:: WaJiB ::
:: TAK NAK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: MeSiR KiNi ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: MeSiR ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
LIDAH DISTAPLER DENGAN 'UBAT STAPLER' BESAR
Jumaat, Mei 28, 2010

LIDAH DISTAPLER DENGAN 'UBAT STAPLER' BESAR

Keadaan yang berlaku hari ini, diam membisu, seolah-olah lidah telah distapler dengan 'ubat stapler' yang paling besar, mendudukkan para Ulama' UMNO, golongan agamawan mereka, apabila isu agama berkait dengan Kelulusan Lesen Judi Bola Sempena Piala Dunia, mereka gagal mengeluarkan suara tembaga mereka dek kerana takutkan segala kemewahan dan pangkat yang dimiliki dan akan dimiliki terjejas akhirnya terbantut.

Yang saya kesalkan, ada juga di kalangan para agamawan yang boleh bersetuju dengan alasan kerajaan Bee End meluluskan lesen judi bola tersebut, dengan alasan yang sama. Ke mana perginya ilmu agama yang dituntut selama ini? Kan dah jelas, judi ni Haram hukumnya. Dosa besar bagi sesiapa yang melakukannya. Kalaulah orang bukan Islam, orang Cina contohnya, boleh menuturkan bahawa judi bagi mereka adalah haram, maka memang 'bangang' sungguh golongan agamawan ini. Dahlah Melayu, mengaku Islam pulak, tambah belajar agama. Memang tidak ada kemaluan sungguh! Betul-betul nak menjaga RICE COOKER.

Mari kita sama-sama merenung sedalamnya akan firman Allah taala ini di dalam Surah al-Baqarah, ayat 159-160, yang bermaksud: "

159. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

160. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

Kedua-dua ayat di atas walaupun ditujukan kepada golongan pendeta Yahudi secara khususnya, tetapi yang sebenarnya secara umum kepada orang-orang yang sengaja menyembunyikan segala sesuatu yang diturunkan oleh Allah taala, yang merupakan hukum-hukum agama dan perkara-perkara yang telah pun dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran. Orang-orang seperti itu akan besarlah celakanya, kerana mendapat laknat Allah dan laknat seluruh orang-orang melaknat.

Berkata Imam Mujahid: Di antara yang mengutuk itu termasuklah binatang-binatang. Binatang-binatang itu akan mengutuk anak Adam yang derhaka, jika datang musim kemarau, iaitu hujan tidak turun, binatang-binatang itu berkata: "Semua ini sial disebabkan oleh dosa-dosa anak Adam."

Bahkan seorang Ulama' Tasawwuf iaitu Mohd Ali Miqdad pernah menyebut: "Barangsiapa yang senyap dalam hal kebenaran, ia adalah Syaitan Bisu."

Seterusnya, pada ayat akhir, Allah taala memberi pengecualian kepada mereka yang tidak akan mendapat laknat iaitu:

1- Orang yang sudah bertaubat, mengaku salah dan menyesali kesalahannya dengan berniat tidak akan berbalik lagi untuk melakukannya.

2- Orang yang sudah menjadi baik, menjalankan kewajipannya kepada Allah taala dengan betul.

3- Orang yang tidak lagi menyembunyikan ilmunya dan mahu menerangkannya kepada orang ramai.

Allah taala berjanji akan memaafkan mereka dan menerima taubat mereka, kerana Allah taala Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.

Tuntasnya, apabila meneliti kedua-dua ayat tadi, jelaslah mereka yang menyembunyikan kebenaran yang kebenaran itu terang datang dari Allah taala melalui nas-Nya, al-Quran, maka akibatnya mereka akan dilaknat oleh Allah taala, para Malaikat, orang beriman, binatang-binatang, serta makhluk seisi alam.

Persoalan, adakah anda sanggup dilaknat yang demikian? Tahan ke untuk menanggungnya? Tiap-tiap hari kene laknat? Sampai hati anda membiarkan seluruh kaum kerabat anda menanggung sama dengan kejahilan, kebebalan, kejahatan dan kemaksiatan yang anda lakukan?

