADA RASA MALU
Rabu, September 29, 2010

Mereka Yang Tidak Ada Rasa Malu

Terasa lama juga tidak menampilkan artikel baru dalam blog ShaMatun ni. Keadaan yang tidak begitu mengizinkan. Melihat kepada isu-isu yang kian semakin hari, semakin hangat yang sengaja dipropagandakan oleh UMNO yang tidak ada 'kemaluan'. Saban hari menyebar fitnah tak tentu pasal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Lek-lek sepertiman apa yang berlaku dalam PRU 11 pada tahun 2004, dalam usaha UMNO ingin merampas kerajaaan Terengganu yang dikuasai oleh PAS ketika itu. Tiap-tiap hari, batu loncatan UMNO, iaitulah media-media yang menyebut tentang kelemahan kerajaan PAS ketika itu. Masa itu, pengerusi perhubungan UMNO adalah Pok Yeh, yang sekarang merupakan Pengarah Pilihanraya BN Peringkat Pusat. Mungkin inilah antara perancangan yang sedang dilaksanakan di bawah naungan Pok Yeh.

Suatu perkara yang istimewa hari ini, adalah dengan takut dan gerunnya kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO terhadap media alternatif yang masing-masing cuba mencari saham untuk bekalan hari akhirat, menyebar luaskan segala kekejian dan bentuk kezaliman UMNO terhadap rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu. Begitu banyak penyelewengan dan kerakusan serta kezaliman UMNO terhadap bangsanya sendiri. Terhadap Agama Islam, jangan dikiralah, tidak terhitung.

Kengkadang terfikir dalam kepala ni, kenapa ada juga bangsa Melayu Islam yang tidak nampak kejahatan dan kezaliman UMNO hari ni, sedangkan terang lagi tersuluh lagi tersportlight akan kekufuran UMNO ini. Ikut hati ni, memang bodohlah orang macam ni. Tak kiralah walaupun setinggi mana pangkatnya dan sebanyak mana pun bilangan PHD nya tu. Memang jahil...

Walaupun demikian, sebenarnya hal ini telah termaklum. Banyak ayat-ayat Allah taala dan hadis-hadis Nabi Muhammad saw mengkhabarkan hal demikian telah berlaku tika dulu, dan akhir zaman, tetap akan berlaku. Benar apa yang Allah taala telah firmankan dalam al-Quran. Hari bertukar, masa bertukar, zaman bertukar, orang pun bertukar, tetapi yang kekalnya adalah pemahaman, anutan dan pemikiran serta sifat dan sikap.

Satu harapan, bagi kita yang InsyaAllah digolongkan di kalangan mereka yang beriman, dan yang memperjuangkan agama Allah ini, teruskan bersabar dan thabat dalam keimanan, dan perjuangan Islam. Sepertimana yang telah Allah taala nukilkan dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Surah al-Imran ayat 200.

Berdasarkan ayat di atas, asal erti sabar itu ialah, menahan diri dari melakukan segala tegahan syara'. Pendedahan aurat oleh perempuan, mencuri, membunuh, merompak, berzina, menzalimi seseorang, berjudi, meminum arak, tidak melaksanakan undang-undang Allah taala, iaitulah hukum Hudud dan Qisas, merobohkan rumah Allah (masjid dan surau), menghalang orang yang ingin menyebarkan kebenaran, menyelewengkan hukum Allah, berfahaman sekular, liberal, nasionalis, sosialis dan menjadi tali barut kepada Yahudi dan Amerika, ini semua merupakan perkara yang ditegah oleh Allah taala.

