:: JaM CaiRo ::
:: TaQwiM ::
:: NaSyId FM ::

:: RaDiO JiBRiL ::

:: ProDuK SyuBhaH ::

:: LaGu BaRu PAS ::

:: ZuRiATKu (NEW) ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::

:: KeWaJiPaN ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLeStInE ::

:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

ISLAM MENANG LAGI
Wednesday, July 15, 2009

ISLAM Menang Lagi


Alhamdulillah... PAS menang lagi dalam Pilihanraya Kecil. Terbaru di Manek Urai. Tanda Allah taala Maha Berkuasa lagi amat Kasihkan AgamaNya.

Benar apa yang Allah taala sebutkan dalam al-Quran, dalam Surah al-Imran, ayat 104, yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (menegakkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya."

UMNO pernah berkata melalui lidah pimpinan tertingginya bahawa "Sesiapa yang menyokong UMNO masuk Syurga." Apabila saya mendengar kalam ini, saya terfikir dalam diri saya mungkin UMNO ni buang tebiat, nak mampus lah tu.

Perasan tak, sejak akhir-akhir ni, UMNO yang dah nak mampus ni semakin hari bercakap pasal ISLAM. Macam yang berlaku semalam dalam majlis perasmian Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan di UTP, macam tak percaya apa yang disebutkan oleh perasmi tersebut. Bagi saya, baguslah tu. Cuma yang bangangnya sejauh mana perlaksanaannya dan kesungguhan untuk berpegang kepada al-Quran dalam keadaan al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias tidak dijadikan rujukan utama dalam pemerintahan Negara Malaysia ni. Betul UMNO ni buang tebiat.

Berbalik kepada kemenangan PAS di Manek Urai menggambarkan bahawa Allah taala memang bersama-sama dengan Jemaah yang memperjuangkan Islam. Sepertimana yang Allah taala telah jelaskan dalam al-Quran, surah al-Mujaadilah, ayat 22 yang bermaksud: " Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Tentang berlakunya kurangnya majoriti kemenangan PAS kali ini, banyak faktor yang menyebabkan berlakunya demikian. Antaranya tahukan? Majoriti penduduk di Manek Urai tidak memiliki kemudahan Internet macam kita di bandar ni. Yang ada hanyalah saluran tv yang dikuasai kerajaan UMNO sekarang. Ditambah pulak dengan sogokan dan tawaran-tawaran yang ditawarkan sekiranya UMNO menang contoh pembinaan Jambatan yang bernilai RM 7 juta. Pelbagai perkhidmatan dan benda yang diberikan oleh UMNO dalam PRK kali ni, sehingga nilainya mencecah berbelas-belas juta.

Tapi Alhamdulillah, Allah taala memberi kemenangan kepada PAS juga akhirnya. PAS memperjuangkan ISLAM. Sedangkan UMNO memperdagangkan ISLAM. Walaupun di sana, kita perlu bermuhasabah akan kekurangan majoriti ini. Mungkin ini satu tanda daripada Allah agar kita mesti bekerja lebih kuat lagi dalam Pilihanraya yang akan datang khusus dalam PRU 13.

Ini merupakan tanda Allah kasihkan Jemaah Islam PAS. Sama-samalah kita berjuang sungguh-sunguh, dekatkan diri kepada Allah taala, sepertimana yang disebutkan dalam ayat 104 dalam Surah al-Imran di atas. TAKBIR !!!
posted by Abu Mus'ab Mu'az @ 7:47 AM   0 comments
PAS MENANG DI MANEK URAI

PAS Menang di Manek Urai


Keputusan Rasmi: Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti sebanyak 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam. DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.

Beberapa pemimpin atasan PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai bagi merayakan kemenangan Mohd Fauzi.

Bagaimanapun, tiada seorang pemimpin utama Umno yang hadir, termasuk pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan calon BN.
posted by Abu Mus'ab Mu'az @ 7:00 AM   0 comments
KAIN KAFAN DARIPADA RASULULLAH SAW
Tuesday, July 14, 2009

Kain Kafan Daripada Rasulullah SAW


Seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati Rasulullah menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Nabi keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Nabi, lau berkata: "Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya.

"Baiklah," jawab Nabi S.A.W ringkas.

Setelah keluar dari suatu majlis, Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.

"Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasululah S.A.W.

Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana itu dipakainya, tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang. "Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat. Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah S.A.W: "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku."
posted by Abu Mus'ab Mu'az @ 3:30 PM   0 comments
TENTERA YANG TIDAK ISLAM

Membanyakkan Negara-negara Islam Yang Diperintah Oleh Tentera Yang Tidak Mengerti Islam


Pada mulanya, kediktatoran ini dijalankan oleh pemimpin politik yang berhaluan barat sahaja kemudian segalanya akan berkembang seperti biasa dan akan berjalan mengikut saluran yang semestinya. Hakikat ini telah disedari oleh kumpulan tentera di dalam negara Islam.

Mereka berpendapat bahawa sistem diktator tidak akan terbangun kalau tidak dipikul oleh golongan tentera. Taktik ini tidak akan sempurna tanpa senjata.

Kesedaran ini timbul dari kalangan pemimpin tentera yang keluar dari kem dan menuju ke gelanggang politik. Mereka mulai mengadakan pakatan sulit dalam usaha mengubah sistem pemerintahan dan mula menguatkuasakan sistem diktator askar ke atas rakyat jelata sebagai ganti diktator politik. Sesudah itu mereka pun menyingkir pemimpin politik daripada pemerintahan dan mengurung mereka dalam penjara atau melakukan tahanan rumah.

Beginilah kita lihat tentera-tentera dalam negara ummat Islam hari ini. Mereka telah menjadi bencana kepada rakyat Islam. Tugas mempertahankan tanahair dan berjuang menentang musuh sudah tidak diendahkan lagi. Mereka disibukkan dengan kerja-kerja ingin menguasai politik negeri sendiri dengan cara kekerasan. Untuk tujuan ini mereka menggunakan kekuatan senjata yang diserahkan oleh rakyat yang lemah itu untuk mempertahankan dan menjaga keamanannya.

Dan sekarang sampailah saat di mana negara-negara Islam telah ditimpa masalah yang besar dan masalah yang rumit yang tidak dapat diselesaikan melalui parlimen atau dewan perwakilan rakyat dan tidak pula dapat diselesaikan dengan pilihanraya umum atau dengan cara memorandum. Ia hanya boleh diselesaikan dalam kem-kem tentera, dengan kereta kebal , pistol dan mesingun.

Kalau keadaan ini menghairankan saudara-saudara maka saudara-saudara akan lebih hairan dengan tentera yang selalu berselisih faham sesama mereka dalam menentukan pemimpin mereka. Tiap-tiap seorang jeneral mengambil kesempatan menjalankan kediktatorannya dan mempertahankan kerusi pemerintahannya sesudah menghancurkan yang lain.

Di antara perkara yang membuat suka dan duka iaitu apabila salah seorang dari jeneral itu menguasai negeri, ianya dianggap sebagai harapan rakyat, penyelamatnya, pelopor yang unggul dan hero, hingga apabila ia berdepan dengan akibat perbuatannya sendiri ia akan berbalik menjadi sebesar-besar pengkhianat dan seketat-ketat musuh terhadap rakyat. Manakala rakyat pula tak ubah seperti anak patung di tangan kanak-kanak kecil, tidak dapat mencampuri urusan negara, walaupun urusan yang paling kecil sekalipun.

Abul A’la Al-Maududi
posted by Abu Mus'ab Mu'az @ 2:52 PM   0 comments
FITNESS TEST @ BUKIT BAUK
Saturday, July 11, 2009

Fitness Test @ Bukit Bauk


BUKIT BAUK; Sabtu; 11 Julai; Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan Dungun telah mengadakan satu program Tarbiyyah Jasadiyyah. Program tersebut dimulakan pada jam 08.45 pagi dengan 6 agenda. Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang juga merangkap sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Saiful Bahri bin Mamat. Program diakhiri dengan ucapan taujihat daripada beliau dan seterusnya bersurai dengan minum pagi pada jam 11.15 pagi.



posted by Abu Mus'ab Mu'az @ 4:22 PM   0 comments
HARI KELUARGA PEMUDA PAS PAKA

Hari Keluarga Pemuda PAS Dun Paka


LATA BELATAN; Khamis; 09-10 Julai, telah berjaya satu program tahunan pemuda PAS Dun Paka iaitulah Hari Keluarga. Pelbagai kenangan dirasakan. Ana sekeluarga bertolak ke Lata Belatan, Besut jam 03.30 petang. Alhamdulillah sampai di tapak program jam 06.30 petang. Kebetulan hari orang balik kampung. Jadi memakan masa sampai 3 jam. Kebiasaannya hanya 2-2 setengah jam sahaja.

Pelbagai agenda dilakukan. Lihat foto di bawah.Untuk melihat lebih banyak foto, bolehlah melawat di laman blog Pemuda PAS Paka, www.syababpaka.blogspot.com . Saya sekeluarga check out jam 03.30 petang, terus menuju ke Pejabat PAS Marang, untuk menghadiri Munaqasyah Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di Pejabat PAS Marang. Tamatnya program tersebut, terus pulang ke Paka.








posted by Abu Mus'ab Mu'az @ 3:59 PM   0 comments
MENIPU ATAS NAMA DEMOKRASI

Pemerintah Umat Islam Menipu Dan Menindas Atas Nama Demokrasi


Golongan yang berhaluan barat yang diperniagakan oleh penjajah sebagai pengganti mereka di dalam negeri ummat Islam mengetahui dengan yakin bahawa sistem pemerintahan yang dijalankan dengan cara pilihanraya yang bersih, tampuk pemerintahan tidak akan kekal ditangan mereka. Lambat laun ianya akan berpindah, sama ada cepat atau lambat kepada umat yang menuntut supaya mendirikan sistem pemerintahan di atas dasar akidah, ajaran, aliran fikiran dan nilai-nilai Islam yang mereka warisi.

Memandang kepada keadaan demikian maka golongan sekular ini tidak akan membenarkan nilai-nilai keadilan dizahirkan dan mereka tidak membiarkan supaya nilai-nilai berjalan dengan baik. Malah penjajah akan segera menempatkan pemerintahan secara diktator sebagai ganti sistem demokrasi. Dalam hal itu pun mereka menamakan diktator tersebut dengan nama demokrasi demi untuk menipu manusia dan menonjol diri mereka sebagai pendokong sistem demokrasi, sedangkan mereka pada hakikatnya tak lain tak bukan ialah penipu.

Abul A’la Al-Maududi
posted by Abu Mus'ab Mu'az @ 2:41 PM   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: AkHBaR OnLiNe ::

:: AnoTheR WeB ::

:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: IDeaLis ::
:: AnDa PeNGunJunG Ke ::