:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
ULAMA' MUDA UMNO TAK BERANI TEGUR RM/ BN
Rabu, November 24, 2010

Ulama' Muda UMNO Tak Berani Tegur Bini Najib (BN)/ RM

Rosmah bini Najib buat perangai lagi. Tak sudah-sudah dengan kontreversi. Ini dah jadi macam Imelda Marcos. Najib seolah-olah tak boleh buat apa-apa!. Nanti rakyat Malaysia akan tambah meluat dan berbulu dengan BN (Bini Najib). Kalau Pak Lah jatuh dek kerana menantu. Najib akan tumbang dek menyibuknya bininya sendiri.

Baru aje reda dengan isu Festival Busana Muslim yang setaraf dengan busana jahiliyyah. Dengan Nama Muhammad Rasulullah terpampang di dada model yang mendedahkan aurat.

Kini timbul pula isu menyamakan taraf Hariraya Haji dengan pengorbanan nabi Ibrahim a.s dengan agama syirik rekaan manusia. Majlis Hi Tea anjuran BAKTI yang diketuai oleh isteri PM yang diadakan baru-baru ini.

Kalaulah Iklan Sinari Lebaran di TV3 yang disiarkan pada 2 September lalu. ditarik balik, antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal. Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.

Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, serta bantahan banyak pihak lalu TV3 bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Habis apabila kena dengan Bini Najib ini takde yang berani tegur ke? Takut hilang pangkat & jawatan ke? atau Umno sedang berdakwah secara hikmah.

Takkan takde penasihat agama? Mana dia Ulama muda Umno tu? Takkan dok diam aje. Takkan fatwa mufti Perak macam Tun Harrussani masih taknak dengar. Kalau Pas yang cakap memang tolak siang-siang dah, Ini bukan fatwa ulama Pas. Ni Tok Mufti lantikan kerajaan negeri Pasir Berdengung, Perak Darul Ridwan. Sekali lagi penulis tampalkan disini buat yang mata buta dan pekak badak pendokong Umno-BN.

Haram merayakan perayaan orang-orang kafir

Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun. Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Deepavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.

Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui Radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini. Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"


Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita – JMNPk

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm


Nak nasihat cara hikmah macamana lagi? Harap-harap Tok-tok mufti nasihat le atau sesiapa agamawan dalam Umno tolong bagitau kat bigmama ni. Kot-kot dia taktahu atau orang arab cakap jahil.Jangan sampai ia termasuk dalam perkara tanda-tanda kiamat pulak sebagaimana sabda Rasulullah Saw.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu-daya. Ketika itu golongan benar dikatakankan pembohong dan golongan pembohong dikatakan benar. Orang yang khianat dipercayai dan orang-orang yang benar dikhianati dan para ruwaibidhah akan menjadi jurucakapnya”. Sahabat bertanya: Siapa itu ruwaibidhah? Sabda Baginda: “Orang yang bodoh dalam urusan orang-ramai”

Ada jugak jenis manusia bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh diambil manfaat. Mereka rasa dia yang betul dan golongan ini apa peduli ke ayat al-Quran ke? Hadis ke? Ulama ke? Kuasa ada ditangan mereka . ISA le (Ikut Suka Aku). Dalam Islam ini sepsis jahil murakkab. Dia tak tahu pun bahawa dia jahil dan disangka apa yang dibuat itu adalah kebaikan semata meskipun tertegah syara’. Yang dipakai hanya akal semata. Yelahh. Islam moderate le katakann…

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Daripada Abdullah bin Amru al-‘As berkata: Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah Swt tidak mengambil ilmu dengan mencabutnya dari kalangan hambanya akan tetapi dicabutnya ilmu dengan mematikan ulama sehingga tiada lagi orang alim lalu orang memilih pemimpin dari kalangan orang jahil lalu ketika ditanya mereka member fatwa tanpa ilmu nescaya mereka sesat dan menyesatkan.

