:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

KONSERT DAKWAH ALTERNATIF
Khamis, Oktober 27, 2011
Konsert Dakwah Alternatif Bersama 2 Selebriti


posted by Abu Mus'ab @ 3:34 PTG   0 comments
KENAPA PAS PILIHAN SAYA
Khamis, Oktober 20, 2011

Kenapa PAS Menjadi Pilihan Saya

1- Islam sebagai Dasar Perjuangan.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal 3. Dasar PAS ialah Islam. Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan PAS;

"Bahawa sesungguhnya adalah diishtiharkan demi untuk menyempurnakan Taqwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma'ruf wa al-Nahyu 'anil Munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang dinamakan Parti Islam Semalaysia."

Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap (syumul), yang merangkumi semua aspek, semua perkara, semua bidang, semua kategori, semua hal dalam kehidupan manusia, samada ibadah, politik, ekonomi, akhlak, kebajikan, serta penyelesaian terhadap hukuman jenayah. Dalam erti kata yang lain, yang merangkumi semua urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Din wa Daulah (agama dan negara).

Justeru itu, perbezaan Umno dan PAS bukan perkara solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaannya, Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam pada perkara yang berhubung dengan solat, puasa, zakat dan haji. Sedangkan penghayatan Islam oleh PAS adalah luas merentasi daripada hubungan dengan Allah sehingga dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh PAS mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung dan dihisab di hadapan Allah taala. Justeru itu, tidak ada pemisahan hidup antara dunia dengan akhirat.

2- PAS menjadikan dan meletakkan al-Quran, as-Sunnah saw, Ijma' Ulama' dan Qias yang Benar sebagai sumber rujukan Utama dalam menyelesaikan pelbagai bentuk permasalahan dan percanggahan.

3- PAS dipelopori oleh gerakan Ulama'.

4- PAS mementingkan dakwah dan tarbiyyah. PAS bukan semata-mata parti politik bergerak tika musim pilihanraya sahaja.

5- PAS mampu untuk memerintah dan membawa kemajuan. Kepimpinan PAS di Kelantan dan Kedah telah  teruji. Ini kerana kelebihan dan keberkatan yang telah Allah kurniakan dengan mengutamakan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah taala.

6- Kepimpinan PAS adalah kepimpinan yang menggabungkan kepimpinan Ulama', Profesional dan aktivis.

7- PAS memperjuangkan perpaduan berteraskan Islam, bukan perkauman.

8- PAS sesuai dalam masyarakat majmuk (yang berbilang kaum). Buktinya peristiwa 13 Mei 1969, tidak ada pertumpahan darah di Kelantan, walaupun orang bukan Melayu minoriti.

9- PAS juga memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan.

10- PAS memperjuangkan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaaan.

11- Memimpin PAS adalah satu Amanah, bukan Kebanggaan.

12- PAS mementingkan kebajikan kepada rakyat supaya hasil kekayaan bumi diagih kepada rakyat yang memerlukan dengan sama-rata, adil kepada semua rakyat.

13- PAS mengambil berat kepada pembentukkan akhlak kerana ia adalah kekuatan tamadun sesebuah negara.

14- PAS berusaha mendidik rakyat agar celik ilmu dan tidak buta agama.

15- Perjuangan PAS menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.


PAS Untuk Semua


posted by Abu Mus'ab @ 6:22 PTG   0 comments
BERJUANG DALAM ZON YANG SELESA
Isnin, Oktober 17, 2011

Takut Pada Manusia, Hukumnya SYIRIK

Allah taala talah merakamkan dalam al-Quran, di dalam surah al-Hujurat ayat 15 yang membawa penafsiran: Hanyasanya orang yang Beriman itu memiliki 3 ciri yang Utama. Yang Pertama adalah mereka yang Beriman kepada Allah dan Rasulnya, dalam ertikata lain mereka Yakin dan Percaya terhadap semua ayat-ayat al-Quran, segala ketetapan dan ketentuan Allah dalam al-Quran, jua terhadap semua undang-undang kehidupan manusia samada yang berkait dengan Jenayah, ekonomi, sosial kebajikan, munakahat, sumber manusia dan seumpama dengannya yang semua ini telah Allah tetapkan kepada ciptaanya, yang semua itu disampaikan dan dijadikan pegangan hidup serta dipraktikkan di dalam kehidupan seharian Utusan-Nya, iaitu Nabi Muhammad saw, sedikitpun mereka tidak ada perasaan berbelah bahagi dalam keimanannya.

Yang kedua, mereka tidak ada perasaan ragu-ragu dan syak wasangka terhadap sebarang ketentuan dan ketetapan Allah taala. Tidak ada keraguan terhadap hukum-hukum Allah taala, tidak ragu-ragu terhadap undang-undang ketetapan Allah taala, tidak ragu-ragu terhadap Sunnah Perjuangan Islam dan kehidupan Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad saw. Yang mereka cukup mengetahui, jika terdapat juga keraguan tersebut, maka terlepaslah ikatan keimanan di tengkuknya. Allah taala menegaskan mereka ini adalah orang yang sesat buat selama-lamanya.

Yang terakhir, dengan berbekalkan keyakinan dan kepercayaan yang sungguhti serta tiada keraguan sedikitpun samada melalaui pertuturan, hati maupun perbuatan terhadap segala ketentuan dan ketetapan Allah dan Rasulnya, orang beriman itu adalah mereka yang sanggup dan bersedia mengorbankan, mencurahkan, dan melepaskan segala keinginan hawa nafsu yang menjadi tuntutan utama orang Islam kini. Mereka mengorbankan harta benda yang mereka miliki, wang ringgit, simpanan emas dan perak, yang menjadi kegilaan orang berduit dewasa ini. Turut dikorbankan bukan disumbangkan iaitu sebarang bentuk perhiasan dunia, samada yang berupa rumah kediaman untuk dijadikan tempat atau premis untuk berbincang, tempat menyebarkan ilmu agama, tempat mengumpulkan seramai mungkin tentera-tentera Islam untuk mensatukan Fikrah dan mensatukan Amal. Turut jua dikorbankan bukan disumbangkan iaitu kekayaan diri, iaitu tanah yang luas dan juga kenderaan samada kecil atau besar, yang berstatuskan mewah atau sederhana, untuk kepentingan kerja-kerja amal Islami dalam menghadapi musuh Allah yang utama, iaitu Yahudi dan Nasrani serta sekutu-sekutunya.

Wajib disekalikan, JIHAD fi sabilillah, iaitu Perjuangan di Jalan Allah, iaitu dengan mengorbankan bukan menyumbangkan Masa, Tenaga, Idea, Kemahiran dan Kemampuan diri untuk bersama-sama berfikir, berbincang, bermujahadah, meluangkan masa, memberi komitmen dengan menghadirkan diri dalam sebarang bentuk agenda dan gerak kerja Islam yang berbentuk kemasyarakatan.

Diingatkan, bukanlah dinamakan Perjuangan apabila seseorang itu asyik dibuai mimpi lena dalam tidur yang panjang. Bukanlah dinamakan Perjuangan apabila seseorang itu senantiasa berada di dalam bilik berhawa dingin di atas kerusi yang empuk. Bukanlah dinamakan Perjuangan apabila seseorang itu hanya 'bergelewat' di kalangan mereka sendiri, dengan tidak mengotorkan diri bersama-sama masyarakat yang pening dan jahil serta hanyut. Bukanlah dinamakan Perjuangan apabila seseorang itu setakat bersama-sama dengan pelajarnya di dalam kelas, kemudian balik rumah tidak mahu menyibukkan diri dalam gerakan Islam, dek kerana takut menghadapi kecaman dan ugutan serta tindakan oleh kerajaan kufur yang memerintah.

Ingat !!! Kenapa al-Quran dibukukan? Kenapa dimushafkan? Orang yang belajar ilmu Sejarah al-Quran tentu tidak lupa dan mengetahui akan sebabnya. Rasanya perlu saya nyatakan. al-Quran dibukukan dan dimushafkan kerana ramai sahabat yang Huffazul Quran, Haamilul Quran telah Syahid di medan peperangan fi sabilillah. Ini memberi gambaran, golongan yang berada di saff hadapan dalam perjuangan pada jalan Allah adalah orang agama, orang yang menghafaz al-Quran, orang yang siang malamnya bersama al-Quran. Ini adalah Sunnah Perjuangan Islam.

Akhirnya, dalam ayat 15 Surah al-Hujurat, Allah taala telah menstatuskan mereka yang beriman yang bercirikan 3 ciri-ciri di atas dengan status merekalah orang yang Benar sebenarnya. Bukalah mana-mana kitab tafsiran dalam menghuraikan ayat ini untuk meyakinkan dan memangkinkan ilmu yang kita ada. Kita ini manusia yang lemah, bila lemah, Allah taala datangkan panduan dan pedoman yang sedia ada di depan mata kita. Amat malang, bagi kita sekiranya tidak mampu dan takut, bacul untuk mengadaptasikan panduan dan pedoman tersebut dalam kehidupan kita seharian, kerana takut kehilangan harta benda, takut kehilangan pangkat darjat dan pengaruh dan takut kehilangan kerjaya. 

Masih ada masa untuk berubah..Jom sama-sama kita berubah..Jom sama-sama kita mantapkan Iman kita..Jom sama-sama kita kuatkan Keyakinan dan Kepercayaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya saw...Jika takut juga, memang Cap Ayam...

posted by Abu Mus'ab @ 6:57 PTG   0 comments
ULAMA' TIDAK HARUS HANYA MENJADI PENONTON
Isnin, Oktober 10, 2011

“PAS Terus Teguh Mempertahankan Islam Di bawah Kepimpinan Ulamak”

Oleh:

Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib



Bersempena dengan Sambutan 60 tahun PAS, saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para pendokong dan penyokong  sejak dahulu hingga sekarang yang terus bersama-sama dengan PAS memperjuangkan Islam agar tertegak di atas tanah air yang tercinta ini. 


PAS adalah mata rantai perjuangan para Nabi dan Rasul bagi mengajak manusia agar kembali kepada Allah dan hukum hakamnya. Prinsip PAS ini tidak pernah berubah walaupun strategi politik berbeza-beza untuk mencapai matlamat tersebut. Ijtihad dalam politik tidak pernah menidakkan perkara yang thawabit dan tetap dalam PAS. Strategi dan cabang agama terbuka kepada perubahan dan penyesuaian berdasarkan ijtihad. Keanjalan inilah yang memungkinkan PAS terus relevan sehingga kini, mampu menyerap dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa. Tahalluf Siasi dengan Parti yang mempunyai ideologi yang berbeza sebagai contoh, adalah strategi terbaik masa kini untuk mencapai kemenangan. Ia tidak mengorbankan prinsip dan thawabit PAS sebagai gerakan Islam untuk melaksanakan Islam secara syumul termasuk hukum hudud.
Ulamak telah memainkan peranannya yang sangat besar dalam menempuh badai perjuangan ini. Ulamak telah menjadi nadi kepada PAS dengan kedudukannya yang tinggi dalam organisasi. Majlis Syura Ulamak menjadi pemandu kepada parti agar tidak menyeleweng daripada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi rujukan tertinggi dalam PAS.
Usia 60 tahun PAS seharusnya mematangkannya berhadapan dengan lawannya iaitu UMNO. Pelbagai rintangan dan mehnah telah dihadapi dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.  Walaupun ada di kalangan pendokongnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan mehnah namun PAS masih mampu bertahan kerana keyakinan kepada janji kemenangan oleh Allah s.w.t.
Pilihanraya yang hampir tiba seharusnya dihadapi dengan penuh strategi dan bijaksana. Tenaga para Ulamak dalam berhadapan dengan ujian besar ini adalah sangat dituntut. Ulamak tidak harus hanya menjadi penonton di luar gelanggang tetapi harus masuk berpencak silat bersama demi untuk melaksanakan tuntutan ilmu yang dipelajari. Inilah masanya untuk para Ulamak beramal dengan ilmunya agar menjadi pohon yang menghasilkan buah yang ranum dan sedap dimakan.
Buat  akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan selamat ulang tahun ke 60 PAS kepada seluruh pendokong dan penyokongnya. Agar anda terus thabat dan anjal di dalam menghadapi hari-hari muka yang semakin mencabar daripada pihak musuh yang semakin hilang panduan. semoga dengan itu kita terus mara kehadapan dengan penuh keyakinan tentang janji Allah untuk mendapat kejayaan dan kemenangan, dan penuh kesabaran dalam perjuangan dan dalam rintangan.

"Ulamak Haraki Teraju Kemenangan"
" Allah Akbar ! "
posted by Abu Mus'ab @ 12:20 PTG   0 comments
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT : PAS GANTI UMNO
Ahad, Oktober 09, 2011

posted by Abu Mus'ab @ 3:13 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::