:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

GURU YANG BERIMAN, TIDAK AKAN BERSAMA DENGAN UMNO
Jumaat, Mei 20, 2011

Guru Yang Beriman, Pemangkin Kekuatan Islam

Rasanya, belum terlewat lagi untuk ana ucapkan Selamat Hari Guru, kepada semua pengajar, pendidik dan pembimbing samada pelajar maupun masyarakat setempat. Mudah-mudahan dengan kurnian Allah taala akan ilmu yang diberikan, mampu menguatkan dan menginsafkan diri serta memangkinkan pemikiran serta pelaksanaan ke arah pembentukkan negara Islam yang sebenarnya, bukannya retorik dan hipokrit sepertimana yang berlaku di negara kita ini, Malaysia..

Saya suka menegaskan bahawa peranan guru bukan setakat mengajar sahaja. Dia mestilah menjadikan dirinya di antara mereka yang mendidik dan membimbing seterusnya menjadi suri teladan kepada anak didiknya. Pendek kata, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Kerana di sana, guru atau pendidik lah yang akan melahirkan keberkatan dan kerahmatan ke atas anak didiknya.

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Sesungguhnya Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:

1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.

2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.

3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

Perkara inilah yang Nabi Muhammad saw tekankan yang diajar oleh Allah taala melalui perantaraan malaikat-Nya Jibril alahissalam, dalam satu peristiwa yang disebut dalam satu hadis saw berkenaan tentang Apa dia Islam, Iman dan Ihsan. Guru atau pendidik sewajibnya menyatakan hal demikian.

Dari itu, marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan yang berkonsepkan pendidikan Islam, bukan pendidikan sekular yang diagendakan oleh Yahudi dan Amerika, semata-mata untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara di masa akan datang.

Sewajibnya ke atas guru atau pendidik, setelah sekian lama menceburkan diri dalam bidang pendidikan, meletakkan dirinya dalam martabat paling kurang Mursyid, adapun martabat Murabbi adalah yang terbaik.

Seorang guru atau pendidik, dengan ilmu yang dimilikinya, tidak sepatutnya dia berada dalam kumpulan yang menjadi tali barut utama Yahudi dan Amerika, kumpulan yang mengagendakan segala usaha Yahudi iaitu Riba, Zina, Arak, Judi dan hiburan yang melampaui batas yang mengakibatkan rosaknya akhlak remaja masa kini.

Tidak sepatutnya guru atau pendidikan bersama kumpulan yang tidak menjadikan al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama' dan Qias sebagai Sumber Utama Pemerintahan Negara yang meliputi semua aspek dan perkara dalam hal kehidupan.

Seorang guru atau pendidik yang beriman, sememangnya tidak akan menjual maruah agama dan kehormatan dirinya untuk semata-mata memiliki kedunian, pangkat darjat dan kebendaan yang tak seberapa ini di sisi Allah taala.
posted by Abu Mus'ab @ 11:45 PG   1 comments
UMNO BERIMAN KER?
Selasa, Mei 10, 2011

Umno Memang Tidak Beriman

Suasana hari ini, mencetuskan sekali lagi, pelawaan anjing-anjingan dari Umno Apco, yang mengajak PAS agar bersama perjuangannya yang terang benderang kelihatan sekular dan liberalnya. Apa-apapun, Najib telah menyatakan dengan menyedari bahawa PAS takkan bersama dengan Umno sebab perjuangan Umno adalah perjuangan Sekular. Suatu pengakuan yang seolah-olah menagih simpati dari masyarakat Melayu yang terkenal dengan kelembutan budi dan pekerti yang tidak kena pada tempatnya.

Perlu diingatkan bahawa, kepada semua pemerhati dan perwakilan. Sumber rujukan Utama Islam adalah al-Quran, as-Sunnah, Ijma' Ulama' dan Qias. Ini merupakan satu ketentuan yang tidak boleh sama sekali kita selaku hamba Allah yang beriman menafikan dan mengingkarinya. Jika berbuat demikian juga, maka batallah Syahadahnya.

Al-Quran al-Karim merupakan panduan, pedoman, aturcara perjalanan, sumber hukuman Allah yang menjelaskan segala bentuk kesamaran dan permasalahan yang berlaku dalam segala hal kehidupan manusia yang sememangnya diciptakan dalam serba kelemahan. Maka bersumber rujukan dengan al-Quran, maka seseorang itu akan selamat, aman, bahagia, sekaligus dilimpahi berkat dan rahmat samada ke atas diri, maupuan yang berkaitan dengannya.

Apabila Umno menawarkan PAS bersama perjuangannya, meninggalkan Pakatan Rakyat, agaknya Umno ni lupa, dan sememangnya Umno ni parti Melayu yang mudah lupa, bahawa perjuangannya, matlamat dan segala segi kehidupan Umno adalah bercanggah dengan syariat Allah. Mana mungkin PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam, yang menjaga batas-batas sempadan Syariat Allah taala, akan bersama dengan satu kumpulan yang sesat lagi menyesatkan.

Kalaulah, jika ada di antara ulama'-ulama' RICE COOKER yang mempertahankan Umno dan berhujjah dengan cara pembelaan terhadap kebenaran perjuangan Umno, mengeluarkan dalil daripada al-Quran, yang berada di dalam Surah al-Hujurat ayat 10, yang memberi maksud: "Sesungguhnya Orang yang Beriman itu adalah Bersaudara, maka perelokkan hubungan persaudaraan antara kamu, dan Takutlah kamu kepada Allah...." Persoalannya, adakah Umno ni satu kumpulan yang BERIMAN pada Allah taala? Para pemimpinnya BERIMAN kepada Allah taala?

Allah taala Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, dengan menyatakan mereka yang bersaudara adalah di kalangan mereka yang beriman kepada-Nya. Tidaklah disebut dan dikatakan bahawa, orang yang bersaudara itu adalah orang Islam. Sesungguhnya, orang Islam, tidak semestinya dia itu Beriman kepada Allah taala. Dan orang yang beriman, sememangnya dia itu adalah Orang Islam.

Umno jangan menganggap bahawa dengan perjuangannya yang Sekular dan Liberal serta Nationalis, ditambah dengan membelakangi hukum Allah taala yang telah ditentukan di dalam al-Quran, dengan diubah dan diselewengkan bentuk hukuman, yang mengutamakan hukum ciptaan manusia berbanding hukum Allah taala, dianggap sebagai Orang Yang Beriman? Jika nak disebutkan satu persatu segala penyelewengan dan ajaran sesat Umno ini, cukuplah banyak.

Bercakap berkenaan dengan perpaduan, Allah taala telah berfirman di dalam Surah al-Imran, yang bermaksud: "Dan berpeganglah kamu pada Tali Allah kesemuanya, dan janganlah kamu berpecah-belah.." Tali Allah di dalam ayat ini, adalah al-Quran, dan utusan-Nya. Maka, hari ini, adakah Umno benar-benar telah menjalankan kehidupan selaku sebuah negara yang dianggapnya Negara Islam kononnya, walhal, Ulama' sedunia telah menetapkan bahawa Malaysia merupakan Negara Orang Islam, bukan Negara Islam dengan berpaksikan dan bersumber rujukan dalam semua hal kehidupan dengan al-Quran dan as-Sunnah saw?

Perlu dipertegaskan bahawa, PAS tidak akan sekali-kali bersama dengan Umno yang jelas penafiannya terhadap sumber Syariat Islam, yang dijelmakan dengan pelbagai bentuk tanda penafian dan keingkarannya, walaupun, tidak menzahirkan dengan pertuturan, tetapi sudah cukup dibuktikan dengan perlakuannya, penampilannya, pemahamannya, pengamalannya dan seumpama dengannya oleh para pemimpin dan pendokongnya.

Bahkan, Allah taala telah melarang orang yang beriman mentaati suruhan orang-orang yang hatinya lalai dan alpa daripada mengingati Allah taala. Mentaati di sini, adalah dengan maksud, menjadikan mereka sebagai pemimpin, pengatur strategi, pembimbing, penasihat utama, penghukum, pengkritik besar terhadap agama Allah iaitu Islam. Ditambah, Allah taala melarang keras orang yang beriman cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, samada zalim terhadap diri sendiri atau zalim terhadap orang lain.

Tegasnya, hanya orang yang BERIMAN itu sahaja BERSAUDARA. Persoalan hari ini, adakah Umno itu Beriman? Pemimpin Umno itu Beriman? Kerajaan Umno hari ini Beriman?
posted by Abu Mus'ab @ 1:12 PG   1 comments
IBU KITA DAN KITA SEBAGAI IBU
Isnin, Mei 02, 2011

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah apabila ada masa untuk lakukan perkara yang tak baik, tetapi sebaliknya, kita tidak ada masa nak lakukan perkara yang baik.

Jika kita tidak pernah kecukupan duit, itu bermakna kita telah mendapat seksa Allah taala. Seksa Allah..ada pelbagai sebab..nilai lah dengan penuh muhasabah terhadap diri sendiri...

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak akan hilang, jadi, ibu-ibu jangan jatuhkan air mata dan anak-anak pula, jangan biarkan jatuhnya air mata ibu anda. Menangislah kerana anak berjaya dan bukan menangis dengan sebab angkara buruk anak-anak.

Kalau balik tengah malam, buka lampu dan tengok dan tatap muka ibu kita, sebab wajah orang yang sedang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tak dijilat oleh api neraka:

1- Mata yang melihat Kaabah sehingga menitis air mata
2- Mata yang membaca al-Quran sehingga menitis air mata
3- Mata yang memandang wajah ibu yang sedang tidur/ jaga hingga berlinang air mata

3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, iaitu pandang ketika tidur:

1- Anak
2- Ibu
3- Suami

Jika kita ada perselisih faham dengan suami sehingga hendak bercerai, maka tengoklah wajah suami kita ketika tidur. Jika masih terbit perasaan kasih, sayang, cinta, rindu dan simpati, maka janganlah bercerai. Akan tetapi, jika tiada timbul perasaan tersebut, itu tanda jodoh memang tidak ada.

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. Dia akan menangis dalam hati sahaja. Bagi sesiapa yang masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu..

Ummu Mus'ab
posted by Abu Mus'ab @ 2:21 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::