:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
DI MANA CIKGU MALA MENDAPAT KEKUATAN ?
Sabtu, Januari 29, 2011

Di Mana Cikgu Mala Dapat Kekuatan

"Pilihan raya adalah buah demokrasi yang dipaksakan ke atas kita. Dalam perjuangan yang mulia ini, kita harus mengharunginya dengan penuh kepayahan dan kesakitan. Kadang-kadang kita menjadi sesak nafas, lemas, kecewa dan putus asa apabila terpaksa berhadapan dengan kejahatan manusia-manusia yang kejam, tidak beriman dan tidak beraqidah dalam perlawanan ini.

Sama ada bersetuju atau tidak, suka atau tidak kita terpaksa mengheret kaki dalam meneruskan perjuangan demi mencari redha Allah, demi mencari syurga Allah yang hanya ditawarkan kepada Ansarullah sahaja.

Tenang menyaksikan satu lagi perlawanan yang tidak pernah berlaku adil kepada mana-mana perjuangan berfaham keadilan atau kebenaran.

Mereka yang memegang kekuasaan, dengan segala yang ada, terus menekan dan menekan pihak lawan yang sah dengan cara yang tidak sah dan sangat tidak manusiawi.

Segala senjata berat dan ringan dihamburkan tanpa ampun. Fitnah membabi buta, rasuah yang jijik, ugutan tanpa batas, perlecehan immoral dan penghinaan agama. Bererti penghinaan kepada tuhan iaitu Allah taala.

Maududi pernah mengungkapkan bahawa tujuan yang paling utama Islam menawarkan calonnya dalam perlawanan pilihanraya adalah untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dengan memberi peluang kepada ummah untuk memilih calon yang berjuang demi aqidah Islamnya.

Justeru seluruh ummah Islam di Tenang sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana seorang cikgu yang solehah sanggup berkorban untuk memenuhi tanggungjawab yang sangat berat ini.

Di manakah Cikgu Mala ini memperoleh kekuatan yang luar biasa ini. Kekuatan untuk menyahut cabaran yang sangat getir ini. Walhal, alangkah indahnya hidup sebagai suri rumah yang biasa di samping suami dan anak-anak tercinta.

Cikgu Mala. Anda adalah di antara pilihan Tuhan untuk menyelamatkan aqidah ummat di Tenang, malah di Malaysia. Fahamilah perkara ini dengan saksama.

Anda mengingatkan kita kepada Zainab al Ghazali.

Mengingatkan kita kepada pemerintahan empat orang ratu yang memerintah Acheh selama enam puluh tahun (1641-1699) yakni Ratu Safiatuddin, Ratu Naqiatuddin, Ratu Zakiatuddin dan Ratu Kamalat Shah.

Sedangkan ulama' terbilang saat itu tidak membantahnya, seperti Nuruddin Ar Raniri, Abd.Rauf Fansuri, Jalaluddin Althursani.

Ratu Hijau di Patani, Raziatuddin di kerajaan Mamluk India dan Shajaratuddin di Mesir.

Cikgu Mala. Terima kasih kerana mengambil amanah berat ini. Ingatlah pesan Dr. Hamka dalam Tafsir Azhar: "Allah tidak akan tanya menang atau kalah, tapi Allah akan tanya sama ada kita berjuang untuk Islam atau berjuang menentang Islam".

Wasalam.

Dipetik dari Harakah Daily
posted by Abu Mus'ab @ 12:43 PG   0 comments
AHLI AGAMA JANGAN BERSIKAP ULAR MAK !
Khamis, Januari 27, 2011

Makan, Minum, Guna Produk Yahudi Dapat Menipiskan IMAN

Resah hati dan jiwa saya apabila melihat situasi dan keadaan yang sedang melanda terhadap pelbagai lapisan masyarakat Islam di Malaysia ini. Di negara Islam, turut juga terasa, tetapi apakan daya. Yang mampu, cuba untuk perbaiki mentaliti atau fikrah masyarakat Islam di Malaysia ini. Ini amanah Allah taala kepada mereka yang memiliki ilmu agama, yang Allah taala telah anugerahkan ilmu pengetahuan agama yang sekali-kali tidak boleh dipesongkan dan diselewengkan, apatah lagi disembunyikan hakikat kebenaran dek kerana ingin menjaga RICE COOKER..

Janganlah mereka ini, termasuk mereka yang berstatuskan Hamalatul Quran berbuat demikian. Ingatlah..rezeki Allah taala ni luas seluasnya bagi hamba-Nya yang beriman. Takkanlah dengan 'meratib' dengan tasbih kayu koka beribu-ribu kali, menunaikan ibadat yang fardhu, yang kemuncaknya menunaikan ibadat haji di Baitullah, masih lagi takut dan gerun untuk menyatakan yang hak dan benar di depan pemerintah yang zalim? Jangan jadi seperti pendeta Kristian dan Yahudi yang terpaksa menyembunyikan kebenaran kerana ingin menjaga kedudukan pangkat jawatan serta kebendaan kedunian, lebih senangnya ingin menjaga 'RICE COOKER'...

Perkara pertama yang ingin saya kemukakan kali ini adalah berkenaan dengan akibat pemerintah atau pemimpin atau sesebuah pemerintahan Islam tidak mahu menegakkan undang-undang, peraturan-peraturan, serta hukum hakam Allah yang telah Allah tegaskan agar dilaksanakan dan ditunaikan. Janganlah kita selaku ahli agama, terutama Hamalatul Quran menyelewengkan hakikat yang sebenarnya akan hal kejadian ini. Memang jatuh hina di mata masyarakat akan gelagat ahli agama terutama Hamalatul Quran yang menyembunyikan kebenaran yang sebenarnya semata-mata ingin menjaga RICE COOKER..

Saya masih ingat, saya telah huraikan akan hal ini dalam beberapa penulisan yang lalu, rasanya ingin saya tegaskan dan peringatkan bahawa alangkah malang dan jahil pemikiran orang Islam hari ini yang telah disempitkan dengan pemahaman, dengan beranggapan ibu bapaklah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja-remaja samada lelaki dan perempuan pada hari ini. Pemahaman ini amat jelas dan nyata bercanggah dengan nas hukum syara', dan ia merupakan pemahaman yang sesat lagi menyesatkan orang lain. Untuk penjelasan selanjutnya, klik di sini.

Perkara yang kedua ingin saya cuba kongsikan adalah berkenaan dengan kaedah perubatan terkini bagi perempuan yang mengandung serta bayi yang baru dilahirkan sehinggalah bayi itu berusia setahun dan ke atas. Kerap kali saya ditekan oleh para doktor sekular yang ingin memberi suntikan terhadap anak saya yang baru dilahirkan. Saya bertegas, saya taknak anak saya disuntik dengan vaksin yang ada kaitan dengan najis Babi. Satu kes, bagaimana seorang muslimat yang sedang mengandung ditekan serta ditoce oleh sekumpulan jururawat sekular agar meneriman suntikan 'Kancing Gigi', yang telah terbukti mengandungi campuran yang haram. Akhirnya dia terselamat daripada mendapat suntikan tersebut.

Dalam Agama Islam, Allah taala telah menjelaskan bahawa Allah taala mengharamkan babi, mengharamkan arak, mengharamkan judi dan seumpamanya. Sila rujuk keterangan tafsir ayat 173 di dalam Surah al-Baqarah. Daripada Ummu Salamah r.anha bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan ubat penyembuh kamu di dalam sesuatu yang telah diharamkan ke atas kamu".

Dalam sebuah hadis lain diterangkan, manakala orang bertanya kepada Nabi Muhammad saw tentang arak untuk ubat, baginda menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Ia (arak) bukannya ubat, tetapi penyakit".

Nas-nas di atas adalah antara ayat penegasan Allah taala terhadap pengharaman segala apa perkara yang berkaitan dengan benda tersebut. Terutamanya babi, arak, judi dan seumpamanya. Akibatnya, kita sama-sama melihatkan kesannya yang cukup ketara hari ini. Pelbagai ragam manusia serta kanak-kanak dapat disaksikan melalui akhlak, penampilan, perwatakan serta fahaman mereka yang bercanggah dengan Kehendak Islam. Yang akhirnya, ramai di kalangan mereka tidak beriman kepada Allah taala.

Perkara yang ketiga dan terakhir adalah berkenaan dengan makanan, minuman, penggunaan barangan harian yang sememangnya merosakkan Iman, menipiskan Iman, melusuhkan Iman, melembapkan Iman, akhirnya menghancurkan Iman orang Islam. Saya telah memantulkan perkara ini di dalam penulisan saya yang lalu. Sila KLIK Di Sini.

Saya mahu bawa satu kalam Ulama berkenaan PENGHARAMAN barangan Yahudi dan Amerika berdasarkan nas hukum syara', iaitu berkata Dr Yusof al-Qardhawi: "Jihad untuk membebaskan tanahair Islam dari serangan dan penjajahan musuh Islam adalah suatu kemestian dan kewajipan suci agama. Ini berdasarkan dalil yang kukuh dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma` Ulama`. Kewajipan ini secara utamanya terbahu ke atas penduduk-penduduk yang menghuni tanah berkenaan, kemudian wajib di atas bahu umat Islam sekitarnya. Sekiranya mereka tidak mampu, maka kewajipan tersebut menjadi kewajipan umat Islam seluruh dunia. Antara bentuk pertolongan dan bantuan terhadap rakyat Palestin tersebut ialah memboikot secara total barang buatan Israil dan Amerika, kerana setiap ringgit atau dirham, dolar atau pound yang anda gunakan membeli barangan tersebut akan berubah menjadi peluru yang ditembakkan ke arah saudara-saudara dan anak-anak di Palestin".

Untuk penjelasan berkenaan BOIKOT menurut pandangan Islam, klik di sini.

Rasanya, cukup setakat di sini sahaja. Mudah-mudahan 3 perkara di atas menjadi antara perkara yang perlu kita sama-sama ambil berat dan titik pentingkan dalam kehidupan kita sekeluarga seharian. Kita sama-sama ingin kecapi kemenangan PAS di Malaysia amnya, dan Terengganu khususnya, tetapi Apakah Persedian Kita?
posted by Abu Mus'ab @ 10:33 PG   0 comments
SILENT PROTES : ANTARA MURKA @ REDHA ALLAH
Rabu, Januari 19, 2011

Silent Protes: Antara Murka @ Redha Allah

Dalam suasana ekonomi yang semakin menekan kehidupan rakyat pada hari ini, terutama kepada umat Islam, khas orang Melayu, menyatakan benarnya dan betulnya akan ancaman Allah taala, dan sabda Nabi Muhammad saw tentang akibatnya manusia yang meninggalkan ajaran Allah taala dan utusan-Nya Nabi Muhammad saw. Jika tidak meninggalkan pun, mengingkari ajaran tersebut. Jika tidak ingkar pun, menafikan ajaran tersebut dalam bentuk 'Silent Protes'.

Memandangkan ada di antara kita, ada yang bergelar 'Hamalatul Quran', maka semestinya tidak dapat tidak hendaklah menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai panduan dan pengiktibaran, yang berupa suruhan, galakan atau ancaman, khusus untuk kesejahteraan diri-sendiri, dan sememangnya inginkan keselamatan kepada ahli keluarga masing-masing, terutama isteri, isteri-isteri dan anak-anak. Mudah-mudahan kita tidak tergolong di kalangan mereka yang seperti Nabi Muhammad saw sabdakan yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang ahli al-Quran, yang pandai membaca al-Quran, tetapi dia dilaknat oleh al-Quran tersebut".

Teringat akan firman Allah taala di dalam Surah Toha, ayat akhir 123 yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengikut dan beramal dengan semua ajaran Allah taala, maka dia tidak akan sesat dan kehidupannya tidak akan susah dan sempit." Disusuli pula dengan ayat 124 yang memberi faham bahawa: "Barangsiapa yang berpaling, iaitu tidak mahu beramal dan yakin serta percaya terhadap ajaran Allah taala melalui utusan-Nya, Nabi Muhammad saw dengan keyakinan yang kuat, maka sesungguhnya dia akan ditimpa dengan kehidupan yang sukar, sempit dan susah."

Benarlah firman Allah taala di atas, itupun bagi Hamalatul Quran yang benar meyakini dan percaya serta memiliki daya Iman yang mantap. Apa tidaknya, hari ini, mereka yang telah mencari pasal dengan Allah taala, dengan mengingkari larangan-Nya, baik dalam hal kekeluargaan, bermasyarakat, nikah kahwin, soal pemerintahan Islam, soal hukum hudud dan qisas, soal keutamaan Jihad fi sabilillah, soal soal pertolongan (nusrah) Allah taala, mereka ini memang sedang mengalami ancaman Allah di atas. Jalan penyelesaiannya, mereka hendaklah merealisasikan ayat 123 dalam diri mereka, yang merangkumi semua aspek kehidupan. Tidak boleh sama sekali, mengambil sebahagian dan 'Silent Protes' terhadap sebahagian yang lainnya.

Suka saya nak mengajak 'Hamalatul Quran' dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, sama-sama kita menyelami dan mendasari akan firman Allah taala dalam surah at-Tolaq ayat 7 yang memberi maksud: "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan."

Inilah antara bentuk galakan dan penawar kepada mereka yang berada di dalam kesempitan hidup, terutama mereka yang mengalami masalah kewangan, dek kerana tekanan ekonomi yang semakin berat nanang (istilah orang Ganu). Apabila merasai diri dalam kesempitan rezeki, maka Allah taala mengisyaratkan agar hamba-Nya menginfaqkan apa yang dikurnikan akan nikmat oleh Allah taala. Ikut aqal manusia, orang yang di dalam kesusahan, biasanya tidak mungkin untuk memberikan nikmat yang secukup makan kepada orang lain. Tetapi Allah taala Maha Berkuasa dan Berkehendak.

Hamalatul Quran yang beriman akan bersedia dan patuh dengan arahan Allah taala tersebut. Kerana di penghujung ayat tersebut Allah taala, memberikan satu jaminan bahawa Allah akan menjadikan seseorang yang beriman yang keadaan hidupnya dahulu sempit diberi kelapangan dan kekayaan, dan sesudah susah diberi kesenangan. Ayat ini merupakan berita gembira kepada orang yang beriman terutama mereka yang fakir miskin bahawa pintu rezeki akan dibukakan kepada mereka. Kerana dunia tidaklah selamanya tetap dalam satu keadaan bahkan mengikut masa yang berubah-ubah, dia akan berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Setiap kesusahan, kemudian akan disusuli dengan kesenangan.

Dari sinilah, jika kita meneliti akan firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: "dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir samada dunia dan akhirat."

Ayat ini diturunkan ketika para Sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad saw tentang apa yang hendak diinfaqkan dan berapa kadarnya? Maka Allah taala telah menurunkan ayat sebagai jawapan terhadap pertanyaan itu. Yang memberi mafhum bahawa meminta kepada hamba-Nya yang beriman akan menguntukkan sebahagian hasil pendapatan mereka bagi diri mereka sekadar yang dihajati, dan yang selebihnya hendaklah diinfaqkan (disedekahkan).

Sekaligus memberi gambaran yang jelas oleh Allah taala, telah mengajar kita bagaimana caranya menguruskan harta benda kita. Allah taala mengharapkan mudah-mudahan hamba-Nya, khususnya Hamalatul Quran memikirkan urusan masing-masing dalam kehidupan dunia dan akhirat. Iaitu sebagaimana hartamu itu kita gunakan untuk kemaslahatan kita di dunia, maka yang selebihnya kita pergunakan untuk kepentingan kita di hari akhirat.

Akhirnya, suka saya menukilkan kata-kata Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang: "Kerja Utama adalah Kerja Jemaah, Adapun Kerja Dunia Yang Kita Kerjakan Pada Hari Ini Adalah WASILAH Untuk Kemaslahatan Kerja Utama." Dan berkata Tuan Guru Hj Harun Taib: "Kerjaya Itu Bukanlah Matlamat, akan tetapi Kerjaya Itu Hanyalah WASILAH Untuk Mencapai Matlamat."
posted by Abu Mus'ab @ 11:09 PG   2 comments
PAS GANTI UMNO
Jumaat, Januari 14, 2011
Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno


Muslimin dan Muslimat, Pendokong dan Penyokong Parti Islam Semalaysia (PAS), serta ahli-ahli Umno yang dah muak dan mual dengan kerenah dan ragam Pemimpin Umno dan Perjuangan Umno sendiri, Semua dijemput Hadir...
posted by Abu Mus'ab @ 11:02 PTG   0 comments
TAZKIRAH PRU: KEPIMPINAN DALAM ISLAM

Kepimpinan Dalam Islam

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُحَدِّثُ، فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ، فَكَرِهَ مَا قَالَ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ، حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ ‏"‏ أَيْنَ ـ أُرَاهُ ـ السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ ‏"‏‏.‏ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ ‏"‏‏.‏ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ ‏"‏ إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ ‏"‏‏.

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah, katanya: Ketika Nabi SAW berada dalam suatu majlis, berucap di hadapan orang ramai, tiba-tiba datang seorang badwi dan berkata: Bilakah akan berlaku qiamat? Nabi SAW. meneruskan ucapannya. Ada di antara orang ramai berkata: Nabi dengar pertanyaan itu, tapi Nabi tidak suka ungkapannya. Sebahagian yang lain berkata: Nabi tak dengar. Apabila selesai berucap, Nabi SAW. bertanya: Mana orang yang bertanya tentang kiamat? Badwi tadi menjawab: Saya, ya Rasulullah. Lalu Nabi SAW bersabda: Apabila amanah dipersiakan, maka tunggulah kiamat. Badwi tadi bertanya lagi: Bagaimana dipersiakan amanah? Lalu Nabi SAW menjawab: Apabila diserahkan urusan pentadbiran kepada orang yang bukan ahlinya (tidak beriman), maka tunggulah kiamat (kehancuran). (Riwayat Imam Bukhari)

Kepimpinan dikaitkan dengan amanah. Amanah pula dikaitkan dengan kiamat/kehancuran. Ini disebabkan kerana pemimpin memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran. Pemimpin yang beriman akan membawa rakyat ke jalan yang diredhai Allah SWT. Manakala pemimpin yang tidak beriman akan membawa manusia ke jalan yang sesat dan dimurkai Allah sw.t.

Oleh kerana pemimpin bertanggungjawab memandu manusia ke jalan Allah SWT beberapa sifat mahmudah perlu dimiliki. Antaranya,kita dapat lihat dalam beberapa ayat al-Quran:

Firman Allah taala yang bermaksud: "Dan kepada Luth, Kami anugerahkan hikmah dan ilmu." (Surah al-Anbiya': 74)

Firman Allah taala yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang gagah dan dapat dipercayai. (Surah al-Qasas: 26)

Firman Allah taala yang bermaksud: "Sesungguhnya pemimpin kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat serta tunduk patuh (kepada semua perintah Allah)" (Surah al-Maidah: 55)

Firman Allah taala yang bermaksud: "Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah di antara mereka." (Surah as-Syura:38)

Di samping itu, Nabi SAW juga menyebut dalam beberapa hadithnya:

عنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ رَسُولِ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ:"خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ، وَيُحِبُّونَكُمْ، وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ، وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ.

Maksudnya: Daripada ‘Auf bin Malik r.a. katanya: Saya dengar Nabi SAW. bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihi kamu, kamu berdoa untuk mereka dan mereka mendoakan kamu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, kamu kutuk mereka dan mereka kutuk kamu. (Hadis Riwayat Muslim)

"إِنَّ شَرَّ الرِّعَاءِ الْحُطَمَةُ، فَإِيَّاكَ أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ"

Maksudnya: Sesungguhnya sejahat-jahat pemimpin ialah mereka yang mengasari dan menzalimi rakyat tanpa kasihan belas. Ingat-ingatlah kamu, jangan termasuk di kalangan mereka. (Muttafaqun Alaih)

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ، إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِاالْجَنَّةَ

Maksudnya: Tiada seorang pun hamba Allah yang diberi kuasa mentadbir rakyat, lalu dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah mengharamkan syurga untuknya. (Muttafaqun Alaih)

مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِي أَمْرَ الْمُسْلِمِينَ، ثُمَّ لاَ يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْفح لهم، إِلاَّ لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمُ الْجَنَّةَ"

Maksudnya: Tiada seorang pun pemimpin yang mengendalikan urusan orang-orang Islam, lalu dia tidak bersungguh-sungguh menguruskan mereka dan tidak memberikan nasihat (agama) kepada mereka, melainkan dia tidak akan dapat masuk syurga bersama-sama mereka. (Muttafaqun Alaih)

Renungkanlah ayat-ayat Quran dan Hadith-hadith Nabi SAW di atas untuk menyedarkan kita betapa pentingnya kepimpinan dalam meneruskan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi. Islam menggariskan panduan untuk kita supaya kepimpinan mesti berada di tangan orang yang beriman yang akan mendaulatkan Islam dalam semua urusan kehidupan.

Panduan daripada Quran dan Hadith itu perlu kita terjemahkan dalam kehidupan kita agar kita dipimpin oleh golongan yang beriman. Jadi, alangkah ruginya manusia yang membiarkan urusan kepimpinan berada di tangan mereka yang tidak berapa yakin dengan Islam. Akhirnya corak pentadbiran lari dari landasan Islam yang pastinya mengundang padah dan kita juga akan menerima dosa kerana membiarkan kerosakan di muka bumi ini.

Untuk perbandingan, lihatlah hadith Nabi SAW.:

إِذَا كَانَتْ أُمَرَاؤُكُمْ خِيارُكُم وَأَغْنِيَاؤُكُم سُمْحَاءَكُم وأُمُوْرَكُم شُورَى بَيْنَكُم فَظَهْرُ الأرضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ بَطْنِهَا وَإِذَا كَانَتْ أُمَرَاؤُكُم شِرَارَكُم وأَغْنِيَاؤُكُم بُخَلاَءَكُم وأُمُوْرَكُم إلى نِسَائِكُمْ فَبَطْنُ الأرضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ ظَهْرِهَا

Maksudnya: Apabila pemimpin kamu terdiri daripada orang yang terbaik di kalangan kamu, jutawan kamu adalah orang yang paling dermawan, urusan kamu diputuskan dalam musyawarah kamu, maka belakang bumi (hidup) lebih baik bagi kamu daripada perutnya (mati). Dan apabila pemimpin kamu adalah orang yang jahat di kalangan kamu, jutawan kamu adalah manusia yang paling bakhil dan urusan kamu diserahkan kepada wanita, maka perut bumi (mati) adalah lebih baik bagi kamu daripada belakangnya (hidup). (Hadis Riwayat at-Termizi)

Itulah nilai kepimpinan dalam Islam. Kepimpinan akan menerajui segala urusan pentadbiran dan akan merancang semua peraturan serta undang-undang untuk dipatuhi oleh semua rakyat. Pemimpin yang beriman akan memandu rakyat ke arah yang diredhai Allah SWT . Sebaliknya pemimpin yang tidak beriman akan terus berusaha memesongkan rakyat jelata dari Islam dengan sangkaannya bahawa dialah yang terbaik.

Oleh itu marilah kita corakkan bentuk kepimpinan negara supaya kita juga mendapat habuan dan ganjaran daripada Allah SWT pada hari akhirat nanti. Kita tidak boleh menyerahkan urusan kepimpinan ini kepada orang yang tidak memahami Islam ataupun orang yang tidak minat dengan Islam. Kegagalan kita bertindak atau kecuaian kita menguruskan perkara ini meletakkan kita di kandang salah yang akan mendapat seksaan Allah s.w.t pada hari akhirat kelak.

Marilah kita sama-sama berusaha supaya kepimpinan negara kita akan berada di tangan insan yang beriman. Usaha ini perlulah berterusan dan berkekalan kerana musuh-musuh Allah SWT tidak pernah jemu untuk memerangkap orang Islam, khususnya mereka yang bertungkus lumus berusaha mendaulatkan Islam.

Ambillah pengajaran daripada sirah Rasulullah SAW yang terpaksa berjuang mati-matian hanya untuk mendaulatkan Islam. Kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan corak kepimpinan negara pada masa depan. Gunakanlah kesempatan ini untuk menjadikan negara kita 'Baldaton Taiyyibah wa Rabbon Ghafur'.
posted by Abu Mus'ab @ 10:30 PTG   1 comments
IJTIMA' ULAMA' DAN AL-MALA' KAWASAN DUNGUN
Khamis, Januari 13, 2011
Himpunan Ulama' dan Al-Mala' Kawasan Dungun 2011

posted by Abu Mus'ab @ 6:15 PTG   0 comments
TAZKIRAH PRU: HAK-HAK NON MUSLIM DALAM NEGARA ISLAM
Sabtu, Januari 08, 2011

Hak-hak Non Muslim Dalam Negara Islam

Sabda Nabi saw:

مَنْ آذَى ذِمِّيًّا فَقَدْ آذَاْنِيْ وَمَنْ آذَاْنِيْ فَقَدْ آذَىْ اللهَ – رواه التبرانى

Maksudnya: "Sesiapa yang menyakiti zimmi maka dia telah menyakitiku, sesiapa yang menyakitiku maka dia telah menyakiti Allah SWT."

1- Hak untuk mengamalkan agama masing-masing

Non muslim yang berada di dalam negara Islam bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing. Para pendakwah hanyalah berkewajipan menyampaikan dakwah Islam kepada mereka sahaja. Akan tetapi tidak boleh memaksa mereka memeluk Islam kerana hidayah untuk memeluk Islam itu adalah milik Allah SWT semata-mata. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). (Ali-Imran : 20)

2- Hak untuk dipertahankan nyawa, tubuh badan, harta dan maruah

Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menukilkan ijma' ulama bahawa nyawa zimmi adalah terpelihara daripada dicerobohi. Pencerobohan terhadap nyawa mereka termasuk dalam kategori dosa-dosa besar berdasarkan sabda Nabi SAW:

‏مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya:"Sesiapa yang membunuh kafir mua’had, maka dia tidak akan dapat menghidu bau Syurga. Sesungguhnya bau Syurga itu dapat dikecapi dalam jarak empat puluh tahun."

