:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

ORANG BERIMAN SUSAH, ORANG KUFUR SENANG
Rabu, September 22, 2010

Orang Beriman Susah, Orang Kufur Senang

Firman Allah taala di dalam Surah al-'Imran ayat 196 yang bermaksud: "Jangan engkau terpedaya oleh kerana berjalannya perniagaan orang-orang yang kufur di dalam negeri."

Setelah Allah janjikan pahala yang besar kepada orang-orang yang beriman dalam masa mereka menderita kesusahan hidup sedangkan orang-orang yang kufur hidup mewah, maka ayat ini Allah turunkan untuk menghiburkan supaya mereka tetap bersabar dan thabat iaitu: "Janganlah engkau terpedaya oleh kerana berjalannya perniagaan orang-orang yang kufur di dalam negeri."

Ayat ini ditujukan kepada setiap orang Islam, jelasnya kepada setiap umat Nabi Muhammad saw, kerana Nabi Muhammad saw adalah sebagai utusan Allah tidak mungkin dapat diperdaya orang bila-bila masa pun sehinggalah Baginda saw wafat.

Sebabnya ayat ini diturunkan, adalah dikatakan bahawa orang-orang musyrik Makkah, atau orang-orang Yahudi berleluasa ke sana dan ke mari di dalam negeri menjalankan perniagaannya, sehinggalah mereka dapat hidup dengan mewah sekali. Melihat keadaan ini, kedapatan sebahagian orang-orang yang beriman tertanya-tanya dengan mengatakan: "Mengapa orang-orang kafir yang menjadi musuh Allah dapat hidup mewah dan senang, sedangkan kami menderita kelaparan dan kepayahan?"

Kata-kata demikian ini telah mendapat jawapan dari Allah dengan turunnnya ayat ini, yang kemudiannya Allah taala melanjutkan pula dengan firman-Nya yang berikut, iaitu ayat 197 yang bermaksud: " (Itu hanyalah) mata benda yang sedikit, kemudian tempat mereka neraka Jahanam, tempat yang sejahat-jahatnya."

Ayat ini menjelaskan bahawa segala perniagaan mereka yang berjalan dengan pesat dan maju yang menghasilkan untung dan riba itu, sebenarnya adalah mata benda yang sedikit jua, jika nak dibandingkan dengan kerugian yang bakal mereka alami kerana kehilangan nikmat dan kemewahan hidup di hari akhirat kelak. Dan bukan itu sahaja, bahkan mereka akan ditempatkan di dalam neraka Jahanam yang terkenal sebagai tempat yang sejahat-jahatnya.

Memanglah, benar apa yang Allah taala nyatakan di atas. Situasi atau fenomena yang melanda masyarakat Islam di tempat kita hari ini, menggambarkan dan membenarkan apa yang telah Allah firmankan melalui kalam-Nya yang membuktikan bahawa Allah taala Pencipta yang Maha Mengetahui akan segala sifat laku dan kelemahan yang ada pada ciptaan-Nya, manusia.

Apabila melihat kepada mereka yang kufur terhadap Allah, dengan sikap, sifat, cara pemakaian, cara kehidupan, cara pemikiran yang berlawanan dengan Syariat Allah, yang berlawanan dengan ketetapan Allah taala, yang berlawanan dengan hukum-hakam Allah taala, kehidupan mereka kebanyakkanya adalah mewah dan senang.

Ada wanita yang memakai pakaian skirt, menampakkan aurat mereka, menampakkan susuk tubuh mereka yang menggiurkan, ada juga lelaki yang berseluar pendek ketika berada di luar rumah, lelaki yang berkehidupan ala barat, tidak melaksanakan perintah Allah taala, dan tidak kurang mereka yang berfahaman sekular, liberal, patriotis (nasionalis/ kebangsaan), kapitalis serta yang tidak beragama, mereka semua ini hidup dalam keadaan mewah dan senang.

Terkadang saya pun terfikir sepertimana orang-orang yang beriman tadi yang meluahkan perasaan mereka mengapa orang-orang kafir yang menjadi musuh Allah dapat hidup mewah dan senang, sedangkan kami menderita kelaparan dan kepayahan?

Maka, Allah taala telah memberikan jawapannya kepada orang-orang yang beriman. Ialah walaupun ada juga, Allah taala telah memberi kemewahan dan kesenangan kepada orang yang beriman. Tetapi, mereka tidaklah ramai sebagaimana ramainya orang yang kufur kepada Allah taala. Itupun setelah mereka menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi dalam kehidupan mereka. Ialah, mungkin dengan kesenangan orang yang beriman itu, mereka adalah seperti Siti Khadijah binti Khuwalid, seperti Abdurrahman bin Auf, seperti Suhaib ar-Rumi, seperti Kaab bin Malik, dan yang lainnya, yang menggunakan segala nikmat kemewahan dan kesenangan yang dimilikinya itu untuk kepentingan Gerakan Islam, mereka tidak kedekut dan bakhil untuk mengalirkan segala nikmat yang dimiliki untuk kepentingan Islam dan para pejuangnya.

Jadi, sama-samalah kita selaku orang yang perjuangkan Islam, tetap thabat dan sabar dalam menghadapi ujian dan mehnah ini dengan hati dan jiwa yang dekat dengan Allah taala. Cukuplah ayat Allah taala tadi menjadi penawar yang terbaik dalam menjawab persoalan kenapa orang yang beriman, orang yang berjuang Islam mengalami kehidupan yang susah, sedangkan orang menentang perjuangan Islam hidupnya senang lenang. InsyaAllah, selepas datangnya kesusahan, pasti adanya kesenangan. Kesabaranlah yang utama dituntut.
posted by Abu Mus'ab @ 9:05 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::