:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

ULAMA MUDA UMNO HANYA DIJADIKAN TEROMPAH KAYU
Sabtu, Jun 25, 2011

Ulama Muda UMNO Buka Pekung Sendiri

Kenyataan Ahmad Tajuddin Idris, ketua Biro Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU) dalam artikelnya yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 24 Jun 2011 bahawa Ulama tidak bersama dengan UMNO tetapi memilih PAS kerana pergerakan UMNO seolah-olah tidak dipacu oleh Ulama walaupun UMNO telah melaksanakan Islam dan syiar-syiarnya adalah meleset sama sekali.

UMNO bukan 'seolah-olah' tidak dipacu oleh Ulama tetapi sememangnya ia tidak dipacu oleh golongan tersebut bahkan mereka diketepikan dalam UMNO.

Penggunaan perkataan 'seolah-olah' bagaikan ingin mengelirukan masyarakat kononnya UMNO selama ini tidak memencilkan peranan Ulama.

Ulama tidak bersama dengan UMNO kerana mereka memahami bahawa UMNO tidak pernah berhasrat untuk melaksanakan Islam di dalam negara ini secara syumul. Apa yang mereka pelajari tentang Islam sebelum ini adalah bertentangan dengan dasar dan perjuangan UMNO yang berteraskan kepada ideologi Nasionalisme dan Sekularisme.

Perlaksanaan Islam dan syiar-syiarnya hanyalah tempelan untuk mengelirukan masyarakat dan bukan menjadi dasar negara. Walaupun ada program-program Islam yang dianjurkan, program-program yang bertentangan dengannya tumbuh melata. Maka tidak peliklah jika ketua Ulama Muda UMNO ini membuat kenyataan bahawa persepsi masyarakat Melayu yang kuat agamanya menganggap UMNO sebuah parti yang tidak Islamik dan anti Ulama. Kenyataan ini adalah benar yang tidak dapat disangkal lagi walaupun beliau cuba untuk membetulkan persepsi tersebut.

Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan, jika Ulama bersama dengan UMNO sekali pun, mereka ibarat terompah kayu yang hanya dipergunakan untuk kepentingan politik dan hawa nafsu UMNO sahaja. Selagi mana dasar dan perjuangan UMNO tidak berubah, tidak ada peranan yang boleh dimainkan oleh Ulama dalam pertubuhan tersebut.

Ini terbukti apabila wakil Ulama Muda UMNO ini sendiri menyampaikan harapannya dalam artikelnya tersebut agar UMNO menonjolkan imejnya yang bukan anti Ulama dan tidak Islami dengan membuka ruang kepada golongan Ulama secara rasmi dan serius bagi terlibat dalam hala tuju UMNO.

Hasrat ini secara jelas menggambarkan bahawa beliau kecewa apabila Ulama dalam UMNO sehingga sekarang dipencilkan dan tidak dilibatkan dalam menentukan hala tuju pertubuhan tersebut.

Oleh kerana itulah beliau menegaskan lagi kekecewaannya di akhir artikelnya tersebut dengan terus menyatakan harapannya: "Jika UMNO ingin terbang bersama Islam maka jadikanlah Ulama sebagai sayapnya."

Hakikatnya, UMNO tidak akan terbang dengan Islam dan menjadikan Ulama sebagai sayapnya selagi ia tidak mengubah dasarnya. Jika dijadikan sayap sekali pun, ia hanyalah sekadar hiasan sebagai mana yang terjadi sendiri kepada Sekretariat Ulama Muda UMNO yang hanya mampu bersuara dalam 'tempurung' mereka sahaja.
posted by Abu Mus'ab @ 8:44 PTG   3 comments
ALHAMDULILLAH..ZURIATKU YANG KE-5
Selasa, Jun 21, 2011

Alhamdulillah..Zuriatku Yang Ke-5, Mujahidah Yang Ke-2


Masa yang dinanti-nanti selama ini telah kesampaian, alhamdulillah...pada 19 Rejab 1432H bersamaan 21 Jun 2011, jatuh pada hari Selasa, jam 01.15 petang, lahirlah seorang Mujahidah kedua ke dunia, yang dia merupakan anak yang ke-5. Dengan lahirnya mujahidah ke-2 ini, bermakna Nusaibah anak ke-4 yang merupakan mujahidah pertama, kini telah memperoleh kawan, seterusnya menjadi 'Kakak'..alhamdulillah...gembira Umminya, kerana dikurniakan seorang lagi kaum sejenis...:)




posted by Abu Mus'ab @ 11:12 PTG   2 comments
UMNO BENCI NAMA ISLAM TAPI MAHU NEGARA ISLAM?
Rabu, Jun 15, 2011

Umno Benci nama Islam Tapi Mahu Negara Islam?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi kelmarin mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain. Terfikir juga dibenak hati ini mengapa terlalu bencinya pemimpin Umno ini kepada nama `Islam'.

Pemimpin Umno semenjak dahulu hingga kini masih gagal mengemukakan hujah apakah kesalahan PAS di dalam menggunakan nama `Islam' di dalam parti tersebut. Kita tahu di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM, sudah ada usaha untuk mengharamkan nama `Islam' di dalam parti. Alhamdulillah, ketika itu Majlis Fatwa tegas menyebut bahawa tiada salahnya nama `Islam' dimartabatkan.

Sekiranya Umno yang memartabatkan nama bangsa Melayu dan semangat kebangsaannya di dalam parti mereka, apakah dosa besar bagi PAS untuk memartabatkan nama `Islam'? Jika mahu disebut dengan hujah betapa Umno lah sebenarnya `menjual' nama bangsa di dalam parti berkenaan, tidak cukup halaman untuk kita membuktikannya. Paling mudah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyata gagal mengangkat bangsa Melayu walaupun telah berpuluh tahun ianya dilaksanakan sehingga dasar tersebut tenggelam begitu sahaja.

Di mana salahnya PAS di dalam menggunakan nama `Islam' di dalam parti tersebut? Adakah PAS melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam? Adakah PAS merestui amalan rasuah dengan melantik kaki rasuah menjadi Ketua Menteri/MB Negeri atau Ketua Pemuda? Mungkin Ali Rustam dan KJ boleh menjawab hujah ini. Adakah PAS juga memilih kaki rasuah sebagai Wakil Rakyat? Mungkin Isa Samad tahu hal ini. Pernahkah PAS bercita-cita untuk meluluskan judi bola sepak Piala Dunia? Atau, pemimpin PAS terlibat dengan tragedi pembunuhan Altantuya? Mungkin Najib boleh terangkan jawapannya.

Pernahkan PAS merestui akta zalim Akta ISA yang diharamkan oleh Islam itu? Cuba buktikan siapa pemimpin PAS yang tidak bermoral dan isterinya tidak menutup aurat? Hal ini boleh ditanya kepada Najib dan Rosmah atau pun Shahrizat Jalil. Cuba pemimpin Umno berani sedikit untuk berhujah bagi menyatakan betapa PAS perlu membuang nama Islam di dalam parti tersebut kerana PAS melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam.

Adakah dengan Konsep Negara Berkebajikan, bersahabat dengan DAP dan PKR boleh dianggap bertentangan dengan Islam? Adakah bersubahat dengan Umno yang menjadi sekutu Apco serta terus mengekalkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, menyalahgunakan kuasa, mempertahankan kroni dan banyak lagi dasar Umno yang bertentangan dengan moral, akhlak serta Islam itu boleh dianggap bersesuaian dengan Islam?

Nampaknya Umno semakin tidak menentu apabila PAS kini membuka lebih luas ruang untuk rakyat menerima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Jika sebelum ini Umno terlalu gilakan DNA atau sumpah laknat DS Anwar, kini Umno mula tergila-gilakan `Negara Islam dan Hukum Hudud' pula. Setiap hari media pencacai mereka menyebut tentang Negara Islam yang kununnya telah ditinggalkan oleh PAS. Jika benar ikhlas, kuasa kini berada di tangan mereka, Nah, laksanakan lah jika benar-benar ikhlas.

Sehingga saya selesai menulis artikel ini, saya masih belum mendapat jawapan mengapa pemimpin Umno terlalu benci kepada nama `Islam' tetapi mahu kepada Negara Islam. Mungkinkah tahap meroyan Umno kini semakin kritikal?

Ihsan dari: wfauzdin.blogspot.com
posted by Abu Mus'ab @ 10:34 PG   3 comments
UMNO JIKA HINA HUKUM ALLAH, MURTAD !
Khamis, Jun 09, 2011

Umno Makin Hari, Semakin Jahil dan Bodoh Sombong

Kali ini, lama sungguh tak update blog Shamatun ni. Terasa sangat kengkangan masa dan waktu. Masa yang begitu menghambat dan melarikan diri, menjelaskan bahawa benarnya sabda Nabi Muhammad saw akan peristiwa akhir zaman. Telah banyak terjadinya peristiwa-peristiwa akhir zaman yang sepatutnya bagi orang Islam mengambil pengiktibaran dan pengajaran. Bukan sekadar penglihatan semata-mata, yang akhirnya membisukan diri dengan seribu bahasa yang melambangkan kebodohan dan kejahilan serta kebebalan. Mudah bahasa Bodoh Sombong.