Nampaknya golongan Plural maupun Liberal atau gagasan 1 Malaysia Islam Moderate nampaknya terus menggasak umat Islam. Apalah malangnya umat Islam di Malaysia. Nak harapkan pemimpin, pemimpin pulak yang menjadi perosak agama....

Teruskan perjuangan semoga musibah daripada perjuanggan assobiyyah dan sekular moden ini dapat dihapuskan, insyaAllah.

Artikel Dipetik Dari : Blog Ust Saiful Bahri
posted by Abu Mus'ab @ 3:38 PTG   24 comments
UMNO MASIH LAGI TIDAK BOLEH MENERIMA HAL UMPATAN YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM
Selasa, November 23, 2010

Umpatan Yang Dibolehkan Dalam ISLAM

Bismillahirrahmanirrohim..

Ini adalah kerangka penjelasan buat kali kedua. Seringkali, saya mendengar ketidak puasan hati orang-orang Islam di Malaysia hari ini, terutama bagi mereka yang tidak aktif dan tidak mengikuti serta tidak mahu mempelajari kefardhuan yang lain, selain hal Solat, Puasa, Zakat dan Haji. Mereka merasakan bahawa Islam hanyalah setakat hal tadi sahaja. Bahkan ada yang menganggap bahawa Kefardhuan lain seperti Ekonomi, Pemerintahan, Kebajikan, Sosial, Pendidikan dan seumpamanya tidak ada kaitan dengan Islam.

Yang lebih malang, penyokong dan pendokong tegar UMNO APCO, menjadikan kefahaman ini adalah suatu perkara yang mesti dianuti dan dipegang sungguh-sungguh. Amat malang mereka ini. Ialah, saya menganggap mereka ini tidak berdosa sekiranya mereka benar-benar tidak tahu akan hakikat yang sebenarnya. Yang berdosa adalah pemerintah yang memerintah mereka, yang menjadikan mereka jahil, sesat dan berpaling dari ajaran Allah taala yang berpandukan kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.

Hari ini, kebanyakkan orang Islam tidak mengetahui akan hal yang berkait dengan Umpatan, Cacian, Makian, Hinaan, Aiban, Kutukan serta Laknatan yang DIBENARKAN oleh Islam. Terutama kepada penyokong dan pendokong tegar UMNO APCO. Kadang-kadang, ada juga golongan agamawan yang tidak mengetahui akan hal ini. Aib sungguh! Orang yang berpendidikan agama, tidak mengatahui akan hal ini. Mereka menyatakan bahawa: “Orang PAS suka sangat mengumpat, mengata ke orang, menyebut kejahatan orang lain. Kan mengumpat itu dosa besar.” Inilah antara fahaman yang telah merasuk dalam pemikiran orang UMNO ini. Kesan dari penjajahan pemikiran British, Amerika dan Yahudi laknatullah.

UMNO APCO hari ini telah menselewengkan kehendak sebenar ayat Allah taala di dalam Surah al-Hujurat ayat 11 dan 12. Walaupun dalam ayat tersebut, Allah taala menegah hamba-Nya mengumpat, mengaibkan, mencela, dan menghina orang lain, sesungguhnya Nabi Muhammad saw telah mentafsirkan ayat tersebut dengan apa yang akan saya nukilkan di bawah nanti, dengan Nabi saw mengecualikan iaitu membolehkannya dengan berdasarkan 6 keadaan yang tertentu.

Jika kita meneliti akan ayat 148 Surah an-Nisa’, Allah taala menyatakan dengan firman-Nya yang bermaksud: “Allah tidak menyukai Ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi atau dianiayai. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Sebutlah kejahatan orang yang jahat, agar orang lain berjaga-jaga dengannya dan tidak terikut-ikut dengan pegangan dan fahamannya itu.”

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwasanya ada sesorang lelaki meminta izin kepada Nabi s.a.w untuk menemuinya, lalu beliau s.a.w bersabda untuk menemuinya, lalu beliau s.a.w bersabda – kepada sahabat-sahabat: "Izinkanlah ia, ia adalah seburuk-buruknya orang dari seluruh keluarganya.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Hindun yaitu isterinya Abu Sufyan berkata kepada Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Abu Sufyan itu seorang lelaki yang kikir, ia tidak memberikan nafkah yang dapat mencukupi kehendakku serta untuk keperluan anakku, melainkan dengan cara saya mengambil sesuatu daripadanya, sedang ia tidak mengetahuinya. "Beliau s.a.w. lalu bersabda:" Ambil sajalah yang sekiranya dapat mencukupi kehendakmu dan untuk kepentingan anakmu dengan baik-baik - yakni jangan berlebih-lebihan." (Muttafaq 'alaih)

Imam Jamaluddin al-Afghani pernah menyebut bahawa: “Menyebut keburukan orang lain iaitu mengumpat terhadap orang yang BERIMAN adalah BERDOSA BESAR, manakala menyebut keburukan tersebut terhadap orang yang membuat kefasiqan serta kezaliman adalah TIDAK BERDOSA.”

Di dalam kitab berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ menerangkan mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan di dalam kitab tersebut, diharuskan kepada enam golongan.

Ketahuilah bahawasanya mengumpat itu DIBOLEHKAN karena adanya tujuan yang dianggap benar menurut pandangan Syara' Agama Islam, yang tidak akan mungkin dapat sampai kepada tujuan tadi, melainkan dengan cara mengumpat itu. Enam keadaan itu adalah:

Pertama: Dalam mengajukan pengaduan PENZALIMAN, maka bolehlah seseorang yang merasa dirinya dizalimi apabila mengajukan pengaduan penganiayaan itu kepada sultan, hakim ataupun lain-lainnya dari golongan orang yang mempunyai jabatan atau kekuasaan untuk menolong orang yang dianiaya itu dari orang yang menganiayanya. Orang yang dianiaya tadi bolehlah mengucapkan: "Si Fulan itu menganiaya saya dengan cara demikian."

Kedua: Dalam meminta pertolongan untuk menghilangkan sesuatu kemungkaran dan mengembalikan orang yang melakukan kemaksiatan kepada jalan yang benar. Orang itu bolehlah mengucapkan kepada orang yang ia harapkan dapat menggunakan kekuasaannya untuk menghilangkan kemungkaran tadi: "Si Fulan itu mengerjakan demikian, maka itu cegahlah ia dari perbuatannya itu," atau Iain-Iain sebagainya. Maksudnya iaiah untuk dapat sampai guna kelenyapannya kemungkaran tadi. Jadi apabila tidak mempunyai maksud sedemikian, maka pengumpatan itu adalah haram hukumnya.

Ketiga: Dalam meminta fatwa - yakni penerangan keagamaan. Orang yang hendak meminta fatwa itu bolehlah mengucapkan kepada orang yang dapat memberi fatwa yakni mufti: "Saya dizalimi oleh ayahku atau saudaraku atau suamiku atau si Fulan dengan perbuatan demikian, adakah ia berhak berbuat sedemikian itu padaku? Dan bagaimana jalan untuk menyelamatkan diri dari kezalimannya itu? Bagaimana untuk memperoleh hak ku itu serta bagaimanakah caranya menolak kezalimannya itu?" dan sebagainya. Pengumpatan semacam ini adalah boleh karena adanya keperluan.

Tetapi yang lebih berhati-hati dan pula lebih utama ialah apabila ia mengucapkan: "Bagaimanakah pendapat anda mengenai seseorang atau manusia atau suami yang berkeadaan sedemikian ini?" Dengan begitu, maka tujuan meminta fatwanya dapat dihasilkan tanpa menentukan atau menyebutkan nama seseorang. Sekalipun demikian, menentukan yakni menyebutkan nama seseorang itu dalam hal ini adalah boleh atau jaiz.

Keempat: Dalam hal menakut-nakuti kaum Muslimin dari sesuatu kejelekan atau kemungkaran serta menasihati mereka - jangan terjerumus dalam kesesatan karenanya. Yang sedemikian dapat diambil dari beberapa sudut. Di antaranya ialah memburukkan kepada para perawi Hadis yang memang buruk ataupun para saksi - dalam sesuatu perkara. Hal ini boleh dilakukan dengan berdasarkan ijma'nya seluruh kaum Muslimin, tetapi bahkan WAJIB karena adanya kepentingan.

Kelima: Di antaranya lagi ialah di waktu bermusyawarah untuk mengambil seseorang sebagai menantu, atau hendak berserikat dagang dengannya, atau akan menitipkan sesuatu padanya ataupun hendak bermuamalat dalam perdagangan dan lain-lain sebagainya, ataupun hendak mengambil seseorang sebagai jiran. Orang yang dimintai musyawarahnya itu wajib tidak menyembunyikan hal keadaan orang yang ditanyakan oleh orang yang meminta pertimbangan tadi, tetapi bolehlah ia menyebutkan beberapa cela yang benar-benar ada dalam dirinya orang yang ditanyakan itu dengan tujuan dan niat untuk menasihati dan berhati-hati.

Keenam: Di antaranya lagi ialah apabila seseorang melihat seorang ahli agama iaitu yang pandai dalam selok-belok keagamaan-yang mundar-mandir ke tempat orang yang ahli kebid'ahan atau orang fasik yang mengambil ilmu pengetahuan dari orang ahli agama tadi dan dikhuatirkan kalau-kalau orang ahli agama itu terkena bencana dengan pergaulannya bersama kedua macam orang tersebut di atas. Maka orang yang melihatnya itu bolehlah menasihatinya - yakni orang ahli agama itu - tentang hal-ehwal dari orang yang dihubungi itu, dengan syarat benar-benar berniat untuk menasihati.

Persoalannya hari ini! Adakah pemimpin UMNO APCO yang sedia maklum bahawa mereka adalah pemimpin yang zalim, yang menentang Islam, yang menolak hokum hakam Allah taala, yang tidak melaksanakan hukum Jenayah yang telah Allah taala syariatkan, yang menghalalkan riba, yang menghalalkan judi, yang menggalakkan penzinaan, yang merampas hak rakyat, yang membiarkan rakyat dalam keadaan kemiskinan, dan kejahilan dalam agama, yang merobohkan masjid dan surau, yang menyekat para pendakwah dalam menyebarkan kebenaran, yang mengugut dan mengancam dengan kekerasan penyebar kebenaran, yang menyebabkan remaja membuang anak kesan dari zina yang telah dilakukan, yang membiarkan serta menggalakkan samada isteri mereka atau wanita lain tidak menutup aurat dan mendedahkan aurat mereka kepada lelaki yang bukan mahramnya, ADAKAH MEREKA INI ADALAH ORANG YANG BERIMAN ???
posted by Abu Mus'ab @ 8:04 PG   0 comments
BALA MENIMPA SEBAB PEMERINTAH TOLAK HUKUM ALLAH
Isnin, November 15, 2010

Bala Menimpa Disebabkan Pemerintah Menolak Hukum Allah

Melihat kepada pelbagai bentuk amaran dan penjelasan yang melibatkan pengamatan dan penglihatan, yang berlaku di sekitar negara kita, di sekeliling kita, rasanya dah memadai untuk kita mengfungsikan system pancaindera kita, bermula daripada aqal fikiran, kedua mata, telinga, sehinggalah ke bahagian kaki. Berfungsinya ke arah penilaian yang sesuai dengan kehendak acuan Allah taala.

Hari ini, keadaan gempa bumi, letupan Gunung Merapi yang mengeluarkan kepulan asap yang mengakibatkan beribu nyawa yang terkorban, termasuk manusia dan haiwan ternakan. Turut melanda, pelbagai jenis taufan, yang disusuli dengan banjir besar, samada banjir lumpur atau seumpamanya, yang terkini, bagaimana kelihatan ribut salji yang turun melanda menimpa manusia, dan pelbagai fenomena alam, kononnya, sepertimana tanggapan orang yang tiada Iman.

