:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
KECANTIKAN ORANG YANG BERIMAN
Isnin, Ogos 27, 2007

Kecantikan Orang Yang Beriman

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik.....................

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,

Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,

Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,

Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,

Adalah lelaki yang baik sangka dan,

Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummi Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah.................

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,

Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,

Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,

Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...
posted by Abu Mus'ab @ 10:10 PG   0 comments
KAU KAH PEREMPUAN ITU ???

Kaukah Perempuan itu ????

kaukah perempuan itu pandangan pertama penuh simpati betapa ayu gadis melayu namun dalamnya dusta semata

kaukah perempuan itu yang hadir lewat zaman itu tersenyum bersama zuriat yang terlalu kau agungkan dan kini pabila kau kehilangan perlukah kau menuding orang lain menyalahkan agar hilang kesalmu namun sedarkah kau satu waktu kau mendoa kematiannya

kaukah perempuan itu yang kian lupa akan tanggungjawab hingga rumah bukan lagi syurga indah segala urusan kau anggap mudah hingga tanggungjawap kian lupus bersama masa yang beredar

kaukah perempuan itu yang menjaja kekurangan suamimu mendabik dada kaulah yang terbaik kononnya segalanya kau sediakan hingga kau terlupa akan kebaikannya

kaukah perempuan itu yang menyambut suami dengan kata sindiran kala malam mengharap kehangatan agar terpenuh segala impian

kaukah perempuan itu yang hanya tersentak seketika kini kian terlupa tersesat dalam dunia rekaanmu

kaukah perempuan itu..........
posted by Abu Mus'ab @ 10:02 PG   0 comments
BAHAYA PENYIMPANGAN PADA AQIDAH
Khamis, Ogos 23, 2007


BAHAYA PENYIMPANGAN PADA AQIDAH


Penyimpangan pada aqidah yang dialami oleh segelintir masyarakat menyebabkan seluruh kehidupan mereka tidak menentu, bukan saja di dunia tetapi berlanjutan sebagai kesengsaraan yang tidak berkesudahan di akhirat kelak. Mereka akan berjalan tanpa arah yang jelas dan penuh dengan keraguan dan menjadi peribadi yang berpenyakit. Biasanya penyimpangan itu disebabkan oleh beberapa faktor antaranya :


1. Tidak memahami aqidah yang benar kerana kurangnya ke majlis ilmu serta kurang mengambil berat tentang ilmu agama. Akibatnya mereka akan berpaling dan sentiasa menyalahi bahkan menentang aqidah yang benar.


2. Fanatik kepada peninggalan adat dan keturunan. Kerana itu dia menolak aqidah yang benar. Seperti firman Allah Subhanahu WaTaala tentang umat terdahulu yang keberatan menerima aqidah yang dibawa oleh para Nabi dalam Surah Al-Baqarah, ayat 170 yang ertinya : "Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami." (Apabila mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk."


3. Taklid membuta tuli kepada perkataan tokoh-tokoh yang dihormati tanpa melalui pemilihan yang tepat sesuai dengan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah. Sehingga apabila tokoh ajarannya sesat, maka ia ikut tersesat.


4. Berlebihan (ekstrim) dalam mencintai dan mengangkat para wali dan orang soleh yang sudah meninggal dunia, sehingga menempatkan mereka setara dengan Tuhan, atau dapat berbuat seperti perbuatan Tuhan. Hal itu karena menganggap mereka sebagai penghubung antara dia dengan Allah. Kuburan-kuburan mereka dijadikan tempat meminta, bernazar dan pelbagai ibadah yang seharusnya hanya ditujukan kepada Allah. Perkara ini pernah dilakukan oleh kaum Nabi Nuh Alaihis Salam ketika mereka mengagungkan kuburan para solihin. Surah Nuh 23 yang ertinya : "Dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan penyembahan) Wadd, dan jangan pula Suwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr."


5. Dipengaruhi idealisma (ajaran) Barat yang materialistik (kebendaan) itu. Ramai yang mengagungkan para pemikir dan ilmuan Barat serta hasil teknologi yang telah dicapainya sekaligus menerima tingkah laku dan kebudayaan mereka.


6. Pendidikan di dalam rumah tangga, banyak yang tidak berdasar ajaran Islam, sehingga anak membesar dalam keadaan tidak mengenal aqidah Islam. Pada hal Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan yang artinya : "Setiap anak yang dilahirkan adalah secara fitrah (suci), maka kedua orang tuanya yang meyahudikannya, menashranikannya, atau memajusikannya" (HR: Bukhari). Apabila anak terlepas dari bimbingan orang tua, maka anak akan dipengaruhi oleh program televisyen yang menyimpang, dan yang seangkatan dengannya.


7. Sistem pendidikan yang ada tidak memberikan tumpuan yang cukup dalam pembinaan keagamaan seseorang. Bayangkan, apa yang mampu diperolehi dari 2 jam seminggu dalam pelajaran agama, itupun dengan informasi yang kering. Ditambah lagi media massa baik yang bercetak maupun elektronik banyak yang tidak mendidik ke arah aqidah bahkan menyiarkan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.


INSAFILAH…
posted by Abu Mus'ab @ 2:30 PTG   0 comments
PERTUKARAN QIBLAT
Rabu, Ogos 22, 2007

Pertukaran Qiblat

Pada pertengahan bulan Sya’ban pernah berlaku peristiwa yang besar dan penting dalam kamus umat Islam sebagaimana yang diriwayatkan oleh kebanyakan ulama’ yang muktabar yang mana qiblat muslimin yang asalnya mengadap ke Baitul Maqdis telah diubah ke Ka’bah di Makkah Mukarramah. Ramai ulama' yang mengatakan ia berlaku pada 18 Rejab. Sehingga kini jika kita melawat Madinah Munawwarah, kita akan berpeluang melawat masjis Qiblatain yang bererti dua qiblat yang mana disinilah Allah menurunkan ayat agar nabi Muhammad S.A.W memalingkan muka baginda S.A.W dari mengadap ke arah Baitul Maqdis kepada mengadap ke arah ka'bah di Makkah. Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W berpusing pada kadar 45 darjah.

Marilah kita sama-sama merenung firman Allah ta’ala di dalam ayat 142 hingga 145 surah al-Baqarah yang bermaksud : Mereka yang kurang berakal di antara manusia akan berkata :”Apakah yang menyebabkan mereka(umat Islam) memalingkan muka daripada kiblatnya(Baitul Maqdis) yang mana dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya?”. Katakanlah : “Kepunyaan Allahlah timur dan barat.Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia manusia dan supaya Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas perbuatan kamu. Dan Kami tidak menetapkan qiblatmu sekarang melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa pula yang belot. Dan sesungguhnya pertukaran qiblat itu terasa amat berat kecuali bagi bagi mereka yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan Allah tidak kan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. Sesungguhnya Kami sering melihat mukamu mengadap ke langit, maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke qiblat yang kamu sukai. Palinglah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberikan al-Kitab iaitu Taurat dan Injil, semua ayat keterangan mereka tidak akan mengikut sama mengadap qiblatmu, dan kamupun tidak akan mengadap qiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak kan mengadap qiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikut keinginan mereka setelah datangnya ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu jika berbuat demikian termasuk golongan mereka yang zalim.

Daripada ayat-ayat ini dapatlah memberi penjelasan kepada kita bagaimana ejekan dan tuduhan liar yang dibuat oleh Yahudi dan Nasrani mengenai qiblat umat Islam adalah mengikut ajaran agama mereka kerana sama-sama mengadap ke arah Baitul Maqdis. Mereka juga menuduh Rasulullah S.A.W hanya mengubah sedikit sahaja daripada ajaran mereka dan baginda S.A.W bukannya nabi lagi rasul sebagaimana yang didakwa sebelum ini malah merupakan salah seorang daripada pengikut ajaran nabi mereka. Tuduhan-tuduhan yang tidak berasaskan ini memberi kesan juga kepada Rasullah S.A.W sehingga baginda S.A.W telah mendongak ke langit bagi memohon agar Allah memalingkan qiblat ke arah ka’bah yang telah dibina oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail ‘alaihimassalam.

Akhirnya permohonan baginda S.A.W telah diperkenankan oleh Allah ‘azzawajalla yang mana selepas tarikh itu umat Islam terus berqiblatkan ka’bah ketika solat. Disamping itu Allah menempelak kaum Yahudi dan penganut Nasrani dengan mengatakan bahawa mereka termasuk umat yang kurang berakal dan hanya tahu membuat tuduhan dan fitnah liar yang tidak berasas sama sekali. Apabila berlaku perubahan ini, kaum musyrikin Makkah pula menuduh bahawa Rasulullah S.A.W telah bertaubat dan kembali kepada ajaran datuk moyang mereka semula kerana mengadap ke arah ka’bah. Allah menempelak mereka dan menyatakan bahawa mereka daripada golongan yang zalim dan tidak mengetahui sesuatu kebenaran. Perubahan ini juga menyemarakkan lagi semangat Rasulullah S.A.W dan umat Islam pada masa itu untuk membebaskan ka’bah daripada kekotoran musyrikin dan berhala-berhala sembahan mereka yang berada sekitar ka'abah.

Walaupun berlakunya pertukaran ini namun Masjid Al-Aqsa tetap mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang mana di dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W telah menyatakan fadhilat masjid ini yang merupakan masjid yang ketiga selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah yang mempunyai fadhilat pahala yang besar apabila kita mendirikan sembahyang di dalamnya. Tetapi kini ia dicerobohi oleh Yahudi yang mendakwa bahawa masjid ini di bina di atas rangka kerajaan nabi Sulaiman dan nabi Daud 'alaihimassalam. Ini merupakan kenyataan yang direka ke arah meroboh masjid Al-Aqsa dan akan mendirikan di atas runtuhan itu pusat Yahudi yang akan menguasai politik dunia. Oleh itu tanggungjawab kita bersama untuk membebaskan bumi Palestin amnya dan masjid Al-Aqsa khususnya daripada cengkaman Yahudi sebagaimana yang pernah di lakukan oleh Sayyidina Umar Al-Khattab dan Solahuddin Al-Ayyubi.

Allah juga menjelaskan bagaimana kuffar sebenarnya tidak bersatu dan hati mereka terus berpecah yang mana diberikan contoh bahawa qiblat mereka tidak sama tidak sebagaimana umat Islam. Cuma yang perlu dijadikan peringatan kepada kita bersama bagaimana pihak kuffar terutama Yahudi dan Nasrani tidak pernah redha kepada kita malah sentiasa berusaha menghancurkan umat Islam walaupun dengan apa cara sekalipun. Jika dulu mereka menyerang dengan senjata tetapi kini lebih ditumpukan kepada serangan pemikiran yang mana boleh diterima oleh kebanyakan umat Islam dalam keadaan tidak sedar mengenai bahaya jarum suntikan musuh itu. Oleh itu hisabkanlah diri kita sama ada telah terlepas daripada mengikut telunjuk mereka ataupun turut berqiblatkan ideologi sesat yang dibawa oleh mereka
posted by Abu Mus'ab @ 3:27 PTG   0 comments
BN ADA AGAMA BARU
Isnin, Ogos 20, 2007




BN Ada Agama Baru.. Haqiqat Islam

Nah..nampaknya bertambah peninglah rakyat Kelantan sebab masing2 dok pertahan mana satu Islam yg benar...satu cakap macam nie satu cakap macam tu...Jika PAS dengan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM....lalu Anuar Musa baru ini dibawah payung UMNO melancarkan "Manhaj Islam Hadhari" sebagai tema manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang yang mengutamakan Islam.( Isu kedudukan Islam perkara utama manifesto Umno Kelantan )

Kini muncul seorang lagi sedang berhasrat nak menubuhkan Institut Haqiqat Islam bagi mendidik dan memberi kefahaman tentang ajaran Islam sebenar yang selama ini kerap dipesongkan oleh mereka yang berkepentingan....itu kata dia laa.

Masalahnya yang baru muncul dengan Anuar Musa ni datang dari mangkuk yg sama iaitu BN....mamat yg baru muncul nie ialah datangnya dari Keputusan dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti PPP itu pada 25 Mei lalu dengan Pengerusi PPP Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dilantik sebagai pengerusi biro agama Islam (PPP tubuh Biro Agama Islam ) tersebut...lalu beliau pon nak bawa Islam terbaru dgn nama Haqiqat Islam...

Nampaknya topeng BN nie semakin hari semakin bercelaru...tak tahu nak bawak Islam yg sebenar...Jadi harapan penulis semoga Orang Kelantan tidak terkeliru atau termakan dakyah yg di bawa oleh UMNO & PPP nie...matlamat sebenar mereka bukan Islam tapi yg 'haqiqat'nya adalah nak menang pilihanraya sahaja. (Tun Paduka Tuan: Manhaj Islam Hadhari Konsep Yang Terdesak)
posted by Abu Mus'ab @ 9:48 PG   0 comments
IBLIS DAN PERANANNYA
Ahad, Ogos 19, 2007

NAMA-NAMA IBLIS DAN PERANAN NYA

Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang kepada syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir.Syaitan juga mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka. Kota-kota mereka terletak di padang padang pasir, gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan duduk beristirehat dan bermain main adalah didalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran.


Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari menteri menteri, pemerintah, wakil wakil dan rakyat jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib sesaorang itu berwaspada dgnnya.


1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.


2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.


3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat menlaksanakan tugasnya dengan sempurna.


4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah.


5) Iblis yang bernama Masuud. Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.


p/s : Kepada Semua Orang Melayu Islam, berjaga-jagalah kita semua daripada syaitan-syaitan di atas. Bimbang jika sifat yang ada pada diri kita selama ini adalah sifat syaitan tersebut. Sama-samalah kita memohon perlindungan daripada Allah taala daripada sifat-sifat Syaitan tersebut. Aamiinnn...


Wassalaam.
posted by Abu Mus'ab @ 2:55 PTG   1 comments
TERJEMAHAN NEGARAKU KU
Khamis, Ogos 16, 2007
Video kontroversi sensasi Negarakuku oleh NameWee

" Baru-baru ini terdapat satu video muzik ciptaan NameWee yang dihantar ke internet yang mendapat perhatian akhbar tempatan Malaysia. Video muzik tersebut mengandungi kata-kata yang dikatakan menghina negara, agama dan juga menceritakan nasib malang kaum cina terutama sekali golongan pelajar cina yang sudah habis belajar.


Di bawah ini adalah terjemahan lagu Negarakuku oleh NameWee yang di hantarkan ke internet.

ILoveMyCountry - Negarakuku

Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku

Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku
Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini
Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut
Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku
Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri
Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam
Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok
Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada
Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA
Kerana mata-mata mereka sangat tajam
Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras
Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu
Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH
Dan juga kopi O, mahukan gula lebih?
Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu
Mereka akan katakan TATA kepadamu bila kau mahu beredar

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi
TIDAK perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat
Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi
Aku sangat gemarkannya
Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah
Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku
Aku mesti kena hamun, tak de kereta untuk aku
Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni?
Macammana aku nak BERGEMBIRA tanpa kereta?
Macammana aku nak beromen tanpa kereta?
Macammana aku nak cari awek tanpa kereta?
Aku sangat cintakan negara ini
Waktu subuh pukul 5 pagi
Ada seruan azan untuk kejutkan aku
Kadangkala ada lagu sekali
Sama macam nyanyi lagu cinta
Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya RnB
Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang
Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak
Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan, tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan
Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja
Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang orang bumiputra
Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami
Ini semua tunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras
Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar
Jangan terperanjat dengan keadilan mereka
Ini hanya tunjukkan kami adalah cemerlang
Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan
Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagilah cerdik
Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan
Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka
Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka
Kadangkala mereka sampai bawak keluar kek mereka
Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur
Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka
Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kesah tentang kau
Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan
Kau perlu benarkan dia melintas dan berhati
Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa
Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila
Kita amat disanjungi sikap sebegini
Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka
(sikap sikap)
Aku masih lagi cakapkan perkataan baik-baik dalam lagu ini
Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini
Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan
Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar
Kau sangat suci, kau sangat pelembut
Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat
Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan
Mendengar GuangLiang PinGuan (penyanyi popular malaysia)
Tetapi mereka telah lari ke Taiwan
Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar
Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan
Sebenarnya kitorang tak perlu dihasut oleh mereka
Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan
Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami
Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara
Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa
Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia
Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat shiok (?)
Malaysia sedang mempromosikan tahun melawat Malaysia 2007
Tradisi cina dipromosikan di mana-mana
Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina
Semua sijil-sijil kami dibuangkan ke dalam longkang
Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar
Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku
Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei, bersama dengan gitarku
Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Tolong jangan saman aku
Aku takde duit
"
posted by Abu Mus'ab @ 11:28 PG   0 comments
MALU JIKA TIDAK DAPAT MENDERMA
Isnin, Ogos 13, 2007

Malu Jika Tidak Dapat Menderma

Tidak ada sifat-sifat yang paling dimuliakan dan diagungkan oleh bangsa Arab baik pada zaman Jahiliyah mahupun di zaman Islam lebih dari sifat pemurah dan berani. Para penguasa dan para raja sangat senang bila disebarluaskan kepemurahan dan memuji-muji mereka itu mengkhususkan dua sifat yang utama tadi dengan syair-syair mereka. Kadang kala mereka memuji dengan sesungguhnya dan kadang kala sebaliknya. Ada perlu mereka memuji secara berlebih-lebihan.

Tidak ada sifat-sifat yang paling dibenci oleh bangsa Arab pada waktu itu lebih dari membenci dua sifat yang buruk iaitu penakut dan bakhil. Bagi mereka tidak ada sifat yang lebih buruk untuk mencela lawan selain sifat penakut dan bakhil. Bila seorang penyair hendak memperolok-olokkan atau mencela lawannya maka ia memperolok-olokkan dan mencela dengan sifat penakut dan bakhil. Sifat dermawan pada Nabi Muhammad s.a.w adalah sifat lain dari yang lain. Mempunyai corak baru yang belum pernah dikenal oleh bangsa Arab, juga belum dikenal oleh bangsa yang lain.

1. Bukan Mencari Pujian

Kedermawanan baginda bukanlah untuk mencari pujian atau untuk menutupi kekurangan. Bukan pula untuk berbangga-bangga atau untuk mencari keuntungan serta sanjungan. Tetapi kedermawanannya adalah semata-mata kerana Allah dan untuk mencapai keredhaanNya. Melindungi agama untuk menguatkan dakwah dan untuk melawan orang-orang yang menghalangi agama Allah.

Sifat pemurah baginda adalah untuk menolong kaum muslimin yang miskin kerana telah membelanjakan harta mereka sampai habis di jalan Allah. Membantu orang yang tidak sanggup bekerja lagi dan untuk menolong yatim piatu. Para hamba yang sedang menebus diri mereka dari majikannya dan untuk menarik hati orang-orang yang sudah cenderung untuk masuk Islam untuk menambah kekuatan Islamnya.

2. Mementingkan Orang Lain Dari Diri Sendiri

Sifat pemurah Nabi sampai mengalahkan kepentingan dirinya sendiri dan keluarganya. Baginda memberikan sesuatu barang padahal baginda sendiri sangat memerlukan barang itu. Baginda memberikan pemberian yang banyak sedang baginda sendiri memerlukan sedikit saja dari apa yang diterimanya itu kerana baginda boleh menahan diri dan bersabar. Bagi Rasulullah cukuplah hidup sebagai orang yang zuhud. Rasulullah dianggap sebagai seorang pelindung sebagai seorang bapa yang penuh rasa kasih sayang mendahulukan keperluan anak-anaknya dari pada keperluan dirinya sendiri.

Inilah martabat yang tinggi dari sifat pemurah yang dipuji oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: "Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin) atas diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam kesusahan:"(Al-Hasyr:9)

Lantaran inilah Sayyidah 'Aisyah berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut-turut hingga baginda meninggal dunia. Sesungguhnya jika kami mahu, kami boleh makan kenyang tetapi memang kami mengalahkan kepentingan diri kami sendiri."

Rasulullah SAW memberikan sesuatu yang para raja tidak boleh melakukannya, baginda hidup seperti orang fakir. Kadang kala dalam masa satu bulan sampai dua bulan tidak ada api menyala di rumah baginda bahkan kadang kala kerana lapar baginda mengikat perutnya dengan batu.

3. Tidak Mengecewakan Orang Lain

Rasulullah SAW melakukan sedekah di jalan Allah selagi baginda masih mampu. Meskipun demikian baginda masih menganggap sedekahnya sedikit sekali. Baginda memberikan pemberian yang banyak, tetapi beliau tidak menganggapnya banyak. Baginda pasti selalu memberi asalkan untuk keperluan Islam dan belum pernah menolak terhadap sesuatu permintaan.

Suatu ketika datang seorang kepada baginda untuk meminta sesuatu. Lalu diberilah kambing yang banyak, sehingga memenuhi jalan antara dua bukit kemudian orang itu kembali kepada kaumnya dan berkata: "Masuk Islamlah kamu sekalian, sesungguhnya Muhammad apabila memberi maka dia seperti orang yang tidak takut kepada kemiskinan."

Satu ketika Nabi menerima 90,000 dirham, kemudian wang itu diletakkannya di atas tikar lalu dibahagi-bahagikan kepada orang ramai dan baginda tidak menolak sesiapapun yang meminta sampai wang itu habis.

Ketika baginda kembali dari perang Hunain, datang orang-orang Arab Badwi dan meminta sesuatu. Orang-orang tersebut memaksa baginda ke sebuah pohon dan merampas bajunya. Baginda berkata: "Kembalikanlah bajuku itu. Jika aku mempunyai haiwan sembelihan sebanyak pohon duri ini pasti akan aku bahagi-bahagikan kepada kamu sekalian dan kamu sekalian tidak akan menemukan aku sebagai seorang bakhil, seorang pembohong atau seorang penakut.

Ketika wang dari Bahrain disampaikan kepada baginda, maka baginda berkata: "Letakkanlah wang itu di masjid sedangkan jumlah wang itu yang terbanyak yang pernah diterimanya. Kemudian baginda solat di masjid itu, tanpa menoleh kepada wang tadi. Ketika selesai sembahyang baginda duduk dekat wang itu dan memberikannya kepada setiap orang yang memintanya kemudian baru berdiri setelah wang itu habis."

4. Merasa Malu Tidak Dapat Menderma

Puncak dari pada kedermawanan Rasulullah SAW ialah merasa malu jika tidak dapat memberi kepada seseorang yang meminta kepadanya. Baginda merasa malu kalau orang yang meminta itu pulang dengan tangan kosong. Ada seorang datang dan meminta sesuatu. Baginda berkata: "Aku sekarang tidak mempunyai apa-apa, tetapi kamu belilah keperluanmu atas tanggunganku, nanti bila aku telah mempunyai wang akan aku bayar.

Kemudian Umar bin Khathab berkata: "Wahai Rasulullah, orang itu telah engkau beri sebelum ini, sesungguhnya Allah tidak membebanimu dengan sesuatu yang engkau tidak mampu memikulnya." Rupanya Nabi tidak senang terhadap kata-kata Umar itu, lalu seorang dari Anshar berkata: "Wahai Rasulullah, berilah dan jangan khuatir bahawa Allah akan memberimu hanya sedikit." Nabi lalu tersenyum dan wajahnya kelihatan berseri-seri kemudian baginda berkata: "Inilah yang diperintahkan kepadaku."
posted by Abu Mus'ab @ 10:32 PG   0 comments
KENAPA JIWA TERTEKAN ?

Kenapa Jiwa Rasa Tertekan

>>> Kadang kala kita bangun dengan fikiran yang berserabut, dada sesak dan berbagai perasaan samada cemas, ngeri ataupun duka. Kenapa terjadi demikian. Inilah perasaan yang bergelombang di dalam jiwa kita. Kadang-kadang bahagia, kadang-kadang derita, kadang-kadang suka dan kadang-kadang duka. Walaubagaimanapun semua perasaan itu mestilah terjadi dengan bersebab. Ia tidak berlaku dengan sendirinya.

>>> Manusia tidak boleh lari daripada masalah. Masalah yang sebenarnya adalah untuk kita mematangkan hidup. Di dalam kita menghadapi masalah, perkara yang paling utama yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana hendak menyelesaikan masalah dan apakah puncanya. Cari punca masalah, selesaikan dan serah kepada Allah. Yang sebenarnya ramai orang yang berdukacita tidak tahu kenapa perasaannya terasa begitu. Cubalah kita fikirkan diwaktu kita berduka cita, apakah yang sedang kita fikirkan. Boleh jadi kita memikirkan bagaimana hendak mengubah takdir atau tidak puas hati dengan takdir.

>>> Untuk mengubat penyakit dukacita atau jiwa tertekan ini mudah sahaja. Kaedahnya ialah apabila hal yang menimpa kita urusan yang berkaitan dengan dunia, maka bandingkanlah dunia yang kita kecewa itu dengan apa yang kita miliki sekarang dengan orang yang lebih rendah kedudukan dunia miliknya daripada kita. Kita akan lihat ramai orang yang tidak dapat apa yang mereka kehendaki dan tidak mampu berbanding dengan kita. Pergilah ke kampung-kampung pedalaman. Cuba lihat rumah-rumah buruk yang dijadikan tempat tinggal oleh golongan yang miskin. Setiap pagi mereka bangun dalam keadaan belum tahu samada mereka dapat rezeki untuk tengahari atau tidak, jauh sekali untuk tentu mendapat rezeki di malam hari. Cuba bandingkan dengan diri kita. Bekalan makanan kita cukup untuk sebulan.

>>> Begitu juga dengan cinta, perlu kita ingat jodoh itu di tangan Allah dan apabila telah sampai ketentuanNya, maka akan kita akan berkahwin, contohnya, jika kita sudah jatuh hati atau berkenan dengan seseorang, kita sudah luahkan perasaan kita pada dia, tapi….dia tolak atau sudah berpunya, kita tak boleh menyalahkan diri sendiri atau menyalahkan takdir, terimalah hakikat itu dengan penuh redha kerana mungkin rahmat Allah ada disana. Untuk itu, mengapa kita harus korbankan masa dan tenaga serta perasaan hanya semata-mata untuk melayan cinta yang tidak berkesudahan. Tidak salah bercinta kerana cinta itu yang sebenarnya adalah fitrah manusia cuma yang perlu dijaga ialah syariatnya. Jangan jatuh kepada perkara yang haram seperti bergaul bebas dan sebagainya. Hendaklah kita sentiasa berdoa kepada Allah agar mengurniakan kepada kita pasangan isteri atau suami yang beriman dan bertanggungjawab. Semuanya ini adalah keputusan Allah. Oleh itu lebih baik kita tunggu masa dan ketika yang sesuai kerana kita tidak tahu apakah pilihan kita itu baik dan sesuai untuk kita. Boleh jadi baik pada kita tetapi jelek pada pandangan Allah dan boleh jadi jelek pada kita tetapi baik pada pandangan Allah. Oleh itu serah sahaja kepada Allah.

>>> Firman Allah: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahu sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

>>> Allah yang selayaknya mengatur hidup kita. Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, maka pilihanNya adalah yang paling tepat untuk kita. Yakinlah bahawa Allah mengasihi setiap hambaNya lebih daripada kasih seorang ibu kepada anaknya. Dan Maha Suci Allah daripada berlaku zalim terhadap hambaNya. Oleh itu hendaklah kita membetulkan jalan kita berfikir. Tidak salah untuk merancang dan berikhtiar. Tetapi setiap usaha dan ikhtiar perlu dilapik dengan ingatan bahawa bagaimana sekalipun manusia merancang hidupnya, pasti ia tidak akan terlepas daripada takdir dan jalan yang Allah telah tentukan.

>>> Salah jalan berfikir ini boleh diumpamakan laluan sungai yang tersumbat. Maka apabila terjadi demikian, maka akan melimpahlah airnya ke tempat lain. Begitu juga apabila salah jalan berfikir, ia kan menjadikan emosi seseorang itu tidak menentu dan jiwa tertekan. Keadaan ini akan mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat di dalam hidup. Akhirnya hidup tidak ada haluan dan pegangan, hakikatnya penuh dengan kepalsuan dan kekosongan.

>>> Selain daripada itu, di dalam urusan keakhiratan perlu kita bandingkan diri kita ini dengan mereka yang lebih tinggi kedudukannya disisi Allah daripada kita. Oleh itu perlu banyak membaca kisah nabi-nabi, para sahabat dan solihin. Cuba renungkan begaimana perjuangan dan pengorbanan mereka terhadap agama. Mereka menitiskan darah dan air mata untuk bangunkan agama dan maruah. Sedang kita hari ini di dalam senyum mengorbankan maruah dan prinsip agama. Cuba bandingkan mereka dengan diri kita. Adakah kita bersedia dipanggil Allah di dalam keadaan diri kita yang masih penuh dengan noda dan bergelumang dengan dosa. Apa yang kita akan jawab apabila malaikat maut datang untuk mengambil nyawa kita.

>>> Sedarilah siapa diri kita ini. Kita amat kerdil lagi dhaif jika dibandingkan dengan ciptaan-ciptaan Allah yang banyak ini. Lebih-lebih lagilah jika kita hendak membandingkan diri kita dengan Allah yang Maha Hebat lagi Gagah Perkasa. Oleh itu kemampuan kita sebagai manusia kerdil, juga sangat kerdil sehingga perasaan hati sendiri pun tidak dapat kita kawal dan jiwa rasa tertekan serta tidak tenteram. Insafilah kelemahan diri dengan menyedari hakikat ini dan memperbetulkan jalan berfikir, insya-Allah, jiwa akan kembali segar dan lapang serta tenang tenteram.

>>> Firman Allah: "Ketahuilah ! Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Ar Ra'd : 28)



posted by Abu Mus'ab @ 10:15 PG   0 comments
2 WAJAH 1 PEMIMPIN
Selasa, Ogos 07, 2007

Imam Hadhari : 2 Wajah 1 Pemimpin


Manusia boleh berlakon, manusia boleh berpura-pura. Manusia boleh menangis, manusia boleh ketawa. Oh Dunia, buatlah selagi adanya kuasa, lakon lah apa jua watak yang awak suka.......


Lihatlah 2 wajah ini :




Imam Hadhari Bersama Ulama'





Imam Hadhari Bersama Datuk Micheel Yeoh


posted by Abu Mus'ab @ 2:53 PTG   0 comments
TANDA ALLAH MARAH

TANDA ALLAH TAALA MURKA

Di antara cara Allah murka pada seseorang hamba :

Ialah apabila dia membuat amalan ibadah atau kebajikan,
Dia memandang besar dengan ibadah dan serta kebajikannya.
Apabila membuat dosa dan kesalahan dia memandang kecil sahaja bahkan dilupakan.
Ia merasakan ibadah dan kebajikannya boleh menghapus atau menutup dosa-dosanya.
Kerana banyak ibadah yang dibuat dia terasa aman dan tenang dengan Tuhannya.
Bahkan rasa senang dan tenang dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya.
Takut dengan Allah sudah tidak ada.
Dia merasakan Allah sudah Redho .
Dia yakin dia akan selamat dengan ibadah dan kebajikan yang dibuatnya.

Apabila Allah bertambah murka dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya.
Datang pula rasa ujub dan riak.
Kemudian timbul pula sumaah dan sombong dengan amal ibadahnya.
Jika dia tidak sedar juga Allah tambah lagi kemurkaannya.
Dengan cara dia memandang orang yang kurang ibadah dengan pandangan hina.
Dia mula mengata dan mengumpat orang lain.
Kejahatan orang lain dia nampak.
Kejahatan diri sendiri semakin tidak nampak.

Dia pun terus mengerjakan ibadah dan kebajikan di atas sifat-sifat yang disebutkan tadi.
Hinggalah ke akhir hayat umurnya dia pun mati di atas sikapnya yang diceritakan tadi.
Maka dia pun mati di dalam Suul Khatimah.
Mati di dalam kemurkaan Allah bersama-sama amal ibadahnya.
Maka dia pun masuk Neraka dengan penuh terkejut,


Wal iyazubillah...Astaghfirullahal 'Aziim...
posted by Abu Mus'ab @ 2:49 PTG   0 comments
PENTINGNYA SUNNAH SAW

Assalamualaikum,

Untuk renungan bersama....

Pentingnya Sunnah Rasulullah SAW

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula:Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, iaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat- Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerosakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid.

Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku!

Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

wasalam


posted by Abu Mus'ab @ 2:37 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER