:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PERUTUSAN KHAS
Isnin, Ogos 31, 2009

PERUTUSAN KHAS
PRESIDEN PAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-52


Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berhijrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan 'obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.

Kata Rubi'e: "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walaupun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.

Sekian, Wassalam
posted by Abu Mus'ab @ 6:26 PTG   0 comments
NUKILAN RAMADHAN
Ahad, Ogos 30, 2009

Hadis Empat

Ubadah bin Saamit ra meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam suatu hari telah bersabda bilamana bulan Ramadhan akan menjelang: "Bulan Ramadhan, bulan rahmat telah datang kepada kamu. Di mana Allah taala telah berpaling kepadamu dan menurunkan ke atasmu rahmat yang istimewa, mengampunkan akan kesalahan-kesalahan, memperkenankan akan doa-doa, melihat di atas perlumbaan-perlumbaanmu bagi mendapatkan kebaikan yang besar dan berbangga-bangga kepada malaikat-malaikat mengenaimu. Maka tunjukkanlah akan kebaikan-kebaikan daripada kamu. Kerana sesungguhnya orang yang paling 'dikasihani' dan paling malang ialah seseorang yang terluput daripada rahmat Allah dalam bulan ini." (Riwayat at-Tabrani)

Hari ini, dah masuk hari ke-9 kita orang Islam menjalankan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan ini. Pejam celik inilah hakikatnya. Sekejap sahaja masa meninggalkan kita dan menghabiskan saki-baki umur kita yang singkat ini. Hadis di atas menunjukkan keadaan bagi mereka yang berlumba-lumba mengerjakan amal kebaikan di bulan Ramadhan. Yang pasti mereka akan mendapat rahmat Allah. Inilah yang diharapkan oleh kita semua kan. Bagi saya, 'kasihan' kepada pendokong dan penyokong UMNO...

abu Mus'ab
posted by Abu Mus'ab @ 9:08 PG   0 comments
RENUNGAN RAMADHAN
Khamis, Ogos 27, 2009

Hadis 2

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, " Ummatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada selain daripada mereka..Kepada mereka bau daripada mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau harumnya kasturi, Bagi pihak mereka ikan- ikan di laut memohonkan keampunan sehinggalah mereka membuka puasa mereka, Allah menyediakan dan menghiasai sebuah taman yang istimewa di dalam Syurga setiap hari dan berkata kepadanya: "Masanya telah hamper bila mana hamba-hambaKu yang setia mengenepikan ujian- ujian yang besar (di dalam dunia) dan datang kepada kamu." Pada bulan ini syaitan yang jahat dirantaikan supaya tidak dapat mendatangi perbuatan-perbuatan maksiat yang selalu mereka hampiri di bulan- bulan selain ramadhan. Dan pada malam yang akhir Ramadhan mereka diampunkan.

Maka para sahabat r.a bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w adakah itu malam Lailatul Qadar? Rasulullah s.a.w menjawab: "Tidak. Tetapi adalah selayaknya bahawa seorang hamba diberikan upahannya setelah menyempurnakan khidmatnya." (Riwayat Ahmad)


Hadis 3

Ka'ab bin Ujra r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hampirlah ke mimbar." Maka kami pun datang menghampiri mimbar. Bila Baginda SAW melangkah naik tangga pertama mimbar itu Baginda SAW berkata 'Amin'. Bila Baginda SAW melangkah naik ke tangga mimbar yang kedua, Baginda SAW berkata 'Amin'. Apabila Baginda SAW melangkah naik ke tangga mimbar yang ketiga, Baginda SAW juga berkata 'Amin'. Apabila Baginda SAW turun, kami pun bertanya: "Ya Rasulullah, kami telah mendengar daripadamu pada hari ini sesuatu yang belum pernah kami dengari sebelum ini." Baginda SAW lalu menjawab: "(Apabila daku melangkah naik ke tangga pertama) Jibril a.s muncul di hadapanku dan berkata: "Celakalah dia yang mendapati bulan Ramadhan yang dirahmati, tetapi membiarkannya berlalu tanpa mendapat keampunan." Dengannya aku berkata 'Amin'. Apabila aku melangkah naik ke tangga kedua, Jibril berkata: "Celakalah ke atasnya yang apabila mendapati namamu disebutkan, tetapi dia tidak memohon Daruud (Solawat) ke atasmu. Aku pun berkata 'Amin. Dan apabila aku melangkah naik ke tangga ketiga, Jibril berkata: "Celakalah ke atas orang yang masa hidupnya mendapati kedua-dua orang tuanya atau salah seorang daripada keduanya mencapai umur tua, tetapi tidak dibenarkan memasuki Syurga (kerana gagal memberikan khidmat kepada kedua ibubapa mereka)." Aku pun berkata 'Amin'. (Riwayat Hakim)
posted by Abu Mus'ab @ 5:48 PTG   0 comments
TUJUH - KOSONG
Rabu, Ogos 26, 2009

7-0


Alhamdulillah, PAS berjaya kekalkan kemenangan dalam PRK Permatang Pasir. Dengan kemenangan ini, Pakatan Rakyat telah mengalahkan UMNO dengan kiraan 7 berbalas 0 (7-0). Memang amat memalukan bagi pihak UMNO.

Acctually, ini sebenarnya anugerah Allah taala kepada kemenangan PAS ini. Sedia maklum bahawa DASAR perjuangan PAS adalah ISLAM, dengan menjadikan AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai Sumber Rujukan dan MATLAMAT perjuangan PAS adalah Menegakkan Agama Islam di Malaysia ini seterusnya mendapat Keredhaan Allah taala. Dan sememang layaknya Allah taala memberi kemenangan kepada PartiNya.

Berbeza dengan UMNO, dasar perjuangan adalah tertakluk kepada segala bentuk fahaman Yahudi dan Kristian, baik samada Sekular, Sosial, Kapitalis, Liberal dan Nasional. Sedangkan semua fahaman ini adalah bercanggah dengan Islam. Manakala Undang-undang Lord Reid dijadikan sumber rujukan mereka, dan matlamat mereka adalah menerapkan fahaman-fahaman tadi ke dalam diri orang Islam dan seterusnya menjayakan segala agenda Yahudi dan Kristian di Malaysia ini. Dan memang selayaknya Allah taala mengalahkan parti ini.

Ramadhan kali ini telah menyingkap kembali kemenangan Islam dalam Peperangan Badar yang terdahulu. Cuma di masa dahulu, mereka berperang dengan menghunuskan pedang, tombak dan seumpamanya. Tetapi di masa sekarang peperangan membabitkan moral, pemahaman, dan keyakinan orang Islam terhadap Islam tu sendiri, yang memerlukan kepada 'Sebatang Pensel' sahaja untuk MEMANGKAH di atas kertas undi.

Kesudahannya, Parti Islam Semalaysia (PAS) Menang dalam PRK kali ini, yang dalam sejarah berlaku dalam bulan Ramadhan. Menandakan Allah taala memang akan memberikan kemenangan kepada partiNya yang memperjuangkan ISLAM.

Syabas saya ucapkan kepada semua tentera-tentera Islam dalam PRK di Permatang Pasir. Semoga Allah taala menthabatkan perjuangan kita semua dan mendapat ganjaran yang sebesarnya daripada Allah taala dalam Ramadhan ini, iaitu "Mengharapkan Keredhaan Allah akan Syurga dan Menjauhkan Diri daripada Azab Api Neraka". Dan akhirnya mudah-mudahan Allah taala melupuskan parti UMNO/ BN dari bumi Malaysia ini. TAKBIR !!!

posted by Abu Mus'ab @ 10:14 PG   0 comments
BISIKAN RAMADHAN
Selasa, Ogos 25, 2009

Bisikan Ramadhan

Salam sahabat-sahabat sekalian. Hari ini dah masuk hari ke-4 kita berpuasa. Tentu pelik kan kenapa lama ana tak post artikel. Sebenarnya tak kesempatan masa dalam bulan Ramadhan ni. Tika nukilan ini dipostkan, ana berada di pelantar minyak. Jadi ambik sedikit di sana untuk sama-sama berkongsi ilmu Allah yang berkaitan dengan kelebihan Ramadhan Kariim ini. Semoga kita semua dapat mengambil pengiktibaran dalam menghabiskan saki-baki umur kita.

Salman r.a meriwayatkan bahawa pada akhir bulan Syaaban Rasulullah SAW memberikan khutbah kepada kami dan bersabda: "Wahai manusia, telah datang sekarang satu bulan yang mulia (agung), bulan yang paling diberkati yang mana terdapat di dalamnya satu malam yang tersangat besar kelebihannya daripada 1000 bulan. Inilah bulan yang mana Allah mewajibkan pada siang harinya untuk berpuasa. Dan Dia telah menjadikan Solat Terawih sebagai sunnah di malam itu. Barangsiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah dengan melakukan satu amalan fardhu, kepadanya akan diganjari sebanyak amalan fardhu yang dilakukannya pada masa-masa yang lain. Dan barangsiapa yang melakukan satu amalan Fardhu, kepadanya akan diganjari sebanyak 70 amalan fardhu yang dilakukannya di masa-masa yang lain. Sesungguhnya ini adalah sebuah bulan kesabaran, dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati ialah Jannah (Syurga). Ini juga adalah bulan simpati terhadap saudara-saudaramu. Ini adalah bulan di mana rezeki bagi orang yang benar-benar beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, sebagai pembuka puasanya (pada masa matahari terbenam), kepadanya adalah keampunan terhadap dosa-dosanya dan pembebasan daripada api Jahannam (Neraka), dan untuknya ganjaran yang sama (dengan orang yang diberinya makan) tanpa mengurangkan pahala orang itu sedikitpun."

Maka kamupun berkata: "Wahai Rasulullah, tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa itu bagi membuka puasanya." Rasulullah SAW menjawab: "Allah mengurniakan ganjaran yang sama ini kepada sesiapa yang telah memberikan kepada orang yang berpuasa bagi membuka puasanya walaupun hanya dengan sebiji tamar atau seteguk air ataupun sekali sisipan susu."

"Inilah bulan yang pada permulaannya membawakan kerahmatan Allah, pada pertengahannya memperolehi keampunanNya dan di akhirnya mendapat kebebasan daripada api Neraka Jahannam."

"Dan di dalam bulan ini kita hendaklah melakukam terus sebanyak-banyaknya akan 4 perkara, 2 daripadanya untuk mendapat keredhaan Allah taala sementara yang 2 lagi yang mana tanpanya kamu tidak dapat melakukannya."

"2 yang dapat menyukakan Allah ialah dengan kamu membaca kalimah Tahlil (Laa ilaaha illallah), dan perbanyakkan bacaan Istighfar. Dan 2 lagi yang tanpanya kamu tidak melakukannya ialah memohon pengharapan kepada Allah untuk memasuki Syurga dan meminta perlindungan kepadaNya daripada api Neraka Jahannam."

"Dan barangsiapa memberikan seseorang yang berpuasa akan air sebagai minuman, Allah akan membenarkannya untuk meminum daripada telagaKu, sekali minum yang selepas meminumnya dia tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam Syurga (Jannah)."
Riwayat Ibnu Khuzaimah
posted by Abu Mus'ab @ 7:03 PG   0 comments
SALAM RAMADHAN KARIM
Jumaat, Ogos 21, 2009

Salam Ramadhan Karim


Hari ini 30 Syaaban 1430 tahun Hijrah, menandakan selepas terbenamnya matahari hari ini, awal Ramadhan, bermulalah satu pesta yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan dari Allah taala. Bukan pesta arak, bukan pesta maksiat, bukan pesta zina, TETAPI iaitulah PESTA IBADAT. Suatu pesta yang amat ditunggu-tunggu oleh Para Anbiya' alaihimussolatu wassalam, Para Sahabat Radhiallu 'anhu, Para Alim Ulama, Para Solehin, serta semua makhluk ciptaan Allah.

Ramadhan, itulah bulan yang diawalnya adalah Rahmat, pertengahannya adalah Keampunan dan akhirnya adalah pelepasan dari Azab Neraka Allah taala. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya, pintu Neraka ditutup, Syaitan dan Iblis dirantai, seksa kepada ahli Neraka diringankan. Bulan yang menjanjikan pahala yang cukup banyak kepada mereka yang beramal dengan tekun dan gigih, bulan yang membuka pintu rezeki yang tidak terhitung banyaknya, bulan yang memberi pembelaan kepada mereka yang berada dalam kesusahan dalam kehidupan, serta bulan yang membimbing dan mendidik (mentarbiyyah) orang Islam di dunia ini.

Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini menjadi 'postmortem' kepada segala amalan yang telah kita lakukan sebelum ini dan yang sedang kita lakukan. Sama-samalah kita memeriahkan Ramadhan kali ini dengan melipat kali gandakan ibadat kita sebelum ini. Bermula dengan menjaga ibadat yang Fardhu sehinggalah kepada ibadat yang sunat. Jauhkan diri daripada melakukan perkara yang Haram sehinggalah menjaga diri daripada melakukan perkara yang Syubhah.

Kesan daripada penelitian dan pencaknaan di atas, maka insyaAllah harapan Allah taala kepada hambaNya yang berpuasa itu, mudah-mudahan menjadi hamba yang bertaqwa, akan terlaksana. Marilah sama-sama kita merenung akan satu hadis ini yang menerangkan betapa besarnya ganjaran pahala bagi mereka yang beribadat dalam bulan Ramadhan ini.

Dari Anas bin Malek r.a dari Nabi SAW, ia berkata (yang bermaksud) : "Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy, barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala, barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua orang tuanya di bulan Ramadhan, maka akan memperolehi perhatian Allah dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga, dan seorang perempuan yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah, dan barangsiapa yang menolong keperluan saudaranya yang Muslim di bulan Ramadhan, maka Allah akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat. (Zakhiiratul Abidin)


كل عام وأنتم بخير

posted by Abu Mus'ab @ 11:26 PG   0 comments
NASIHAT PENTING
Rabu, Ogos 19, 2009

Nasihat Penting


Pemuda-pemuda yang mulia !

Di akhir ceramah ini, ingin saya sampaikan nasihat kepada saudara-saudara, iaitu janganlah saudara-saudara menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpa ada penyebaran umum dakwah) dan janganlah saudara-saudara menggunakan cara kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku. Uslub ini termasuk dalam ertikata gopoh-gapah yang tidak akan meninggalkan kesan yang baik.

Janganlah anda cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, kerana uslub ini adalah lebih buruk akibatnya dan mendatangkan kemudaratan yang lebih besar daripada jalan yang lain. Sesungguhnya perubahan yang betul dan sihat yang telah dicapai di zaman dahulu, dan akan tercapai juga di zaman mendatang, ialah dengan kerja dakwah yang terus-terang seterang matahari di waktu tengah hari.

Oleh itu, anda mesti menyebar dakwah anda dengan cara terus-terang. Anda mesti bangun bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.

Anda mesti menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan anda yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi.

Dan anda mesti menghadapi rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang pahlawan. Inilah jalan yang membolehkan kita melakukan perubahan secara radikal, yang kukuh asasnya, kuat umbinya dan besar pula faedahnya kepada umat yang lemah di hari ini. Riak gelombang semacam ini tidak dapat disekat oleh mana-mana kekuatan musuh.

Saya berani bertegas bahawa umat Islam yang kemudian ini tidak menjadi baik melainkan dengan mengamalkan ajaran yang telah diamalkan oleh umat Islam yang terdahulu. Adapun jika anda bergopoh-gapah melakukan perubahan dengan menggunakan cara kekerasan, kemudian anda berjaya sedikit sebanyak dalam perubahan itu, maka kejayaan itu tak ubah seperti angin yang masuk melalui pintu dan keluar melalui jendela.

Nasihat ini saya sampaikan kepada setiap orang yang bekerja menyebar dakwah Islamiyyah, kerana ia adalah peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau menggunakan pendengarannya sedang ia menyaksi.

Saya memohon kepada Allah supaya Ia memperbetulkan kesalahan kita, mengilhamkan hidayah, taufik dan menolong kita dalam usaha meninggikan kalimahnya pada jalan yang Allah redhai. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.

Wasalamu ‘alaikum warah matulllahi wabarakatuh

Abul A’la Al-Maududi

posted by Abu Mus'ab @ 9:11 PTG   0 comments
PATAH KAKI
Isnin, Ogos 17, 2009

Patah Kaki


Hari ini dah masuk hari yang ke-18 kereta Honda Accord saya berada kat workshop. Saya bertanya pada pomen keta tadi, tengah pasang semula enjin. Enjin kereta saya overhall. Jadi berubat lah sikit. Bukan main susah takda kenderaan ni. Nak pegi kuliah, mesyuarat, usrah dan program parti. Patah Kaki sunguh ... Tapi takpalah, saya yakin PASti ada hikmahnya.

Ditambah pulak petang semalam, dalam asyik menyiapkan kertas kerja berkait dengan Selsema Babi dari Pandangan Islam, tiba-tiba laptop saya jadi bluurrr. Kemudian, aku matikan dan hidupkan semula. Erm...dah tak hidup dah. Tanya orang yang pandai komputer kat offshoare tu, dia kata ni tanda hard disk rosak. Aduuhh.. Tengah memikirkan banyak file-file yang amat penting dalam laptop tu. Walaumacamna sekalipun, file-file itu mesti diambil juga. Dalam hati, takpa, saya yakin PASti ada hikmahnya.

Kertas kerja Selsema Babi ni adalah untuk Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Dungun. Untuk dijadikan sebagai risalah ilmiyyah untuk diedarkan kepada semua penduduk di seluruh Dungun. Tapi, nak buat camna. Tak dapat nak siapkan juga. InsyaAllah akan diusahakan agar siap kertas keje ni dalam masa terdekat ni.

Dan untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, ARTIKEL ini adalah artikel yang dipostkan untuk bilangan yang ke-400. Maknanya, sejak blog ini diadakan sampai lah ketika ini, sudah 400 artikel telah berjaya dipostkan untuk menjadi tatapan rohani dan jiwa kita. Syukran jazilan atas segala respon dan komitmen sahabat-sahabat semua dalam blog SHAMATUN ini.

Abu Mus'ab
posted by Abu Mus'ab @ 4:15 PTG   1 comments
DI ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM
Jumaat, Ogos 14, 2009

Di Antara Kewajipan Pemuda Islam


5. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda jadikanlah mereka itu terang-benderang mengenai agama mereka, sehingga mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.

Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi-pekerti mereka, meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi, seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah
rosak.

Ini adalah penting kerana :

-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,

-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orang-orang fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.

6. Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang. Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti ini memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.

Anda pasti menghayung langkah ke depan dan tiap langkah mesti berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Dan jangan anda terlalu cepat menghayung langkah baru sebelum anda mengulangi hasil langkahan anda dahulu serta menganalisa natijahnya : Adakah langkahan itu berjalan di atas jalan yang telah digariskan, adakah ia memberi natijah yang diharapkan.

Antara hakikat yang mesti diterima ialah gopoh gapah itu adalah suatu perkara yang tidak selamat akibatnya. Contohnya - kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dan tidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita - Harapan kita menyertai di dalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekati kepada tujuan-tujuan kita.

Tetapi itu adalah perkara yang salah kerana pengalaman lalu membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akan membuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang teraju pemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam dan luar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkan kepentingan dan nafsu mereka.

Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.

Abul A’la Al-Maududi
posted by Abu Mus'ab @ 6:31 PTG   1 comments
PENIAGA JALAN BANDAR TUNJUK PERASAAN
Khamis, Ogos 13, 2009

Peniaga Jalan Bandar Tunjuk Perasaan, Tuntut Janji Kerajaan


KUALA TERENGGANU – Lebih 50 orang pemilik perniagaan dan pekerja di premis yang bakal dirobohkan oleh kerajaan negeri Terengganu, berdemonstrasi di hadapan kedai buku Alam Akademik di Jalan Bandar, dekat sini, secara aman pagi ini.

Mereka menunjukkan perasaan adalah kerana tidak puas hati atas sikap Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dan tindakan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu, yang telah memberikan notis yang terlaku singkat kepada mereka supaya berpindah keluar dari premis tersebut.

Para peniaga juga menuntut janji-janji kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibuat semasa pemerintahan kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad sekitar tahun 1994 .

Jurucakap mereka, Cikgu Fauzi Abu Samah, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) berkata para peniaga yang berkumpul dan meluahkan perasaan mereka pada hari ini kerana meminta Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said supaya membuktikan slogan 'kerajaan bersama rakyat' .
posted by Abu Mus'ab @ 3:11 PTG   0 comments
PERIDU '09
Selasa, Ogos 11, 2009

Rasa Sihat Sedikit

Ingat nak posting hari Sabtu yang lalu, tapi tak kesampaian juga. Terlampau letih dan kurang sihat. Petang Jumaat yang lalu berlangsungnya Perhimpunan Pemuda ISLAM Dungun (PERIDU). Aku diamanahkan untuk mengetuai Unit Protokol. Dan sememangnya ada pembantu. Tentulah timbalan aku iaitu Ust Hanafiah Hitam. Ditambah pulak, Dun Paka menjadi tuan rumah, jadi tak dapat tidak, aku sebahagian daripada ajk persiapan tempat.

Malam tu, jam 3 pagi, slot Kembara Malam. Slot yang betul menguji stamina para peserta PERIDU kali ini, yang akan menjadi kenangan samada manis atau pahit. Aku dengan Ust Hanafiah ditugaskan untuk berada di Checkpoint 3, memberi kefahaman tentang pentingnya zikir Matsurat dalam perjuangan PAS ini.

Tiba-tiba, jam 4.30 pagi, aku diserang sakit lelah. Bukan penyakit biasa, tapi kadang-kadang berlaku disebabkan faktor cuaca dan alahan. Ditambah pula hampir 2 jam setengah terpaksa menahan pelbagai serangan daripada makhluk ciptaan Allah yang halus iaitu unggas-ungas malam.

Sampailah berakhirnya slot tersebut, aku siapkan diri untuk solat Subuh berjemaah bersama peserta-peserta PERIDU yang bilangannya mereka mencecah hampir 250 orang. Sepaginya, kerana terlampau tidak larat untuk bersama-sama sahabat yang lain dalam slot Sukaneka, aku terus rebahkan diri sehinggalah berakhir slot tersebut. Digagahi diri ini untuk turut serta dalam slot penyampaian hadiah kepada para pemenang. Untuk melihat lebih banyak foto PERIDU '09, sila ke laman blog www.syababpaka.blogpsot.com .


Begitulah situasi yang berlaku, hampir setiap hari anak-anakku bertanya: "Abi... Bila nak gi Mainan?" Nak buat macamna, program penuh. Hatta ke petang, ikuti mesyuarat Ulama Kawasan. Takpala..Adalah hikmahnya tu...Keesokkannya, jam 05.30 pagi, terus ke Airport Kerteh untuk mencari nafkah di Duyong.

Sampailah hari ini, barulah berpeluang untuk membawa anak-anak termasuk isteriku yang tersayang bersiar-siar, balik kampung. Lama dah tak balik. Kesempatan kebetulan kuliah Maghrib malam ini dibatalkan, jadi balikla...Kesihatan dah beransur pulih...Alhamdulillah...

Keesokkan memikirkan program Pemuda Dun dan 2 program Ulama Kawasan yang akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 Ogos ni...Mudah-mudahan Allah taala memberi kekuatan pada diri ini untuk menjayakan program tersebut. Mudah-mudahan dengan bebanan dunia ni dapat mengurangkan bebanan di akhirat nanti, Aamiinn...
posted by Abu Mus'ab @ 2:29 PTG   0 comments
BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S

Bekas Tapak Kaki Nabi Ibrahim Alaihi Salam


Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.

Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.

Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang bermaksud: "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.

Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah) mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).

Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan Baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan Haji di sana."

Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W.T menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.

Bacaan talbiah antara lainnya: "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna: Aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.

Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji.

Contohnya, perempuan yang berkekalan mendedahkan auratnya secara terang-terangan. Yang paling malang, apabila pulang dari mengerjakan Haji, masih ada lagi yang masih ada fahaman Pro Yahudi, Pro Kristian, Pro Sekular, Pro Liberal, Pro Nasional, dan Pro UMNO. Apa nak jadi ni?
posted by Abu Mus'ab @ 11:04 PG   0 comments
LELAKI RAMAI MASUK NERAKA ?
Rabu, Ogos 05, 2009

Lelaki Ramai Masuk Neraka?

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha di malam Isra' Mi'raj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam Syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah Neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka, termasuklah kaki isteri mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa Wanita Ke Neraka Pada Malam Mi'raj


Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam Aku di Isra' hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan yang menyakiti hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu Syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli Neraka diperintahkan masuk ke dalam Neraka, dan aku berdiri di atas pintu Neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam Neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis Riwayat Bukhari)

Maka adalah menjadi satu tanggungjawab yang mesti diambil perjalanan oleh para ayah, para suami untuk memberi kesedaran kepada anak-anak perempuan dan isteri masing-masing. Janganlah kita menjadi mereka yang DAYUS !
posted by Abu Mus'ab @ 2:36 PTG   0 comments
DI ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM
Isnin, Ogos 03, 2009

Di Antara Kewajipan Pemuda Islam


3. Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk berdakwah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan.

Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul. Anda perlu dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.

Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman.

Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik.

Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan. Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup.

Dan tugas anda ini hendaklah diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang seri yang berlandaskan Islam.

Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.

4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah barisan anda.

Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin, kukuh dan segala gerak kerjanya ditolak oleh perasaan taat dan patuh, maka itu adalah pekerjaan yang cacat yang tidak akan membuahkan natijah. Ini telah dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda...

bersambung...
posted by Abu Mus'ab @ 2:25 PTG   0 comments
PANDUAN DARI KITAB ALLAH TERDAHULU

Panduan Dari Kitab Allah Terdahulu


Suatu ketika Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang suhuf yang diturunkan kepada suhuf Nabi Allah Musa a.s.

Rasulullah SAW berkata: "Sebahagian daripada kandungan suhuf Nabi Musa a.s :-

1. Aku hairan pada orang yang telah meyakinkan akan datangnya kematian (yakin dirinya akan mati dan ditanya tentang amalannya), tetapi mengapa mereka merasa seronok dan gembira di dunia (tidak membuat persediaan).

2. Aku hairan kepada orang yang telah meyakini akan adanya qadar (ketentuan) Allah, tetapi mengapa mereka marah-marah (bila sesuatu musibah menimpa dirinya).

3. Aku hairan pada orang yang telah meyakini akan adanya hisab (hari pengiraan amal baik dan buruk), tetapi mengapa mereka tidak berbuat kebaikan?"

Rasulullah s.a.w ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat: Nabi SAW berkata: "Antara kandungannya ialah :-

1. Wahai anak Adam, janganlah kau merasa khuatir akan kekuasaan (pangkat), selagi kekuasaanKu kekal abadi iaitu tidak akan hilang selamanya.

2. Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami menciptakan kamu adalah untuk beribadah kepadaKu, maka dari itu janganlah kamu mensia-siakan (menghabiskan masamu untuk berhibur saja).

3. Wahai anak Adam, Kami tidak mengira akan amalanmu yang akan dilakukan esok, oleh itu janganlah kamu cemas akan rezekimu untuk esok.

4. Wahai anak Adam, sesungguhnya bagi kamu ada kewajipan dan ketentuan rezeki, sekalipun kamu mengabaikan kewajipanmu terhadapKu, namun Aku tidak akan mengabaikan rezeki yang telah ditentukan untukmu.

5. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu redha pada apa-apa yang telah aku berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika kamu tidak redha dengan apa-apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai oleh dunia sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir yang panas. Demi Keagungan dan KemuliaanKu, ketika itu pun kau tidak akan memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di dalam golongan orang yang tercela di sisiKu."

Sesungguhnya rezki kita semua telah ditetapkan sejak azali lagi. Yakinlah akan kurniaan Allah taala ini. Hanya mereka yang Yakin sahaja akan merasai betapa manisnya Iman ini. Kenangkanlah saat-saat ketika kita diduga dengan wang dan pangkat sewaktu di alam belajar dahulu. Kita orang Melayu yang tidak mudah lupa...
posted by Abu Mus'ab @ 1:56 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::