Hakikatnya, semua fenomena ini merupakan Bala Bencana yang diturunkan oleh Allah taala di atas sebarang bentuk kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, dan kezaliman tangan-tangan manusia, samada yang bergelar Islam atau tidak Islam, samada rakyat atau pemimpin, samada orang yang tahu dalam hal agama ataupun jahil dalam hal agama. Semua kategori ini, antara penyebab kepada berlakunya segala permasalahan, kehuru-haraan, serta bala bencana yang kian menimpa manusia hari ini.

Benarlah firman Allah taala di dalam Surah ar-Ruum, ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Ini kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Renungilah sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud: "Dari Abdullah bin Umar r.a berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami dan berkata: "Wahai kalangan Muhajirin, 5 perkara (golongan), kamu akan binasa jika kamu dibalakan dengannya dan aku berlindung daripada ianya berlaku ke atas kamu ; 1- Tidaklah zahirnya perkara keji dalam sesuatu kaum itu sehinggakan mereka terang-terang melakukannya melainkan mereka akan ditimpa penyakit taun dan penyakit yang tidak pernah berlaku sebelum mereka. 2- Tidaklah mereka mengurangkan timbangan dan ukuran melainkan mereka akan dibalakan dengan tahun-tahun kebuluran dan kepayahan serta kezaliman pemerintahan ke atas mereka. 3- Tidaklah juga mereka menahan dari membayar zakat harta mereka melainkan mereka akan ditahan dari menerima hujan dari langit yang mana kalaulah tidak kerana binatang-binatang ternakan, nescaya akan terus tidak diturunkan hujan. 4- Tidaklah mereka membatalkan perjanjian (amanah) dengan Allah taala dan RasulNya melainkan Allah akan menjadikan musuh mereka berkuasa ke atas mereka lalu mereka akan merampas apa yang sebelumnya berada dalam tangan mereka. 5- Dan juga tidaklah pemimpin mereka menghukum dengan bukan kitab Allah (al-Quran) dan memilih-milih apa yang diturunkan Allah melainkan Allah akan menjadikan berlakunya penindasan antara sesama mereka sendiri".

Sememangnya apa yang dilontarkan oleh Allah taala dan utusan-Nya, Rasulullah saw adalah suatu perkara yang benar dan betul. Setiap manusia yang beriman, semestinya meyakini dan mempercayai segala apa yang telah ditentukan oleh Allah taala dan utusan-Nya. Tidak boleh memandai-mandai. Tidak boleh sembunyikan kebenaran. Tidak ada perasaan syak dan ragu-ragu terhadap kebenaran segala ketetapan Allah dan utusan-Nya.

Firman Allah taala di dalam Surah al-Hujurat, ayat 15 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Dengan turunnya, bala bencana daripada Allah taala, sepatutnya pemerintah yang memerintah, apatah lagi pemerintah yang menganut agama Islam, memerintah dengan beracuankan Islam. Memerintah dengan berhukum dengan hukuman Allah taala. Tidak ada hujjah di kalangan para penganut Islam, kerajaan tidak bertanggungjawab di atas segala musibah yang berlaku hari ini dan kerajaan tidak sepatutnya mengambil peranan untuk menegur dan menasihati serta mendidik orang-orang Islam hari ini, agar berperangai sebagai orang Islam yang sejati. Ini adalah pemahaman yang bercanggah dengan ketentuan Allah taala terhadap sesebuah pemerintahan.

Firman Allah taala di dalam Surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Alangkah malang dan jahil pemikiran orang Islam hari ini yang telah disempitkan dengan pemahaman, ibu bapaklah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja-remaja samada lelaki dan perempuan pada hari ini. Pemahaman yang nyata bercanggah dengan ayat Allah di atas, dan ia merupakan pemahaman yang sesat lagi menyesatkan orang lain.

Mudah-mudahan, dengan beberapa peringatan dan panduan serta ancaman dari Allah taala dan Rasulullah saw di atas menjadikan kita di kalangan hamba-Nya yang selepas ini, terlebih takut terhadap azab Allah samada azab dunia apatahlagi azab akhirat kelak. Menjadikan kita hamba-Nya yang boleh menginsafi dan memperlakukan aqal fikiran dengan sewarasnya dengan terjadinya pelbagai bala bencana di sekeliling kita, yang menandakan Allah taala amat menyayangi kita, agar kita berubah dan insaf, dan sanggup ketepikan keeogoan dan urusan keduniaan semata-mata. Sikap berlapang dada menerima kebenaran, adalah tingkatan yang paling rendah dalam ukhuwah fi sabilillah..

Hidup di dunia hanya sekali..Hidup kali kedua di akhirat kelak…
posted by Abu Mus'ab @ 10:24 PG   0 comments
KHUTBAH KHAS EIDUL ADHA 1431
Khamis, November 11, 2010

Khutbah KHAS Eidul Adha 1431 H : Tuan Guru Presiden PAS

...Menderhakai Allah dan Rasulullah saw itu bukan sahaja apabila meninggalkan ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji. Termasuk juga dalam perkara maksiat besar menderhakai Allah dan Rasul apabila memakan makanan yang haram, hasil kerja yang haram, memakai pakaian yang tidak menutup aurat, tidak memberi nafkah yang wajib dan juga tidak bermuamalat dalam urusan perniagaan dan sebagainya. Tidak terkecuali, begitu juga mentadbir dan memerintah negara dengan tidak mengikut hukum Allah dan Rasul-Nya saw...


Khutbah KHAS ini dalam bentuk PDF, Sila KLIK Di Sini.

atau

Khutbah KHAS ini dalam bentuk PDF, Sila KLIK Di Sini.


SALAM EIDUL ADHA

KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAIR
posted by Abu Mus'ab @ 2:10 PTG   0 comments
AQIDAH, FEQAH DAN TASAWWUF
Ahad, November 07, 2010

Antara Ahli Feqah dengan Ahli Tasawwuf

Apa yang saya nak coretkan secara fokus adalah isu zikir yang hari ini semakin berleluasa. Memang benar apa yang Allah katakan, bahawa zikir kepada Allah taala dapat menenangkan hati. Sebab tu la, bagi orang yang Islam yang Beriman, wajib meletakkan cara untuk menghilangkan tekanan mental dan jiwa adalah dengan cara mengingati Allah taala.

Sedia maklum, hari ini, ramai manusia yang tertekan jiwa dan mentalnya. Sebab utama adalah selepas beberapa siri kenaikan harga minyak yang semakin hari semakin naik, tidak turun-turun, menyebabkan barang kegunaan harian semakin meningkat dan mahal harganya. Semua orang tahu dan menanggung hal ini. Cuma puak menteri-menteri saja tak merasa hal ini. Sebab mereka tak membeli dengan duit sendiri. Mereka ada peruntukkan khas, samada minyak, rumah, dan seumpamanya.

Maka lahirlah golongan-golongan yang menekankan kepentingan menjaga hati dan jiwa. Tak salah hal ini. Tetapi perlu diingatkan, kewajipan dan kefahaman suasana semasa mesti diambil kira. Soal keutamaan dan perkara yang mesti didahulukan. Sesungguhnya Nabi Muhammad saw telah mengajar para Sahabat r.anhum dengan pelbagai cabang ilmu. Bermula ilmu aqidah sehinggalah ilmu bagaimana hendak memerintah negara mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Allah taala. Nabi saw dan para sahabat r.anhum tidak sekali-kali meninggalkan perkara yang terutama. Di sini boleh saya katakan, terdapat golongan yang mementingkan Tasawwuf, dengan tidak menggabungkan sekali soal kefahaman Feqah Semasa.

Ada juga golongan hari ini, yang mengutamakan hal feqah, tetapi mereka tidak meletakkan ilmu tasawwuf dalam diri mereka. Dengan kata lain, mereka menolak jalan-jalan yang menuju ke arah pemantapan iman, iaitu keyakinan dan kepercayaan terhadap Allah taala. Mereka membuat keputusan hari ini berdasarkan kepada keadaan semasa semata-mata. Sehingga sanggup ketepikan soal haram dan halal. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan. Ingat, Matlamat tidak sekali-kali tidak menghalalkan cara.

Sebab itulah, Imam Malik rahimahullah taala telah menyebut dalam satu tafsiran dalam muqaddimah kitabnya yang berkait dengan tasawwuf, beliau ada menyebut:

من تفقه ولم تصوف فقد تفجر ومن تصوف ولم تفقه فقد تزنق ومن جمعهما فقد تحقق

Yang bermaksud: Barangsiapa yang belajar ilmu feqah dan dia tidak mahu belajar ilmu tasawwuf, maka dia orang yang fasiq. Dan orang yang belajar ilmu tasawwuf, dan dia tidak mahu belajar ilmu feqah, maka dia orang yang tidak ada Tuhan, iaitu Kufur. Dan barangsiapa yang belajar kedua-duanya, maka dia adalah orang yang benar.

Seorang Ulama' pernah menyebut bahawa: "Aqidah merupakan Akar, Ilmu Feqah adalah Batang dan Dahan, sedangkan ilmu Tasawwuf adalah Buah. Ketiga-tiga ilmu ini mesti disekalikan."

Jika kita menggunakan aqal kita dengan secara waras dan baik, jelas apa yang diperkatakan oleh Imam Malik tadi adalah benar. Pada hemat saya, seseorang yang hanya berpegang dengan ilmu Feqah dia tanpa dia sekalikan dengan ilmu Tasawwuf, yang pasti akan mendatangkan kecelaruan di dalam pemikirannya dan akhirnya, kehidupannya akan pincang dan susah. Tasawwuf mengajar manusia agar meletakkan pergantunggan yang tinggi terhadap Allah taala. Dengan gabungan Aqidah yang berpegang kuat dengan Tali Allah taala, maka segala keresahan dan kerungsingan akan terlerai, insyaAllah.

Perlu diingatkan, yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. Diantara kedua-duanya adalah hal yang Syubhah. Barangsiapa yang menjauhi yang Syubhah, maka Allah taala akan menjaga kehormatan dirinya dan menjaga agamanya, iaitu keyakinan dan kepercayaannya. Seseorang itu, hanya boleh melakukan yang haram disebabkan hal Mudarat yang melibatkan nyawa, samada nyawa sendiri, atau nyawa ahli keluarga. Selain sebab ini, Islam tidak membenarkan sama sekali.

Tetapi hari ini, kita melihat ramai manusia yang hidup dalam keadaan dirinya melakukan kejahatan dan dosa. Betullah apa yang pernah Nabi saw sabdakan yang bermaksud yang diriwayatkan oleh al-Dailami dari Anas dari Jabir: "Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tiada akan mampu untuk mendapatkan penghidupan dalam kalangan mereka melainkan dengan cara melakukan maksiat."

Sebab itu, Islam mementingkan ketiga-tiga Ilmu ini. Aqidah, Feqah dan Tasawwuf. Jika kita meneliti dalam perbahasan tentang agama sekalipun, Agama Allah ini dibina atas 3 asas, Iman, Islam dan Akhlak. Keyakinan dan kepercayaan kepada Kebesaran dan Penyayangnya Allah taala, akan menjauhkan seseorang itu daripada terjebak ke kancah hal yang haram dan syubhah. Melihat kepada sejauh mana pegangan dan keyakinan seseorang itu serta kesungguhan untuk menjauhkan diri daripada hal yang haram dan syubhah itu, Allah taala Maha Penyayang. Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang berpegang teguh terhadap ajaran-Nya. Allah taala akan memudahkan dan melepaskan kesempitan dan kedukaan yang dihadapi oleh hamba-Nya apabila berdepan dengan hal yang haram dan syubhah ini.

Bagi mereka yang mementingkan ilmu tasawwuf, bila diingat tadi, Nabi saw mendidik para sahabat r.anhum bermula dengan penekanan soal Aqidah sehinggalah kepada kewajipan menegakkan Negara Islam yang bersumber pemerintahan kepada al-Quran. Jadi, tidak timbul keadaan seseorang yang beralasan hanya kerana ingin menjaga hati, maka urusan amar ma'ruf dan nahi munkar diserahkan kepada orang lain. Di sinilah, memerlukan kepada pemahaman tentang Feqah Keutamaan. Di mana keutamaan?

Soal Hati? Bersih atau tak bersih, tidak semestinya dengan hanya mengkelumat-kelamitkan zikrullah semata-mata. Sesungguhnya hati dapat dibersihkan dengan amar ma'ruf dan nahi munkar. Bahkan jika kita memerhati di dalam al-Quran, perihal ayat berkenaan amar ma'ruf dan nahi munkar, bilangan ayat tersebut cukup banyak.

Di sini menggambarkan bahawa keutamaan hari ini, kerana hendak menegakkan Negara Islam, jalan-jalan ke arahnya adalah hukumnya Wajib. Sedia maklum, untuk menegakkan Negara Islam, memestikan ada kuasa untuk mendapatkannya. Malaysia hari ini, menetapkan melalui Pilihanraya, adalah satu-satunya cara untuk menguasai kerajaan. Di sana, mesti ada pertandingan yang melibatkan parti-parti yang berdaftar secara rasmi. Untuk memastikan parti Islam menang, maka kaedah Membuang Undi adalah Wajib. Begitulah seterusnya, segala kerja-kerja ke arah itu semua adalah wajib.

Jadi, kesimpulannya, Ilmu Aqidah, Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawwuf MESTI disekalikan. Ingat! Hanya orang yang penuh keyakinan dan kepercayaan terhadap Kebesaran dan Ketetapan Allah serta mereka yang sanggup pertahankan yang hak tetap hak, yang batil tetap batil sahaja, akan Allah taala memelihara kehidupan dirinya, ahli keluarganya dan segala yang berkaitan dengan kehidupan samada di dunia dan akhirat.

Ingat! Keberkatan dan Kerahmatan yang dicari... Pengalaman dan Kemanisan Perjuangan Islam , kesan dari Benarnya apa yang dikatakan oleh Allah taala dan Nabi Muhammad saw telah membuktikannya..
posted by Abu Mus'ab @ 4:48 PTG   24 comments
UMNO PUNCA UTAMA MELAYU DIHINA
Rabu, November 03, 2010

Umno Yang Menyebabkan Melayu Dihina

Parti Islam SeMalaysia PAS, cuba memberi jawapan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden Umno, yang sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri. Beliau cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya, berada di dalam suasana yang terancam, dengan ini orang melayu akan menyalahkan Pas dan Pakatan Rakyat.

Ini adalah teknik lama Umno untuk memulihkan tenaga Umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia”. Hakikatnya Umnolah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin Umno, yang mengutamakan Umno putera, menyebabkan Melayu merempat diri sendiri.

Modal lapok mereka ialah bagaimana Melayu Pulau Pinang yang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah. Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umno lah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang.

Zahid cuba hendak menyalahkan bahawa Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri.

Selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. Bayak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin yang mengkhianati amanah ini maka akhirnya semuanya gagal. Pemimpin Umno kena merasa malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri.

Manakah pergi nilai saham khas bumiputera RM54 bilion?. RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Ke manakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar. Rumusannya Umno tidak layak untuk menjaga hak orang melayu, ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing. Sudah sampailah masanya Umno berundur dan orang Melayu pula marilah menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
posted by Abu Mus'ab @ 11:03 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER