:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

NEGERI PARA BEDEBAH
Rabu, November 23, 2011

posted by Abu Mus'ab @ 9:39 PG   0 comments
FAQIR MISKIN YANG ALLAH UTAMAKAN DIBERI SEDEQAH
Selasa, November 22, 2011

Faqir Miskin Yang DiUtamakan Oleh Allah Mendapat Sedeqah

Sesungguhnya manusia ini Allah taala ciptakan dalam keadaan penuh kelemahan. Ditambah pula manusia turut dicipta dalam keadaan yang serabut. Tetapi Allah taala dengan Rahmat-Nya dan Penyayang-Nya, meletakkan pengecualian ke atas hamba-Nya. Baik manusia itu disudutkan dengan pelbagai latar belakang dan status. Semuanya, jika tidak mengikut acuan Allah taala, memang takkan hidup tenang dan selamat. Lebih-lebih lagi kita selaku pilihan Allah taala untuk memikul bebanan ayat-ayat Allah taala yang wajib kita realisasikannya dalam kehidupan kita seharian, kene ikut acuan Allah taala melalui agama-Nya, ISLAM yang bukan setakat agama anutan, tetapi menjadikan Islam sebagai CARA HIDUP dalam kehidupan seharian.

Amat malang dan rugi besar, bagi sesetengah golongan yang bergelar Huffazul Quran, mempraktikkan ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya, dengan separuh-separuh. Beriman Separuh, dan Kufur Separuh. Tidak ada kesungguhan dan keyakinan untuk beramal dengan keseluruhan ayat-ayat yang telah dihafalnya. Alasan yang diberikan, tak sampai masa lagi, tunggu masa yang sesuai, tengok keadaan la, semuanya dalam hati, tunggu dulu. Yang paling malang, ada sesetengah Huffazul Quran kini, sanggup menyembunyikan kebenaran, merelakan kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku, tidak berani menyuarakan kebenaran, dek kerana TAKUT kepada Manusia. Jika dibelek dalam kitab Aqidah, ini SYIRIK namanya. Apabila syirik, Haram Syurga ke atasnya. Neraka, kekal di dalamnya. Astaghfirullah al-Azim..

Menghurai tentang golongan faqir miskin yang Allah taala utamakan untuk diberi sedeqah ataupun bantuan serta pertolongan. Menarik sungguh panduan Allah taala ini. Ialah, selama ini, ayat-ayat al-Quran hanya untuk dihafal, dan diketahui maknanya sahaja. Bukan untuk difahami dan dicernakan dalam kehidupan seharian. Sungguh merugikan...

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah, ayat 273 yang bermaksud: "(Sedeqah itu) bagi orang-orang faqir miskin yang mengurung (diri mereka) pada jalan Allah dan tidak berupaya berjalan di muka bumi (mencari mata pencarian). Menurut sangkaan orang yang jahil (tidak mengetahui) bahawa mereka itu kaya kerana tidak mahu meminta-minta. Engkau dapat mengetahuinya dengan adanya tanda-tanda mereka. Mereka tidak meminta-minta kepada orang bertalu-talu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan dari jenis kebaikan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya."

Dalam ayat ini, sesungguhnya faqir miskin yang mendapat perhatian daripada Allah, dan dianjurkan oleh Allah supaya mereka itu diberi bantuan berupa sedeqah, PADA MASA ITU, ialah:

1- Faqir miskin yang berada di negeri Madinah, yang dijumlahkan kira-kira 400 orang. Kebanyakkan mereka itu dari kaum Muhajirin. Mereka tidak ada tempat untuk mereka tinggal, dan tidak ada ada pula kaum kerabat mereka. Mereka telah dibenarkan tinggal oleh Nabi saw di pondok-pondok di kawasan Masjid Madinah. Mereka ini lebih dikenali dengan ahli Suffah.

2- Pekerjaan ahli Suffah ini adalah BERIBADAT. Malamnya mereka mempelajari al-Quran, dengan memahami ayat-ayat al-Quran. Apabila siang, mereka mengambil upah menumbuk biji-biji kurma untuk makanan binatang, dan apabila tiba masa BERJIHAD, mereka dihantar oleh Rasulullah saw ke medan perang.

3- Mereka itu terkurung oleh kepapaan dan kemiskinan kerana kehidupan mereka ditumpukan semata-mata untuk berjuang pada jalan Allah, tidak dapat merebut kekayaan dengan berniaga, makan gaji atau seumpamanya.

4- Mereka juga dikatakan daripada golongan orang-orang yang luka atau tercedera dalam medan perang, yang bertempur bersama-sama Nabi saw sehingga kerana cacat anggotanya tidak dapat mencari sara hidupnya.

5- Mereka yang telah dinyatakan keadaannya itu, telah disangkakan pula orang-orang yang jahil, yang tidak tahu keadaan mereka yang sebenar, bahawa mereka itu orang kaya kerana mereka tidak mahu meminta-minta.

6- Lebih jauh, tanda-tanda yang ada pada mereka bermacam-macam, di antaranya; bersifat tawaduk (merendah diri), kelihatan bekas teruk kerana sangat berhajat dan papa, kelihatan pucat dan berpakaian yang tidak sempurna. Namun demikian, tiadalah mereka meminta bertalu-talu. Sungguhpun mereka ada meminta-minta tetapi dengan lembut.

7- Jika mereka mempunyai sesuap pagi, tidaklah mereka meminta-minta untuk sesuap petang. Manakala telah ada sesuap petang, tidaklah meminta-minta untuk sesuap pagi. Dilawannya batinnya yang hendak meminta-minta itu, bahkan selagi mereka berdaya, mereka tetap memada. Dengan demikian, orang yang jahil menyangka mereka itu kaya.

Demikianlah tafsiran berkenaan golongan faqir miskin yang patut diutamakan untuk diberikan sedeqah. Ayat ini bukanlah bermaksud, faqir miskin yang tidak ada ciri-ciri di atas, tidak patut diberi sedeqah. Tengok keadaan la. Sesungguhnya kita ini diberi aqal fikiran. Maka berfikirlah dengan sebaik-baiknya. Buatlah perhitungan berdasarkan Keutamaan. Lebih-lebih lagi keutamaan itu Allah yang tetapkan.

Akhirnya, perlu di INGAT !!! Satu kaedah, yang biasa kita dengar dan pernah kita pelajari satu masa dulu, iaitulah: "Satu Kenyataan Itu Sebenarnya Berkehendak Kepada Yang Umum, Bukanlah Kepada Satu Sebab Yang Khusus." Harap-harapnya kita dapat realisasikan dan aplikasikan ayat di atas dalam kehidupan kita pada hari ini dan di masa yang akan mendatang..
posted by Abu Mus'ab @ 4:15 PTG   0 comments
TERENGGANU KITE..TAHU KER DOK NING?
Jumaat, November 18, 2011


Terengganu Kite..Beberapa Fakta Yang Perlu Anda Tahu

1- Pengangguran

4% atau 17 000 belia Terengganu adalah PENGANGGUR. Yang merupakan antara kadar pengangguran yang TERTINGGI di Malaysia.

2- Kemiskinan

15.4% dari rakyat Terengganu adalah di BAWAH PARAS KEMISKINAN. Tempat KEDUA TERCOROT sejak merdeka (LEBIH  50 TAHUN). NAIK 2 anak TANGGA semasa di bawah PAS (1999-2003), kemudian jatuh kembali di bawah Umno dengan cara yang amat menjijikkan.

3- Gejala Sosial/ Jenayah

Peningkatan GEJALA REMPIT, ARAK dan ANAK LUAR NIKAH. Sebanyak lebih 1500 kes jenayah indeks sehingga Mei 2011 sahaja. LEBIH 3100 penjenayah Juvana dalam TAHUN 2007 sahaja.

4- Pendapatan Per Kapita/ Kuasa Membeli

KUASA MEMBELI rakyat Terengganu adalah antara yang PALING RENDAH. Jelas menunjukkan PENDAPATAN kerajaan Negeri TIDAK SAMPAI kepada RAKYAT WALAUPUN pendapatan per kapita Terengganu adalah antara TERTINGGI RM16 000 setahun.

5- Ekonomi/ Pembangunan

Kadar PELABURAN dari LUAR yang rendah (ke 5 paling rendah) di sekitar RM3 BILION (data 2008). Bilangan PROJEK PEMBUATAN yang DILULUSKAN sehingga May 2011 HANYA 5 iaitu yang KEDUA PALING RENDAH.

6- Kesihatan

Kes KEMATIAN BAYI SEMASA KELAHIRAN paling tinggi di Malaysia dengan 9.2 KEMATIAN setiap 1000 bayi di bawah 1 TAHUN (2011)

7- Pendidikan

Lebih 70% TENAGA KERJA Terengganu BERPENDIDIKAN sekolah menengah dan ke bawah (peratus rakyat berpendidikan tinggi antara terendah di Malaysia). 11.6% dari pelajat sekolah rendah TIDAK MENERUSKAN ke sekolah menengah (antara tertinggi di Malaysia)

8- Perlancongan

PENURUNAN dari 3.1 JUTA pelancong (2008) kepada 2.93 JUTA (2009) kepada 2.5 JUTA (2010), sedangkan KELANTAN menunjukkan PENINGKATAN 10% dari 2009 ke 2010 (sekitar 5 juta pelancong).

MARILAH sama-sama memulakan perubahan. Pilihan dan Kuasa di Tangan Anda...
Tumbangkan KERAjaan Umno/BN yang ada sekarang ini..
NAIKKAN Kerajaan PAS pada PRU 13 nanti, InsyaAllah..
posted by Abu Mus'ab @ 12:00 PTG   0 comments
TEKS KHUTBAH EIDUL ADHA 1432H
Khamis, November 03, 2011
Teks Khutbah Eidul Adha 1432 Tuan Guru Presiden PAS Malaysia


Di zaman umat Islam dijajah oleh bangsa-bangsa Eropah yang bermusuh dengan Islam, ketika umat Islam dalam keadaan lemah, kerana meninggalkan hukum yang berkait dengan pemerintahan negeri, maka musim haji juga adalah peluang para ulama yang mengajar di Makkah dan Madinah memberi semangat kepada Jemaah haji yang datang, supaya balik ke negeri masing-masing berjihad menentang penjajah yang telah menakluk negeri-negeri umat Islam. Ingat dan fahamilah ! ...

Dapatkan teks penuh, Klik DI SINI
posted by Abu Mus'ab @ 4:30 PTG   0 comments
ISTIMEWANYA BULAN ZULHIJJAH


Istimewanya Bulan Zulhijjah
Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.
Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)
Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Apakah amalan-amalan itu?
1.  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)
2.  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)
3.  Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.
4.  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” -  Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412
Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.
Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.
posted by Abu Mus'ab @ 3:32 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::