:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
MAJLIS PECAH TANAH SMIDB
Jumaat, Julai 31, 2009

Majlis Pecah Tanah
Pembinaan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan


PAKA; Jumaat; 31 Julai: Satu majlis yang penuh bersejarah telah dilaksanakan dengan baiknya iaitulah Majlis Pecah Tanah Pembinaan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan. Majlis ini telah dilaksanakan oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS). Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ust Haji Saiful Bahri bin Mamat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, yang juga merangkap sebagai Pengerusi Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan.

Sebelum itu, Tuan Guru telah menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Pinang Merah. Dan selepas majlis Pecah Tanah ini, Tuan Guru telah melancarkan satu program Pemuda PAS Paka, "Jom Mengail Udang Bersama Tok Guru". Untuk melihat foto semasa pertandingan tersebut, boleh lah melawat laman blog pemuda PAS Paka : http://www.syababpaka.blogspot.com/ .





posted by Abu Mus'ab @ 8:31 PTG   0 comments
RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT
Khamis, Julai 30, 2009

Rahsia Khusyuk Dalam Solat


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya: "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata: "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata: "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas Titian 'Siraatul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


Sahabat-sahabat sekalian, beginilah cara ibadat solat yang sebenarnya. Dan ketahuilah, antara kesan solat yang diterima Allah taala yang akhirnya seseorang itu bukan setakat dia seorang yang 'abid, bahkan dia merupakan seorang pejuang Islam yang sama-sama berusaha memenangkan dan seterusnya membolehkan Parti Islam Semalaysia (PAS) memerintah di Malaysia ini. Mudah-mudahan solat kita di masa akan datang bertambah baik dan diterima Allah taala.
posted by Abu Mus'ab @ 4:13 PTG   1 comments
JOM MENGAIL UDANG
Rabu, Julai 29, 2009

Jom Mengail Udang


Kepada semua pemuda-pemuda PAS Paka, jom kita sama-sama mengail udang bersama Dato' Seri Tuan Guru Presiden. Ini peluangnya untuk kita sama-sama bersama dengan tuan guru. Untuk makluman lanjut, sila hubungi Ketua Pemuda PAS Dun Paka ; Saudara Ramzi ( 019-9549766 ) dan Saudara Fauzan ( 014-8244650 ).
posted by Abu Mus'ab @ 12:16 PTG   0 comments
DI ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM
Ahad, Julai 26, 2009

Di Antara Kewajipan Pemuda Islam


Untuk mengakhiri ucapan saya ini, penting juga bagi saya membuat kesimpulan kepada pemuda-pemuda yang beriman terutama para bijak pandai yang mempelajari ilmu moden tentang beberapa perkara yang harus mereka titik beratkan untuk bangun bekerja dengan sungguh-sungguh dalam situasi yang berlaku sekarang :

1. Pertama kali saya harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secara terperinci, agar anda semua benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar anda benar-benar menjadi muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..

2. Anda semua mesti segera memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau. Hendaklah anda semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan itu akan menumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan menghilangkan kepercayaan. Sesungguhnya kejayaan akan bergantung kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan di antara amalan anda dengan perkataan anda.

Sesungguhnya yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya.
Firman Allah :

یَاأَیُّهَا الَّذِینَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ *
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )

bersambung ...
posted by Abu Mus'ab @ 6:42 PTG   0 comments
SIFAT UMANG-UMANG
Jumaat, Julai 24, 2009



Sifat Umang-umang


Saya tertarik kepada satu artikel yang baru dipostkan dalam blog Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Terfikir dalam kepada saya ini, agaknya itulah antara keadaan-keadaan yang dialami oleh sebahagian pejuang agama Allah taala ini, ISLAM. Khusus dalam perjuangan PAS ini. Allah taala meminta kepada kita semua agar banyakkan berfikir dengan segala apa yang berlaku atas diri kita. Sahabat-sahabat macamna? Ikutilah message tersebut.

1. Rehlah adalah sebahagian dari ekspidisi yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik . Apatah lagi ianya diatur dan disusun oleh insan yang berjuang , mencari ruang dan medan mendekati diri kepada Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta .

2. Rehlah seperti ini biasanya disebut Rehlah Tarbawi . Selain menyatu diri dengan keindahan alam semesta , meredakan ketegangan saraf yang hampir kejang setelah bergelut di medan guna mempertahankan Islam dan usaha mendaulatkannya , rehlah ini juga menenangkan minda dan mendamaikan jiwa .

3. Lebih bermakna apabila rehlah disertai oleh rakan seperjuangan . Saling memahami malah saling melengkapi . Perkara benar disokong dan dibantu sementara perkara salah , tanpa silu diperbetul dan dipandu . Indah ! sungguh indah dunia ini andai semuanya adalah sahabat seperjuangan kita .

4. Tapi realitinya tidaklah sebagaimana apa yang saya sebutkan tadi . Ada sahabat yang bersedia menjadi sahabat kita tanpa mengira suka atau dukanya . Saat perlu ia hadhir , saat buntu ia mampir . Susah kita resah dia , sakit kita letih dia , sukar kita payah dia , senang kita tenang dia , bahagia kita gembira dia . Demikianlah indahnya bersahabat .

5. Namun ada kalanya kita berdepan dengan musuh. Sering mencari salah dan silap kita justeru itulah pelurunya untuk menembusi jantung hati kita . Bukanlah sukar mereka mahu memahami kita tetapi sengaja buat - buat tidak faham lalu bertindak melulu dan mempertikai apa jua yang lahir dari kita . Tidak tergaris wajah sayang dan kasih sebaliknya apa yang terhambur ialah kebencian dan dendam kesumat .

6. Lebih malang , kita bertemu kawan atau sahabat pada nilai pertamanya tetapi pantang mendapat kesempatan , segala kepercayaan diragut dan segala kesetiaan dinodai tanpa rasa simpati biarpun sekelumit . Dia boleh tipu kita tanpa berkerut kening . Dia tergamak menikam kita walau dari arah belakang .
7. Sahabat saya kata , orang macam ni tak ubah seperti umang - umang . Mulanya kelihatan seperti berkawan dengan kerang atau spesis siput kemudiannya rumah [ cengkerang ] siput atau kerang itu akan diambil setelah ianya dibunuh . Wallahua'alam bis sowab .

8. Saya tidak pernah melihat umang - umang merampas rumah siput atau kerang tetapi yang saya pasti cengkerang umang - umang itu saling tidak tumpah milik spesis siput atau kerang .

9. Harapnya tiadalah sahabat - sahabat ku menjadi umang - umang atau tidaklah pula aku menjadi umang - umang kepada sahabat - sahabat ku . Rehlah tarbawi mengajar erti pengukuhan dalam bersahabat biar pun tiada modul khusus yang lakukan . hanya melalui rehlah dan mukhayyam , persahabatan kian erat dan ukhuwwah kian bersemadi . Apa lagi jika rehlah itu lengkap dengan agenda tarbawi yang baik dan dibimbing pula oleh sang murabbi yang hebat dan berkat .

10. Rehlah tarbawi sangatlah baik dilakukan di semua peringkat pemuda . Sesekali kita keluar dari ruang pejabat kita , jauh ke tengah pulau yang tiada line telefon untuk dihambat oleh wartawan , tiada pula boat yang menanti untuk beralasan lari meninggalkan tapak rehlah . Kita sesama kita , hadapi segala pancaroba dan tempuhi bersama suka duka biarpun 2 atau 3 hari namun ia satu simbolik untuk kekal persahabatan kita tanpa khianat bagi tempoh rehlah kedua menyusul pula akan datang .

Sungguh Indah hari - hari yang dilalui dengan ketenangan . Kemudiannya ianya menjadi modal dan energy baru untuk turun semula ke medan berdepan dengan musuh - musuh Islam , lalu menjulang panji perjuangan . Sekadar Renungan Bersama...
posted by Abu Mus'ab @ 3:01 PTG   0 comments
BERAKHIRNYA ISRA' MI'RAJ
Khamis, Julai 23, 2009

Berakhirnya Bulan Isra' Mi'raj


Alhamdulillah, kita sekarang dah berada di awal bulan Syaaban. Ya Tuhanku, Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban ini, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Aaminn.

Sahabat-sahabat sekalian, sekadar muhasabah bersama khususnya untuk diri saya sendiri. Bulan perayaan Isra' Mi'raj telah berakhir. Nah ! Sekarang sudah sampai masanya, kita sama mengambil pengiktibaran dan panduan daripada kisah tersebut. Panduan dan pengiktibaran adalah untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Bukanlah demikian tersebut untuk sekadar habuan telinga sahaja.

Penekanan diberikan kepada wanita Islam, samada dia orang PAS, UMNO, PKR atau BEBAS. Iaitulah dari sudut penjagaan aurat daripada dilihat oleh lelaki yang bukan muhrim. "Ketika Nabi Muhammad SAW di Isra'kan, Nabi SAW melihat wanita yang dijulang di atas api neraka dalam keadaan bogel. Apabila ditanya kepada Jibril a.s siapakah wanita tersebut? Dengan tegas, Jibril menjawab itulah balasan kepada wanita yang membuka auratnya kepada orang yang bukan muhrim untuk melihatnya."

Alhamdulillah, petang kelmarin, jam 06.15 petang, di Pasar Malam Pusat Niaga Paka, Pemuda PAS Dun Paka telah mengadakan Ops Edaran Risalah ; Jom Tutup Aurat dan Mansuh ISA. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang memberansangkan. Ini adalah kewajipan bersama kerana PAS bukan setakat parti politik, PAS juga merupakan parti Dakwah.

Kemudian, penekanan seterusnya daripada pengiktibaran peristiwa Isra' Mi'raj ini adalah apabila Nabi Muhammad SAW melihat sekumpulan manusia yang menanam benih lalu tumbuh subur dan mereka mengetamnya kembali pada hari yang sama. Apabila ditanya kepada Jibril a,s siapakah mereka itu. Jibril menjawab mereka itulah yang ketika di dunia dulu Berjihad Fi Sabilillah dengan harta dan diri mereka.

Telah berkata Imam Mujahid: "Sesiapa yang mati dalam keadaan dia tidak pernah berjihad dan tidak pernah berangan-angan untuk berjihad, maka dia mati dalam satu cabang dari nifaq."

Jelaslah yer sahabat-sahabat sekalian, saya berharap cukup 2 peristiwa ini untuk kita jadikan sebagai pengiktibaran dalam kehidupan seharian kita. Walaupun masih banyak lagi peristiwa yang kita boleh jadikan sebagai panduan kehidupan kita.

Tidak ada guna sekiranya pendapatan hasil kerja yang kita kerjakan tidak digunakan untuk menegakkan, meng'Gah'kan, memperhebatkan agama Allah taala, ISLAM. Kerana mati tiada siapa yang tahu BILA... Kerjaya kita sebenarnya adalah sebagai wasilah untuk tegakkan Islam.

Berjihadlah sunguh-sunguh, kita selaku graduate al-Azhar, tempat kita di mata masyarakat yang rata-rata amat dahagakan ilmu yang kita pelajari di Mesir. Orang-orang Melayu kampung yang masih buta akan ilmu agama ini, kitalah yang bertanggungjawab. Jangan merasakan sahabat-sahabat kita yang lain dah ramai beri tunjuk ajar pada masyarakat, atau ada fahaman; "Dia ada dah..Ust tu dah ada...Cukup dah..." Hakikatnya TIDAK ADA ...

Ingat akan Peristiwa Isra' Mi'raj...

Abu Mus'ab

posted by Abu Mus'ab @ 3:40 PTG   0 comments
MAKNA TAASUB YANG SEBENAR
Rabu, Julai 22, 2009

Makna Taasub Yang Sebenar


Sering saya mendengar dari orang UMNO, mengatakan bahawa orang PAS terlalu Ta'sub dan Fanatik. Sehinggakan fenomena ini termakan sama oleh kebanyakkan pendakwah-pendakwah agama yang kurang pendedahan tentang hal ini. Hinggalah perjuangan mereka dalam Islam terbantuk disebabkan terpengaruh dengan fahaman ini.

Saya ingat, saya dah jelaskan hal ini dahulu. Baik, kali ini saya nak jelaskan sekali lagi kepada semua pembaca sekalian, samada PAS, UMNO, JIM, PKR, TABLIGH, jua muslimin dan muslimat sekalian.

Telah berkata Imam as-Syafe'i r.a dalam satu karangannya yang ringkas dalam Kitab Tazkirah as-Syafe'i, berkait dengan satu tuduhan terhadap beliau yang berbunyi: "Mereka berkata: "Engkau ta'sub". Imam as-Syafe'i berkata dengan tegas: "Tidak. Tidak ada ta'sub dalam beragama (Islam) dan beraqidah. Tanpa ragu-ragu aku telah setia kepada sebaik-baik imam dan sebaik-baik petunjuk. Apabila cintaku pada wali dikategorikan sebagai ta'sub, maka sebenarnya sesungguhnya sikap ta'sub itu pada hakikatnya ku tunjukkan hanya kepada hamba (orang yang berbuat kemungkaran)".

Baik, jelas di sini. Sikap fanatik atau ta'sub hanya berada di kalangan mereka yang menyokong dan mendokong kejahatan, kezaliman, kehancuran dan kerosakan. Tiada istilah ta'sub atau fanatik kepada sesiapa yang hendakkan Islam, menyokong kepimpinan Islam dan Jemaah Islam. Bahkan WAJIB kita orang Islam menyokong dan mendokong Jemaah Islam dan kepimpinannya.

Dalam hal ini, jelas, menyokong dan mendokong PAS adalah WAJIB, manakala menyokong dan mendokong UMNO adalah TAASUB / FANATIK. Di Malaysia, parti PAS adalah parti yang memperjuang ISLAM secara keseluruhan. Memang, jika di masa akan datang, ada parti yang memperjuangkan ISLAM macam yang Nabi SAW perjuangkan, maka WAJIB kita bersama-sama dengan parti tersebut.

Siapa Kita Jika Nak Dibandingkan Dengan Imam as-Syafe'i Rahimahu Taala ??? Kalau yang bercakap itu, setakat hidupnya, makan dan minumnya dengan menggunakan produk Yahudi dan Amerika, dinasihatkan JANGAN memperlekeh, mengata dan mengeji para alim ulama. Kita sama-sama baiki diri sendiri. Permantapkan ilmu agama kita. Jaga makan minum terlebih dahulu...

Jangan ingat, bila dah jumpa satu ayat, tanpa kita meneliti tafsirannya, maka dah boleh nak menjadikan ayat tersebut sebagai "defender" kita. Sedangkan ayat al-Quran ada yang Muhkamat ( Jelas ) dan Mutasyaabihat ( Samar-samar ). Yang Muhkamat bolehlah dijadikan sebagai panduan terus, tapi yang Mutasyabihat hendaklah dirujuk kepada as-Sunnah dan Ijma' Ulama.

Hati yang bersih ibarat nur yang memancar dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, malaikat di kiri dan kanan serta matlamat Islam di sekelilingnya...Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalam beragama- SAIDINA ALI

abu mus'ab
posted by Abu Mus'ab @ 10:32 PG   0 comments
DUA HAKIKAT PENTING DALAM POLITIK
Selasa, Julai 21, 2009

Dua Hakikat Penting Di Gelanggang Politik Yang Mesti Diketahui Oleh Pejuang Islam


Saudara-saudara yang mulia !

Dalam kegelapan yang menghitam ini, di sana masih terdapat harapan yang cerah, berkilapan cahayanya, dalam dua hakikat ini :

PERTAMA: Sesungguhnya Allah telah menurunkan bala ke atas penduduk yang atheis, yang berterusan dalam kefasikan. Allah telah menurunkan bala kepada penyeru yang menghalalkan segala-galanya. Allah telah memecahkan mereka menjadi berpuak-puak, sebahagian dari mereka menggunakan kekuatan dalam usaha menghancurkan sebahagian yang lain. Inilah di antara kelebihan-kelebihan Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.

Firman Allah :

وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الأرْضُ

Maksudnya : "..dan andainya Allah tidak mempertahankan setengah mereka dengan setengah yang lain nescaya rosaklah bumi…" (Al-Baqarah : 251)

Kerana kalau mereka memanah umat Islam dengan busur yang satu nescaya jadilah bagi umat Islam satu penyakit teruk yang tidak boleh diubati lagi, tetapi mereka jadikan syaitan sebagai penolong mereka.

Firman Allah :

إِنَّ كيْدَ الشَّيْطَانِ كانَ ضَعِيفًا

Maksudnya : "..dan sesungguhnya tipu helah syaitan itu adalah lemah.." ( Al-Nisa’ :76 )

KEDUA: Jiwa penganut Islam tidak kurang semangat mereka terhadap Islam dan kemuliaan. Apa sahaja usaha dan perbuatan meruntuh dan menghancur yang dilakukan oleh pemimpin dan penyeru sekular tidak melemahkan mereka.

Di sana ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa apabila ada satu jemaah yang cergas, cukup lengkap dengan syarat keahliannya untuk menjalankan peranan kepimpinan dan pentadbiran, jemaah yang tegak di atas keimanan yang kuat dengan berpegang teguh kepada Islam, yang bangun di atas akidah yang kuat dengan dasar Islam dan keazaman yang benar untuk mengorbankan segala-gala pada jalan ini, sama ada perkara yang dikorbankan itu mahal atau murah maka tidak syak lagi bahawa pada akhir nanti dokongan umat akan kembali kepada mereka. Allah akan memberi kemenangan kepada mereka di dalam pertempuran yang menentukan di antara yang haq dengan yang batil. Merekalah yang akan bertanggungjawab membersihkan umat Islam dari segala bentuk najis fahaman atheis tidak bertuhan, amalan fasik dan jahat. Kemuliaan, kebahagiaan dan kemakmuran akan kembali seperti di abad sebelumnya.
Firman Allah:

وَلا تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ
إِنَّهُ لا یَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الكَافِرُونَ


Maksudnya : Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ( kerana ) tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali golongan yang kufur. ( Surah Yusuf: Ayat 87 )

Abul A’la Al-Maududi
posted by Abu Mus'ab @ 9:17 PG   3 comments
MARWA AS-SHARBINI
Jumaat, Julai 17, 2009
Marwa as-Sharbini: Mati Syahid Kerana Tudungnya

Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman Perlekeh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.
Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de

posted by Abu Mus'ab @ 2:40 PTG   0 comments
ISLAM MENANG LAGI
Rabu, Julai 15, 2009

ISLAM Menang Lagi


Alhamdulillah... PAS menang lagi dalam Pilihanraya Kecil. Terbaru di Manek Urai. Tanda Allah taala Maha Berkuasa lagi amat Kasihkan AgamaNya.

Benar apa yang Allah taala sebutkan dalam al-Quran, dalam Surah al-Imran, ayat 104, yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (menegakkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya."

UMNO pernah berkata melalui lidah pimpinan tertingginya bahawa "Sesiapa yang menyokong UMNO masuk Syurga." Apabila saya mendengar kalam ini, saya terfikir dalam diri saya mungkin UMNO ni buang tebiat, nak mampus lah tu.

Perasan tak, sejak akhir-akhir ni, UMNO yang dah nak mampus ni semakin hari bercakap pasal ISLAM. Macam yang berlaku semalam dalam majlis perasmian Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan di UTP, macam tak percaya apa yang disebutkan oleh perasmi tersebut. Bagi saya, baguslah tu. Cuma yang bangangnya sejauh mana perlaksanaannya dan kesungguhan untuk berpegang kepada al-Quran dalam keadaan al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias tidak dijadikan rujukan utama dalam pemerintahan Negara Malaysia ni. Betul UMNO ni buang tebiat.

Berbalik kepada kemenangan PAS di Manek Urai menggambarkan bahawa Allah taala memang bersama-sama dengan Jemaah yang memperjuangkan Islam. Sepertimana yang Allah taala telah jelaskan dalam al-Quran, surah al-Mujaadilah, ayat 22 yang bermaksud: " Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Tentang berlakunya kurangnya majoriti kemenangan PAS kali ini, banyak faktor yang menyebabkan berlakunya demikian. Antaranya tahukan? Majoriti penduduk di Manek Urai tidak memiliki kemudahan Internet macam kita di bandar ni. Yang ada hanyalah saluran tv yang dikuasai kerajaan UMNO sekarang. Ditambah pulak dengan sogokan dan tawaran-tawaran yang ditawarkan sekiranya UMNO menang contoh pembinaan Jambatan yang bernilai RM 7 juta. Pelbagai perkhidmatan dan benda yang diberikan oleh UMNO dalam PRK kali ni, sehingga nilainya mencecah berbelas-belas juta.

Tapi Alhamdulillah, Allah taala memberi kemenangan kepada PAS juga akhirnya. PAS memperjuangkan ISLAM. Sedangkan UMNO memperdagangkan ISLAM. Walaupun di sana, kita perlu bermuhasabah akan kekurangan majoriti ini. Mungkin ini satu tanda daripada Allah agar kita mesti bekerja lebih kuat lagi dalam Pilihanraya yang akan datang khusus dalam PRU 13.

Ini merupakan tanda Allah kasihkan Jemaah Islam PAS. Sama-samalah kita berjuang sungguh-sunguh, dekatkan diri kepada Allah taala, sepertimana yang disebutkan dalam ayat 104 dalam Surah al-Imran di atas. TAKBIR !!!
posted by Abu Mus'ab @ 7:47 PG   0 comments
PAS MENANG DI MANEK URAI

PAS Menang di Manek Urai


Keputusan Rasmi: Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti sebanyak 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam. DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.

Beberapa pemimpin atasan PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai bagi merayakan kemenangan Mohd Fauzi.

Bagaimanapun, tiada seorang pemimpin utama Umno yang hadir, termasuk pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan calon BN.
posted by Abu Mus'ab @ 7:00 PG   0 comments
KAIN KAFAN DARIPADA RASULULLAH SAW
Selasa, Julai 14, 2009

Kain Kafan Daripada Rasulullah SAW


Seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati Rasulullah menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Nabi keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Nabi, lau berkata: "Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya.

"Baiklah," jawab Nabi S.A.W ringkas.

Setelah keluar dari suatu majlis, Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.

"Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasululah S.A.W.

Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana itu dipakainya, tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang. "Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat. Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah S.A.W: "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku."
posted by Abu Mus'ab @ 3:30 PTG   0 comments
TENTERA YANG TIDAK ISLAM

Membanyakkan Negara-negara Islam Yang Diperintah Oleh Tentera Yang Tidak Mengerti Islam


Pada mulanya, kediktatoran ini dijalankan oleh pemimpin politik yang berhaluan barat sahaja kemudian segalanya akan berkembang seperti biasa dan akan berjalan mengikut saluran yang semestinya. Hakikat ini telah disedari oleh kumpulan tentera di dalam negara Islam.

Mereka berpendapat bahawa sistem diktator tidak akan terbangun kalau tidak dipikul oleh golongan tentera. Taktik ini tidak akan sempurna tanpa senjata.

Kesedaran ini timbul dari kalangan pemimpin tentera yang keluar dari kem dan menuju ke gelanggang politik. Mereka mulai mengadakan pakatan sulit dalam usaha mengubah sistem pemerintahan dan mula menguatkuasakan sistem diktator askar ke atas rakyat jelata sebagai ganti diktator politik. Sesudah itu mereka pun menyingkir pemimpin politik daripada pemerintahan dan mengurung mereka dalam penjara atau melakukan tahanan rumah.

Beginilah kita lihat tentera-tentera dalam negara ummat Islam hari ini. Mereka telah menjadi bencana kepada rakyat Islam. Tugas mempertahankan tanahair dan berjuang menentang musuh sudah tidak diendahkan lagi. Mereka disibukkan dengan kerja-kerja ingin menguasai politik negeri sendiri dengan cara kekerasan. Untuk tujuan ini mereka menggunakan kekuatan senjata yang diserahkan oleh rakyat yang lemah itu untuk mempertahankan dan menjaga keamanannya.

Dan sekarang sampailah saat di mana negara-negara Islam telah ditimpa masalah yang besar dan masalah yang rumit yang tidak dapat diselesaikan melalui parlimen atau dewan perwakilan rakyat dan tidak pula dapat diselesaikan dengan pilihanraya umum atau dengan cara memorandum. Ia hanya boleh diselesaikan dalam kem-kem tentera, dengan kereta kebal , pistol dan mesingun.

Kalau keadaan ini menghairankan saudara-saudara maka saudara-saudara akan lebih hairan dengan tentera yang selalu berselisih faham sesama mereka dalam menentukan pemimpin mereka. Tiap-tiap seorang jeneral mengambil kesempatan menjalankan kediktatorannya dan mempertahankan kerusi pemerintahannya sesudah menghancurkan yang lain.

Di antara perkara yang membuat suka dan duka iaitu apabila salah seorang dari jeneral itu menguasai negeri, ianya dianggap sebagai harapan rakyat, penyelamatnya, pelopor yang unggul dan hero, hingga apabila ia berdepan dengan akibat perbuatannya sendiri ia akan berbalik menjadi sebesar-besar pengkhianat dan seketat-ketat musuh terhadap rakyat. Manakala rakyat pula tak ubah seperti anak patung di tangan kanak-kanak kecil, tidak dapat mencampuri urusan negara, walaupun urusan yang paling kecil sekalipun.

