:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

CARA HILANGKAN SIFAT TAKABBUR
Isnin, April 21, 2008

Cara Hilangkan Sifat Takabbur

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakakan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya
posted by Abu Mus'ab @ 4:22 PTG   3 comments
ILMU DIKALANGAN ORANG FASIQ

Tafsir Surah al-Maidah ayat 80-82
Ilmu DiKalangan Orang Fasiq

Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik.

Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu.

Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya.

Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian rupa mendapat ilmu dalam perkara agama.

Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan jayanya.

Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau melihat kebanyakan daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 80)

Kebanyakan daripada mereka itu (orang kafir dari ahlil kitab) berwalikan kepada orang-orang kafir. Yang dimaksudkan dengan berwalikan dengan orang kafir di sini adalah berwalikan kepada orang kafir musyrikin seperti orang kafir Makkah.

Inilah kawan mereka, tidak menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. pada hal mereka mengetahui isi kandungan kitab Allah.

Sesetengah ulama lain menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah orang-orang munafik. Dia mengaku beriman sedangkan hatinya tidak beriman. Antara dalilnya adalah berwalikan kepada orang kafir dengan sebab itulah mereka tidak menjalankan perintah Allah dengan cara yang betul dan sesungguhnya.

Firman Allah yang bermaksud, "Alangkah buruknya apa yang mereka kemukakan untuk diri mereka." (Surah al-Maidah: 80)

Kalau itulah amalan mereka maka itulah amalan yang buruk, tidak boleh menjadi bekalan pada hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud, "bahawa Allah memurkai mereka itu." (Surah al-Maidah: 80)

Allah Taala memurkai golongan seperti ini kerana tidak mencegah kemungkaran, reda kepada perkara tersebut dan berwalikan kepada orang kafir.

Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan di dalam azab neraka mereka kekal selama-lamanya." (Surah al-Maidah: 80)

Apabila mereka menjadi kufur kepada perintah Allah sudah pasti mereka kekal di dalam neraka.

Firman Allah yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya mereka itu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada Nabi s.a.w. dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran), tidaklah mereka itu menjadikan orang kafir itu sebagai wali mereka.

"Dan kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang fasik (keluar daripada taat kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w.)" (Surah al-Maidah: 81)

Mereka tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekali gus menolak al-Quran sebagai kitab panduan kehidupan mereka di dunia ini.

Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad s.a.w.) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.

"Dan demi sesungguhnya engkau dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "bahawa kami ini ialah orang-orang Nasara.

"Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli ibadat dan kerana mereka tidak pula berlaku sombong." (Surah al-Maidah: 82)

Para ulama membincangkan sebab turunnya ayat ini. Al-Qurtubi dan Ibnu Kathir serta ulama-ulama tafsir yang lain telah menyebut beberapa peristiwa yang berkait dengan ayat ini dan mereka mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa ini adalah sebab kepada Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman.

Yang pertama ayat ini diturunkan bersempena dengan Raja Najasyi (Raja Habasyah), pembesar-pembesar dan pengikut-pengikutnya, apabila tiba kepada mereka orang-orang Islam yang berhijrah dalam peristiwa hijrah yang pertama sebelum daripada berhijrah ke Al-Madinatil Munawwarah.
posted by Abu Mus'ab @ 3:40 PTG   2 comments
10 JENIS SOLAT YANG DITOLAK
Rabu, April 16, 2008

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah Taala


Sabda Rasulullah sollalahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".


Rasulullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah taala, iaitu:

1- Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2- Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3- Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (Taubat).

4- Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5- Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6- Orang perempuan yang suaminya marah/ menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7- Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8- Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9- Orang yang suka makan riba.

10- Orang yang solatnya tidak dapat menahanya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah taala dan jauh dari Allah taala".


Renung-renungkanlah... Adakah kita tergolong di kalangan 10 orang yang Rasulullah SAW nyatakan dalam hadis di atas ?
posted by Abu Mus'ab @ 11:29 PG   1 comments
AKIBAT MENGHINA NABI SAW

Akibat Menghina Nabi SAW



Seorang artist/cartoonist/pelukis (La'natullahi alaihi wa la'anahu alMalaa'ikati wannasi ajma'iiien) yang mana telah dengan GwOOooOOblooknya berani menggambar karikatur Rasulullah S.A.W, makhluk yang paling dicintai Allah dan diagungkan alam semesta beserta isinya, telah meninggal dunia disertai keluarganya sekalian dalam insiden kebakaran....

Alhamdulillaaaah... Kartunis Al-Mal'uuun wa Maghdhuuubi alaihi ini terbakar hidup bersama keluarganya, juga tidak lupa ikut semua harta seisi rumahnya....habiiiiiiis.

Pemerintah Denmark sangat merahsiakan, menyembunyikan bahkan menutup-nutupi berita ini dari media massa dan khayalak ramai.

Sebarkan berita ini .... biarkan teman-teman yang beriman melafazkan "Sunhaaanallah" atas kebesaranNya mengazab orang-orang yang berani menghina RasulNya...
posted by Abu Mus'ab @ 11:12 PG   1 comments
SCHISM LAWAN DAKYAH FITNA
Ahad, April 13, 2008
Schism Lawan Dakyah Fitna



JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna. Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur keganasan.

“Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam ‘Schism’ saya menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang disalah tafsir,” katanya.

Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan menonton Fitna. Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya.

“Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan.”

“Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai satu reaksi balas,” katanya.

Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan keganasan dan pertumpahan darah.

Beliau berkata Fitna dibuat ‘berasaskan kebencian’ dan Wilders menyalahgunakan ‘kebebasan bersuara yang dinikmatinya,” kata beliau yang menambah, filem Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.

Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac, ia dibatalkan 12 jam kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan bercanggah dengan terma yang ditetapkan.

Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka menyaksikan Wilders sebelum membatalkan ‘Schism’.

Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali semula ke YouTube sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.

Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar.
posted by Abu Mus'ab @ 11:29 PG   3 comments
ALHAMDULILLAH - ANAK KE-3
Rabu, April 09, 2008

Alhamdulillah, kami dah dapat adik baru, sukanya kami, syukran jazilan umi dan abi, saayaaang umi abi...

Alhamdulillah...




Bersyukur kehadrat Allah taala, dengan KurniaNya dan RahmatNya, dengan rasa syukur yang tidak terhingga, maka hari ini 02 Rabiul Akhir 1429H bersamaan 09 April 2008 iaitu hari Rabu, tepat jam 04.21 pagi tadi, ana dikurniakan seorang lagi cahaya mata Lelaki, jadi sekarang ni ana dah mendapat 3 orang anak Lelaki, Alhamdulillah... Foto-foto ini diambil selepas 30 minit dari masa kelahirannya...





Mudah-mudahan dengan kurnian ini, insyaAllah akan lebih sustains dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Allah taala ini. Dari itu, tiada yang mampu saya harapkan dari sahabat2 sekalian, agar dapat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan keluarga saya samada di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, diberkati, dirahmati dan diampuni segala dosa oleh Allah taala, Pencipta Alam ini... Aamiiin...


posted by Abu Mus'ab @ 6:55 PG   1 comments
3 PENDERHAKA TIDAK DISENARAIKAN
Isnin, April 07, 2008

Exco Terengganu – Tiga ‘penderhaka’ tidak disenaraikan

Kuala Terengganu, 6 April – Ahmad Said, dijangka membariskankan muka-muka baru didalam senarai exco kerajaan Terengganu sekaligus mengenepikan ‘tiga penderhaka’ yang menentang pelantikan beliau.

Sumber Buletin Online hari ini memberitahu sepuluh orang dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah dilihat masuk ke perkarangan rumah kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.15 petang.

Tiga orang kuat yang digelar ‘tiga penderhaka’ oleh kebanyakkan laman web dan blogger, Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam tidak dilihat di Seri Iman.

Sepuluh orang ADUN dipanggil ke Seri Iman hari ini merupakan proses terakhir pemilihan dan barisan Exco Terengganu setelah nama-nama berkenaan di persetujui oleh Perdana Menteri dan diperkenan oleh Istana Terengganu.

Pada 2 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau berpuas hati dengan senarai barisan exco kerajaan Terengganu yang dikemukakan oleh Ahmad Said dan menyifatkannya sebagai senarai yang bagus.

Sehubungan dengan itu, ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman di lihat memasuki Seri Iman Pada jam 9.00 pagi. Ia diikuti dengan ADUN Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad pada 9.45 pagi dan disusuli oleh ADUN Langkap, Asha’ari Idris 45 minit kemudian.

ADUN Telemong, Rozi Mamat dilihat memasuki perkarangan Seri Iman sekitar jam 11.15 pagi diikuti kemudian oleh ADUN Rantau Abang, Za’abar Mohd Adib 45 minit kemudian dan jam 12.45, muncul pula ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.

Di sebelah petang, bermula jam 2.00 petang, beberapa ADUN lagi dilihat hadir ke Seri Iman selang 45 minit seorang.Mereka adalah ADUN Kuala Besut, Dr Abd Rahman Mokhtar, ADUN Teluk Pasu Abd Rahim Mad Said, ADUN Chukai Mohamad Awang Tera dan ADUN Bandar, Toh Chin Yaw.

Dari sepuluh orang yang menghadirkan diri ke Seri Iman pada hari ini, tiga merupakan bekas Exco yang telah dilantik semasa zaman Idris Jusoh menjadi Menteri Besar.

Dengan penyenaraian sepuluh ADUN tersebut, Ahmad Said dilihat akan menamatkan ‘dinasti Idris Jusoh’ dari menduduki barisan Exco kerajaan Terengganu.

Selain tidak menyenaraikan Idris Jusoh, Ahmad Said juga menolak bekas Exco dan penyokong kuat Idris, Rosol (Ajil) dan Din Adam (Bukit Besi)Ahmad Said juga tidak mengambil ADUN yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Idris, Muhamad Pehemi Yusof (Kota Putera) dan Abd Halim Jusoh (Permaisuri) untuk disenaraikan sebagai Exco Terengganu.

Muhamad Pehemi dan Abd Halim pernah disebut-sebut oleh para penyokong Idris akan dilantik sebagai Exco sekiranya Idris menjadi Menteri Besar.

Senarai Lengkap ADUN-ADUN yang dipanggil ke Seri Iman hari ini adalah seperti dibawah:

1. Dr. Abd Rahman Mokhtar (Kuala Besut)

2. Khazan Che Mat (Batu Rakit)

3. Asha’ari Idris (Langkap)

4. Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu)

5. Ahmad Razif Abd. Rahman (Seberang Takir)

6. Toh Chin Yaw (Bandar)

7. Za'abar Mohamed Adib (Rantau Abang)

8. Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan)

9. Rozi Mamat (Telemong)

10. Mohamad Awang Tera (Chukai)
posted by Abu Mus'ab @ 10:12 PTG   0 comments
PEKERJAAN MENTERI SELEPAS KALAH

Pekerjaan Menteri Selepas Tidak Dilantik

Entri berikut adalah merupakan satira dan celaan sinis terhadap bekas-bekas Menteri yang tidak dilantik dalam kabinet baru Pak Lah. Okeh jom kita bergelak ketawa. Kredit sebanyak 4 lori diberikan kepada forumer cari iaitu Zainuddin Maiddin yang kreatif gila menghasilkan gambar ini...hehehe peace!!!!

1) Dato Sri Jamaluddin Jarjis dilihat kehulu-kehilir di pasar borong pekan Rompin, dilaporkan dia dilihat membuat "deal" dengan Ah Chong iaitu seorang Tokey ikan terkenal di pekan rompin. Segala teka-teki terdedah apabila dia dilihat menjual ikan dengan rakan baiknya Rammasami Karuppiah!!!

2)Sementara itu, situasi berbeza pula di Kedah, Bekas Menteri Besar iaitu Mahdzir Khalid dilihat bersama kerbau kesayangannya dilihat sedang membajak sawah di tanah pusaka milik keluarganya.


3) Datuk Idris Jusoh pula dilihat sedang menjalankan business Keropok lekor di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu selepas percubaannya menderhaka kepada Sultan tidak berjaya. Dia bersama 22 Adun yg turut menderhaka sedang dalam perancangan untuk membangunkan sebuah kilang Keropok lekor di belakang rumah Idris untuk diproses dan dieksport ke luar negara dipatentkan sebagai "Keropok Lekor Hadhari."

4) Di Kuala Selangor pula Dr Khir Toyo menghadapi dilemma bersama penyapu, dia dilihat berpakaian seragam tukang sapu Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Mungkinkah dia mendapat karier baru sebgaai tukang sapu Majlis Perbandaran? Terdengar juga gosip awam yang mengatakan Khir Toyo akan berpindah ke Jawa untuk menyelamatkan industri tempe yg dikatakan sedikit bermasalah di Indonesia.

5)Sementara itu di Putrajaya Datuk Tengku Adnan dilihat menebar roti canai di Restoran Pelita Nasi Kandar. Dengan aksi2 tebaran yang penuh dengan skill, dia meungkin sedang berlatih untuk melayakkan diri ke pertandingan roti canai peringkat antarabangsa di India hujung tahun ini.

6) Sementara itu perkara menarik terjadi di Bachok Kelantan, apabila seseorang yg disebut-sebut bakal Menteri Besar, Datuk Dr Awang Adik Hussain dilihat menjalankan perniagaan tradisional warisan keluarganya iaitu khidmat mengurut...owh servis tukang urut wanita xde ke?Datuk??


7) Di R&R Juru Pulau Pinang orang ramai terserempak dengan satu muka yg familiar iaitu Dr Koh Tsu Konn sedang beniaga buah sukun goreng tepung dengan harga RM1 untuk dua keping. DIpercayai resepi rahsia tepung goreng adalah warisan keluarganya.



8) Rapidah Aziz pula membuka kedai Runcit, setelah kawalan terhadap AP yang dikuasainya sebelum ini telah dirampas oleh orang lain.


9) Sementara itu di Tol Jelapang Ipoh, dilihat (arggghhhh korang letak la ayat korang sendiri kat sini, maleh aku nak taip pepanjang).....wakakakakakak Cittt pppooooooorarrraaaahhhhhhh Mr. Sammy.


posted by Abu Mus'ab @ 12:30 PTG   0 comments
PENGAMPU SALAHKAN BLOGGERS
Khamis, April 03, 2008

Pengampu Salahkan Bloggers

"Sebelum saya bertolak ke pejabat jam 7.30pagi tadi, maka sempatlah bersarapan sambil menonton Buletin Pagi di TV 3suku. Maka keluarlah pengampu yang mengaku hero melayu setelah mengaku tidak pandai berbahasa Inggeris untuk menyelamatkan diri daripada dikenakan tindakan oleh mahkhamah Australia akibat membawa wang tunai berjuta-juta itu.

Si pengampu itu tidak serik-serik manyalahkan orang lain akibat kekalahan UMNO yang tidak laku lagi itu. Maka keluarlah kenyataan menyalahkan bloggers yang banyak mempengaruhi pengundi saluran 3 dan 4 itu dalam PRU12 baru-baru ini.

Alahai, kenapalah betapa BANGANGnya si pengampu ini, bermuhasabahlah diri, berhentilah menyalahkan orang lain semata-mata.

Cubalah analisa dan kaji kenapa dan mengapa blog2, laman web dan serupa dengannya membiak dengan produktif sekali sejak kebelakangan ini. Ini kerana akhbar dan media senantiasa menyampaikan maklumat yang hanya untuk kepentingan politik sempit mereka.

Kami sudah muak dah loya. Kami perlu mencari maklumat yang sahih dan benar.Si pengampu ini menganggap PRU12 baru-baru ini BUKANLAH pilihanraya yang sebenar, bukanlah realiti dan ia pilihanraya maya.

Rakyat menilai dan membuat keputusan yang tidak betul kerana terpengaruh dengan pendapat peribadi Bloggers yang bukan berita benar dan sahih. Alahai BANGANG kedua kalinya. "
posted by Abu Mus'ab @ 11:23 PG   0 comments
BOIKOT BARANGAN BELANDA

"BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH


1. Dutch Lady - Susu


2. Ferrero Roche - Coklat


3. Wall’s - Ais Krim


4. Ing -Insurans


5. Planta -Magerin


6. Lady’s Choice -Magerin


7. Lipton -Teh


8. Shell -Minyak


9. Knorr -Perisa Makanan


10. Dove -Mandian


11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan


12. Radiant -Deodoran


13. Rexona -Deodoran


14. Ponds -Produk Kecantikan


15. Kieldsens -Coklat


16. Slimfast -Produk Pelangsing


17. Lego -Kismis


18. Philips -Barangan Elektrik


19. Duyvis -Makanan Ringan


20. Gouda -Keju


21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian


22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian


23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian


24. Labello -Lip Balm


25. Pickwick -Teh


26. Venz -Mentega Coklat


27. Kinder Bueno -Coklat


28. Unilever - segala jenama Breeze, Fab atau apa-apa yang berkaitan dengan produknya
posted by Abu Mus'ab @ 9:52 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::