:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

UMNO TIDAK FAHAM MAKNA KUFUR
Isnin, Oktober 25, 2010

Pembahagian Kufur

Saya tertarik dengan ucapan Dr Chandra dalam Ijtima' Kepimpinan Pas Negeri Terengganu kali ke-14 di Batu Rakit pada Sabtu baru-baru ni yang menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Dr Chandra menyatakan bahawa beliau belajar dari sumber Islam iaitu al-Quran dan bukannya daripada orang Islam apatah lagi UMNO yang dilihat sebagai satu agen yang merosakkan Islam. Mengikut fahaman beliau, UMNO sudah kafir dan murtad.

Ini adalah kenyataan orang yang bukan Islam terhadap UMNO. Malu sungguh orang Melayu Islam yang menyokong UMNO, apatahlagi kepada mereka pendokong tegar UMNO. Saya bukan hendak memanaskan keadaan, yang sedia maklum yang hari ini semakin hari kian panas dengan kepanasan dan kebimbangan UMNO dalam usaha untuk mempertahankan Putrajaya.

Dalam hal ini, isu Kafir Mengkafir tidak timbul, kerana yang mengkafirkan UMNO adalah orang yang bukan Islam. Hari ini, Pendokong UMNO Tegar amat takut sangat apabila dilabelkan mereka dengan 'UMNO Kafir', 'UMNO Munafik', 'UMNO Fasiq', 'UMNO Zalim' dan seumpamanya. Yang pastinya, UMNO memang tidak tahu apa makna 'Kafur' ini. Bahkan bukan setakat UMNO saja yang tak memahaminya, bahkan ada juga di kalangan mereka yang berpendirian 'Atas Pagar' turut tidak memahaminya. Jadi, di sini saya suka berkongsi makna 'Kufur' di sisi Islam.

[ Kufur menurut bahasa al-Quran dan as-Sunnah kadang-kadang dimaksudkan dengan 'Kufur Akbar', iaitu kufur yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Islam menurut hukum dunia dan kekal di dalam Neraka menurut hukum akhirat. Ada kalanya pula dipanggil 'Kufur Asghar' iaitu yang dimaksudkan dengan maksiat dan kejahatan yang tidak mengeluarkan orang-orang yang melakukannya daripada agama Islam dan tidak kekal di dalam Neraka di negeri akhirat.

Berhubung dengan yang pertama, iaitu 'Kufur Akbar', di mana ianya berlaku dengan keingkaran secara bersengaja terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW melalui hati, perkataan atau perbuatan, atau ingkar sebahagian daripadanya dalam perkara yang diketahui umum bahawa ianya adalah dari agama Islam, iaitulah baginya kufur yang dimaksudkan di dalam firman Allah taala dalam Surah al-Baqarah ayat 253, yang bermaksud: "Maka ada di antara mereka yang beriman dan ada pula di antara mereka yang kafir."

Firman Allah taala lagi dalam Surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud: "Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindung mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran)."

Firman Allah taala lagi dalam Surah al-'Imran ayat 86 yang bermaksud: "Bagaimana Allah akan menunjukkan sesuatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman."

Berhubung dengan yang kedua, iaitu 'Kufur Asghar', di mana termasuk di dalamnya maksiat yang dilakukan seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang bersumpah dengan sebutan yang lain daripada Allah, maka dia kufur."

Ada kalanya juga kufur ini disebut dengan makna 'Kufur Nikmat' dan bukannya 'Kufur I'tiqad' sebagaiman firman Allah taala di dalam Surah an-Namlu ayat 40 yang bermaksud: "Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya dan barangsiapa yang kufur maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia."

Sesungguhnya pembahagian Akbar dan Asghar ini turut juga berlaku kepada Syirik, Nifaq, Fasiq dan Zalim.]

Harapan kepada para pembaca sekalian, terutama para pendokong UMNO, dapatlah memahami makna 'Kufur' ini. Jangan dek kerana kejahilan, mudah melatah dan melenting apabila seseorang berkata demikian kepada kita. Berlapang dada lah dengan seluas-luasnya. Kenal pasti apakah sebab yang menyebabkan orang melabelkan seseorang itu 'Kufur'. Adakah kita ini berada di tahap Kufur Akbar atau Kufur Asghar?

Seterusnya, kita sama-sama perbetulkan kesilapan dan kesalahan kita. Pintu Taubat masih lagi terbuka selagi mana nyawa tidak sampai di halkum. Pintu Taubat masih lagi terbuka sebelum matahari terbit dari sebelah Barat. Banyakkan ber Istighfar kepada Allah azzawajalla..
posted by Abu Mus'ab @ 10:32 PTG   1 comments
KENYATAAN RASMI ILMAM BERHUBUNG ISU ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF)
Jumaat, Oktober 22, 2010

Kenyataan Rasmi ILMAM Tentang Isu IFF

Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia baru-baru ini telah dikejutkan dengan satu penganjuran pertunjukkan fesyen yang mana secara jelas telah menghina Islam dan Rasulullah s.a.w. Pertunjukkan fesyen ini telah menggunakan nama Islam tetapi langsung tidak menepati cara pemakaian Islam bahkan mempamerkan satu tindakan mencemarkan kesucian Islam. Apa yang dikesalkan adalah penaung kepada pertunjukan fesyen ini yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang beragama Islam.

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) dengan dukacitanya melahirkan rasa kesal yang tidak terhingga terhadap penglibatan Datin Seri Rosmah sebagai penaung kepada IFF yang juga merupakan seorang muslimah khususnya dan kesal terhadap penganjuran program ini secara umumnya.

Adakah umat Islam belum cukup terhina dengan pelbagai siri pencemaran dan pengkhianatan barat terhadap Islam dengan terbitnya karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah s.a.w? Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam? ILMAM melahirkan satu kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.

ILMAM dengan ini menyeru kepada seluruh umat Islam untuk membantah dan mencela IFF ini dengan apa jua cara khususnya para ilmuan Islam yang berada dalam kerajaan Malaysia atau parti pemerintah agar turut sama bangkit membantah dan tidak menjadi ‘Syaitan Bisu’. Ingatlah firman Allah s.w.t:

"Wahai orang-orang yang beriman kenapah kamu menuturkan apa yang kamu tidak lakukannya? Sungguh besar kemurkaan Allah pada kata-kata kamu yang tidak dikotakan!"(Surah As-Sof:2-3)

ILMAM juga menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini. Setiap individu umat Islam harus berhati-hati dalam setiap tindakan kerana kemungkinan tindakan tersebut akan dikira sebagai perkara yang membatalkan syahadah tanpa disedari walaupun apa yang dilakukan itu tidak berniat untuk menghina. Semua pihak terutama pihak yang berkuasa haruslah insaf dan sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga agama dan kesucian aqidah Islam. Ingatlah pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w bahawa Islam itu berada di tempat paling tinggi dan tiada sesuatu pun yang lebih tinggi daripadanya.

Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden,

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)

posted by Abu Mus'ab @ 3:51 PTG   3 comments
IJTIMA' KEPIMPINAN PAS NEGERI TERENGGANU 2010
Khamis, Oktober 21, 2010
Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010

posted by Abu Mus'ab @ 10:03 PG   0 comments
KEKALAHAN UMNO ADALAH LEBIH BAIK UNTUK MALAYSIA
Jumaat, Oktober 15, 2010

1 Malaysia Yang Semakin Tertekan

Firman Allah taala di dalam Surah al-Taubah ayat yang ke 41 yang bermaksud: “Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui..”

Malaysia hari ini, dengan perancangan Yahudi dan Amerika, yang diarahkan kepada UMNO untuk dijayakan, dikenakan ke atas orang Melayu Islam, telah menjadi tanda tanya, terjejas, termasuklah Slogan 1 Malaysia, yang diilhamkan oleh Yahudi kepada UMNO, yang Perdana Menteri Malaysia menuntut kepada rakyat Malaysia, orang Melayu khususnya untuk menerimanya, yang kononya untuk men'Transformasi'kan kemajuan rakyat. Pelbagai cara digunakan dan media UMNO dipergunakan untuk memastikan slogan tersebut diterima rakyat. Dalam keadaan, barisan pemuda dan puteri UMNO masing-masing sedang berusaha mencari tempat di mata-mata penyokong UMNO lainnya, semata-mata untuk memperolehi jawatan dan pangkat serta kemewahan dunia.

Dunia hari ini pula, Dunia Barat terutama Amerika diserang penyakit Islamofobia, Akhbar Malaysia diserang penyakit Kartunfobia oleh Kartunis Zunar dan UMNO diserang penyakit PASfobia dan HIJAUfobia. Begitulah, sunnah alam, yang telah ditentukan oleh Allah taala, apabila adanya mereka yang perjuangkan kebenaran, pasti akan adanya penentangnya. Bermula zaman Nabi Adam alaihissalam sampailah hari Qiamat, perkara ini tidak akan terkecuali. Amat malang bagi mereka yang tidak dapat menerima akan ketentuan Allah taala ini.

Bercakap tentang perancangan Yahudi dan Amerika laknatullah yang sedang menggunakan proksinya di seluruh dunia Islam pada hari ini, termasuklah di Negara kita sendiri, yang jelas Yahudi dan Amerika menggunakan UMNO sebagai proksi utama untuk menghancurkan Islam dengan melemahkan pemikiran umat Islam di Malaysia ini terutama di kalangan bangsa Melayu tentang hakikat Islam yang sebenarnya.

Bermula dengan penjajahan British sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Pejuang UMNO kononnya, yang sanggup menjadi batu pelekong dengan bersetuju segala syarat-syarat utama yang telah sengaja diagendakan oleh Yahudi laknatullah dalam usaha untuk menguasai Negara yang diduduki oleh kebanyakkan orang Islam, dengan semata-mata untuk mengkuburkan Islam, dengan meletakkan syarat bahawa antaranya adalah menerima perlembagaan Lord Reid untuk dijadikan undang-undang tertinggi pemerintahan Malaysia, sekaligus menolak permartabatan undang-undang Islam serta pelaksanaanya dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Pejuang-pejuang Islam yang menuntut Kemerdekaan yang sebenarnya telah dihalau, tinggallah 'batu pelekong' British yang selesa berada di atas kerusi dalam pejabat pentadbiran British.

Agenda ini amatlah perlu disedari oleh golongan agamawan yang intelektual. Mereka-mereka yang berfikiran waras, yang memilki sijil Sarjana dan Sarjana Muda, apatahlagi mereka yang memiliki PHD, sememangnya memainkan peranan yang semaksima mungkin untuk menjelaskan dan menerangkan hakikat ini kepada audient yang berkenaan.

Dengan tertolaknya perlaksanaan undang-undang Islam di Negara kita ini, maka nyatalah percakapan-percakapan para pendokong UMNO yang jahil dalam hal agama, yang mengatakan bahawa Malaysia ini adalah Negara Islam adalah amat tidak munasabah dan tidak menepati apa itu Negara Islam. Dan telah bersepakat ulama se dunia hari ini, Malaysia adalah antara Negara Orang Islam, bukan Negara Islam.

Hari ini, pelbagai bentuk agenda yang difikirkan dan sedang diusahakan oleh Kerajaan BN yang dikuasai oleh UMNO ini, yang semunya adalah atas arahan BIG BOSS, iaitu Yahudi dan Amerika laknatullah, semata-mata untuk menjauhkan orang Islam daripada beramal dengan amalan Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan, dan melemahkan serta membebalkan pemikiran orang Melayu tentang hakikat Islam yang sebenarnya. Yang sedang digarapkan adalah dengan Pengasingan Antara Politik dan Agama. Kalaulah jika ada di kalangan golongan agamawan yang menyahut seruan Yahudi ini, maka baginya, bumi adalah lebih baik dari langit.

Cuba kita perhatikan dari awal, dengan tidak terjadinya undang-undang Islam sebagai Undang-undang UTAMA dalam pemerintahan negara hari ini, dengan wujudnya aktiviti-aktiviti yang menggalakkan gejala Riba, Judi, Arak, Zina yang semakin hari semakin berleluasa, jua kesempitan ekonomi hari ini dengan kenaikan harga barang yang semakin hari semakin naik, akibat naiknya harga minyak yang semakin naik, dengan perlabelan bahawa Islam adalah Pengganas, yang diwar-warkan secara besar-besaran di media utama negara yang dikuasai oleh UMNO, yang keahliannya adalah orang Melayu Islam, yang tidak ada rasa malu langsung, tidak ada jiwa Islam langsung, untuk mempertahankan maruah Islam, juga dengan kekuasaan pemerintahan yang dimiliki oleh UMNO, dengan tidak lansung berusaha mencegah orang Melayu Islam yang mendedahkan auratnya secara berleluasa, tidak menerangkan dengan menggunakan keperluan yang ada, dan banyak lagi, SIAPA kepalanya?

Bagi pembaca dan pengamal alam maya ini yang beriman kepada Allah taala, sudah tentu menyedari hakikat ini. Cuma mereka yang tidak beriman sahaja, walaupun dia menganut Islam, tidak mahu menerima hakikat ini. Kerana sekian lama, makan, minum, pakaian, rumah, hasil mahsul pendapatan, dan seumpamanya, datang daripada kebebalan dan kejahilan bersama dengan UMNO ini.

Bagi kita, selaku mereka yang bergelar Pembawa al-Quran, Haamilul Quran, janganlah meletakkan diri kita di tempat yang mendatangkan fitnah besar kepada ‘Orang Yang Menghafaz Al-Quran, seterusnya menghilangkan imej dan kesucian para Sahabat radhiallu anhum, yang mereka pada zaman mereka, dengan hafazan Quran yang berada di dalam dada mereka, mereka sama-sama Nabi Muhammad saw dan para Khulafa’ ar-Rasyidin, memperjuangkan, mempertahankan, mengharumkan, menaik tarafkan, mensucikan, menegakkan dan mengagungkan ISLAM, dan akhirnya dapat menubuhkan Daulah Islamiyyah dan memerintah dengan dasar Islam. Mereka tidak menunggu masa yang tertentu untuk memperjuangkan Islam, mereka tidak bercakap kosong (cakap tak serupa bikin), mereka tidak takut untuk berjuang dalam Jemaah Islam, mereka tidak gentar berdepan dengan musuh Islam. Inilah golongan Haamilul Quran yang dikehendaki oleh Allah taala yang telah dicontohi oleh Para Sahabat Nabi Muhammad saw.

Sama-sama kita menggunakan kemahiran yang ada, dengan status kita yang ada, dengan perwatakan dan penampilan yang baik yang kita ada, kita bersama-sama mendokong gerakan Islam di negara kita ini, iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS), berada di dalamnya, bukan wo wah wo wah di luar Jemaah PAS, menjadi Pendokong, bukan Penyokong, menjadi Penerus segala kerja Islam, bukan Pembantut, mengharumkan semula imej golongan Huffazul Quran di tanah air kita ini, Bukan Mencemarkan...

Mati Tidak Tahu Bila Masanya...
posted by Abu Mus'ab @ 11:22 PG   0 comments
MAHRAJAN PASTI TERENGGANU 2010
Mahrajan PASTI Negeri Terengganu 2010

Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir Untuk Sama-sama Memeriahkannya
posted by Abu Mus'ab @ 9:53 PG   0 comments
TARBIYYAH ORANG LUMPUH & BERKAKI KUDUNG
Ahad, Oktober 10, 2010

Tarbiyyah Orang Yang Berkaki Kudung dan Orang Yang Lumpuh Kakinya

Seminggu lebih jari kedua-dua tangan tidak menaip khusus untuk blog shamatun ini. Dengan masa yang terbatas, dihambat dengan pelbagai situasi yang tidak mengizinkan. Ingin juga dikongsi pengalaman ketika bersama-sama dengan pemuda-pemuda PAS yang pelbagai latabelakang pendidikan, pada hari Ijtima’ Tarbawi Pemuda Peringkat Kebangsaan 2010, yang berlangsung selama 3 hari pada minggu yang lalu, bertempat di Perkarangan Masjid Rusila.

Seperti biasa, saya melebar luaskan program ini kepada kenalan dan sahabat yang berada berhampiran dengan tapak program, serta kepada mereka yang ‘wo wah wo wah’, cakap sodap sokmo, boleh dikatakan mereka yang bercakap tak serupa bikin. Apabila diajak dan ditawarkan, pelbagai ‘alasan’ yang tercipta. Ada yang menjawab dengan luahan perasaan yang mengalahkan budak KEMAS, ada yang menyepikan diri dan ada yang menjawab sebagai seorang yang sedai untuk ditarbiyyah.

Apabila saya menunjukkan SMS yang dibalas kepada Ketua Pemuda PAS Dun Paka, sahabat saya, yang kerjanya hanyalah semata-mata menjual sayur di pasar Paka, dia kata: “Macam budak-budak, kalu kene di aku, setara ada degree, memang dok rok cetong arr..” Aku tersengih melihat gelagatnya. Tambahan lak, “Bukan orang macam aku, kerja kaisipagi makan pagi, kais petang makan petang..kerja bergaji tetap secara bulanan, takkan takut lagi.” Sambungnya lagi..

SMS yang saya apply ke sahabat dan kenalan saya, adalah “Kalau pemuda yang kerjanya tukang buat rumah dan paip boleh hadir, takkan kita orang yang ada ilmu dan pengalaman dalam tarbiyyah tak boleh hadir? Koman la kite..” Tut..tut, ada yang membalas, “jaga sikit uslub dakwah tu”..saya balas, “uslub dakwah yang betul, iaitu berdakwah mengikut status seseorang..” Besalah, alasan yang sering digunakan apabila telah mencapai jalan buntu.

Untuk pengetahuan semua, saya dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia dan status. Alhamdulillah, diajar dan dididik melalui program tarbiyyah yang PAS anjurkan. Sebab merasakan diri ini perlu ditarbiyyah dan dididik, jika tidak, jadilah seperti orang yang bodoh sombong..

Kadang-kadang ada orang yang memandang serong kepada perjuangan PAS. Saya tegaskan, PAS bukan setakat parti Politik semata-mata. PAS adalah parti dakwah dan parti yang menekankan tarbiyyah, bimbingan dan didikan. Kalau kita orang PAS, nak perjuangkan PAS, tapi time diminta untuk ikut program PAS, terutama USRAH, pelbagai alasan dicipta, ketahuilah orang macam ni lah yang menjadi antara penyebab berlakunya fitnah kepada perjuangan PAS. Antara kewajipan selaku ahli PAS adalah dengan mengikut program yang PAS anjurkan. InsyaAllah, akan datang saya akan jelaskan “Apa Makna Saya Mengisi Borang Keahlian PAS?”

Kembali kepada situasi ketika Ijtima’ Tarbawi diadakan. Hari pertama saya berada di sana, masyaAllah, terharu sungguh, melihat ramai sahabat yang sama-sama mendapat tarbiyyah satu tika dahulu, ketika belajar di kampus, menampakkan diri. Lega sungguh hati ini. Sejuk perut ni. Yang paling mengharukan, dan menaikkan semangat kepemudaan yang normal, apabila melihat seorang sahabat saya dari Selangor, sanggup hadir ke Ijtima Tarbawi ini dalam keadaan berkerusi roda. Dia orang yang kurang mampu dengan tidak boleh berjalan semacam kita yang normal berjalan. Diangkat ke dalam masjid, dia mengheret tubuh badannya ke sana dan ke mari, menuju ke tempat bersidangnya Ijtima’ tersebut.

Seorang lagi, sahabat saya, yang hadir dalam keadaan bertongkat, tiada kaki sebelah. Hadir juga..MasyaAllah…Sungguh hebat semangat perjuangan dia ini. Tidak kenal erti sakit dan derita serta kepayahan. Sanggup bersama-sama, memasang telinga, membuka hati dengan berlapang dada (Salamatus Sodri), mengutip mutiara-mutiara yang tidak ternilainya dari mulut para pimpinan PAS ketika program itu.

Apa yang saya nak beritahu kat sini adalah, seperti mana yang saya katakan dalam SMS saya tu, kalau lah pemuda yang kerjanya tukang buat rumah dan paip, boleh hadir..takkanlah sahabat-sahabat yang bergaji tetap secara bulanan, dengan boleh dicipta pelbagai alasan yang dibenarkan oleh hukum Syara’ untuk hadir dalam Ijtima Tarbawi tersebut, takkan tak boleh hadir dan buat alasan tersebut?

Dan kalaulah, pemuda tadi yang tidak boleh berjalan langsung dan pemuda yang kudung satu kaki tadi boleh hadir dalam Ijtima Tarbawi tersebut, takkan kita yang normal, demam sikit, yang sihat walafiat, takkan tak boleh hadir?

Dalam hati saya, memang malu tu ada apabila melihat hal demikian, terasa lemah lagi kepimpinan saya. Tapi takpalah, saya akan jadikan hal satu peringatan dan pengiktibaran kepada sahabat semua dan kepada saya secara khususnya.

Akhirnya ingatlah satu pesanan ulama’ haraki yang terkenal di seluruh dunia, beliau ada menyatakan bahawa : al-Waziifatul Laisat Hadafat, Wa Laakin, al-Waziifatu Hiyal Wasiilah.” Yang bermaksud: “Pekerjaan itu bukanlah matlamat utama, tetapi pekerjaan itu adalah alat untuk mencapai matlamat.” “Untuk berada di dalam perjuangan Islam, tidak boleh hanya bergantung semata-mata kepada ‘Hamaasah’ iaitu ‘Semangat’, tetapi semangat itu hendaklah didahulukan dan digandingkan dengan TARBIYYAH !”
posted by Abu Mus'ab @ 6:06 PTG   0 comments
PERLANCARAN ORANG MUDE GENG KITE
Rabu, Oktober 06, 2010
Perlancaran Orang Mude Geng Kite

posted by Abu Mus'ab @ 4:30 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::