:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PERUTUSAN SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW
Jumaat, Februari 26, 2010

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS
posted by Abu Mus'ab @ 10:47 PG   8 comments
KUFUR MASA KINI ( LAST)
Rabu, Februari 24, 2010

Kerosakan Di Sisi Allah taala

Firman Allah taala di dalam Surah al-A'raf ayat 127 yang bermaksud: "Apakah kamu memberikan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di negeri ini dan meninggalkan kamu serta Tuhan-tuhan mu?"

Melakukan kerosakan menurut ta'rif mereka ialah menukarkan sistem yang ada itu kepada cara yang ditunjukkan oleh Allah taala. Sesungguhnya itulah dia gambaran toghut, jahiliyyah, kufur sejak dahulu hinggalah sekarang samada ianya orang perseorangan atau kumpulan, yang memaksa manusia supaya menerima yang lain daripada Islam dalam semua jurusan kehidupan. Bahkan, lebih menyesatkan lagi apabila toghut itu berkuasa. Inilah dia cabaran paling hebat dihadapi oleh Rasul-rasul alaihimussolatu wassalam dan orang-orang beriman yang bersama-sama mereka.

Firman Allah taala dalam Surah an-Nahlu ayat 36 yang bermaksud: "Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya."

Itulah dia ciri-ciri kekufuran samada di zaman jahiliyyah Namrud dan Fir'aun atau di zaman jahiliyyah Arab, Parsi, dan Rom atau pun di zaman jahiliyyah moden. Di mana yang berbeza hanyalah watak-watak toghut yang membawa dan mempertahankan kekufuran itu.

Mungkin toghut abad ke-15 hijrah dengan tektik baru, mereka tidak lagi menekan golongan Islam dari segi lahiriah tetapi bertindak dari segi pekerti (akhlak) yang melumpuhkan Iman dan seterusnya membunuh aqidah yang sebenar. Di mana sikap mereka tidak lagi menyembah patung-patung dan berhala-berhala atau menyembah Fir'aun tetapi melalui penyembahan kepada idealogi yang dicipta untuk menyelesaikan masalah dengan meninggalkan Agama Allah taala.

Ataupun Agama Allah taala itu diperintah oleh manusia dan akalnya. Juga tidak lagi dengan upacara pemujaan dan menyembah hantu, syaitan yang ghaib tetapi bertindak memuja kebendaan yang dijadikan matlamat hidup.

Al-Imam Ibnu Taimiyyah telah menyebut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Akan lahir di antara umatku suatu kaum yang membaca al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca. Dan solatmu berlainan dengan solat mereka. Membaca al-Quran dengan mengira bahawa al-Quran itu sebagai propaganda (dakyah) mereka. Pada hal ia adalah hujah ke atas mereka. Bacaan mereka tidak melebihi kerongkongnya. Mereka keluar dari Islam sebagai anak panah keluar dari busurnya."

Menurut satu riwayat yang lain, telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mereka memerangi orang-orang yang beriman dan membiarkan penyembah-penyembah berhala. Sekiranya aku menjumpai mereka, nescaya aku akan perangi mereka seperti memerangi kaum 'Aad." (Muttafaqun 'Alaih)
posted by Abu Mus'ab @ 3:01 PTG   0 comments
MINYAK RM3 SELITER
Selasa, Februari 23, 2010

Naikkan Minyak RM 3 Seliter 1 Mei Senang Cerita

1 Mei 2010 ni minyak akan naik. Tapi mekanismanya tak tahu lagi macamana.

Setiap seorang hanya boleh dapat subsidi satu kereta. Siapa ada kereta lebih dari satu kenalah tukar nama ke nama isteri, anak, adik beradik lain untuk layak dapat subsidi.

Sesiapa nak beli kereta , saya nasihatkan beli lepas 1 Mei 2010, sebab tak tahu kereta berapa cc yang akan dapat subsidi.

The Star 18 Feb 2010 pula melaporkan pengusaha stesen minyak pening kepala, mungkin kena tambah pekerja di stesen minyak nak semak MyKad.

Macam nilah. Saya nasihatkan Menteri berkaitan tak payahlah menyusahkan orang lain dengan macam-macam mekanisma yang menyebabkan orang susah nak tukar nama kereta, tukar Mykad yang rosak, tunggu 1 Mei 2010 nak tukar kereta.

Naik saja minyak 1 Mei 2010 ini , tak payahlah nak jual pada harga subsidi guna Mykad, ikut cc kenderaan dan macam-macam. Lagi banyak kosnya nanti.

Naikkan minyak 10 sen ke, 20 sen ke, 30 sen ke. Susah-susah naikkan RM 3 seliter boleh salurkan duit lebih untuk Kementerian Pelajaran, senang anak kita belajar. Habis cerita.

Cerita sebelum ini mengenai Krisis Kenaikan Harga Minyak di Malaysia 1 Mei 2010 di http://waghih. blogspot. com/2010/ 02/minyak- naik-1-mei- 2010-sedia- ikat-perut. html dan http://waghih. blogspot. com/2010/ 01/minyak- naik-1-mei- 2010-jualan- kereta.html
posted by Abu Mus'ab @ 10:17 PG   0 comments
SANGKA RAMAI, RUPANYA SEDIKIT
Isnin, Februari 22, 2010

Kisah Raja dan Susu

Saya ada satu kisah yang kita sama-sama boleh mengambilnya sebagai pengiktibaran kita dalam memacu kehidupan seharian, lebih-lebih kita selaku golongan agamawan, bahkan mereka yang menggerakkan Islam, pendokong Islam.

Kisahnya bermula dengan suatu rasa keinginan yang melampau batas di mana satu hari raja itu ingin sangat hari esoknya bersiram (mandi) dengan air susu. Lalu baginda memerintahkan perdana menterinya mengkhabarkan titah tersebut kepada rakyat jelatanya agar setiap keluarga menuangkan segeluk susu ke dalam kolam baginda pada malam hari. Selesai titah tersebut disampaikan kepada rakyat jelatanya, maka berbisik-bisiklah di kalangan rakyat jelata tersebut terhadap permintaan raja mereka itu.

Pada malam penuangan susu tersebut ke dalam kolam raja tersebut, dalam suasana yang gelap, sebelumnya, terdapat sebuah keluarga yang telah merancang yang diketuai oleh ketua keluarga tersebut (ayah), supaya memerintahkan kepada anaknya agar mengambil segeluk cecair air menggantikan susu untuk dituangkan ke dalam kolam raja tersebut. Pada pandangan keluarga tersebut, segeluk air tidak akan dapat mengubah warna susu yang dituangkan oleh orang lain, hanya kita sahaja.

Maka, pada malam itu, berduyung-duyunglah rakyat jelata menuangkan segeluk susu setiap keluarga termasuklah keluarga tadi menuangkan segeluk air yang berpendirian tiada orang yang tahu dan perasan. Disebabkan malam yang gelap gelita.


Kemudian, pada keesokan harinya, apabila raja tersebut ingin mandi, terkejut raja melihat keadaan air yang berada di dalam kolam tersebut. Airnya kelihatan jernih, bukan air susu. Kemurkaan jelas terpancar di wajah raja tersebut. Rupa-rupanya bukan sebuah keluarga sahaja yang berfikiran semacam keluarga yang menuangkan segeluk air pada malam tadi, bahkan semua keluarga berfikiran sama dan tepat. Yang akhirnya menyebabkan rakyat jelata mendapat hukuman yang sewajarnya.


Beginilah keadaan yang berlaku pada hari ini. Satu program nak diadakan. Sampai masanya, masing-masing merasakan bahawa, aku tak perlu hadir program tersebut, kerana sudah ramai yang hadir. Ikutan sebelum ini telah diberi penerangan, penjelasan, kata-kata semangat, jadi pasti ramai yang datang dalam program tersebut. Akhirnya, program yang sepatutnya bilangan kehadiran seramai 30 orang, yang hadir tak sampai pun 5 orang.

Rupa-rupanya, bukan dia sahaja yang berpandangan demikian, bahkan semua orang lain berpandangan sama. Akhirnya program tersebut terpaksa ditangguhkan kepada hari yang lain. Hilangnya kehebatan ketika itu. Lemahnya pentadbiran pada masa itu. Kurang berkesannya tarbiyyah yang telah lama diserapkan.

Kejadian, bukan setakat berlaku dalam satu program sahaja, bahkan kebanyakkan program. Allah...Betapa kurangnya rasa sensitiviti di kalangan kita terhadap kerja-kerja Islam. Masing-masing mengharapkan orang lain untuk menjayakannya. Jadi, kita buat apa? Kita sumbang ke mana?

Sesungguhnya masih ada masa untuk kita sama-sama membetulkan keadaaan, untuk pulihkan keadaan ini. Allah taala tidak bertanya, kita menang atau kalah, yang ditanya apa sumbangan dan peranan kita untuk menjayakan agama-Nya (Islam)? Sesungguhnya kita tak layak untuk menyumbang, yang selayaknya untuk kita adalah membuat pengorbanan untuk Islam yang semaksima mungkin...
posted by Abu Mus'ab @ 8:46 PG   0 comments
ORANG FASIQ
Ahad, Februari 21, 2010

Orang Fasiq

Firman Allah taala dalam Surah al-Baqarah, ayat 99 yang bermaksud: "Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang jelas-jelas dan tiadalah yang menyangkal akan ayat itu selain daripada orang-orang yang fasiq."

Maksud beberapa ayat yang jelas-jelas di sini, iaitulah segala peraturan-peraturan yang menjadi penerangan bagi umat manusia, mana yang halal dan mana yang haram. Begitu juga undang-undang dan hukum-hukum sudah pun jelas. Semuanya ini tiada dapat diingkari kecuali oleh orang-orang yang fasiq (melanggar perintah Allah taala).

Apa yang berlaku pada hari ini adalah, ada segelintir kumpulan, puak, atau parti yang merasakan ada undang-undang lain, sumber rujukan lain yang terbaik, ada alternatif yang sesuai dengan keadaan semasa untuk menangani segala masalah-masalah yang berlaku ke atas umat manusia di tempat kita. Yang mampu menyelesaikan segala pertelingkahan yang berlaku di kalangan bangsa di Malaysia ini.

Sememangnya fahaman ini adalah fahaman yang akan menyemarakkan lagi bala Allah taala ke atas kita semua pada hari ini. Jika tidak dibendung dan tidak diatasi fahaman-fahaman ini, tidak mustahil, masyarakat yang berada di negara kita ini akan semakin susah dan mengalami pelbagai bentuk musibah.

Apa tak ketidaknya, lihat kepada apa yang berlaku sekarang, cuaca yang tidak menentu, panas kemarau yang melanda, diiringi dengan angin yang meniup yang menambahkan rasa bahangnya kepanasan tersebut.

Ditambah pula, dengan gejala membuang anak yang kritikal, hasil daripada perbuatan keji Zina yang berleluasa. Yang akhirnya, mendatangkan perasaan malu di dalam sanubari wanita yang melahirkan anak tersebut. Ini semua kerana tiada pengawasan yang sewajarnya oleh kerajaan yang diamanahkan untuk memberi bimbingan dan didikan agama yang khusus kepada para remaja ini. Yang sedia maklum, yang terlibat dalam gejala ini adalah kebanyakkannya adalah di kalangan remaja Melayu.

Justeru itu, berdasarkan kepada apa yang berlaku, dan apa yang telah terjadi, dan yang akan terjadi, kesan dari panduan yang telah dinyatakan oleh Allah taala, samada melalui al-Quran dan as-Sunnah SAW, maka sewajarnya, kepada semua pihak, terutama golongan ustaz, ustazah, hafiz, hafizah, mufti-mufti, pegawai agama, dan menteri agama agar dapat merenung, membuat tindakan yang sebaiknya, melihat kembali, sejauh manakah penyebaran dakwah dalam membasmi segala gejala sosial yang berlaku pada hari ini.

Ingat akan amanah Allah taala yang telah diberikan oleh-Nya kepada kita semua, adakah setakat kita melabelkan diri kita sebagai 'Manusia Suci', atau 'Insan Suci'. Bersedap-sedap di dalam rumah yang besar, memandu dengan kereta yang besar, memiliki harta yang setiap bulan dikumpul untuk persedian di masa tua... Inikah yang Allah taala harapkan kepada golongan agamawan ini ?

Akhirnya, mudah-mudahan kita semua tidak tergolong di kalangan mereka yang Fasiq...
posted by Abu Mus'ab @ 4:01 PTG   1 comments
KUFUR MASA KINI II
Rabu, Februari 17, 2010

Kekufuran juga lahir dengan wujudnya Toghut yang berkuasa menurut zaman masing-masing yang membawa wadah yang mengingkari ajaran Allah taala dan meninggalkan syariat-Nya dengan memaksa orang-orang lain supaya sesat bersamanya.

Firman Allah taala dalam Surah al-Baqarah Ayat 257 yang bermaksud: "Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."

Contoh toghut yang dihuraikan secara panjang di dalam al-Quran ialah Fir'aun laknatullah. Mengapakah Fir'aun dianggap toghut? Firman Allah taala dalam Surah Toha Ayat 24 yang bermaksud: "Pergilah kepada Fir'aun, sesungguhnya dia melampau batas (toghut)."

Fir'aun dianggap toghut (melampau batas) kerana mengaku menjadi Tuhan, bukannya dengan makna ia mengaku bahawa dialah yang menjadikan alam ini tetapi adalah dengan makna bahawa dialah yang berkuasa dengan hak undang-undang dan peraturan yang diciptanya sendiri untuk menghukum rakyat. "Mengaku Tuhan" bukan dengan hanya pengertian bahawa rakyat melakukan upacara ibadah terhadapnya, bahkan Fir'aun juga mengaku adanya Tuhan, tetapi Fir'aun masih lagi berlagak seperti Tuhan dengan memaksa rakyat supaya patuh kepada hukum dan sistem yang diciptakannya. Allah taala juga mentafsirkan ucapan Fir'aun melalui Firman-Nya melalui Surah an-Nazi'at ayat 24 yang bermaksud: "Aku Tuhan kamu Yang Maha Tinggi."

Dengan ucapannya di satu masa yang lain, Firman Allah taala dalam Surah az-Zukhruf Ayat 51-53 yang bermaksud:

51. Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?

52. "Bahkan Bukankah Aku lebih baik daripada orang Yang hina keadaannya ini, dan Yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

53. "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"


Jelas sekali perbandingan yang dibuat di antara dirinya yang menjadi pihak yang berkuasa dengan segala rupa kemewahan kebendaan sedangkan Nabi Musa alaihissalam tidak ada kuasa dan kebendaan. Bahkan menganggap apa yang dibawa oleh Nabi Musa alaihissalam itu membawa kerosakan di muka bumi.

Bersambung ...
posted by Abu Mus'ab @ 8:30 PTG   0 comments
UMNO TIDAK ADA WALA', TAAT DAN THIQAH

Jangan Robohkan Doktrin Wala', Taat dan Thiqah Dalam PAS

Ustaz Idris Ahmad

Wala’, taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini.

Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).

Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah saw meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti

* Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
* Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
* Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
* Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
* Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.
posted by Abu Mus'ab @ 8:30 PTG   0 comments
1 MALAYSIA ADALAH "CANDU MASYARAKAT"

- supaya rakyat lali dan lupa terhadap masalah hidup yang dihadapi

DUNGUN - Akibat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah pada hari ini adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan rakyat menderita dan hidup dalam keaadaan yang tidak selesa.

”Oleh itu, maka mereka (kerajaan BN) tahu rakyat perlu diberikan candu, maka candunya sekarang ini adalah slogan 1Malaysia,” kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak adalah bertujuan untuk menjadikan rakyat leka dan lupa dengan masalah yang dihadapi.

”1Malaysia adalah satu (slogan) supaya rakyat lali dan rakyat lupa terhadap penderitaan yang dialami,

”supaya rakyat tidak nampak tentang penyelewengan dan pengkhianatan amanah yang mereka (kerajaan BN) lakukan kepada rakyat,” katanya dalam majlis Penerangan yang diadakan di sini baru-baru ini.

Beliau mempersoalkan, apakah faedah yang rakyat perolehi dengan moto ‘Rakyat Didahulukan’.

”Dia (kerajaan BN) bagi kita minyak untuk pakai, minyak yang murah minyak (RON) 95, minyak itu bila kita bawa (kenderaan) macam kita bawa ‘buldozer’, mana ada ‘pick-up’,” kata Ustaz Idris yang menambah, sebab itu kenderaan yang kita bawa tidak larat untuk mendaki bukit,

”Itulah yang rakyat pakai (gunakan), ini rakyat didahulukan, pakai minyak yang tidak ada kualiti,” tegasnya.

Jelas Ustaz Idris, sebenarnya kerajaan baru-baru ini telah menaikkan harga minyak (petrol) sebanyak 30 sen daripada RM1.75 kepada RM2.05, dan minyak RON 97 adalah minyak lama yang telah dinaikkan harga.

Katanya dengan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, kerajaan BN telah menipu rakyat satu Malaysia.

Justeru, Oleh yang demikian, katanya, kerajaan BN tidak boleh diharap lagi untuk membela kehidupan rakyat.

Beliau turut mendakwa kerajaan BN akan menaikkan pula tarif elektrik dan air tidak lama lagi.

”Apa yang kita nak harap kalau macam inilah kerajaan yang ada, nak harap apa untuk mereka bela (hidup) kita,

”lepas ini, (tariff) elektrik pula naik dan (harga) air juga naik, yang turun adalah hujan!,” katanya.

"KAPITALIS DIDAHULUKAN, KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN"

posted by Abu Mus'ab @ 10:37 PG   2 comments
KUFUR MASA KINI
Selasa, Februari 16, 2010

Ciri-ciri Kufur Zaman Kini

Semua kekufuran menurut sejarahnya mempunyai kaitan faktor-faktornya mengikut zaman, keadaan, dan tempat masing-masing berdasarkan perkembangan akidah, politik, ekonomi, masyarakat dan yang paling utama menjadi dasarnya ialah tidak beriman kepada Allah taala, yang merupakan satu-satunya Tuhan yang sebenar mengikut akidah yang sebenar. Jadi daripada sinilah lahirnya penyelewengan di dalam pelbagai aspek.

Apabila beriman kepada Allah taala itu menjadi punca aqidah yang sebenar, maka itulah sahaja yang dapat membetulkan segala tindak-tanduk manusia secara individu dan jemaah serta masyarakat.

Sesungguhnya, apa yang dikatakan kufur atau jahiliyyah itu ialah mengingkari pengabdian diri terhadap Allah taala yang meliputi tugas-tugas ibadat dan perlaksanaan hukum di bumi ini. Keingkaran itu tidak hanya merosakkan hubungan antara manusia dengan Allah taala tetapi juga hubungan manusia dengan sesama manusia dan hubungannya dengan segala bahan-bahan yang ada di muka bumi ini. Justeru itu, tidak pernah tercatat di dalam sejarah bahawa berlakunya penyelewengan aqidah tanpa disusuli dengan penyelewengan yang lain.

Mungkin aqidah itu ada tetapi adanya semata-mata adalah tidak mencukupi tanpa menggerakkan manusia ke arah benar-benar melaksanakan hukum Allah taala. Keadaan yang sedemikian pernah berlaku pada orang-orang Arab Jahiliyyah yang beriman dengan wujudnya Allah taala seperti firman Allah taala dalam Surah Luqman Ayat 25 yang bermaksud: "Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik)."

Sesungguhnya mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya kerana di samping itu mereka mengada-adakan tuhan-tuhan yang lain daripada Allah taala walaupun secara wasitoh (perantaraan) semata-mata dan di dalam muamalat pula, mereka tidak mengendahkan Syariat Allah taala di mana dalam politik dan perundangan, mereka menerima dasar yang lain daripada ajaran Allah taala.

Firman Allah taala dalam Surah al-Maidah ayat 50 yang bermaksud: "Sesudah itu, Patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang Yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa Yang boleh membuat hukum Yang lebih pada daripada Allah."

Beriman dengan Allah taala dari segi Rububiyyah dan Uluhiyyah hendaklah dibuktikan juga dengan mentauhidkan Allah taala dari segi hakimiyyah (hukum-hukum).

Ciri-ciri kufur yang utama ialah tidak beriman kepada Allah taala dan tidak Islam (menyerah diri) kerana aqidah dan syariat atau Iman dan Islam itu tidak dapat dipisahkan. Apabila tidak melaksanakan hukum Allah taala di dalam segala sistem kehidupan, maka ini bererti menurut hukum nafsu yang sememangnya menjadi ciri-ciri Jahiliyyah yang juga lahir daripada tidak beriman kepada Allah taala dari aspek hakimiyyah dan mungkin juga dari aspek uluhiyyah kerana sesungguhnya Allah taala telah menamakan hukum yang lain daripada hukum-Nya adalah dengan nama Hawa Nafsu.

Firman Allah taala dalam Surah al-Maidah Ayat 49 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu berhukum di tangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah mengikut hawa nafsu mereka."

Jelasnya, cara mengikut hawa nafsu itu adalah berbeza dari masa ke semasa, dari umat ke umat, dari negeri ke negeri, tetapi tidak terkeluar dari prinsipnya, samada untuk kepentingan individu, atau jamaah tertentu dan sesungguhnya Allah taala itu Maha Suci daripada mempunyai muslihat diri-Nya melalui hukum-Nya.

To Be Continue ...
posted by Abu Mus'ab @ 11:54 PG   0 comments
SAINT VALENTINE
Ahad, Februari 14, 2010


Hari Valentine

HARI VALENTINE mengikut sejarah datang dari zaman pemerintah Ratu Isabella di Sepanyol. Perkataan VALENTINE diambil sempena nama pederi besar Kristian Saint Valentine, beliau amat disayangi oleh Ratu Isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Feb (tarikh Hari Valentine) tahun 270 masihi. Kejayaan beliau begitu bermakna bagi Ratu Isabella oleh itu, maka 14 Feb disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan Hari Valentine.

Hari ini, Hari Valentine dinamakan juga dengan Hari Kekasih, yang dirayakan oleh kebanyakkan remaja-remaja yang berada di alam Cinta Monyet di seluruh dunia. Ini kerana disebabkan oleh kekurang fahaman dalam hal agama, Islam. Lebih-lebih lagi, perayaan ini, majoriti yang merayakannya adalah di kalangan bangsa Melayu.

Oleh itu, jika anda (umat Islam) menyambut Hari VALENTINE sama seperti anda gembira dengan menumpaskan kerajaan Islam di Cordova. Dan sememang orang yang menganut agama Islam adalah HARAM merayakannya kerana ia merupakan dosa yang amat besar. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH...
posted by Abu Mus'ab @ 2:50 PTG   0 comments
PEMBAHAGIAN KUFUR
Rabu, Februari 10, 2010

Pembahagian Kufur

Kufur menurut bahasa al-Quran dan as-Sunnah kadang-kadang dimaksudkan dengan 'Kufur Akbar', iaitu kufur yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Islam menurut hukum dunia dan kekal di dalam Neraka menurut hukum akhirat. Ada kalanya pula dipanggil 'Kufur Asghar' iaitu yang dimaksudkan dengan maksiat dan kejahatan yang tidak mengeluarkan orang-orang yang melakukannya daripada agama Islam dan tidak kekal di dalam Neraka di negeri akhirat.

Berhubung dengan yang pertama, iaitu 'Kufur Akbar', di mana ianya berlaku dengan keingkaran secara bersengaja terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW melalui hati, perkataan atau perbuatan, atau ingkar sebahagian daripadanya dalam perkara yang diketahui umum bahawa ianya adalah dari agama Islam, iaitulah baginya kufur yang dimaksudkan di dalam firman Allah taala dalam Surah al-Baqarah ayat 253, yang bermaksud: "Maka ada di antara mereka yang beriman dan ada pula di antara mereka yang kafir."

Firman Allah taala lagi dalam Surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud: "Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindung mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran)."

Firman Allah taala lagi dalam Surah al-'Imran ayat 86 yang bermaksud: "Bagaimana Allah akan menunjukkan sesuatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman."

Berhubung dengan yang kedua, iaitu 'Kufur Asghar', di mana termasuk di dalamnya maksiat yang dilakukan seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang bersumpah dengan sebutan yang lain daripada Allah, maka dia kufur."

Ada kalanya juga kufur ini disebut dengan makna 'Kufur Nikmat' dan bukannya 'Kufur I'tiqad' sebagaiman firman Allah taala di dalam Surah an-Namlu ayat 40 yang bermaksud: "Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya dan barangsiapa yang kufur maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia."

Sesungguhnya pembahagian Akbar dan Asghar ini turut juga berlaku kepada Syirik, Nifaq, Fasiq dan Zalim.
posted by Abu Mus'ab @ 2:35 PG   2 comments
JADILAH KAMU KERA YANG HINA
Isnin, Februari 08, 2010

Jadilah Kamu Kera Yang Hina

Firman Allah taala dalam Surah al-Baqarah, ayat 65 hingga 66, yang bermaksud:

"Demi telah Kami ketahui orang-orang yang melanggar peraturan di antara kamu - pada hari Sabtu (hari kelepasan orang-orang Yahudi), maka Kami telah bertitah kepada mereka:"Jadilah kamu kera yang hina."

"Maka Kami jadikan yang demikian itu suatu iktibar (tauladan) kepada umat yang datang kemudiannya, dan menjadi pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah."

Kedua-dua ayat di atas menceritakan tentang iaitu: Pada zaman Nabi Allah Daud alaihissalam, orang-orang Bani Israil telah ditegah oleh Allah dilarang sama sekali menangkap ikan pada hari Sabtu, kerana hari itu merupakan hari kelepasan (hari tidak bekerja / hari untuk beramal ibadat untuk memuliakan Allah taala).

Ini menyebabkan ikan-ikan di laut pun pada hari itu semuanya berkumpul. Tetapi sesungguhnya orang Yahudi ini mempunyai akhlak perangai yang buruk, ramai di antara mereka yang telah melanggar perintah Allah tersebut.

Mereka berpecah kepada 3 golongan. Golongan pertama, iaitu mereka yang tidak menangkap ikan, dan melarang kawannya yang lain daripada menangkap ikan. Golongan kedua, iaitu mereka yang juga tidak menangkap ikan, tetapi mereka tidak melarang kawannya yang lain. Sedang golongan ketiga, iaitu mereka yang melanggar larangan Allah taala ini.

Pada hari ini, memanglah mudah untuk menangkap ikan, banyak hasil yang diperolehi, dan hasilnya banyaklah wang didapati dari hasil penjualan ikan tersebut, kerana hari itu, semua ikan akan berkumpul. Dengan itu pula mereka semakin melanggar perintah Allah taala. Akhirnya Allah taala melaknat mereka dengan firman-Nya yang bermaksud: Jadilah kamu kera yang hina.

Menjelmalah mereka menjadi kera yang hina. Samada betul-betul menjadi kera yang sebenarnya - berbulu dan berekor, mahupun rupanya sahaja manusia, tetapi kelakuannya bersifat kera.

Kita umat Islam juga mempunyai hari kelepasan, iaitu hari Jumaat. Hendaknya umat Islam memuliakannya sebagaimana mestinya. Ada larangan berjual beli pada waktu Solat Jumaat didirikan. Larangan musafir sejak fajar terbit pada hari Jumaat, sekiranya ditakuti tidak dapat menunaikan Solat Jumaat dalam perjalanan. Tetapi, tidak ada suruhan membantutkan kerja pada hari Jumaat, bahkan apabila selesai sahaja solat itu dikerjakan, hendaklah kamu bertebaran di muka bumi bagi mencari rezeki Allah taala.

Ketahuilah, alangkah baiknya kita menjadikan hari Jumaat ini, hari untuk beribadat pada Allah t aala. Hari untuk mempertingkat ilmu agama kita. Hari untuk mendekatkan diri kepada Allah taala. Jika untuk meraikan keluarga, sebaiknya laksanakan pada hari Sabtu sahaja. Inipun berlaku di tempat kita hanya 3 buah negeri sahaja iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah. Negeri lain macamna?

Baik, yang untungnya bagi kita umat Islam, jika ada di kalangan kita yang melanggar larangan-larangan pada hari Jumaat itu, SYUKUR, Allah tidak menjelmakannya menjadi kera atau monyet. Tetapi tidak ada kemungkinan ker sifat / perangai kera atau monyet itu oleh Allah dijelmakan-Nya di dalam peribadi seseorang?

Maka jadikanlah hal ini sebagai panduan dan pengiktibaran...Berfikirlah...
posted by Abu Mus'ab @ 8:13 PG   3 comments
MUG ADA MATA DAN HIDUNG
Rabu, Februari 03, 2010

Di Mana Keyakinan Kita

Saya teringat sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang ke-19 dalam kitab Hadis 40, satu pesanan Nabi SAW kepada Ibnu Abbas, yang bermaksud: "Peliharalah Allah taala, nescaya Allah akan memelihara kamu. Peliharalah Allah taala, nescaya Allah taala akan memelihara kamu di masa jua kamu berada...hingga akhir hadis.

Jika kita meneliti dalam al-Quran dalam Surah Muhammad, ayat yang ke-7 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sekiranya kamu 'menolong' Allah taala, nescaya Allah taala akan 'menolong' kamu, dan akan menetapkan kedua-dua kaki kamu".

Sebenarnya banyak lagi nas-nas yang bersangkutan dengan dua nas di atas. Menggambarkan betapa peri pentingnya menjaga hak Allah taala, iaitu memperjuangkan Islam. Kata 'peliharalah Allah' dalam hadis di atas bermaksud memelihara hak-hak Allah taala, memelihara hukum-hakam Allah, undang-undang Allah, ayat-ayat Allah taala, arahan dan suruhan Allah dan larangan-larangan Allah taala.

Balasannya, ganjarannya, Allah taala akan 'memelihara kamu'. Di sini, Imam Nawawi rahimahullahu taala membahagikan maksud 'memelihara kamu' kepada 2 bentuk pemeliharaan. Yang pertama, adalah Allah taala akan memudahkan, menolong, membantu dan memberi keamanan, kesihatan, kemudahan dalam segala urusan keduniaan, samada kehidupan, kerjaya, ekonomi, sihat tubuh badan, kekeluargaan, harta benda dan seumpamanya.

Manakala yang kedua pula adalah, Allah taala akan memelihara Islam dan Iman seseorang itu. Dengan kata lain, inilah pemeliharaan yang amat diinginkan oleh mereka yang memiliki jiwa yang dekat dengan Allah taala. Pemeliharaan yang terbaik di sisi Allah taala. Pemeliharaan yang menjamin akan kesejahteraan dan keselamatan dunia dan akhirat.

Suasana hari ini, yang terkadang memainkan Islam dan Iman kita. Terkadang mencubit, adakalanya rasa sakit, dan adakalanya rasa semacam dibelai. Inilah dunia hari ini. Berdasarkan nas-nas di atas, itu adalah antara bentuk dorongan dan galakan serta janji Allah taala kepada hamba-Nya yang betul-betul meyakini, memiliki keyakinan yang mantap terhadap segala arahan dan larangan Allah taala melalui kalam-Nya yang agung.

Hari ini, yang menyebabkan ada di kalangan kita yang mengalami musibah, yang dianggap sebagai UJIAN, tetapi hakikatnya adalah BALA. Kenapa berlaku demikian? Apabila seseorang itu mewujudkan alasan untuk tidak mahu hadir Usrah, Tamrin, Mukhayyam atau sebarang program Tarbiyyah, juga program Jemaah. Sehinggakan adakan alasan untuk tidak mahu aktif lagi buat masa ini dalam Jemaah (PAS), tidak mahu terlibat dengan PAS. Menunggu masa yang sesuai untuk aktif. Pelbagai lagi alasan yang diwujudkan dengan sebab ketiada keyakinan terhadap janji Allah taala di dalam al-Quran al-Karim dan Hadis Nabi SAW. Yang akhirnya, mengakibatkan mereka futur dalam perjuangan Islam. Mereka lalai, alpa dibuai oleh dunia yang sementara. Yang menyedihkan, mendapat hinaan dan cercaan oleh mahkluk Allah yang lain. Kita nak ker berlaku hal ini kepada diri kita?

Bagi saya, segala kesempitan dan musibah yang menimpa saya, ketika saya sengaja melarikan diri dari kerja-kerja Jemaah (PAS), ini merupakan BALA Allah taala, dan sewajibnya saya mesti menjadikannya sebagai pengajaran, panduan dan pengiktibaran. Banyakkan berfikir, kembali kepada diri sendiri, makanan minuman kita, penggunaan harian kita.

Saya menyatakan hal ini, sebagai peringatan dan nasihat kepada sahabat-sahabat semua, KHUSUS kepada diri saya sendiri. Bahkan kepada mereka yang bergelar Haamilul Quran. Agar kita semua tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi samada di dunia dan akhirat.

posted by Abu Mus'ab @ 10:47 PTG   1 comments
NIFAQ (MUNAFIQ)

Nifaq (Munafiq)

Lama rehat, sebenarnya tak juga. Kebetulan kerja. Dekat kerja, tak dapat nak update. Jadi kene tunggu sampai rumah, baru bleh update blog.

Munafiq ialah sifat dan amalan yang dilahirkan oleh seseorang berupa sifat dan amalan orang Muslim pada zahirnya sahaja, sedangkan pada hakikat dan hatinya tidak sedemikian, dan jika sekiranya apa yang tersembunyi di hatinya itu berupa perasaan yang tidak menafikan Iman, maka tidaklah menjadi kufur.

Apa yang menjadi perbincangan kita ialah jika sekiranya terdapat perasaan yang menafikan Iman walaupun lidahnya berikrar, maka dia tidak beriman di sisi Allah taala, tetapi di kalangan kita dia adalah tetap orang Islam, bermuamalahlah dengannya sebagai seorang Islam selagi tidak lahir kekufurannya.

Sesungguhnya Allah taala hanya memberitahu kepada kita tanda-tandanya sahaja dan terserahlah kepada si Munafiq itu untuk menyedari bahawa sesungguhnya Allah taala Maha Mengetahui segala apa yang tersembunyi di hatinya.

Di antara ayat yang mendedahkan sifat-sifat orang Munafiq ialah firman Allah taala dalam Surah al-Baqarah ayat 8 hingga 16 yang bermaksud:

" 8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan".

12. Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

13. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". mereka menjawab: "Patutkah Kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang Yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

14. Dan apabila mereka bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya Kami tetap bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang beriman)".

15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba Dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

16. Mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah".

Seterusnya, dalam Surah an-Nisa' ayat 138 hingga 146 turut mendedahkan keadaan-keadaan orang Munafik. Rasanya, eloklah sahabat-sahabat rujuk sendirilah yer... Sama-samalah kita renungkan.
posted by Abu Mus'ab @ 12:31 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::