Walaupun para ulama berselisih pendapat berhubung dengan kedudukan muslim yang membunuh zimmi dengan sengaja, adakah dia dihukum bunuh ataupun tidak, namun Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi mentarjihkan pendapat yang menyatakan muslim berkenaan tetap dibunuh. Pendapat ini juga telah dikanunkan dalam pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah dan dilaksanakan dalam wilayah-wilayah yang di bawah pemerintahannya sejak beberapa kurun.

Begitu juga tidak boleh menceroboh harta mereka dengan dirampas, dicuri, disamun dan seumpama dengannya. Sehinggakan benda-benda yang dianggap harta di sisi mereka tidak boleh diganggu gugat walaupun ianya tidak mempunyai nilai harta di sisi Islam. Arak dan khinzir tidak boleh dimiliki oleh orang Islam. Jikalau seorang muslim membinasakan arak dan khinzir yang dimiliki oleh seorang muslim, maka dia tidak perlu membayar sebarang ganti rugi. Akan tetapi jikalau seorang muslim membinasakan arak dan khinzir milik zimmi, maka dia dikehendaki membayar ganti rugi nilaian kebinasaan tersebut menurut pandangan Mazhab Hanafi.

Maruah mereka juga tidak boleh dicerobohi seperti mengeluarkan kata-kata yang keji, umpatan, cacian, penghinaan dan lain-lain lagi terhadap diri mereka.

3- Jaminan ketika sudah tua, keadaan miskin dan lemah

Islam juga memberi jaminan sara hidup bagi non muslim termasuklah orang-orang yang di bawah tanggungan mereka ketika mereka sudah tua, dalam keadaan miskin dan lemah yang tidak mampu bagi mereka untuk bekerja menyara hidup.

4- Hak untuk bekerja

Non muslim juga mempunyai kebebasan untuk melakukan sebarang aktiviti pekerjaan untuk menyara hidup mereka. Dalam bidang perniagaan mereka boleh berjual-beli, sewa-menyewa dan lain-lain lagi kecuali riba. Begitu juga mereka tidak boleh berniaga arak dan khinzir dalam negara-negara Islam. Selain daripada itu mereka bebas untuk melakukan sebarang aktiviti pekerjaan.

5- Hak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan

Non muslim tidak dihalang daripada menjawat jawatan dalam pemerintahan kecuali jawatan-jawatan yang berbentuk keagamaan seperti ketua negara, pemimpin tentera, memutuskan kes orang-orang Islam, menguruskan harta-harta zakat dan lain-lain lagi.

Ketua negara merupakan jawatan menggantikan kerja-kerja kenabian. Maka tidak harus menggantikan nabi melainkan seorang muslim. Memimpin tentera pula bukanlah jawatan sivil semata-mata, bahkan ianya mempunyai unsur ibadat kerana jihad itu merupakan kemuncak ibadat dalam Islam. Mengadili kes di kalangan orang-orang Islam bermakna berhukum berdasarkan Syariat Islam. Maka tidak dituntut non muslim berhukum terhadap apa yang mereka sendiri tidak beriman dengannya.

Selain daripada jawatan-jawatan yang tidak berbentuk keagamaan, maka non muslim boleh menjawat jawatan tersebut apabila dia mempunyai kelayakan, kemampuan, amanah dan ikhlas kepada negara.
posted by Abu Mus'ab @ 7:57 PTG   1 comments
TAZKIRAH PRU: CIRI-CIRI JEMAAH ISLAM
Selasa, Januari 04, 2011

‏‏Ciri-ciri Jemaah Islam

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُوْنَ النبىَّ صَلىَّ الله عليه وسلم عَنِ الخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَن الشَرِّ مَخَافَةَ اَنْ يُدْرِكَنِى فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللهِ اِنَّا كُنَّا فِى جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللهُ بِهَذَا الخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الخَيْرِ مِنْ شَرٍّ؟ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَم وَفِيْهِ دَخَنٌ، قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ يَا رَسولَ اللهِ؟ قَالَ قَوْمٌ يَسْتَنُّوْنَ بِغَيْرِ سُنَّتِى وَيَهْدُوْنَ بِغَيْرِ هَدْىِ تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ – قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الخَيْرِ مِنْ شَرٍّ، قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلىَ اَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ اَجَابَهُمْ اِلَيْهَا قَذَفُوْهُ فِيْهَا قُلْتُ صِفْهُمْ لَنَا يَا رَسُولَ اللهِ – قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِاَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِى إِنْ اَدْرَكَنِى ذَلِكَ؟ قِالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ المُسلِمِيْنَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلاَ اِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ اَنْ تَعُضَّ بِاَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ المَوْتُ وَاَنْتَ عَلىَ ذَلِكَ
Maksudnya:

“Ramai orang bertanyakan Nabi SAW perihal kebaikan tetapi aku bertanyakan Baginda perihal keburukan kerana bimbang kalau-kalau aku terkena keburukan itu. Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Kami dahulunya berada di dalam jahiliyyah dan keburukan, maka tiba-tiba datanglah kepada kami kebaikan ini (iaitu Islam), maka apakah selepas kebaikan ini akan berlaku pula keburukan?”Rasulullah bersabda: “Ya! (berlaku pula).” Aku bertanya: “Apakah selepas keburukan itu akan berlaku pula kebaikan?” Baginda bersabda: “Ya! (akan berlaku pula kebaikan) tetapi di dalamnya terdapat keburukan yang terpendam.” Aku bertanya lagi: “Apakah keburukan yang terpendam itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Terdapat suatu golongan (umatku) yang tidak menjalankan sunnahku dan tidak mengambil petunjuk yang aku tinggalkan. Kamu kenal mereka dan kamu mengingkari mereka.”Aku bertanya pula: “Selepas itu berlaku pula keburukan?” Baginda bersabda: “Ya! Pendakwah-pendakwah yang berada di ambang pintu Neraka Jahannam. Sesiapa yang mengikut mereka dihumbankan ke dalamnya.” Aku bertanya lagi: “Sifatkan mereka itu kepada kami wahai Rasulullah!” Baginda bersabda: “Mereka dari kulit (keturunan) kita, mereka berbahasa dengan bahasa kita.” Aku bertanya lagi: “Apakah arahanmu akan daku wahai Rasulullah jika aku sempat melihat perkara itu.” Baginda bersabda: “Kamu wajiblah bersama-sama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka.”Aku bertanya lagi: “Jika mereka tidak ada jamaah dan pimpinan.” Baginda bersabda: “Maka (kalau demikian) kamu hendaklah mengasingkan diri dari golongan-golongan itu (golongan yang tidak melaksanakan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya) walaupun kamu terpaksa makan akar-akar kayu sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.” (Riwayat Bukhari)

Pengenalan

Setelah kita mengetahui bahawa menjadi kewajipan kepada orang-orang Islam untuk menggabungkan diri mereka dengan jamaah Islam, seterusnya mereka perlu mengetahui ciri-ciri Jamaah Islam yang mesti disertainya. Kerana terdapat banyak kumpulan yang mendakwa mereka adalah Jamaah Islam yang sebenar, akan tetapi persoalannya adakah kumpulan tersebut menepati ciri-ciri Jamaah Islam yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Ciri-ciri Jamaah Islam

Di sini disertakan ciri-ciri Jamaah Islam:

1- Rabbaniyyah: Yang dimaksudkan dengan rabbaniyyah ialah ketuhanan dengan erti Jamaah tersebut mestilah meletakkan dasarnya dengan dasar yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Sabda Rasulullah SAW : "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang dengan kedua-duanya; kitab Allah dan Sunnah ajaran ku". (Hadis)

2- Syumuliyyah: Jamaah tersebut mestilah memperjuangkan Islam dengan secara keseluruhan, bukan hanya memperjuangkan sebahagian daripada Islam dan mengabaikan aspek-aspek yang lain. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan keseluruhannya". (Al-Baqarah: 208)

3- 'Alamiyyah. Jamaah ini mestilah bersifat universal dan tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekalian alam.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "Dan tidak kami utuskanmu (Muhammad) melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam" (Al-Anbiya': 107)

Justeru Jamaah ini menyarankan ahli-ahlinya bercampur gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi merealisasikan konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.

4- Inqilabiyyah. Jamaah tersebut ditubuhkan dengan tujuan untuk melakukan perubahan iaitu semata-mata mahu memartabatkan agama Islam, bukan ditubuhkan oleh musuh Islam atau kerana perasaan tidak puas hati dengan kumpulan Islam yang lain.

5- Jamaah ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW adalah berperingkat, beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah, kemampuan ahli, melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap langkah, serta mengambil kira faktor persekitaran (waqi'). Baginda mementingkan perkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan ibadah, mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam dan lain-lain lagi.

6- Jihad berterusan dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Jamaah tersebut adalah jamaah yang tetap dengan dasar dan matlamatnya walaupun menghadapi mehnah dan tribulasi daripada musuh-musuhnya. Firman Allah yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman sesiapa yang berpaling di kalangan kamu dari agamanya nescaya Allah akan membawa satu kaum yang mana Dia kasih kepada mereka dan mereka kasih kepadaNya, berlemah lembut dengan sesama orang-orang beriman dan bersikap tegas dengan orang-orang kafir, mereka berjihad pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela". (Al-Maidah: 54)

7- Berterusan menegakkan kebenaran. Jamaah tersebut ialah jamaah yang berterusan menegakkan kebenaran walaupun menghadapi berbagai-bagai rintangan seperti kehilangan anggota dan harta benda. Sayidina Ali r.a. pernah berkata: " Jamaah ialah kamu berada di atas kebenaran walaupun kamu keseorangan". Di antara realitinya ialah kisah Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. yang diceritakan di dalam Al-Quran yang berterusan menegakkan kebenaran Islam walaupun tidak diikut oleh kaum mereka melainkan segelintir sahaja.

8- Jamaah yang didukung oleh golongan mustadhafin dan yang ditindas. Ketika Abu Sufian dan Amr bin As mengadap Maharaja Rom, beliau bertanya kepada mereka berkenaan dengan pengikut Nabi Muhammad SAW lalu mereka menjawab. Kebanyakan pengikut-pengikutnya adalah golongan lemah yang terdiri daripada orang-orang miskin dan hamba-hamba. Maharaja Rom berkata setelah mendengar penjelasan tersebut; "itulah pengikut nabi-nabi".

9- Jamaah Islam ialah jamaah yang peka dan sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama memberi sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama-sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.

10- Jamaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru, sama ada dalam bidang pemikiran, pengalaman dakwah ataupun kajian sains selagi mana tidak menyalahi prinsip Islam.

Penutup

Apa yang dijelaskan di atas adalah sebahagian daripada ciri-ciri Jamaah Islam yang menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk bersama-sama dengannya. Kini, kita di Malaysia, Jemaah Islam yang dimaksudkan di atas yang melengkapi ciri-ciri di atas adalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Jadi, kita selaku orang yang Beriman, hendaklah menyokong dan mendokong Jemaah Islam ini. Jika ada para sahabat yang ingin menyatakan ada lagi Jemaah Islam selain PAS, sila nyatakan dan jelaskan.

Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada kita di dalam melaksanakan amal Islami serta mendapat keredhaan dan keamapunan daripada-Nya.
posted by Abu Mus'ab @ 5:43 PTG   0 comments
PETUA IMAM SYAFIE
Ahad, Januari 02, 2011

Petua Imam Syafie – 4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama
posted by Abu Mus'ab @ 1:55 PTG   0 comments
UMNO GAGAL MEMERINTAH MALAYSIA
Sabtu, Januari 01, 2011

PAS Wajib Ganti Umno

Tup .. Tup .. 2011.. dah 5 tahun Blog Hidup Hanya Untuk Islam, Shamatun berada di alam maya ini. Sekejap jer rasa. Pelbagai pengalaman dan ranjau dialami dalam usaha mengekalkan dan mengupgradekan Blog Shamatun ini..

Ada juga sahabat-sahabat bertanya dan menyatakan cadangan: "Enta tak nak tukar ker Layout Blog Shamatun tu?"..Saya beri jawapan: "Sayang la nak tukar Layout lain." Rasanya dengan layout ini, rasa dah memadai dan sesuai sehingga masa yang akan mendatang..insyaAllah..

Jika kita melihat fenomena Sambutan Tahun Baru semalam, pelbagai ragam manusia dapat kita saksikan. Ada yang minum arak secara terbuka, melakukan aksi Ghairah secara terbuka, ada yang membuat pra provokasi, ada yang merempit, ada yang saling berkejaran dengan anggota polis trafik, ada yang menyalak melolong macam anak-anak Syaitan, yang memang tak sedarkan diri, di samping kedapatan kondom-kondom bertebaran di sana sini. Inilah Kejayaan UMNO APCO memerintah Malaysia, negaraku yang tercinta.. Hakikatnya, Umno Gagal Memerintah Malaysia..

Sebelum ini, pada 7 Disember 2010, hari Selasa, masing-masing orang Islam menyambut Awal Muharram, Ma'al Hijrah. Hampir semua jabatan dan agensi menyambutnya. Bahkan kerajaan Malaysia yang dipelopori oleh Umno turut merayakannya dengan dihangatkan suasana dengan penganugerahan Tokoh Ma'al Hijrah 1432 kepada Dr Zety Aziz Akhtar, yang berpenampilan menampakkan rambutnya, senang citer tidak menutup aurat..Nampak sangat Kepimpinan Umno ni Jahil dalam Hal Agama, lebih-lebih lagi menampakkan "Ulama" Muda Umno ni Penakut dan Dayyus..Memang Umno Gagal Memerintah Malaysia ini..

Dah masuk tahun ke 11, Malaysia berada di era Milinium..Ingatkan rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu semakin kaya-raya, ingatkan ramai orang Cina dan India yang memeluk agama Islam, ingatkan ramai pemuda-pemudi yang memiliki tanah perumahan persendirian, ingatkan ramai peniaga yang menginfaqkan hasil keuntungannya untuk kerja-kerja kebajikan, ingatkan rakyat Malaysia hidupnya semakin senang dan tidak menyusahkan orang lain, ingatkan yuran persekolahan samada di peringkat rendah hingga IPT FREE, ingatkan bayaran perubatan di Hospital Kerajaan FREE, ingatkan pendapatan rakyat Malaysia semakin meningkat..Umno Gagal Merintah Malaysia..

Rupa-rupanya, rakyat semakin susah..yang senang, hanya Menteri..yang senang hanya kroni-kroni Umno ni..kroni-kroni Menteri Umno yang kaya, yang mendapat laba, yang mendapat keuntungan atas angin..sedangkan rakyat merana, merempat, mencuri, merompak, membunuh, dek kerana sara hidup yang tidak mencukupi..ditambah pula dengan kenaikan harga minyak petrol, diesel, gula dan gas..hanya orang bodoh sahaja yang menyatakan bahawa kenaikan ini adalah baik untuk rakyat ! Confirm Umno Gagal Memerintah Malaysia ini..

Seterusnya, kita melihat pada hari ini, gejala tidak sihat seperti kelakuan zina yang berleluasa, kecurian di sana sini, rompakan yang mengakibatkan kematian, pembuangan bayi hasil perbuatan zina di kalangan remaja, orang Islam yang tidak segan silu meminum arak dan main judi, terutama di kalangan remaja, pemimpin Umno apa kurangnya, kemudian, wanita-wanita yang jahil yang tidak menutup auratnya, yang menyatakan menutup aurat ini adalah tidak Wajib, ada juga remaja yang menganggap bahawa dengan memakai rantai selain emas, adalah tidak berdosa..Yang terkini, kes Rogol Amah yang dilakukan oleh Menteri Umno di zaman pemerintahan Pak Lah..Sah! Kerajaan Umno ni Kerajaan yang Tidak Berkat..

Begitulah akibatnya, apabila Hukum Allah taala tidak dilaksanakan, tidak dijadikan sebagai sumber perundangan yang utama, tidak dijadikan sumber kehakiman yang tertinggi, tidak dijadikan ketetapan hukuman bagi pesalah..Allah taala ni Maha Berkuasa, Maha Mengetahui..Dia amat Mengetahui akan kelemahan ciptaan-Nya. Manakan tidak, sememangnya manusia diciptakan dalam keadaan Lemah.

Sayugia bagi manusia menjadikan hukum-hakam Allah taala sebagai jalan penyelesaian utama terhadap segala kekalutan dan kehuru-haraan yang sedang berlaku tika ini..Tetapi melihat kepada Umno Apco yang amat degil dan bodoh sombong, mengenepikan ketetapan Allah taala, sanggup mendahulukan undang-undang jajahan Barat..maka memang patut PAS Ganti Umno..

PAS Wajib Ganti Umno..
posted by Abu Mus'ab @ 6:41 PTG   0 comments
TAZKIRAH PRU: CIRI DAN PRINSIP NEGARA ISLAM

Ciri dan Prinsip Negara Islam

Muqaddimah
Di antara matlamat utama kejadian manusia ialah untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: Dan ingatlah ketika Allah berfirman kepada malaikat sesungguhnya ِAku ingin menjadikan khalifah yang mentadbir bumi. ( Al Baqarah : 30 )

Ibnu Khaldun dalam bukunya al-Muqaddimah menjelaskan khalifah itu ditafsirkan oleh ulama’ sebagai إقامة الدين وسياسة الدنيا به / menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya ( Agama Islam ).

Peranan khalifah ini telah direalisasikan oleh Nabi SAW dan para Sahabat melalui pembentukkan negara Islam Madinah yang lengkap dengan sistem perlembagaan. Ia diteruskan oleh khalifah-khalifah Islam selepas generasi tersebut meskipun terdapat kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaannya. Islam terus didaulatkan sehinggalah kejatuhan Khilafah Islam Utsmaniyyah Turki pada tahun 1924. Empayar Islam telah difaraidkan oleh penjajah-penjajah manakala hati-hati umat Islam telah diresapi oleh fahaman sekularisme, sehingga mereka akhirnya menganggap Islam hanyalah agama yang bersifat ritual semata-mata.

Alhamdulillah, gerakan Islam bangkit kembali melalui penubuhan harakah Islamiyyah yang bermatlamat mengembalikan khilafah Islamiyyah. Mereka berjuang di negara masing-masing melalui pelbagai uslub dan pendekatan bagi meruntuhkan jahiliyyah dan menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu.

PAS adalah salah satu dari harakah Islamiyyah yang berjuang melalui sistem demokrasi berparlimen bagi menegakkan Daulah Islamiyyah.

Kewajipan Meneggakkan Negara Islam

Firman Allah yang bermaksud: "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah Al Hajj : 41)

Daripada ayat dalil utama di atas, kita dapat mengambil beberapa ciri yang perlu dilaksanakan apabila kuasa berada pada tangan kita selaku khalifah.

• Mendirikan solat
• Memberi zakat
• Menyuruh perkara kebaikan
• Melarang perkara buruk
• Berserah segala urusan kepada Allah

Pembentukan Negara Islam

Selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah, maka barulah terbentuknya sebuah negara Islam yang bebas untuk mereka mendiami di dalam negara sendiri.

Umat Islam terasa sangat bertuah kerana sistem Islam yang diperkenalkan oleh Baginda adalah sebaik-baik sistem bagi kehidupan manusia.

Baginda Rasulullah telah menggubal sebuah perlembagaan bagi negara Islam yang baru dibentuknya itu berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah yang mempunyai cirri-ciri berikut:

Pertama: Husnu al-Jiwar iaitu hormat-menghormati jiran atau antara satu negara dengan lainnya

Kedua: Al-Ta’awun Dhiddu Al-Udwan iaitu tolong menolong menentang musuh dan permusuhan

Ketiga: Al-Nasr Li al-Mazlum iaitu memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi

Keempat: Al-Nush wa al-Nasihah iaitu saling nasihat menasihati dan sama-sama menunjuk ajar

Kelima: Ihtiram Hurriyyat al-Akidah wa Hurriyyat al-Ibadah Mahma Tabayun al-Adyan iaitu menghormati kebebasan akidah, ibadat, walau apa jua perbezaan di dalam beragama.

Masyarakat Majmuk Di Madinah al-Munawwarah

Penduduk di Madinah al-Munawwarah pada masa itu terdiri daripada masyarakat majmuk yang menganut empat agama yang terbesar:

1.Orang-orang Islam, al-Muslimun
2.Orang-orang Yahudi, al-Yahudiyun
3.Orang-orang Nasrani , al-Nasraniyun
4.Penyembah berhala, al-Wathaniyun

Baginda memberi kebebasan kepada semua agama untuk mendiri serta melaksanakan ajaran agama masing-masing. Ini adalah jelas sebagaimana tercatat di dalam Mithaq al-Hukum atau perlembagaan yang digubal oleh baginda selepas hijrah ke Madinah. Perlembagaan Madinah ini mengandungi sebanyak 47 ceraian.

Di dalam perlembagaan ini telah diletakkan asas bagi negara Islam, maka umat Islam adalah menjadi rakyat di dalam negara Islam walaupun berbeza bangsa dan keturunan mereka.

Kegiatan Negara Islam Madinah

Di antara kegiatan Negara Islam (di Madinah) ialah:

1. Menyusun atur sistem pertahanan.

2. Menjaga keamanan dan keselamatan.

3. Menyediakan berbagai-bagai agensi aturan untuk melaksanakan keadilan kepada seluruh manusia.

4. Menyebar ilmu pengetahuan.

5. Memungut hasil negara (di Baitulmal).

6. Membuat dan mengadakan perjanjian dengan negara asing.

7. Membuat hubungan diplomasi – menghantar dan menerima duta-duta asing.

CIRI-CIRI NEGARA ISLAM
1. Negara berdaulat
Kedaulatan merupakan tonggak utama kepada sesebuah negara. Kedaulatan negara boleh dicapai melalui kesetiaan kepada kepimpinan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang selama mana tidak bercanggah dengan perintah Allah Ta’ala.

2. Agama yang diikuti

Sebagai sebuah negara bertunjangkan agama, kepercayaan kepada Allah Ta’ala Maha Kuasa merupakan ciri utama.

Setiap rakyat seharusnya mentaati agama masing-masing. Kepada penganut Islam, mereka tiada pilihan kecuali menghayati ajaran agama mereka dalam segenap aspek kehidupan.

3. Melaksanakan syariah bagi menjamin lima asas kehidupan:

• Agama
• Nyawa
• Akal
• Maruah dan keturunan
• Hartabenda

Dengan perlaksanaan hukum syariah, semua jenayah yang melibatkan lima perkara asas di atas akan dapat dikawal. Undang-undang ciptaan manusia terbukti gagal memberikan jaminan keselamatan dan kehormatan sebenar.

4. Kesetiaan kepada Negara

Rakyat dituntut memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan negara selagi mana tidak bercanggah dengan kehendak syarak. Jika pemimpin gagal memikul amanah kepimpinan, rakyat berhak untuk menarik balik ketaatan mereka.

5. Pertanggungjawaban dan ketelusan

Rakyat berhak mempersoalkan ketelusan kepimpinan di semua peringkat. Pemimpin bukan sahaja dipersoalkan oleh rakyat dan institusi Hisbah tetapi juga akan dipersoalkan oleh Allah Ta’ala pada hari Qiamat.

6. Menegakkan makruf dan mencegah mungkar

Prinsip menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran akan dihidupkan dalam masyarakat sehingga menjadi tanggungjawab seluruh warganegara. Seluruh warganegara akan menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Prinsip ini menjadi ciri penting yang membezakan antara sebuah negara Islam tulen dengan negara Islam tiruan.

7. Negara Berkebajikan

Negara Islam sangat mengambil berat kebajikan rakyat dengan para pemimpinnya akan sedia mendengar segala masalah rakyat. Pemimpin adalah ibarat khadam kepada rakyat.

8. Syura Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

Negara Islam akan memperkukuhkan amalan Syura Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Malaysia berpaksikan ajaran Islam.

9. Keadilan – al-'Adalah

Keadilan adalah sifat terpuji dan ia adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang menjadi neraca Allah dalam alam ciptaan-Nya. Diutuskan pada Rasul dan diwahyukan syariat.

Keadilan dibahagikan kepada beberapa pecahan:

a. Keadilan dari segi hukum

b. Keadilan dari segi kehakiman

c. Keadilan menentukan haq dan tanggungjawab terhadap masyarakat

11. Kebebasan (al-Hurriyyah)

Yakni memberi hak kebebasan kepada rakyat mengikut naluri manusia serta berdasarkan kepada perlembagaan negara seperti:

a. kebebasan menganut agama

b. kebebasan menasihati kepada semua pihak seperti amar ma’ruf nahi mungkar tanpa perbezaan di antara pemimpin dan rakyat

Pemimpin hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada rakyatnya sejauh manakah rakyatnya taat kepada ajaran Islam dan sebaliknya.

12. Persamaan – Al-Musawah

Semua manusia adalah sama di hadapan syariat Allah dalam negara Islam tanpa dibezakan antara yang kaya, miskin, berpangkat, warna kulit dan sebagainya.

13. Al-Syura

Permesyuaratan, dalam mengendalikan urusan duniawi yang mesti ditegakkan dengan agama, manusia berhak memikirkannya sebagai menghadapi perkembangan semasa serta menggunakan kebijaksanaan akal di dalam segala urusan.

14. Ketaatan – al-Ta’ah

Taat kepada Allah secara mutlak dan juga ketaatan kepada pemimpin selagi pemimpin itu taatkan Allah dan Rasul-Nya sebagaimana sabda nabi, maksudnya:

Tidak harus taat kepada makhluk di dalam perkara maksiat terhadap Allah (al-Khaliq)

Abu Bakar pernah menegaskan di dalam ucapan dasarnya selepas dipilih menjadi khalifah dengan katanya yang bermaksud:

"Taatlah kepada aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya , bila aku derhakakan Allah dan RasulNya maka jangan kamu taatkan lagi kepada aku."

PENUTUP

Perjuangan menegakkan Islam adalah satu perjuangan yang panjang dan penuh dengan ujian serta cabaran. Golongan Islam yang tahan, sabar serta yakin kepada janji kemenangan oleh Allah Ta’ala sahaja yang akan sampai ke destinasinya. Ramai para pejuang yang tercicir di pertengahan jalan, malah ada di kalangan mereka yang menjadi pembelot dan menentang perjuangan jamaah yang ingin menegakkan Negara Islam.
posted by Abu Mus'ab @ 10:29 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER