:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

ERTI ISLAM YANG SEBENARNYA..
Selasa, Januari 31, 2012


Erti Islam Yang Sebenarnya..Bukan Islam Umno..

Lamanya tak menulis. Artikel terakhir adalah pada 14 Disember 2011, berkait dengan antara sebab seseorang itu boleh Murtad. Kini, sungguh cepat masa berlalu, dan kita telah berada di awal bulan yang penuh barokah dan muliannya. Rabiul Awal, bulan kelahiran Nabi Muhammad saw, Nabi kita, Kekasih Allah taala, seorang manusia yang sempurna dengan ciptaan dan kenabian dan kerasulannya. Sama –sama kita banyakkan bersolawat ke atas Baginda saw, seterusnya menjadikan Baginda sebagai Role Model dalam kehidupan kita seharian, yang merangkumi semua aspek kehidupan, bukan setakat solat sahaja.

Kali ini, saya nak berkongsi pengetahuan, hasil pengamatan dan pembacaan kitab-kitab AQIDAH serta pengalaman yang dilalui. Iaitulah, satu pemahaman tentang ISLAM yang telah disempitkan pengertiannya dan pengamalannya serta hakikatnya oleh kebanyakkan orang Islam hari ini, terutama penyokong dan pendokong Umno, parti kelahiran dari Yahudi dan Amerika.

Amat jahil dan malang sekali bagi Penyokong dan Pendokong Umno yang hanya menganggap dan berpandangan serta menjadi pegangannya bahawa ISLAM hanya setakat Mengerjakan Sembahyang, Menunaikan Zakat, Berpuasa Ramadhan serta Tunaikan Haji dan Umrah di Makkah, serta berzikir, membaca al-Quran dan menghafaznya. Sempitnya pemikiran mereka ini. Jahatnya parti kelahiran Yahudi dan Amerika, Umno ini. Berdosa besarnya mereka yang memperjuangkan fahaman ini dan menyembunyikan kebenaran Hakikat ISLAM ini..

Jom kita mengetahuinya, apa itu ISLAM yang SEBENARNYA..

ISLAM itu ialah, menyerahkan diri kepada Allah taala, tunduk kepada segala macam perintah samada suruhan atau larangan Allah taala, serta turut akan segala syariat yang Allah taala turunkan, walaupun berlainan pada sesetengah kewajipan dan corak amalannya, inilah perihal Islam yang telah diwasiatkan kepada para Nabi alaihimussolatu wassalam.

Adapun ORANG ISLAM yang betul-betul Islam ialah, orang yang bersih dari sebarang bentuk syirik, ikhlas dalam amalannya dengan berimankan, yakin dan percaya kepada apa pun syariat yang diturunkan oleh Allah, dan pada apa zaman pun dia berada.

Sayyidina Ali karramallahu wajhah telah berkata: “ISLAM itu ialah taslim (menyerah diri), dan taslim itu ialah yakin, dan yakin itu ialah percaya, dan percaya itu ialah berikrar, dan berikrar itu ialah menunaikan, dan menunaikan itu ialah beramal.”

Berkata lagi Sayyidina Ali: “Bahawasanya orang MUKMIN (yang beriman) mengambil agama dari Tuhannya, dan tidak mengambil agama dari pendapatnya. Orang Mukmin dikenal keimanannya dari amalnya, adapun orang kafir dikenal kekafirannya dari keingkarannya (keengganannya). Wahai manusia, Islam adalah agama kamu! Islam adalah agama kamu! Pertahankanlah dan peganglah teguh-teguh. Sesungguhnya keburukan dalam keadaan kamu beragama, lebih baik dari kebaikan sedangkan kamu dalam keadaan tidak mahu beragama. Kerana keburukan itu ada kemungkinan dapat diampuni, tetapi kebaikan kalaulah tidak pada tempatnya, tidak dapat diterima sama sekali.”

ISLAM bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah taala serta mentaati Allah, yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang sungguhti, tanpa memikirkan/ perhitungan pahala dan dosa. (Dalilnya: Surah al-Imran ayat 83 dan 85)

ISLAM adalah nizom/ peraturan, perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, daripada Allah taala, untuk disampaikan kepada manusia serta menyatakan serta menjelaskan apa yang akan dikenakan ke atas orang yang mengikut dan menentang samada yang melibatkaan dosa maupun pahala. (Dalilnya: Surah al-Imran ayat 85)

ISLAM juga ialah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah taala kepada utusan-Nya, Nabi Muhammad saw, yang terkandung di  dalamnya segala macam peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah diperintahkan agar disampaikan kepada manusia. (Dalilnya: Surah al-Maidah ayat 67)

ISLAM adalah keseluruhan ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung kait dengan aqidah, amalan, dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan. (Dalilnya: Surah al-Baqarah ayat 112)

Adapun ISLAM dengan makna sekadar menyerah diri secara zahir sahaja, dengan tidak ada keimanan di dalam hatinya, Islam yang seperti ini sedikitpun tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya. Ini ISLAM jenis Umno..(Dalilnya: Surah al-Hujurat ayat 14)

ISLAM itu merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukan kepada setiap manusia samada dahulu, kini dan akan mendatang, iaitu: Dari mana dia datang? Mengapakah dia dijadikan? Ke manakah dia dikembalikan? (Dalilnya: Surah al-Hajj ayat 5, Surah az-Zaariyat ayat 56, Surah al-Insyiqaq ayat 6)

Akhirnya, ISLAM merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia, merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan manusia, merupakan ubat yang paling mujarab dan berkesan untuk mengatasi sebarang penyakit yang manusia alami, dan menjadi jaminan Allah taala Islam dapat memperbaiki masyarakat dan Islam adalah jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang melaluinya. (Dalilnya: Surah as-Syura ayat 52 dan 53)

Justeru itu, marilah kita ( Huffazul Quran, Cendekiawan Agama, Kakitangan Kerajaan atau Swasta, serta semua orang Islam terutama Penyokong dan Pendokong Umno ) sama-sama, perbetulkan semula pemahaman dan pandangan kita tentang Islam yang sekian lama diADATkan dan diBIASAkan oleh pemerintah sekular, Umno laknatullah ini. Seterusnya mengubah dan menukar pendirian kita, kepada pemahaman serta pengamalan ISLAM yang hakikatnya, yang meliputi samada Politik, Ekonomi, Kebajikan, Sosial, Masyarakat, Pendidikan, Budaya, Jenayah, Kekeluargaan dan lain-lain lagi, bukannya setakat Sembahyang, Haji, Puasa, Zakat, Baca Quran dan Zikir semata-mata. 

Apa guna Umno kini nak tegakkan benang yang basah, sedangkan terbukti dan jelas di mata akan kekufuran pada Allah serta pengkhianatannya pada Agama, Bangsa dan Negara..? Tak lain tak bukan..PAS Wajib Ganti Umno..
posted by Abu Mus'ab @ 11:39 PG   0 comments
SAMBUTAN JUBLI EMAS DPPNT
Isnin, Januari 16, 2012

posted by Abu Mus'ab @ 5:50 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::