Abul A’la Al-Maududi
posted by Abu Mus'ab @ 2:52 PTG   0 comments
FITNESS TEST @ BUKIT BAUK
Sabtu, Julai 11, 2009

Fitness Test @ Bukit Bauk


BUKIT BAUK; Sabtu; 11 Julai; Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan Dungun telah mengadakan satu program Tarbiyyah Jasadiyyah. Program tersebut dimulakan pada jam 08.45 pagi dengan 6 agenda. Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang juga merangkap sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Saiful Bahri bin Mamat. Program diakhiri dengan ucapan taujihat daripada beliau dan seterusnya bersurai dengan minum pagi pada jam 11.15 pagi.



posted by Abu Mus'ab @ 4:22 PTG   0 comments
HARI KELUARGA PEMUDA PAS PAKA

Hari Keluarga Pemuda PAS Dun Paka


LATA BELATAN; Khamis; 09-10 Julai, telah berjaya satu program tahunan pemuda PAS Dun Paka iaitulah Hari Keluarga. Pelbagai kenangan dirasakan. Ana sekeluarga bertolak ke Lata Belatan, Besut jam 03.30 petang. Alhamdulillah sampai di tapak program jam 06.30 petang. Kebetulan hari orang balik kampung. Jadi memakan masa sampai 3 jam. Kebiasaannya hanya 2-2 setengah jam sahaja.

Pelbagai agenda dilakukan. Lihat foto di bawah.Untuk melihat lebih banyak foto, bolehlah melawat di laman blog Pemuda PAS Paka, www.syababpaka.blogspot.com . Saya sekeluarga check out jam 03.30 petang, terus menuju ke Pejabat PAS Marang, untuk menghadiri Munaqasyah Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di Pejabat PAS Marang. Tamatnya program tersebut, terus pulang ke Paka.








posted by Abu Mus'ab @ 3:59 PTG   0 comments
MENIPU ATAS NAMA DEMOKRASI

Pemerintah Umat Islam Menipu Dan Menindas Atas Nama Demokrasi


Golongan yang berhaluan barat yang diperniagakan oleh penjajah sebagai pengganti mereka di dalam negeri ummat Islam mengetahui dengan yakin bahawa sistem pemerintahan yang dijalankan dengan cara pilihanraya yang bersih, tampuk pemerintahan tidak akan kekal ditangan mereka. Lambat laun ianya akan berpindah, sama ada cepat atau lambat kepada umat yang menuntut supaya mendirikan sistem pemerintahan di atas dasar akidah, ajaran, aliran fikiran dan nilai-nilai Islam yang mereka warisi.

Memandang kepada keadaan demikian maka golongan sekular ini tidak akan membenarkan nilai-nilai keadilan dizahirkan dan mereka tidak membiarkan supaya nilai-nilai berjalan dengan baik. Malah penjajah akan segera menempatkan pemerintahan secara diktator sebagai ganti sistem demokrasi. Dalam hal itu pun mereka menamakan diktator tersebut dengan nama demokrasi demi untuk menipu manusia dan menonjol diri mereka sebagai pendokong sistem demokrasi, sedangkan mereka pada hakikatnya tak lain tak bukan ialah penipu.

Abul A’la Al-Maududi
posted by Abu Mus'ab @ 2:41 PTG   0 comments
15 BUKTI KEIMANAN
Rabu, Julai 08, 2009

15 Bukti Keimanan


Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya: "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami: "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya: "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami: "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"

Tanya Nabi s.a.w: "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"

Jawab mereka: "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w: "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"

Jawab mereka: "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan haji apabila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya: "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman Jahiliyyah ?" Jawab mereka: "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh."

Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata: "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya: "Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Iaitulah, 1- Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. 2- Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu diami. 3- Janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan. 4- Berusahalah untuk mencari bekalan untuk akhirat."

Sesungguhnya Iman seseorang itu boleh dikenalpasti melalui:

1- Percakapan
2- Hati (Keyakinan)
3- Tingkah Laku (Perbuatan)
posted by Abu Mus'ab @ 12:43 PTG   0 comments
FAMILY DAY MTD PEMUDA PAS PAKA
Family Day MTD Pemuda PAS Paka

posted by Abu Mus'ab @ 12:32 PTG   0 comments
HUKUM PEREMPUAN MEMAKAI SELUAR PANJANG
Selasa, Julai 07, 2009

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang


1 ) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr rahimahullahu taala (Mantan Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar al-Syarif): "Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib dan cela seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak bewarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu bewarna-warni tetapi ia meletakkan pula di luarnya kain lain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping menghalang bentuk rupanya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa. (Mausuah al-Usrah: m/s 99)

2 ) Menurut Profesor Dr. Wahabah al-Zuhaili hafizohullahu taala (Pengarang Kitab al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191 ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang. Beliau menjawab hukumnya haram kerana ia sempit (ketat) yang boleh menampakkan bentuk badan yang boleh menimbulkan fitnah. Begitu juga kerana ia menyerupai kaum lelaki kerana Allah taala melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki. Akan tetapi jika ia memakai pakaian-pakaian luar (baju atau jubah) dengan syarat pakaian luar itu longgar serta menutupi seluar serta labuh sehingga ke paras bawah lutut maka hukumnya Harus.