Al-Quran, al-Hadis, Ijma' Ulama' adalah jalan penyelesaiannya segala masalah dan persengketaan dan percanggahan...

posted by Abu Mus'ab @ 12:22 PG   0 comments
UMNO DAN KERA
Selasa, Mei 25, 2010

UMNO Menjadikan al-Quran dan al-Hadis Sebagai Perhiasan

Firman Allah taala di dalam Surah al-Isra' ayat 9 yang bermaksud: "Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala yang besar."

Dengan kenyataan realiti hidup pada masa kini, yang berlaku atas kebanyakkan masyarakat Melayu yang kononya menstatuskan dirinya Islam, inilah hasil penjajahan British ke atas Malaysia, walaupun telah memperoleh 53 tahun kemerdekaan. Orang Melayu yang jauh daripada pengamalan Islam yang sebenar dengan mengikut acuan Allah taala yang telah digariskan melalui al-Quran. Menolaknya dengan cara mendiamkan diri seribu bahasa, kelu tak terkata, melakukan kemaksiatan yang terang-terang bercanggah dengan syariat Allah taala.

Inilah sikap pemimpin UMNO yang memerintah Malaysia sekarang ini. Kononya menganggap dirinya Islam dan BerIman. Cess ! Celaka pemimpin UMNO, baik samada yang menerajuinya atau penyokong tegarnya. Nahas kamu semua. Ingat firman Allah taala ini dalam ayat 159 Surah al-Baqarah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab suci, mereka itu DILAKNAT oleh Allah dan DILAKNAT oleh sekalian makhluk."

al-Quran dan al-Hadis yang didatangkan kepada kita hari ini, adalah sebagai pedoman, panduan dalam kehidupan, samada ia berbentuk arahan, dorongan atau ancaman. Sewajibnya bagi mereka yang meletakkan dirinya di kalangan mereka yang beriman, menerima dengan sebulat-bulatnya, tanpa ada perasaan malu, benci, atau seumpamanya. Walaupun ada tanggapan, bahawa hari ini, PAS memperalatkan Quran dan Hadis untuk membenarkan hujjahnya. Inilah fahaman yang lahir dari tentera-tentera Syaitan yang direkrut oleh Proksi Yahudi dan Amerika, iaitu UMNO laknatullah lebih setengah abad yang lalu. Satu fahaman yang sesat lagi menyesatkan orang lain.

Realiti hari ini, ISLAM adalah sinonim dengan perjuangan PAS. Apabila seseorang menyebut tentang perjuangan untuk menegakkan Islam, melaksanakan hukum Hudud Qisas dan Takzir, membasmi kemaksiatan, menentang kezaliman, orang mengatakan dia adalah orang PAS. Manakala seseorang itu bercakap soal kemajuan, pembinaan jalan raya, mengampu kerajaan, menjadikan Amerika sebagai role model, menggalakkan maksiat, pesta zina, orang akan mengatakan ini adalah orang UMNO.

Dalam pembinaan peribadi Muslim yang sejati, Quran dan Sunnah merupakan nadi yang utama. Sekiranya peribadi tersebut menolak kedua-duanya dengan pelbagai cara termasuk dengan cara mendiamkan diri, membisu ibarat Syaitan Bisu, apatah lagi mereka yang mentah-mentah menolak sumber hukum utama ini, maka tergolonglah mereka di kalangan mereka yang sesat, bahkan lebih sesat daripada binatang. Mereka akan mengalami kesusahan di dunia apatah lagi di akhirat.

Daripada Abi Syuraih al-Khuza'e r.a, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya tepi atau hujung al-Quran ini berada di dalam genggaman Allah dan satu tepi lagi berada di tangan kamu semua, maka berpeganglah dengannya, nescaya kamu semua tidak akan sesat dan tidak akan rosak binasa setelahnya selama-lamanya." Hadis Riwayat at-Tabrani.

Daripada Ibnu Abbas r.a, Bahawasanya Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah meninggalkan sesuatu buat kalian yang jika kalian berpegang dengannya nescaya tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya."

Satu ancaman daripada Allah taala bagi mereka yang mengingkari perintah Allah taala, firman Allah taala di dalam Surah an-Nur ayat 63 yang bermaksud: "Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintah-Nya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

Kenapa mesti kita hari ini mengundang bala Allah taala? Kenapa mesti hari ini kita sengaja mendustakan ayat Allah taala? Kenapa mesti kita hari ini menyembunyikan kebenaran yang datangnya daripada Allah taala? Kenapa mesti hari ini kita melengahkan pelaksaan syariat Allah taala sedangkan kononya melabelkan Malaysia adalah negara Islam? Kenapa mesti hari ini kita mendiamkan diri semata-mata ingin menjaga 'Rice Cooker', padahal hakikatnya itu semua telah ditentukan oleh Allah taala?

Betul-betul Pemimpin UMNO hari ini BUTA HATI..ibaratnya binatang, bahkan lebih sesat daripada binatang, dasar KERA. Terang-terang menolak ayat-ayat Allah taala dan Hadis Nabi SAW. Apabila Ulama' menyampaikan, mereka mengatakan dusta, palsu, rekaan. Apa kejadah punya UMNO ini. Soal hukum hakam dipermainkannya. Soal halal haram tidak dititik beratkan, bahkan menterbalikkan hukumnya. Memang sah, UMNO menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai barang Perhiasan semata-mata.

Akhrnya, Masih ada masa untuk berubah, dan insaf atas segala kesilapan yang dilakukan selama ini. Alangkah indahnya apabila bercakap, berkehidupan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
posted by Abu Mus'ab @ 10:54 PG   0 comments
HAKIKAT GURU
Rabu, Mei 19, 2010

Apakah Peranan Guru Yang Sebenarnya ?

Sebagaimana yang kita maklum bahawa pada 16 Mei setiap tahun, kaum guru seluruh negara menyambut perayaan hari guru sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap khidmat dan jasa bakti mereka.

Perayaan hari guru ini disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan bagi mengenang pengorbanan dan keluhuran akal budi para guru.

Masyarakat yang berilmu meletakkan guru atau pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain. Firman Allah taala di dalam Al-Quran :

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت

Maksudnya: “Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar.

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Sesungguhnya peranan pendidik bukanlah terhad kepada kaum guru sahaja tetapi juga kepada ibubapa, tok guru, tok imam, tok bilal dan siapa sahaja yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka adalah pendidik. Ini bermakna kita semua adalah pendidik.

Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:

1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.

2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.

3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:

يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور

Maksudnya: “Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Surah Luqman : Ayat 17)
Pada hari ini ada orang menganggap tugas mendidik tiada kaitan dengan peranan dan tanggungjawab kita. Jika tanggapan ini berterusan, kita bimbang penyakit sosial yang melanda remaja Islam hari ini semakin parah.

Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:

كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيته

Maksudnya: “Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab ibubapa dan mereka yang bertanggungjawab di kampung atau di bandar khususnya Wakil Rakyat, Pemerintah dan Kerajaan sama-sama mengembeleng tenaga dengan memberi perhatian utama terhadap pendidikan anak-anak dan para remaja. Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi Sollallahu `alaihi wasallam, sejarah para Sahabat RA dan para Solehin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani.

Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:

1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا فى المضاجع

Maksudnya: “ Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur ”.( Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:

علموا أولادكم وأهليكم الخير وأدبوهم

Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka ”.

2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik. Firman Allah taala:

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا

Maksudnya: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredhaan ) Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa Sedih dan Senang)”. (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

Marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan tanpa mengira bangsa, budaya dan keturunan.

Bagi mencapai matlamat murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan. Apabila ini telah dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.
posted by Abu Mus'ab @ 3:19 PTG   0 comments
SYAHADAH ORANG UMNO
Ahad, Mei 16, 2010

Shahadah Adalah Segala-galanya

Dari Abi Abdurrahman Abdillah bin Umar bin al-Khattab radhiallauhu anhu berkata: Aku telah Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah taala, dan Nabi Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan Solat, mengeluarkan Zakat, mengerjakan Haji di Baitullah, dan berpuasa di bulan Ramadhan." Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Apabila kita memikirkan akan hadis SAW ini, yang telah diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar, seorang yang terkenal dengan kezuhudannya, seorang yang wara', ditambah dengan seorang Imam yang luas pengetahuannya serta mempunyai ramai pengikut, Nabi SAW telah menyatakan elemen-elemen yang ada WAJIB ada dalam diri seseorang yang bergelar Islam.

Asas Islam yang telah Nabi Muhammad SAW pertegaskan dalam hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim di atas meletakkan bahawa rukun Islam terpundak atas 5 perkara yang wajib dilaksanakan sebaik-baiknya. Tanpa satunya dianggap melepaskan diri daripada Islam, maka jadinya kufur atau murtad dengan tidak semena-mena.

Jika kita meneliti terhadap perbahasan susunan dalam Rukun Bai’ah, yang telah dicetuskan oleh as-Syahid al-Imam Hassan al-Banna, tokoh gerakan Islam sedunia, kepada abna al-haraki sampailah masa kini, kenapa rukun yang pertama, al-Fahmu diutamakan. Tidak Ikhlas diutamakan. Semestinya ada sebabnya dan alasannya yang perlu kita sama-sama fikirkannya dan aplikasikannya dalam kehidupan secara berjemaah, khusus dalam perjuangan yang sedang kita perjuangkan kini.

Samalah juga apabila kita fikirkan dan amati dalam hadis di atas. Bermula era kita diperkenalkan oleh tok nenek moyang kita tentang Rukun Islam ada 5 perkara. Sehinggalah ke saat kini, dengan kedudukan rukunnya tidak berubah dan kekal, dan akan kekal hingga ke hari Qiamat. Kenapa Nabi SAW meletakkan perkara Syahadah diutamakan dalam rukun Islam ini? Kenapa tidak perkara Solat? Ataupun Haji?

Mari kita koreksi sama-sama, secara berfikiran terbuka, bukan bauan syaitan dan iblis, bukan bauan kebendaan dan keduniaan, bukan bauan kasih dan sayang pada keluarga, bukan bauan pada rasa ego dan sombong serta angkuh. Dengan cara hati yang tulus ikhlas, atas dasar mahabbah dan ukhuwah kerana Allah taala.

Makna Syahadah atau lebih dikenali di kalangan masyarakat Melayu hari ini adalah Mengucap Dua Kalimah Syahadah, yang maknanya: “Aku naik saksi Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah taala, dan Nabi Muhammad itu adalah Utusan Allah taala.” Yang nak dipersoalkan dan diperincikan di sini adalah konsep ‘Ilaah’ iaitu Tuhan Yang Disembah. Iaitulah Tuhan yang sewajibnya kita abdikan, kita sembah, kita pertuhankan, kita mohon pertolongan, kita mohon bantuan, kita mohon nikmat atau rezki, kita mohon kekuatan, kita mohon dijauhkan musibah, kita mohon didekatkan nikmat dan seumpamanya.

Perlu sedari bahawa, nilai syahadah ini adalah segala-galanya. Menjadi pengukur kepada segala penerimaan amalan kebajikan seseorang. Memang salah, apabila seseorang itu mendirikan solat, yang dah bergelar haji dan hajjah, berpuasa 30 hari di bulan Ramadhan, serta tunaikan zakat, akan tetapi pengabdiannya, penyerahan dirinya, jiwanya, fikirannya, pemahamannya, ideologinya, anutannya, tidak kepada Allah taala dengan sebulat-bulatnya.

Kita orang Islam dilarang sama sekali menjadikannya orang Yahudi dan Nasara sebagai teman apatah lagi mengikut telunjuk mereka, mengikut kata mereka, menjayakan idealogi mereka, menjayakan propaganda mereka, menjayakan perancangan mereka. Merasakan sekiranya tidak mengikut telunjuk mereka akan mencetuskan kekeliruan dan kehuru-haraan dan mengundang bahaya. Sekiranya tidak mengikut kata mereka, akan menyebabkan kemajuan Malaysia akan tersekat dan terbantut, akan tercetusnya peperangan dan pelbagai momokon yang bengong di kalangan orang Melayu yang menganggap dirinya Islam.

Walhal, Allah taala lah tempat pergantungan dan mohon pertolongan. Allah taala Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak ke atas sesuatu yang Dia kehendaki. Adakah pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini tidak meyakini akan hal ini? Termasuk golongan agamawan yang diam sepi membisu ibarat Syaitan Bisu, adakah turut tidak menyedari dan menyakini akan hal ini?

Para Menteri, para pemimpin kerajaan kini, dan golongan Syaitan Bisu, menjadikan perkiraan Solat, Puasa, Zakat dan Haji adalah yang Utama sehinggakan mereka lupa dan tidak menyedari bahawa mereka telah terlepas pandang dengan penilitian dan pemahaman dalam Ucapan Dua Kalimah Syahadah. Sehingga akhirnya, mereka telah MURTAD tanpa disedari. Benarlah apa yang diungkapkan oleh al-Marhum Imam Sya’rawi : “Orang Islam hari ini bangga dengan Islam dan keturunannya, tetapi mereka MURTAD dari sudut pengamalannya.”

Mana mungkin solat, puasa, zakat dan haji dikira Allah taala, sedangkan pertalian aqidah di dalam Syahadah dikesampingkan, tidak dimengertikan, sengaja tidak mahu memahaminya, sengaja buat-buat tidak tahu dek kerana mengejar keduniaan, pangkat dan darjat, menjadikan musuh utama Allah sebagai sembahan, sebagai pemberi pertolongan dan bantuan yang utama, menjadikan idealogi-idealogi dan cara hidup Yahudi sebagai gaya dan panduan hidup utama samada pemakaian, makanan minuman, kehidupan, kebebasan, ekonomi dan seumpamanya. Semua ini menjadi perkiraan, menjadi persoalan, menjadi perhitungan, menjadi nilaian.

Di mana keyakinan dan kepercayaan terhadap segala janji Allah taala yang telah diabadikan di dalam Al-Quran al-Karim dan as-Sunnah SAW??? Anda yakin tak akan firman Allah taala di dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud: “Sekiranya kaum itu beriman dan bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan bukakan pintu kerahmatan dan keberkatan di antara langit dan bumi…”?

Yakinkah anda dengan firman Allah taala di dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu tolong perjuangkan agama Allah, nescaya pasti Allah akan menolong kehidupan kamu…”?

Bahkan banyak lagi ayat Allah taala, dan hadis Nabi SAW tentang bagaimana Allah taala dan Nabi SAW menekankan soal aqidah, keimanan, kepercayaan dan keyakinan kepada manusia. Hatta Nabi Muhammad SAW sedia maklum menekankan soal aqidah pada permulaan Islam kepada para sahabat r.anhum sebagai benteng utama untuk melayari kehidupan yang penuh dengan cubaan dan mehnah tribulasi. Apatah lagi kita pada hari ini. Lebih-lebih lagilah…

Hebat sangat ker kita hari ini, sehingga boleh memperkotak-katikkan nas-nas yang datang daripada Allah taala dan Hadis SAW? Sehingga boleh ketepikan dek kerana hawa nafsu yang melata, yang meluap, yang rakus kerana sifat keegoan dan bodoh sombong kita. Ada juga yang mendiamkan diri, tidak berkata-kata apa, kelu, bisu umpama Syaitan Bisu.

Golongan agamawan perlu sedar dan ingat serta insaf.. Ingat ! Bahan bakar api Neraka Allah taala adalah kebanyakkannya daripada manusia. Jangan kerana disebabkan oleh pengaruh jawatan, pangkat, kerjaya, anak isteri, keluarga, sehingga menyebabkan meninggalkan perjuangan Islam, mencipta pelbagai alasan untuk tidak memegang jawatan dalam organisasi Islam, takut untuk berada di hadapan menentang rejim kerajaan UMNO laknatullah..

Akhirnya, perlu ditekankan bahawa Syahadah adalah segala-galanya. Permulaan perkiraan dan perhitungan segala amalan kebaikan seseorang. Bercakap berdasarkan ILMU al-Quran dan as-Sunnah adalah lebih selamat dan benar serta betul…
posted by Abu Mus'ab @ 9:24 PG   0 comments
IMAN YANG LEMAS
Selasa, Mei 11, 2010

Perlu menyedari bahawa kelemasan dan kelemahan serta kenipisan Iman di kalangan umat Islam di dunia ini adalah matlamat utama jentera musuh Islam, Zionis Yahudi dan Amerika. Mereka amat gembira apabila melihat anak-anak muda, samada lelaki dan perempuan, para remaja dan orang dewasa, termasuklah pemimpin-pemimpin negara, orang yang bergelar ulama’ menjadi khadamnya, kuli, serta hamba abdi mereka. Diperlakukan seperti binatang yang dicucuk hidung dengan tali dan diheret ke mana sahaja hendak pergi.

Kadang-kadang terfikir sejenak, kenapa umat Islam hari ini boleh jadi begini? Terutama orang Melayu yang berbaka Islam. Di kalangan pemimpin negara yang memerintah sekarang ini. Perlu diingatkan setiap manusia adalah pemimpin, terutama mereka yang memerintah kerajaan sekarang ini. Segala perilaku rakyat jelata, masyarakat adalah mencerminkan kepada pemerintahan kerajaan tersebut. Kerana itulah, pemimpin akan ditanya Allah taala tentang yang dipimpinnya kelak di akhirat.

Bercakap tentang Islam, Iman dan Ehsan. Saya terkejut apabila ada juga di kalangan mereka yang cerdik pandai, yang berstatuskan pengajar, boleh menolak ketentuan Allah taala di dalam al-Quran, menolak ketentuan Nabi Muhammad SAW di dalam Sunnahnya, menolak kata ulama’ akhirat yang merupakan pewaris para Nabi.

Inikah manusia yang diharapkan untuk membimbing dan mendidik pelajar-pelajar supaya menjadi insan yang berguna di masa akan datang? Perkara Islam, Iman dan Ehsan tidak boleh dipermain-mainkan. Bahkan diperlakonkan dengan watak-watak yang menyerupai syaitan dan iblis laknatullah.

Perlu diingatkan bahawa Islam, Iman dan Ehsan mempunyai hubungan yang amat rapat. Bahkan ianya TIDAK BOLEH dipisahkan antara satu sama lain. Sekiranya berpisah ia akan menghasilkan manusia yang curang dan menyeleweng dalam kehidupan ini.

Islam merupakan penyerahan diri kepada Allah taala dalam kehidupan di dunia ini. Penyerahan ini bermaksud bahawa manusia sanggup menyerahkan dirinya kepada Allah taala dalam menerima apa sahaja peraturan dan ketetapan yang telah ditetapkan kepadanya. Samada ketetapan dan peraturan tersebut melibatkan dasar kehidupan, akhlak, ekonomi, pendidikan, jenayah, sosial, kebajikan, perundangan, kehakiman, penikahan, perubatan dan seumpamanya. Sebab tulah, Allah taala mula-mula meletakkan syarat untuk menganut agama Islam adalah Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Di sini asasnya. Pokok utamanya. Tunjang utamanya.

Menyebut tentang Iman pula, iaitu keyakinan yang tulus ikhlas dari jiwa yang suci terhadap ajaran Allah taala dan sanggup menerimanya dengan sepenuh hati. Manusia juga yakin setiap apa sahaja yang datang dari Allah taala, itulah yang TERBAIK bagi manusia. Tiada yang lebih baik melainkan apa yang datang dari Allah taala dalam semua sudut kehidupan. Bahkan kehidupan ini akan musnah serta hancur apabila manusia meninggalkan perintah Allah taala, samada yang melibatkan ekonomi, pendidikan, akhlak, kemasyarakatan sehinggalah kepada soal-soal kenegaraan iaitu pemerintahan.

Iman dan Amal merupakan dua perkara yang beriringan dan tidak berpisah walaupun berbeza dari segi ta’rif kerana Amal itu adalah hasil daripada Iman dan Iman pula tidak sempurna tanpa Amal.

Sesungguhnya yang diperkirakan adalah Iman, bukan akal fikiran yang sedang dipraktikkan secara jelas di kalangan penentang-penentang Islam masa kini. Mereka merasakan apabila memiliki aqal yang baik akan melahirkan perilaku yang baik . Ini adalah satu fahaman terbalik dan bercanggah dengan syariat Islam.

Sabda Nabi Muhammad Saw yang bermaksud: “Ketahuilah di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah segala jasadnya, sekiranya ia buruk, maka buruklah jasad tersebut, Ketahuilah ia adalah HATI.”

Ehsan pula ialah manusia akan melaksanakan segala tuntutan dan perintah Allah taala dengan sesempurna mungkin bagi membuktikan ketundukkan serta kepatuhan kepada Allah taala. Amalan yang dilakukan itu sama, samada di masa orang ramai melihatnya atau pun tidak. Apa yang dilakukan bukannya untuk mendapat kepujian dan penghormatan dari manusia tapi apa yang dilaksanakan itu merupakan tanda tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah, Tuhan yang mencipta langit dan bumi ini.

Yang berlaku hari ini, ada yang mementingkan kemestian menjaga akhlak, berbuat kebajikan dan kebaikan, mengenepikan Islam dan Iman. Ada juga yang tidak menekankan soal Iman, yang ditekankan adalah hal Ibadat berkait dengan Solat, Puasa, Zakat dan Haji. Padahal, konsep Syahadah yang sebenarnya yang mula-mula berada di dalam Rukum Islam diketepikan.

Apa-pun, perlu dingatkan sekali lagi bahawa Islam, Iman dan Ehsan mempunyai hubungan yang amat rapat. Bahkan ianya TIDAK BOLEH dipisahkan antara satu sama lain. Sekiranya berpisah ia akan menghasilkan manusia yang curang dan menyeleweng dalam kehidupan ini.
posted by Abu Mus'ab @ 9:58 PG   0 comments
MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN DUNGUN 51
Sabtu, Mei 08, 2010
posted by Abu Mus'ab @ 1:49 PG   0 comments
HUFFAZUL QURAN DULU
Selasa, Mei 04, 2010

Huffazul Quran Dulu dan Kini

"Selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW, seorang sahabat yang paling berhak menggantinya telah dilantik sebagai khalifah, iaitulah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Semasa beliau memegang jawatan itulah timbul satu peristiwa yang mengingatkan beliau tentang pentingnya kitab al-Quran itu dikumpul dalam satu mushaf kerana bimbangkan kalau sesuatu hal yang menyebabkan kehilangan atau kemusnahan bahan-bahan yang tercatat padanya ayat-ayat suci itu kerana pada masa itu telah berlaku satu peperangan antara kaum muslimin dengan golongan kaum murtad dari pengikut-pengikut Musailamatul al-Kazzab dan yang lain dari mereka.

Sebesar-besar pertempuran yang berlaku antara pasukan Islam dengan kaum murtad itu ialah pertempuran yang diberi nama موقعة اليمامة yang mana ramai dari para sahabat yang menghafaz al-Quran telah gugur sebagai Syuhada'. Apabila berita itu sampai ke Kota Madinah, Sayyidina Umar al-Khattab amat terperanjat, lalu beliau masuk berjumpa dengan Sayyidina Abu Bakar menyampaikan berita tersebut dan menyatakan kebimbangannya jika Quran akan turut hilang kesan daripada para sahabat yang terbunuh di medan peperangan, lalu beliau mencadangkan supaya al-Quran dikumpulkan.

Pada mulanya Sayyidina Abu Bakar teragak-agak kerana dianggapnya yang demikian adalah satu perkara yang baru yang tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, sedangkan beliau adalah orang yang paling teliti dalam hal mengikuti jejak langkah Baginda SAW dan menjauhi sesuatu yang tidak dilakukan oleh Baginda SAW sendiri.

Beliau tidak suka menjadikan dirinya sebagai orang yang mengambil tindakan yang lebih cermat dari tindakan yang pernah diambil oleh Rasulullah sendiri. Tetapi selepas berbahas dan berbincang panjang lebar dengan Sayyidina Umar, beliau berpuas hati bahawa pendapat Umar itu adalah benar."

Sahabat-sahabat sekalian, apa yang nak saya nyatakan adalah kehebatan keyakinan golongan Huffazul Quran terdahulu. Dengan keyakinan dan keimanan yang kuat, mereka realisasikan dalam kehidupan mereka dengan berjuang membela Islam, berada di saf hadapan, melawan tentera-tentera musuh Islam, mempertahankan kebenaran walaupun diancam, menggahkan Islam. Sahabat-sahabat renungkanlah yer apa yang saya nak katakan di sini yer...
posted by Abu Mus'ab @ 9:33 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: KeNanGaN ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER