:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

GURU YANG BERIMAN, TIDAK AKAN BERSAMA DENGAN UMNO
Jumaat, Mei 20, 2011

Guru Yang Beriman, Pemangkin Kekuatan Islam

Rasanya, belum terlewat lagi untuk ana ucapkan Selamat Hari Guru, kepada semua pengajar, pendidik dan pembimbing samada pelajar maupun masyarakat setempat. Mudah-mudahan dengan kurnian Allah taala akan ilmu yang diberikan, mampu menguatkan dan menginsafkan diri serta memangkinkan pemikiran serta pelaksanaan ke arah pembentukkan negara Islam yang sebenarnya, bukannya retorik dan hipokrit sepertimana yang berlaku di negara kita ini, Malaysia..

Saya suka menegaskan bahawa peranan guru bukan setakat mengajar sahaja. Dia mestilah menjadikan dirinya di antara mereka yang mendidik dan membimbing seterusnya menjadi suri teladan kepada anak didiknya. Pendek kata, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Kerana di sana, guru atau pendidik lah yang akan melahirkan keberkatan dan kerahmatan ke atas anak didiknya.

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Sesungguhnya Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:

1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.

2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.

3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

Perkara inilah yang Nabi Muhammad saw tekankan yang diajar oleh Allah taala melalui perantaraan malaikat-Nya Jibril alahissalam, dalam satu peristiwa yang disebut dalam satu hadis saw berkenaan tentang Apa dia Islam, Iman dan Ihsan. Guru atau pendidik sewajibnya menyatakan hal demikian.

Dari itu, marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan yang berkonsepkan pendidikan Islam, bukan pendidikan sekular yang diagendakan oleh Yahudi dan Amerika, semata-mata untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara di masa akan datang.

Sewajibnya ke atas guru atau pendidik, setelah sekian lama menceburkan diri dalam bidang pendidikan, meletakkan dirinya dalam martabat paling kurang Mursyid, adapun martabat Murabbi adalah yang terbaik.

Seorang guru atau pendidik, dengan ilmu yang dimilikinya, tidak sepatutnya dia berada dalam kumpulan yang menjadi tali barut utama Yahudi dan Amerika, kumpulan yang mengagendakan segala usaha Yahudi iaitu Riba, Zina, Arak, Judi dan hiburan yang melampaui batas yang mengakibatkan rosaknya akhlak remaja masa kini.

Tidak sepatutnya guru atau pendidikan bersama kumpulan yang tidak menjadikan al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama' dan Qias sebagai Sumber Utama Pemerintahan Negara yang meliputi semua aspek dan perkara dalam hal kehidupan.

Seorang guru atau pendidik yang beriman, sememangnya tidak akan menjual maruah agama dan kehormatan dirinya untuk semata-mata memiliki kedunian, pangkat darjat dan kebendaan yang tak seberapa ini di sisi Allah taala.
posted by Abu Mus'ab @ 11:45 PG  
1 Comments:
  • At 10:36 PTG, Blogger Unknown said…

    Coming Nike Air Max 2015 Shoes off a Super Bowl loss, the Carolina Panthers were about salary-cap discipline. General manager Dave Gettleman preached patience and measure. And when it came to making roster decisions – like letting All-Pro cornerback Josh Norman walk Nike Free Run away – everything was about the overall financial design. “You have to balance the needs of the team now with the needs of the team in cheap nfl jerseys a couple of years,” Gettleman told Yahoo Sports in June. “You have to plan. I’m very wholesale nfl jerseys methodical Nike Roshe Run and intentional about what I do [and] nfl jerseys store about the decisions we make. You have to be that NFL Jerseys way with the salary cap, because Nike Air Max 90 it’s going to cost you.”

     
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::