3 ) Menurut Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki rahimahullahu taala (Ulama' Besar Mazhab al-Syafi'e di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah), perempuan yang memakai seluar panjang di atasnya (diluarnya) ada pakaian (baju atau jubah) yang labuh sampai ke lutut lalu seluar hanya dilihat oleh orang lain hanya dari paras lutut hingga ke kaki sahaja maka hukumnya tidak Haram dengan syarat seluar itu tidak jarang atau ketat sehingga menampakkan kecantikan tubuhnya kerana ia termasuk dalam hadis perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Alasannya kerana seluar bukan pakaian yang khusus bagi lelaki. Cuma yang haram bagi perempuan ialah membuka auratnya atau sebahagian auratnya di hadapan lelaki ajnabi.

Kesimpulan:

Daripada penjelasan para ulama di atas maka perempuan samada remaja, orang dewasa, para isteri, janda, orang tua yang memakai seluar ketat sedangkan bajunya singkat maka hukumnya Haram kerana menampakkan punggungnya.

posted by Abu Mus'ab @ 10:51 PG   0 comments
KEBERKATAN AL-IKHLAS
Isnin, Julai 06, 2009

Keberkatan Surah al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkanpada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi Titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke Syurga. Demikian diterangkan dalam Tazikaratul Qurthuby.

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam al-Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzu' kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzu' Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) Isra' ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari Timur hingga ke Barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: " Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikatIsrafil a.s."

Abu Mus'ab
posted by Abu Mus'ab @ 5:23 PTG   0 comments
MUKHAYYAM TARBAWI


Mukhayyam Tarbawi

LUBUK AIR MENANGIS: Khamis, 02 Julai 2009, Saya telah dijemput untuk bersama-sama dalam satu Mukhayyam Tarbawi yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemuda Cawangan Kuala Paka. Kebetulan saya adalah Naqib untuk Usrah JPC tersebut.

Telah lama saya tidak berada dalam aktiviti lasak seperti ini. Last sekali ialah pada tahun 2004. Antara aktiviti yang Wajib dalam Tarbiyyah iaitulah Mukhayyam. Setiap kepimpinan mesti mengadakan aktiviti ini. Setelah berbulan-bulan adakan Usrah, adakah Tamrin, maka klimaksnya dalam tarbiyyah adalah Mukhayyam. Dalam aktiviti inilah, melihat sejauh mana kekuatan fizikal kita, sifat toleransi sesama ahli usrah kita dan sejauh mana pemahaman tentang bersatunya dalam kerja jemaah.

Perjalanan bermula pada jam 09.15 pagi dengan menaiki motorsikal ke tempat berkumpul, kemudian menaiki 4WD menuju ke Hutan Hulu Paka, kemudian berjalan kaki menyelusuri hutan tersebut, dan akhirnya berjalan di dalam air sungai menuju ke Lubuk Air Menangis, Jeram 1 yang kesemua perjalanan tersebut memakan masa 3 jam dengan jarak hampir 50 km. Kami keluar (pulang) pada keesokannya hari Jumaat, sampai di rumah jam 12.15 tghari.

Bukan senang nak mengharunginya. Alhamdulillah, kebetulan aktiviti antara aktiviti yang saya minati. Jadi tak letih mana lah. Dengan berpendirian bahawa lauk untuk makan nasi ada dalam sungai, jadi dengan usaha sahabat-sahabat ahli usrah, tawakkal kepada Allah, dapatlah menikmati hidangan tengahari, malam dan pagi, alhamdulillah..

Untuk seterusnya, sahabat boleh melihat antara foto-foto yang diambil dalam Mukhayyam tersebut. Untuk lebih banyak foto, sila lawat http://www.syababpaka.blogspot.com/.









posted by Abu Mus'ab @ 7:33 PG   0 comments
PUNCA UMAT DAN NEGARA ISLAM MUNDUR
Jumaat, Julai 03, 2009

Kemunduran Umat Dan Negara Islam Berpunca Dari Pemerintahan Menerapkan Ajaran Yang Bukan Islam


Setelah beberapa analisa yang saya bentangkan kepada saudara-saudara ini, bolehlah sekarang saudara-saudara mengkaji apa yang sedang berlaku di negara-negara Islam bagi mengenali tempat penyakit dan dapat merumuskan ubat baginya.

Tidakkah saudara-saudara melihat kerajaan Islam di dunia ini semuanya telah dihinggapi dan diresapi oleh kelemahan, seolah-olah menjadi batang kayu yang kosong? Apakah sebabnya terjadi demikian?

Sebab asasinya ialah kerana kerajaan-kerajaan ummat Islam menentang akidah, menentang kemahuan dan perasaan orang Islam. Umat Islam ingin kembali kepada Islam, kepada syariatnya yang utuh sedangkan kerajaan Islam menekan mereka supaya berpegang teguh dengan ekor-ekor barat dan bergabung di dalam bloknya.

Di antara kesan pertentangan yang terus menerus ini menyebabkan hati umat Islam tidak sehaluan dengan kerajaan mereka. Telah jelas secara lahiriah dan apa yang dapat dilihat bahawa mana-mana negara tidak menjadi kuat, tidak mempunyai kekuasaan, ketinggian dan kemajuan apabila kerajaannya berada di satu pihak dan rakyatnya berada di pihak yang lain. Mereka pula tidak bersama-sama dalam usaha mencapai kemajuan kerana kerajaan tersebut tidak mempunyai sifat yang dipercayai.

Rakyat jelata pula tidaklah bangkit dengan hati yang bersemangat dan dan keazaman yang bersungguh-sungguh. Dan apabila telah terjadi begitu, sedang pertarungan telah berlaku di antara kerajaan dengan rakyat atau di antara tangan dengan hati, kiranya betul berlaku begini, maka mustahil kerajaan dapat mengharung langkah ke depan dan akan memajukan negara walaupun sedikit, kerana segala usaha dan tenaga yang dicurahkan disebabkan pertarungan dari dalam ini akan lenyap ditiup angin dan menjadi debu yang bertaburan.

Dari suasana yang menyedihkan ini, sebagaimana yang saya jelaskan kepada saudara-saudara tadi, maka negara-negara ummat Islam masih ditimpa oleh bencana kezaliman.

Abul A’la Al-Maududi
posted by Abu Mus'ab @ 8:30 PTG   1 comments
NASIHAT NABI IDRIS A.S.


Nasihat Nabi Idris 'Alaihi Salam


Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan baginda adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan Syith.

Nabi Idris a.s mengikut setengah riwayat bermukim di Mesir, di mana baginda berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Baginda hidup sehingga berusia 82 tahun.

Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiara baginda ialah :-

1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.

2. Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.

3. Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan solatmu.

4. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.

5. Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu yang kedua-dua tadi amat taat kepada Allah serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.

6. Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya.

7. Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya.

8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.
posted by Abu Mus'ab @ 8:17 PTG   0 comments
SHAMATUN = 3 TAHUN
Rabu, Julai 01, 2009

Shamatun = 3 Tahun


Hari ini, blog shamatun ini sudah berusia 3 tahun 2 minggu. Dalam kesibukan pelbagai bentuk program dikendalikan, sehinggakan lupa untuk meraikan ulangtahun ke-3 blog shamatun ini beroperasi.

Sebelum tarikh 14 Jun 2009 baru-baru ini, saya dah nekad untuk meraikannya. Tapi hari ini baru teringat semula. Jika di klik pada Jun 2006 dalam ruangan Arkib Ilmiyyah, saya lihat artikel yang mula-mula saya post kan adalah berkait dengan Boikot Produk Yahudi. Kemudian, kelmarin, 30 Jun 2009, artikel yang saya postkan adalah berkait dengan Boikot juga. Kebetulan ...

Dalam 3 tahun blog shamatun berada di jaringan internet ini, pelbagai kenangan dialami, samada yang manis atau pahit. Semata-mata untuk memastikan shamatun ini senantiasa diupdate. Bagi saya, berterusan dalam menyebarkan dakwah adalah amat penting. Walaupun di arena mana berada. Memandangkan PAS adalah sebuah parti Politik, Dakwah dan Tarbiyyah, maka perjuangan mengikut medan ini akan tetap diteruskan jua di masa akan datang, insyaAllah...

Apa-apa pun, ucapan syukran jazilan kepada semua sahabat yang selama ini memberi respon samada dalam bentuk kritikan atau dorongan. Doakanlah kepada saya sekeluarga agar istiqamah dalam perjuangan Islam ini khusus dalam PAS.

Admin Shamatun ...
posted by Abu Mus'ab @ 4:32 PTG   0 comments
PEMERINTAH NEGARA ISLAM LEBIH SUKAKAN PENJAJAH

Pemerintah Negara Islam Lebih Sukakan Penjajah


Sahabat-sahabat Sekalian,

Suatu perkara yang tidak diragui bahawa orang-orang yang berhaluan barat, sekalipun mereka melawan penjajah barat selaku musuh mereka dan mengadakan pelbagai usaha menentangnya, namun mereka sebenarnya lebih suka kepada penjajah daripada perkara-perkara lain.

Buktinya; apa sahaja yang datang dari barat terus menarik perhatian mereka dan tiap-tiap yang lahir dari sana menyilau mata mereka. Apa-apa yang datang dari barat dianggapnya sebagai kebenaran, contoh bagi kemajuan hinggakan mereka meniru dalam semua perkara, sama ada besar atau kecil, betul atau salah.

Yang berbezanya ialah orang barat mereka, mencipta dan meneroka dalam semua ilmu dan pekerjaan sedangkan mereka hanya meniru sahaja, tanpa mengkaji dan berfikir. Barat rosak secara tersedar tetapi mereka rosak secara buta tuli. Mereka kecewa di dunia dan akhirat. Itulah kekecewaan yang nyata.


Abul A’la Al-Maududi
posted by Abu Mus'ab @ 3:45 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER