:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

MULA-MULA AQIDAH
Ahad, Jun 24, 2007

Buat Pemuda / Pemudi Islam

Assalamualaikum wbt

Satu perkara yang perlu difahami oleh setiap pemuda / pemudi Islam ialah bahawa urusan amal Islami adalah urusan yang menentukan hak asasi. Jadi kita mestilah pandai memilih jalan mana yang patut dilalui. Juga dapat memastikan tentang keselamatannya.Tidak perlu kita tergesa-gesa dalam memilih sesuatu jemaah untuk dimasukinya lantas bekerjasama dengannya di dalam melaksanakan prinsip-prinsip Islam. Kita mestilah sentiasa ingat bahawa kita hanya mempunyai satu umur dan satu jiwa.

Jadi janganlah dipertaruhkan hidup yang hanya sekali itu kepada satu jemaah yang belum diyakini kebenarannya. Sebaliknya kita mestilah terlebih dahulu mengkaji dan menimbangnya dengan semasak-masaknya sehingga nyata kepadanya bahawa jemaah yang hendak dimasukinya itu adalah jemaah Islam yang benar. Itu lebih baik daripada memilih jalan lain yang tidak benar dan memasukinya tanpa selidik dan periksa terlebih dahulu.

Patutlah disebutkan di sini bahawa untuk merealisasikan segala tuntutan Islam hendaklah melalui jalan Rasulullah (s.a.w.). Sebelum baginda membangunkan Ad Daulah Al Islamiah yang pertama itu, baginda menekankan dan mementingkan persoalan sekitar penegakan akidah Islam di dalam jiwa mukminin. Kemudian mendidik mereka di rumah Al Arqam (Darul Arqam) dengan hidangan Al-Qur'an di Madrasah Rasulullah (s.a.w). Dari Madrasah itu, terbentuklah para lelaki akidah (rijalul akidah).

Akidah ini menguasai perasaan, pemikiran dan jiwa mereka malah menjadi asas di dalam kehidupan mereka. Mereka mengorbankan waktu mereka, usaha mereka, kesihatan mereka, fikiran, harta, malah nyawa mereka untuk akidah Islam. Mereka tetap berpegang teguh kepadanya dan rela menanggung segala gangguan dan penindasan.Mereka tidak pernah berundur, walaupun apa akan terjadi pada diri mereka. Mereka terus menyebarkan dakwah Islam, mempertahankan dan berjihad pada jalannya dengan harta dan jiwa mereka. Mereka itulah yang menjadi tiang dan teras yang kuat di dalam asas Ad Daulah Al Islamiah yang pertama.

Kemudian Rasulullah (s.a.w) mempersaudarakan dan menyusun mereka. Rasulullah (s.a.w) mengikat janji dan sumpah setia dengan mereka untuk sama-sama membela agama ini dengan segala apa yang ada pada mereka. Akhirnya kemenangan dan kekuasaan di muka bumi berada di tangan mereka.

Demikianlah, Rasulullah (s.a.w) telah berjaya membuktikan bahawa kekuatan akidah datang dahulu, kemudian diikuti pula oleh kekuatan kesatuan, dan akhirnya kekuatan tangan dan senjata. Apabila dasar dan asas yang kuat dan pejal telah terbentuk, mereka mampu menghadapi musuh-musuh Allah (s.w.t) dan mampu pula membalas segala bentuk percerobohan dengan kekuatan.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya Dan sesungguhnya Allah (s.w.t) benar-benar berkuasa menolong mereka." (Al-Haj: 39)

Dalam proses pembentukan dasar dan asas yang kuat di kalangan mukmin yang masih sedikit bilangannya, Rasulullah (s.a.w) mewasiatkan mereka supaya bersabar menanggung segala penderitaan dan azab sengsara dan berpegang teguh kepada al Haq (kebenaran) yang telah mereka imani dan terus menerus menyampaikan dakwah kepada orang lain. Mereka tidak dituntut untuk menghadapi kebatilan dengan kekuatan (sama ada kekuatan tangan atau senjata).

Jadi jemaah yang mesti dipilih dan dimasuki oleh para pemuda Islam ialah jemaah yang berjalan di atas jalan Rasulullah (s.a.w). Jemaah yang berjalan di atas jalan Rasulullah SAW adalah jemaah yang bersifat Syumul, iaitu di antaranya syumul dari sudut keahliannya. Yakni tidak memilih ahli yang ada kepentingannya, dengan erti kata lain iaitu ahli yang Elit, Bijak Pandai dan seumpamanya.Jadi, mana-mana jemaah yang tidak mengutamakan sifat syumul ini ditambah dengan sudut tarbiah (pendidikan) dan penyatuan tetapi mempergunakan kekuatan, maka itu adalah satu jemaah yang memperjudikan nasib dan usahanya. Ini membahayakan amal Islami (usaha dan perjuangan Islam).

Jadi, segala usaha ke arah pemerintahan dengan jalan kekerasan atau kekuatan tanpa tarbiah dan perpaduan atau dengan jalan yang mengabaikan tarbiah, merupakan pertaruhan bahkan satu kerugian terhadap amal Islami. Walaupun ia berkembang dan membesar menurut tabi'i sebelum dasar dan asas menjadi kuat, namun ia tidak mantap dan tiada kesungguhan untuk berjalan terus menerus.

Jadi mestilah terlebih dahulu dibentuk dasar yang kuat dan pejal. Dengan demikian ia redha kepada hukum-hukum Islam, melindunginya, membelanya dan tidak berkompromi dengan hukum yang lain darinya. Demikianlah, pembinaan itu mestilah didahului dari asas bukan dari puncak. Apabila sesuatu bangunan yang hendak dibina itu besar dan tinggi, maka asasnya mestilah luas dan dalam pula. Samalah keadaannya dengan bangunan yang hendak kita bangunkan ini adalah bangunan yang paling besar dan paling tinggi iaitu 'Ad Daulah Islamiah Alamiah' (negara Islam sejagat) kerana dakwah kita adalah alamiah (antarabangsa) demikian juga musuh-musuh kita adalah alamiah juga. Jangka masa yang digunakan di dalam medan ini diukur dengan umur dakwah bukan diukur dengan umur individu.

Dengan rahmat kurnia Allah (s.w.t), kita dapati Al Imam Hassan Al Banna telah mengambil jalan ini dari seerah Rasulullah (s.a.w). Beliau menegaskan betapa perlunya dipersiapkan al fardi muslim (individu muslim) sebagai lelaki akidah (rijalul akidah), pentingnya didirikan keluarga muslim (usrah muslimah) dan akhirnya masyarakat muslim (mujtama muslim). Di atas asas-asas yang kuat inilah, kelak terdirinya Ad-Daulah-Islamiah dan seterusnya Al-khilafah Islamiah, InsyaAllah.
posted by Abu Mus'ab @ 1:02 PTG   0 comments
AZAB TINGGALKAN SOLAT

12 Azab bagi mereka yang meninggalkan Solat


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.


Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-


1.Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :


1.Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-


1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).


Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :


1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
posted by Abu Mus'ab @ 12:29 PTG   0 comments
SUKE ADA MAKNA TAU
Khamis, Jun 21, 2007

Suke-suke Ada Makna Tau


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu

17. Hidup segan mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit, kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
posted by Abu Mus'ab @ 4:00 PTG   0 comments
KEWAJIPAN BERADA DALAM JEMAAH ISLAM
KEWAJIBAN BERADA DI DALAM JAMAAH ISLAMIYYAH

Menjadi kewajiban terhadap seseorang individu muslim beramal dan berusaha hanya untuk Islam, demi untuk merealisasikan segala tuntutan Islam. Ia memastikan setiap anggotanya berusaha untuk menegakkan Daulah Islamiyyah. Oleh itu amal jama’i yang dijalankan oleh sesebuah Jamaah Islamiyyah mestilah tersusun, rapi dan utuh. Adalah suatu perkara yang mustahil untuk merealisasikan tujuan yang besar ini dengan cara perseorangan tanpa usaha ‘amal jama’i yang tersusun rapi.

Oleh kerana itu untuk merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas semua ummat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan ‘amal Islami, maka dengan sebab itulah ‘amal jama’i menjadi satu kewajiban.

Kewajiban berada di dalam satu Jamaah atau Harakah Islamiyyah ini dapat dilihat di dalam Al Qur’an, sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk menegakkan agamanya di dalam satu Jamaah yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Di dalam hadis, Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

" Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah Muslimin dan pimpinan mereka."

Di dalam hadis yang lain pula, baginda bersabda yang bermaksud:

" Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid."

Kaedah fiqh ada menerangkan tentang wajibnya menyertai Jamaah Islamiyyah. Antara lainnya ialah yang maksudnya :

" Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya maka ianya juga menjadi wajib."

Daulah Islamiyyah hanya dapat ditegakkan dengan adanya Jamaah Islamiyyah dan ianya mustahil dapat ditegakkan secara individu. Oleh itu mewujudkan Jamaah Islamiyyah menjadi satu kewajiban ke atas ummat Islam dan menyertainya Juga adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan.

JAMAAH ISLAMIYYAH YANG DIWAJIBKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. SUPAYA KITA BERSAMA-SAMA DENGANNYA

Jamaah Islamiyyah yang diwajibkan kita bersama-sama dengannya itu mempunyai dua matlamat yang besar iaitu :

1 - Matlamat kursus
2 - Matlamat umum

Matlamat Yang Khusus

1. Melahirkan individu muslim dan mengembalikan keperibadian Islam yang tulin kepadanya.
2. Membina keluarga Islam yang benar-benar memberi saham di dalam pembentukan individu Muslim dan masyarakat Islam.
3. Membina masyarakat Islam yang mencerminkan Islam kepada masyarakat yang belum menerima Islam.
4. Mendirikan negara Islam.
5. Menyatukan semula ummat Islam yang berpecah belah sebagaimana yang ada pada hari ini.

Matlamat Yang Umum

1. Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa. Sebagaimana Al Qur’an menerangkan di dalam Surah Az Zaariyaat ayat 56 yang maksudnya :

" Dan ingatlah, Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Aku."

2. Mempelopori kerja-kerja amal ma’arof dan nahi mungkar. Firman Allah Taala yang maksudnya :

" Kamu (Wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan bagi faedah ummat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang salah (buruk dan keji serta kamu berirnan kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab itu beriman, tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan dari mereka orang-orang yang fasiq."

3. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia seluruhnya, sebagaimana firman Allah Taala yang maksudnya :

" Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (ummat Islam), ummat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidaklah menjadikan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar kamu mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sesungguhnya (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."

4. Menghapuskan fitnah dan kekufuran dan berkuasa di bumi ini, sebagaimana firman Allah Taala yang maksudnya:

" Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan sehingga menjadi agama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya), (nescaya mereka dibalas baik) kerana sesungguhnya Allah Amat Melihat akan apa yang mereka kerjakan."

Mudah-mudahan kita semua di kalangan mereka yang memahami akan kepentingan berada dalam Jemaah ini. Bukan nak melata, tapi ia adalah kemestian bagi setiap orang Islam yang mukallaf. Sedarlah muslimin dan muslimat sekalian, Orang Islam sekarang ini berada dalam keadaan yang membimbangkan. Hanya berada dalam Jemaah Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita. Fikir-fikirkanlah...
posted by Abu Mus'ab @ 3:11 PTG   0 comments
KEBERKATAN HAKIKI
Isnin, Jun 18, 2007

Keberkatan: Ni'mat kurnia memperjuangkan Islam

Muslimin sekalian, marilah kita memahami perkara penting, di antaranya firman Allah Taala ertinya: "Sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan keberkatan kepada mereka yang keluar daripada langit dan keluar daripada bumi". (Al-A'raf: 96)

Perkataan berkat ini didapati di dalam istilah politik, ekonomi dan pendidikan dizaman moden ini. Keberkatan adalah satu istilah yang dikenali oleh umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w dan di zaman umat Islam beramal dengan ajaran Islam.

Ulama' telah menghuraikan perkataan berkat dengan kebaikan di dunia dan di akhirat. Bila disebut kebaikan dunia maka difahami sebagai makan minum yang cukup, pakaian dan tempat tinggal yang selesa, kenderaan yang meningkat, keluarga yang bahagia dan lain-lain nikmat zahiriyyah yang semua diingini oleh manusia di dunia ini.

Sementara kebaikan di akhirat pula ialah apa yang disediakan oleh Allah Taala sebagai ganjaran akhirat daripada pahala, terselamat daripada azab kubur, kegawatan di padang mahsyar dan akhirnya terselamat daripada azab neraka. Seterusnya dimasukkan ke dalam syurga, semuanya adalah hasil faedah daripada nikmat kesihatan, harta benda, keluarga dan lain-lain daripada kurniaan Allah Taala di atas muka bumi sekiranya diuruskan mengikut panduan ajaran Islam.

Adapun hari ini keberkatan ini dilupakan oleh mereka termasuklah oleh sebahagian daripada umat Islam sendiri hasil daripada mereka dilanda oleh fahaman kebendaan (materialisme) yang telah menguasai dunia hari ini. Oleh itu,ajaran yang menyampaikan kepada kebendaan menjadi satu cabang ilmu yang diwajibkan kepada manusia dan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan yang diajar kepada generasi muda.

Untuk mencapai kesenangan di atas dunia, maka lahirlah pelbagai idiologi selain semuanya menjadikan kebendaan sebagai Tuhan baru yang disembah dan dipuja selain daripada Allah Taala. Apa yang baik pada pandangan manusia dan negara yang menganut fahaman ini ialah apa boleh menyampaikan kepada kebendaan; yang adil pada pendangan mereka hanyalah yang memberi keuntungan kepada kebendaan, bukan lagi yang menjadi penentu kepada kebenaran dan keadilan ialah Allah Ta'ala sendiri.

Umat Islam juga dilanda oleh fahaman ini. Sebahagian besar negara umat Islam dikuasai oleh idiologi yang mempertuhankan kebendaan sama ada bernama komunis, sosialis, kapitalis dan lain-lain fahaman yang tidak ada kena mengena dengan Islam. Kebanyakan ucapan dan cakap-cakap pemimpin dan program-program yang dilancarkan hanyalah yang dapat memberi pulangan kebendaan dan menganggap itulah punca kepada segala kebahagiaan. Soalnya agama hanyalah menjadi perkara sampingan dan cabang sahaja.

Jangan sekali-kali umat Islam hanyut di dalam arus kebendaan ini. Bukan bermakna kita tidak mahu kepada harta benda dan kesenangan, tetapi perlu disedari bahawa semua kesenangan itu adalah alat dan perkakas untuk manusia melaksanakan tugas-tugas yang diwajibkan keatas mereka oleh Allah Taala atas kehidupan di muka bumi ini iaitu tiga perkara sebagaimana terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim iaitu:

Pertamanya: Tugas ibadat sebagaimana firman Allah yang bermaksud; "Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mreka beribadat kepadaKu". (Az-Zariat: 56)

Kedua: Tugas khalifah sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud; "Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat, sesungguhnya akan Kujadikan (manusia) sebagai khalifah diatas muka bumi". (Al-Baqarah: 30)

Ketiga: Tanggungjawab amanat sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah meneruskan amanat kepada langit, bumi dan bukit bukau, mereka semua tidak mahu menerimanya dan kerana untuk menanggungnya dan manusia sanggup menerimanya, sesungguhnya manusia zalim (menzalimi diri sendiri) dan jahil. (Al-A'raf: 72)

Yang dimaksudkan dengan ibadat ialah mengerjakan syiar-syiar ibadat dengan menyembah Allah Taala sebagai Tuhan yang mencipta manusia dan mengurniakan rezeki kepada mereka sebagaimana yang diajar oleh para Rasul 'alaihimussalam.

Ibadat juga hendaklah mereka menurut peraturan dan hukum hakam yang telah ditentukan oleh Allah ke atas mereka sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Semua yang dihalalkan itu memberi manfaat kepada manusia dan semua yang diharamkan oleh Allah itu membawa mudarat dan keburukan kepada manusia sama ada hukum halal dan haram itu berkait dengan individu, keluarga, masyarakat dan negara dan perkara yang berkait dengan manusia.

Sementara kewajipan khalifah pula ialah sebagaimana yang dihuraikan oleh ulama' sebagai: Menegakkan agama Allah dan mentadbir dunia dengan agama itu. Semua urusan hidup bernegara sama ada undang-undang, ekonomi, pentadbiran, pendidikan, dan semua yang melibatkan urusan mengatur dunia ini hendaklah tunduk kepada hukum agama iaitu Islam.

Manusia belum melaksanakan tugas 'khalifah' selagi mereka belum mentadbir urusan dunia dengan Islam.

Adapun tugas amanah merupakan suatu yang penting untuk mereka menunaikan semua kewajipan dengan penuh bertanggungjawab di hadapan Allah Ta'ala.

Allah Ta'ala mengutuskan para Rasul untuk melaksanakan tugas amanat ini sebagaimana firman Allah Ta'ala kepada Nabi Ibrahim a.s yang bermaksud: "Dan ketika Allah menguji Nabi Ibrahim dengan beberapa kalimat (tanggungjawab) maka Nabi Ibrahim menyempurnakannya. Allah berkata kepadanya "Sesungguhnya Aku jadikan kamu pemimpin kepada umat manusia". Ibrahim bertanya, "Adakah juga daripada keturunan aku" Firman Allah Taala "janji Aku ini tidak diterima oleh orang-orang yang zalim".

Siapakah orang yang zalim yang melanggar janji Allah Taala? Iaitu orang yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan kepada hukum Allah sama ada di dalam urusan peribadi, urusan keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan sebagainya, sehingga perkara yang dilakukan itu tidak mendapat berkat di dunia dan di akhirat.

Sekiranya keberkatan dan redha Allah Ta'ala dicapai walaupun dengan sedikit kesenangan, kemajuan dan pembangunan itu baik, semuanya akan membawa kebaikan kepada individu, rakyat dan negara didunia dan diakhirat.

Malangnya manusia mengejar dunia tanpa memikirkan akhirat. Sedikit sahaja daripada mereka yang ingat ketika hidup di dunia bahawa di sana juga akan ada hidup akhirat.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud:

"Di kalangan manusia yang berdoa, "Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami (ni'mat) di dunia", maka tidak ada baginya bahagian di akhirat. Dan di kalangan mereka ada yang berdoa "Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakirat dan selamatkan kami daripada azab neraka". (Al-Baqarah: 200-201).
posted by Abu Mus'ab @ 5:56 PTG   0 comments
PENGHULU WANITA DI SYURGA ALLAH
Jumaat, Jun 15, 2007

Sayyidatina Fatimah r.ha : Penghulu Wanita Syurga

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajat dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu.

Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah taala memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT.

Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.
posted by Abu Mus'ab @ 6:33 PG   0 comments
MENYAYAT HATI

Seorang Pelajar Malaysia Meninggal Dunia di Mansurah

Khamis, 14 Jun 2007

Seorang pelajar Malaysia, Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pada pukul 1.00pg waktu tempatan di Hospital Dauli, akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman di seluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk di bahagian kepala.

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam, hari Rabu 13 Jun 2007, di sebuah rumah sewa pelajar Malaysia di kawasan Dirasat, Mansurah, Mesir.Mangsa dikatakan diserang dari belakang dengan menggunakan tiga bilah pisau. Beliau yang cedera setelah diserang berkali-kali, lari ke anjung rumah dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian penduduk tempatan yang berada di pasar, berhampiran tempat kejadian.

Mereka cuba untuk membantu mangsa dengan naik ke tempat kejadian dan mendapati beliau dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah. Penduduk tempatan berbangsa Arab tersebut bergegas menghantar mangsa ke Hospital Dauli untuk rawatan, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana.

Di samping itu, mereka juga telah menangkap suspek untuk diserahkan kepada pihak polis. Sehingga kini, pihak polis masih melakukan siasatan ke atas suspek, terhadap kejadian yang berlaku.

Mangsa adalah pelajar tahun tiga Fakulti Usuluddin, Jurusan Tafsir, Universiti Al-Azhar, cawangan Mansurah. Suspek juga adalah pelajar Malaysia di cawangan yang sama dan mengenali mangsa.Al-Fatihah...

Maklumat Mangsa

Nama: Mohammad Bin Ishak Bin Abdul Rahman

Tarikh Lahir : 09 November 1985

Alamat Di Malaysia: 309-B Kg. Pengkalan Raja Wali Chendering Kuala Terengganu, 21080 Terengganu

No Ic :851109-11-5051

No Tel: 096174905

Tarikh Tiba Mesir: 17 09 2006

Nama Bapa: Ishak Bin Abdul Rahman

Pekerjaan: Pesara

Nama Ibu: Zaharah Binti Muhammad

Pendidikan :

Sekolah Kebangsaan Chendering
Sek Men Agama Marang
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza)
posted by Abu Mus'ab @ 5:58 PG   1 comments
AMBIL PERHATIAN !
Rabu, Jun 13, 2007

[Ingatan] 9 Jenis Syaitan (waspada)

Assalamualaikum wbt,

Simpanlah baik-baik pesanan ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan-syaitan kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka .Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat , Insya'Allah .

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

BELILAH BARANGAN BUATAN ORANG ISLAM, BANTULAH EKONOMI ISLAM
posted by Abu Mus'ab @ 10:59 PTG   0 comments
ANTARA TANDA-TANDA QIAMAT
Selasa, Jun 12, 2007
Masjid makin bertambah, jamaah makin berkurang

Antara pembangunan hebat yang dibanggai oleh Kerajaan Islam Hadhari Terengganu Bestari pada hari ini ialah pembinaan masjid-masjid di negeri ini.

Bagi membuktikan bahawa mereka hendak memartabatkan Islam di bumi Darul Iman ini, mereka telah merancang untuk membina kira-kira 30 buah masjid setahun. Inilah yang dapat kita lihat di Terengganu sekarang. Di merata ceruk kampung terbina masjid-masjid baru.

Dalam masa yang sama mereka menuduh Kerajaan PAS semasa pemerintahannya dahulu selama lebih empat tahun tidak membina walau sebuah masjidpun. Sedangkan dakwaan tersebut adalah suatu pembohongan yang semua rakyat Terengganu tahu.

Inilah usaha Umno/Barisan Nasional (BN) untuk menafikan apa sahaja yang dibuat oleh PAS sepanjang pemerintahannya. Sebahagian besarnya kalau difikirkan mereka perkara itu memberi keuntungan kepada PAS, akan dihapuskan supaya rakyat tidak dapat melihat kesan kebaikan dari pemerintahan PAS. Manakala perkara-perkara yang menguntungkan mereka akan dikekalkan, cuma diubahsuai sedikit supaya tidak nampak sangat ia adalah hasil usaha Kerajaan PAS.

Berbalik kepada isu pembinaan masjid tadi, kita lihat apa yang jelasnya ialah bukan mereka bersungguh-sungguh hendak membina masjid bagi menegakkan syiar Islam, tetapi semata-mata bagi menegakkan projek untuk dibahagikan kepada kroni dan puak-puak mereka.

Masjid-masjid yang dibina bukan atas dasar taqwa sebagaimana yang sepatutnya, atau dalam ertikata lain boleh kita istilahkan sebagai Masjid Dhirar sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dahulu.

Sebab itulah kita lihat hari ini, masjid semakin bertambah dan semakin cantik dihias dengan kos berjuta-juta, tetapi ahli jamaahnya semakin pupus. Ini kerana BN hanya membina bangunan masjid, tanpa berusaha membina manusia-manusia yang beriman yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah sebagaimana disebut dalam al-Quran.

Contoh terbaru dapat kita lihat dalam paparan Berita Minggu semalam (27 Mei), sebuah masjid utama atau masjid daerah di ibu daerah iaitu Masjid Bandar Permaisuri di Setiu yang digambarkan seolah-olah seperti masjid yang tidak digunakan.

Kalau begitulah rupanya masjid tersebut, kita boleh bayangkan pula ahli jamaah yang memakmurkannya.

Inilah sebenarnya realiti kepalsuan Islam Hadhari yang dianuti oleh Kerajaan Umno/BN. Mereka sebenarnya berpura-pura hendak meletakkan Islam di tempat yang tinggi, tetapi pada hakikatnya Islam diketepikan. Islam yang mereka uar-uarkan sekadar untuk memikat hati rakyat yang majoritinya masih kuat sentimen agamanya.

Fikirkanlah wahai rakyat Terengganu, jangan sampai kamu terus ditipu oleh manusia-manusia yang bertopengkan agama, tetapi sebenarnya berusaha menghapuskan agama.

posted by Abu Mus'ab @ 10:42 PTG   1 comments
KPT = ?
Ahad, Jun 10, 2007

Kompleks BARU Keluarga Penuntut Terengganu, Kaherah, Mesir

Ni Pandangan Belakang Kompleks... Cantik kan !


Ni Pandangan Sisi ... Cantik Warna Pintu tu !

Ni Pandangan Sisi Juge ... Memang Tak Siap Lagi ...


Ni Pandangan Sisi Lagi ... Ni Dari Jauh ... Tepi tu Kompleks Negeri Pahang !

Lagi Pandangan Sisi, Sebab Yang Belah Lain Tak Siap Lagi ...!


Hah ! Ni Pandangan Depan ... Cantik Kan ? Tapi Takda Langsung Warna Hijau ... Kenapa Yer ?
posted by Abu Mus'ab @ 1:37 PTG   2 comments
ANTARA UNDANG-UNDANG DAN SYARI'AT
Jawapan rasmi Majlis Fatwa Kerajaan Mesir kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.


الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده سيدنا محمد رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين



Kami telah meneliti tuntutan yang datang dari pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bertarikh 29/5/2007 di bawah nombor rujakan 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi:

"Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Mesir telah melarang para siswi Al-Azhar daripada berpakaian purdah di dalam bangunan Kedutaan dengan sebab keamanan dan sebagai langkah berjaga-jaga daripada ancaman keganasan (terrorist) sedangkan pihak Kedutaan boleh untuk hanya meminta para mahasiswi Malaysia yang memakai purdah untuk membuka purdah mereka sebelum mereka memasuki bangunan Kedutaan atas tujuan untuk mengenali identiti mereka. Adakah pihak Kedutaan dibenarkan dari sudut Syarak untuk memaksa para wanita yang memakai purdah agar para wanita tersebut berpegang dengan satu pandangan yang tertentu di dalam masalah yang berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama seperti masalah 'purdah'? Apakah tindakan yang mesti diambil oleh para wanita yang memakai purdah apabila berhadapan dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh pihak Kedutaan?"

Jawapan

Sudah dikenali bahawa masyarakat Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Al-Imam Al-Syafie Radiallahu `Anhu. Di dalam mazhab ini, wanita yang merdeka yang telah baligh diwajibkan untuk menutup wajahnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

Di dalam kitab Hasyiah Al-Jamal `Ala Syarh Al-Manhaj, ada satu petikan yang turut ada di dalam kitab Syarh Al-Mahalli `Ala Minhaj Al-Nawawi yang berbunyi:

Adapun aurat wanita ketika dia bersama dengan wanita muslim yang lain………..Adapun aurat wanita ketika dia bersama golongan lelaki yang bukan mahramnya, maka auratnya adalah seluruh badan.

Di dalam kitab Hawasyi Al-Syarwani `Ala Tuhfat Al-Muhtaj yang dikarang oleh Ibnu Hajar `Ala Minhaj Al-Nawawi, dinyatakan bahawa:

Diketahui daripada ulasan ini bahawa wanita yang merdeka mempunyai tiga aurat:

Aurat semasa solat iaitu: sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini

Aurat dari sudut apabila orang lelaki yang bukan mahram melihat kepada si wanita tersebut iaitu:


Seluruh badannya sekalipun muka dan dua tapak tangan berdasarkan pandangan yang muktamad
Aurat apabila si wanita berseorangan diri dan semasa bersama dengan mahram: iaitu seperti aurat seorang lelaki

Di dalam kitab Hasyiah Bijirmi `Ala Al-Khatib dinyatakan bahawa:

Adapun aurat wanita (yang baligh dan merdeka) di luar solat dari sudut pandangan lelaki yang bukan mahram terhadapnya, maka aurat wanita tersebut adalah seluruh badannya sekalipun wajah dan dua tapak tangan, sekalipun aman daripada fitnah.

Berdasarkan petikan di atas, maka berdasarkan situasi yang dinyatakan di dalam soalan, pihak yang berkuasa berhak untuk mengambil langkah-langkah untuk menjamin keselamatan, menyelidik, memerhati dan membuat pemeriksaan bagi memastikan keselamatan pihak berkuasa.

Antara langkah-langkah tersebut adalah meminta wanita yang berpurdah untuk menzahirkan wajahnya ketika wanita tersebut ingin masuk ke dalam bangunan pihak berkuasa tanpa pihak berkuasa memaksa wanita-wanita yang berpurdah untuk menanggalkan niqab mereka setelah mana mereka berada di dalam bangunan Kedutaan. Ini kerana bangunan kedutaan adalah tempat awam yang boleh dimasuki oleh setiap warganegara (Malaysia).



والله سبحانه وتعالى أعلم


Panel Fatwa
30/5/2007.
posted by Abu Mus'ab @ 12:56 PTG   0 comments
PEREMPUAN PERTAMA MASUK SYURGA
Khamis, Jun 07, 2007

PEREMPUAN MULA-MULA MASUK SYURGA

Ringkas Kisahnya, Satu ketika Sayyidatina Aisyah Radhiallahu `anha bertanya kepada ayahnya Nabi Muhammad Sollalahu `alaihi Wasallam tentang siapakah perempuan pertama yang akan masuk Syurga Allah taala.

Walaupun pada hakikatnya Nabi Sollalahu `alaihi Wasallam telah menyatakan yang Fatimah lah perempuan pertama masuk Syurga Allah taala, tapi Nabi Sollalahu `alaihi Wasallam sempat lagi bergurau dengan anaknya dengan menjawab pertanyaan Fatimah dengan menyatakan seorang perempuan lain yang mula-mula masuk Syurga Allah taala. Fatimah pun bertanya: Siapakah dia wahai ayahku? Nabi Sollalahu `alaihi Wasallam menjawab : Beliau adalah seorang perempuan yang berada di hujung kampung ini. Fatimah bertanya lagi : Apakah amalan yang membuatkan beliau mula-mula masuk Syurga sebelum aku? Rasulullah Sollalahu `alaihi Wasallam menjawab : Pergilah kamu bertanyakan sendiri kepada beliau. Tanpa berengah, Fatimah pun pergilah ke rumah perempuan tersebut.

Saat ketika Fatimah mengetuk pintu rumah perempuan tersebut, tatkala perempuan tersebut membuka pintu rumah, Fatimah memperkenalkan diri kepada perempuan tersebut dan meminta kebenaran untuk masuk ke rumah tersebut. Lantas perempuan itu meminta maaf kerana tidak dapat membenarkan Fatimah masuk ke dalam rumah kerana dia perlu meminta izin suaminya dahulu. Perempuan tersebut meminta Fatimah datang ke rumahnya pada hari keesokannya. Keesokannya Fatimah datang ke rumah tersebut membawa seorang anaknya untuk menemaninya. Akan tetapi perempuan tersebut tidak membenarkan Fatimah masuk ke dalam rumahnya kerana dia hanya meminta izin daripada suaminya hanya Fatimah yang dibenarkan masuk ke dalam rumahnya. Perempuan tersebut meminta Fatimah datang keesokannya pula. Keesokannya Fatimah datang ke rumah perempuan tersebut dengan membawa kedua-dua anaknya. Lantas perempuan tersebut tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana dia hanya meminta izin daripada suaminya Fatimah dan seorang anaknya sahaja yang dapat masuk ke dalam rumahnya. Lalu perempuan tersebut meminta Fatimah datang ke rumahnya pada keesokannya harinya.

Keesokannya, Fatimah datang ke rumah perempuan tersebut. Dapatlah Fatimah masuk ke dalam rumahnya. Fatimah mendapati perempuan tersebut amat baik akhlaknya dan layanannya. Tatkala waktu petang menjelma, tiba-tiba perempuan tersebut terus meninggalkan Fatimah dan masuk ke dalam biliknya. Segala tingkahlaku perempuan tersebut, Fatimah memperhatikannya. Rupa-rupanya Perempuan tersebut pergi bersiap diri, bersolek demi menanti kepulangan suaminya. Kemudian, perempuan tersebut membawa segelas air dan sebatang tongkat dalam dalam keadaan pakaian yang cukup seksi menunggu di pintu rumah. Lalu Fatimah pun bertanya kepada perempuan tersebut satu persatu akan perbuatan dia yang pelik itu.

Perempuan itu tersebut menyatakan sebab beliau membawa segelas air iaitu jika suamiku dahaga inginkan air untuk diminum, tidaklah aku bergegas-gegas ke dapur untuk mengambil minuman. Kemudian kenapa bersama perempuan tersebut ada sebatang tongkat iaitu jika suamiku mendapati diriku ada kesalahan, justeru tongkat inilah yang akan digunakan oleh suamiku untuk memukulku dan yang terakhir sebab perempuan tersebut berpakaian seksi kerana jika suamiku berkeinginan untuk melepaskan nafsunya terhadapku, aku bersedia. Itulah rutin kehidupan harian perempuan tersebut.

Maka Fatimah pun pulang ke rumah dan menceritankan perihal perempuan tersebut kepada ayahnya Nabi Muhammad Sollallahu `alaihi wasallam. Nabi Sollallahu `alaihi wasallam membenarkan akan hal keadaan itu. Dalam masa yang sama, kelihatan di wajah Fatimah tidak senang hati dengan keputusan ayahnya Sollallahu `alaihi wasallam itu. Fatimah menyangka dialah perempuan yang mula-mula masuk Syurga Allah taala, tapi rupanya masih ada lagi perempuan lain yang mendahuluinya.

Kemudian, dalam keadaan senyum, Nabi Sollallahu `alaihi wasallam menggembirakan anaknya Fatimah dengan menyatakan bahawa perempuan tersebut adalah pemandu yang akan membawa Fatimah masuk ke Syurga dengan menaiki kenderaan dari Syurga. Maka fahamlah Fatimah bahawa dialah perempuan yang mula-mula masuk Syurga Allah taala, sedangkan perempuan tadi adalah pemandunya.

Maka berakhirlah kisah ini… Bagi Muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Indahnya pendirian Fatimah Radhiallahu 'anha dan Pemandunya. Jadi, adakah kita tidak menginginkan keadaan tersebut terjadi ke atas diri kita. Walaupun kita tahu bahawa kita bukanlah perempuan pertama masuk Syurga, tapi sekurang-kurangnya kita dapat masuk Syurga dengan menyelami pendirian Sayyidatina Fatimah Radhiallahu `anha dan Pemandunya… Fikir-fikirkanlah …
posted by Abu Mus'ab @ 4:39 PTG   0 comments
MEMAHAT SEJARAH ?

Memahat Sejarah ?(tipu Hadhari, bohong Bestari)
Pada 2 April 2007, sempena merayakan 3 tahun BN memerintah semula Terengganu telah diadakan malam yang ditemakan dengan Memahat Sejarah mencipta Tamadun.

Program yang telah diadakan di stadium negeri itu anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama jabatan berkenaan termasuk Unit Komunikasi Negeri; Jabatan Pendidikan Negeri; Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu; Jabatan Penerangan Negeri; Lembaga Muzium Negeri dan Unit Pengurusan Maklumat Negeri

Didalam majlis tersebut peserta telah dibahagi dengan buku yang menonjolkan kejayaan ( kononya) kerajaan Terengganu pimpinan Umno sepanjang 3 tahun tersebut.

Antara yang menarik dan hendak dimaklumkan di sini ialah kandungan yang terdapat dalam buku yang dibahagi bahagikan tersebut.

Dulu pernah di tulis, tipu biarlah bertempat.

Kalau kerja tak betul, kerja tak jujur, akan terselak dan terselah juga betis yang berkarat penuh dengan parut kudis.Pakai seluar jeans berjenama sekalipun.

Muka 3 buku tersebut memamparkan gambar seorang warga emas memegang surat hakmilik tanah.Dengan wajah yang penuh kegembiraan mak cik ini pula mengangkat ibu jari ( Mungkin tanda bagus dan setuju) ataupun mungkin dah berpuluih tahun tunggu surat hakmilik kini barulah dapat.

Saya agak tentu dah lama sangat beliau mengharapkan surat hakmilik tanah tersebut.maka kini beliau sangat gembira. Kisah bagaimana seorang anak yang mendapat surat hakmilik bagi pihak ayahnya menangis terkedu kedu apabila MB ketika itu Hj Abd Hadi Awang menyampaikan surat Hak milik Tanah tentu masih diingati.

Kejadian yang berlaku di Dungun itu sangat menyayat hati kerana Ayah beliau yang memohon tanah tersebut telah meninggal dunia.Ditakdirkan tahun 1999 PAS memerintah Terengganu dan pada tahun 2003 baru lah tanah ayah beliau diluluskan oleh Kerajaan PAS ketika itu. . .

Kita kembali pada kepada gambar mak cik wargaemas tadi, cuba perhatikan betul betul surat hakmilik yang beliau pegang itu.
Cuba amati betul betul tarikh surat hakmilik tanah Mak Cik Minah Hasan ini, ianya didaftarkan pada 13 Ogos 2003.ya tarikh itu ianya didaftarkan di Pejabat Tanah oleh pendaftar tanah Daerah. BN menang semula di Terengganu 23 Mac 2004 ?


Jadi...... 13 Ogos 2003 siapa Kerajaan masa tu? Jelas bukan? kenapa yang diheboh hebohkan kononya BN yang memberi surat hakmilik tersebut.Tipu lagi....Tipu Hadhari, Bohong bestari......"
posted by Abu Mus'ab @ 1:14 PTG   0 comments
TEMUDUGA TERTUTUP
Selasa, Jun 05, 2007

TEMUDUGA TERTUTUP

AMARAN: Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.
posted by Abu Mus'ab @ 12:32 PG   0 comments
USUL TERGEMPAR DALAM MUKTAMAR
Ahad, Jun 03, 2007

Perwakilan terima usul tergempar tindakan pesalah murtad

Perwakilan Muktamar PAS kali ke-53 hari ini menerima sebulat suara usul tergempar Dewan Pemuda PAS supaya murtad dijadikan sebagai satu kesalahan jenayah dan boleh didakwa di mahkamah.

Perwakilan Pemuda, Abdullah Abdul Karim berkata walaupun umat Islam umumnya merasa gembira dengan mahkamah menolak permohonan rayuan Azlina Jailani (Lina Joy) namun dibimbangi kejadian yang sama akan berulang dan akan memberi implikasi yang buruk kepada umat Islam.

Sedangkan dalam kes Lina Joy hanya melibat untuk menukar status agama di dalam kad pengenalannya dan mengisytiharkan bahawa orang Islam tidak boleh murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan kecuali dengan kebenaran Mahkamah Syariah, katanya.

"Melihat kepada kes ini yang sudah tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah,sesiapa yang murtad sekadar akan akur dengan keputusan tersebut.

Namun, mereka yang telah merosakkan nama Islam dan menyebabkan suasana tidak senang ini, tidak dikenakan sebarang tindakan dan hukuman sewajarnya kerana murtad tidak dianggap sebagai satu kesalahan jenayah, katanya.

Setakat ini katanya hanya negeri tertentu sahaja yang mempunyai peruntukan undang-undang mendakwa mereka yang murtad dan hukum yang dikenakan seperti tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan namun ianya masih tidak mencukupi untuk membendung gejala murtad ini berleluasa.

"Pemuda mahu PAS mendesak kerajaan demi menjaga kepentingan akidah umat Islam," katanya.

Dalam masa yang sama Pemuda PAS mahu Ahli Parlimen PAS, AJK PAS Pusat bersama- sama NGO terus melakukan tindakan proaktif dalam menangani gejala ini supaya semakin membarah.

PAS juga disarankan untuk mengadakan muzakarah dengan pelbagai pihak dan sekiranya tidak berjaya, membawa cadangan dan usul ini ke parlimen sebagai rang undang-undang 'Private bill'.

Banyak pihak merasa lega dan melahirkan rasa syukur apabila dua daripada tiga hakim yang mengadili kes Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jailani, 43, untuk membuang perkataan Islam dalam kad pengenalan, telah menolak permohonannya Rabu lalu.

Hakim berkenaan yang terdiri dari Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Hakim Dato' Allaudin Mohd Sheriff memutuskan bahawa Mahkamah Syariah ada kuasa menentukan sama ada seseorang boleh murtad atau tidak.

Katanya, mahkamah boleh mengenakan syarat untuk murtad.

Oleh itu mereka menyimpulkan bahawa Artikel 11 tidak membenarkan Azlina untuk menukar agama sesuka hati.

Katanya, Azlina hanya boleh murtad mengikut undang-undang Syariah. Dengan itu kedua mereka menolak permohonan Azlina Jailani.

Walaupun Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Dato' Richard Malanjum tidak setuju dengan penghujahan Tun Fairuz dengan mengatakan Perlembagaan Persekutuan adalah lebih tinggi di mana permohonan untuk menukar status agama kepada Mahkamah Syariah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun keputusan penuh penghakiman memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2:1 menolak rayuan Lina Joy untuk menukar status agama di dalam kad pengenalannya dan mengisytiharkan bahawa orang Islam tidak boleh murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan kecuali dengan kebenaran Mahkamah Syariah.

Kes tersebut turut didengar beberapa peguam pemerhati untuk pihak kerajaan iaitu antaranya, Pak Wan Chik Marican, Zulkifli Nordin, Zainur Zakaria dan lain-lain.

Sementara itu semasa penghakiman dimulakan lebih kurang pukul 10.00 pagi dihadiri lebih 300 orang termasuk wakil NGO Islam seperti Jim, ACCIN, Abim, Frokad, Teras dan wakil Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

Mereka yang datang sejak awal pagi memenuhi pekarangan mahkamah dengan berzikir dan bermunajat, diketuai oleh Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela).

Ketika itu juga setiap kali hakim membuat keputusan hadirin di luar turut diberitahu Pembela yang mendapat SMS dari wakil mereka yang berada dalam mahkamah.

Pengumuman dibaca oleh wakil Badan Penggerak Demokrasi, Anuar Tahir dan keputusan yang dibuat Tun Ahmad Fairuz dan Dato' Allauddin disambut dengan laungan takbir.
posted by Abu Mus'ab @ 12:23 PTG   0 comments
"MEE SEGERA" BN
Sabtu, Jun 02, 2007

Presiden PAS bidas pembangunan 'mee segera' BN

Ucapan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang lebih panas dan lantang mempersoalkan ketelusan kepimpinan BN bagi membela nasib rakyat.

Pembangunan `mee segera' sering dilaksanakan oleh BN sekiranya wujud pilihan raya umum dan pilihan raya kecil atau menjelangnya pilihan raya.

Demikian menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS kali ke-53, di Dewan Putik, Kota Bharu, sebentar tadi.

Menurut beliau, kerajaan BN sering menaikkan harga barang-barang keperluan serta tol sehingga amat membebankan rakyat.

Katanya, kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa sepatutnya menjadi peluang rakyat untuk menikmati keuntungannya.

Bagaimanapun, BN telah menghukum rakyat dengan mengambil tindakan menaikkan semua harga barangan keperluan dan harga tol.

"Kemiskinan rakyat tidak diatasi secara baik sebaliknya menjadi peluang kepada pimpinan BN untuk melakukan rasuah dengan lebih hebat," tegasnya di hadapan tetamu dan perwakilan Muktamar.

Menurut beliau, kerajaan yang lahir secara rasuah amat mustahil dapat mengatasi masalah rasuah dan membina negara berkebajikan.

Dato' Presiden menambah apabila menghadapi masalah ekonomi mereka menekan kehidupan rakyat dengan manikkan cukai dan barang keperluan serta memboroskan harta negara.
"Pimpinan BN juga sering membahagikan harta kepada kroni dengan menambah hutang negara atau memaksa rakyat menanggung bayaran dalam keperluan hidup seperti kesihatan dan pendidikan," tegasnya.

Tindakan itu semua tambah beliau membuktikan bahawa BN tidak mampu mengendali dan menguruskan sumber negara dengan baik.

Bertambah malang kata beliau, kakitangan awam seperti polis, tentera menjadi mangsa umpan Pilihan raya dengan dinaikkan gaji terlebih dahulu tetapi terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga tol, minyak dan barang keperluan.

Katanya, walapun kenaikan gaji dianggap sebagai satu keputusan baik tetapi kadar inflasi hari ini tidak mengizinkan kenaikan gaji itu dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.

Tindakan rakus pimpinan BN itu mendesak PAS mempersoalkan bagaimana nasib yang menimpa golongan yang tidak mendapat kenaikan gaji seperti petani, nelayan sudah pasti mereka menghadapi tekanan hidup.

Beliau menambah Umno telah menunjukkan contoh buruk kepada ajaran Islam kerana melahirkan wajah rasuah, keruntuhan moral dan berbagai kezaliman terhadap rakyat.
Katanya, kegagalan Dasar Ekonomi Baru adakan kerana keburukan perangai pemimpin Umno yang bertakhtakan rasuah dan penyelewengan.

Dalam ucapan dasar itu beliau menegaskan, sebutan `Bumiputera' hanya sekadar jenama yang memberikan mereka kesempatan politik atas nama `Agenda Melayu' untuk terus membolot kekayan negara sesama elit `Umnoputera'.

Tambah beliau, bukan sahaja Melayu Bumiputera tercorot disegi jurang pendapatan antara tiga kaum tetapi mereka merupakan kaum yang paling teruk dan tercorot dari segi jurang pendapatan `Dalam-Kaum' Melayu itu sendiri.

Ini kerana Melayu Bumiputera menghadapi satu lagi persaingan `Umnoputera lawan Bumiputera' iaitu antara usahawan dan korporat Melayu lawan Kroni Umno.
posted by Abu Mus'ab @ 4:05 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::