Dengan keadaaan semasa yang berlaku hari ini, yang dicetuskan oleh Kerajaan Umno, yang mengakibatkan bala Allah turun mencurah-curah dengan tanpa penyokong dan pendokong Umno menyedari dan bertanggungjawab di atas segala bala yang menimpa. Apa yang mereka kata dengan kejahilan yang tersedia ada adalah Itu semua bala bencana Alam.

Suka saya untuk merungkaikan satu pemahaman yang mesti kita sama-sama perhatikan dan sedari dan berhati-hati dalam segala kehidupan kita yang melibatkan baik pertuturan, perlakuan dan niat dalam hati. Perkara tersebut adalah antara sikap yang menunjukkan seseorang itu membenci Islam, yang menjadikan pelakunya MURTAD dan Kafir, sekalipun ia menuturkan dua kalimah syahadah dan menamakan dirinya sebagai seorang Islam.

Sikap itu ialah mempersenda dan mengejek-ngejek kepada perkara-perkara yang mesti diketahui dalam Islam, termasuklah dengan mengejek dan menghina Allah taala, rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad saw, kitab-Nya iaitu al-Quran al-Karim, atau dia mengejek-ngejek orang mukmin dengan sebab iman mereka dan seumpamanya.


Sedangkan cara ataupun bentuk mengejek-ngejek itu banyak. Kadang-kadang dengan percakapan, kadang-kadang dengan perbuatan yang berupa isyarat dengan bulu kening, menjelir lidah, mencebir bibir mulut, ketika mendengar bacaan al-Quran atau Sunnah Rasulullah saw, atau ketika mendengar percakapan hal aqidah Islam, atau hukum Islam yang ia wajib ketahui dan laksanakan.


Antara sikap lain yang menyebabkan seseorang itu Murtad adalah apabila timbul perasaan benci dan marah ketika mendengar nama Allah, atau Sunnah Rasulullah saw atau bacaan al-Quran, ataupun hukum-hukum yang wajib diketahui dalam agama atau ketika mendengar seruan kepada Jihad di jalan Allah taala.


Sesungguhnya dua sikap di atas adalah di antara sikap-sikap yang sedang mengasak dan menjalar dalam pemikiran orang Islam hari ini. Terutama sedang menyerang dan diserapi serta didokongi oleh mereka yang tidak mahu menjadikan undang-undang Islam tertegak dan mendahului undang-undang ciptaan barat penjajah Bristish. Yang dilihat pada hari ini, sikap ini dalam usaha diterapkan ke atas para pemuda pemudi, remaja lelaki dan perempuan dan sememangnya orang tua yang masih tidak sedar juga tidak ketinggalan.

Dengan kesedaran dan keinsafan terhadap bahayanya sikap ini, kita selaku pejuang agama Allah, pejuang Islam, yang bermata rantaikan perjuangan Rasulullah saw, sewajibkan menerangkan dan memperincikan lagi kepada tanggungan kita khasnya. Samada anak, isteri, mak, ayah, anak buah, anak murid dan seumpamanya. Pendek kata, yang kita bertanggungjawab ke atas mereka.

Hati-hatilah dengan dua sikap di atas. Jangan sampai ianya meresapi dalam pemikiran dan fikiran serta sanubari kita. Betapa pentingnya bermuhasabah dan berlapang dada. Sesetengah orang, apabila dah besar panjang, memiliki kediaman sendiri, kerjaya sendiri, kenderaan sendiri, mulalah menampakkan dirinya cerdik yang tidak boleh ditegur langsung dan akan cepat melenting apabila ditempelak dan disindir serta dinasihati. Inilah akibatnya apabila diri sendiri tidak pernah diisi, asyik nak mengisi orang sahaja.

Untuk penyokong dan pendokong Umno, cukuplah dengan dosa dan pelakuan serta pemahaman yang sedang menular sekarang. Kerana ianya menghilangkan segala amal kebajikan dan kebaikan yang dilakukan. Jerit payah susah yang dilalui untuk melaksanakan ibadat untuk Allah taala hanyalah sia-sia semata-mata. Tidak menjanjikan sebarang jaminan kebaikan daripada Allah taala, yang ada hanyalah kerugian yang amat sangat, samada dunia maupun akhirat, yang meletakkan diri di kalangan mereka yang dalam kekufuran.

Berubahlah...Masih ada masa untuk melakukan Perubahan...
posted by Abu Mus'ab @ 9:06 PG   1 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::