Sesetengah ahli bijaksana mengatakan : Sabar itu ada tiga macam; 1. Meninggalkan sungutan/ rintihan. 2. Menerima ujian. 3. Benar- benar reda (rela). Berbagai-bagai takwilan diberikan oleh mufassirin mengenai ayat ini. Maka bolehlah disimpulkan sebagai berikut:

Bahawa sesungguhnya, Allah taala menyeru orang-orang mukmin itu supaya sabar di dalam sebarang usaha yang membawa kepada mentaati Allah dan melaksanakan kewajipan agamanya. Juga diseru supaya sabar di dalam menghadapi cubaan dan menghadapi musuh dari sebarang gangguan serta cabarannya. Seterusnya bersiap sedia dengan secukup-cukup kelengkapan untuk menentang mereka dalam sebarang ketika, iaitu kelengkapan yang menjadi kewajipan setiap umat Islam menyediakannya, samada rohani dan jasmani.

Akhirnya Allah taala mewasiatkan supaya bertaqwa kepada-Nya, semoga berjaya memperolehi kemenangan yang abadi dengan memasuki Syurga dan terselamat daripada neraka.

Mudah-mudahan Allah memberi kita taufik dan hidayat-Nya untuk beramal dengan suruhan-Nya sesuai dengan yang disyariatkan- Nya. Tuhanlah sebaik- baik pelindung dan sebaik- baik penolong.
posted by Abu Mus'ab @ 3:42 PTG   0 comments
ORANG BERIMAN SUSAH, ORANG KUFUR SENANG
Rabu, September 22, 2010

Orang Beriman Susah, Orang Kufur Senang

Firman Allah taala di dalam Surah al-'Imran ayat 196 yang bermaksud: "Jangan engkau terpedaya oleh kerana berjalannya perniagaan orang-orang yang kufur di dalam negeri."

Setelah Allah janjikan pahala yang besar kepada orang-orang yang beriman dalam masa mereka menderita kesusahan hidup sedangkan orang-orang yang kufur hidup mewah, maka ayat ini Allah turunkan untuk menghiburkan supaya mereka tetap bersabar dan thabat iaitu: "Janganlah engkau terpedaya oleh kerana berjalannya perniagaan orang-orang yang kufur di dalam negeri."

Ayat ini ditujukan kepada setiap orang Islam, jelasnya kepada setiap umat Nabi Muhammad saw, kerana Nabi Muhammad saw adalah sebagai utusan Allah tidak mungkin dapat diperdaya orang bila-bila masa pun sehinggalah Baginda saw wafat.

Sebabnya ayat ini diturunkan, adalah dikatakan bahawa orang-orang musyrik Makkah, atau orang-orang Yahudi berleluasa ke sana dan ke mari di dalam negeri menjalankan perniagaannya, sehinggalah mereka dapat hidup dengan mewah sekali. Melihat keadaan ini, kedapatan sebahagian orang-orang yang beriman tertanya-tanya dengan mengatakan: "Mengapa orang-orang kafir yang menjadi musuh Allah dapat hidup mewah dan senang, sedangkan kami menderita kelaparan dan kepayahan?"

Kata-kata demikian ini telah mendapat jawapan dari Allah dengan turunnnya ayat ini, yang kemudiannya Allah taala melanjutkan pula dengan firman-Nya yang berikut, iaitu ayat 197 yang bermaksud: " (Itu hanyalah) mata benda yang sedikit, kemudian tempat mereka neraka Jahanam, tempat yang sejahat-jahatnya."

Ayat ini menjelaskan bahawa segala perniagaan mereka yang berjalan dengan pesat dan maju yang menghasilkan untung dan riba itu, sebenarnya adalah mata benda yang sedikit jua, jika nak dibandingkan dengan kerugian yang bakal mereka alami kerana kehilangan nikmat dan kemewahan hidup di hari akhirat kelak. Dan bukan itu sahaja, bahkan mereka akan ditempatkan di dalam neraka Jahanam yang terkenal sebagai tempat yang sejahat-jahatnya.

Memanglah, benar apa yang Allah taala nyatakan di atas. Situasi atau fenomena yang melanda masyarakat Islam di tempat kita hari ini, menggambarkan dan membenarkan apa yang telah Allah firmankan melalui kalam-Nya yang membuktikan bahawa Allah taala Pencipta yang Maha Mengetahui akan segala sifat laku dan kelemahan yang ada pada ciptaan-Nya, manusia.

Apabila melihat kepada mereka yang kufur terhadap Allah, dengan sikap, sifat, cara pemakaian, cara kehidupan, cara pemikiran yang berlawanan dengan Syariat Allah, yang berlawanan dengan ketetapan Allah taala, yang berlawanan dengan hukum-hakam Allah taala, kehidupan mereka kebanyakkanya adalah mewah dan senang.

Ada wanita yang memakai pakaian skirt, menampakkan aurat mereka, menampakkan susuk tubuh mereka yang menggiurkan, ada juga lelaki yang berseluar pendek ketika berada di luar rumah, lelaki yang berkehidupan ala barat, tidak melaksanakan perintah Allah taala, dan tidak kurang mereka yang berfahaman sekular, liberal, patriotis (nasionalis/ kebangsaan), kapitalis serta yang tidak beragama, mereka semua ini hidup dalam keadaan mewah dan senang.

Terkadang saya pun terfikir sepertimana orang-orang yang beriman tadi yang meluahkan perasaan mereka mengapa orang-orang kafir yang menjadi musuh Allah dapat hidup mewah dan senang, sedangkan kami menderita kelaparan dan kepayahan?

Maka, Allah taala telah memberikan jawapannya kepada orang-orang yang beriman. Ialah walaupun ada juga, Allah taala telah memberi kemewahan dan kesenangan kepada orang yang beriman. Tetapi, mereka tidaklah ramai sebagaimana ramainya orang yang kufur kepada Allah taala. Itupun setelah mereka menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi dalam kehidupan mereka. Ialah, mungkin dengan kesenangan orang yang beriman itu, mereka adalah seperti Siti Khadijah binti Khuwalid, seperti Abdurrahman bin Auf, seperti Suhaib ar-Rumi, seperti Kaab bin Malik, dan yang lainnya, yang menggunakan segala nikmat kemewahan dan kesenangan yang dimilikinya itu untuk kepentingan Gerakan Islam, mereka tidak kedekut dan bakhil untuk mengalirkan segala nikmat yang dimiliki untuk kepentingan Islam dan para pejuangnya.

Jadi, sama-samalah kita selaku orang yang perjuangkan Islam, tetap thabat dan sabar dalam menghadapi ujian dan mehnah ini dengan hati dan jiwa yang dekat dengan Allah taala. Cukuplah ayat Allah taala tadi menjadi penawar yang terbaik dalam menjawab persoalan kenapa orang yang beriman, orang yang berjuang Islam mengalami kehidupan yang susah, sedangkan orang menentang perjuangan Islam hidupnya senang lenang. InsyaAllah, selepas datangnya kesusahan, pasti adanya kesenangan. Kesabaranlah yang utama dituntut.
posted by Abu Mus'ab @ 9:05 PG   0 comments
UMNO BEE END
Khamis, September 16, 2010

UMNO Bee End

Hari ini, bersamaan 07 Syawal 1431 H, yang menandakan Ramadhan al-Mubarak telah berlalu lebih 7 hari. Sekejap sahaja dirasakan dengan berlalunya Ramadhan. Apa yang kita harapkan, lebih-lebih lagi Allah taala mengharapkan kepada mereka yang beriman kepada-Nya merealiasasikan sifat Taqwa yang telah dijanakan sebulan Ramadhan yang lalu. Penjanaan semangat jihad di jalan Allah taala yang utamanya.

Tidak lupa, Syawal ini, mengharapkan mereka yang beriman kepada Allah taala, meneruskan penjanaan tersebut melalui acuan yang Nabi saw telah tetapkan dengan berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal bagi melengkapkan lagi sesi Tarbiyyah daripada Allah taala. Akhirnya, mudah-mudahan Allah taala menguatkan jiwa dan semangat serta roh jihad di dalam diri orang yang beriman, untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pilihanraya umum yang ke-13, untuk melihat jatuhnya kerajaan BN/ UMNO laknatullah di tanah air kita ini, dengan menggantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia ini. InsyaAllah..

Sememangnya keamanan, keselamatan, kesejahteraan, keadilan, dan kebahagian menjadi idaman bagi setiap individu yang normal, tidak kira samada dia menganut agama apa sekalipun, dan tidak kira samada dia daripada bangsa mana sekalipun. Kerana segala isi alam ini adalah ciptaan Allah taala, termasuklah manusia.

Jadi, melihat kepada situasi yang telah, yang sedang dan yang akan berlaku di Malaysia ini, maka tidak ada cara lain untuk melihat dan mengecapi nikmat kebaikan daripada Allah taala adalah dengan Jatuhkan kerajaan BN/ UMNO yang memerintah lebih 50 tahun ini. Fikirkan masa depan generasi pelapis yang akan datang. Fikirkan masa akan datang.

Dengan membiaknya gejala buruk sosial di kalangan remaja lelaki dan perempuan, dengan kritikalnya kes-kes pembunuhan yang semakin hari semakin bercambah, dengan rosaknya akhlak yang membimbangkan semua pihak di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, dengan giatnya aktiviti pecah rumah, rompakan, ugut-mengugut, ancam-mengancam, rasuah yang berleluasa, dengan lemahnya bimbingan agama ke atas pemuda pemudi yang beragama Islam, dengan galaknya aktiviti-aktiviti yang melalaikan orang Islam daripada beramal dengan Syariat Allah, yang akhirnya menyebabkan mereka semakin jahil tentang hal agama, maka Kerajaan BN/ UMNO WAJIB dijatuhkan oleh kita semua hari ini melalui Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.

Hendak jatuhkan kerajaan BN/ UMNO, mesti melalui Pilihanraya Umum. Untuk berpilihanraya umum, mestilah melalui parti-parti yang bertanding. Untuk memenangi dalam pilihanraya tersebut, mesti dengan Mengundi. Hendak mengundi, mesti mengundi parti yang perjuangkan Islam dan Keadilan. Kerana tanpa MENGUNDI, kerajaan BN/ UMNO tidak akan boleh jatuh pada adatnya.

Jadi, segala kerja-kerja, amalan, unsur-unsur ke arah jatuhnya kerajaan BN/ UMNO adalah WAJIB. Berada di dalam Parti Politik adalah WAJIB. Berada di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah WAJIB. Mengundi parti PAS adalah WAJIB. Daftar mengundi adalah WAJIB. Mengikuti program kefahaman dan Tarbiyyah PAS adalah WAJIB. Menyokong dan mendokong PAS adalah WAJIB.

Sepertimana kaedah Usul Fiqh: "Apa yang tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya nescaya ia menjadi wajib" dan "Hukum bagi wasilah adalah hukum bagi maksud dan matlamat".

Akhirnya, berfikirlah untuk masa akan datang. Yakinlah akan keberkatan dan kerahmatan Islam, apabila Islam memerintah, sepertimana yakinnya tentera Islam di dalam peperangan Badar. PAS bukan setakat Parti Politik, bahkan PAS adalah Parti Dakwah dan Parti Tarbiyyah.
posted by Abu Mus'ab @ 1:58 PTG   0 comments
PERUTUSAN HARI MALAYSIA PRESIDEN PAS

Perutusan Hari Malaysia Presiden PAS

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat dalam negara kita bersempena dengan penubuhan sebuah negara yang dinamakan Malaysia pada 16 September 1963 yang lalu.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini dalam ucapan saya di Muktamar Agung PAS yang lalu, saya menghuraikan bahawa kita adalah kelompok manusia yang sangat bertuah dan unik, kerana berada dalam negara Malaysia yang mengandungi kepelberbagai etnik, yang berasal dari berbagai bangsa dan datang daripada berbagai negara. Ini pula ditambah dengan kemeriahan etnik yang wujud di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama.

Kerencaman ini sekiranya diolah dengan baik akan menjadikan negara kita ini sebagai satu kuasa yang hebat, sebaliknya sebarang kesilapan akan membawa padah yang besar. Inilah yang kita lihat setelah 47 tahun negara Malaysia diwujudkan, dengan kelemahan pimpinan UMNO-BN yang sepatutnya sudah membawa negara tercinta ini berdiri teguh dan mampu untuk menjadi pelindung kepada rakyat.

Asas yang perlu dipertahankan ialah kesemua etnik yang membina negara Malaysia ini perlu dilayan dengan adil dan saksama, kerana Islam menekankan bahawa kecenderungan untuk memperlekehkan orang lain adalah sifat buruk yang mesti dijauhi.

Menceroboh dan menghalang hak seseorang adalah amat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam manakala sikap berlaku adil pula adalah merupakan ciri taqwa orang yang beriman. Adalah sesuatu yang janggal apabila seseorang itu mengaku bertaqwa kepada Allah tetapi gagal melaksanakan keadilan yang sebenar.

PAS bukan sahaja akan mempertahankan hubungan baik pelbagai kaum ini dengan berasaskan sikap Islam sebenar yang dinyatakan oleh Al Quran dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, bahkan PAS komited untuk menjadikan kewujudan pelbagai etnik ini sebagai rempah yang boleh memperkasakan negara Malaysia itu sendiri.

Allah SWT menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam Surah al Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

Selamat Hari Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia.


YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS Malaysia


16 September 2010 | 7 Syawal 1431 Hijriah
posted by Abu Mus'ab @ 12:39 PTG   0 comments
PERUTUSAN EIDULFITRI 1431H OLEH PRESIDEN PAS
Khamis, September 09, 2010

Assalamu'alaikum.

Selamat menyambut hari raya Eidilfitri. Hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan.

Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban.

Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT.

Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab.

Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT.

Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Eidul Fitri.

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)
posted by Abu Mus'ab @ 8:52 PG   0 comments
PERUTUSAN ILMAM SEMPENA EIDULFITRI 1431 H
Rabu, September 08, 2010

Assalamulaikum Wa Rahahmatullahi Wabaarakaatuh

Saya, selaku Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM), mewakili seluruh saf kepimpinan ILMAM Pusat, ingin mengucapkan Salam EidulFitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada semua sahabat lepasan mahasiswa Mesir samada muslimin dan muslimat, yang baru dan yang lama, yang tua dan yang muda dan semua muslimin dan muslimat yang mengikuti perkembangan ILMAM ini.

EidulFitri, hari yang dinantikan oleh semua muslimin dan muslimat yang telah bertungkus lumus berjihad dalam Ramadhan yang lalu. Jadi, kita selaku mereka yang memiliki pengiktirafan dunia dalam ilmu agama yang terbaik, mesti menjadikan hari raya ini sebagai peluang untuk kita membuka lembaran yang baru dalam diari kehidupan kita seharian.

Dengan tidak dipengaruhi oleh segala bentuk anasir yang boleh membantutkan kerja-kerja dakwah Islam di tempat kita berada di sini, marilah kita sama-sama mengisi lembaran baru tersebut dengan kerja-kerja yang mendatangkan manfaat yang besar, terutama terhadap kumpulan Islam yang ingin mendaulatkan Islam dan melaksanakan pemerintahan mengikut cara Islam yang berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias.

Marilah, kita sama-sama, selaku di antara mereka yang memiliki nama yang masyhur, dan menjadi harapan besar, yang berstatuskan `Graduate From Mesir’ di mata masyarakat setempat, bergerak, mendidik, membimbing, dan bermasyarakat di atas satu platform utama, platform Islam, yang berdasarkan kepada pegangan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias, yang bermatlamatkan sepertimana matlamat perjuangan Nabi Muhammad saw, dengan mengenepikan platform-platform lain yang mencacatkan perjuangan Islam yang pernah diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw. Kebersamaan kita dalam platform tersebut merupakan kewajipan, bukanlah perkara yang sunat.

Akhirnya, saya mendoakan kepada sahabat-sahabat sekalian, agar dikurniakan kehidupan yang berkat dan selamat samada di dunia dan akhirat dengan keberkatan rezeki yang paling mahal di sisi Allah taala, iaitulah kekalnya nikmat Islam dan Iman.

Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zukapeli,
Presiden,
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM).
posted by Abu Mus'ab @ 12:01 PTG   0 comments
TANDA TAQWA; MENOLAK SEGALA JALAN MUSUH ALLAH
Selasa, September 07, 2010

Taqwa Menuntut Hamba-Nya Berada Di Jalan-Nya

Lama sudah tidak menekan butang keyboard di ruangan ini. Pancaindera hanya memerhatikan situasi dan keadaan yang telah berlaku dan sedang berlaku dan menantikan apakah episod yang seterusnya akan berlaku dalam kehidupan Malaysia hari ini. Bermula dengan episod 31 Ogos, iaitu perayaan hari Kemerdekaan yang 53 sehinggalah ke hari ini, malam yang ke-28 Ramadhan.

Jika diikutkan, banyak perkara hendak dibuat ulasan, suka berdasarkan kepada nas-nas al-Quran dan al-Hadis Nabi saw, yang sememangnya menjelaskan dan membenarkan segala apa yang berlaku hari ini telah dinyatakan dalam nas-nas tersebut. Inilah yang dinamakan Mukjizat, kehebatan dan keangungan Allah taala dalam mentadbir segala urusan ciptaan-Nya, sekecil-kecil ciptaan sehinggalah sebesar-besar ciptaan-Nya. Dia amat mengetahui akan kelemahan ciptaan-Nya terutama ciptaan yang bernama 'Manusia' yang sememangnya diciptakan dalam keadaan lemah dan bermasalah. Maka didatangkan oleh-Nya, panduan dan penyelarasan yang tiada tandingannya, tiada lawannya, yang melawannya pasti akan kecundang dan menempah bahaya dan bahana yang besar dalam kehidupannya.

Telah saya katakan sebelum ini, Ramadhan menuntut kepada manusia akan menjauhkan diri daripada segala unsur syirik, dan kufur terhadap Allah taala. Bahkan, Ramadhan juga menuntut agar manusia yang beriman berlepas diri dari unsur-unsur yang membawa kepada 'Perpecahan' dan 'Berpuak-puakan'. Tidak guna berpuasa apabila segala unsur yang menyebabkan berlakunya perkara di atas dipraktikkan dan digalakkan dan tidak diambil tindakan yang sewajarnya. Pernah Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar, dan berapa ramai orang yang mendirikan solat malam, tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dengan demikian, suka saya pertegaskan, selagi fahaman atau idealogi yang bercanggah dengan syariat Islam, seumpama fahaman Sekular, fahaman Liberal, fahaman Kebangsaan (Nasionalis), fahaman Kapitalis, yang ke semua fahaman ini adalah tercetus daripada musuh utama Islam iaitu Yahudi dan Amerika masih ada di dalam pemikiran individu Muslim, maka selagi itulah, segala amalan kebaikan dan kebajikan, solat 5 waktu, puasa Ramadhan, Zakat, Haji dan amalan yang lain TIDAK DITERIMA oleh Allah taala.

Walaupun ada yang mengatakan, bahawa Allah taala lah yang akan memberi ganjaran dan balasan di atas setiap perilaku hamba-Nya. Ya betul ! Perlu ingat, di sana terdapat panduan yang telah dipertontonkan oleh Nabi Muhammad saw sebagai peringatan dan panduan lakar kepada manusia. Jangan pula kita menjadi di antara mereka yang berpendirian 'Anti Hadis'.

Fenomena yang masih tak hilang-hilang, bahkan semakin bertambah kritikal pada hari ini, adalah pertambahan penyakit-penyakit sosial dan bala bencana di kalangan pemimpin dan jua remaja lelaki dan perempuan masa kini. Juga turut dirasai oleh golongan dewasa yang berhati batu, bahkan keras daripada batu lagi. SELAGI MANA JIHAD DIKETEPIKAN, AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TIDAK DIJADIKAN DASAR RUJUKAN DALAM PEMERINTAHAN, HUKUM HUDUD DAN QISAS TIDAK DILAKSANAKAN, selagi itulah penyakit ini akan kekal, dan sememangnya akan bertambah. Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengatasinya dengan melalui pemikiran dan idea sosialis, dan cara pemikiran yang amat bodoh, hasil daripada didikan sekular barat jajahan Yahudi dan Amerika, maka diINGATkan, segala usaha dan idea tersebut hanyalah sia-sia dan menambahkan lagi kemurkaan Allah terhadap diri manusia yang jahil ini serta merebaknya bala Allah taala ini di bumi Malaysia ini.

Ini bertepatan dengan firman Allah taala di dalam Surah an-Nisa' ayat 59 yang bermaksud: "Sekiranya telah berlaku percanggahan dan permasalahan di dalam kehidupan kamu, maka hendaklah kamu kembali (merujuk) kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah), itupun jika sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat."

Di dalam surah al-Baqarah ayat 179 yang bermaksud: "Dan bagi kamu, ditetapkan hukum Qisas yang menjadi Jaminan Hidup bagi orang-orang yang memiliki ilmu pengetahuan (aqal yang waras), yang mudah-mudahan kamu bertaqwa kepada Allah."

Dalam surah Toha pula, ayat 124 yang bermaksud: "Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati Allah (tidak beramal dengan panduan Allah), maka dia akan mengalami kehidupan yang sempit (susah dan kacau bilau), dan dia akan dibangkitkan pada hari Qiamat dalam keadaan buta."

Ketika bersama-sama dengan para Sahabat, Nabi saw telah menggariskan satu garisan lurus seraya bersabda: "Inilah ialah Jalan Allah". Kemudian baginda saw menggariskan pula beberapa garisan kiri dan di kanan baginda, dan bersabda: "Ini pula adalah jalan-jalan (berbagai-bagai). Di setiap jalan ini ada syaitan yang mengajak manusia ke arahnya." (Hadis Riwayat al-Darami)

Justeru, hasil Ramadhan yang mustajab, status Taqwa diperolehi dan didapati serta dipraktikkan. Yang akhirnya Taqwa tersebut menuntut manusia yang beriman agar berada di jalan Allah taala yang diredhai-Nya dan dikehendaki-Nya. Agar Syurga yang diimpikan menjadi kenyataan, tempat rehat yang kekal abadi.
posted by Abu Mus'ab @ 1:25 PG   0 comments
KHUTBAH KHAS EIDUL FITRI 1431 H
Jumaat, September 03, 2010

Khutbah KHAS Eidul Fitri 1431 H : Tuan Guru Presiden PAS


...Hanya Allah taala yang menentukan pahalanya dan mencapai matlamat puasa dengan menjadi orang-orang yang bertaqwa dengan bukti menegakkan al-Quran menjadi petunjuk seluruh perjalanan hidup kita, dari dunia sehingga hari akhirat...


Sila KLIK Di Sini Untuk Dapatkan Khutbah KHAS ini.


SALAM EIDUL FITRI

KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAIR
posted by Abu Mus'ab @ 9:18 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER