:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
FAHAMAN UMNO LEBIH BAHAYA DARIPADA WAHABI
Jumaat, Julai 29, 2011

Fahaman Umno Lebih Bahaya Daripada Wahabi

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Keghairahan Umno melalui agensi Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', tapi bukan soal penafian prinsip Islam.

“Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Umno dalam sejarahnya, kata Tuan Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menganggap politik suku agama suku.

“Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

"Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?” soal beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Sebagai reaksi kepada tindakan MKN, Tuan Ibrahim berkata tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

“Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda Umno juga tergolong senarai pengganas.

"Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?” soal beliau sambil menyokong saranan Dr Asri Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam parti itu.

“Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

"Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga,” bidas beliau secara sinis.

Ihsan dari Harakahdaily
posted by Abu Mus'ab @ 7:02 PTG   0 comments
ILMAM KESAL : TINDAKAN PEGAWAI JPMK DAN KEDUTAAN TERHADAP PELAJAR TIDAK BERASAS
Selasa, Julai 26, 2011

ILMAM KESAL : TINDAKAN PEGAWAI JPMK DAN KEDUTAAN TERHADAP PELAJAR TIDAK BERASAS

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) mengecam tindakan pegawai JPMK dan Kedutaan Malaysia di Kaherah Mesir yang didakwa menjadi dalang di sebalik kes seorang mahasiswa Mesir yang menuntut di IPT di Mesir dibuang daripada pusat pengajian tersebut kerana mengetuai perhimpunan aman BERSIH pada 9 Julai lalu di kawasan penempatan pelajar sekitar Kaherah.

Turut terkilan, selain itu, para mahasiswa yang menyertai perhimpunan tersebut juga diugut dengan pelbagai perkara seperti akan ditarik zakat yang menjadi hak mereka, disekat pinjaman walaupun pelajar hanya meminjam dan pelbagai lagi ancaman yang diberikan oleh pegawai yang tidak bertanggungjawab tersebut.

ILMAM melihat tindakan tersebut adalah tidak berasas sama sekali kerana para mahasiswa mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka dan mereka tidak melakukan sebarang perkara yang dapat mengancam keselamatan negara lebih-lebih lagi mereka berada di luar Malaysia.

Tindakan pegawai yang langsung tidak mahu berbincang dengan mahasiswa tersebut seperti yang dilaporkan juga menunjukkan sikap tidak profesional dan tidak beretika kerana tugas mereka sebenarnya adalah untuk memudahkan urusan para pelajar dan bukannya menyusahkan mereka hanya untuk kepentingan keduniaan semata-mata.

Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia sekarang ini.

ILMAM turut mempersoalkan mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan di seluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama di tempat-tempat lain.

Jadi, ILMAM Malaysia menaruh sepenuh pengharapan kepada Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir agar membuat pertimbangan yang sewajarnya, iaitulah dengan menarik balik sebarang tindakan yang dikenakan ke atas semua pelajar Malaysia tersebut untuk mendapat haknya yang sepatutnya diperolehi. Terutama memberi peluang kepada Saudara Firdaus bin Mazlan yang mengambil kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah yang sepatutnya telah tamat pengajiannya pada 25 Julai, kelmarin untuk menghabiskan dan melayakkan dirinya untuk mendapat sijil tersebut.

ILMAM Malaysia ingin mengakhiri dengan sedikit peringatan dan panduan hidup yang telah direncanakan oleh Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad saw:

Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam pernah bersabda: "Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang ingin menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke Syurga."

Sabda Rasulullah SAW: "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang dizalimi". Para sahabat lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka bilamana mereka melakukan kezaliman?”. Maka Rasulullah SAW menjawab : “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.”
(H.R. Al-Bukhari)

Sekian, Wassalam.


Yang Benar,

USTAZ MOHD AZIZUL HISHAM BIN ZULKIFLI
PRESIDEN,
PERTUBUHAN LEPASAN MAHASISWA MESIR (ILMAM) MALAYSIA

24 SYAABAN 1432H @ 26 JULAI 2011
posted by Abu Mus'ab @ 2:59 PTG   0 comments
TAKUT HILANG DUNIA, AKIBATNYA DAPAT KEHINAAN
Ahad, Julai 24, 2011

Takut Hilang Dunia, Akibatnya Mendapat Kehinaan

Assalamulaikum…

Kali ni, terasa amat lama tak mencoret pengubat jiwa, panduan hati dan sergahan membina. Pelbagai perkara dan keadaan yang menyesatkan manusia telah berlaku akhir-akhir ini. Akhir zaman lah katakan. Cuma diharapkan kita tak sesat sudah la. Bagaimana seseorang itu tidak akan dianggap atau digolongkan dalam kalangan mereka yang sesat? Mudah saja..

Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Aku tinggalkan kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang kedua-duannya dengan sesungguhnya, nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, itulah al-Quran dan Sunnahku.”

Tidak payah bukan? Takkanlah orang ada Ijazah dan MA tak reti akan hal ini. Sesungguhnya kita ni manusia yang dicipta oleh Allah taala dalam keadaan yang lemah. Pendek kata, manusia ni lemah. Dengan ketentuan inilah, Allah taala telah menurunkan panduan dan pengajaran serta tunjuk ajar dengan turunnya Kalam-Nya, iaitu al-Quran al-Karim, dan utusan-Nya iaitu Nabi Muhammad saw untuk menjadi panduan dalam segenap cara kehidupan samada manusia itu berbangsa Melayu, Cina, India, Arab, Mat Salleh atau selainnya.

Yang akhirnya, Allah taala menjanjikan keamanan dan keselamatan dunia dan akhirat kepada mereka yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah saw sebagai panduan dan KPI dalam segenap cara kehidupan, termasuklah dalam memeritah negara ataupun negeri.

Amat malang dan menyedihkan, ada juga di kalangan mereka yang memiliki sijil agama terutama Ijazah samada Sarjana atau Muda, yang kelihatan membelakangi dan berpaling serta tidak meyakini dan mempercayai isi al-Quran dan al-Sunnah saw. Tak tau lah samada mereka itu sengaja tidak mahu meyakini, atau tidak tahu akan adanya nas-nas, atau kerana takut akan kehilangan samada kerjaya, harta benda, pangkat, darjat, pendek kata takut hidup dalam kesusahan. Senang citer, mereka ni suka berada di `Zon Selesa’, dan menganggap diri sebagai `Manusia Suci’.

Saya teringat satu kalam ulama’ tasawwuf, yang menegaskan bahawa antara tanda Allah taala sayang kepada seseorang daripada kalangan hamba-Nya, iaitulah Allah taala akan mendatangkan seseorang untuk memberi teguran dan nasihat kepadanya. Bahkan Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang tidak ambil tahu dan cakna terhadap perihal atau urusan orang Islam, maka dia bukan kalangan aku.”

Sahabat-sahabat sekalian, ingatlah..Dengan mengutamakan hal-hal kedunian,dengan membelakangkan urusan Keimanan terhadap Allah dan Rasul-Nya, dan Jihad di Jalan Allah dengan harta benda dan diri sendiri, akan mengakibatkan seseorang itu mendapat kehinaaan dan jatuh ke lembah kebinasaan iaitulah kehancuran dan kesesatan serta kesusahan hidup dan kesempitan hidup, yang sekiranya keadaan ini tidak diberi penawar dan diubati dengan secepat yang mungkin, bahkan berkekalan dengan sifat ego untuk menerima nasihat dan teguran yang membina.

Pernah seorang ulama’ haraki menyebutkan: “Janganlah kamu menjadi di antara mereka yang membantutkan dan melembapkan kemenangan Islam, anggaplah ketika kamu takut untuk mempamerkan diri dalam perjuangan Islam, takut untuk berjuang fi sabilillah, takut dan malu alah kepada keluarga kamu dengan sebab perjuangan kamu, maka ketika itulah kamu telah melakukan kezaliman ke atas diri kamu sendiri dan ahli keluarga kamu seterusnya kamulah penyebab kepada kekalahan dan kelembapan kemenangan Islam di tempat kamu itu.”

Jangan biarkankan diri kita dilanda ketakutan, terutama kepada manusia yang sememangnya bukanlah manusia itu yang memberi rezeki kepada kita. Tentunya Allah taala kan.. Tetapi ketahuilah ada juga di antara kita yang takut pada manusia, dengan tidak berani menyuarakan kebenaran, dengan mendiamkan diri apabila berhadapan dengan manusia yang jelas kezaliman dan kefasiqan dirinya, dengan tidak berani untuk bersama-sama berjuang dan berjihad fi sabilillah dengan semaksima mungkin, dek kerana takut akan kehilangan kerjaya, pendapatan, harta benda, projek, pangkat dan darjat...Masya Allah...SYIRIK nih..Sedarlah...

Cukup dulu coretan muhasabah untuk semua, yang terutama untuk diri saya sendiri. Moga berjumpa di lain coretan. Wallahu taala a’lam.
posted by Abu Mus'ab @ 11:19 PG   0 comments
MUS'AB, MU'AZ, SUHAIB DAN NUSAIBAH
Khamis, Julai 07, 2011
Mu'az dan Suhaib sedang berlatih berjihad

Suhaib, Mu'az dan Mus'ab, 3 Mujahidin Akan Datang, InsyaAllah

Berjihad-jihad jugak, Ilmu WAJIB Dituntut

Mai Nusaibah Mancungkan Hidup Abang Mus'ab yang Kepek ni..

Mujahidah Tercomel Tahun Ini..Nusaibah..

Don't Be Jelous yer..Tak Mahal..

Cepat la..Lewat dah ni..

Ikan Kelisa ni Tak Makan Nusaibah Ker Abiiii...

Mu'az...Suhaib nak naik Fiil..

Mananya Driver Keretapi Mini Zoo ni...
posted by Abu Mus'ab @ 2:18 PTG   0 comments
UMNO SERAH KUASA KE GERAKAN DAN PAP
Jumaat, Julai 01, 2011

Bukan DAP ganti PAS, tetapi............

......PAP ganti Umno di Singapura dan Gerakan ganti Umno di Pulau Pinang

KUALA NERUS - Pemimpin Umno tidak cukup televisyen, radio dan surat khabar untuk 'mengarut dan mencacai' sehingga berceramah merata tempat bagi menipu rakyat dengan fitnah kononnya 'DAP akan ganti PAS'.

Fakta-fakta sejarah dan realiti politik semasa, langsung tidak menunjukkan angka-angka yang munasabah perkara tersebut berlaku.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, bagaimana DAP hendak menggantikan PAS dinegeri Terengganu sedangkan DAP tidak bertanding walaupun satu kerusi dalam pilihanraya.

Peringkat Persekutuan pula, katanya, DAP hanya bertanding 40 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

"Di Terengganu ni, satu kerusi pun DAP tak bertanding, dah nak ganti (PAS) macamana? Di peringkat Pusat, (di) parlimen ada 222 kerusi, DAP bertanding sekitar 40 kerusi sahaja, (kalau) menang semua pun baru 20%, dah macaman DAP nak ganti PAS??,"soal beliau.

Sebaliknya, menurut beliau, hakikat sejarah yang berlaku di negara ini, Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah menggantikan Umno di Singapura dan Parti Gerakan telah menggantikan Umno di Pulau Pinang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, rakyat Malaysia mesti mengingati bahawa PAP telah menggantikan Umno di Singapura apabila pulau tersebut diserahkan kepada Lee Kuan Yew.

"Umno serah (Sungapura) bukan PAS serah kepada PAP, kena ingat sejarah ini, Umno yang menyerahkan sebuah pulau yang kaya kepada Lee Kuan Yew,

"PAP ganti Umno (di Singapura) baru betul, ada hujah ada bukti,"jelasnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penerangan di Petai Bubus, dekat sini, Selasa 28 Jun.

Manakala di Pulau Pinang, Dr Alias berkata, pada pilihanraya tahun 1990 Umno telah memenangi 12 kerusi dan Parti Gerakan menang 6 kerusi, selebihnya dimenangi oleh DAP.

"Umno menang 12 kerusi, Gerakan menang 6 kerusi, tapi Umno serah kepada Lim Chong Eu daripada parti Gerakan (menjadi Ketua Menteri),

"Umno juga yang serahkan, (jadi) Gerakan ganti Umno,"ujarnya.

Justeru, tegas beliau, tidak ada kemungkinan dan mustahil DAP ganti PAS, tetapi Umno telah lakukan dimana PAS telah ganti Umno di Singapura dan Parti Gerakan Ganti Umno di Pulau Pinang.
posted by Abu Mus'ab @ 8:13 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER